WACANA

6
1 ANJAKAN KEEMPAT PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 Sistem pendidikan merupakan tunjang sesebuah negara kerana ia menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan memakmurkan negara. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat satu transformasi bagi meningkatkan bidang ini iaitu dengan melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). Pelan ini mempunyai 11 anjakan yang perlu memberi impak kepada sekurang- kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Anjakan yang keempat bagi pelan ini ialah mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Anjakan ini mentransformasikan profesion keguruan dalam pelbagai aspek seperti mengetatkan syarat lantikan guru mulai tahun 2013 supaya dalam kalangan graduan 30% teratas. Seterusnya, merombak IPG setanding dengan standard bertaraf dunia menjelang tahun 2020 dan meningkatkan kualiti program Pembangunan Profesional Berterusan atau Continuing Professional Development (CPD) mulai tahun 2013 . Akhir sekali, melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai 2016. Antara langkah untuk mencapai anjakan keempat adalah dengan mengetatkan syarat perlantikan guru mulai tahun 2013 supaya dalam kalangan graduan 30 peratus teratas (KPM 2012). Ini merupakan satu transformasi yang tepat serta selari dengan pendidikan negara kita. Buktinya kelayakan untuk menjadi guru bukan mudah dan individu yang benar-benar layak sahaja dapat menjadi seorang guru. Berdasarkan ucapan timbalan perdana menteri, Muhyiddin Mohd Yassin (2012) “Kajian dalam penyelidikan menunjukkan faktor guru

Transcript of WACANA

Sebuah negara maju mempunyai pendidikan yang teratur dan berkesan. Terlalu banyak inisiatif yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan negara kita bergerak sejajar dengan kemajuan abad.

ANJAKAN KEEMPAT PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Sistem pendidikan merupakan tunjang sesebuah negara kerana ia menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan memakmurkan negara. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat satu transformasi bagi meningkatkan bidang ini iaitu dengan melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). Pelan ini mempunyai 11 anjakan yang perlu memberi impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Anjakan yang keempat bagi pelan ini ialah mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Anjakan ini mentransformasikan profesion keguruan dalam pelbagai aspek seperti mengetatkan syarat lantikan guru mulai tahun 2013 supaya dalam kalangan graduan 30% teratas. Seterusnya, merombak IPG setanding dengan standard bertaraf dunia menjelang tahun 2020 dan meningkatkan kualiti program Pembangunan Profesional Berterusan atau Continuing Professional Development (CPD) mulai tahun 2013 . Akhir sekali, melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai 2016.Antara langkah untuk mencapai anjakan keempat adalah dengan mengetatkan syarat perlantikan guru mulai tahun 2013 supaya dalam kalangan graduan 30 peratus teratas (KPM 2012). Ini merupakan satu transformasi yang tepat serta selari dengan pendidikan negara kita. Buktinya kelayakan untuk menjadi guru bukan mudah dan individu yang benar-benar layak sahaja dapat menjadi seorang guru. Berdasarkan ucapan timbalan perdana menteri, Muhyiddin Mohd Yassin (2012) Kajian dalam penyelidikan menunjukkan faktor guru merupakan penyumbang penting bagi menentukan kualiti pendidikan. Oleh itu, kita dapat menyatakan bahawa dengan memilih guru yang terbaik dan menepati kriteria yang ditetapkan dapat menghasilkan dan melahirkan pelajar yang cemerlang. Aspek ini tidak selaras dengan kualiti guru yang sebenar kerana guru yang berkualiti tidak seharusnya mempunyai kualiti akademik sahaja malah secara keseluruhan. Menurut Hassan (2008), seorang guru perlu mempunyai ilmu, kebolehan dan profesionalisme yang tinggi. Guru yang cemerlang dalam bidang akademik tidak semestinya berkebolehan dan mampu melaksanakan tugas guru dengan cemerlang jika mereka tidak mempunyai kebolahan dan profesionalisme yang tinggi. Oleh itu, apa yang dapat kita rumuskan, syarat perlantikan guru ini diperketatkan bagi meningkatkan kualiti guru di Malaysia dan bagi melengkapkan kualiti guru tersebut kebolehan dan profesionalisme yang tinggi juga perlu diterapkan. Ini juga menunjukkan bahawa guru bukan sahaja diarahkan untuk mengajar pelajar dan menganggap guru sebagai satu pekerjaan tetapi untuk mendidik anak bangsa ke arah yang lebih berguna serta menganggap guru sebagai satu profesion.

Aspek yang seterusnya ialah merombak IPG setanding dengan standard bertaraf dunia menjelang tahun 2020 (KPM 2012). Usaha ini sangat diperlukan kerana dapat membuka mata masyarakat untuk menganggap pendidikan di IPG sudah mencapai tahap yang tinggi. Ini kerana kurikulum latihan praperkhidmatan semasa bagi memastikan guru cukup bersedia untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi yang diperlukan oleh murid di Malaysia telah dinilai semula. Selain itu, kualiti guru dalam memberikan perkhidmatan juga akan menjadi lebih baik dengan penambahan peratusan masa praktikum kepada 40% untuk semua program. Hairulazim Mahmud (2007) menyatakan kaedah itu dapat menggalakkan pelajar cemerlang sama ada peringkat sekolah mahupun universiti berminat menjadi guru. Ini kerana graduasi yang keluar dari IPG bukan sahaja mempunyai kemahiran mengajar yang cekap malah setanding dengan graduasi dari instistut pengajian tinggi bertaraf dunia yang lain. Timbalan Rektor IPGM, Lee Boon Hua (2012) juga ada menyatakan dengan adanya usaha ke arah membawa transformasi ini, IPG akan terus kekal relevan sebagai peneraju utama pendidikan guru di negara ini. Namun begitu, menurut Saedah Siraj danM. Sani Ibrahim (2012), tanpa penglibatan dan sokongan kaum guru, segala perancangan pendidikan yang telah disediakan akan terbengkalai begitu sahaja. Ini menunjukkan bukan sahaja IPG yang perlu dirombak bagi mendapatkan kualiti guru yang berkualiti namun, kesediaan dan mentaliti guru itu sendri yang perlu diubah supaya selaras dengan kehendak pendidikan. Jika tidak, usaha merombak IPG itu hanya menjadi sia-sia tanpa penglibatan guru secara keseluruhannya. Kesimpulan yang dapat kita lihat mengenai aspek ini ialah IPG yang bertaraf dunia dapat memberikan pandangan yang baik serta positif dari masyarakat kerana mereka percaya graduan berkenaan mempunyai kualiti yang terbaik di samping sikap guru tersebut yang perlu diubah terhadap profesion ini.

