UNDANG tubuh

5
UNDANG-UNDANG TUBUH DAN PERATURAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SMK TAMAN BUNGA RAYA (1) Bab (1) NAMA DAN ALAMAT Persatuan/Kelab/Rumah ini adalah dinamakan KELAB PENCEGAHAN JENAYAH dan alamat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1), 48300 Rawang, Selangor Darul Ehsan. Bab (2) OBJEKTIF I. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah II. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi dikalangan murid III. Melahirkan murid-murid yang bertanggiungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara. Bab (3) KEAHLIAN a) Terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1), 48300 Selangor Darul Ehsan. b) Tiap-tiap Persatuan/Kelab hendaklah menentukan bahawa semua ahli dapat menyertai dalam semua kegiatan secara aktif. c) Pelajar-pelajar mestilah memohon menjadi ahli pada awal tahun untuk pendaftaran. d) Jawatankuasa Persatuan/Kelab boleh menolak dan membantah sebarang permohonan tanpa memberi alasan-alasannya. Bab (4) GUGUR MENJADI AHLI a) Seorang ahli itu hilang keahliannya apabila ia dipecat oleh Jawatankuasa kerana melanggar Undang-Undang Tubuh. b) Menghadiri kurang daripada 75% perjumpaan/latihan/mesyuarat. c) Ahli yang tidak menjelaskan yuran dan tindakan menggugurkan keahliannya diambil. d) Berhenti atau pindah sekolah. e) Minta berhenti menjadi ahli. Bab (5) MESYUARAT AGUNG a) Mesyuarat Agong Tahunan hendaklah diadakan setahun sekali di dalam bulan pertama sesi persekolahan baru. b) Mesyuarat Agong Tahunan boleh dijalankan apabila hadir sekurang-kurangnya __24_ orang ahli ini menjadi cukup. (Korum iaitu tiga kali jumlah Jawatankuasa.) c) Berkuasa memilih _9_ orang Jawatankuasa. d) Melantik 2 orang Pemeriksa Kira-Kira.

description

koko

Transcript of UNDANG tubuh

Page 1: UNDANG tubuh

UNDANG-UNDANG TUBUH DAN PERATURAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAHSMK TAMAN BUNGA RAYA (1)

Bab (1) NAMA DAN ALAMAT

Persatuan/Kelab/Rumah ini adalah dinamakan KELAB PENCEGAHAN JENAYAH dan alamat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1), 48300 Rawang, Selangor Darul Ehsan.

Bab (2) OBJEKTIF

I. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah

II. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi dikalangan murid

III. Melahirkan murid-murid yang bertanggiungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara.

Bab (3) KEAHLIAN

a) Terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1), 48300 Selangor Darul Ehsan.

b) Tiap-tiap Persatuan/Kelab hendaklah menentukan bahawa semua ahli dapat menyertai dalam semua kegiatan secara aktif.

c) Pelajar-pelajar mestilah memohon menjadi ahli pada awal tahun untuk pendaftaran.d) Jawatankuasa Persatuan/Kelab boleh menolak dan membantah sebarang permohonan tanpa memberi

alasan-alasannya.

Bab (4) GUGUR MENJADI AHLI

a) Seorang ahli itu hilang keahliannya apabila ia dipecat oleh Jawatankuasa kerana melanggar Undang-Undang Tubuh.

b) Menghadiri kurang daripada 75% perjumpaan/latihan/mesyuarat.c) Ahli yang tidak menjelaskan yuran dan tindakan menggugurkan keahliannya diambil.d) Berhenti atau pindah sekolah.e) Minta berhenti menjadi ahli.

Bab (5) MESYUARAT AGUNG

a) Mesyuarat Agong Tahunan hendaklah diadakan setahun sekali di dalam bulan pertama sesi persekolahan baru.

b) Mesyuarat Agong Tahunan boleh dijalankan apabila hadir sekurang-kurangnya __24_ orang ahli ini menjadi cukup.(Korum iaitu tiga kali jumlah Jawatankuasa.)

c) Berkuasa memilih _9_ orang Jawatankuasa.d) Melantik 2 orang Pemeriksa Kira-Kira.

