Unit Intervensi Dan Pengayaan Kanak

4
UNIT INTERVENSI DAN PENGAYAAN KANAK – KANAK PENGENALAN Unit Intervensi dan Pengayaan Kanak – Kanak telah dibuka pada 11/05/1999 dengan menggunakan nama “Milestone Child Intervention and Enrichment Centre”. Pada tahun 2001, perkataan “Milestone” telah digugurkan dan nama Unit menjadi Child Intervention and Enrichment Centre atau Unit Intervensi dan Pengayaan Kanak – Kanak dan nama tersebut kekal sehingga kini. Semasa Unit ini dibuka, ianya dikendalikan oleh seorang Jururawat U 29. Walaubagaimanapun, pada tahun 2004, Jururawat berkenaan telah dinaikkan pangkat dan Unit ini dikendalikan pula oleh seorang Ketua Jururawat U 32 sehingga 16/02/2005. Unit ini dikendalikan semula oleh seorang Jururawat U 29 sehingga kini. Atas keperluan Kualiti dan untuk meningkatkan lagi mutu intervensi di Unit ini, pada 14/08/2006, seorang Jurupulih Perubatan (Carakerja) U29 telah ditempatkan di Unit ini bagi membantu dalam intervensi kanak – kanak yang semakin bertambah dari masa ke semasa.

Transcript of Unit Intervensi Dan Pengayaan Kanak

Page 1: Unit Intervensi Dan Pengayaan Kanak

UNIT INTERVENSI DAN PENGAYAAN KANAK – KANAK

PENGENALAN

Unit Intervensi dan Pengayaan Kanak – Kanak telah dibuka pada

11/05/1999 dengan menggunakan nama “Milestone Child Intervention and

Enrichment Centre”. Pada tahun 2001, perkataan “Milestone” telah digugurkan

dan nama Unit menjadi Child Intervention and Enrichment Centre atau Unit

Intervensi dan Pengayaan Kanak – Kanak dan nama tersebut kekal sehingga

kini.

Semasa Unit ini dibuka, ianya dikendalikan oleh seorang Jururawat U 29.

Walaubagaimanapun, pada tahun 2004, Jururawat berkenaan telah dinaikkan

pangkat dan Unit ini dikendalikan pula oleh seorang Ketua Jururawat U 32

sehingga 16/02/2005. Unit ini dikendalikan semula oleh seorang Jururawat U 29

sehingga kini.

Atas keperluan Kualiti dan untuk meningkatkan lagi mutu intervensi di Unit

ini, pada 14/08/2006, seorang Jurupulih Perubatan (Carakerja) U29 telah

ditempatkan di Unit ini bagi membantu dalam intervensi kanak – kanak yang

semakin bertambah dari masa ke semasa.

Pada 21.07.2008, penstrukturan semula unit ini telah dibuat. Unit ini kini

berada di bawah Unit Pemulihan Carakerja yang akan dikawalselia oleh seorang

Jurupulih Perubatan Carakerja U 32. Walaubagaimanapun, Sasaran Kerja

Tahunan bagi kakitangan Kejururawatan masih berada di bawah tanggungjawab

Unit Kejururawatan. Semua aktiviti – aktiviti klinikal adalah dibawah

tanggungjawab Jurupulih Perubatan. Ini merangkumi penilaian, komunikasi

dengan Pakar Psikiatri dan Pegawai Perubatan berkaitan kes dan juga arahan

Page 2: Unit Intervensi Dan Pengayaan Kanak

berbentuk intervensi ke atas kanak – kanak yang dirujuk kepada kakitangan

Kejururawatan. Segala perubahan intervensi yang difikirkan perlu oleh

kakitangan Kejururawatan haruslah dirujuk terlebih dahulu kepada Jurupulih

Perubatan sebelum dilaksanakan. Aktiviti – aktiviti pentadbiran seperti

pengurusan cuti, laporan – laporan berkaitan pula adalah tanggungjawab pihak

Kejururawatan. Kakitangan Kejururawatan juga dianggap sebagai pelaksanan

intervensi.

VISI

Menyediakan rawatan pemulihan yang cekap dan berkesan kepada

pelanggan yang dirujuk oleh Pakar Psikitari kanak – Kanak agar pelanggan

berdikari dan berfungsi dengan optima mengikut keupayaan masing –

masing.

MISI

Memberi perkhidmatan dengan cekap dan berkesan bagi mencapai

kepuasan kepada pelanggan dan keluarga pelaggan melalui pengamalan

budaya korporat dan peningkatan Kualiti yang berterusan.

OBJEKTIF

Menjalankan aktiviti intervensi dan pengayaan kepada pelanggan untuk

mempertingktkan tahap kefungsian mental dan sosial pelanggan serta

menyediakan latihan kemahiran dan teknik khusus kepada ibubapa dan

penjaga.

PERJAWATAN

Bil Jawatan Pengisian

Page 3: Unit Intervensi Dan Pengayaan Kanak

1 Jurupulih Perubatan Carakerja U29 1

2 Jururawat Terlatih U29 1

3 Jururawat Masyarakat U19 1

4. Penolong Jururawat U14 1

5 Pembantu Perawatan Kesihatan U3 1

 

AKTIVITI

Program Intervensi dan Pengayaan adalah untuk kanak – kanak kurang

upaya intelek 12 tahun ke bawah yang dirujuk melalui klinik Psikiatri oleh

Pakar psikiatri Hospital Mesra Bukit Padang. Perkhidmatan adalah mengikut

waktu pejabat setiap hari dan ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan hari

kelepasan Am.

Waktu rawatan adalah seperti berikut :

Hari Isnin hingga Khamis 8.00 pagi – 1.00petang

2.00 petang – 5.00petang

Hari Jumaat 8.00 pagi – 11.30 pagi

2.00 – 5.00 petang

Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:

1.    Aktiviti Integrasi Sensori

2.    Aktiviti Latihan Penjagaan Diri.

3.    Aktiviti Latihan Skil Motor Halus.

4.    Aktiviti Latihan Skil Motor Kasar.

5.    Aktiviti Latihan Interaksi Skil Sosial.

6.    ‘Behaviour Modification’

Page 4: Unit Intervensi Dan Pengayaan Kanak

7.    Aktiviti Rangsangan Kefungsian Kognitif.

8.    ‘Leisure’ / Rekreasi.