Vape Ipgkkb 2015

16
Definisi Definisi "rokok" Rokok, seperti yang didefinisikan dalam Akta Makanan Malaysia 1983 Jil.48, No.20, bertarikh 23hb September 2004 adalah "apa-apa hasil yang mengandungi keseluruhannya atau sebahagiannya tembakau yang dipotong, dicarik atau dikilang, atau apa-apa terbitan atau pengganti tembakau yang digulung di dalam pembalut kertas tunggal atau lebih dan yang boleh digunakan dengan serta merta untuk merokok. Definisi "Rokok Elektronik" Rokok elektronik adalah satu alat elektronik yang mensimulasi atau menyerupai cara merokok tanpa perlu perokok menyedut asap rokok yang berbahaya. Setiap kalirokok elektronik disedut, cip komputer elektronik yang dikuasakan oleh bateri akan menghidupkan atomizer yang kemudian akan memanaskan cecair yang akan menghasilkan wap. Rokok elektronik moden telah dicipta oleh seorang ahli farmasi warganegara China bernama Hon Lik pada tahun 2003 dan sehingga kini, pelbagai penambahbaikan melalui "Research and Development" dilakukan bagi memastikan tahap keselamatan pengguna terjamin. Rokok elektronik yang terdapat dipasaran ketika ini adalah 100% selamat digunakan dan telah mendapat sambutan yang meluas diseluruh dunia oleh perokok yang mahu bebas dari asap rokok merbahaya yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

description

Tugasan Agama-keburukan vape

Transcript of Vape Ipgkkb 2015

Page 1: Vape Ipgkkb 2015

Definisi

Definisi "rokok" Rokok, seperti yang didefinisikan dalam Akta Makanan Malaysia 1983

Jil.48, No.20, bertarikh 23hb September 2004 adalah "apa-apa hasil yang mengandungi

keseluruhannya atau sebahagiannya tembakau yang dipotong, dicarik atau dikilang,

atau apa-apa terbitan atau pengganti tembakau yang digulung di dalam pembalut

kertas tunggal atau lebih dan yang boleh digunakan dengan serta merta untuk merokok.

Definisi "Rokok Elektronik" Rokok elektronik adalah satu alat elektronik yang

mensimulasi atau menyerupai cara merokok tanpa perlu perokok menyedut asap rokok

yang berbahaya. Setiap kalirokok elektronik disedut, cip komputer elektronik yang

dikuasakan oleh bateri akan menghidupkan atomizer yang kemudian akan

memanaskan cecair yang akan menghasilkan wap.

Rokok elektronik moden telah dicipta oleh seorang ahli farmasi warganegara China

bernama Hon Lik pada tahun 2003 dan sehingga kini, pelbagai penambahbaikan

melalui "Research and Development" dilakukan bagi memastikan tahap keselamatan

pengguna terjamin. Rokok elektronik yang terdapat dipasaran ketika ini adalah 100%

selamat digunakan dan telah mendapat sambutan yang meluas diseluruh dunia oleh

perokok yang mahu bebas dari asap rokok merbahaya yang boleh menyebabkan

pelbagai penyakit kronik.

Walaupun terdapat pelbagai tentangan lebih-lebih lagi dari pengilang rokok dan juga

mereka-mereka yang mempunyai kepentingan dalam industri rokok berasaskan

tembakau, namun populariti rokok elektronik terus berkembang dengan pesat kerana ia

benar-benar dapat membuatkan perokok berhenti merokok dengan begitu berkesan

dan efektif.

Page 2: Vape Ipgkkb 2015

Sejarah rokok dan vaping.Rokok bermula pada seawal abad 600 to 900 A.D oleh Mayan Indians di Mexico, ia di

komersialkan pada 1865 oleh Washington Duke untuk askar pada ketika perang

saudara ( civil war ) di Raleigh, North Carolina. American Tobacco Company

merupakan syarikat tembakau yang terbesar dan paling berkuasa sehingga awal tahun

1900-an . Beberapa syarikat lain juga telah membuat rokok pada awal 1900 . Pada

tahun 1902 syarikat Philip Morris keluar dengan jenama Marlboro. Mereka telah

menjual rokok mereka terutamanya untuk lelaki. Segala-galanya berubah semasa

Perang Dunia I ( 1914-1918 ) dan Perang Dunia II ( 1939-1945 ) . Tentera luar negara

diberi rokok percuma setiap hari. Pada 1944 bermula abad perokok dikalang

masyarakat secara di komersialkan sehingga pada tahun 1964, Ketua Pakar Bedah

Amerika Syarikat ( doktor ketua negara ) telah menulis satu laporan mengenai bahaya

merokok.

