Usaha-usaha kerajaan

download Usaha-usaha kerajaan

of 16

description

Usaha-usaha kerajaan dalam mengagani kegawatan ekonomi

Transcript of Usaha-usaha kerajaan

  • Usaha-usaha kerajaan dalam mengagani kegawatan ekonomi

  • Usaha kerajaan dlm mengatasi kegawatan ekonomilangkah fiskal

    Langkah kewanganlangkah pentadbiran

  • langkah fiskalmengawal cukai bagi barangan tertentu termasuk makanan

  • Langkah kewangan kerajaan akan mengamalkan dasar kewangan yang berdisiplin bagi memastikan kadar inflasi stabil.

  • langkah pentadbirankerajaan mengambil beberapa pendekatan, antaranya, menggalakkan persaingan, memperbaiki sistem pengangkutan dan meningkatkan kapisiti pengeluaran makanan.Kerajaan akan terus menggalakkan persaingan yang lebih sihat antara industri untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi, permodenan teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk.

  • Langkah mengurangkan harga barangMengurangkan harga barang keperluan seperti petrol dan beras selaras dengan pengurangan harga komoditi dunia. Subsidi diesel akan terus diberikan kepada golongan tertentu seperti nelayan kerana bertujuan mengurangkan kos operasi mereka dan secara tidak langsung harga ikan di pasar-pasar.Harga lantai petrol akan ditetapkan dan penjimatan yang kerajaan dapat hasil dari pengurangan subsidi akan disalurkan kepada rakyat.

  • Bajet mengembangterpaksa berbelanja melebihi pendapatan dan menaikkan defisit kepada 4.8 peratus, kerajaan melakukannya kerana ia terbaik untuk negara dan rakyat.Menteri Kewangan Kedua telahpun menyatakan 1-2 tahun defisit tinggi tidak menjadi masalah kepada negara. Pada krisis 1997, defisit kerajaan telah mencapai 5.5 peratus.

  • Penubuhan Jawatankuasa tangani isu pekerja diberhenti Jawatankuasa Bantuan Pekerja Yang Diberhentikan akan berperanan untuk menjaga soal kebajikan pekerja dan merangka beberapa program bagi melatih semula pekerja yang diberhantikan. Latihan akan diberikan menerusia Perbadanan Sumber Manusia berhad (PSMB) dibawah peruntukan RM5 juta dan usaha memohon peruntukan tanmbahan daripada Kementerian Kewangan sedang diusahakan.Jawatankuasa Pemberhentian Pekerja akan mengeluarkan satu garis panduan berhubung pengurusan pemberhentian pekerja dan langkah yang perlu diambil oleh majikan sewaktu berdepan dengan krisis ekonomi global.

  • Mempertingkatkan kemahiran pekerja menerusi latihan semulaPihak kementerian akan mengenal pasti program latihan sesuai yang bermanfaat kepada golongan pekerja, Daripada 11,396 majikan yang mencarum kepada tabung yang dikendalikan oleh Pembangunan Sumber Manusia Bhd (PSMB), lebih 70 peratus adalah IKSIKS tersebut kebanyakannya adalah daripada sektor pembuatan yang memiliki kurang daripada 150 pekerja dan sektor perkhidmatan yang mempunyai kurang daripada 50 pekerja.

  • Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggariskan enam langkah proaktif yang perlu digerakkan semua agensi dan kementerian bagi mengelakkan negara terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi terutama tahun depan yang membawa kegelisahan rakyat.

  • langkah 1Modal keintelektualan mesti diperkukuhkan. Ini bererti segala kepakaran ilmu dan pengkhususan yang berkaitan pengurusan ekonomi dan kewangan negara harus diperkuatkan bagi membolehkan kerajaan membuat keputusan-keputusan yang tepat dan kena pada tempat serta masanya.

  • Langkah 2Perlu menambah tahap efisien daripada peringkat paling asas kepada yang lebih canggih.Kementerian Kewangan sebagai agensi pusat juga memberikan khidmat kepada agensi-agensi lain. Oleh itu, jika dapat menyelesaikan sesuatu fail dengan lebih singkat misalnya, maka tahap efisien ini akan tercapai.

  • Langkah 3semua pihak perlu mencerna idea yang lebih inovatif dan kreatifmereka tidak boleh lagi memakai cara lama dalam persekitaran sekarang.

  • Langkah 4Tidak boleh lagi melihat kerja-kerja yang dilaksanakan semata-mata kerana peruntukan yang diberikan telah dibelanjakan 100 peratus. Sebaliknya, harus menilai dan melihatnya berlandaskan faktor penghasilan kerja.

  • Langkah 5Perlu memastikan setiap produk dan perkhidmatan yang dihasilkan termasuk dibelanjakan benar-benar membawa nilai ringgit kepada kerajaan

  • Langkah 6Hindari rasuah dan terus berpegang kepada nilai-nilai integriti.