USAHA

14
USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL Bertepatan dengan peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, Malaysia kini berhadapan dengan arus globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada pembangunan yang pesat. Berkait rapat dengan perkembangan tersebut, generasi muda hari ini lebih terdedah kepada alam siber dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional yang merupakan warisan pusaka sejak duhulu lagi. Lantaran itu, permainan tradisional turut dipandang enteng serta mula tersisih daripada arus perdana kehidupan masyarakat. Sebagai individu, adakah kita sanggup membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja dek peredaran zaman yang berlaku? Mahukah kita membiarkan anak watan berterusan meminggirkan budaya mereka? Dalam hal ini, sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak perlu mencari pendekatan yang pragmatik bagi meninggikan martabat permainan tradisional di negara kita bersesuaian dengan kata peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Prakarsa yang berkesan untuk mempopularkan permainan tradisional ini patut diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi mengangkat status permainan tradisional di nusa tercinta ini. Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenalkan serta mempopularkan permainan tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak- anak mereka. Hal ini demikian kerana kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak yang sedang membesar. Ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi tujuan memupuk minat bermain permainan tradisional. Mereka boleh membelikan anak-anak mereka permainan tradisional sebagai hadiah sempena hari ulang tahun ataupun sebagai hadiah kerana pencapaian cemerlang dalam akademik di sekolah. Ibu bapa juga boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional melalui Hari Keluarga yang diadakan sama ada dilakukan secara

Transcript of USAHA

Page 1: USAHA

USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL

Bertepatan dengan peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, Malaysia kini berhadapan dengan arus globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada pembangunan yang pesat.  Berkait rapat dengan perkembangan tersebut, generasi muda hari ini lebih terdedah kepada alam siber dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional yang merupakan warisan pusaka sejak duhulu lagi. Lantaran itu, permainan tradisional turut dipandang enteng serta mula tersisih daripada arus perdana kehidupan masyarakat. Sebagai individu, adakah kita sanggup membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja dek peredaran zaman yang berlaku? Mahukah  kita membiarkan anak watan berterusan  meminggirkan budaya mereka? Dalam hal ini, sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak  perlu mencari pendekatan yang pragmatik bagi meninggikan martabat permainan tradisional di negara kita bersesuaian dengan kata peribahasa  di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Prakarsa yang berkesan untuk mempopularkan permainan tradisional ini patut diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi mengangkat status permainan tradisional di nusa tercinta ini.

Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenalkan serta  mempopularkan permainan tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak yang sedang membesar. Ibu bapa perlu  mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi tujuan memupuk minat bermain permainan tradisional. Mereka boleh membelikan anak-anak mereka permainan tradisional sebagai hadiah sempena hari ulang tahun  ataupun sebagai hadiah kerana pencapaian cemerlang dalam akademik di sekolah.  Ibu bapa juga boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional melalui Hari Keluarga yang diadakan sama ada dilakukan secara bersendirian atau bersama dengan rakan-rakan sekerja. Inisiatif ini dapat memberikan peluang kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil bahagian untuk mencuba bermain permainan tradisional seperti congkak, menaikkan layang-layang dan bermain gasing. Jelas bahawa melalui usaha tersebut secara tidak langsung akan mempopularkan sesuatu permainan tradisional serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga, bak kata peribahasa sambil menyelam minum air.

Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan permainan tradisional sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah.  Rentetan daripada itu, pihak sekolah hendaklah digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan permainan tradisional. Dengan berpayungkan kelab atau persatuan permainan tradisional seperti Kelab Budaya Bangsa, pelajar boleh belajar tentang cara membuat, cara bermain dan mengetahui syarat-syarat bermain sesuatu permainan tradisional.  Setelah mengetahui secara mendalam sesuatu permainan itu,  pelajar akan berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional tersebut. Usaha menanam minat terhadap generasi muda penting kerana

Page 2: USAHA

mereka merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka bangsa serta mewarnai masyarakat masa hadapan, justeru, penglibatan pelajar secara langsung dalam permainan tradisional nescaya dapat mempopularkan permainan tersebut di Malaysia daripada pupus dan lenyap begitu sahaja. Bertepatan dengan kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta, maka iltizam pihak sekolah amat dituntut agar putera-puteri yang sedang berjuang di medan ilmu dapat bergiat aktif mempopularkan permainan tradisional di samping mengurangkan sedikit tekanan menghadapi peperiksaan.

Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional merupakan  satu kaedah yang ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen. Pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan mengarang, pameran, peraduan melukius poster dan lain-lain lagi. Melalui proses tersebut, permainan tradisional boleh menjadi lebih popular di merata-rata tempat bersesuaian dengan kata peribahasa seperti pegaga tumbuh melata. Jelas bahawa dengan kerjasama padu yang dilakukan tanpa mengenal rasa jemu sudah pasti permainan tradisional menjadi semakin popular khususnya kepada generasi baru.

Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi mempopularkan permainan tradisional. Apabila program tersebut dilaksanakan maka pelajar dari luar negara yang datang ke Malaysia akan berpeluang bermain pelbagai permainan tradisional di sini. Apabila mereka pulang ke negara mereka kelak, mereka akan mengajar rakan-rakan dan ahli keluarga permainan yang pernah mereka mainkan di sini. Usaha ini secara tidak langsung membolehkan nama Malaysia akan masyhur di persada antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh berbangga kerana Malaysia masih mempunyai permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Perkara yang sama boleh dilakukan oleh agensi pelancongan yang bertindak sebagai medium penyebar maklumat untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada pelancong asing.  Lantaran itu, agensi pelancongan boleh mengurus aktiviti seperti bermain gasing, galah panjang dan teng-teng di tempat penginapan pelancong asing. Diharapkan langkah ini akan membuatkan para pelancong  terhibur sekali gus berminat dengan acara-acara yang disediakan dan ingin datang kembali ke Malaysia. Jelas bahawa, pertukaran budaya antara negara dan peranan agensi pelancongan mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat luar.

Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandingan merupakan inisiatif yang agak praktikal untuk mempopularkan permainan tradisional kepada

Page 3: USAHA

masyarakat di Malaysia. Melalui pertandingan yang diadakan semua pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhwah antara mereka. Hal ini demikian kerana sebagai fitrah manusia,  segelintir masyarakat  memang suka bertanding untuk mendapatkan sesuatu. Agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh bergabung dengan sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam konteks ini, contoh yang terbaik ialah penganjuran Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor  oleh kerajaan negeri Johor dengan kerjasama pelbagai badan korporat. Berdasarkan rekod yang ada, pertandingan layang-layang tersebut  berjaya menarik peminat-peminat permainan layang-layang dari seluruh dunia untuk turut mengambil bahagian. Terbukti di sini, penganjuran pelbagai pertandingan berjaya memperkenalkan permainan tradisional sekali gus mempromosikan industri pelancongan kepada pelancong dalam dan luar negara.

Konklusinya, semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk permainan tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut ialah  khazanah dunia yang tidak ternilai harganya. Walaupun Malaysia  sedang mengorak langkah serta bersedia melakukan pecutan akhir  ke arah negara maju pada tahun  2020, kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usul dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap semua pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang. Suka ditegaskan di sini bahawa setiap anak watan Malaysia perlu menyahut cabaran dan menghadapi semangat habis kapak berganti beliung untuk merealisasikan impian negara tercinta ke arah Menjana Transformasi Rakyat Cemerlang. Malaysia Boleh!

USAHA MENGEKALKAN PERMAINAN TRADISIONAL

Usaha bagi Mengekalkan Permainan Tradisional

Dalam era globalisasi ini, permainan tradisional mula dilupakan. Hal ini terjadi kerana pengaruh permainan moden seperti permainan video, permainan komputer, dan sebagainya berleluasa di pasaran. Mungkin ramai orang tidak tahu bahawa permainan tradisional membawa banyak kebaikan jika permainan ini dipraktikkan oleh generasi muda hari ini. Permainan tradisional bukan sahaja memberi hiburan, malah ia memberi manfaat terhadap kecerdasan rohani dan jasmani sewaktu bermain, terutama di luar rumah. Oleh itu, usaha-usaha tertentu perlu diambil untuk mempopularkan permainan ini, terutamanya kepada generasi muda. Usaha bagi mengekalkan permainan tradisional adalah peranan sekolah agar mengadakan kegiatan kokurikulum yang berkaitan permainan tradisional. Contoh permainan tradisional ialah permainan congkak, mencipta wau sobek atau bermain sepak raga. Bukan sahaja mengadakan