Beliau berkata, “nikotin dan tar dalam rokok menyebabkan kanser paru-paru”. Pada

tahun 1965, Kongres Amerika Syarikat meluluskan Akta Rokok Pengiklanan dan

Pelabelan . Bahawa setiap kotak rokok mesti mempunyai label amaran di bahagian

yang menyatakan ” Rokok berbahaya kepada kesihatan anda. “

Pada era yang sama tahun 1963, Herbert A. Gilbert telah mencipta dan failkan paten

rokok elektronik yang pertama ( teknologi yang sama sekarang ) diatas kesedaran

bahawa pembakaran rokok amat jijik dan bahaya dengan menyebut asap tersebut.

Tidak dapat dinafikan bahawa Herbert mempunyai idea yang hebat dan mencipta

teknologi e cig , tetapi dunia pada masa itu tidak bersedia menerima e cig pada era 60

an.

Page 3: Vape Ipgkkb 2015

Perubahan yang dibawa oleh Hon LikHon Lik , seorang penyelidik perubatan dari China, masa beliau kecil sangat membenci

ketagihan merokok  kerana merokok telah merosakkan hidupnya dan dia kehilangan

bapanya disebabkan kanser paru-paru. Idea Hon Lik mengenai e cig datang melalui

mimpi ( idea dalam mimpi ). Inilah detik permulaan untuk membuat perubahan dan

penyelesaian yang dihadapi oleh ketagihan perokok tegar sehingga merosakkan diri

sendiri.

Selepas banyak penyelidikan dan percubaan serta pelbagai kesilapan, akhirnya Hon Lik

berjaya merealsasikan impiannya menjadi kenyataan. Alternatif merokok kepada orang

ramai di peringkat antarabangsa melalui e cig pertama 2006 yang terdiri daripada

bateri, kartrij plastik yang mengandungi larutan nikotin digantung dalam propilena

glikol , dan pengabut ultrasonik.

Kesimpulan tentang sejarah ini membuktikan bahawa alternatif telah wujud sekian lama

cuma teknologi ini disimpan agarnya dapat menguntungkan setengah pihak. Anda rasa

kereta elektrik wujud pada abad ke 2000? ianya wujud dalam era 1890 lagi.

Bagaimana Rokok Elektronik Berfungsi  

Rokok elektronik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan katrij

nikotin. Apabila pengguna menyedut rokok elektronik, cip elektronik akan mengesan

pengaliran udara di dalamnya. Kemudian microprocessor akan menghidupkan atomizer

yang akan mencampurkan nikotin cair dan udara. Hasilnya, penghisap rokok

elektronik akan mendapat dos nikotin yang diperlukan. Proses ini mengeluarkan wap

yang seakan-akan sama dengan asap rokok biasa. Oleh kerana ia adalah wap dan

bukannya asap, maka ia tidak mengandungi Karbon Monoksida, tidak berbau dan

secara langsung, tidak merbahaya. Microprocessor juga akan menyalakan LED yg

berwarna oren supaya menampakkan seperti rokok yang terbakar ketika dihisap.

Page 4: Vape Ipgkkb 2015

Bahaya Rokok Elektronik  

Di sebalik kecanggihan rokok elektronik ini, ada yang mendakwa bahawa rokok

elektronik ini sebenarnya lebih bahaya daripada rokok asli. Ini berdasarkan kepada

bahan-bahan yang membentuk proses pengewapan.

“Tidak ada negara yang setuju penggunaan rokok elektronik. China sebagai penemu

awal rokok ini, iaitu tahun 2003, selanjutnya justru melarang kewujudan rokok ini sendiri

kerana dianggap membahayakan kesihatan.”

Secara terperincinya, dikatakan bahawa dalam rokok elektronik terkandung jenis nikotin

yang bervariasi, iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol, dan gliseren yang

apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine. Dan larutan nitrosamine ini

nantinya kan menjadi penyebab terjadinya kanser. Sehingga sekarang isu

samada rokok elektronik berbahaya atau tidak kepada kesihatan masih lagi

dibahaskan. Ada yang mendakwa berjaya berhenti merokok apabila menggunakan

rokok eletronik ini, dan tidak kurang juga yang membuat dakwaan bahawa rokok

elektronik ini adalah lebih bahaya daripada rokok asli.

