UNIT5

12
E5124 / UNIT 5 / 1 UNIT 5 : MODEM OBJEKTIF Objektif Am : Mengetahui dan memahami konsep modem tak segerak dan konsep modem segerak. Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :- menerangkan kendalian modem tak segerak. menerangkan konsep kelajuan penghantaran data. menerangkan gambarajah blok kendalian modem segerak pada bahagian pemancar dan penerima.

description

kawalan motor

Transcript of UNIT5

Page 1: UNIT5

E5124 / UNIT 5 / 1

UNIT 5 : MODEM

OBJEKTIF

Objektif Am : Mengetahui dan memahami konsep modem tak segerak dan konsep modem segerak.

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

menerangkan kendalian modem tak segerak. menerangkan konsep kelajuan penghantaran data. menerangkan gambarajah blok kendalian modem segerak pada bahagian pemancar dan penerima.

Page 2: UNIT5

E5124 / UNIT 5 / 2

5.0 Konsep Modem Tak Segerak

1. Proses penghantaran dan penerimaan adalah secara rawak.

2. Jam khas tidak diperlukan. Contoh : masukan data melalui papan berkunci,

maka data akan sampai ke penerima tidak tentu masa.

3. Setiap aksara yang dihantar tidak diambil kira data sebelum dan selepasnya.

4. Bilangan bit-bit setiap aksara telah dipersetujui terlebih dahulu.

5. Setiap penghantaran memerlukan :

a) bit mula untuk kawalan aksara

b) bit akhir untuk akhiran aksara

c) bit pariti untuk pengesanan ralat

6. Kurang cekap dibandingkan dengan penghantaran segerak kerana penggunaan

jumlah bit – bit tambahan yang banyak untuk proses penyegerakan.

7. Kebaikan modem tak segerak ialah ralat mudah dibetulkan kerana setiap aksara

dihantar sebagai satu elemen yang bebas dan lengkap serta mengandungi bit

mula dan bit henti. Ralat hanya akan merosakkan satu aksara sahaja.

INPUT

Page 3: UNIT5

E5124 / UNIT 5 / 3

5.1 Konsep Modem Segerak

1. Perlu isyarat jam untuk tugas – tugas penyegerakan bit / aksara.

2. Tugas pemodulatan dan nyahmodulatan perlu isyarat jam untuk ‘encoding’ dan

‘decoding’ isyarat data.

3. Modem mesti menyediakan jam – jam penghantar dan penerima kepada litar –

litar kawalan antaramuka antara DTE ( terminal dan komputer ) TX clk dan

RX clk ( pin 15 dan 17 – antaramuka RS-232C ).

4. Beroperasi dalam separuh duplex dan duplexs penuh.

5. Pelbagai jenis modem dengan kelajuan dari 300 bps sehingga 56000 bps.

6. Penghantaran segerak lebih cekap kerana penggunaan bilangan bit – bit

kawalan yang kecil. Hanya perlu 16 bit hingga 32 bit penyegerak untuk

menghantar sekumpulan data yang mengandungi beribu – ribu bit.

Pemasaan

Data

PSTN

Rajah 5.1 : Penghantaran Oleh Modem Segerak Secara Blok

Litar Pemasaan/Klok

Scramble Pemodulatan fasa

Equalizer

DAC

Page 4: UNIT5

E5124 / UNIT 5 / 4

5.1.1 Fungsi-fungsi Setiap blok

1. Litar permasaan/klok untuk menghasilkan klok untuk

pemasaan.

2. Scramble untuk menukar data ke satu bentuk rawak/random.

3. Pemodulat Fasa untuk melakukan pemodulatan fasa ke atas

data.

4. DAC- Digital To Analog Converter, menukar data berdigis ke

bentuk analog.

5. Equalizer/pengimbang untuk meninggikan isyarat pada

frekuensi yang tinggi.

