UNIT 3

19
Pemprosesan Hasil Tanaman | 46 UNIT 3 OPERASI RUMAH PEMBUNGKUSAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Memahami pengendalian yang terlibat semasa di rumah pembungkusan. 2. Mengetahui secara umum kaedah pemilihan hingga ke penyimpanan. 3. Menerangkan kriteria yang digunakan untuk penggredan dan pemiawaian di Malaysia dan antarabangsa. PENGENALAN engendalian yang tidak teratur merupakan punca utama yang menyebabkan kerosakan dan kehilangan lepas tuai sehingga mencapai 40%. Pemilihan, pembasuhan, pengeringan, penggredan dan pembungkusan adalah antara pengendalian lepas tuai. Semua pengendalian ini lazimnya dilakukan di rumah pembungkusan. Rajah 3.1. Operasi rumah pembungkusan. P

description

nota pemprosesan

Transcript of UNIT 3

Page 1: UNIT 3

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 46

UNIT 3

OPERASI RUMAH PEMBUNGKUSAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Memahami pengendalian yang terlibat semasa di rumah pembungkusan.

2. Mengetahui secara umum kaedah pemilihan hingga ke penyimpanan.

3. Menerangkan kriteria yang digunakan untuk penggredan dan pemiawaian di

Malaysia dan antarabangsa.

PENGENALAN

engendalian yang tidak teratur merupakan punca utama yang menyebabkan kerosakan dan

kehilangan lepas tuai sehingga mencapai 40%. Pemilihan, pembasuhan, pengeringan, penggredan

dan pembungkusan adalah antara pengendalian lepas tuai. Semua pengendalian ini lazimnya

dilakukan di rumah pembungkusan.

Rajah 3.1. Operasi rumah pembungkusan.

P

Page 2: UNIT 3

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 47

ISI KANDUNGAN

OPERASI RUMAH PEMBUNGKUSAN

Operasi penyediaan boleh dilakukan di dalam bangsal yang mempunyai peralatan yang terhad atau di

kompleks rumah pembungkusan yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan moden. Di semenanjung

Malaysia terdapat 24 buah kompleks rumah pembungkusan yang dimiliki oleh FAMA.

Rumah pembungkusan merupakan kawasan teduh atau bangunan khas yang didirikan di ladang

bergantung kepada:

1. jenis komoditi

2. saiz operasi

3. modal

4. pasaran

Kedudukan perlu dekat dengan kawasan pengeluaran untuk mengelakkan kerosakan hasil. Rumah

pembungkusan yang besar dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur yang lebih baik.

Pasaran eksport: peralatan lebih khusus dan aliran operasi (separa mekanikal dan mekanikal)

mengendalikan hasil dalam jumlah yang besar.

Pasaraya: peralatan tertentu diperlukan bagi penjualan hasil dalam jumlah yang kecil tetapi,

kaedah pembungkusan yang menarik.

Antara peralatan dan kemudahan yang diperlukan di rumah pembungkusan:

meja pemilihan

tangki pembasuhan

tangki perawatan penyakit

alat pengering

penggred

penimbang

alat pembungkusan

bilik sejuk

bilik pemasakan

Page 3: UNIT 3

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 48

Tujuan utama rumah pembungkusan

1. Membersihkan hasil daripada kotoran ladang dan hasil yang rosak diasingkan (supaya penurun

mutu dan kerosakan semasa jualan dapat dikurangkan).

2. Menyediakan sesuatu hasil yang akan dipasarkan mengikut kaedah dan tahap yang diharapkan

oleh pembeli.

3. Menambah daya tarikan kepada pengguna melalui persembahan hasil yang lebih baik supaya laris

dijual khususnya di pasaraya.

4. Penyimpanan sementara sebelum jualan atau semasa pengeluaran yang berlebihan.

(Ini dapat membantu mengawal harga dan menentukan bekalan yang mencukupi).