Yang pasti, rokok elektronik ini tidak mengeluarkan 4000 jenis bahan beracun yang

terkandung dalam rokok asli yang sudah pasti tidak menyebabkan orang lain yang

berada di sekeliling perokok elektronik menerima kesan buruk yang sama.

Fakta Keburukan Vape

TREN rokok vapor meracuni banyak kalangan termasuk golongan kanak-kanak. Sesuai

dengan kajian ilmiah, rokok vapor sebenarnya sama-sama mengandung bahan

ketagihan yang menimbulkan kesan sampingan bagi tubuh. Seperti dipetik dari

Huffingtonpost, Khamis (23/4/2015), berikut fakta bahaya dan keburukan dari rokok

vapor yang perlu anda ketahui.

Page 5: Vape Ipgkkb 2015

Remaja bebas beli rokok elektrik

Hampir seluruh dunia, rokok elektrik dijual bebas di semua kalangan, termasuk remaja.

Malah menurut Wall Street Journal, rokok tanpa tembakau ini juga dijual murah di

online shop.

Ketagihan racun

Rokok elektrik memang tidak mengandungi tembakau. Tapi banyak bahan ketagihan

lain yang boleh meracuni tubuh. Satu analisa dari FDA tahun 2009 mendapati, sampel

rokok elektrik mengandungi karsinogen, dietilen glikol dan bahan kimia lain.

Tidak semua negara membenarkan penjualan rokok elektrik

Belum semua negara mengesahkan peraturan penjualan rokok tanpa tembakau ini.

Malah, iklan rokok vapor yang beredar meluas di seluruh media telah dilarang.

Tidak membuat seseorang berhenti merokok

Banyak anggapan bahawa rokok vapor membuat seorang perokok tembakau berat

akan berhenti merokok dengan sendirinya. Sesuai kajian yang dilakukan banyak

pengkaji, rokok vapor tidaklah membuat para perokok berhenti dari merokok, kerana

kedua-dua jenis rokok tersebut sama bahayanya.

Kajian Saintis Mengenai Rokok Elektrik @ Vape

Rokok elektrik kebiasaannya dikatakan lebih selamat dari rokok konvensional alias

rokok tembakau. Namun menurut kajian saintis Jepun, rokok elektrik atau lebih dikenali

vapor kini boleh menjadi agen penyebab kanser 10 kali ganda berbanding tembakau

biasa.

Hal tersebut telah dipelajari oleh pasukan penyelidik yang ditugaskan oleh Kementerian

Kesihatan Jepun yang mempelajari wap yang dihasilkan oleh rokok elektrik. Menurut

laporan media, seperti dipetik dari Channelnewsasia, Khamis, (23/11/2014), rokok

elektrik ini mempunya risiko karsinogen yang lebih berbahaya.

Page 6: Vape Ipgkkb 2015

Rokok elektrik ini semakin popular di seluruh dunia, terutama di kalangan anak muda.

Alat tersebut bekerja dengan memanaskan cecair berperisa, yang mengandungi nikotin,

menjadi wap yang dihirup seperti rokok tradisional, tetapi tanpa asap.

Penyelidik mendapati karsinogen seperti formalin dan asetaldehida dalam wap yang

dihasilkan oleh beberapa jenis cecair rokok elektrik, menurut laporan televisyen TBS.

Formalin, zat yang ditemui dalam bahan bangunan dan kapur barus mayat, 10 kali

ganda jumlahnya ditemukan pada rokok elektrik, daripada asap rokok biasa.

Naoki Kunugita dan pasukannya dari Institut Kebangsaan Kesihatan Masyarakat

menyampaikan laporan kepada pihak kementerian. Baik para ilmuwan mahupun orang

dari Kementerian Kesihatan akan bersedia untuk mengesahkan laporan itu.

Secara umum dengan banyak bidang kuasa, Jepun tidak menetapkan rokok elektrik

yang mudah dibeli di Internet. Walau bagaimanapun, tidak seperti di beberapa negara-

negara Barat, rokok elektrik ini tidak boleh didapati di kedai-kedai.

Pada bulan Ogos, Pertubuhan Kesihatan Dunia WHO meminta kerajaan untuk

melarang penjualan rokok elektrik kepada anak-anak. Badan kesihatan PBB juga

mengatakan rokok elektrik harus dilarang digunakan di dalam bilik di lokasi umum.

Penyakit Akibat Daripada Rokok Elektrik @Vape

Siapa tak kenal dengan rokok elektrik @ vapor yang menjadi trend moden terkini.

Malangnya, banyak fakta telah mendedahkan bahawa setiap hisapan rokok elektrik

tersebut mengandungi bahan-bahan berbahaya yang menyebabkan penyakit yang

boleh menyebabkan kematian.

Dipetik dari pelbagai sumber internet, berikut adalah tiga risiko penyakit yang boleh

menyebabkan kematian disebabkan oleh rokok elektrik atau vapor ini.

Page 7: Vape Ipgkkb 2015

Jangkitan paru-paruPenyelidik mendapati wap dari vapor mengandungi racun. Kesan dari menghirup asap

rokok elektrik boleh mengganggu sistem pernafasan, sehingga menyebabkan jangkitan

paru-paru

Melemahkan Sistem Kekebalan TubuhVapor boleh melemahkan respon sistem kekebalan terhadap bakteria dan virus.

Misalnya, pecinta Vapor akan mudah diserang bakteria pneumonia, sinusitis dan virus

flu.

KanserPenyelidik mendapati karsinogen seperti formalin dan asetaldehida seperti yang

terkandung dalam wap vaporizer. Bahan-bahan ini menjadi pencetus kanser penyebab

kematian.

ROKOK vapor sedang menjadi fenomena baru dalam masyarakat Malaysia. Ramai

yang beralih ke rokok vapor kerana, menganggap cara merokok seperti ini lebih

selamat dan lebih bergaya, tanpa mengurangi kenikmatan seperti menghisap rokok

tembakau itu sendiri.

Namun pengkaji banyak yang sudah membuktikan fakta penemuan bahaya dari setiap

hisapan rokok elektrik. Berikut penjelasannya.

Pertama, rokok elektrik didakwa mengandungi bahan seperti Diethylene Glycol (DEG),

Tobacco Specific Nitrosamines (TSNA), dan karbon monoksida yang berbahaya bagi

tubuh badan. Tambahan bahaya, benda tersebut juga ada yang mengandungi formalin.

Kedua, penggunaan rokok elektrik dalam jangka lama akan meningkatkan kadar

plasma nikotin secara signifikan.

Ketiga, benda dengan campuran pelbagai perasa ini akan meningkatkan kekerapan

nadi dan kadar plasma karbon monoksida secara ketara sehingga mengganggu

kesihatan tubuh badan.

Page 8: Vape Ipgkkb 2015

Berdasarkan data di atas, ketika ini rokok elektronik belum terbukti selamat sebagai

alternatif untuk terapi gantian pengambilan nikotin

Dikenali sebagai rokok elektronik atau e-cigarette atau juga digelar vaporizer. Di

Malaysia Vape semakin mendapat tempat dikalangan perokok tegar yang ingin berhenti

merokok dan juga yang ingin berjimat cermat berikutkan kenaikan harga yang rokok

yang tidak terkawal.

Beliawanis Penghisap Vape

Alat elektronik yang kebanyakan diimport dari China, United Kingdom, Filipina, Amerika

Syarikat dan Korea ini dimonopoli penggunaannya hampir 1 juta golongan muda di

Malaysia tidak kira lelaki mahupun perempuan, dianggap sebagai satu budaya yang

cool dan popular.

“Daripada hisap rokok, lebih baik hisap vape!”

Vape dikelaskan sebagai selamat dan jimat berbanding rokok, maka ia dikira boleh

diambil gadis mahupun wanita. Mereka pula tanpa segan silu menghembus kepulan

asap tebal di khalayak ramai.

Percayalah, para lelaki meskipun perokok tegar sekalipun mengakui tidak menyukai

melihat gadis menghisap vape, kerana menganggap gadis seperti ini tidak mempunyai

pegangan malah tiada tarikan. Budaya ini juga tidak sinonim dengan wanita kerana ia

bukanlah satu budaya ketimuran.

Impak yang sangat jelas boleh kita lihat daripada ketagihan vape ialah ia satu

fenomena yang nyata melekakan, menyumbang kepada ketagihan, pembaziran wang

serta boleh mengancam kesihatan dan nyawa. Sekali gus, hilang nilai kewanitaan

akibat merokok dan vaping ini.

