Unit 8 mi dlm p&p

17
Pelbagai Kecerdasan | 128 UNIT 8 PELBAGAI KECERDASAN DALAM MATEMATIK UJIAN PRA-PELAJARAN Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya anda menguasai penilaian pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran ini sepenuhnya. Oleh itu bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran berikutnya. Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju/Agree Sangat Setuju 1 2 3 4 5 Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5 1 Saya dapat menyatakan pelbagai kecerdasan pelajar berkaitan dengan pengajaran pembelajaran di bilik darjah; . 2 Saya dapat mengaplikasikan strategi pengajaran pembelajaran matematik pelbagai kecerdasan di bilik darjah.

Transcript of Unit 8 mi dlm p&p

Page 1: Unit 8 mi dlm p&p

P e l b a g a i K e c e r d a s a n | 128

UNIT 8

PELBAGAI KECERDASAN DALAM MATEMATIK

UJIAN PRA-PELAJARAN

Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya anda menguasai penilaian pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran ini sepenuhnya. Oleh itu bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran berikutnya.

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju/Agree Sangat Setuju

1 2 3 4 5

Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5

1 Saya dapat menyatakan pelbagai kecerdasan pelajar berkaitan dengan pengajaran pembelajaran di bilik darjah; .

2 Saya dapat mengaplikasikan strategi pengajaran pembelajaran matematik pelbagai kecerdasan di bilik darjah.

Page 2: Unit 8 mi dlm p&p

P e l b a g a i K e c e r d a s a n | 129

PELBAGAI KECERDASAN DALAM MATEMATIK

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pelajaran, diharapkan pelajar dapat : i) Menyatakan pelbagai kecerdasan berkaitan dengan pengajaran pembelajaran di

bilik darjah; ii) Mengaplikasikan strategi pengajaran pembelajaran matematik pelbagai

kecerdasan di bilik darjah.

8.1 PENGENALAN Bolehkah anda kenal pasti persamaan yang ada pada David Beckham dan Albert Einstein? Seperti yang anda sedia maklum, Albert Einstein adalah seorang ahli fizik yang teragung dengan penemuan saintifik seperti Teori Relativiti dengan rumusan yang masyhur iaitu E = MC2. Beckham pula adalah antara permain bola sepak yang terkemuka. Beliau memiliki kemahiran yang tinggi dalam membuat hantaran bola yang tepat serta mempunyai kemahiran-kemahiran keseluruhan yang diperlukan dalam permainan bola sepak yang mana dapat memukau peminat dan pihak lawan.

Mengikut Howard Gardner, profesor pendidikan progresif di University Harvard, USA; kedua-dua mereka ini mempunyai kecerdasan (intelligent), walaupun bidang yang berbeza. Jadi, apakah sebenarnya kecerdasan (intelligence)? Mengikut Gardner (1993) kecerdasan adalah:

‘Intelligence is the ability to solve problems, find or create new problems and then appropriate create products of value within a cultural context’.

Oleh itu, kecerdasan boleh ditakrifkan sebagai kebolehan atau keupayaan untuk

menyelesaikan masalah, mencari atau membentuk masalah yang baru dan jika bersesuaian, menghasilkan produk-produk yang bernilai dalam lengkungan konteks bidangnya. Menurut Gardner (1993) lagi, kecerdasan tidak dikaitkan dengan deria iaitu tidak ada kecerdasan pendengaran misalnya sebab kedua-dua muzik dan bahasa menyediakan maklumat mengenai pendengaran. Juga tidak wujud kecerdasan visual sahaja kerana kedua-dua perkataan bertulis dan maklumat „spatial‟ datang kepada kita secara visual. Kecerdasan juga dikaitkan dengan jenis-jenis maklumat yang spesifik dan bukan dengan cara-cara pemikiran seperti „analytical-global‟ dan „reflektif-impulsif‟. Seseorang individu itu mungkin berfikir dalam bentuk nombor, perkataan, gambar atau muzik iaitu bergantung kepada kecenderungannya yang domain. Menurut Gardner lagi, kecerdasan juga bukan secara semula jadi atau dipupuk. Ianya mempunyai kaitan dengan faktor-faktor keturunan dan alam sekitar yang mana tidak dengan sendirinya menghasilkan kecerdasan tetapi interaksi antara kedua-duanya mampu menghasilkan kecerdasan. Sebagai contoh, katakan sepasang kembar seiras yang lahir daripada

Page 3: Unit 8 mi dlm p&p

P e l b a g a i K e c e r d a s a n | 130

keturunan dan baka yang sama tetapi hidup berasingan di tempat yang berlainan. Walau bagaimanapun dalam ujian kecerdasan mereka tidak mendapat skor yang sama kerana mungkin faktor alam sekitar.

Sebaliknya jika terdapat dua individu yang berbeza iaitu mempunyai ibu bapa

yang berbeza dan hanya mempunyai sedikit persamaan bagi gen-gennya. Walau bagaimanapun, katakan mereka hidup dalam suasana persekitaran yang serba-serbinya sama. Namun demikian, dalam ujian kecerdasan (IQ test) mereka tidak mendapat skor yang sama. Perbezaan ini disebabkan oleh faktor gen. Jadi kedua-dua faktor alam sekitar dan gen mempengaruhi kecerdasan.

Kecerdasan juga sebagai tarikan dan kemahiran kepada rangsangan tertentu, di mana jika seseorang itu tertarik kepada dan mahir dengan nombor-nombor serta hubungan-hubungan logikal antara objek-objek, maka kita katakan bahawa orang tersebut mempunyai kecerdasan logikal matematikal yang kuat. Sekiranya dia tertarik kepada dan mempunyai kemahiran dalam bidang flora dan fauna serta fenomena alam semula jadi yang lain, dia dikatakan mempunyai kecerdasan „naturalistik‟.

Berdasarkan kepada takrif dan ciri-ciri kecerdasan („intelligence‟) yang disebutkan ini, Gardner mengemukakan teori yang agak kontroversial iaitu Teori Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intellegence Theory). Proposisi utama dalam teorinya adalah

“There is not one, or two ways to be smart. There are many ways to be smart. These are mutiple intellegences”

Dalam erti kata lain kecerdasan bukan berbentuk tunggal, bukan tetap dan tidak boleh diukur sepenuhnya melalui ujian-ujian IQ. Sebagai pendidik kita tentu mengetahui tentang kes-kes seperti pelajar yang sangat bijak dalam matematik tetapi lemah dalam bahasa. Terdapat juga kes di mana seseorang pelajar yang mungkin dianggap lembam semasa berada di sekolah rendah tetapi bertukar menjadi pelajar yang pintar bila berada di sekolah menegah dan pelbagai kes yang lain. 8.2 JENIS-JENIS KECERDASAN Sebelum kita membincangkan tentang jenis-jenis kecerdasan seperti yang terdapat dalam Teori Pelbagai Kecerdasan (MI), adalah lebih elok kita meninjau sepintas lalu suatu situasi di sebuah restoran yang popular sewaktu makan tengah hari. Oleh kerana populariti restoran tersebut, pelanggannya terpaksa beratur untuk menunggu giliran membuat pesanan masing-masing. Katakan kita memilih lapan orang daripada pelanggan yang sedang berbaris untuk membuat tinjauan tentang pemikiran mereka. Pelanggan pertama didapati lebih berminat kepada notis yang menunjukkan menu istimewa untuk hari itu. Dalam kepala pelanggan ini dia menghitung tentang harga makanan dalam menu itu. Dia berfikir sama ada lebih murah baginya untuk memesan makanan seperti yang ditawarkan dalam menu istimewa atau memesan makan secara

Page 4: Unit 8 mi dlm p&p

P e l b a g a i K e c e r d a s a n | 131

„ala carte‟. Pelanggan pertama ini dikatakan mempunyai kecerdasan logikal matematikal dalam semua situasi kehidupannya. Pelanggan kedua pula didapati lebih menumpu perhatian kepada perbualan antara dia dengan rakan-rakan di belakangnya. Dia memfokuskan tumpuan kepada pemilihan perkataan di kalangan rakan-rakannya. Antara perbualan yang menarik perhatiannya adalah pernyataan seorang rakannya yang berkata „bos kita terlalu sentimental‟. Dia pula mungkin terfikir tentang penggunaan perkataan selain daripada „bos‟ dan „sentimental‟. Pelanggan ini selalu memikirkan tentang perkataan-perkataan dan pemilihan perkataan yang sesuai. Pelanggan kedua ini dikatakan mempunyai kecerdasan verbal dan linguistik. Pelanggan ketiga pula tidak memikir langsung tentang harga-harga makanan atau tertarik kepada sebarang perbualan. Ianya lebih cenderung memerhati susunan meja dan kerusi dalam restoran tersebut. Seterusnya membayangkan susunan kerusi dan meja yang lebih menarik dan memberi keselesaan yang lebih. Pelanggan ini dikatakan mempunyai kecerdasan visual/spatial yang tinggi. Seterusnya, di belakang pelanggan ketiga tadi didapati seorang pelanggan yang begitu asyik mendengar alunan muzik yang berkumandang di dalam restoran sambil memikir tentang jenis muzik lain yang dapat memberikan suasana yang lebih romantis bagi dirinya dan teman wanitanya yang sama-sama berbaris. Pelanggan ini dikatakan mempunyai kecerdasan muzikal. Pelanggan kelima nampaknya baru sahaja keluar daripada kompleks sukan yang berdekatan. Semasa berbaris ianya begitu serius menggaya-gayakan balingan boling yang baru sahaja berlalu menentang rakannya. Dia memikir bagaimana dia sepatutnya membuat balingan „strike‟ dan mendapatkan „spare‟ bagi setiap frame dengan lebih berkesan. Pelanggan kelima ini dikatakan mempunyai kecerdasan ‘bodily/kinestetik. Susunan pokok-pokok bunga di dalam pasu-pasu di sekeliling ruang restoran itu telah dapat menarik perhatian pelanggan keenam. Dia didapati meneliti keadaan daun-daun pokok yang kekuningan dan seterusnya beranggapan pokok-pokok tersebut telah disirami air secara berlebihan. Pelanggan ini dikatakan mempunyai kecerdasan ‘naturalistik’. Pelanggan ketujuh pula didapati lebih berminat memerhati ekspresi muka sepasang kekasih yang sedang berbual di satu penjuru restoran. Dalam pemerhatiannya, dia pasti bahawa dapat mengesan keadaan ketegangan (tension) di antara kedua-duanya walaupun mereka nampaknya berbual secara bersopan. Pelanggan ketujuh ini dikatakan mempunyai kecerdasan ‘interpersonal’ yang tinggi. Pelanggan kelapan pula nampaknya bersendirian dan mengelamun dalam dunianya tersendiri. Dia mungkin sedang membuat refleksi tentang tugas yang diamanahkan kepadanya tadi. Dari air mukanya, nampaknya dia tidak berpuas hati dengan prestasi kerjanya. Pelanggan ini dianggap sebagai mempunyai kecerdasan ‘intrapersonal’. Dari situasi restoran ini, kita perhatikan bahawa lapan orang pelanggan tadi adalah tertarik kepada sesuatu perkara atau rangsangan dan seterusnya mahir dengan pelbagai jenis rangsangan tertentu yang datang secara semula jadi kepada mereka. Menurut Gardner lagi, kita semua adalah seperti lapan orang pelanggan tadi iaitu kita masing-masing tertarik kepada sesuatu rangsangan dan selesa dengan berbagai jenis

Page 5: Unit 8 mi dlm p&p

P e l b a g a i K e c e r d a s a n | 132

rangsangan tersebut. Daripada gambaran di atas, teori MI memberikan atau membahagikan kecerdasan kepada 8 jenis iaitu:

a) kecerdasan verbal/linguistik b) kecerdasan logikal/matematikal c) kecerdasan visual/spatial d) kecerdasan muzikal/rythmik e) kecerdasan bodily/kinestitik f) kecerdasan naturalistik g) kecerdasan interpersonal h) kecerdasan intrapersonal.

Gardner juga mendakwa bahawa setiap manusia yang normal mempunyai kesemua 8 jenis kecerdasan tersebut di atas tetapi pada darjah-darjah yang berbeza. Ini bermaksud, jika seseorang itu dikatakan mempunyai kecerdasan dalam bidang verbal/linguistik, kecerdasan itu lebih dominan berbanding dengan kecerdasan-kecerdasan yang lain. 8.2.1 Kecerdasan Verbal/linguistik Kita menggunakan kecerdasan verbal/linguistik untuk berfikir dalam, dengan dan mengenai perkataan. Bahasa bertulis dan lisan adalah simbol-simbol bagi kecerdasan ini. Mereka yang mempunyai kekuatan dalam kecerdasan ini mempunyai kemahiran dan minat dalam pembacaan, penulisan dan percakapan atau perbualan terutama dalam bentuk-bentuk seperti perbincangan, penulisan puisi, mendeklamasi sajak ataupun mungkin berlawak jenaka. Contoh-contoh personaliti yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam bidang ini adalah Bill Cosby, Jean Piaget, William Shakespeare, Winston Churchill, dan lain-lain. Personaliti tempatan yang mempunyai kecerdasan ini adalah Dato‟ Prof. Shanon Ahmad, Allahyarham P.Ramli, A. Samad Said, Dato‟ Prof. Awang Had dan lain-lain.

Cuba renung kembali tentang pelajar anda sendiri, adakah terdapat dalam kalangan mereka yang mempunyai kecerdasan verbal ini? Apa pula tindakan anda bagi menangani pelajar seperti ini? 8.2.2 Kecerdasan Logikal/Matematikal Kita menggunakan kecerdasan logikal/matematikal adalah untuk berfikir dalam, dengan dan tentang nombor-nombor dan hubungan-hubungan logikal. Mereka yang mempunyai kekuatan dalam kecerdasan ini gemar menyelesaikan masalah, gemar kepada matematik serta gemar mencari hubungan-hubungan logikal seperti “sebab dan akibat” dan “jika .... maka”. Beberapa bentuk kecerdasan ini termasuklah mengguna simbol abstrak, menyelesaikan masalah logikal, mencari dan membentuk corak atau pola dan sebagainya. Contoh-contoh personaliti yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam

Page 6: Unit 8 mi dlm p&p

P e l b a g a i K e c e r d a s a n | 133

bidang ini ialah Elbert Einstein, Bill Gates, H.R. Block, Thomas Edison, Socrates, Carl Gauss, dan lain-lain.

Adakah personaliti tempatan memiliki kecerdasan logikal/matematikal ini?

Bagaimana anda membantu pelajar yang sudah anda kenal pasti memiliki kecerdasan logikal di sekolah? Jelaskan. 8.2.3 Kecerdasan Visual/spatial Kita menggunakan kecerdasan visual/spatial untuk berfikir dalam, dengan dan tentang imej-imej visual seperti melalui gambar-gambar, ukiran-ukiran, penyusunan objek-objek serta pelayaran melalui ruang. Mereka yang mempunyai kekuatan dalam bidang ini gemar menconteng, mereka bentuk, melukis, menyusun objek-objek serta mempunyai deria arah yang baik. Contoh-contoh personaliti yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam bidang ini adalah Gary Kasparov, Laura Ashley, Euclid, Christoper Columbus , Gain Lorenzo Bernini, Vincent van Gigh dan lain-lain dan personaliti tempatan pula adalah seperti Dato‟ Hijazz Kasturi dan Dato‟ Azhar Mansor.

Cuba anda renungkan, bagaimana susunan landskap di sekolah anda? Adakah ianya menarik dan apakah yang menariknya tentang landskap itu? 8.2.4 Kecerdasan Muzikal Bagi kecerdasan muzikal/rhythmic, kita menggunakan kecerdasan ini untuk berfikir dalam, dengan dan tentang muzik dengan simbol-simbol seperti melodi dan irama. Mereka yang mempunyai kekuatan dalam kecerdasan muzikal/rhythmic gemar mendengar dan membentuk muzik dalam pelbagai bentuk termasuk mahir bermain alat-alat muzik, menyanyi lagu dengan suara yang merdu, menggubah melodi dan lirik dan menghargai muzik. Antara personaliti ini Ludwig van Beethoven, Zubin Mehta, Diana Ross, John Lennon dan lain-lain. Personaliti tempatan pula adalah seperti allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Siti Norhaliza, Dato Johari Salleh dan lain-lain.

Fikirkan, apakah yang membezakan antara suara penyanyi Siti Norhaliza dengan penyanyi-penyanyi lain? 8.2.5 Kecerdasan Bodily/kinestitik

Bagi kecerdasan ini kita berfikir dalam, dengan dan tentang pergerakan dan gestur. Gestur-gestur tangan dan muka dan pergerakan-pergerakan yang lain adalah simbol-

Page 7: Unit 8 mi dlm p&p

P e l b a g a i K e c e r d a s a n | 134

simbol bagi seseorang itu memikir dalam dan untuk mengekspresikan kecerdasan ini. Mereka yang mempunyai kekuatan dalam kecerdasan ini gemarkan aktiviti fizikal. Antara personaliti yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam bidang ini termasuklah David Copperfield, Tiger Woods, Mohamad Ali, David Neckham, Pele, John Wayne, Anna Pavlova, Arnold Schwarzenegger, Christian Barnard, Misbun Sidek, Nichol David dan lain-lain.

Cuba renung dan fikirkan, bagaimana anda dapat mengenali pelajar anda yang memiliki kecerdasan bodily/kinestatik ini? 8.2.6 Kecerdasan Naturalistik Kita menggunakan kecerdasan ini untuk berfikir dalam, dengan dan tentang tumbuh-tumbuhan, haiwan, awam-awan, batu-batan dan fenomena semula jadi yang lain. Mereka yang mempunyai kekuatan dalam kecerdasan ini gemar mengkaji, mengambil berat dan membuat analisis tentang tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan, dan keadaan alam sekitar. Antara personaliti yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam bidang ini ialah Charles Darwin, Louis Pasture, Monty Roberts, Galileo Galilie, Asa Gray, Jacques Cousteau dan lain-lain. Memiliki kecerdasan ini menjadikan seseorang pelajar itu lebih menghargai alam sekitar dan berupaya menggunakan sumber daripada alam sekitar untuk tujuan mencapai kesejahteraan diri masyarakat dan alam keseluruhannya.

Cuba fikirkan, adakah orang yang mencipta senjata nuklear memiliki kecerdasan naturalistik?

8.2.7 Kecerdasan Interpersonal

Kita menggunakan kecerdasan „interpersonal‟ untuk mengetahui atau berkenalan dan membuat interaksi dengan orang lain. Mereka yang mempunyai kekuatan yang tinggi dalam bidang ini gemar belajar dan bekerja dengan orang lain dan mengambil berat tentang orang lain juga. Beberapa bentuk kecerdasan ini termasuklah kemahiran kepimpinan, kemahiran berkawan dan keupayaan untuk memahami dan menerima pendapat orang lain yang berbeza daripada pendapat sendiri. Antara personaliti yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam bidang ini termasuklah John Dewey, Mother Teresa, Florence Nightingle, John F. Kennedy, Karl Marx, Oprah Winfrey dan lain-lain.

Fikirkan bagaimana anda membina kecerdasan interpersonal dalam kalangan pelajar anda.

Page 8: Unit 8 mi dlm p&p

P e l b a g a i K e c e r d a s a n | 135

8.2.8 Kecerdasan Intrapersonal Kita menggunakan kecerdasan intrapersonal untuk berfikir dalam, dengan dan tentang perasaan dalaman, perasaan dan keadaan pemikiran kita serta fantasi dan memori. Memiliki kecerdasan intrapersonal menjadikan seseorang berupaya mengawal diri sendiri, berkeyakinan dan berkeazaman “bangkit semula” setelah “jatuh”. Mereka yang mempunyai kekuatan dalam bidang ini gemar bersendirian, membuat refleksi, memotivasikan diri sendiri, mengingati kenangan memori lama dan bermimpi. Mereka yang mempunyai kecerdasan tinggi dalam bidang ini termasuklah Jean Paul Sertre, Indra Ghandi, Sigmund Freud, Allahyarham Ayatollah Khomeini dan lain-lain.

Fikirkan dan renungkan, adakah terdapat pelajar anda sendiri yang memiliki kecerdasan intrapersonal ini? 8.3 WAWASAN PENDIDIKAN PELBAGAI KECERDASAN Setelah kita mendapat gambaran tentang apa yang dimaksudkan dengan kecerdasan dan jenis-jenis kecerdasan dalam teori pelbagai kecerdasan (MI), mungkin kita akan bertanya apakah implikasinya terhadap pendidikan di sekolah. Jika di sekolah, sistem pengajaran pembelajaran di bilik darjah hanya mementingkan dua atau tiga jenis kecerdasan sahaja, maka bagaimana dengan kecerdasan-kecerdasan yang lain. Mengikut teori MI, jika ada pelbagai cara untuk menjadi bijak dan pintar, maka mesti ada pelbagai cara untuk seseorang guru itu mengajar. Bila pelbagai strategi pengajaran pembelajaran digunakan, maka lebih ramai pelajar akan dapat menikmati hasil daripada strategi-strategi pengajaran itu. Oleh itu, seseorang pendidik sewajarnya mengajar bersesuaian dengan domain kecerdasan yang ada pada pelajar berkenaan di samping mengembangkan lagi kecerdasan yang lain.

Gardner (1993) telah mengemukakan 3 visi atau wawasan bagi pendidikan di sekolah iaitu padanan (matching), memperkembang (stretching) dan meraikan (celebrating).

a) Padanan (Matching)

Padanan (Matching) mempunyai matlamat supaya dapat memaksimumkan kejayaan akademik. Kaedah yang digunakan adalah dengan memadankan atau menyesuaikan strategi pengajaran dengan kecerdasan pelajar. Jika visi ini direalisasikan maka cara pengajaran pembelajaran di sekolah akan berubah dan kita mampu menghapuskan atau mengurangkan kes-kes kegagalan di sekolah.

Sebagai contoh, katakan pelajar anda mempunyai kecerdasan logikal, maka tindakan yang sesuai yang di boleh diambil semasa mengajar ialah dengan bertanya soalan-soalan yang memerlukan pelajar berfikir dan berhujah, bukannya soalan yang berbentuk mengingat kembali atau hafalan. Misalnya, tanyakan:

Page 9: Unit 8 mi dlm p&p

P e l b a g a i K e c e r d a s a n | 136

“kamu sudah belajar tentang luas, cuba jelaskan bagaimana mencari lebar luas sehelai daun?”

b) Memperkembang (Stretching)

„Stretching‟ mempunyai matlamat untuk memaksimumkan perkembangan semua jenis kecerdasan melalui kaedah-kaedah atau strategi pengajaran pembelajaran dan kurikulum yang dapat mengembangkan atau „stretch‟ semua jenis kecerdasan bagi semua pelajar. Ini bererti, seseorang pelajar mungkin sedia memiliki beberapa kecerdasan sahaja. Namun, melalui aktiviti dan program tertentu yang dilaksanakan dalam pengajaran kelas, boleh menggalakkan perkembangan beberapa kecerdasan lagi dalam diri pelajar. Sebagai contoh, katakan Ahmad adalah seorang pelajar Tahun 6 memiliki kecerdasan logikal, tetapi kurang mempunyai kebolehan bercakap dan berinteraksi secara bijaksana, iaitu kecerdasan interpersonal. Oleh itu, sebagai guru yang bertanggungjawab ingin memupuk kecerdasan interpersonal dalam diri Ahmad dengan sentiasa memberi peluang kepadanya menunjukkan penyelesaian masalah di hadapan kelas di samping menyuruh Ahmad berucap semasa perhimpunan pagi. Oleh itu, sekiranya visi menggalakkan perkembangan kecerdasan ini hendaklah dilaksanakan, kurikulum dan pelaksanaan di sekolah harus turut berubah. Hasilnya setiap pelajar akan lebih cerdas dalam semua perkara.

c) Meraikan - ‘Celebrating’

Meraikan atau celebrating‟ mempunyai matlamat supaya pelajar-pelajar dapat memahami dan meraikan keunikan yang ada pada diri sendiri dan orang lain. Pelajar-pelajar dibimbing menemukan teori MI ini melalui proses metakognitif dan berkongsi pengalaman. Jika visi ini direalisasikan maka ia akan dapat mengubah pandangan seseorang pelajar itu tentang keunikan yang ada pada dirinya dan orang lain. Pelajar-pelajar akan lebih bersedia menghadapi dunia sebenar di mana kepelbagaian adalah perkara biasa dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, seseorang pelajar yang tidak memiliki kecerdasan logikal, seharusnya tidak merasa terpinggir kerana mungkin dia memiliki kecerdasan yang lain seperti kecerdasan muzikal.

Jika ada pelbagai cara untuk belajar, tidakkah kerja seseorang guru itu menjadi lebih rumit ataupun mustahil? Ini adalah kerana seorang guru itu perlu menyediakan strategi-strategi pengajaran untuk disesuaikan bagi setiap pelajar-pelajarnya. Sebenarnya tidak begitu. Bagi setiap pengajaran, seseorang guru mungkin perlu menyediakan 3 atau 4 strategi sahaja. Dengan menggunakan beberapa strategi ini mungkin dapat merealisasikan visi-visi dalam teori MI ini. Di sini kita akan membincangkan beberapa strategi pengajaran pembelajaran matematik yang sesuai untuk memperkembangkan beberapa kecerdasan.

Page 10: Unit 8 mi dlm p&p

P e l b a g a i K e c e r d a s a n | 137

8.4 STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK Apakah strategi yang sesuai untuk menerap pelbagai kecerdasan kepada pelajar? Setiap strategi pengajaran pembelajaran adalah berguna untuk mencapai objektif pendidikan tertentu. Jika seseorang guru menggunakan hanya satu strategi pengajaran pembelajaran ianya tidak akan dapat mencapai objektif pendidikan mahupun untuk memadan, mengembang dan meraikan semua kecerdasan pelajar-pelajar. Seseorang guru perlu menguasai dan boleh menggunakan pelbagai strategi dalam pengajarannya. Di sini kita akan menggunakan analogi „toolbox‟ bagi menjelaskan kepentingan seseorang guru mengetahui dan menguasai pelbagai strategi pengajaran. Strategi-strategi pengajaran ini merupakan alat-alat di dalam „toolbox‟ ini yang mana alat-alat ini mempunyai kegunaan yang tertentu. Sebagai contoh, jika kita mengupah seorang tukang kayu yang hanya mahir menggunakan alat tukul sahaja, cuba bayangkan bagaimana bentuk rumah yang akan dihasilkannya nanti. Begitu juga jika tukang kayu tersebut hanya mempunyai alat gergaji sahaja dalam „toolbox‟ atau kotak pertukangannya, bayangkan bagaimana keadaan rumah yang terhasil nanti. Tetapi jika tukang kayu tersebut mempunyai pelbagai alat-alat tukang dan mahir menggunakan alat-alat tersebut sudah tentu rumah yang dihasilkan akan lebih cantik dan selesa. Sebagai seorang guru yang dilengkapi dengan pelbagai strategi pengajaran, akan lebih menyedari bahawa bagi penggunaan berbagai-bagai strategi pengajaran akan memperkayakan lagi proses menggalakkan pelajar belajar. Penggunaan strategi-strategi tertentu hanya akan berjaya memperkembangkan kecerdasan pelajar yang tertentu sahaja dan kurang sesuai kepada pelajar-pelajar lain. Lebih banyak strategi digunakan maka lebih banyak kecerdasan dapat dikembangkan dan dipupuk dalam diri pelajar.

“The more ways we teach, the more students we reach and the more intelligences we develop” (Howard Gardner, 1993).

Kita akan membincangkan bagaimana kecerdasan-kecerdasan tertentu boleh dikembangkan dalam pengajaran pembelajaran matematik di sekolah. 8.4.1 Strategi Pengajaran Logikal/Matematikal Berikut adalah strategi-strategi yang boleh digunakan dalam pengajaran matematik untuk memperkembangkan kecerdasan logikal matematikal pelajar. Antaranya adalah strategi penyoalan untuk menjana kemahiran berfikir peringkat tinggi dan membimbing pelajar untuk menerangkan bagaimana cara mereka berfikir. Strategi meta-kognitif yang dapat membina kesedaran pelajar tentang cara pemikiran mereka boleh digunakan oleh guru semasa pengajaran pembelajaran matematik. Antara soalan yang boleh ditanyakan pelajar untuk meningkatkan kecerdasan ini adalah seperti: “cuba jelaskan mengapa… ” “Apakah sebabnya anda berkata begitu?

Page 11: Unit 8 mi dlm p&p

P e l b a g a i K e c e r d a s a n | 138

“Apakah puncanya…” “Apakah konsep yang perlu ada semasa….” 8.4.2 Strategi Penyoalan Strategi yang selalu digunakan oleh guru dalam pengajaran matematik adalah strategi soal dan jawab. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah berbeza antara sesuatu kelas. Selalunya selepas sesuatu maklumat disampaikan oleh guru ianya akan diikuti dengan penyoalan guru tentang perkara tersebut. Soalan-soalan boleh bersifat komperhensif, ulangan (review) atau menjana pemikiran paras tinggi tentang sesuatu tajuk atau subjek tersebut. Bloom (1977) mengemukakan enam paras pemikiran sebagai Taksonomi Bloom iaitu paras 1) pengetahuan, 2) komperhensif, 3) aplikasi, 4) analisis, 5) sentisis dan 6) penilaian. Soalan-soalan yang hanya memerlukan untuk mengingat kembali fakta atau maklumat adalah merupakan soalan aras pengehatuan dan komperhensif sahaja. Soalan-soalan yang memerlukan pemikiran tinggi (higer thingking order) adalah soalan-soalan yang arasnya aplikasi, analisis, sentisis dan penilaian. Matrik soalan atau Q-matrik ini dikembangkan oleh Charles Wiederhold pada tahun 1995. Mengikut matrik soalan ini terdapat enam soalan pembuka (staters) di paksi menengak iaitu:

- what ? (apakah), - where/when ? (di mana/bila), - which? (yang manakah), - who ? (siapakah), - why ? (mengapakah), - how ?(bagaimanakah).

Bagi paksi melintang pula terdapat enam soalan pembuka iaitu: - Is? (apakah), - Did? (pastikah), - Can? (bolehkah), - Would? (mungkinkah), - Will?, - Might?.

Kombinasi bagi enam soalan bagi paksi menengah dan melintang adalah 36 cara persoalan yang boleh dikemukakan kepada pelajar yang dapat mencetuskan pemikiran mereka. Guru menggunakan strategi penyoalan ini bagi membantu pelajar meneroka dan menjelaskan pemikiran mereka tentang sesuatu tajuk. Penyoalan secara kaedah Socratic ini boleh digunakan sebagai alat penilaian.

Dalam pengajaran, kita akan menitikberatkan kepada enam jenis penyoalan

(Bloom‟s Taxonomy) iaitu pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Keenam-enam jenis soalan ini tidak mempunyai kepentingan atau kekerapan penggunaan yang sama dalam pengajaran. Berikut adalah contoh penyoalan dalam

Page 12: Unit 8 mi dlm p&p

P e l b a g a i K e c e r d a s a n | 139

bilik darjah yang boleh digunakan dalam meningkatkan aras pemikiran pelajar-pelajar. Iaitu:

Aras Pengetahuan: Antara perkataan yang boleh digunakan seperti mengingat, menerangkan dan mengenal pasti. Soalan-soalan yang memerlukan pelajar menyebut semula atau mengulangi sesuatu yang telah dipelajari dan ianya dapat menentukan sejauh mana sesuatu perkara itu telah difahami. Contohnya

“Siapa/apa/bagaimana/bila .........?” “Apakah yang anda ingat atau faham tentang .............?”

Aras Pemahaman: Antara perkataan yang digunakan seperti berikut: kefahaman, menterjemah dan menganggar . Soalan-soalan yang dapat menentukan kefahaman pelajar terhadap sesuatu perkara. Contohnya:

“Jika diberi............., apakah yang anda boleh anggarkan atau ramalkan?” “Apakah yang dimaksudkan dengan...........?” “Apakah yang anda faham tentang..............?”

Aras Aplikasi: Antara perkataan yang boleh digunakan seperti: menggunakan, mendemonstrasikan dan menyelesaikan. Soalan-soalan yang memberi peluang kepada pelajar menggunakan pengetahuannya. Contohnya:

“Bagaimana anda boleh menyelesaikan ........?” “Bagaimana anda boleh menggunakan rumus .......?” “Tunjukkan bagaimana anda boleh ..........?”