Page 4: USAHA

pertandingan, tetapi langkah mewajibkan permainan ini di sekolah turut mampu memupuk minat dalam jiwa remaja kita. Tindakan ini bertujuan memastikan semua pelajar di sekolah akan menyertai satu permainan tradisional sebagai aktiviti kokurikulum mereka.  Hal ini demikian kerana jiwa para pelajar yang ingin mencuba perkara baru akan tertarik perhatiannya untuk menyertai kegiatan kokurikulum berdasarkan permainan tradisional ini kerana mereka kurang terdedah dengan permainan-permainan tersebut. Dengan ini, generasi muda terutamanya pelajar sekolah dapat mengenal permainan tradisional dan boleh mengetahui cara-cara bermain permainan ini. Oleh itu, tindakan mengadakan kegiatan kokurikulum berdasarkan permainan tradisional di sekolah berupaya mengekalkan kewujudan permainan ini pada saat masa yang panjang. Selain itu, usaha yang dapat dilakukan adalah peranan pihak Kementerian Kesenian, Kebudayaan, dan Warisan agar mengadakan pesta permainan tradisional di peringkat negeri atau kebangsaan serta memberi sijil penghargaan kepada sesiapa yang menyertainya. Hal ini dapat menarik perhatian para pelajar sekolah untuk menyertai pesta tersebut dengan ganjaran sijil penghargaan yang sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam melanjutkan pelajaran. Langkah ini berupaya untuk mencungkil bakat-bakat baru yang pada masa yang sama menggalakkan remaja meminati permainan ini. Dengan memperluas permainan tradisional hingga ke peringkat angtarabangsa seperti permainan wau dan permainan sepak raga juga membantu dalam mengekalkan kewujudan permainan tradisional. Usaha memperkenalkan kepada para pelancong melalui program pelancongan “tak kenal maka tak cinta” dapat menjadikan permainan tradisional berada dalam taraf angtarabangsa. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan pihak Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan amat penting dalam mengekalkan kewujudan permainan tradisional. Di samping itu, kerajaan juga perlu membina lebih banyak kemudahan untuk permainan tradisional. Pembinaan kawasan padang dan gelanggang khas membolehkan lebih banyak rakyat negara ini turut melibatkan diri dalam permainan tradisional yang memberi banyak kesan positif kepada rakyat Malaysia seperti manyatupadukan dan mengeratkan silaturahim sesama masyarakat. Suasana yang meriah sebegini pasti memberikan impak positif kepada masyarakat. Mereka melihat permainan ini sebagai sesuatu yang penting dalam kehidupan harian mereka.. Sesungguhnya, lebih banyak kawasan khas permainan ini disediakan semakin bertambahlah minat masyarakat kita untuk bermain permainan tradisional. Malah, satu kempen yang terancang tentang permainan ini perlu diadakan oleh pihak berkuasa. Dalam kempen itu dipamerkan kepentingan permainan tradisional dibekalkan bersama-sama dengan sejarah permainan, tokoh dan sebagainya. Semua informasi ini memberikan satu pengetahuan baru kepada masyarakat yang mungkin boleh menimbulkan minat dan penghargaan mereka terhadap permainan tradisional. Akhir sekali, berkaitan dengan pembinaan gelanggang, pihak kerajaan boleh memajukan permainan tradisional dengan turut menyediakan jurulatih yang terlatih dan mahir di setiap gelanggang yang telah disediakan itu. Dengan adanya jurulatih ini memastikan masyarakat menerima latihan yang betul tentang sesuatu permainan tradisional itu dan berupaya mengajarkan pengetahuan mereka itu kepada anak-anak mereka pula.

Page 5: USAHA

Langkah ini memastikan berlakunya kesinambungan dalam memainkan permainan tradisional yang semakin dilupakan kerana tiadanya tunjuk ajar yang tepat tentang permainan tersebut. Jelaslah, permainan tradisonal ini akan terus dimainkan jika ada jurulatih yang bertauliah untuk mengajar masyarakat kita. Peranan media massa dalam menyiarkan program yang memaparkan permainan tradisional dan sukaneka berteraskan permainan tradisional seperti program ‘telematch’ yang disiarkan oleh media massa Eropah juga menjadi satu langkah efektif untuk menjadikan permainan tradisional mendapat tempat di hati rakyat Malaysia terutamanya generasi muda. Kesimpulannya, dalam usaha untuk mengekalkan permainan tradisional, pihak yang berkenaan haruslah mengambil langkah yang sesuai untuk memperkembangkan dan memajukannya. Hal ini demikian kerana permainan tradisional membawa banyak kebaikan kepada masyarakat dan negara. Dalam bidang pelancongan misalnya permainan tradisional dapat dijadikan daya tarikan pelancong. Khazanah permainan tradisional, sekiranya tidak dikekalkan akan melenyapkan identiti bangsa.

Soalan :Permainan tradisional semakin dipinggirkan pada zaman ini.  Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mempopularkan permainan tradisional

Langkah 1 : KAji soalan

TEMA : permainan tradisionalKESAN TEMA : PositifTINDAKAN : semua pihak ( ibu bapa, pihak sekolah, pihak kerajaan, pihak swasta ( badan korporat, syarikat perniagaan )TUGASAN : usaha-usaha untuk mempopularkan permainan tradisional

————————————————————————————-

Langkah 2 : RAngka Pendahuluan

Belakangan ini, _____tugasan ______ semakin dibicarakan oleh rakyat Malaysia yang mula celik tentang kepentingannya. Hal ini kerana, rakyat negara ini tahu bahawa __ tema ___ mendatangkan banyak faedah seperti ____________, __________, dan _____________. Peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya perlu dijadikan pegangan untuk ____tugasan_________. Sehubungan dengan itu, ____tindakan_____ perlulah berganding bahu untuk merealisasikan hasrat ini.

** Tulisan italic dikekalkan dalam setiap karangan yang berfokuskan tugasan berkaitan langkah-langkah/usaha-usaha/peranan/tanggungjawab dan TEMANYA POSITIF**

Hasilnya :

Page 6: USAHA

Belakangan ini, usaha-usaha untuk mempopularkan permainan tradisional semakin dibicarakan oleh rakyat Malaysia yang mula celik tentang kepentingannya.  Hal ini kerana, rakyat negara ini tahu bahawa permainan tradisional mendatangkan banyak faedah seperti dijadikan hobi pada masa lapang, mengeratkan hubungan sesama sendiri, dan dijadikan warisan bangsa.  Peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya perlu dijadikan pegangan untuk mempopularkan permainan tradisional.  Sehubungan dengan itu, semua pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah, kerajaan dan pihak swasta perlulah berganding bahu untuk merealisasikan hasrat ini.

————————————————————————————-

Langkah 3 : RAngka Isi

Isi 1 : Ibu bapaIsi 2 : Pihak sekolahIsi 3 : Pihak kerajaanIsi 4 : Pihak swasta ( badan korporat dan syarikat perniagaan )

Isi 1

Ayat 1 : Langkah utama ialah ibu bapa menunjukkan minat yang mendalam terhadap _______tema ____________.

Ayat 2 : huraian isi

Ayat 3 : huraian isi ( masukkan Ungkapan Menarik jika ada )

Kesimpulan : Sesungguhnya, ibu bapa mampu _____tugasan______ dalam kalangan anak-anak.

Hasilnya :

Langkah utama ialah ibu bapa perlu menunjukkan minat yang mendalam terhadap permainan tradisional.  Ibu bapa perlu bersama-sama anak-anak untuk bermain permainan tradisional seperti permainan congkak, batu seremban, wau, gasing dan sebagainya untuk mendidik anak-anak menyukai permainan tersebut ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya.  Selain itu, ibu bapa perlulah memberi sokongan dengan membeli alatan permainan tradisional agar minat anak-anak tidak hilang.  Sesungguhnya, ibu bapa mampu mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan anak-anak.

Isi 2 : peranan pihak sekolah

Ayat 1 : Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan ___1 cara ____ dalam usaha ___tugasan____ dalam kalangan pelajar.

Ayat 2 : huraian isi

Ayat 3 : Huraian isi ( Ungkapan menarik jika ada )

Page 7: USAHA

Kesimpulan : Sudah terang lagi bersuluh bahawa pihak sekolah memainkan peranan yang sangat besar dalam _____ tugasan ___________.

Hasil

Pihak sekolah jua boleh memainkan peranan menubuhkan Kelab Permainan Tradisional dalam usaha untuk mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan pelajar.  Melalui kelab ini, pelajar dapat mempelajari peraturan dan cara permainan tersebut dimainkan dengan lebih teratur hasil bimbingan guru penasihat.  Pertandingan permainan tradisional juga perlu dianjurkan secara besar-besaran agar permainan ini terus popular dan tidak dianggap sebagai ketinggalan zaman ibarat tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.  Sudah terang lagi bersuluh bahawa pihak sekolah memainkan peranan yang sangat besar dalam mempopularkan permainan tradisional.

Isi  3 – peranan pihak kerajaan

Ayat 1 : Seterusnya, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran untuk _______tugasan ___________.

Ayat 2 : Kempen kesedaran ini boleh dilakukan melalui media seperti televisyen, radio, Internet dan sebagainya untuk menyedarkan masyarakat kita tentang kebaikan _____(tema)_____.

Ayat 3 : Dalam kempen ini, masyarakat akan dijelaskan tentang __________, ______________ serta ______________.

Kesimpulan : Jelaslah bahawa, jika kerajaan merangka kempen kesedaran dengan baik, pasti hasilnya amat memberangsangkan.

Hasil

Seterusnya, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran untuk mempopularkan permainan tradisional.  Kempen kesedaran ini boleh dilakukan melalui media seperti televisyen, radio, Internet dan sebagainya untuk menyedarkan masyarakat kita tentang kebaikan permainan tradisional.  Dalam kempen ini, masyarakat akan dijelaskan tentang keunikan permainan tradisional sebagai warisan bangsa yang perlu diketengahkan dan menjadi kebanggaan rakyat serta menjadi tarikan pelancong asing.   Jelaslah bahawa, jika kerajaan merangka kempen kesedaran dengan baik, pasti hasilnya amat memberangsangkan

Perenggan 4 – peranan pihak swasta ( badan korporat dan syarikat perniagaan )

Ayat 1 : Selain itu, pihak swasta seperti __contoh pihak swasta ____ juga bertanggungjawab untuk memainkan peranan dalam _______tugasan_________.

Ayat 2 : huraian isi

Ayat 3 : huraian isi ( Ungkapan menarik jika ada )

Page 8: USAHA

Kesimpulan : Jelaslah, pihak swasta turut mempunyai peranan dalam ____tugasan ____

Hasil :

Selain itu, pihak swasta seperti badan-badan korporat dan syarikat-syarikat perniagaan juga bertanggungjawab untuk memainkan peranan dalam usaha mempopularkan permainan tradisonal ini.  Pihak swasta boleh menyalurkan sumbangan kepada komuniti setempat untuk membina sebuah pusat riadah permainan tradisional.  Di samping itu, mereka juga perlu menyediakan peralatan yang lengkap untuk kemudahan orang awam menggunakan pusat riadah tersebut sebagai bukti khidmat sosial mereka kepada masyarakat.  Jelaslah, pihak swasta turut mempunyai peranan dalam mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat.

————————————————————————————-

Langkah 4 : RAngka penutup

Tuntasnya, terdapat pelbagai langkah yang boleh kita lakukan untuk ________tugasan __________. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk menjayakan matlamat ini. Ibarat pesan orang tua-tua, janganlah amalkan sikap melepaskan batuk di tangga jika ingin melihat hasrat ini direalisasikan. Secara tidak langsung, visi suci Perdana Menteri Malaysia untuk ___tugasan ____ dalam kalangan rakyat akan tercapai menjelang tahun 2020 nanti. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan lagi bahawa ___tema___ pasti mendatangkan kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hasil :

Tuntasnya, terdapat pelbagai langkah yang boleh kita lakukan untuk mempopularkan permainan tradisional .  Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk menjayakan matlamat ini.  Ibarat pesan orang tua-tua, janganlah amalkan sikap melepaskan batuk di tangga jika ingin melihat hasrat ini direalisasikan.  Secara tidak langsung, visi suci Perdana Menteri Malaysia untuk mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan rakyat akan tercapai menjelang tahun 2020 nanti.  Sesungguhnya, tidak dapat dinafikan lagi bahawa permainan tradisonal pasti mendatangkan kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia.