Meningkatkan kualiti program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) mulai tahun 2013 juga merupakan salah satu aspek transformasi perguruan. Ia akan dipertingkatkan dengan memberi tumpuan terhadap keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah. Guru bilik darjah merupakan individu terpenting di sekolah yang perlu responsif kepada sebarang perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Tanpa kesediaan mereka, usaha reformasi pendidikan akan menghadapi kegagalan (Fullan, 1991; Sarason, 1982). Kenyataan tadi menerangkan bahawa tanpa persediaan yang mencukupi, seorang guru tidak dapat menjadi guru yang baik. Oleh itu, usaha ini telah membantu guru untuk lebih bersedia dengan mendapat latihan CPD individu daripada penyelia mereka apabila memulakan profesion serta latihan komponen teras dan komponen elektif mengikut keperluan pembangunan diri masing-masing. Program ini juga kebanyakkannya akan dijalankan di peringkat sekolah kerana latihan berasaskan sekolah terbukti sangat berkesan sebagai salah satu kaedah CPD. Namun begitu, menurut Mohd Ali, Ahmad & Razali, (2011), kemahiran sosial dan kesedaran sosial yang diperlukan oleh guru besar daripada guru permulaan keluaran IPG. Mereka berpendapat guru haruslah mempunyai pengalaman dahulu dan kemahiran sosial sebelum membenarkan guru pelatih berkenaan mengajar di sekolah. Kesimpulannya, kejayaan sesebuah organisasi turut bergantung kepada kesediaan anggota organisasi itu sendiri bagi menghadapi cabaran pembelajaran pada masa akan datang.

Aspek yang terakhir ialah melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai 2016. Aspek ini merupakan anjakan yang sangat baik selaras dengan kehendak pendidikan negara pada masa ini. Selain itu, jika kita lihat kepada konsep kompetensi guru itu sendiri yang menekankan pengetahuan dan kemahiran dapat meningkatkan prestasi kerjaya seseorang guru tersebut. Agus Darma (2003), mentakrifkan kompetensi sebagai kemampuan atau kecekapan yang diperlihatkan seseorang ketika melakukan sesuatu. Ini menunjukkan aspek ini akan menambahbaikkan produktiviti seseorang guru. Seterusnya, guru akan berusaha untuk mempunyai prestasi yang tinggi kerana mereka akan dapat menikmati kemajuan kerjaya yang lebih pantas. Dalam tempoh kurang 25 tahun, guru yang cemerlang mungkin akan dinaikkan pangkat daripada gred DG41 kepada DG54 dan ini merupakan tempoh yang singkat bagai purata kenaikan pangkat semasa. Ini memberikan motivasi dan membakar semangat guru untuk terus meningkatkan kualiti kemahiran dan pengetahuan pengajaranya. Selain itu, kemahiran Pemikiran Kritikal merupakan kemahiran yang sangat penting bagi semua profesion (Siti Rahayah Ariffin, Rosadah Abd. Majid, Anisah Alias, Suzana & Linda, 2008). Ini menunjukkan bukan sahaja aspek berasaskan kompentensi yang penting malah kemahiran pemikiran kritikal juga penting. Menurut Halimah Harun (2006), sikap, minat dan motivasi memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pencapaian masing-masing. Justeru, guru dan pelajar harus berusaha untuk memupuk sikap, minat dan motivasi supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif yang telah disasarkan. Ini jelas menunjukkan guru yang mendapat motivasi yang mencukupi seperti kenaikan pangkat yang cepat dapat menaikkan minat guru itu tersebut untuk memperbaiki dirinya menjadi guru yang lebih berkualiti dan seterusnya profesion perguruan ini menjadi pilihan ramai. Oleh itu, pelajar-pelajar yang bakal dihasilkan oleh guru-guru berkenaan juga akan lebih cekap dan mahir.

Secara keseluruhannya, setiap aspek memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan objektif PPPM terutamanya bagi anjakan keempat ini. Terdapat banyak kesimpulan yang dapat kita lihat melalui aspek-aspek berkenaan antaranya pengambilan guru yang berkualiti akan melahirkan guru yang lebih menghayati tugas seorang guru dan menganggapnya sebagai satu profesion. Seterusya, peningkatan taraf IPG yang bertaraf dunia dapat memberikan pandangan yang baik serta positif dari masyarakat dan negara serta perspektif yang tinggi terhadap IPG. Selain itu, kejayaan sesebuah organisasi turut bergantung kepada kesediaan anggota organisasi itu sendiri bagi menghadapi cabaran pembelajaran masa akan datang. Akhir sekali, guru yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam pengajaran sama ada dalam subjek dan teori dapat meningkatkan produktiviti keguruan. Aspek-aspek yang terdapat dalam anjakan keempat ini bakal memberikan satu transfomasi yang terbaik serta akan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan.