Unit Ko Kurikulum

3
UNIT KO KURIKULUM SK KG BARU RASAU KERTEH 5 POST MORTEM KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA TAHUN 2015 PADA 23 APRIL 2015 1. Pematuhan kepada masa bermulanya kejohanan adalah menepati waktu Cuma ada beberapa kelewatan dari permulaan acara dan keseluruhannya dari segi pematuhan waktu perjalanan acara memuaskan. 2. Murid yang menerima hadiah acara sukan lambat ke pentas hadiah. Dicadangkan dilantik 4 orang murid dari setiap unit beruniform menjadi penyelaras peserta yang menerima hadiah ke pentas hadiah. 3. Kawalan murid perlu di pertingkatkan kerana semasa kejohanan murid di dapati bebas untuk bergerak ke mana sahaja dan pada masa akan datang dua orang guru akan diletakkan di setiap rumah sukan untuk memudahkan pengurusan penyediaan peserta dan kawalan murid. 4. Penyelia peserta bertugas dengan baik dalam penyediaan peserta kejohanan Cuma pada masa akan datang guru rumah juga perlu membantu dalam penyediaan peserta untuk memastikan kelancaran acara.

description

unit ko

Transcript of Unit Ko Kurikulum

UNIT KO KURIKULUM SK KG BARU RASAU KERTEH 5

POST MORTEM KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA TAHUN 2015 PADA 23 APRIL 2015

1. Pematuhan kepada masa bermulanya kejohanan adalah menepati waktu Cuma ada beberapa kelewatan dari permulaan acara dan keseluruhannya dari segi pematuhan waktu perjalanan acara memuaskan.

2. Murid yang menerima hadiah acara sukan lambat ke pentas hadiah. Dicadangkan dilantik 4 orang murid dari setiap unit beruniform menjadi penyelaras peserta yang menerima hadiah ke pentas hadiah.

3. Kawalan murid perlu di pertingkatkan kerana semasa kejohanan murid di dapati bebas untuk bergerak ke mana sahaja dan pada masa akan datang dua orang guru akan diletakkan di setiap rumah sukan untuk memudahkan pengurusan penyediaan peserta dan kawalan murid.

4. Penyelia peserta bertugas dengan baik dalam penyediaan peserta kejohanan Cuma pada masa akan datang guru rumah juga perlu membantu dalam penyediaan peserta untuk memastikan kelancaran acara.

5. Penglibatan AJK PIBG atau ibu bapa murid yang berkebolehan perlu ditambah dalam pelaksanaan temasya sukan pada masa akan datang.Perkara ini bukan sahaja dapat meringankan tugas guru-guru bahkan dapat mewujudkan tali silaturrahim di kalangan guru-guru dan ibu bapa.

6. Penyertaan individu dalam acara perlu dihadkan. Pada temasya baru ini didapati ada murid yang menyertai acara lebih dari yang telah ditetapkan .Dicadangkan penyertaan individu hanya terhad kepada 3 acara sahaja demi memberi peluang kepada murid lain. Perkara ini mendapat persetujuan semua guru.

Kesimpulannya, segala dapatan di atas lebih kepada cadangan penambahbaikan kepada perkara kecil yang timbul. Namun ianya tidak menjejaskan perjalanan temasya sukan. Malah boleh dianggap bahawa temasya sukan kali ini telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada semua warga sekolah yang telah memberikan komitmen demi memastikan temasya sukan SK KG Baru Rasau Kerteh 5 kali ini berjaya dengan cemerlang. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjijng. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Bulat air kerana pembetung. bulat kata kerana muafakat. Sekian.

Dicatat oleh,

..................................................(EZZUAN BIN AHMAD)PENOLONG KANAN KO KURIKULUM,SK KG BARU RASAU KERTEH 5