Ulasan Kajian Ken Appleton dan Ian Kindt: Guru Permulaan

16
Perkembangan Guru Permulaan Sekolah Rendah Sebagai Guru Sains PENGENALAN Kajian yang dilakukan oleh Ken Appleton dan Ian Kindt adalah berkaitan guru yang baru bertapak di alam keguruan. Penekanan kajian diberikan kepada pembentukkan citra insan guru yang baru sahaja memasuki alam perkerjaan sebagai guru dan juga menekankan bagaimana citra guru yang dibentuk melalui perkembangan guru permulaan semasa di sekolah. Kajian dilakukan bagi mencari apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukkan citra guru dan untuk lebih spesifik lagi adalah sebagai guru yang mengajar mata pelajaran Sains. Menurut Fuller dan Brown (1975) di dalam kajian yang dilakukan oleh Ken Appleton dan Ian Kindt adalah mengenai kemandirian guru permulaan untuk terselamat daripada ‘kejutan realiti’ semasa mereka menyesuaikan diri di dalam proses pengajaran hari demi hari. Diperkuatkan dengan pernyataan Fuller dan Brown (1975) di dalam Kitty Green (2006) menyatakan guru permulaan melalui tiga peringkat iaitu; keriasauan kemandirian, keriasaun situasi pengajaran dan juga kerisauan terhadap anak murid. Selain daripada isu untuk mandiri di dalam alam keguruan, kajian turut menyentuh isu yang lebih mendalam iaitu mengenai penyelesaian guru di dalam percanggahan mengenai permintaan di alam perkerjaan dan kepercayaan yang merupakan sebahagian daripada pengsosialan perkerjaan. Menurut Paula Jorde Bloom (1998) di dalam artikelnya The Director’s Link menyatakan

description

Ulasan kajian tentang guru permulaan di Australia dan dibandingkan dengan Malaysia

Transcript of Ulasan Kajian Ken Appleton dan Ian Kindt: Guru Permulaan

Page 1: Ulasan Kajian Ken Appleton dan Ian Kindt: Guru Permulaan

Perkembangan Guru Permulaan Sekolah Rendah Sebagai Guru Sains

PENGENALAN

Kajian yang dilakukan oleh Ken Appleton dan Ian Kindt adalah berkaitan guru

yang baru bertapak di alam keguruan. Penekanan kajian diberikan kepada

pembentukkan citra insan guru yang baru sahaja memasuki alam perkerjaan sebagai

guru dan juga menekankan bagaimana citra guru yang dibentuk melalui perkembangan

guru permulaan semasa di sekolah. Kajian dilakukan bagi mencari apakah faktor-faktor

yang mempengaruhi pembentukkan citra guru dan untuk lebih spesifik lagi adalah

sebagai guru yang mengajar mata pelajaran Sains. Menurut Fuller dan Brown (1975) di

dalam kajian yang dilakukan oleh Ken Appleton dan Ian Kindt adalah mengenai

kemandirian guru permulaan untuk terselamat daripada ‘kejutan realiti’ semasa mereka

menyesuaikan diri di dalam proses pengajaran hari demi hari. Diperkuatkan dengan

pernyataan Fuller dan Brown (1975) di dalam Kitty Green (2006) menyatakan guru

permulaan melalui tiga peringkat iaitu; keriasauan kemandirian, keriasaun situasi

pengajaran dan juga kerisauan terhadap anak murid.

Selain daripada isu untuk mandiri di dalam alam keguruan, kajian turut

menyentuh isu yang lebih mendalam iaitu mengenai penyelesaian guru di dalam

percanggahan mengenai permintaan di alam perkerjaan dan kepercayaan yang

merupakan sebahagian daripada pengsosialan perkerjaan. Menurut Paula Jorde Bloom

(1998) di dalam artikelnya The Director’s Link menyatakan ‘sosialisasi perkerjaan’

adalah bagaimana seseorang individu mengadaptasi terhadap perkerjaan mereka –

bagaimana mereka bertindak di atas kepercayaan dan nilai yang mereka pegang dan

menyesuaikan kepada kepercayaan dan nilai yang lain. Ini jelas dapat dilihat terhadap

guru yang baru memasuki alam guru yang terpaksa untuk mengadaptasi nilai dan

kepercayaan yang selama ini mereka pegang tetapi terpaksa disesuaikan dengan

keadaan realti yang sebenarnya di sekolah. Oleh itu, Fuller dan Brown menekankan

kepada ‘kejutan realiti’ yang diakibatkan kepada penyesuaian terhadap nilai dan

kepercayaan yang baharu atau sama sekali berbeza dengan pegangan mereka selama

ini.

Page 2: Ulasan Kajian Ken Appleton dan Ian Kindt: Guru Permulaan

Di atas landasan imej dan citra guru serta penyesuaian mereka terhadap alam

perkerjaan guru, maka dikembangkan kajian mereka untuk mencari jawapan terhadap

persoalan yang timbul. Seperti guru-guru yang lain, guru permulaan juga kompeten di

dalam beberapa aspek pengamalan mereka dan juga agak kompeten di dalam aspek

yang lain. Perkembangan mereka berlaku secara berbeza dengan guru-guru yang lain

yang secara lansungnya berulang-ulang dan ini mencerminkan latar belakang mereka

dan juga keadaan mereka berkerja. Menurut Bullough dan Knowles (1991) dalam

laporan Ken Appleton dan Ian Kindt bahawa pengukuran terhadap guru perubahan

kepekaan seseorang guru permulaan kepada kendiri seorang guru adalah bergantung

kepada peningkatan ilmu pengetahuan anak muridnya. Tetapi berbeza pula dengan

Clandinin (1989) yang menyatakan bahawa perkembangan seorang guru di dalam

pembentukkan imej seorang guru adalah bergantung kepada desakan yang dikenakan

terhadapnya di tempat kerja. Manakala Brickhouse dan Bodner (1992) di dalam Ken

Appleton dan Ian Kindt memberi tumpuan kepada konteks semulajadi pengajaran.

Konteks membawa maksud keadaan dan situasi yang relevan dengan suatu peristiwa,

dan peristiwa yang ditekankan di sini adalah keadaan semulajadi pengajaran yang

dialami oleh guru.

Dalam proses pengadaptasian guru permulaan ke arah pembentukkan kendiri

guru, lazimnya mereka mempunyai pegangan yang menghalang mereka membentuk

kendiri guru. Antara halangan tersebut ialah; guru permulaan meletakkan harapan yang

tinggi terhadap kompetensi atau kebolehan dan kecekapan mereka dan juga rakan

sekerja, mempunyai rasa terasing dari tempat kerja dan ditambah pula dengan tidak

dapat membiasakan diri dengan nilai-nilai dan prosedur-prosedur tidak bertulis,

mempunyai perasaan yang mereka perlu mengikuti apa yang dilalui oleh rakan sekerja

mereka yang lain, mempunyai kepercayaan bahawa pengamalan di dalam bilik darjah

adalah sesuatu yang peribadi dan sebarang kesusahan atau kekurangan dianggap

sebagai ketidakcekapan. Berlandaskan pegangan lazim yang menjadi penghalang

kepada guru permulaan, maka mereka suka mengambil pendekatan defensif semasa

pembentukkan imej dan citra seorang guru. Pendekatan defensif yang mereka ambil

merupakan sikap yang mempertahankan pandangan dan pegangan mereka terhadap

apa-apa nilai yang baru.