Di mana sahaja, masyarakat semakin rakus malah semakin bangga berkongsi gambar

di laman sosial yang kononnya mengikut trend. Hakikatnya, tanpa disedari hilang

elemen serta ciri kesantunan dan kesopanan, serta menjejaskan imej wanita Islam yang

cukup terkenal dengan adab sopannya.

Page 9: Vape Ipgkkb 2015

Sebagai seorang wanita Islam, kita mesti meninggalkan perkara merosakkan. Sedarlah,

andai kita rosak, bukan hanya diri kita seorang yang rosak, malah keluarga dan orang

sekeliling turut menerima tempias akibat perbuatan sia-sia itu.

Usaha penganjuran Festival Vape baru-baru ini yang diadakan di Shah Alam

Convention Centre (SACC), berjaya mengumpulkan pengguna vape termasuk gadis

bertudung. Hal ini dilihat mereka sedang meniru budaya orang bukan Islam, yang

sebenarnya dilihat tidak bermaruah.

Budaya ini bukanlah satu proses kemodenan, apabila fenomena ini seolah-olah

menggambarkan ia adalah normal. Mereka yang membantah pula dilabel sebagai

seorang yang kolot dan menyekat hak individu walhal sudah jelas vape ini

bertentangan. Islam mengharamkan semua perkara yang memabukkan dan

memudaratkan diri.

Fenomena vape ini seolah memperkuda masyarakat mahupun pemimpin. Ramai

golongan belia menceburi dalam bidang perniagaan industri vape pula dianggap

membantu ekonomi negara.

Kita seharusnya cakna terhadap apa-apa serangan mendatang dan menunjukkan

solidariti membantah sebarang penganjuran, sebagai contoh Kempen “Right to Vape,

Vape it Right”. Minat golongan muda terhadap budaya vape jelas terang tidak memberi

faedah dan manfaat secara langsung dalam kehidupan, dan ia tidak perlu disokong.

Ini bukan aspirasi anak muda yang perlu diagung-agungkan tetapi lebih kepada

kehendak serta kemahuan terhadap budaya asing yang menjadi trend dan

menyumbang kepada gejala sosial.

Keputusan Kabinet bercanggah dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, dan dakwaan

menteri vape merupakan aspirasi anak muda adalah disangkal. Aspek pembangunan

jati diri belia sepatutnya dipandang lebih serius.

Sehubungan itu, saya mewakili Beliawanis Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina)

mendesak agar kajian dibuat semula terhadap keputusan Kabinet. Tindakan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat serbuan terhadap brewers yang

Page 10: Vape Ipgkkb 2015

melibatkan beberapa vapeshops dipuji dan dilihat sebagai satu tindakan serius yang

harus dilaksanakan dengan lebih kerap dari masa ke semasa.

Saya juga mendesak agar meneliti semula dan menguatkuasakan pengharaman rokok,

vape dan e-rokok serta menjalankan penguatkuasaan merampas bahan yang

mengandungi nikotin.

Kami di Pembina mengajak seluruh masyarakat agar menyertai suara bantahan ini

sehingga terkuburnya budaya vape di Malaysia, khususnya.

Ayuh Beliawanis, cakna terhadap apa yang sedang berlaku di sekeliling kita. Jangan

sampai diri dan orang sekeliling terpengaruh dengan budaya vape sehingga

melunturkan jati diri serta pegangan kita sebagai umat Islam. Wallahualam. – 6

November, 2015.

Haram Hisap Vape dan Rokok Elektronik

dalam Irsyad Fatwa Kebangsaan pada kali ini, kami seupaya mungkin cuba menekuni

isu yang berkaitan dengan penggunaan rokok elektronik dan vapor atau vape yang

sekarang ini begitu berleluasa digunakan termasuk kalangan remaja perempuan

dengan pelbagai alasan. Antara alasan paling popular adalah sebagai pengganti

kepada rokok sebenar untuk ditinggalkan dan berhenti secara perlahan-lahan atau

tadarruj. Alasan seperti ini seolah-olah menghalalkan cara dan penggunaan rokok

elektronik dengan berleluasa. Justeru, Irsyad Fatwa pada kali ini merasa terpanggil

untuk membincangkan isu dan hukum berkaitan dengan rokok elektronik ini.

Pendapat Pakar Mengenai Rokok Elektronik

Dinyatakan di sini beberapa pendapat pakar berkenaan dengan penggunaan rokok

elektronik, antaranya :

Jumlah nicotine yang dalam e-rokok ini berbeza bergantung kenyataan tertulis dalam

labelnya. Ia boleh mengandungi antara 6–8 mg dalam setiap 1 ml cecair (mg/ml), yang

dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mengandungi 16–18 mg/ml

(berkepekatan tinggi) atau 24-36mg/ml (berkepekatan ekstra tinggi). Namun harus

Page 11: Vape Ipgkkb 2015

diketahui bahawa jika semua 60 mg nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi untuk

membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Jumlah ini bersamaan dengan 30-40

batang rokok konvensional.

Saintis dari Bahagian Penilaian Farmaseutikal US Food and Drug Administration

(USFDA) telah menguji 19 jenis e-rokok yang telah dikeluarkan oleh dua pengeluar

(NJoy dan Smoking Everywhere). Mereka mendapati terdapat bahan ‘tobacco-specific

nitrosamines’ (TSNAs), yang boleh menyebabkan kanser dalam kedua-dua jenama e-

rokok itu. Malah kepekatan nikotin yang terdapat dalam e-rokok tidak sama dengan nilai

yang ditulis pada label. Terdapat sedikit nicotine dalam e-rokok yang dikatakan

“nicotine-free”.

Pada September 2008, World Health Organization telah mengeluarkan kenyataan:

“tiada kajian yang sahih menunjukkan e-rokok ini selamat dan berkesan sebagai

rawatan penggantian nicotine. Oleh itu, pihak pengeluar haruslah melakukan kajian

yang mendalam untuk menyokong dakwaan mereka bahawa e-rokok boleh digunakan

untuk mengurangkan tabiat merokok”

Hisap Vape dan Rokok Elektronik

Berdasarkan daripada kenyataan di atas dan juga nas yang dinyatakan maka kami

berpendapat bahawa penggunaan rokok elektronik juga hukumnya adalah haram. Ini

kerana seperti yang kami ‘illahkan atau nyatakan sebab terhadap hukum merokok

terpakai untuk isu rokok elektronik ini bahkan kami nyatakan sekali lagi beberapa

alasan antaranya:

Qiyas kepada rokok sebenar

Kenyataan pakar menunjukkan ia mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada

merokok itu sendiri. Ini merupakan asas pertimbangan yang amat kuat kerana

mafsadahnya tidak boleh disangkal lagi serta mudaratnya telah diperakui oleh pakar

dan badan-badan berautoriti.

Page 12: Vape Ipgkkb 2015

Pembaziran

Meniru budaya yang bukan Islam

Dilihat tidak bermaruah

Terdapatnya fatwa ulama’ yang menyokong tentang pengharaman rokok elektronik ini.

Justeru, kami berpendapat seperti itu juga dengan alasan yang diberikan di atas. Untuk

ulasan pengharaman, sila rujuk Bayan Linnas Siri-18.

Fatwa Ulama’ Pengharaman Rokok Elektronik

Kami nyatakan di sini fatwa yang dikeluarkan menyatakan hukumnya sama seperti

hukum rokok biasa. Justeru, hukumnya adalah haram.

Penutup Hukum Haram Hisap Vape dan Rokok Elektronik

Dalam isu ini, ramai juga berpendapat bahawa ia adalah salah satu cara untuk

menolong penghisap rokok berhenti daripada merokok. Justeru, ia menggunakan rokok

elektronik sebagai alternatif kepada cara berhenti merokok. Sebenarnya anggapan ini

adalah menyimpang daripada asas kerana dikatakan ada juga bahan tobacco dan

nikotin yang asalnya daripada bahan yang boleh memabukkan dan memberi mudarat

kepada kesihatan manusia. Kami sepertimana isu merokok juga menyeru kepada

khalayak umat Islam untuk meninggalkan penggunaan rokok elektronik atau vapor

berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas. Alangkah baiknya duit yang kita

gunakan untuk membeli rokok atau vapor, kita masukkan ke tabung masjid, menyantuni

anak-anak yatim, memberi makan kepada fakir miskin serta membantu keperluan

mereka. Semoga Allah kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah dan berikan kepada

kita kesihatan yang baik.