Bab (6) MESYUARAT JAWATANKUASA

Page 2: UNDANG tubuh

a) Sekurang-kurangnya diadakan 2 kali sebulan dengan dihadiri oleh tidak kurang dari ____4___ orang (dua pertiga daripada Jawatankuasa.)

b) Apabila sesuatu Jawatankuasa Persatuan menjadi kosong disebabkan pemberhentian ataupun pemecatan, Mesyuarat jawatankuasa berhak melantik seseorang lain memenuhi kekosongan jawatan tersebut.

c) Mesyuarat Jawatankuasa pertama diantaranya hendaklah menerima Minit Mesyuarat Agong Tahunan dan menyediakan rancangan sepanjang tahun.

d) Mesyuarat Jawatankuasa terakhir (penyelarasan) hendaklah diadakan selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah ditutup untuk cuti penggal ketiga tiap-tiap tahun, antaranya hendaklah mempastikan Laporan Tahunan dan Penyata Kira-Kira telah disediakan.

e) Setiausaha hendaklah memberitahu mengenai Mesyuarat Jawatankuasa dan agendanya 7 hari sebelum diadakan.

Bab (7) JAWATANKUASA

a) Jawatankuasa ini hendaklah mengandungi:1) Pengerusi2) Naib Pengerusi 3) Setiausaha4) Bendahari5) ___3___ orang Ahli Jawatankuasa.

b) Kesemua yang tersebut diatas hendaklah dipilih didalam Mesyuarat Agong Tahunan.

Bab (8) YURAN AHLI

Ahli-ahli hendaklah membayar Yuran Tahunan sebanyak RM__3__.

Bab (9) KEWAJIPAN DAN HAK AHLI

a) Ahli yang telah gugur keahliannya mengikut Bab (4) ceraian a – e, lucutlah segala haknya di atas persatuan ini.

b) Setiap ahli yang menghadiri sebarang mesyuarat atau perjumpaan yang dianjurkan oleh persatuan ini, hendaklah ianya mengikut tertib mesyuarat/perjumpaan dan berpakaian seragam sekolah .(Pakaian yang telah ditetap dan diluluskan oleh pihak sekolah.)

c) Ahli-ahli yang telah dipecat atau digugur hak keahliannya bolehlah ia membuat rayuan bertulis kepada Jawatankuasa Persatuan untuk mendapatkan pertimbangan kemasukan semula.

d) Ahli-ahli dilarang sama sekali menyiarkan surat-surat pekeliling atau sebarang surat mengenai persatuan ini.

Bab (10) PINDAAN UNDANG-UNDANG TUBUH DAN PERATURAN

a) Undang-Undang Tubuh ini tidak boleh ditambah ataupun dipinda ataupun dibatalkan kecuali di dalam Mesyuarat Agong Tahunan.

b) Pindaan atau tambahan pada undang-undang tidak boleh dijalankan kuatkuasanya sebelum dibenarkan oleh Majlis Persatuan Sekolah.

Bab (11) KEWANGAN PERSATUAN

a) Sumber kewangan – baki wang tahun lepas, yuran ahli, derma dan peruntukkan yang diberi oleh sekolah.b) Bendahari Kehormat dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih dari RM10.00 (Ringgit Sepuluh sahaja)

pada sesuatu ketika.

Page 3: UNDANG tubuh

c) Bakinya hendaklah disimpan oleh Pemegang Amanah yang ditentukan oleh Pihak Pengetua selaku Pengerusi Majlis Persatuan.

d) Jika lebih daripada RM30.00 (Ringgit Tiga Puluh sahaja) hendak dibelanjakan oleh persatuan, kebenaran dan kelulusan terlebih dahulu hendak didapatkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa.

e) Pada masa yang sama hendak diserahkan kepada Pemegang Amanah atau dikeluarkan oleh Bendahari dicatatkan lalu ditandatangani oleh mereka dan disaksikan oleh Pengerusi atau Setiausaha sebelum ditandatangani oleh mereka tanda pengesahan.

f) Kewangan persatuan bermula pada awal Januari dan berakhir dua minggu sebelum cuti persakolahan Penggal Ketiga bermula tiap-tiap tahun atau mana-mana tarikh yang disetujui oleh Pengetua.

g) Baki wang berdasarkan Penyata Kira-Kira Tahunan hendaklah diserahkan/dimaklumkan kepada Pengerusi Majlis Persatuan, Pengetua oleh Pemegang Amanah dicatatkan dan ditandatangani oleh mereka didalam 3 salinan.

Bab (12) TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

a) PENGERUSI

1. Menjadi Pengerusi di dalam semua mesyuarat kecuali di dalam Mesyuarat Agong Tahunan.2. Dia berhak memberi keputusan undi kepada bilangan yang sama.3. Dia akan menandatangani minit mesyuarat apabila telah disahkan.4. Dia menyaksi dan menandatangani tanda pengesahan penyerahan wang daripada Bendahari

Kehormat kepada Pemegang Amanah dan sebaliknya.5. Menjaga dan mentadbir hal ehwal perjalanan persatuan ini.

b) NAIB PENGERUSI

Menggantikan tugas Pengerusi pada masa ketiadaannya.

c) SETIAUSAHA

1. Akan mengelolakan urusan-urusan dan kerja-kerja persatuan.2. Dia akan bertanggungjawab menguruskan surat-surat persatuan yang ditentukan oleh

jawatankuasa.3. Dia akan hadir di dalam semua mesyuarat dan menulis semua minit mesyuarat.