————————————————————————————-

Langkah 5 : Tulis dan Semak

Belakangan ini, usaha-usaha untuk mempopularkan permainan tradisional semakin dibicarakan oleh rakyat Malaysia yang mula celik tentang kepentingannya.  Hal ini kerana, rakyat negara ini tahu bahawa permainan tradisional mendatangkan banyak faedah seperti dijadikan hobi pada masa lapang, mengeratkan hubungan sesama sendiri, dan dijadikan warisan bangsa.  Peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya perlu dijadikan pegangan untuk mempopularkan permainan

Page 9: USAHA

tradisional.  Sehubungan dengan itu, semua pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah, kerajaan dan pihak swasta perlulah berganding bahu untuk merealisasikan hasrat ini.

Langkah utama ialah ibu bapa perlu menunjukkan minat yang mendalam terhadap permainan tradisional.  Ibu bapa perlu bersama-sama anak-anak untuk bermain permainan tradisional seperti permainan congkak, batu seremban, wau, gasing dan sebagainya untuk mendidik anak-anak menyukai permainan tersebut ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya.  Selain itu, ibu bapa perlulah memberi sokongan dengan membeli alatan permainan tradisional agar minat anak-anak tidak hilang.  Sesungguhnya, ibu bapa mampu mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan anak-anak.       

Pihak sekolah jua boleh memainkan peranan menubuhkan Kelab Permainan Tradisional dalam usaha untuk mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan pelajar.  Melalui kelab ini, pelajar dapat mempelajari peraturan dan cara permainan tersebut dimainkan dengan lebih teratur hasil bimbingan guru penasihat.  Pertandingan permainan tradisional juga perlu dianjurkan secara besar-besaran agar permainan ini terus popular dan tidak dianggap sebagai ketinggalan zaman ibarat tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.  Sudah terang lagi bersuluh bahawa pihak sekolah memainkan peranan yang sangat besar dalam mempopularkan permainan tradisional.

Seterusnya, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran untuk mempopularkan permainan tradisional.  Kempen kesedaran ini boleh dilakukan melalui media seperti televisyen, radio, Internet dan sebagainya untuk menyedarkan masyarakat kita tentang kebaikan permainan tradisional.  Dalam kempen ini, masyarakat akan dijelaskan tentang keunikan permainan tradisional sebagai warisan bangsa yang perlu diketengahkan dan menjadi kebanggaan rakyat serta menjadi tarikan pelancong asing.   Jelaslah bahawa, jika kerajaan merangka kempen kesedaran dengan baik, pasti hasilnya amat memberangsangkan.

Selain itu, pihak swasta seperti badan-badan korporat dan syarikat-syarikat perniagaan juga bertanggungjawab untuk memainkan peranan dalam usaha mempopularkan permainan tradisonal ini.  Pihak swasta boleh menyalurkan sumbangan kepada komuniti setempat untuk membina sebuah pusat riadah permainan tradisional.  Di samping itu, mereka juga perlu menyediakan peralatan yang lengkap untuk kemudahan orang awam menggunakan pusat riadah tersebut sebagai bukti khidmat sosial mereka kepada masyarakat.  Jelaslah, pihak swasta turut mempunyai peranan dalam mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat.

               Tuntasnya, terdapat pelbagai langkah yang boleh kita lakukan untuk mempopularkan permainan tradisional.  Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk menjayakan matlamat ini.  Ibarat pesan orang tua-tua, janganlah amalkan sikap melepaskan batuk di tangga jika ingin melihat hasrat ini direalisasikan.  Secara tidak langsung, visi suci Perdana Menteri Malaysia untuk mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan rakyat akan tercapai menjelang tahun 2020 nanti.  Sesungguhnya, tidak dapat dinafikan lagi bahawa permainan tradisonal pasti mendatangkan kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Page 10: USAHA