UNIT1.doc

31
INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 1 INSTITUSI KEKELUARGA UNIT 1-1 1 Uni t INSTITUSI KEKELUARGAAN OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat: menyatakan definisi dan konsep perkahwinan menjelaskan matlamat perkahwinan dalam Islam menyatakan hukum-hukum nikah dan hukum memberi maskahwin menerangkan tatacara memilih jodoh membezakan antara perempuan yang boleh dikahwini dengan tidak dapat dikahwini menerangkan rukun perkahwinan secara terperinci. UNIT 1 UNIT 1 OBJEKTIF AM Mempelajari dan memahami konsep kekeluargaan Islam secara menyeluruh yang merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan dan tatacara yang

description

2001a

Transcript of UNIT1.doc

Page 1: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 1

UNIT 1-1

1Unit

INSTITUSI KEKELUARGAAN

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

menyatakan definisi dan konsep perkahwinan

menjelaskan matlamat perkahwinan dalam Islam

menyatakan hukum-hukum nikah dan hukum memberi

maskahwin

menerangkan tatacara memilih jodoh

membezakan antara perempuan yang boleh dikahwini

dengan tidak dapat dikahwini

menerangkan rukun perkahwinan secara terperinci.

UNIT 1UNIT 1

UNIT1

OBJEKTIF AM

Mempelajari dan memahami konsep kekeluargaan Islam

secara menyeluruh yang merangkumi hal-hal yang berkaitan

dengan perkahwinan dan tatacara yang berkaitan

dengannya.

Page 2: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 2

INSTITUSI KEKELUARGA

PENGENALAN

Keluarga adalah sumber kekuatan masyara’at, kerana masyara’at itu terdiri dari unit-unit

keluarga. Jika keluarga baik, nescaya masyara’at pun jadi baik. Sebaliknya jika keluarga itu

rosak maka masyara’at seluruhnya akan menjadi rosak. Justeru itu Allah telah mensyariatkan

perkahwinan sebagai penyelesaian kepada masaalah tersebut.

1.1 PERKAHWINAN

1.1.1 Definisi Perkahwinan

Dalam perbincangan mengenai perkahwinan dua jenis pentakrifan perlu diketahui iaitu dari sudut bahasa dan juga mengikut kehendak ahli-ahli ilmu fekah.

Dari sudut bahasa perkataan “nikah” berasal dari bahasa arab yang bermakna “Kumpul,himpun dan cantum”

Mengikut kehendak ahli-ahli ilmu fekah ialah satu akad yang dilakukan untuk mengharuskan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan dengan menggunakan lafaz nikah, tazwij atau terjemahannya”.

1.1.2 Dalil

UNIT 1-2

INPUT

Page 3: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 3

Perkahwinan telah disyariatkan oleh Islam berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Hadis diantaranya :

Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 3

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan (iaitu zahir dan batin) untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menundukkan (menjaga) pandangan mata dan mengekang hawa nafsu (menjaga kehormatan). Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengekang hawa nafsu (mengawal nafsu syshwat).

(Al-Bukhari dan Muslim)

1.1.3 Matlamat Perkahwinan

Allah yang amat bijaksana telah mensyariatkan perkahwinan keatas hamba-hambanya tentulah terdapat matlamat dan hikmah disebaliknya. Diantara matlamat dan hikmahnya seperti dalam rajah di bawah :

1. Mendapat keredhaan Allah 2. Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w3. Mawaddah dan rahmah (Hubungan an kasih

sayang)4. Mendapatkan zuriat5. Memenuhi kehendak semulajadi (naluri)6. Menjaga akhlak dan peribadi7. Menjaga keselamatan sosial8. Memperbesarkan saiz keluarga dan

persaudaraan9. Mempertingkatkan usaha10. Membentukkan sahsiah yang mantap

Rajah 1.1.3 : Matlamat perkahwinan

UNIT 1-3

Maksudnya:Maka kahwinlah wanita-wanita yang kamu senangi:dua,tiga dan empat.Tetapi jika kamu takut tidak dapat melakukan keadilan, maka kahwinlah seorang sahaja.

Page 4: UNIT1.doc

Hukum nikah

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 4

1.1.4 Hukum Nikah

Terdapat lima hukum nikah dan perbezaannya adalah berdasarkan kepada keadaan diri individu iaitu :

Bil. Hukum Individu Yang Terlibat 1 Wajib i. Mempunyai naluri nafsu yang kuat sehingga boleh

menjatuhkannya kelembah maksiat.ii. Mempunyai kemampuan menanggun maskahwin dan nafkah. iii. Yakin tidak menganiaya terhadap isterinya.iv. Mampu menyempurnakan kewajipan.