4. Menyediakan Minit Mesyuarat Agong Tahunan dan bentangkannya di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pertama. Minit ini hendaklah diterima oleh Jawatankuasa untuk dibentang di dalam Mesyuarat Agong Tahunan.

5. Menyediakan Laporan Tahunan dan membentangkannya di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Terakhir (Penyelarasan). Laporan ini hendaklah diterima oleh Jawatankuasa untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Agong Tahunan.

6. Seperti Bab (12), ceraian a), 4 adalah dirujuk.7. Menyimpan buku daftar ahli-ahli persatuan serta butir-butir mengenai nombor kad pengenalan,

tingkatan/kelas, alamat dan lain-lain butir yang perlu.

d) BENDAHARI

1. Bertanggungjawab mengenai hal kewangan persatuan dan segala buku-buku yang berkaitan dengan kewangan.

2. Membentangkan Penyata Kira-Kira Kewangan Persatuan pada tiap-tiap kali mesyuarat diadakan.3. Menyediakan Penyata Kira-Kira Tahunan untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa

bagi dibentangkan dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agong.4. Menyimpan segala kira-kira wang persatuan, resit-resit perbelanjaan dan menyediakan segala

penyata berkenaan pada bila-bila masa dikehendaki.

e) AHLI JAWATANKUASA (AJK)

Page 4: UNDANG tubuh

1. Bertanggungjawab di atas kemajuan dan kemunduran persatuan.2. Hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat.3. Jika seseorang AJK tidak dapat hadir di dalam sesuatu mesyuarat, hendaklah memaklumkan

secara bersurat kepada Setiausaha dengan memberi alasan.4. Jika seseorang AJK tidak dapat hadir dalam 3 kali mesyuarat tanpa mengemukakan alasan

munasabah, ianya dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa, boleh dipecat atau dilucutkan jawatannya.

5. Adalah menjadi tanggungjawab Jawatankuasa untuk menepati masa menunaikan sebarang panggilan mesyuarat.

6. Mereka hendaklah dilantik menjadi Pengerusi/ AJK untuk sesi-sesi Jawatankuasa Kecil yang dibentuk.

Bab (13) PENAUNG

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bunga Raya(1) sebagai Pengerusi Majlis Persatuan dengan sendirinya menjadi Penaung Persatuan/Kelab ini.

Bab (14) PENASIHAT

1. Penasihat-penasihat persatuan ini dilantik oleh Pengetua di awal tahun. Jika lebih daripada seorang , seorang daripada mereka hendaklah dilantik sebagai Ketua Penasihat.

2. Penasihat hendaklah mempengerusi Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan.3. Penasihat-penasihat hendaklah menghadiri semua mesyuarat dan aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan

ini.4. Penasihat-penasihat hendaklan membimbing Jawatankuasa dan ahli-ahli

persatuan ini.5. Penasihat-penasihat hendaklah memaklumi semua surat permohonan/jemputan mesyuarat ataupun

pemberitahuan kepada ahli-ahli dan menandatanganinya sebelum diedarkan.6. Penasihat-penasihat hendaklah memaklumi semua surat permohonan /

jemputan mesyuarat ataupun pemberitahuan kepada orang ramai dan menandatanganinya sebelum diedarkan.

7. Segala surat menyurat hendaklah melalui dan disahkan oleh Pengetua.8. Penasihat-penasihat hendaklah menentukansemua laporan,minit mesyuarat dan laporan tahunan disediakan

dengan lengkap dan diedarkan kepada Penyelaras Ko-Kurikulum.

Bab (15) PENGGANTUNGAN PERSATUAN

1. Persatuan ini tidak boleh digantung/dibubarkan oleh ahli-ahli ataupun penasihat.2. Pengetua Sekolah berhak menggantung/membubarkan persatuan ini apabila perlu.3. Apabila ianya berlaku, segala harta hendaklah diserahkan kepada Majlis Persatuan Sekolah.

Bab (16) TAFSIRAN

Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam Undang-Undang Tubuh (Perlembagaan) perkara itu hendaklah dirujuk kepada Pengerusi/ Setiausaha Majlis Sukan dan Persatuan. Keputusan Pengerusi (Pengetua) adalah muktamat.

Page 5: UNDANG tubuh

_______________________________ ___________________________Tandatangan Penasihat (Ketua) Tandatangan Pengerusi PersatuanNama: Nama: Tarikh: Tarikh: