V ERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM TERMA DAN SYARAT · PDF fileb. “Direct Debit Authorisation...

6
VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM Page 1 of 6 Hak cipta 2016 Affin Bank Berhad (25046-T) TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH (EPP) Sila baca Terma dan Syarat ini sebelum membuat sebarang Pembelian Barangan di bawah Pelan Pembayaran Mudah Affin Bank Berhad (“EPP”). Anda dianggap telah menerima Terma dan Syarat di sini apabila anda membuat sebarang Pembelian menggunakan Kad AFFINBANK MasterCard/VISA anda di bawah EPP. 1. DEFINISI 1.1. Perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang berikut hendaklah mempunyai maksud yang berikut di dalam Terma dan Syarat ini, kecuali konteksnya memerlukan yang selainnya: a. Perjanjian Ahli Kadbermaksud Terma dan Syarat Kad Kredit AFFINBANK/Terma dan Syarat AFFINBANK World MasterCard yang berkaitan dengan penggunaan Kad Kredit AFFINBANK (“Kad”) yang dikeluarkan oleh Affin Bank Berhad (25046-T) yang selepas ini dirujuk sebagai (“AFFINBANK”) dan diguna pakai ke atas Akaun Kad di mana Ahli Kad membuat Pembelian. b. Direct Debit Authorisation Formbermaksud kebenaran berasingan di dalam borang yang telah ditetapkan oleh AFFINBANK, yang telah dilengkapkan oleh Ahli Kad dan Saudagar Program untuk diserahkan kepada AFFINBANK, yang mana Ahli Kad bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan Terma dan Syarat ini. Butir-butir dan maklumat yang diberikan oleh Ahli Kad di dalam “Direct Debit Authorisation Form” akan dianggap muktamad dan tidak boleh ditarik balik. c. Ansuranbermaksud setiap jumlah yang dicaj kepada Akaun Kad pada setiap bulan sepanjang Tempoh Ansuran. d. Tempoh Ansuranbermaksud tempoh yang ditentukan oleh AFFINBANK di dalam “Direct Debit Authorisation Formbagi pembayaran secara Ansuran daripada Jumlah Pembelian. e. EPPbermaksud Pelan Pembayaran Mudah yang disediakan oleh AFFINBANK kepada Ahli Kad untuk membolehkan Pembelian dibayar keseluruhan atau sebahagian dengan Ansuran yang mana tertakluk kepada Terma dan Syarat ini. f. Pembelianbermaksud sebarang Pembelian Barangan oleh Ahli Kad dari Saudagar Program di bawah EPP. g. Jumlah Pembelianbermaksud keseluruhan atau sebahagian daripada Pembelian (seperti dinyatakan didalam “Direct Debit Authorisation Form” yang mana perlu dibayar secara Ansuran di bawah EPP. h. Baranganbermaksud barang dan/atau perkhidmatan yang mana tertakluk kepada Pembelian. i. “Saudagar Program” bermaksud saudagar yang mengambil bahagian dalam EPP Program. 1.2. Definisi perkataan-perkataan dan unkapan-ungkapan di dalam Perjanjian Ahli Kad hendaklah mempunyai maksud yang sama seperti yang diperuntukkan di dalam Terma dan Syarat bagi tujuan EPP. 2. TERMA-TERMA 2.1. Berhubung dengan penyertaan anda di dalam EPP: a. Perjanjian Ahli Kad hendaklah menjadi sebahagian daripada Terma dan Syarat ini, sebagai tambahan kepada dan bukan gantian kepada Perjanjian Ahli Kad, dan b. Sekiranya berlaku sebarang konflik atau ketidakselarasan diantara Perjanjian Ahli Kad dan peruntukan-peruntukan di dalam Terma dan Syarat, Terma dan Syarat ini hendaklah diguna pakai bagi tujuan pentafsiran dan penguatkuasaan dan hanya setakat yang berkaitan dengan konflik dan ketidakselarasan EPP ini sahaja. 3. PROGRAM EPP 3.1. EPP dibuka kepada semua Ahli Kad AFFINBANK MasterCard/VISA (“Ahli Kad”) yang mempunyai akaun kad kredit (Akaun Kad) yang sah, dalam keadaan yang baik dan mempunyai had kredit yang mencukupi ketika membuat Pembelian.

Transcript of V ERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM TERMA DAN SYARAT · PDF fileb. “Direct Debit Authorisation...

Page 1: V ERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM TERMA DAN SYARAT · PDF fileb. “Direct Debit Authorisation Form” bermaksud kebenaran berasingan di dalam borang yang telah ... transaksi merentas sempadan

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

Page 1 of 6

Hak cipta 2016 Affin Bank Berhad (25046-T)

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH (EPP)

Sila baca Terma dan Syarat ini sebelum membuat sebarang Pembelian Barangan di bawah Pelan Pembayaran

Mudah Affin Bank Berhad (“EPP”). Anda dianggap telah menerima Terma dan Syarat di sini apabila anda membuat

sebarang Pembelian menggunakan Kad AFFINBANK MasterCard/VISA anda di bawah EPP.

1. DEFINISI

1.1. Perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang berikut hendaklah mempunyai maksud yang

berikut di dalam Terma dan Syarat ini, kecuali konteksnya memerlukan yang selainnya:

a. “Perjanjian Ahli Kad” bermaksud Terma dan Syarat Kad Kredit AFFINBANK/Terma dan Syarat

AFFINBANK World MasterCard yang berkaitan dengan penggunaan Kad Kredit AFFINBANK

(“Kad”) yang dikeluarkan oleh Affin Bank Berhad (25046-T) yang selepas ini dirujuk sebagai

(“AFFINBANK”) dan diguna pakai ke atas Akaun Kad di mana Ahli Kad membuat Pembelian.

b. “Direct Debit Authorisation Form” bermaksud kebenaran berasingan di dalam borang yang telah

ditetapkan oleh AFFINBANK, yang telah dilengkapkan oleh Ahli Kad dan Saudagar Program untuk

diserahkan kepada AFFINBANK, yang mana Ahli Kad bersetuju untuk mematuhi dan terikat

dengan Terma dan Syarat ini. Butir-butir dan maklumat yang diberikan oleh Ahli Kad di dalam

“Direct Debit Authorisation Form” akan dianggap muktamad dan tidak boleh ditarik balik.

c. “Ansuran” bermaksud setiap jumlah yang dicaj kepada Akaun Kad pada setiap bulan sepanjang

Tempoh Ansuran.

d. “Tempoh Ansuran” bermaksud tempoh yang ditentukan oleh AFFINBANK di dalam “Direct Debit

Authorisation Form” bagi pembayaran secara Ansuran daripada Jumlah Pembelian.

e. “EPP” bermaksud Pelan Pembayaran Mudah yang disediakan oleh AFFINBANK kepada Ahli Kad

untuk membolehkan Pembelian dibayar keseluruhan atau sebahagian dengan Ansuran yang mana

tertakluk kepada Terma dan Syarat ini.

f. “Pembelian” bermaksud sebarang Pembelian Barangan oleh Ahli Kad dari Saudagar Program di

bawah EPP.

g. “Jumlah Pembelian” bermaksud keseluruhan atau sebahagian daripada Pembelian (seperti

dinyatakan didalam “Direct Debit Authorisation Form” yang mana perlu dibayar secara Ansuran di

bawah EPP.

h. “Barangan” bermaksud barang dan/atau perkhidmatan yang mana tertakluk kepada Pembelian.

i. “Saudagar Program” bermaksud saudagar yang mengambil bahagian dalam EPP Program.

1.2. Definisi perkataan-perkataan dan unkapan-ungkapan di dalam Perjanjian Ahli Kad hendaklah

mempunyai maksud yang sama seperti yang diperuntukkan di dalam Terma dan Syarat bagi tujuan

EPP.

2. TERMA-TERMA

2.1. Berhubung dengan penyertaan anda di dalam EPP:

a. Perjanjian Ahli Kad hendaklah menjadi sebahagian daripada Terma dan Syarat ini, sebagai

tambahan kepada dan bukan gantian kepada Perjanjian Ahli Kad, dan

b. Sekiranya berlaku sebarang konflik atau ketidakselarasan diantara Perjanjian Ahli Kad dan

peruntukan-peruntukan di dalam Terma dan Syarat, Terma dan Syarat ini hendaklah diguna pakai

bagi tujuan pentafsiran dan penguatkuasaan dan hanya setakat yang berkaitan dengan konflik dan

ketidakselarasan EPP ini sahaja.

3. PROGRAM EPP

3.1. EPP dibuka kepada semua Ahli Kad AFFINBANK MasterCard/VISA (“Ahli Kad”) yang mempunyai

akaun kad kredit (“Akaun Kad”) yang sah, dalam keadaan yang baik dan mempunyai had kredit yang

mencukupi ketika membuat Pembelian.

Page 2: V ERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM TERMA DAN SYARAT · PDF fileb. “Direct Debit Authorisation Form” bermaksud kebenaran berasingan di dalam borang yang telah ... transaksi merentas sempadan

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

Page 2 of 6

Hak cipta 2016 Affin Bank Berhad (25046-T)

3.2. Notis melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar kepada Ahli Kad bagi amaun traksaksi

tertentu yang ditentukan oleh AFFINBANK, termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi EPP. Dengan

menandatangani “Direct Debit Authorisation Form”, Ahli Kad dengan ini dianggap telah menerima terma

dan syarat jualan Saudagar Program, Terma dan Syarat di sini dan Perjanjian Ahli Kad.

3.3. Penghantaran akan diaturkan dalam masa yang telah ditetapkan oleh Saudagar Program yang

berkenaan dari tarikh penerimaan “Direct Debit Authorisation Form” tertakluk kepada ketersediaan stok

dan AFFINBANK tidak bertanggungjawab ke atas dan menafikan semua liabiliti untuk apa-apa tindakan,

tuntutan, ganti rugi, kos, caj, kerugian dan perbelanjaan yang mungkin dialami atau ditanggung oleh

Ahli Kad berhubung dengan sebarang Pembelian di bawah EPP.

3.4. Ahli Kad dinasihatkan untuk memeriksa keadaan jaminan dan tempoh jaminan dengan Saudagar

Program. Kad jaminan diberi dengan Barangan, jika berkenaan. AFFINBANK tidak membuat sebarang

perwakilan atau jaminan berkaitan dengan Barangan, kebolehdagangan, kualiti, kesuaian untuk

penggunaan dan semua perkhidmatan sampingan. Untuk perkhidmatan dan pembaikan, Ahli Kad

hendaklah terus menghubungi Saudagar Program.

3.5. Kecuali ditentukan kemudian dari ini, Ahli Kad tidak boleh menamatkan, meminta pembayaran balik

atau menukar sebarang Barangan yang telah dibeli sepanjang tempoh EPP ini.

3.6. Sebarang pemulangan dan/atau pembatalan Barangan oleh Ahli Kad kepada Saudagar Program

hendaklah berdasarkan terma dan syarat pemulangan Barangan Saudagar Program.

3.7. Setelah permohonan EPP diluluskan, AFFINBANK akan mendebitkan Akaun Kad Ahli Kad dengan

Ansuran bulanan yang perlu dibayar secara bulanan, di dalam tempoh yang telah ditetapkan.

3.8. AFFINBANK tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kekurangan, kecacatan atau kerosakan

Barangan atau apa-apa pertikaian diantara Ahli Kad dan Saudagar Program dan AFFINBANK

dibenarkan untuk terus mendebit Ansuran ke dalam Akaun Kad Ahli Kad tanpa mengambil kira

sebarang pertikaian.

3.9. Barangan yang ditawarkan di sini dibekalkan oleh Saudagar Program berkenaan. AFFINBANK hanya

menyediakan pembayaran Barangan ini melalui penggunaan Kad.

4. PEMBELIAN

4.1. Ahli Kad hendaklah menggunakan Kad AFFINBANK MasterCard/VISA yang sah semasa melakukan

Pembelian.

4.2. Tertakluk kepada Terma dan Syarat ini, Ahli Kad boleh membuat Pembelian dari Saudagar Program

sekiranya:

a. Ahli Kad telah memohon untuk menyertai EPP untuk Pembelian dengan mengisi “Direct Debit

Authorisation Form” dan menghantar yang sama kepada Saudagar Program yang mana

kemudiannya dihantar kepada AFFINBANK;

b. AFFINBANK telah menerima permohonan untuk penyertai EPP tersebut;

c. Mana-mana terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh AFFINBANK dari semasa ke semasa

berkaitan dengan Pembelian telah dipenuhi; dan

d. Tiada perlanggaran terhadap Terma dan Syarat ini dan/atau terma-terma di dalam Perjanjian Ahli

Kad.

4.3. AFFINBANK tanpa memberi sebarang alasan berhak untuk menolak mana-mana permohonan EPP

mengikut budi bicara mutlaknya, termasuk tetapi tidak terhad kepada Akaun Kad Ahli Kad tertunggak

atau digantung atau Saudagar Program disyaki telah beroperasi secara menipu dan/atau

digantung/ditutup oleh AFFINBANK. AFFINBANK tidak bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun

Page 3: V ERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM TERMA DAN SYARAT · PDF fileb. “Direct Debit Authorisation Form” bermaksud kebenaran berasingan di dalam borang yang telah ... transaksi merentas sempadan

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

Page 3 of 6

Hak cipta 2016 Affin Bank Berhad (25046-T)

terhadap kerosakan langsung, tidak langsung, khas atau kesinambungan yang berlaku disebabkan

oleh penolakan tersebut.

4.4. Setelah permohonan EPP diluluskan, AFFINBANK akan menahan Jumlah Pembelian penuh dan

mendebitkan Akaun Kad Ahli Kad dengan Ansuran bulanan yang perlu dibayar secara bulanan, di

dalam tempoh Program yang telah ditetapkan. Had kredit yang masih ada akan dimasukkan secara

progresif setiap bulan apabila pembayaran balik setiap Ansuran bulanan dibuat. Butir-butir transaksi

akan dibilkan di dalam penyata bulanan Akaun Kad Ahli Kad.

5. ANSURAN

5.1. Dengan menandatangani “Direct Debit Authorisation Form”, setiap jumlah Ansuran akan dibilkan ke

dalam Akaun Kad AFFINBANK MasterCard/VISA Ahli Kad dan Ansuran pertama akan bermula pada

tarikh Pembelian. Ansuran yang berikutnya akan dibilkan secara automatik pada setiap bulan.

5.2. Bilangan Ansuran, jumlah setiap Ansuran dan tempoh Ansuran tidak boleh diubah/ditukar tanpa

kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada AFFINBANK.

5.3. Sekiranya Ahli Kad gagal untuk membayar jumlah minimum selepas pembayaran yang menyebabkan

pembatalan kemudahan Kad, EPP ini hendaklah dibatalkan dan baki yang masih ada akan dibilkan

kepada Akaun Kad Ahli Kad. Caj kewangan semasa sebanyak 9.99% sehingga 18% setahun dan

penalti pembayaran lewat sebanyak 1% daripada jumlah yang belum berbayar dan maksimum

sebanyak RM50 (bagi Kad Kredit Generik dan/atau AFFINBANK BHPetrol ‘Touch & Fuel’ MasterCard

Contactless) atau 1% daripada jumlah yang belum berbayar dan maksimum sebanyak RM100 (bagi

AFFINBANK World MasterCard) akan dikenakan.

6. PENGECUALIAN LIABILITI

6.1. Peruntukan-peruntukan di dalam Perjanjian Ahli Kad mengenai Pembelian Barangan yang

menggunakan Kad hendaklah terpakai sama rata untuk setiap Pembelian. Ahli Kad hendaklah

menyelesaikan semua pertikaian atau perbezaan berkenaan kuantiti Barangan dengan Saudagar

Program secara terus. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kekurangan,

kecacatan atau kerosakan Barangan atau ketidakbolehdagangan Barangan atau sebarang pertikaian

diantara Ahli Kad dan Saudagar Program berhubung dengan sebarang Pembelian.

7. PENDEDAHAN MAKLUMAT

7.1. Ahli Kad dengan ini memberi kuasa kepada AFFINBANK untuk mendedahkan data peribadi mereka

kepada Saudagar Program atau kepada mana-mana pihak ketiga seperti mana diperlukan untuk

memproses Pembelian di bawah Program, termasuk tanpa terhad kepada Kebenaran Debit Terus.

8. FASAL PRIVASI KUMPULAN

8.1. Ahli Kad dengan ini mengesahkan bahawa Ahli Kad telah membaca, memahami dan bersetuju untuk

terikat dengan Notis Privasi Kumpulan Bank dan Fasal ini, sebagaimana yang berkaitan dengan

pemprosesan maklumat peribadinya. Bagi mengelakkan keraguan, Ahli Kad bersetuju bahawa Notis

Privasi Kumpulan tersebut hendaklah dianggap sebahagian daripada Perjanjian ini.

8.2. Ahli Kad dan Ahli Kad Tambahan mengesahkan dan bersetuju dengan terma-terma Notis Privasi

Kumpulan di dalam laman sesawang pihak Bank.

8.3. Sekiranya Ahli Kad memberi maklumat peribadi dan/atau maklumat kewangan yang berkaitan dengan

pihak ketiga, termasuk maklumat yang berkaitan dengan saudara mara atau tanggungan atau

maklumat berkaitan dengan pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin individu dan pemberi

sekuriti (bagi syarikat), bagi tujuan pembukaan atau operasi akaun/kemudahan dengan pihak Bank

atau sebaliknya melanggan produk dan perkhidmatan pihak Bank, Ahli Kad:

a. mengesahkan bahawa dia telah mendapat persetujuan mereka dan/atau selainnya berhak untuk

memberikan maklumat ini kepada pihak Bank bagi tujuan mengikut perjanjian ini;

Page 4: V ERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM TERMA DAN SYARAT · PDF fileb. “Direct Debit Authorisation Form” bermaksud kebenaran berasingan di dalam borang yang telah ... transaksi merentas sempadan

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

Page 4 of 6

Hak cipta 2016 Affin Bank Berhad (25046-T)

b. bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut

adalah tepat; dan

c. bersetuju untuk mengemaskini maklumat kepada Bank secara bertulis sekiranya berlaku apa-apa

perubahan yang material kepada maklumat peribadi dan kewangan tersebut.

8.4. Dimana Ahli Kad mengarahkan pihak Bank untuk melaksanakan sebarang bentuk transaksi merentas

sempadan (termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran), butiran yang berkaitan dengan

transaksi merentas sempadan (termasuk maklumat berkaitan kepada mereka yang terlibat di dalam

transaksi tersebut) boleh diterima daripada atau dihantar ke luar negara, di mana ia boleh diakses

(sama ada secara langsung atau tidak langsung) dengan pengawal selia luar negara dan pihak

berkuasa yang mempunyai kewajipannya yang sah (pencegahan jenayah). Dalam mengarahkan pihak

Bank atau ejen-ejennya untuk memasuki apa-apa transaksi merentas sempadan bagi pihak Ahli Kad,

Ahli Kad dengan ini bersetuju pendedahan yang disebut di atas bagi pihaknya dan lain-lain yang

terlibat dalam urus niaga merentas sempadan tersebut.

8.5. Selain itu, tetapi sentiasa tertakluk kepada sebarang undang-undang (termasuk peraturan-peraturan,

garis panduan dan/atau kewajipan) berkaitan dengan pihak Bank (sama ada di dalam atau di luar

Malaysia), Ahli Kad dengan ini bersetuju bahawa pihak Bank dan syarikat-syarikat lain di dalam

Kumpulan Affin Holdings Berhad boleh menghubungi Ahli Kad tentang produk, perkhidmatan dan

tawaran, yang mungkin menarik minat Ahli Kad atau memberi manfaat kepada mereka dari segi

kewangan. Walau bagaimanapun, Ahli Kad boleh memilih untuk ‘opt-out’ daripada pemasaran secara

terus dengan menghubungi nombor telefon atau menulis kepada alamat di bawah. Merujuk kepada

peniaga-peniaga, rakan kongsi strategik, ejen dan penasihat profesional yang bukan sebahagian

daripada Kumpulan Affin Holdings Berhad, pihak Bank tidak akan membuat apa-apa usaha pemasaran

langsung melainkan kebenaran telah diperolehi daripada Ahli Kad. Pihak Bank boleh berkomunikasi

dengan Ahli Kad melalui pelbagai saluran termasuk telefon, komputer atau mel menggunakan

maklumat yang Ahli Kad berikan. Pihak Bank boleh berkomunikasi dengan Ahli Kad melalui pelbagai

saluran, termasuk telefon, komputer atau surat menyurat dengan menggunakan maklumat hubungan

yang telah Ahli Kad berikan.

8.6. Ahli Kad boleh ‘opt-out’ dengan memberitahu pihak Bank pada bila-bila masa jika dia tidak mahu

menerima komunikasi pemasaran daripada pihak Bank, ahli-ahli lain di dalam Kumpulan Affin Holdings

Berhad, dan peniaga, rakan kongsi strategik, ejen dan penasihat profesional dengan menghubungi

Pusat Panggilan kami di nombor 03-5522 3000 atau 03-5517 9999 (bagi Ahli Kad AFFINBANK World

MasterCard) atau dengan menulis kepada mana-mana Pengurus Cawangan Perkhidmatan atau

Pengurus Perhubungan atau dengan menulis kepada Jabatan Perniagaan Kad:

AFFIN BANK BERHAD

Cards Business Department

301 Block C, Level 3 Menara Glomac

Kelana Business Centre 97 Jalan SS7/2

47301 Kelana Jaya, Selangor

8.7. Ahli Kad dengan ini mengakui bahawa komunikasi tertentu seperti penyata akaun dan laman

sesawang Bank yang mengandungi maklumat standard mengenai produk dan perkhidmatan lain Bank

yang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjejaskan penghantaran/perkhidmatan dan/atau produk-

produknya, operasi akaun Ahli Kad dan/atau kemudahan dengan Bank, dan/atau kos tambahan

kepada Bank.

8.8. Pihak Bank boleh menggunakan agensi rujukan kredit untuk membantu membuat keputusan,

contohnya apabila ada keperluan untuk:

a. menyemak butiran pada permohonan kredit dan berkaitan kredit atau lain-lain kemudahan;

b. menguruskan kredit dan akaun atau kemudahan berkaitan kredit, termasuk menjalankan ulasan

portfolio Ahli Kad; dan/atau;

Page 5: V ERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM TERMA DAN SYARAT · PDF fileb. “Direct Debit Authorisation Form” bermaksud kebenaran berasingan di dalam borang yang telah ... transaksi merentas sempadan

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

Page 5 of 6

Hak cipta 2016 Affin Bank Berhad (25046-T)

c. mendapatkan semula hutang.

8.9. Ahli Kad akan dihubungkan oleh agensi-agensi rujukan kredit kepada mana-mana nama lain yang

mungkin digunakan atau telah digunakan, dan mana-mana pemohon bersama dan berasingan. Pihak

Bank juga boleh berkongsi maklumat tentang Ahli Kad dan bagaimana mereka menguruskan

akaun/kemudahan mereka dengan agensi-agensi rujukan kredit yang berkaitan.

8.10. Ahli Kad tidak boleh menahan pihak Bank untuk bertanggungjawab ke atas mana-mana semakan

kredit yang pihak Bank langgani. Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab untuk mengemaskini kepada

agensi laporan kredit sekiranya terdapat apa-apa perubahan dalam status kredit mereka seperti yang

dinyatakan di dalam laporan kredit. Ahli Kad bersetuju bahawa pihak Bank tidak akan

bertanggungjawab sekiranya laporan kredit mereka diterbitkan tanpa sebarang kecuaian di pihak

Bank.

Pihak Bank berhak untuk meminda Fasal ini dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya dan

hendaklah memberikan notis 21 hari terlebih dahulu kepada Ahli Kad secara bertulis dan meletakkan pindaan

tersebut pada laman sesawang Bank dan/atau dengan meletakkan notis di ruang perbankan atau di tempat

yang mudah dilihat dalam cawangan-cawangan Bank.

9. PENAMATAN DAN PENCEPATAN PEMBAYARAN

9.1. AFFINBANK boleh pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya berhak untuk menamatkan

atau mengantung EPP berkaitan dengan Akaun Kad tanpa memberikan sebarang alasan.

9.2. Walau apa pun terkandung di dalam Perjanjian Ahli Kad, Terma dan Syarat ini, Kebenaran Debit Terus

atau mana-mana dokumen lain, AFFINBANK hendaklah setiap masa mempunyai hak mengikut budi

bicaranya untuk menuntut pembayaran segera daripada Ahli Kad atau warisnya yang sah atau

pentadbir harta pusakanya, semua jumlah Ansuran belum berbayar di bawah Terma dan Syarat ini,

sama ada sudah atau belum lagi tertera di dalam penyata bulanan Akaun atau terhutang dan kena

dibayar pada tarikh kena dibayar.

9.3. Terutama tetapi tanpa mengehadkan sifat mengatasi bagi haknya di bawah Fasal 9.2 jika:

a. Akaun Kad dibatalkan atau ditamatkan atau notis pembatalan atau penamatan telah disampaikan

kepada Ahli Kad AFFINBANK untuk sebarang alasan sekalipun;

b. Ahli Kad ingkar dalam pembayaran bagi sebarang amaun yang sudah sampai tempoh di bawah

Perjanjian Ahli Kad dan/atau Terma dan Syarat ini;

c. Ahli Kad melanggar sebarang peruntukan lain di dalam Perjanjian Ahli Kad dan/atau Terma dan

Syarat ini;

d. Ahli Kad telah meninggal dunia atau prosiding kemuflisan telah bermula terhadap Ahli Kad dan

tidak dapat membayar hutang-hutangnya apabila ia perlu dibayar atau;

e. AFFINBANK menggunakan haknya di bawah Fasal 9.1.

10. PRAPEMBAYARAN

10.1. Ahli Kad boleh pada bila-bila masa di dalam tempoh Ansuran berhubung dengan Pembelian membuat

prapembayaran bagi semua Ansuran yang harus dibayar dalam Tempoh Ansuran yang tinggal tetapi

belum dicajkan kepada Akaun Ansuran.

10.2. Ahli Kad perlu memberi notis bertulis 30 hari kepada AFFINBANK tentang niatnya untuk membuat

prapembayaran.

10.3. Apabila notis bertulis telah diterima, AFFINBANK akan memasukkan baki Ansuran yang belum dibilkan

ke dalam Akaun Kad Ahli Kad. Jumlah akan ditunjukkan di dalam penyata bulanan Akaun Kad dan

harus dibayar seperti caj biasa Akaun Kad.

Page 6: V ERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM TERMA DAN SYARAT · PDF fileb. “Direct Debit Authorisation Form” bermaksud kebenaran berasingan di dalam borang yang telah ... transaksi merentas sempadan

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

Page 6 of 6

Hak cipta 2016 Affin Bank Berhad (25046-T)

11. TERMA DAN SYARAT AM

11.1. Ahli Kad pelan bayaran ansuran “faedah kosong/bebas-faedah” (“EPP”) boleh membuat:

a. bayaran penuh Ansuran bulanan (“Ansuran”) dinyatakan oleh AFFINBANK semasa meyertai EPP

ini, biasanya semasa membuat Pembelian, atau dinyatakan di dalam penyata bulanan Kad Ahli

Kad; atau

b. membayar sebahagian bayaran daripada bayaran Ansuran.

11.2. EPP bebas dari faedah hanya jika Ahli Kad membuat bayaran Ansuran bulanan penuh.

11.3. Di dalam kes-kes di mana Ahli Kad memilih untuk membayar bayaran minimum sebanyak 5% daripada

baki yang masih belum dibayar di bawah EPP (“Baki Belum Dibayar”) atau RM50, yang mana lebih

tinggi, tetapi tidak membuat bayaran Ansuran bulanan penuh, Ahli Kad akan bertanggungjawab ke

atas caj kewangan ke atas Baki Belum Dibayar.

11.4. Kegagalan untuk mematuhi Fasal 11.2 dan Fasal 11.3 akan menyebabkan caj kewangan ke atas Baki

Belum Dibayar dikenakan ke atas Ahli Kad selaras dengan terma-termanya.

12. UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA

12.1. Sebarang pertikaian yang timbul berhubung dengan atau mempunyai kaitan dengan EPP hendaklah

dikawal selia selaras dengan undang-undang dan bidang kuasa Mahkamah di dalam Malaysia dan

semua risalah-risalah dan caj professional termasuklah yuran peguamcara dan anak guaman secara

indemniti penuh adalah sebagai tanggungjawab Ahli Kad.

13. LAIN-LAIN

13.1. AFFINBANK mempunyai hak untuk menukar, meminda, memotong atau menambah Terma dan Syarat

ini dengan memberi notis bertulis 21 hari terdahulu kepada Ahli Kad dan Ahli Kad bersetuju dan terikat

dengan pindaan tersebut.

13.2. Walau apapun yang tersebut di atas, apabila permintaan dibuat oleh Ahli Kad untuk mendapatkan

versi dalam Bahasa Malaysia, AFFINBANK hendaklah menyediakan kepada Ahli Kad versi dalam

Bahasa Malaysia dengan sewajarnya.