2 Sunat i. Mampu serta sanggup memikul tanggungjawab perkahwinanii. Boleh mengawal diri daripada perbuatan zinaiii. Mempunyai tabi’e yang sederhana

3 Haram i. Tidak mempunyai keinginanii. Tidak mampu memberi nafkah zahir dan batiniii. Khuawatir menganiaya isterinyaiv. Tidak mampu menyempurnakan kewajipan

4 Makruh i. Bagi orang yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batinii. Jika ia berkahwin akan menyusahkan isterinyaiii. Seorang yang mempunyai kemampuan kewangan tetapi lemah

tubuh badan seperti sangat tua, sakit yang berterusan atau lemah tenaga batin.

5 Harus i. Adalah hukum asal perkahwinan iaitu orang yang tidak ada padanya penyebab penyebab di atas(Wajib,sunat, haram dan makruh)

Rajah 1.1.4 : Hukum Nikah

Rajah 1.1.4 : Hukum Nikah

UNIT 1-4

sunatsunat

wajibwajib

makruh

makruh

harusharus

haramharam

Page 5: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 5

1.1.5 MEMILIH JODOHIslam mengajar umatnya ciri-ciri memilih jodoh kerana pekahwinan bukanlah untuk

sehari dua sahaja tetapi untuk sepanjang hayat dan mendapat jenerasi yang baik agar mendapat kebaikan diakhirat kelak bukan setakat di dunia sahaja.Oleh itulah perlu memilih jodoh yang dianjurkan oleh agama.

1.1.5.1 Dalil

DalilHadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda: Kahwinilah perempuan itu kerana empat perkara: Kerana harta benda, keturunan, kecantikan, dan agama. Tetapi utamakanlah wanita yang taat kepada agama, pasti kamu akan bahagia

(Bukhari dan Muslim)

Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Hendaklah kamu berkahwin dengan seorang gadis yang engkau boleh bergurau senda dengannya dan dia akan bergurau senda dengan engkau”.

Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Kahwinilah perempuan yang keturunan banyak anak yang bersifat kasih sayang kerana aku mempunyai umat yang ramai di hari kiamat”.

1.1.5.2 Ciri-Ciri Utama Memilih Jodoh

UNIT 1-5

Kau dah besar panjang tapi masih tak tentu arah. Aku rasa kau sepatutnya berkahwin supaya teratur sikit hidup kau ni.

….daripada kau sibuk memikirkan tentang masa depan aku, lebih baik kau fikirkan tentang masa depan engkau sekali. Engkau sendiri pun masih tak kahwin lagi walaupun umur dah lanjut.

Page 6: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 6

Islam telah menjelaskan kepada penganutnya krateria dalam memilih pasangan hidup dengan menekankan kelebihan pasangan yang mempunyai pegangan agama yang kukuh.

Ciri-ciri utama yang dianjurkan oleh Islam dalam memilih jodoh seperti dalam gambarajah di bawah.

Cirri-Ciri Sebab 1.Beragama Menyejukkan hati

Mendapat rahmat Allah Taat kepada perintah Allah dan suami Mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat Beroleh keberkatan dalam perkahwinan Boleh memberi perigatan selok belok agama

2.Masih gadis Masih dara Mudah bergurau senda Bersifat manja

3.Keturunan yang banyak anak

Mendapatkan zuriat yang banyak Meramaikan umat Nabi Muhammad Membesarkan saiz keluarga Memperkukuhkan kekuatan Islam dalam segenap aspek

4.Keturunan yang baik

Mendapat zuriat yang baik Warga negara yang baik Mengurangkan masalah sosial dalam negara Ketenangan jiwa dan perasaan

5.Tidak dari keluarga yang dekat

Mengelakkan putus persaudaraan jika berlaku perceraian Mewarisi penyakit keturunan Kemungkinan mendapat zuriat lembam dan kurang cerdas

Rajah 1.1.5.2 : Ciri-ciri utama memilih jodoh

1.1.6 PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI

UNIT 1-6

Bertuah sungguh aku dapat bini beriman macam ini,heh!

Page 7: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 7

A-Quran telah menerangkan wanita-wanita yang diharamkan berkahwin dan sebab-sebab pengharamannya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu haram untuk selama-lamanya dan haram untuk sementara waktu sahaja.Sebab-sebab menjadi haram yang berkekalan adalah disebabkan oleh keturunan, persesuan dan persembendaan.Manakala pengharamanuntuk sementara waktu itu disebabkan penghimpunan dan sebagainya lagi yang mana akan dihuraikan di bawah secara terperinci.

1.1.6.1 Orang Yang Diharamkan Kahwin Dan Sebab-Sebab Yang Menjadikan Haram

Perempuan yang haram dikahwini terbahagi kepada dua bahagian iaitu haram haram untuk selama-lamanya dan haram untuk sementara waktu sahaja.

Pembahagian Dan Sebab

Individu Yang Terlibat

1. Haram Buat Selamanya

Sebab keturunan

Sebab penyusuan

1. Ibu, nenek hingga ke atas.2. Anak, cucu dan seterusnya ke bawah3. Saudara perempuan (adik beradik)seibu sebapa @

sebapa @seibu4. Emak saudara sebelah bapa@ ibu hingga ke atas5. Anak saudara lelaki @ perempuan hingga ke bawah

i. Ibu yang menyusukan hingga ke atas.ii. Bapa atau suami kepada perempuan yang menyusukannya ii. Saudara perempuan yang sepersusuan.

iii. Anak perempuan sepersusuan.iv. Emak saudara sepersusuan sebelah bapa/ibuv. Anak perempuan saudara lelaki/ perempuan sepersusuan.

UNIT 1-7

Page 8: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 8

SebabPersembendaan(ambil-ambilan)

1.Ibu yang menyusukan telah baligh.2.Anak yang disusukan belum sampai dua tahun.3.Lima kali susuan yang berasingan dan tiap kali menyusu

sampai kenyang.Susu yang diberi mestilah ditelan dan sampai ke perut si anak.

i. Ibu tiri, datuk tiri ke atas.ii. Ibu mertua samada dari keturunan @ penyusuan.

iii. Menantu perempuan, cucu hingga ke bawah.iv. Anak tiri dengan syarat sudah disetubuhi ibunya jika

belum disetubuhi kemudian diceraikan maka halal kahwin samada anak tiri itu dari keturunan @ penyusuan.

2. Haram Buat Sementara Waktu

i.Sebabmenghimpunkan

ii.Masih isteri orang

iii. Masih dalam eddah

iv. sebab talak 3

v. berlainan agama

i. Emak saudara isteri sebelah ibu.ii. Anak saudara isteri dari saudara lelaki.

iii. saudara isteri (ipar)

Rajah 1.1.6.1 : Pembahagian perempuan yang haram dikahwini

UNIT 1-8

Syarat-syarat haram sebab

susuan

Syarat-syarat haram sebab

susuan

Page 9: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 9

1.1.6.2 Dalil Perempuan Yang Haram Dikahwini

Firman Allah:

Maksudnya:

Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, emak-emak saudara kamu sebelah bapa kamu dan emak-emak saudara kamu di sebelah ibumu, anak-anak saudara kamu dari saudara lelaki kamu dan anak-anak saudara kamu dari saudara perempuanmu, juga ibu-ibu susuan kamu, saudara-saudara susuan kamu......

UNIT 1-9

Page 10: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 10

1.2 PERTUNANGAN(AL-KHITBAH)

Meminang bermaksud lamaran. Perbuatan tersebut diharuskan dalam Islam kerana ia merupakan titik permulaan kepada ikatan kasih sayang dan kebahagiaan sesebuah rumahtangga.

1.2.1 Definisi

Al-khitbah berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud pertunangan. Ia boleh ditakrifkan “melahirkan keinginan hendak berkahwin dari seorang lelaki terhadap seorang perempuan melalui saluran syara’”.

1.2.2 Dalil

Dalil

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. Katanya:

“ Saya berada di tempat kediaman Nabi s.a.w. tiba-tiba ada seorang lelaki datang memberi tahu bahawa dia akan berkahwin dengan seorang perempuan Ansar, maka Nabi s.a.w bertanya sudahkah engkau melihat dia ? Dia mengatakan belum. Kemudian Nabi s.a.w berkata pergi dan lihat dia kerana dalam mata orang-orang Ansar itu ada sesuatu

(Hadis riwayat Muslim dan Nasai)

1.2.3 Hikmah

Setiap perkara yang disyariatkan dalam Islam mempunyai rahsianya yang tersendiri sama ada yang tersirat atau tersurat untuk kebaikan manusia itu sendiri diantara matlamat dan hikmah adalah seperti berikut:

1. beribadah kepada Allah2. untuk mendapat pasangan yang benar-benar serasi dalam kehidupan berumah tangga.3. sebagai penghormatan kepada kaum wanita.

UNIT 1-10

definisi

Page 11: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 11

1.2.4 Proses Pertunangan

UNIT 1-11

MerisikMenghantar wakil atau datang sendiri untuk merisik

(menyiasat latar belakang bakal pasangan). Islam membenarkan memandang bakal pasangan mengikut batas-batas yang tertentu.

Mengenal pasti

Mengenal pasti perempuan yang menjadi pilihan mengikut krateria yang lepas( beragama, gadis, keturunan dan lain-lain lagi).

Meminang

Adalah peringkat terakhir sebelum perkahwinan dilaksanakan.Diperingkat inilah

pihak mempelai menentukan tarikh perkahwinan, mahar dan lain-lain.

Page 12: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 12

1.2.5 Pinangan Bertindih

1.2.6 Kafaah(Sekufu)

Kafaah dari segi bahasa bermaksud sebanding atau sepadan manakala dari segi syara’ pula ialah perkara yang dengan ketiadaannya menyebabkan ‘aib sepadan (kafaah).

Antara tujuannya adalah : untuk menjaga keselamatan dan kerukunan dalam perkahwinan. agar suami mempunyai kewibawaan serta kehebatan dipandang tinggi,hormat dan mulia

pada pandangan isteri. agar suami dapat mendidik dan mengawal isterinya

Aspek yang dinilai bagi kafaah seperti dalam rajah di bawah:

Bil. Aspek Yang Dinilai1. Beragama2. Merdeka3. Harga diri(iffah)4. Keturunan5. Akhlak6. Berilmu7. Aib8. Umur9. PekerjaanRajah 1.2.6 : Kafaah

UNIT 1-12

Bolehkah meminang tunangan orang lain?

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

Diharamkan ke atas kamu meminang tunangan orang lain melainkan apabila pertunangan itu diputuskan atau diizinkan kepadanya

Cuba anda bayangkan jika anda berumur 20 tahunberkahwin dengan janda 60 tahun bagaimana keadaan anda?

Page 13: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 13

1.3 MASKAHWIN/MAHARUmat Islam digalakkan membayar mas kahwin secara sederhana dan pihak perempuan

dilarang meletakkan kadar mas kahwin terlalu tinggi kerana yang demikian itu akan membawa kesan yang tidak baik sama ada pada pihak lelaki atau perempuan. Kebahagian dan keberkatan rumah tangga bukan terletak pada tingginya kadar tetapi bergantung pada takwa dan kasih sayang antara suami isteri.

1.3.1 DefinisiMaksud mahar dalam perkahwinan ialah pemberian yang wajib oleh suami kepada isteri

dengan sebab perkahwinan.

1.3.2 Sesuatu Yang Boleh Dijadikan Maskahwin

i. Mata wangii. Harta benda

iii. Pekerjaan (mengajar ilmu agama)iv. Makananv. Memerdekakan hamba

1.3.3 Kadar Maskahwin

Ulamak Fikah telah membahagikan maskahwin kepada dua jenis iaitu:

i. Mahar musamma : Maskahwin yang ditentukan kadarnya mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak, samada disebut semasa akad atau tidak dengan kerelaan.

ii. Mahar mithli : Mahar yang tidak ditentukan kadarnya, tetapi dibandingkan dengan mahar keluarga isteri.

UNIT 1-13

Page 14: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 14

1.3.4 Hukum Menyebut Mahar Semasa Akad

Hukum menyebut mahar semasa akad terbahagi kepada 2 hukum iaitu sunat dan wajib.

Hukum Menyebut Mahar Semasa Akad

Sunat Hukum asal adalah sunat, kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan dari menyebutnya semasa akad

Wajib Wajib pada keadaan-keadaan berikut:

i. Jika bakal isteri masih kecil (belum baligh), gila, atau bodohii. sedangkan bakal suami bersetuju memberi mahar yang lebih dari yang

sepatutnya.iii. Perempuan yang sempurna tapi tidak menyerahkan urusan maskahwin

kepada walinya.iv. Jika bakal suami masih kecil (belum baligh), gila, atau bodoh dan

belum boleh menguruskan dirinya sendiri sedangkan bakal isteri bersetuju mahar yang kurang dari yang sepatutnya.

Rajah 1.3.2: Hukum menyebut mahar semasa akad

UNIT 1-14

Silap kita juga. Letak belanja nikah mahal sangat. Macam nak jual anak.

Perlakuan seks bebas dikalangan muda-mudi kita hari ini semakin menjadi-jadi.

Page 15: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 15

1.4 RUKUN NIKAH

1.4.1 Rukun Nikah

Untuk melaksanakan satu-satu perkahwinan yang sah di sisi syara’ hendaklah mempunyai lima rukun, iaitu :

1. calon suami personal yang tertentu2. calon isteri personal yang sudah tertentu.3. wali4. dua saksi.5. ijab dan qabul

1.4.2 Syarat-Syarat Sah Nikah

Setiap rukun yang dinyatakan di atas perlu ada syarat-syaratnya tertentu seperti huraian ringkas di bawah.

i. Syarat-Syarat Calon Suami Dan Calon Isteri

Syarat-syarat calon suami dan calon Isteri adalah seperti mana rajah di bawah:

Bil. Syarat-Syarat Calon Suami Bil. Syarat-Syarat Calon Isteri1 Calon suami mestilah orang yang halal

dinikahi dengan bakal isteri (bukan muhrim).1 Calon isteri mestilah

perempuan yang halal nikah dengan calon suami.(Bukan muhrim dengan bakal suami).

2 Bakal suami mestilah tahu yang bakal isteri itu sah berkahwin dengannya

2 Benar-benar ia seorang perempuan (bukan khunsa)

3 Dengan pilihan hati sendiri (tidak dipaksa) 3 Dengan kerelaannya sendiri, kecuali bakal itu masih gadis maka bapa atau datuk boleh memaksanya berkahwin. Adalah disunatkan kepada wali meminta izin dari anaknya yang masih gadis.

4 Suami bukan di dalam ihram(sama ada ihram haji atau ihram umrah).

4 Perempuan calon isteri bukan dalam waktu ihram. Sama ada ihram haji atau umrah

5 Calon suami mesti seseorang lelaki yang tertentu.Tidak sah perkahwinan kalau wali berkata kepada 2 orang lelaki seperti:“ Saya nikahkan anak perempuan saya Siti Zubaidah dengan salahbseorang dari

Calon isteri mesti seseorang perempuan yang tertentu.

UNIT 1-15

Page 16: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 16

kalangan kamu”.6 Calon suami tidak melebihi 4 orang isteri

Rajah 1.4.1(i) :Syarat-syarat calon suami dan calon Isteri

ii. Syarat-Syarat Wali Dan Syarat Saksi

Syarat-syarat wali dan syarat saksi adalah seperti mana rajah di bawah:

Bil. Syarat-syarat Wali Bil. Syarat Saksi1 Islam 1 Islam2 Lelaki 2 Lelaki3 Baligh 3 Baligh4 Merdeka 4 Merdeka (bukan hamba)5 Berakal. 5 Berakal (tidak gila)6 Adil (tidak fasik). 6 Adil (tidak fasik)7 Atas kemahuan sendiri. 7 Tidak dipaksa(atas kemahuan sendiri.)8 Bukan dalam keadaan ihram,

sama ada ihram haji atau umrah.

8 bukan dalam keadaan ihram, sama ada ihram haji atau umrah.

9 Tidak cacat akal sama ada kerana terlalu tua atau sebagainya.

9 Dapat melihat ,bercakap dan mendengar

10 Tidak dari orang yang ditahan kuasanya dari membelanjakan harta bendanya kerana bodoh atau terlalu boros(orang yang muflis.)

10 Saksi hendaklah bukan orang yang boleh menjadi wali bagi si perempuan yang akan nikahinya.(Katalah hanya ada seorang bapa saudara yang sepatutnya menjadi wali dalam perkahwinan itu tetapi dia mewakilkan kepada orang lain untuk menjadi wali sedangkan dia hanya menjadi saksi, maka perkahwinan itu tidak sah kerana dia dikira orang tertentu yang sepatutnya menjadi wali.)

11 Kuat ingatan, tidak pelupa.12 Memahami ijab dan qabul (faham dengan

bahasa yang digunakan ketika akad.)Rajah 1.4.2(ii) :Syarat-syarat wali dan syarat saksi

iii. Syarat-Syarat Ijab Dan Qabul

Syarat-syarat ijab dan qabul adalah seperti mana rajah di bawah:

Syarat-Syarat Ijab Dan QabulBil. Syarat Ijab Bil. Syarat Qabul

UNIT 1-16

Page 17: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 17

1 Hendaklah dengan perkataan nikah atau dengan perkataan yang sama erti dengan terang tepat seperti:

'ankahtuka' (aku nikahkan engkau) ataulafaz 'zawwajtuka' (aku kahwinkan engkau)

1 Diterima oleh calon suami seperti katanya:

aku termai nikahnya …..

2 Tidak boleh menggunakan kata-kata yang lain umpamanya:

"Aku ikat engkau atau aku jodohkan engkau dan lain-lain".)

2 Tidak berselang lama atau tidak diselangi dengan perkataan lain di antara ijab dan qabul (lafaz akad).

3 Ijab mesti ta'yin

iaitu mesti disebutkan nama anak perempuan yang dinikahkan. Tidak boleh seperti dengan lafaz: "Kunikahkan engkau dengan salah seorang anak perempuan saya". Ijab seperti ini batal.

3 Lafaz qabul (terima) tidak tertaklik.

4 Ijab hendaklah diikuti qabul oleh pengantin lelaki dengan segera.

4 Tidak mengandungi perkataan yang terbatas waktunya.

5 Ijab dan qabul hendaklah didengar dan difahami oleh dua saksi.

5 Hendaklah disebut nama isteri.

6 Ijab tidak boleh bertaklik (penggantungan pada sesuatu kejadian). Contohnya: "“ Aku nikahkan dikau dengan anakku Siti Zubaidah sekiranya anakku itu diceraikan dan selesai eddahnya”.

6 Lafaz qabul hendaklah sesuai dengan lafaz ijab.

7 Lafaz nikah itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan perkahwinan yang terbatas dan tertentu (dihadkan masanya)..

Umpamanya si wali berkata: "Kunikahkan kau dengan anakku bernama ...... dalam masa 10 tahun".

7 Hendaklah terang dan nyata, bukan sindiran.

8 Lafaz daripada wali atau wakilnya.Rajah 1.4.2(iii): Syarat-Syarat Ijab Qabul

1.4.3 Wali

1.4.3.1 Susunan Wali Perpindahan wali perlulah mengikut keutamaannya seperti susunan wali di bawah.

UNIT 1-17

Page 18: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 18

1.4.4.2 - Pembahagian Wali

Rajah 1.4.3.1 : Susunan wali

1.4.3.2 Jenis-Jenis Wali

Terdapat 3 jenis wali iaitu wali mujbir(dekat), wali ab’ad(wali jauh) dan wali hakim kererangan lanjut lihat rajah di bawah.

UNIT 1-18

1. Bapa

2. Datuk sebelah bapa hingga ke atas.

3. Saudara lelaki seibu sebapa.

4. Saudara lelaki sebapa.

5. Anak saudara lelaki seibu sebapa.

6. Anak saudara lelaki sebapa.

7. Bapa saudara (sebelah bapa) seibu sebapa.

8. Bapa saudara (sebelah bapa) sebapa.

9. Anak bapa saudara (sebelah bapa) seibu sebapa.

10. Anak bapa saudara (sebelah bapa) sebapa.

11. Hakim (sultan) termasuk orang yg dilantik oleh sultan seperti kadhi dan naib kadhi.

Page 19: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 19

JENIS WALIWali Mujbir(Dekat) Wali Ab’ad(Wali Jauh/

Bukan Mujbir)Wali Hakim

•Siapa wali mujbir?

Wali mujbir iaitu bapa atau datuk lelaki semasa ketiadaan bapa.

•Siapa wali ab’ad?

Selain daripada bapa atau datuk lelaki daripada susunan wali nasab.

•Siapa wali hakim ?

Wali hakim atau wali sultan mempunyai kuasa untuk menjadi wali dalam sesuatu sebab.

Sebab perpindahan wali aqrab kepada wali ab’ad

1. Belum baligh2. Tidak siuman3. Fasik4. Hamba sahya5. Bisu atau pekak

• Sebab perpindahan wali nasab ke atas wali hakim

1) Ketika tidak ada wali nasab

2) Wali enggan mengahwinkan

3) Wali berada ditempat jauh sekadar yang mengharuskan qasar sembahyang.

4) Wali sedang dalam ihram

5) Wali itu sendiri berkahwin dgn perempuan itu.

6) Wali didalam tahanan atau tertahan atau hilang, tidak dapat dihubungi.

7) Wali bersembunyi.8) Apabila tiada 10 wali nasab, ia

diwalikan kpd wali hakim yang dilantik oleh pihak pemerintah.

PERINGATAN:• Syarat-syarat di atas akan menjadi syarat sahnya nikah. Jika tidak cukup, ini akan

PERINGATAN:Wali aqrab ialah wali dari kalangan keluarga (nasab) pengantin perempuan dari pihak

Sabda Rasulullah S.A.W. Maksudnya:“Sultan menjadi wali bagi mereka yang tidak ada wali”.

UNIT 1-19

Page 20: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 20

menjadikan tidak sahnya nikah tersebut

ayahnya (lihat susunan wali)

Keterangan lanjut

• Bapa atau datuk berhak menikahkan anak gadisnya samada sudah baligh atau tidak tanpa keizinan kecuali janda.

Keterangan lanjut

• Wali ab’ad tidak boleh bertindak sebagaimana wali mujbir. Dia boleh menjadi wali sekiranya wali mujbir itu sudah mati

•Tidak berpindah wali kepada wali ab’ad sekiranya wali aqrab dalam ihram (dalam hal ini hakim bertindak sebagai wali)

Keterangan lanjut

Wali hakim berkuasa mengkahwinkan seseorang perempuan sekiranya wali yang sedarjat dengan wali yang jauh tiada ditempat perempuan yang akan dikahwinkan itu.

Rajah 1.4.3.2 : Jenis-jenis Wali

1.4.4 Akad (Ijab Dan Qabul)

1.4.4.1 Definisi

Ijab ialah lafaz yang diucapkan oleh wali kepada pengantin laki-laki.

UNIT 1-20

Page 21: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 21

Qabul ialah lafaz yang diucapkan oleh pengantin laki-laki selepas wali mengucapkan ijab.

1.4.4.2 Contoh- Contoh Lafaz Ijab Dan Qabul

Contoh Lafaz (Sighah) Ijab Dari Wali:

Contoh Qabul:

1."Saya nikahkan engkau dengan anak saya bernama ......... binti ...... dengan maskahwin sebanyak ....ringgit tunai".

1."Aku terima nikahnya si Polan binti si Polan dengan mas kahwin sebanyak sekian-sekian RM tunai."

Atau

2. “Aku terima nikahnya dengan maskahwinnya sebanyak yang tersebut”.

(Kalau maskahwin tidak berupa wang , sebutkan jenis atau nama barangnya)

Atau dari wakil wali :

“Aku nikahkan dikau siti Zubaidah Bt Othman yang telah berwakil wali ayahnya kepada aku dengan mas kahwinnya sebanyak RM500 tunai”

Atau dari wakil qabul:

“Aku terima nikahnya untuk ……. (nama pengantin lelaki) dengan maskahwinnya yang tersebut”.

Rajah 1.4.4.2 : Contoh- contoh lafaz ijab dan qabul

UNIT 1-21

AKTIVITI1A

AKTIVITI1A

Aktiviti 1A ini adalahberkaitan dengan tajukyang anda telah pelajari iaitu:1.1 Perkahwinan1.2 Pertunangan

Page 22: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 22

1. Bezakan ciri-ciri yang ada pada individu yang diwajibkan berkahwin dengan ciri-ciri yang dikenakan kepada mereka yang diharamkan berkahwin

2. Mendirikan rumah tangga menjadi hasrat setiap individu, sebutkan lima matlamat hasrat anda tersebut berdasarkan kepada pelajaran kita yang lepas.

3. Katakan anda ingin berkahwin apakah kratiria yang akan anda pilih untuk mendapatkan isteri yang solehah dengan merujuk kepada pelajaran kita yang lepas dengan mengunakan carta cat.

UNIT 1-22

MAKLUM BALAS

1A

MAKLUM BALAS

1A

Page 23: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 23

1. Perbezaan ciri-ciri yang ada pada individu yang diwajibkan berkahwin dengan ciri-ciri yang dikenakan kepada mereka yang diharamkan berkahwin

Individu yang diwajibkan berkahwin Individu yang diharamkan berkahwin

1) Mempunyai naluri nafsu yang kuat, kemungkinan terjatuh kelembah maksiat

2) Mempunyai kemampuan menanggun maskahwin dan nafkah

3) Yakin tidak menganiaya terhadap isteri

4) Mampu menyempurnakan kewajipan

1. Tidak mempunyai keinginan2. Tidak mampu memberi nafkah zahir

dan batin3. Khuawatir menganiaya isterinya4. Tidak mampu menyempurnakan

kewajipan

2. Lima matlamat perkahwinan (Mana-mana lima sahaja)

Bil. Matlamat perkahwinan12345678910

Mendapat keredhaan Allah Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w Mawaddah dan rahmah (Hubungan an kasih sayang) Mendapatkan zuriat Memenuhi kehendak semulajadi (naluri) Menjaga akhlak dan peribadi Menjaga keselamatan sosial Memperbesarkan saiz keluarga dan persaudaraan Mempertingkatkan usaha Membentukkan

3. Kriteria yang akan perlu anda pilih adalah seperti carta di bawah :

UNIT 1-23

Beragama Masih gadis Keturunan yang banyak anak

Page 24: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 24

UNIT 1-24

Keturunan yang baik

Tidak dari keluarga yang

AKTIVITI1B

AKTIVITI1B

Aktiviti 1B ini adalahberkaitan dengan tajukyang anda telah pelajari iaitu:

1.3 Maskahwin1.4 Rukun Nikah

Page 25: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 25

1. Setiap orang yang ingin berkahwin dikehendaki menyempurnakan mahar. Sebutkan pembahagian mahar dalam perkahwinan?

2. Wali merupakan salah satu daripada rukun-rukun nikah. Senaraikan syarat-syarat yang dikenakan kepada wali?

3. Katakan anda ingin berkahwin apakah kriteria yang akan anda pilih untuk mendapatkan isteri yang solehah dengan merujuk kepada pelajaran kita yang lepas dengan mengunakan carta cat.

UNIT 1-25

MAKLUMBALAS

1B

MAKLUMBALAS

1B

Page 26: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 26

1. Ulamak Fikah telah membahagikan maskahwin kepada dua jenis

i. Mahar musamma : Maskahwin yang telah disebut semasa akad atau selepasnya dengan kerelaan.

ii. Mahar mithli : Mahar yang dibandingkan dengan mahar keluarga isteri.

2. Syarat-syarat Wali1.Islam.2.Lelaki.3.Baligh4.Merdeka.5.Berakal.6.Adil (tidak fasik).7.Atas kemahuan sendiri.8.Wali bukan dalam keadaan ihram, sama ada ihram haji atau umrah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: " Tidak sah nikah melainkan dengan wali

dan dua orang saksi yang adil.9.Tidak cacat akal samaada kerana terlalu tua atau sebagainya.10.Tidak dari orang yg ditahan kuasanya dari membelanjakan harta bendanya kerana

bodoh atau terlalu boros(orang yang muflis.)

3. kriteria yang akan perlu anda pilih adalah seperti carta di bawah :

UNIT 1-26

Beragama Masih gadis Keturunan yang banyak anak

Keturunan yang baik

Tidak dari keluarga yang

AKTIVITI1C

AKTIVITI1C

Page 27: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 27

Berikut di antara perempuan-perempuan yang diharamkan dikahwini (mahram). Anda dikehendaki mengkelompokkan kedalam empat kelompok yang menjadi sebab sesorang perempuan yang dikahwini dengan mengunakan rajah.

Bil. Perempuan-Perempuan Yang Diharamkan DikahwiniEmak saudara

Ibu, nenek ke atas.

