Usaha Kerajaan Dalam Menangani Peristiwa 13 Mei

3
USAHA KERAJAAN DALAM MENANGANI PERISTIWA 13 MEI RUKUNEGARA Rukunegara merupakan dokumen awal yang menanamkan semang at kesetiaan, kesopanan dan kesusilaan bagi mewujudkan pelbagai kaum. Menurut Tengku Anuar dalam bukunya Pengetahuan Kenegaraan Malaysia mengatakan rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang bertujuan untuk menyatukan fikiran, pendapat dan perasaan rakyat tanpa mengira perbezaan yang berdasarkan asal keturunan, bahasa, agama dan budaya. Tercetusnya masalah perpaduan pada 13 Mei 1969 telah mendesak kerajaan menjalankan dasar yang lebih tegas. Rukunegara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 dan digubal oleh Majlis Perundangan Negara untuk memupuk integrasi nasional. Secara terperinci, objektif rukunegara diperkenalkan adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat iaitu menghapuskan perasaan kedaerahan dan perkauman. Seterusnya ialah membentuk sebuah negara yang adil dan saksama tanpa mengira kaum dan agama, memelihara dan mengekalkan prinsip demokrasi, membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang liberal dan membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Rukunegara melaksanakan dasar dan garis panduan supaya proses perpaduan dapat dipercepatka n. Ia juga menggariskan prinsip-prinsip yang harus diikuti dan diamalkan oleh rakyat. Tidak dilupakan ia menyedarkan rakyat tentang kesan buruk yang menimpa Negara akibat tragedi tersebut. Rukunegara membolehkan rakyat mengamalkan toleransi dan tatasusila yang mulia. WAWASAN 2020 Wawasan 2020 satu pandangan jauh yang diasaskan oleh bekas mantan PerdanaMenteri kita, Dato Sri Dr. Mahathir bin Mohamad. Wawasan 2020 termaktub dalam cabaran pertama bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu-padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Sebenar nya Wawasan 2020 bukan satu dasar tetapi satu tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan 2020 berobjektif untuk membentuk sebuah negara yang benar-benar maju menjelang tahun 2020 bukan sahaja dalam bidang ekonomi tetapi merangkumi segala aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Terdapat sembilan cabaran yang perlu ditangani oleh semua pihak untuk mencapai wawasan 2020. Antaranya ialah: Cabaran pertama ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuh- nya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

description

ftgssw

Transcript of Usaha Kerajaan Dalam Menangani Peristiwa 13 Mei

Page 1: Usaha Kerajaan Dalam Menangani Peristiwa 13 Mei

USAHA KERAJAAN DALAM MENANGANI PERISTIWA 13 MEI

RUKUNEGARA

Rukunegara merupakan dokumen awal yang menanamkan semangat kesetiaan, kesopanan dan kesusilaan bagi mewujudkan pelbagai kaum. Menurut Tengku Anuar dalam bukunya Pengetahuan Kenegaraan Malaysia mengatakan rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang bertujuan untuk menyatukan fikiran, pendapat dan perasaan rakyat tanpa mengira perbezaan yang berdasarkan asal keturunan, bahasa, agama dan budaya.

Tercetusnya masalah perpaduan pada 13 Mei 1969 telah mendesak kerajaan menjalankan dasar yang lebih tegas. Rukunegara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 dan digubal oleh Majlis Perundangan Negara untuk memupuk integrasi nasional. Secara  terperinci, objektif rukunegara diperkenalkan adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat  di kalangan masyarakat iaitu menghapuskan perasaan kedaerahan dan perkauman.

Seterusnya ialah membentuk sebuah negara yang adil dan saksama tanpa mengira kaum dan agama, memelihara dan mengekalkan prinsip demokrasi, membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang liberal dan membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Rukunegara melaksanakan dasar dan garis panduan supaya proses perpaduan dapat dipercepatkan. Ia juga menggariskan prinsip-prinsip yang harus diikuti dan diamalkan oleh rakyat. Tidak dilupakan ia menyedarkan rakyat tentang kesan buruk yang menimpa Negara akibat tragedi tersebut. Rukunegara membolehkan rakyat mengamalkan toleransi dan tatasusila yang mulia.

WAWASAN 2020

Wawasan 2020 satu pandangan jauh yang diasaskan oleh bekas mantan PerdanaMenteri kita, Dato Sri Dr. Mahathir bin Mohamad. Wawasan 2020 termaktub dalam cabaran pertama bagi membentuk satu  Bangsa Malaysia yang bersatu-padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Sebenar nya Wawasan 2020 bukan satu dasar tetapi satu tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan 2020 berobjektif untuk membentuk sebuah negara yang benar-benar maju menjelang tahun 2020 bukan sahaja dalam bidang ekonomi tetapi merangkumi segala aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Terdapat sembilan cabaran yang perlu ditangani oleh semua pihak untuk mencapai wawasan 2020. Antaranya ialah:

Cabaran pertama ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuh- nya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

Cabaran kedua ialah cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

Cabaran ketiga yang sering kita hadapi ialah usaha mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.

Cabaran Keempat ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didokong oleh nilai etika paling tinggi.

Cabaran kelima yang selalu kita alami adalah untuk mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

Page 2: Usaha Kerajaan Dalam Menangani Peristiwa 13 Mei

Cabaran Keenam ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Cabaran ketujuh untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

Cabaran Kelapan ialah cabaran untuk memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan pengenalan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

Cabaran kesembilan ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental

DASAR EKONOMI BARU

Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1970 hingga 1990 sebagai tindak balas  kepada peristiwa 13 Mei 1969, rusuhan kaum yang dikatakan terjadi kerana jurang perbezaan dari segi ekonomi. Dasar ini digubal untuk mencapai perpaduan negara melalui penghapusan kemiskinan dan struktur sosio-politik dan ekonomi masyarakat yang tidak seimbang. Matlamat  tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Strategi ‘serampang dua mata’ diperkenalkan iaitu mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Peranan dan penyertaan kerajaan dalam kegiatan pembangunan ekonomi negara melalui DEB amat jelas dimana DEB dijalankan bagi mencapai matlamat mengimbangi perbezaan kedudukan ekonomi antara kaum DEB dan secara jelas menetapkan kadar kuantitatif minimum 30 peratus sebagai matlamat pekuiti di sektor korporat dan dalam penyusunan semula guna tenaga supaya mencerminkan komposisi penduduk. Berbagai usaha yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah sosial ekonomi dan pelan pembangunan telah dirangka supaya dapat mengatasi beberapa masalah

 Antaranya ialah:

         Mewujudkan peluang pekerjaan

         Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

         Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di antara kaum dan di antarakawasan bandar dan luar bandar.

         Memodenkan kehidupan di luar bandar 

         Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputra.

         Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat.

         Meningkatkan kemudahan infrastruktur