Page 3: Ulasan Kajian Ken Appleton dan Ian Kindt: Guru Permulaan

Bersandarkan kajian yang dijalankan oleh Zeichner dan Tabachnick (1981) yang

dipetik di dalam jurnal Ken Appleton dan Ian Kindt (2002) membuktikan bahawa guru

permulaan dengan pantasnya akan berubah dari bersifat progresif dan sikap

pemusatan-pelajar yang terbentuk semasa pra-perkhidmatan kepada tradisional dan

pendekatan pemusatan-guru apabila berhadapan dengan realiti tempat kerja. Inilah

hakikat dan disokong pula dengan Kagan (1992) yang dinyatakan oleh Ken Appleton

dan Ian Kindt (2002) yang menjelaskan sewaktu imej kendiri guru diadaptasi dan

dibentuk, guru permulaan cenderung untuk lebih menumpukan akan tingkah laku

mereka sendiri berbanding anak murid mereka. Bandura (1995) di dalam jurnal Ken

Appleton dan Ian Kindt (2002) pula menyatakan bahawa imej kendiri sebagai seorang

guru berkait rapat dengan dalam pembinaan kecekapan-kendiri. Kecekapan-kendiri

adalah dirujuk sebagai kepercayaan peribadi guru tentang kebolehan mereka untuk

mengajar dan kebolehan mereka untuk menghasilkan kesan yang positif terhadap anak

muridnya.

Hatton dan Laws (1993) yang dinyatakan di dalam kajian Ken Appleton dan Ian

Kindt (2002) menunjukkan bahawa guru permulaan harus datang kepada pemahaman

kendiri yang mencukupi sebagai seorang guru, murid-murid di dalam bilik darjah,

kekuatan dan keterbatasan di dalam keadaan yang khusus di mana mereka sekarang

berkerja. Oleh kerana itu dicadangkan secara terperincinya kepada guru permulaan

untuk membentuk kerberkesanan dan kualiti yang tinggi di dalam pengajaran sains,

bukan sahaja melalui pendisiplinan, malah melalui kepentingan dan keutamaan peribadi

dan faktor-faktor kontekstual termasuk faktor-faktor fizikal/luaran untuk membangunkan

kesedaran kendiri sebagai seorang guru. Pembangunan kesedaran kendiri sebagai

seorang guru sains adalah merupakan sebahagian daripada proses perkembangan

guru permulaan yang ‘melintasi sempadan’ daripada menjadi guru pelatih kepada

pemudahcara dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 4: Ulasan Kajian Ken Appleton dan Ian Kindt: Guru Permulaan

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Melalui kajian yang dilakukan oleh Appleton dan Ian Kindt di dalam

‘Perkembangan Guru Permulaan Sekolah Rendah Sebagai Guru Sains’ dengan

keterhadan di dalam kajian mereka, memberi perspektif yang menjurus kepada

perkembangan guru permulaan semasa tempoh peralihan dari guru pelatih kepada

mengajar sepenuh masa. Dapatan berkenaan perkembangan citra kendiri sebagai

seorang guru sains yang ditumpukan kepada enam isu yang ditegaskan di dalam kajian

ini.

Aktiviti-Aktiviti yang Selesa Dilaksanakan

Di dalam konteks ini, menekankan bahawa guru permulaan gemar untuk

melakukan aktiviti-aktiviti yang dianggap selesa semasa proses pengajaran dan

pembelajaran sains di dalam kelas. Aktiviti-aktiviti yang dianggap selamat ini tidak akan

menyebabkan mereka bersusah payah untuk mengambil risiko. Keadaan sebegini

sememangnya berlaku di sekolah-sekolah. Mereka senang untuk berada dalam zon

selesa. Zon selesa ialah sebuah keadaan di mana perilaku seseorang beroperasi dalam

keadaan kecemasan-normal, dengan menggunakan satu set perilaku yang terhad untuk

memberikan tahap prestasi yang stabil, biasanya tanpa rasa risiko (White, 2009).

Keselesaan Zon merujuk kepada set dari persekitaran dan perilaku seseorang yang

selesa, tanpa mewujudkan rasa risiko, maka keperibadian seseorang dapat dijelaskan

oleh zon selesanya.

Orang yang sangat berjaya, secara rutinnya dapat melangkah keluar zon selesa

mereka, untuk mencapai apa yang mereka inginkan. Zon selesa adalah sejenis

perlaziman mental yang menyebabkan seseorang mencipta dan mewujudkan batasan

mental. Batasan tersebut mewujudkan rasa selesa yang tidak berasas. Seseorang yang

telah mewujudkan sebuah zon keselesaan dalam paksi tertentu dari hidupnya, akan

cenderung untuk berada di dalam zon dan tidak melangkah keluar dari zon tersebut.

Untuk melangkah di luar zon keselesaan, mereka harus bereksperimen dengan perilaku

baru dan berbeza, dan kemudian mengalami tindakbalas yang baru dan berbeza yang

kemudian terbentuk di dalam persekitaran mereka. Oleh yang demikian guru permulaan

Page 5: Ulasan Kajian Ken Appleton dan Ian Kindt: Guru Permulaan

seharusnya melangkah keluar dari zon selesa dan sanggup mengambil risiko dan ini

dipandang sebagai faktor pemangkin dalam menggalakkan pembentukkan citra guru.

Aktiviti selesa ini diwarisi melalui pengalaman guru permulaan semasa mereka

dibangku sekolah dahulu dan juga semasa mereka di institusi perguruan. Adakalanya

mereka mendengar saranan rakan sekerja mereka untuk melakukan sesuatu aktiviti di

dalam bilik darjah kerana mereka ingin memastikan bahawa perjalanan proses

pengajaran dan pembelajaran mereka tidak akan berlaku sesuatu yang diluar jangkaan

yang akan menyebabkan kekeliruan kepada mereka atau murid-murid. Ini jelas

mengesahkan bahawa keinginan guru permulaan untuk berada di dalam zon selesa

adalah amat tinggi kerana takut untuk berhadapan dengan risiko. Dalam masa yang

sama aktiviti yang selesa juga dilihat sebagai sesuatu yang mudah dikendalikan supaya

mereka dapat mengekalkan kawalan bilik darjah. Pemilihan aktiviti juga dipengaruhi

oleh persepsi mereka terhadap perngharapan pihak sekolah. Guru permulaan amat

berhati-hati semasa dalam pengawasan pihak sekolah dan selalunya keberatan untuk

memilih aktiviti-aktiviti yang berisiko.

Pilihan Peribadi dalam Kurikulum

Pengajaran kurikulum sains ditentukan oleh pilihan peribadi dengan dipengaruhi

pelbagai matapelajaran, dan saranan isi kandungan yang terkandung di dalam buku

rujukan ataupun polisi sekolah. Faktor-faktor ini memberi implikasi terhadap cara dan

pengajaran guru permulaan di dalam kelas. Beberapa orang guru menggunakan buku

rujukan secara konsisten untuk mencari idea kepada aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Ini membuktikan bahawa guru-guru gemar untuk mencari idea-idea

pengajaran dan pembelajaran yang dianggap akan berhasil. Buku rujukan tidaklah

boleh dianggap sebagai sumber utama yang boleh dipercayai ataupun untuk guru-guru

bergantung sepenuhnya.

Masalah yang dapat dikesan di dalam kajian ini ialah kebanyakan guru kerap kali

menggunakan jenis pengajaran dan pembelajaran yang sama dan berulang kali untuk

kelas subjek yang lain dan juga untuk kelas yang subjeknya adalah sains. Sepatutnya

pengajaran dan pembelajaran secara praktikal (hands-on) yang lebih sesuai untuk

Page 6: Ulasan Kajian Ken Appleton dan Ian Kindt: Guru Permulaan

pengajaran sains dan disarankan di dalam silibus. Tetapi ada juga guru permulaan

yang mengambil inisiatif mereka sendiri untuk menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran mereka di dalam kelas berteraskan kaedah dan aktiviti hands-on dengan

lebih kerap.

Masalah lain yang timbul apabila sekolah tidak mempunyai polisi yang jelas, oleh

itu guru permulaan akan memilih apa sahaja yang ingin diajarnya tanpa mengikut

turutan dan garis panduan yang betul. Sepatutnya guru permulaan haruslah mengikut

perancangan mingguan dan tahunan agar tidak lari daripada landasan yang

sebenarnya semasa mengajar anak murid. Berdasarkan Kurikukulm Bersepadu

Sekolah Rendah yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum telah

mengeluarkan satu rujukan penting iaitu Spesifikasi Kurikulum Sains Sekolah Rendah

yang telah diatur dan disusun dengan cantiknya topik-topik di dalam pengajaran sains

mengikut minggu. Oleh itu perkara yang berlaku di Australia tidak berlaku di Malaysia

kerana perancangan yang begitu teliti. Tetapi sebagai guru kita tidak bolehmemandang

entenga akan masalah ini, kerana ini mungkin berlaku jika guru permulaan sendiri

enggan mengikut Spesifikasi Kurikulum Sains Sekolah Rendah yang diberi.

Masalah lain yang dikesan ialah pihak sekolah yang tidak memandang tinggi

pada sains, dan ini menyebabkan kurang perhatian dari pihak atasan kepada guru dan

pengajaran serta pembelajaran sains Ini juga mengakibatkan pekembangan guru

permulaan untuk membentuk kendiri guru sains berlaku di dalam keadaan hampagas

sains.

Ada beberapa guru permulaan yang sedar akan kepentingan dan tuntutan aktiviti

hands-on, tetapi mereka sendiri berasa kurang selesa untuk mengaplikasikannya dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kagan (1992) di dalam kajian Ken

Appleton dan Ian Kindt (2002) beliau menegaskan bahawa fokus awal guru permulaan

adalah pada diri mereka sendiri. Tambahan pula dengan polisi sekolah yang tidak

menegaskan guru untuk mematuhi rancangan pengajaran mingguan dan tahunan.

Dalam pada masa yang sama juga, tiada proses pemantauan proses pengajaran dan

pembelajaran guru permulaan. Ini membekalkan guru permulaan dengan kebebasan

yang luas di dalam pilihan mereka untuk apa yang akan mereka akan ajar.

Page 7: Ulasan Kajian Ken Appleton dan Ian Kindt: Guru Permulaan

Subjek Sains Kurang Keutamaan di Sekolah

Pandangan guru terhadap subjek sains amat memberi kesan terhadap guru

permulaan untuk membentuk kendiri sebagai guru sains. Bagi segelintir guru, subjek

sains di anggap bukan subjek utama di dalam kurikulum dibandingkan dengan subjek

bahasa dan matematik. Permasalahan polisi sekolah yang kurang jelas mengizinkan

guru-guru untuk mengawal apa dan bagaimana mereka mahu untuk mengajar subjek

sains itu. Melalui pemerhatian terhadap pandangan guru dan polisi sekolah,

sesungguhnya sistem sekolah menggambarkan subjek kurang diberi keutamaan.

Lain pula yang berlaku di Malaysia, yang sememangnya subjek sains merupakan

salah satu keutamaan daripada lima cabang keutamaan subjek-subjek yang lain. Di

dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijalankan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia, menggariskan bahawa subjek sains merupakan subjek yang

kritikal dan penting. Ini diperkukuhkan lagi pada Rancangan Malaysia Ke-9 yang

digariskan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang

mensasarkan pembangunan modal insan sebagai teras utama pembangunan negara

dalam mencapai impian Wawasan 2020 adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian

sepenuhnya oleh semua pihak. Penumpuan kepada tiga strategi utama untuk

melahirkan modal insan kelas pertama iaitu meningkatkan keupayaan dan penguasaan

ilmu, mengukuhkan keupayaan sains; penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta

inovasi; dan memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral merupakan

langkah bijak yang harus didokongi bersama–sama dan mahasiswa khususnya perlu

menyahut seruan ini. Berdasar tekad yang dinyatakan melalui RMK-9, matapelajaran

sains diberi keutamaan lantas menunjukkan usaha kerajaan ke arah pengukuhan

matapelajaran sains di sektor pendidikan. Di tambah lagi dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang digariskan untuk mendidik dan memupuk pembudayan sains dan

teknologi dengan pemfokusan terhadap pembangunan individu yang berdaya saing,

dinamik, kuat dan kental serta mampu untuk menguasai ilmu-ilmu sainstifik dan

kecekapan teknologi.

Tetapi ada juga permasalahan berlaku apabila subjek sains tidak diberi perhatian

daripada pihak sekolah. Sebagai contohnya, aktiviti-aktiviti yang lain diberi keutamaan

Page 8: Ulasan Kajian Ken Appleton dan Ian Kindt: Guru Permulaan

sehingga mengabaikan kelas subjek sains. Seperti melebihkan aktiviti ko-kurikulumn

sehingga mengganggu kelas subjek sains. Tetapi ada juga guru permulaan yang

menyatakan keinginan untuk memastikan subjek sains tidak tercicir kerana tekanan

kurikulum yang lain. Ini menunjukkan kesedaran kendiri guru diperlukan untuk

memastikan subjek sains tidak ketinggalan dan dapat diteruskan walaupun longgokan

daripada kurikulum yang lain.

Tiga perkara yang harus guru permulaan perhati dengan telitinya iaitu kekerapan

guru permulaan mengajar sains, strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan

oleh guru permulaan, dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan tiga

perkara ini, guru permulaan boleh membuat pertimbangan di atas tindakannya untuk

memenuhi citra guru dan mengatasi kukurangan perhatian dari pihak sekolah.

Ketersediaan sumber pengajaran

Sekolah yang tidak memberi perhatian terhadapa pengajaran sains dapat dilihat

melalui ketersediaan sumber pengajaran sains di sekolah tersebut. Adakalanya sumber

pengajaran sains di sekolah tersebut kurang, hilang ataupun tiada lansung.

Ketersediaan bahan akhirnya menghadkan pilihan guru permulaan untuk menggunakan

strategi pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti yang berkesan. Ini menyebabkan

guru permulaan untuk berkerja di dalam zon peribadi yang selesa. Zon selesa yang

cuba diketengahkan adalah sikap guru yang hanya mengajar subjek sains sekadar

mengajar dan tidak perlu bersusah payah untuk menggunakan alat-alat atau bahan-

bahan bantu mengajar yang tertentu.

Perkara yang berkaitan dengan ketersediaan sumber pengajaran sains dalah

seperti; pilihan yang terdapat di dalam kurikulum, keyakinan untuk mencari alternatif

lain, keutamaan dan perhatian yang diberi oleh sekolah, dan kesuntukkan masa untuk

mencari bahan ketika waktu sibuk. Perkara-perkara ini harus dipandang berat oleh guru

permulaan untuk memenhi dirinya sebagai citra guru.

Walaupun ada kekangan yang berlaku, tetapi masih ada guru permulaan yang

yang begitu sibuk merancang untuk mengatasi permintaan pengamalan harian tetapi

mempunyai masalah untuk mencari bahan-bahan untuk aktiviti praktikal untuk

Page 9: Ulasan Kajian Ken Appleton dan Ian Kindt: Guru Permulaan

pengajaran sains. Berdasar Kitty Green (2006), dalam era pendidikan kini, guru

permulaan tidak lagi boleh berkembang dengan selesanya. Guru permulaan haruslah

menjadi pengamal yang reflektif dengan lebih pantas berbanding guru-guru yang

terdahulu. Perkara yang baik tentang guru permulaan, mereka mampu untuk

mengintegrasikan segala ilmu dan teori pendidikan yang mereka pelajari semasa di

institusi pendidikan guru dengan dunia realiti pendidikan.

Sokongan rakan sejawat

Berdasarkan kajian, kebanyakan guru permulaan menyatakan kepentingan

sokongan rakan sejawat semasa mereka mula mengajar. Ini jelas menunjukkan

kehadiran rakan sejawat untuk menyokong guru permulaan mempunyai kesan kepada

kurikulum sains yang diajar. Melalui sokongan rakan sejawat, guru permulaan dapat

digalakkan untuk mencuba pelbagai idea hanya dengan perlu bertanya kepada guru-

guru di sekitar mereka. Jaringan maklumat amat bernilai untuk lantunan idea-idea

daripada guru-guru yang berpengalaman.

Melalui rakan sejawat yang berpengalaman, guru permulaan akan senang untuk

mengetahui maklumat mengenai sekolah dan juga prosedur sistem di sekolah. Dan

dalam pada masa yang sama guru permulaan bolehlah bertukar-tukat maklumat

dengan rakan sejawat mereka. Kepentingan sokongan rakan sejawat lebih terserlah

apabila guru permulaan terpaksa untuk menghadapi sesuatu yang berisiko di dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan penemuan bahawa sokongan rakan sejawat amatlah penting

sepertimana yang ditekankan oleh Anderson dan Mitchener (1994) di dalam Ken

Appleton dan Ian Kindt (2002) yang menyatakan kepentingan mentor atau penasihat

kepada guru permulaan yang baru sahaja mengajar sains.

Page 10: Ulasan Kajian Ken Appleton dan Ian Kindt: Guru Permulaan

KESIMPULAN

Perkembangan citra guru permulaan sebagai seorang guru sains dengan

jelasnya dipengaruhi faktor sosial dan juga faktor persekitaran. Walaupun ketika pra-

perkhidmatan dahulu, ada yang telah lulus dengan cemerlangnya dalam akademik

mahupun praktikum, tetapi secara realitinya ini merupakan hanya salah satu faktor yang

menyumbang ke arah pengajaran sains dan guru permulaan. Hanya dengan motivasi

yang tinggi sahaja yang mampu untuk menggerakkan guru permulaan untuk

menghadapi kesusahan pengamalan dan kepayahan sosial yang perlu mereka atasi di

sekolah dan di dalam bilik darjah. Perkara ini kelihatan amat kritikal dan memerlukan

sokongan yang berterusan untuk guru permulaan sepanjang tahun pertama mereka.

Rancangan mentor yang berkesan telah banyak disyorkan oleh ramai penyelidik seperti

(Green, Roebuck dan Futrell, 1995; Hofman dan Feldlaufer, 1992; Odell, 1990) seperti

yang dinyatakan di dalam kajian Ken Appleton dan Ian Kindt (2002). Kaedah ini

merupakan cara yang munasabah untuk membantu guru dengan permasalahan

pengamalan pengajaran sains. Dengan ini perkembangan guru permulaan untuk

membentuk kendiri guru akan berkembang.

Sedikit pandangan dan cadangan yang dapat dilihat pada kajian Ken Appleton

dan Ian Kindt ialah pihak sekolah haruslah bertanggungjawab menjaga dan

membimbing guru permulaan dengan baik, kerana mereka masih lagi memerlukan

bimbingan di alam perkerjaan yang baru itu. Secara amnya, untuk meningkatkan kualiti

pendidikan di sekolah selalunya menemui jalan pengubahsuaian yang perlu

dilaksanakan bukan hanya pada peringkat organisasi tetapi turur juga pada peringkat

guru secara individu. Permerhati kepada proses perubahan pendidikan (Fullan, 1985;

Hall & Hord, 2006; Hord, Rutherford, Huling, & Hall, 2006) di dalam Perri Murdica

(2009) mengesyorkan pemimpin pendidikan (merujuk kepada guru besar) mestilah

memahami bahawa pemilihan dan kejayaan pelaksanaan untuk inovasi dalam

pendidikan bermula pada peringkat individu guru. Maka, tidak hairanlah dengan

mewujudkan sistem mentor untuk membimbing guru permulaan di dalam tugasannya

sebagai guru amatlah membantu kerana ini merupakan inovasi pendidikan yang harus

dilakukan di setiap sekolah. Tindakan ini haruslah bermula pada peringkat individu

Page 11: Ulasan Kajian Ken Appleton dan Ian Kindt: Guru Permulaan

guru, lebih-lebih lagi bagi guru permulaan yang baru sahaja menjejaki kaki di arena

pendidikan.