6. Fungsi Scramble

a) Jika data yang datang dari komputer terdiri dari bit ‘1’

semuanya atau ‘0’ semuanya, satu masalah akan timbul

dimana data tidak akan dapat dibawa oleh saluran atau

laluan kerana ia berada diluar lebarjalurnya

b) Untuk mengawal kemungkinan ini dari berlaku,

scramble digunakan untuk menukarkan bentuk data

terbit ke satu bentuk lain secara rambang dan dengan

itu data boleh berada dalam julat frekuensi yang di

tampung oleh laluan komunikasi. Dengan ini data tidak

tersisih atau terkeluar.

Page 5: UNIT5

E5124 / UNIT 5 / 5

Ok, sekarang uji kefahaman anda dengan mencuba soalan berikut dan semak jawapan atau

maklumbalas di halaman berikutnya.

Selamat Mencuba

SOALAN

5.1 Senaraikan EMPAT ciri konsep modem tak segerak .

5.2 Senaraikan EMPAT ciri konsep modem segerak.

5.3 Lukis gambarajah blok untuk modem segerak.

5.4 Nyatakan fungsi pemodulatan fasa dalam gambarajah blok modem segerak.

AKTIVITI 5A

Page 6: UNIT5

E5124 / UNIT 5 / 6

JAWAPAN

5.1 Konsep Modem Tak Segerak

1. Proses penghantaran dan penerimaan adalah secara rawak.

2. Jam khas tidak diperlukan. Contoh : masukan data melalui papan berkunci,

maka data akan sampai ke penerima tidak tentu masa.

3. Setiap aksara yang dihantar tidak diambil kira data sebelum dan selepasnya.

4. Bilangan bit – bit setiap aksara telah dipersetujui terlebih dahulu.

5.2 Konsep Modem Segerak

1. Perlu isyarat jam untuk tugas – tugas penyegerakan bit / aksara.

2. Tugas pemodulatan dan nyahmodulatan perlu isyarat jam untuk ‘encoding’

dan ‘decoding’ isyarat data.

MAKLUM BALAS 5A

Page 7: UNIT5

E5124 / UNIT 5 / 7

3. Modem mesti menyediakan jam – jam penghantar dan penerima kepada litar- litar

kawalan antaramuka antara DTE ( terminal dan komputer ) TX clk dan RX clk

(pin 15 dan 17 – antaramuka RS-232C ).

4. Beroperasi dalam separuh duplex dan duplexs penuh.

5.3 Pemasaan

Data

PSTN

Penghantaran Oleh Modem Segerak Secara Blok

5.4 Fungsi Pemodulat Fasa untuk melakukan pemodulatan fasa ke atas data.

Litar Pemasaan/Klok

Scramble Pemodulatan fasa

Equalizer

DAC

Page 8: UNIT5

E5124 / UNIT 5 / 8

Untuk memahirkan diri anda lagi mengenai unit ini, anda bolehlah mencuba menjawab soalan kendiri yang telah disediakan. Selamat Mencuba.

SOALAN

5.5 Apakah fungsi scramble ?

PENILAIAN KENDIRI

Page 9: UNIT5

E5124 / UNIT 5 / 9

JAWAPAN

5.5 Fungsi Scramble

a) Jika data yang datang dari komputer terdiri dari bit ‘1’ semuanya

atau‘0’semuanya, satu masalah akan timbul dimana data tidak akan

dapat dibawa oleh saluran atau laluan kerana ia berada diluar

lebarjalurnya

b) Untuk mengawal kemungkinan ini dari berlaku, scramble digunakan

untuk menukarkan bentuk data terbit ke satu bentuk lain secara

rambang dan dengan itu data boleh berada dalam julat frekuensi yang

di tampung oleh laluan komunikasi. Dengan ini data tidak tersisih atau

terkeluar.

Ok, adakah anda sudah mencuba dahulu ?Jika ‘Ya’, tahniah diucapkan dan anda boleh menyemak jawapan yang diperolehi dengan merujuk kepada pensyarah anda.Teruskan usaha anda dengan pergi ke Unit 6.Selamat Maju Jaya.

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI