UNIT ADUAN BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT...

7
UNIT ADUAN BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KETUA MENTERI MELAKA Inisiatif Inovasi dikenal Pasti : Sistem e-Aduan Melaka Pengenalan: Jabatan kerajaan sering menerima pelbagai maklumbalas samada dalam bentuk teguran, pujian, aduan dan cadangan dalam bentuk media cetak, eletronik dan sebagainya daripada orang ramai. Oleh yang demikian pengumpulan dan pengurusan segala bentuk maklumbalas secara sistematik dan automatik di era serba berteknologi canggih adalah amat penting bagi mencerminkan imej mesra pelanggan. Kebolehan pegawai dan kakitangan menguruskan segala bentuk maklumbalas ini secara berkesan akan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan. Sistem e Aduan Negeri Melaka yang dikendalikan di Jabatan Ketua Menteri Melaka dapat membantu jabatan memusatkan maklumbalas orang ramai. Sistem ini dibangunkan untuk mencapai matlamat pengurusan maklumbalas orang ramai yang dikelolakan secara elektronik dan paperless dari penerimaan pelaksanaan sehingga penyelesaian. Sistem ini membantu kerajaan negeri menyalurkan perkhidmatan yang lebih responsif, moden dan berkualiti kepada semua lapisan rakyat selain memantapkan lagi konsep Mesra Rakyat dan Mesra Pelanggan. Tujuan: Sistem e Aduan bertujuan menjadi satu gabungan sistem yang benar-benar responsif dan cekap, sesuai dengan strategi untuk memperkukuhkan keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam negeri dengan mengurangkan karenah birokrasi.

Transcript of UNIT ADUAN BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT...

Page 1: UNIT ADUAN BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/140-sistem-e...UNIT ADUAN BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KETUA MENTERI MELAKA Inisiatif Inovasi

UNIT ADUAN BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KETUA MENTERI MELAKA

Inisiatif Inovasi dikenal Pasti : Sistem e-Aduan Melaka Pengenalan: Jabatan kerajaan sering menerima pelbagai maklumbalas samada dalam bentuk teguran, pujian, aduan dan cadangan dalam bentuk media cetak, eletronik dan sebagainya daripada orang ramai. Oleh yang demikian pengumpulan dan pengurusan segala bentuk maklumbalas secara sistematik dan automatik di era serba berteknologi canggih adalah amat penting bagi mencerminkan imej mesra pelanggan. Kebolehan pegawai dan kakitangan menguruskan segala bentuk maklumbalas ini secara berkesan akan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan. Sistem e Aduan Negeri Melaka yang dikendalikan di Jabatan Ketua Menteri Melaka dapat membantu jabatan memusatkan maklumbalas orang ramai. Sistem ini dibangunkan untuk mencapai matlamat pengurusan maklumbalas orang ramai yang dikelolakan secara elektronik dan paperless dari penerimaan pelaksanaan sehingga penyelesaian. Sistem ini membantu kerajaan negeri menyalurkan perkhidmatan yang lebih responsif, moden dan berkualiti kepada semua lapisan rakyat selain memantapkan lagi konsep Mesra Rakyat dan Mesra Pelanggan. Tujuan: Sistem e Aduan bertujuan menjadi satu gabungan sistem yang benar-benar responsif dan cekap, sesuai dengan strategi untuk memperkukuhkan keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam negeri dengan mengurangkan karenah birokrasi.

Page 2: UNIT ADUAN BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/140-sistem-e...UNIT ADUAN BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KETUA MENTERI MELAKA Inisiatif Inovasi

Proses Perlaksanaan Inovasi Perlaksanaan Inovasi secara out-source Proses Kerja sebelum dan selepas Segala maklumbalas yang diterima pada peringat terdahulu di uruskan secara manual. Selepas Sistem e-Aduan diwujudkan sistem dan aplikasi berupaya merekod, memproses dan memantau segala masalah yang dilaporkan dangan tepat, cepat, berkesan dan menepati masa yang ditetapkan. Impak Perkhidmatan

• Inovatif

- Membolehkan dan memudahkan perkongsian maklumat di antara jabatan/agensi

- Meningkatkan keupayaan sistem yang sedia ada agar

lebih mantap - Menyelaras dan menyeragamkan proses pengurusan dan

pemantauan aduan di negeri Melaka.

• Keberkesanan

- Menyelesaikan masalah ketidakupayaan sistem yang terdahulu.

- Semua aduan yang diterima dapat diurus dengan cekap

dan berkesan membawa imej yang baik kepada rakyat.

- Mewujudkan satu usaha bersungguh pihak jabatan/agensi dalam mencapai hasrat tempoh penyelesaian aduan.

Page 3: UNIT ADUAN BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/140-sistem-e...UNIT ADUAN BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KETUA MENTERI MELAKA Inisiatif Inovasi

� Signifikan

- Kemudahcapaian - Penerimaan tinggi daripada pelanggan serta orang ramai

- Kerjasama strategik Jabatan/agensi/orang ramai

- Peningkatan serta penambahbaik kualiti perkhidmatan

jabatan/agensi

• Relevan

- Meningkatkan tahap kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan/agensi

- Tempoh masa penyelesaian aduan mengikut piagam

pelanggan

- Mengurangkan karenah birokrasi untuk rakyat berinteraksi dengan kerajaan negeri melalui kaedah eletronik yang tiada batasan waktu dan sempadan

- Meningkatkan kemahiran dan kecekapan warga kerja

yang berkaitan dengan aduan di sektor perkhidmatan awam negeri untuk berdepan dengan pelbagai aduan, cadangan, persepsi dan masalah yang diterima daripada rakyat.

Page 4: UNIT ADUAN BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/140-sistem-e...UNIT ADUAN BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KETUA MENTERI MELAKA Inisiatif Inovasi

Sehubungan itu terdapat 4 langkah mudah melaporkan e Aduan anda

Page 5: UNIT ADUAN BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/140-sistem-e...UNIT ADUAN BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KETUA MENTERI MELAKA Inisiatif Inovasi
Page 6: UNIT ADUAN BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/140-sistem-e...UNIT ADUAN BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KETUA MENTERI MELAKA Inisiatif Inovasi

SALURAN PENGHANTARAN ADUAN KEPADA KERAJAAN NEGERI MELAKA

JARINGAN ADUAN KERAJAAN NEGERI MELAKA

Page 7: UNIT ADUAN BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/140-sistem-e...UNIT ADUAN BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KETUA MENTERI MELAKA Inisiatif Inovasi