Aras Analisis: antara perkataan yang boleh digunakan seperti: banding dan beza, inferens dan menyenaraikan. Soalan-soalan yang memerlukan pelajar memeriksa bukti, membuat deduksi daripada bukti, dan boleh mengorganisasi dan menyatakan pemikirannya. Contohnya:

“Bagaimanakah ........sama/beza daripada ......?” “Apakah ciri-ciri bagi .........?”

Aras Sintesis: Antara perkataan yang boleh digunakan seperti: membuat hipotesis, merancangkan dan mencipta. Soalan sintesis merupakan soalan yang menyatupadukan idea, konsep, atau benda-benda yang sebenar. Contohnya:

“Apakah perancangan anda untuk menyelesaikan masalah ........?” “Bagaimana anda boleh ................?”

Aras Penilaian: Antara perkataan yang boleh digunakan seperti: justifikasi, membuat ‘rating’, menghakim dan menggunakan kriteria. Penilaian tentang sesuatu bahan atau kaedah penilaian ini mungkin bercorak kualitatif atau kuntitatif, tetapi ia mestilah menentukan sejauh mana bahan atau kaedah yang dinilaikan itu

Page 13: Unit 8 mi dlm p&p

P e l b a g a i K e c e r d a s a n | 140

menemui sesuatu kriteria. Kriteria ini mungkin merupakan penentuan atau pengamatan sendiri atau diberikan kepadanya. Semasa membuat penilaian ianya memerlukan beberapa kombinasi tahap pemikiran lain, iaitu ingat semula, pemahaman, penggunaan, analisis dan sintesis. Aras penilaian ini diletakkan di peringkat aras pemikiran tertinggi dalam senarai kemahiran-kemahiran kognitif. Sebagai contohnya:

“Apakah kriteria yang digunakan bagi .....?” “ Mengapakah anda kurang bersetuju/bersetuju dengan ...?”

Semasa pengajaran, adalah penting bagi seseorang guru mengambil perhatian dan memantau aras-aras soalan yang dikemukakan sepanjang pengajarannya. Kita mungkin ingin mengetahui “Adakah soalan-soalan yang dikemukakan hanya merupakan soalan-soalan pada aras pengetahuan sahaja atau aras soalan analisis dan sintesis atau sebaliknya? Adakah pelajar memberi respon kepada soalan-soalan yang dikemukakan seperti yang dijangkakan? Adakah pelajar memberi jawapan secara ringkas atau mendalam?” Persoalan-persoalan ini harus dijadikan panduan semasa seseorang guru merancang pengajarannya. Di sini kita lihat satu ilustrasi yang mana dua jenis soalan yang mungkin dikemukakan oleh guru matematik semasa mengedarkan kertas dan gunting semasa pengajarannya untuk aktiviti „hand-on‟:

Pernyataan soalan 1: “Adakah semua pelajar telah menerima sekeping kertas dan gunting?” Pernyataan soalan 2: “Sila angkat tangan, jika anda belum menerima sekeping kertas dan gunting?” Pernyataan soalan manakah yang lebih sesuai dan mengapa? Kita sepatutnya dapat mengenal pasti bahawa pernyataan soalan 1 adalah soalan yang lengkap tetapi tidak mempunyai jawapan. Bayangkan jika anda sebagai pelajar, bagaimanakah anda akan memberi respon kepada soalan tersebut? Bagaimana guru dapat mengetahui 32 orang pelajar yang lain telah mendapat sekeping kertas dan gunting? Soalan ini merupakan soalan yang kabur dan akan membawa kepada kekeliruan untuk memberi repon yang sesuai dan akhirnya akan membawa kepada masalah tingkah laku. Sebaliknya pernyataan soalan 2 adalah lebih spesifik yang mana kepada pelajar-pelajar yang belum mendapat sekeping kertas dan gunting akan memberi respon dengan segera.

Guru matematik juga didapati sering membuat kesilapan semasa membuat

perbincangan dalam penyelesaian masalah matematik. Antara soalan yang sering dikemukakan, “Adakah semua pelajar sudah memahaminya sekarang?” Begitu juga semasa guru meminta pelajar mengeluarkan kerja rumah yang diberikan dan menyoal, “Adakah sebarang pertanyaan tentang soalan-soalan kerja rumah?” Pelajar didapati kurang pasti sama ada untuk mengangkat tangan atau memberi respon “ya atau tidak” atau hanya melihat sekeliling bilik darjah dan menanti respon rakan-rakan yang lain. Sebaliknya jika guru mengemukakan soalan tersebut seperti “Adakah sesiapa secara suka rela ingin menjawab soalan kerja rumah yang diberikan semalam di papan hitam/putih?” atau guru boleh bertanya soalan seperti “Berapa orangkah yang tidak

Page 14: Unit 8 mi dlm p&p

P e l b a g a i K e c e r d a s a n | 141

boleh menyelesaikan sekurang-kurangnya satu soalan kerja rumah yang diberikan semalam?” Soalan-soalan ini akan membolehkan pelajar memberi respon dengan segera.

Akhir sekali, memberi peluang kepada pelajar mengemukakan soalan adalah

perkara yang penting. Guru perlu memberi banyak peluang dan gunakan soalan-soalan pelajar-pelajarnya untuk memperkembangkan idea-idea tertentu jika sesuai. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh pelajar boleh dikemukakan semula kepada seluruh kelas untuk meninggikan penyertaan pelajar. Kaedah pembelajaran koperatif adalah merupakan kaedah pembelajaran yang boleh melatih pelajar-pelajar mengemukakan soalan-soalan kepada pelajar-pelajar lain dalam kumpulannya. 8.4.3 Strategi Pengajaran Kemahiran Berfikir Beberapa strategi kemahiran berfikir boleh digunakan dalam pengajaran matematik. Strategi-strategi ini merupakan strategi yang digunakan dalam struktur bagi pembelajaran koperatif. Antaranya ialah „find my rule‟, meta-kognitif, „pair compare‟, „sequencing‟ Sebagai contoh kita lihat penggunaan strategi „find my rule‟ dalam pengajaran pembelajaran matematik. Strategi ini dapat menjana pemikiran induktif. Guru mengemukakan banyak item-item atau contoh-contoh yang mengikuti sesuatu peraturan yang ditetapkan. Pelajar-pelajar dikehendaki mendapatkan peraturan yang sesuai dengan item-item atau contoh-contoh yang diberikan. Pelajar-pelajar dikehendaki mengenal peraturan yang digunakan bagi beberapa gambar rajah yang terdapat dalam kotak 1 dan kotak 2.

Kotak 1 Kotak 2

Cuba fikirkan „find-my-rule‟ bagi contoh di atas.

8.4.4 Strategi Penyelesaian Masalah Beberapa strategi penyelesaian masalah yang boleh digunakan untuk memperkembangkan kecerdasan logikal / matematikal. Strategi-strategi seperti „Send-

Page 15: Unit 8 mi dlm p&p

P e l b a g a i K e c e r d a s a n | 142

A-Problem‟, „Trade-A-Problem‟ dan „JIGSAW Problem Solving‟. Sebagai contoh, dalam aktiviti „Send-A-Problem‟ pelajar-pelajar dalam kumpulan masing-masing akan bekerjasama menyediakan soalan-soalan tentang sesuatu kemahiran yang telah dipelajari dan memilih soalan-soalan yang hendak dihantar atau dijawab oleh kumpulan lain.

8.4.5 Strategi Pengajaran Visual/spatial Berikut adalah strategi-strategi yang boleh digunakan dalam pengajaran matematik untuk memperkembangkan kecerdasan visual/spatial pelajar-pelajar. Antaranya adalah strategi hubungan spatial dan strategi input visual.

i) Strategi Hubungan Spatial Strategi ini menggunakan pengurusan grafik atau borang grafik seperti peta

minda, peta konsep, dan garis masa (timeline). Pelajar perlu dilatih menggunakan pengurusan grafik yang sesuai pada akhir setiap pelajaran secara individu atau berbincang secara kolaboratif mengikut kumpulan.

Buat satu peta minda tentang mana-mana tajuk matematik sekolah rendah?

ii) Strategi Input Visual Penggunaan graf dan carta adalah untuk menyampaikan maklumat dalam bentuk

visual. Latihan ini boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran matematik iaitu dari jadual pelajar diminta untuk menterjemahkan maklumat-maklumat dalam bentuk visual seperti graf bar, graf garis dan carta bulatan. Penggunaan model-model juga dapat memperkembangkan kecerdasan visual pelajar-pelajar yang berbentuk tiga dimensi.

8.4.6 Strategi Pengajaran Interpersonal Beberapa strategi pengajaran yang boleh memperkembangkan kecerdasan interpersonal di kalangan pelajar-pelajar. Antaranya adalah tutoran rakan, perbincangan, perkongsian maklumat dan kemahiran berkomunikasi. Dalam memperkembangkan kecerdasan ini struktur-struktur berikut boleh digunakan iaitu „number heads together‟, „pair check‟, „three-step-interview‟, „share and compare‟, „inside-outside circle‟ dan lain-lain. Contoh-contoh penggunaan strategi ini telah dibincangkan dalam struktur pembelajaran koperatif Unit 7.

Page 16: Unit 8 mi dlm p&p

P e l b a g a i K e c e r d a s a n | 143

8.4.7 Strategi Pengajaran Intrapersonal Strategi pengajaran yang dapat memperkembangkan kecerdasan intrapersonal adalah strategi yang dapat mewujudkan suasana refleksi dan penerapan aspek-aspek nilai. Guru diharapkan sentiasa menggalakkan pelajar-pelajar membuat refleksi tentang perkara-perkara yang telah dipelajarinya pada akhir setiap pelajaran atau sebelum memulakan pelajaran. Pelajar juga digalakkan menulis jurnal tentang kefahaman masing-masing Antara struktur yang boleh digunakan untuk kecerdasan ini adalah „think-pair-share‟, „timed pair share‟. „corners‟ dan refleksi jurnal.

Cuba kita kenangkan kembali beberapa orang guru matematik yang mengajar semasa kita di sekolah rendah dan menengah. Apakah kecerdasan yang diterap oleh guru semasa mengajar? 8.5 KESIMPULAN Pelbagai kecerdasan merupakan suatu konsep yang perlu dipertimbangkan oleh guru demi menjadikan pengajarannya berkesan kepada sebahagian pelajar. Merancang dan melaksanakan pengajaran dengan mengambil kira pelbagai kecerdasan boleh menjadikan pengajaran sesuai dan diminati oleh kebanyakan pelajar. 8.6 SOALAN PERBINCANGAN

1. Apakah yang dimasukkan dengan konsep pelbagai kecerdasan?

2. Jelaskan bagaimana konsep-konsep ini penting dalam pengajaran yang lebih berkesan: - Padanan - Memperkembangkan - Meraikan

Page 17: Unit 8 mi dlm p&p

P e l b a g a i K e c e r d a s a n | 144

UJIAN PASCA-PELAJARAN

Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut:

Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5

1 Saya dapat menyatakan pelbagai kecerdasan pelajar berkaitan dengan pengajaran pembelajaran di bilik darjah; .

2 Saya dapat mengaplikasikan strategi pengajaran pembelajaran matematik pelbagai kecerdasan di bilik darjah.