5. Penyimpanan sementara untuk mendapatkan bekalan yang cukup untuk dieksport.

Susun atur rumah pembungkusan perlu dirancang dengan sebaik mungkin bagi

mengelakkan kelewatan di rumah pembungkusan dan penambahan kos operasi. Bayangkan anda

mempunyai sebuah ladang yang besar bagi pengeluaran komoditi χ. Komoditi ini adalah untuk pasaran

tempatan dan luar negara. Namakan komoditi χ yang diusahakan serta lakarkan susun atur rumah

pembungkusannya (step-by-step system) beserta dengan operasi yang terlibat.

Page 4: UNIT 3

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 49

PEMUNGGAHAN

Boleh dilakukan secara manual (menurunkan kotak atau bakul berisi hasil dengan cermat).

‘Forklift’ boleh digunakan memunggah bebanan (sekiranya hasil disimpan di dalam bekas yang

sama saiz dan seragam).

Bagi operasi yang besar, jentera boleh digunakan.

Hasil mesti tidak terdedah terlalu lama pada keadaan cuaca panas.

Hasil yang telah dipunggah perlu diletakkan di kawasan teduh di dalam rumah pembungkusan

sebelum operasi penyediaan seterusnya.

LAMBAKAN (DUMPING)

Melambakkan buah dari satu bekas ke satu bekas yang lain dalam operasi lepas tuai perlu dikendalikan

dengan berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan mekanikal.

PEMILIHAN

Buah-buahan atau sayur-sayuran yang terjejas mutunya akibat jangkitan penyakit, terlalu muda, pecah,

patah dan sebagainya perlu diasingkan daripada hasil yang baik. Bahagian hasil yang rosak akibat

kecederaan mekanikal (pecah, patah, lebam, terhiris) dan serangan penyakit atau serangga perlu dipotong

menggunakan peralatan yang tajam dan bersih seperti pisau atau gunting. Ini dapat meningkatkan mutu

hasil dan rupa yang lebih menarik. Pembuangan bahagian yang rosak ini juga dapat menjimatkan kos

pengangkutan. Pemotongan juga dilakukan untuk memudahkan aktiviti penyediaan seterusnya. Semua

sisa yang diasingkan perlu dibuang secepat mungkin daripada rumah pembungkusan atau menyimpan

dalam tong tertutup sebelum dibuang.

Pemotongan perlu dilakukan terhadap jenis sayur (sawi, daun bawang, kangkung, bayam dan

kubis).

Bagi kubis bulat dan salad, beberapa helai kelopak luar yang agak keras perlu ditinggalkan bagi

melindungi bahagian dalam daripada mengalami kecederaan semasa pengendalian dan

pengangkutan.

Bagi nanas pula, tangkainya dipotong sehingga ukuran tertentu:

- mengelakkannya daripada mencederakan buah yang lain.

- mengelakkannya daripada mencucuk dan membocorkan bahagian bawah kotak sekiranya ia

disusun dalam keadaan menegak.

Page 5: UNIT 3

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 50

Rajah 3.2. Lengan pekerja haruslah membentuk 45 ˚ apabila mereka mengendalikan hasil di atas meja.

Jika operasi pemilihan menggunakan sistem penghantar “conveyor”, hasil yang dihantar perlulah tidak

terlalu cepat supaya pemilihan hasil boleh dibuat dengan teliti. Hasil juga perlu dipusingkan sekurang-

kurangnya dua kali di hadapan pekerja. Terdapat 3 jenis penghantar yang biasa digunakan untuk

membantu operasi pemilihan.

Belt conveyor Push-bar conveyor Roller conveyor

Rajah 3.3. Tiga jenis penghantar dalam operasi pemilihan.

PEMBASUHAN

Pembasuhan dilakukan bagi membersihkan hasil daripada kotoran ladang dan benda asing seperti

tanah, sisa kimia, lelehan getah (mangga dan pisang) dan sisa bahan organik yang lain.

Ianya sesuai dilakukan pada kebanyakan sayur berdaun, buah dan ubi tetapi tidak sesuai

dilakukan pada beberapa jenis sayur seperti brokoli, kubis bunga dan lada benggala.

Semasa pembasuhan, hasil perlu dielakkan daripada terendam terlalu lama di dalam air bagi

mengelakkan jangkitan penyakit.

Boleh dilakukan secara manual atau mekanikal dengan cara rendaman atau semburan.

Namun, pembasuhan jenis “recirculated” atau air bertakung kurang digalakkan kerana boleh

menyebabkan pencemaran oleh mikroorganisma.

Air basuhan yang telah dirawat dengan fungisid perlu dibuang terlebih dahulu sebelum digunakan

untuk pembasuhan lain.

Pembasuhan adalah sangat penting bagi hasil yang akan dieksport atau dijual di pasaraya.

Page 6: UNIT 3

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 51

RAWATAN PEMBASMIAN PENYAKIT

Bahan kimia pembasmi kulat dan bakteria perlu digunakan untuk hasil yang akan dieksport atau

dikendalikan dalam tempoh yang lama.

Pembasmi kulat seperti tiabendazol (TBZ) dan propikonazol boleh digunakan pada kepekatan

yang selamat (Oxidation Reduction Potential).

Benomil + air panas pada suhu 52˚C (5 min): bagi mengawal penyakit antraknos.

Larutan klorin berkepekatan 100-150bpj boleh digunakan untuk mengurangkan populasi

mikroorganisma di dalam air pembasuh.

Buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pasaran tempatan biasanya tidak diberi perlakuan kimia

kerana tempoh pengendaliannya hanya untuk beberapa hari sahaja.

PENGERINGAN

Air yang berlebihan di permukaan hasil perlu dikeringkan dengan menyusunnya di atas rak

pengering atau menggunakan unit pengering yang khusus.

Pengeringan boleh dilakukan dengan mendedahkan hasil pada suhu biasa (air-dried).

Kipas juga digunakan untuk mencepatkan proses pengeringan.

Pengeringan berlebihan perlu dielakkan terutama bagi hasil sayuran berdaun.

PERAWATAN (CURING)

Penuaian dan pengendalian lepas tuai yang tidak cermat boleh mengakibatkan kecederaan

mekanikal pada hasil tanaman.

Perawatan boleh dilakukan untuk memulihkan permukaan bahagian yang tercedera selepas

penuaian.

Hasil didedahkan pada suhu ambien selama 3-5 hari (dengan pengudaraan yang baik).

Perawatan yang sempurna boleh membentuk lapisan periderma pada permukaan bahagian yang

tercedera.

Pembentukan lapisan ini dapat mengelakkan kehilangan air yang berlebihan dan serangan

mikroorganisma serta rupa yang menarik.

Terdapat dua jenis perawatan:

1. Perawatan tanaman berakar: Ubi kayu, ubi kentang, ubi keledek, halia dan seumpanya.

2. Perawatan pengeringan bebawang: bawang besar, bawang putih dan bawang merah.

Apakah yang dimaksudkan dengan perawatan tanaman berakar dan perawatan

pengeringan bebawang? Bagaimana proses tersebut dilakukan?

Page 7: UNIT 3

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 52

PELILINAN

Dilakukan terhadap hasil seperti limau, nanas, ubi dan halia bagi mengurangkan kehilangan

lembapan semasa pengendalian atau penjualan.

Lapisan selaput lilin pada permukaan kulit juga boleh menutupi bahagian yang terluka dan

membantu melindungi hasil daripada serangan mikroorganisma.

Memberi kilauan dan rupa yang menarik.

Lengkapkan jenis penyalutan bagi buah. Jenis penyalutan ini adalah dalam Bahasa Inggeris.

1. B_ e _ w _ x.

2. C _ _ n _ _ b _ w _ x.

3. S _ e _ l _ c.

4. L _ q _ i _ P _ r _ ff _ n

5. A r _ b _ _ G _ m.

PENGGREDAN

Penggredan dan pemiawaian adalah satu daripada operasi rumah pembungkusan yang penting. Hasil

yang diambil daripada ladang akan dikelaskan mengikut nilai komersil dan kegunaan. Penggredan adalah

lebih penting untuk pasaran eksport berbanding dengan pasaran tempatan. Melalui penggredan juga,

penentuan harga boleh dibuat dengan lebih adil dan teratur.

Penggredan biasanya dilakukan secara manual tetapi bagi pengelasan saiz dan berat, ia dilakukan secara

manual dan juga menggunakan mesin. Pemiawaian pula ialah merupakan sistem pengelasan dan

penggredan sesuatu hasil menurut suatu piawaian yang sah. Keperluan pemiawaian adalah berbeza

mengikut pasaran dan negara. Di Malaysia, piawaian untuk buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan hasil

tanaman disediakan oleh Institut Standard dan Penyelidikan Industri Malaysia (SIRIM). Pada peringkat

antarabangsa, ia disediakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu- Pertubuhan Ekonomi Eropah (UN-

ECE), Pertubuhan Piawaian Antarabangsa (ISO) dan Suruhanjaya Makanan Codex (Codex Alimentarious

Commission).

Page 8: UNIT 3

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 53

Ciri-ciri penggredan

Ciri-ciri fizikal:

1. kematangan

2. kemasakan

3. kultivar

4. rupa keseluruhan

5. kerosakan

Ciri kimia: nilai pemakanan dan kandungannya.

Ciri-ciri biologi:

1. peringkat kematangan

2. percambahan

3. serangan penyakit/serangga.

Kelebihan penggredan

1. Mendapat harga terbaik: disesuaikan untuk pasaran berlainan.

2. Membantu penetapan harga dan komunikasi: mudah dalam persetujuan eksport.

3. Mekanisasi dan mesin penggredan: menjimatkan masa pengendalian.

4. Membantu operasi pengendalian: memudahkan urusan penyimpanan, pengangkutan dan

pengagihan.

5. Penguatkuasaan peraturan: mengelakkan berlakunya penipuan, penyelewengan dan perselisihan

faham antara pengeluar dan pembeli.

Penyediaan Piawaian di Malaysia

Terdapat beberapa agensi yang membantu SIRIM menyediakan piawaian iaitu MARDI, Jabatan Pertanian,

Jabatan Kesihatan, Pertubuhan Peladang dan FAMA.

Spesifikasi komoditi

1. Skop piawaian:

Perlu jelas sebagai panduan utama dalam proses penyediaan sesuatu piawaian. Contoh: kubis

meliputi varieti tanah tinggi sahaja.

2. Terminologi:

Perlu dihurai dengan tepat bagi mengelakkan kekeliruan. Contoh: perkataan “masak” dalam

penggredan buah mangga, bermaksud peringkat dimana isi buah menjadi lembut dan beraroma.

Page 9: UNIT 3

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 54

3. Penetapan jenis dan gred:

Perbezaan ketara atau varieti yang sama. Contoh: kubis jenis berat dan ringan dihasilkan di lokasi

penanaman yang berlainan.

4. Keperluan umum:

Unit timbangan samada gram atau kilogram. Gred dan saiz juga perlu dihuraikan dan ditetapkan.

5. Kelonggaran dan toleransi:

Sedikit kelonggaran dan toleransi diberikan bagi mencapai persefahaman. Contoh: setiap kotak

buah diberi kelonggaran tidak melebihi 5% daripada berat yang ditetapkan.

6. Keperluan undang-undang:

Menerangkan tentang peraturan kerajaan tempatan perlu dipatuhi. Contoh: akta makanan,

penetapan kandungan bahan pengawet tidak melebihi yang dibenarkan.

7. Pembungkusan dan pelabelan:

Keterangan maklumat kandungan perlu jelas. Contoh: nama hasil, varieti, nama pengeluar, berat

kandungan, saiz, gred, dan tarikh pembungkusan.

Perlaksanaan Sistem Piawaian di Malaysia

SIRIM telah menyediakan lebih kurang 35 piawaian Malaysia bagi hasil segar termasuk buah-buahan,

sayur-sayuran dan bunga-bungaan. Namun begitu, industri hasil segar di negara kita tidak

mengamalkannya. Biasanya mereka hanya mengamalkan persetujuan secara tidak rasmi antara pembeli

dan pembekal. Penilaian kualiti mereka hanya dibuat secara subjektif iaitu melalui pancaindera sahaja.

Hasil Pertanian

Nama biasa (1) Nama Botani (2) Piawaian gred (3)

Sayuran Segar

Okra

Hibiscus esculentus L.

MS 1230:1991

Cili Capsicum annuum MS 894:1984

Lada benggala Capsicum annuum I.. var. grossum MS 1124:1996

Halia Zingiber officinale Roscoe MS 1306:2005

Kacang buncis Phaseolus vulgaris L. MS 1252:1992

Kacang panjang Vigna sesquipedalis L. MS 951:2003

Kailan Brassica alboglabra Bailey MS 1324:1993

Kubis Brassica oleracea var. capitata MS 892:2004

Kubis cina Brassica campestris L.ssp

pekinensis (Lour) Olsson

MS 1393:1996

Page 10: UNIT 3

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 55

Peria Mantordica charantia L. MS 1146:1989

Salad Lactuca sativa L. MS 1361:1944

Sawi Brassica sp. MS 1323:1993

Bayam (poh choy) Spinacia oleracea L. MS 1362:1994

Timun Cucumis sativus L. MS 956:2003

Tomato Lycopersicum esculentuna Mill. MS 893:2003

Buah Segar

Belimbing

Averrhoa carambola L.

MS 1127:2002

Betik Carica papaya MS 1040:1486 I

Jambu batu Psidium guafava L. MS 1149:1989

Limau mandarin (domestik) Citrus rettculata MS 232:1974

Mangga Mangifera indica Linn MS 885:1984

Manggis Garcinta mangostana MS 1128:1989

Nangka Artocarpus heterophyllus Lam MS 1055:1986

Pisang Musa saptentum MS 459:1976

Pisang mas Musa saptentunt cv. mas MS 1075:1987

Tembikai Citrullus vulgaris Schard MS 1028:1986

Musk-Melon Cucumis naelo Linn MS 1325:1993

Bunga Keratan Segar

Chrysanthemum (multi-floral)

Chrysanthernum nrortfoltum

MS 1354:1993

Orkid (spray type) Orchidacea fanatly MS 1280:1992

Roses (unifloral) Genus Rosa MS 1233:1991

Roses (multi-floral) Genus Rosa MS 1355:1994

Carnation (unifloral) Dianthus caryophyllus MS 1281:1992

Carnation (multi-floral) Dianthus canfophyllus MS 1353:1994

Kekacang

Groundnut kernels

Arachis lvypogao

MS 457:1976

Groundnut, fresh in-shell Arachis hypogao MS 458:1976

Rajah 3.4. Penggredan standard bagi hasil segar yang disediakan oleh SIRIM.

Page 11: UNIT 3

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 56

Rajah 3.5. Contoh muka hadapan buku Malaysian Standard bagi mangga segar.

Grade Requirements Tolerances

Premium

The fruits shall be of superior quality with

characteristic of the variety. They shall be free

from defects, with the exception of very slight

superficial defects, provided these do not affect the

general appearance of the fruit, the internal quality,

the keeping quality and presentation in the

package.

5 % by number or weight of fruit

not satisfying the requirements

of Premium Grade, but meeting

those of Grade 1 or

exceptionally, coming within the

tolerances of that grade.

1

The fruits shall be of good quality with

characteristics of the variety. They shall be slightly

free from defects, with the exception of slight

superficial defects, provided these do not affect the

general appearance of the fruit, the internal quality,

the keeping quality and presentation in the

package.

10 % by number or weight of

fruit not satisfying the

requirements of Grade 1, but

meeting those of Grade 2 or

exceptionally, coming within the

tolerances of that grade.

Page 12: UNIT 3

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 57

2

This grade includes the fruits which do not qualify

for inclusion in the higher grade but satisfy the

minimum requirements specified in Clause 4.

Slight superficial defects may be allowed provided

these do not affect the flesh of the fruit.

10 % by number or weight of

fruit satisfying neither the

requirements of the grade nor

the minimum requirements, with

the exception of produce

affected by rotting, or any other

deterioration rendering it unfit for

consumption.

Rajah 3.6. Klasifikasi gred kualiti bagi buah mangga segar yang disediakan oleh SIRIM versi (BI).

Piawaian Antarabangsa

Kebanyakan negara-negara maju mempunyai piawaian mereka sendiri seperti Amerika Syarikat, Jepun

dan Kesatuan Eropah. Biasanya piawaian mereka adalah ke atas hasil tanaman yang beriklim sederhana

seperti salad, epal, pear, kiwi dan sebagainya. Suruhanjaya Makanan Codex merupakan satu-satunya

suruhanjaya yang menyediakan piawaian dunia bagi buah-buahan dan sayur-sayuran tropika. Antara

dokumen yang disediakan ialah:

Kod amalan pembungkusan dan pengangkutan bagi buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Kod amalan bagi mengawal dan memeriksa buah-buahan serta sayur-sayuran segar.

PRA PENYEJUKAN

Baik dilakukan pada kebanyakan jenis hasil sebelum disimpan pada suhu dingin.

Sesuai dilakukan terhadap hasil untuk simpanan lama atau dieksport dengan kontena berhawa

dingin.

Melalui pra-penyejukan, suhu yang tinggi (biasanya 28-35oC) di dalam tisu hasil semasa di ladang

diturunkan sehingga mencapai suhu penyimpanan dalam masa kurang 2 jam.

Ini adalah bertujuan untuk:

1. Mengurangkan proses respirasi.

2. Mengurangkan aktiviti metabolik yang lain.

3. Mengawal proses perpeluhan dan kehilangan lembapan.

4. Mengawal serangan mikroorganisma.

5. Memelihara mutu hasil.

Antara kaedah pra-penyejukan ialah sejukan udara (air cooling), sejukan air (hydrocooling),

sejukan vakum (vacuum cooling).

Page 13: UNIT 3

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 58

Operasi pengendalian lepas tuai bagi lobak dan buah kurma. Sila layari:

http://www.youtube.com/watch?v=UsBi_4ZATmw

http://www.youtube.com/watch?v=Hn5XkPewAXk

PEMBUNGKUSAN

Pembungkusan bertujuan meningkatkan ciri-ciri kosmetik hasil, memberi maklumat kepada pengguna dan

meningkatkan keselamatan makanan. Topik pembungkusan akan dihurai dengan lebih lanjut pada unit 5.

PENYIMPANAN

Hasil segar biasanya disimpan sementara menunggu untuk dipasarkan.

Tempoh simpan yang singkat boleh dilakukan bagi hasil yang disimpan di dalam bilik dengan

sistem pengudaraan yang baik dan bersih.

Tempoh simpan yang lama boleh dilakukan di bilik sejuk dengan sistem kawalan suhu dan

kelembapan relatif yang baik.

Suhu optimum perlu dikekalkan bagi mengelakkan kecederaan fisiologi dan kerosakan.

Hasil perlu dibungkus dengan bahan yang sesuai dan mengelakkannya daripada bercampur

dengan hasil yang telah masak atau busuk.

Page 14: UNIT 3

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 59

Rajah 3.7. Pengendalian lepas tuai bagi kangkung untuk pasaran tempatan.

Page 15: UNIT 3

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 60

RUMUSAN

1. Rumah pembungkusan yang dilengkapi dengan teknologi dapat meningkatkan operasi

pembungkusan.

2. Hasil yang dipasarkan dapat bertahan lama dan menarik perhatian pengguna.

3. Susun atur di dalam rumah pembungkusan perlulah sesuai bagi melancarkan operasi

pembungkusan.

4. Aktiviti di dalam rumah pembungkusan melibatkan operasi pemunggahan, lambakan, pemilihan,

pembasuhan, rawatan, pengeringan, pelilinan, pengreddan, pra-penyejukan, pembungkusan

dan penyimpanan.

5. Aktiviti pembasuhan dapat dilakukan secara manual mahupun mekanikal.

6. Perawatan hasil yang cedera terbahagi kepada dua iaitu perawatan tanaman berakar dan

perawatan pengeringan bebawang.

7. Penggredan dapat membantu operasi pengendalian dengan memudahkan penyimpanan,

pengangkutan dan pengagihan.

8. SIRIM dibantu oleh pihak MARDI, Jabatan Pertanian, Jabatan Kesihatan, Persatuan Peladang,

dan FAMA di dalam aktiviti pemiawaian.

KATA KUNCI

1. Rumah pembungkusan 6. Kecederaan mekanikal

2. Pasaran eksport 7. Kawalan penyakit dan perosak

3. Pasaran tempatan 8. Suhu ambien

4. Pembersihan

5. Fungisid

Page 16: UNIT 3

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 61

Pemunggahan

Lambakan

Pemilihan

Pembasuhan

Rawatan Pembasmian Penyakit

Pengeringan

Rawatan

Pelilinan

Pengreddan

Prapenyejukan

Pembungkusan

Penyimpanan

Tujuan

PETA KONSEP

OPERASI RUMAH PEMBUNGKUSAN

Aktiviti

Membawa hasil ke rumah pembungkusan

Mengasingkan dan membuang hasil yang rosak

Membersihkan kotoran ladang dan bendasing

Membunuh mikrorganisma yang menyebabkan

penyakit

Mendedahkan hasil pada suhu biasa

Memulihkan bahagian yang tercedera

Melambak buah dari satu bekas ke satu bekas yang lain

Meminima kehilangan lembapan semasa penyimpanan

Mengelaskan hasil pada saiz dan berat yang tertentu

Menurunkan suhu tinggi di dalam sel tisu

Meningkatkan ciri-ciri kosmetik hasil

Hasil disimpan sebelum dipasarkan

Page 17: UNIT 3

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 62

LATIHAN KENDIRI

BAHAGIAN A

Arahan: Pilih dan bulatkan jawapan yang tepat.

1. Terdapat tiga (3) jenis penghantar dalam operasi pemilihan kecuali

A Belt conveyor

B Seat Conveyor

C Push-bar conveyer

D Roller conveyor

2. Berikut adalah suhu yang sesuai bagi mengawal penyakit antraknos iaitu

A 52˚C

B 25˚C

C 70˚C

D 85˚C

3. Tujuan paling utama pelilinan dilakukan adalah untuk

A memberi kilauan dan rupa yang menarik

B menutup bahagian luka

C melindungi hasil daripada serangan mikroorganisma

D mengurangkan kehilangan lembapan semasa pengendalian atau penjualan

4. Berikut merupakan kaedah pra-penyejukan kecuali

A sejukan udara

B sejukan air

C sejukan termampat

D sejukan vakum

Page 18: UNIT 3

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 63

BAHAGIAN B

Arahan: Jawab semua soalan dengan ringkas dan tepat.

1. Senaraikan lima (5) kelebihan penggredan.

i. _____________________________________________________________________

ii. _____________________________________________________________________

iii. _____________________________________________________________________

iv. _____________________________________________________________________

v. _____________________________________________________________________

2. Terangkan secara ringkas tujuan utama rumah pembungkusan dibina.

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

3. Pada pendapat anda, bagaimanakan cara untuk mengurangkan kerosakan semasa kerja

pemunggahan betik dilaksanakan?

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

4. Bincangkan secara ringkas cara penyimpanan buah limau sebelum dipasarkan.

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

Page 19: UNIT 3

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 64

RUJUKAN

FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan). (2008). Explanatory Notes on the Application of the

Federal Agricultural Marketing Authority (Grading, Packaging and Labelling of Agricultural

Produce). Malaysia: FAMA.

FAO (Food and Agriculture Organization of the United Nations). (1989). Prevention of Postharvest Food

Losses: Fruits, Vegetables and Root Crop. Rome: FAO.

Gopinadhan, P., Dennis, M., Avtar, H., dan Susan, L. (2008). Postharvest Biology and Technology of

Fruits, Vegetables and Flowers. USA: Blackwell Publishing.

Hassan, A. (1999). Pengendalian Lepas Tuai: Buah-buahan dan Sayur-sayuran Tropika. Malaysia: Mardi.

SIRIM. (2012). Malaysian Standard for Fresh Mangoes-Specification. Malaysia: Department of Standards

Malaysia.

Thompson, A.K. (2003). Fruit and Vegetables: Harvesting, Handling, and Storage. UK: Blackwell

Publishing.

Wills, R.B.H., McGlasson, W.B., Graham, D., dan Joyce, D.C. (2007). Postharvest- An introduction to the

physiology and handling of fruit, vegetables and ornamentals. Edisi kelima. UK: CABI.