Ibu tiri, datuk tiri ke atas.

Emak saudara isteri sebelah ibu.

Anak, cucu dan seterusnya ke bawah

Anak saudara isteri dari saudara lelaki

Anak saudara isteri dari saudara lelaki.

Emak saudara sebelah ibu hingga ke atas

Emak saudara sebelah bapa hingga ke atas

Anak saudara perempuan hingga ke bawah

Anak saudara isteri dari saudara perempuan

Anak saudara isteri dari saudara perempuan

Anak tiri dengan syarat sudah disetubuhi ibunya

Ibu mertua samada dari keturunan @ penyusuan

Menantu perempuan, isteri, cucu hingga ke bawah

Saudara perempuan seibu sebapa @ sebapa @ seibu

UNIT 1-27

Page 28: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 28

Perempuan yang haram dikahwini terbahagi kepada dua bahagian :

Sebab Individu yang terlibatKeturunan 1. Ibu, nenek ke atas.

2. Anak cucu dan seterusnya ke bawah3. Saudara perempuan seibu sebapa @ sebapa @ seibu4. Emak saudara sebelah bapa hingga ke atas5. Emak saudara sebelah ibu hingga ke atas6. Anak saudara lelaki hingga ke bawah7. Anak saudara perempuan hingga ke bawah

Penyusuan 1. Ibu yang menyusukan.2. Saudara perempuan yang sepersusuan.3. Anak perempuan sepersusuan.4. Emak saudara sepersusuan sebelah bapa.5. Emak saudara sepersusuan sebelah ibu.6. Anak perempuan saudara lelaki sepersusuan.7. Anak perempuan saudara perempuan sepersusuan.

Persembendaan 1. Ibu tiri, datuk tiri ke atas.2. Ibu mertua samada dari keturunan @ penyusuan.3. Menantu perempuan, isteri, cucu hingga ke bawah.4. Anak tiri dengan syarat sudah disetubuhi ibunya jika belum

disetubuhi kemudian diceraikan maka halal kahwin samada anak tiri itu dari keturunan @ penyusuan.

Menghimpunkan 1. Emak saudara isteri sebelah ibu.2. Anak saudara isteri dari saudara lelaki.3. saudara lelaki.4. Anak saudara isteri dari saudara perempuan.

PENILAIAN KENDIRI

UNIT 1-28

MAKLUMBALAS

1C

Fakta Kunci:- Anak perempuan hasil dari penzinaan tidak

haram kahwin dengan bapa zinanya tetapi anak lelaki hasil dari penzinaan haram kahwin dengan ibu zinanya dan semua muhrimnya.

Page 29: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 29

1) Perkahwinan dalam Islam merupakan ibadah. Terangkan ciri-ciri beribadah dalam perkahwinan merujuk kepada pelajaran yang lepas.

2)

Berdasarkan petikan dia atas, ibu susuan diharamkan berkahwin.Apakah anak susuan boleh

mendapat pusaka jika ibu susuannya meninggal dunia?.

UNIT 1-29

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.

“Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak-anak perempuan

kamu, saudara-saudara perempuan kamu, emak-emak saudara kamu sebelah

bapa kamu dan emak-emak saudara kamu di sebelah ibumu, anak-anak

saudara kamu dari saudara lelaki kamu dan anak-anak saudara kamu dari

saudara perempuanmu, juga ibu-ibu susuan kamu, saudara-saudara susuan

kamu ................”.

Page 30: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 30

3.

Petikan hadis di atas adalah krateria memilih pasangan hidup. Huraikan mengapa Rasulullah

mengakhiri ciri agama?.

UNIT 1-30

TAHNIAH!Anda telah berjaya menyelesaikan semua soalan dalam penilaian kendiri.

Sila semak jawapan anda pada maklumbalas untuk memastikan jawapan anda adalah betul.

Rasulullah bersabda “dikahwini perempuan itu kerana empat perkara :

Kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. .........”.

Page 31: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 31

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

1.1 Setiap perkara dituntutkan mendapatkan keredhaan Allah, jika ada ciri-ciri tersebut semua perkara dikira ibadah.

1.2 Tidak boleh walaupun dikira mahram tetapi hanya terbatas pada hukum tertentu sahaja sepertu aurat, batal air sembahwang dan perkahwinan sahaja.

1.3 Rasulullah mengakhiri menyebut ciri agama dalam memilih jodoh di dalam hadis di atas kerana mengukut naluri nafsu, manusia amat cenderung kepada wanita yang banyak hartanya,keturunan yang baik-baik dan yang cantik rupawan dan kebanyakannya meningalkan aspik agama..

UNIT 1-31

Anda sudah berpuashati dengan

unit ini!!!!!!!

Kalau sudah jom kita ke Unit 2.

Page 32: UNIT1.doc

INSTITUSI KEKELUARGAAN A2001/UNIT 1 / 32

UNIT 1-32