wacana new assignmt 2.doc

22
1.0 Pengenalan Sistem pendidikan negara pada masa kini lebih maju kerana telah mengalami perubahan yang pesat dari pelbagai aspek. Ini disebabkan pelbagai langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara kita supaya ia setanding dengan negara-negara maju yang mana telah menerapkan penggunaan teknologi dan ICT dalam bidang pendidikan. Perkembangan teknologi dalam bidang komputer masa kini terus berkembang dengan pesatnya. Perkembangan inilah yang mencetuskan pemikiran untuk menerapkan teknologi bidang komputer dalam sistem pendidikan hari ini. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya ke arah menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah satu pendekatan yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Web 2.0 adalah trend atau gaya pembangunan laman web dengan menggunakan Teknologi World Wide Web untuk tujuan meningkatkan kreativiti, memastikan perkongsian maklumat adalah selamat dan meningkatkan fungsi dan kecekapan laman web. Walau bagaimana pun Web 2.0 bukanlah versi baru bagi World Wide Web, sebaliknya ianya hanya berbeza dari segi cara pembangunan laman web dan cara pelayar menggunakan web tersebut. Jika dibandingkan dengan Web 1.0, Web 2.0 lebih merujuk kepada corak penggunaan dan penyediaan elemen kepada pengguna. Jika dahulu, Web 1.0 lebih kepada "output" sahaja yang mana pengguna hanya mendapat maklumat daripada webmaster. Perubahan yang ketara dalam Web 2.0 memperkenalkan sistem "input dan output" yang membolehkan pengguna membaca maklumat, menghantar sebarang data dan

Transcript of wacana new assignmt 2.doc

1.0 Latar Belakang Kajian

1.0 Pengenalan

Sistem pendidikan negara pada masa kini lebih maju kerana telah mengalami perubahan yang pesat dari pelbagai aspek. Ini disebabkan pelbagai langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara kita supaya ia setanding dengan negara-negara maju yang mana telah menerapkan penggunaan teknologi dan ICT dalam bidang pendidikan. Perkembangan teknologi dalam bidang komputer masa kini terus berkembang dengan pesatnya. Perkembangan inilah yang mencetuskan pemikiran untuk menerapkan teknologi bidang komputer dalam sistem pendidikan hari ini. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya ke arah menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah satu pendekatan yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Web 2.0 adalah trend atau gaya pembangunan laman web dengan menggunakan Teknologi World Wide Web untuk tujuan meningkatkan kreativiti, memastikan perkongsian maklumat adalah selamat dan meningkatkan fungsi dan kecekapan laman web. Walau bagaimana pun Web 2.0 bukanlah versi baru bagi World Wide Web, sebaliknya ianya hanya berbeza dari segi cara pembangunan laman web dan cara pelayar menggunakan web tersebut. Jika dibandingkan dengan Web 1.0, Web 2.0 lebih merujuk kepada corak penggunaan dan penyediaan elemen kepada pengguna. Jika dahulu, Web 1.0 lebih kepada "output" sahaja yang mana pengguna hanya mendapat maklumat daripada webmaster. Perubahan yang ketara dalam Web 2.0 memperkenalkan sistem "input dan output" yang membolehkan pengguna membaca maklumat, menghantar sebarang data dan memaparkan kembali data tersebut di dalam laman web tersebut. Secara keseluruhannya, Web 2.0 merupakan generasi kedua dalam pembangunan Internet yang merangkumi perubahan sesuatu laman menjadi satu platform aplikasi laman web interaktif untuk pengguna.

Oleh itu, alangkah bagusnya jika penggunaan web 2.0 ini digunakan sebagai salah satu alat bantu mengajar didalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia bersesuaian dan bertepatan dengan trend zaman sekarang di mana pelajar lebih percaya, yakin, selesa dengan menggunakan teknologi sosial untuk berkongsi, mencari maklumat dengan mudah berbanding dengan pendekatan pengajaran tradisional. Skype merupakan antara app dalam Web 2.0.

2.0 Latar belakang kajian

Perkembangan Web 2.0 pada masa sekarang selalu diperkatakan oleh ramai pihak termasuklah juga dikalangan pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik juga menyebabkan pelajar tidak berminat untuk belajar. Selain itu, maklumat terkini atau isu semasa yang berkaitan dengan pendidikan lambat diterima oleh guru dan pelajar. Pembelajaran luar kelas juga sukar dilaksanakan dengan tanpanya teknologi dan ICT. Oleh itu, cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memberi pendedahan kepentingan web 2.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh web 2.0 yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah Skype.

Skype adalah sebuah perisian komunikasi percuma yang membolehkan pengguna membuat panggilan, menghantar mesej secara segera dan melakukan panggilan video dalam talian. Selain itu, ia juga merupakan satu perkhidmatan yang terbaik dalam talian suara melalui internet. Pada tahun 2003, Hy Niklas Zennstrom dan Janus Friis yang mencipta Skype. Namun ia kemudian pada tahun 2011 telah dimiliki oleh microsoft. Skype mempunyai lebih663 000 000pengguna berdaftar setakat September 2011 meletakkan ia berada pada kedudukan setaras sama dengan Facebook dan Twitter. Skype memiliki kualiti IP yang lebih baik, jika dibandingkan software serupa. Selain untuk panggilan, Skype juga dapat digunakan untuk berbual (chatting), kirim SMS, persidangan, pemindahan maklumat, panggilan suara hinggaCall Forward.

Skype merupakan penggunaan komunikasi yang mudah dan murah serta diguna pakai di seluruh dunia.. Pelajar boleh meningkatkan penglibatan dan kefahaman dalam pelbagai aktiviti dengan penggunaan skype. Seterusnya, Skype membantu pelajar memahami perbezaan budaya dan belajar tentang sejarah serta norma-norma sosial. Pelajar boleh berhubung dengan individu dari pelbagai latarbelakang budaya dengan menggunakan skype. Skype juga sesuai bagi pelajar yang ingin atau sedang mendalami bahasa baru. Skype membolehkan pelajar mendalami bahasa baru serta menghubungkan mereka dengan penutur asal bahasa yang dipelajari. Pembelajaran akan menjadi lebih sahih, berinspirasi dan menarik apabila melampaui batas bilik darjah.Di samping itu, Skype menawarkan cara mudah untuk pelajar dan pengajar untuk melibatkan diri dalam komunikasi segerak.

Skype menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh meningkatkan keterlibatan dan kefahaman pelajar dengan menyediakan satu cara yang mudah dan murah untuk berkomunikasi dengan orang lain di serata dunia. Interaksi dengan pelajar daripada negara lain akan membantu pelajar untuk memahami perbezaan budaya, mempelajari sejarah dan norma-norma sosial serta mengasah kemahiran bahasa asing. Pembelajaran akan menjadi lebih autentik kerana ia menjangkau ke luar bilik darjah dan pengalaman pembelajaran akan lebih menarik kerana kebolehan untuk berbual melalui telefon atau video dengan seseorang dari negara lain.

Para guru boleh menggunakan Skype di dalam kelas untuk proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengawal kelas. Ini penting terutamanya apabila seseorang guru berada di luar sekolah untuk urusan-urusan tertentu. Guru masih berpeluang atau boleh mengadakan kelas melalui skype misalnya daripada hotelnya.

Skype menyediakan pelbagai faedah kepada pengguna sebagai medium komunikasi yang interaktif. Easton (1983), menyatakan kelebihan sidang video kepada pelajar sebagai menjimatkan masa kepada semua peserta, menjimatkan kos dari segi tambang dan penginapan, menambahkan kesan komunikasi kerana semua yang hadir mendapat maklumat yang sama, lebih ramai peserta dapat dilibatkan tanpa mengira status kekananan (seniority), memudahkan penjadualan dari segi masa dan tempat bagi penceramah atau pakar yang dijemput.

Guru-guru juga mendapat manfaat melalui Skype kerana mereka berpeluang untuk menjemput ahli panel terdiri daripada guru-guru sejarah lain daripada tempat yang berlainan untuk terlibat sama dalam perbincangan dengan kelasnya. Ini memberi manfaat kepada guru mahu pun pelajarnya kerana boleh mendengar pelbagai pendapat dan idea yang pelbagai tentang topik sejarah yang dibincangkan. Skype juga memanfaatkan guru-guru terutama semasa terlibat dengan lawatan lapangan. Contohnya, lawatan ke tempat-tempat bersejarah serta muzium. Guru sejarah boleh memanfaatkan Skype agar boleh berhubung dengan ahli arkeologi untuk memberi penerangan serta maklumat tentang apa yang dilihat atau dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut. Pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah turut dibantu oleh Skype untuk turut serta dalam perbincangan kelas pada hari tersebut. Pelajar yang tidak dapat hadir kelas disebabkan masalah kesihatan seperti sakit ataupun terlibat dengan aktiviti luar sekolah masih boleh mengikuti pembelajaran melalui sambungan Skype.

2.0 Objektif Kajian

Kajian ini memfokuskan kepada objektif berikut

A) mengenal pasti strategi pengajaran menggunakan Skype

B) Mengenal pasti ciri-ciri aplikasi Skype yang membantu dalam pengajaran

C) Melihat keberkesanan dari persepsi guru tentang penggunaan Skype dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar.

3.0 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti strategi pengajaran menggunakan Skype dan melihat keberkesanan dari persepsi guru tentang penggunaan Skype dalam proses pengajaran dan penbelajaran terhadap pelajar serta ciri-ciri aplikasinya yang membantu dalam pengajaran serta

4.0 Metodologi / Kaedah Kajian

Kajian tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan ataupun ribuan responden (Marican, 2006). Kajian tinjauan dijalankan ke atas sampel dalam sesuatu populasi. Sampel yang terpilih mestilah mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat populasi yang ingin dikaji supaya maklumat yang diperoleh melalui kajian berkenaan boleh memberi kenyataan dan gambaran umum tentang keseluruhan populasi yang dikaji. Justeru itu, salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum (generalization) tentang sesuatu populasi.

4.1 Responden Kajian

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan atau survey research. Oleh kerana reka bentuk ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan statistik deskriptif maka soal selidik digunakan sebagai alat pengumpulan data (instrumen). Borang selidik diberikan kepada sepuluh guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah dan sekolah menengah. Kajian ini dijalankan di 2 buah sekolah di Pulau Pinang iaitu SJK(T) Subramaniya Barathee dan SMK Convent Green Lane. Kedua-dua sekolah ini terletak di kawasan bandar. Kesemua responden kajian ini berumur 28 hingga 52. Selain itu, responden dalam kajian ini terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. 4.2 Instrumen Kajian

Borang selidik telah disediakan dengan terdiri daripada tiga bahagian utama. Bahagian satu ialah tentang latar belakang responden yang mengandungi tujuh soalan. Diikuti dengan bahagian dua ialah tentang Skype sebagai bahan pengajaran Sejarah di dalam kelas yang mengandungi lapan soalan. Bahagian ini mempunyai dua cabang, yang pertama bahagian A iaitu mesra pengguna yang mengandungi 4 soalan dan Bahagian B iaitu interaktiviti yang mengandungi empat soalan. Seterusnya, bahagian tiga adalah tentang keseluruhan pendapat tentang Skype dalam pengajaran sejarah dalam kelas. Bahagian ini terbahagi kepada lima cabang iaitu yang pertama tentang kebaikan Skype yang mengandungi tiga soalan, kedua ialah penggunaan aplikasi Skype sebelum proses pengajaran dan pembelajaran sejarah yang mengandungi tiga soalan, ketiga ialah penggunaan aplikasi Skype semasa proses pengajaran dan pembelajaran sejarah yang mengandungi enam soalan, keempat ialah penggunaan aplikasi Skype selepas proses pengajaran dan pembelajaran sejarah yang mengandungi empat soalan dan kelima adalah pandangan guru terhadap penggunaan Skype dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah dalam kelas yang mengandungi dua soalan yang perlu diisi oleh guru.

5.0 Analisis data

Data kajian ini dianalisis secara kuantitatif sepenuhnya. Antara statistik deskriptif yang digunakan ialah frekuensi, peratus dan min.

5.1 Latar belakang Responden

i. Jantina Responden

Jadual 1.1 menunjukkan frekuensi dan peratus responden mengikut jantina.

Jadual 1.1 Frenkuensi Dan Peratus Responden Mengikut Jantina

JANTINAFREKUENSIPERATUS ()

Lelaki330.0

Perempuan770.0

Jumlah10100.0

Dalam jadual 1.1 menunjukkan taburan guru mengikut jantina yang telah dikumpulkan, didapati 30 (n=3) responden adalah guru lelaki manakala 70 (n=7) adalah guru perempuan.Ii. Umur Responden

Jadual 1.2 menunjukkan frekuensi dan peratus responden mengikut umur.

UMURFREKUENSIPERATUS ()

20 - 30330.0

31 - 40440.0

41 - 50220.0

Lebih 50110.0

Jumlah10100.0

Berdasarkan umur responden pula, didapati kategori umur antara 31-40 tahun menunjukkan peratus yang paling tinggi iaitu 40 (n=4), kategori umur antara 20-30 tahun, dan 41-50 tahun masing-masing menunjukkan peratus iaitu 30 (n=3) dan 20 (n=2), manakala 10 (n=1) kategori umur lebih 50 tahun merupakan kategori yang mempunyai peratus paling rendah (Jadual 1.2).5.2 Keseluruhan pendapat tentang Skype dalam pengajaran Sejarah dalam kelas

i. Penggunaan aplikasi Skype sebelum proses pengajaran dan pembelajaran sejarah

Jadual 1.3 Frekuensi Dan Peratus Penggunaan Aplikasi Skype Sebelum Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah

PENYATAANFREKUENSI

TIDAK SETUJUSETUJU

STSTSTPJumlah

(f)SSSJumlah

(f)

fffff

1.Skype membolehkan pelajar berkongsi fail tentang topik sejarah yang akan dibincang dalam kelas diantara satu sama lain 00.0110.0220.030.0330.0440.070.0

2.Skype membolehkan perbualan koferansi secara video tentang topik sejarah yang akan dibincang dalam kelas antara pelajar dan juga guru00.000.0110.010.0440.0550.090.0

3.Skype menyediakan bahan pendidikan jarak jauh dalam matapelajaran Sejarah00.0110.0110.020.0550.0330.080.0

Dapatan analisis dari penggunaa aplikasi Skype sebelum proses pengajaran dan pembelajaran sejarah, didapati 90 bersetuju bahawa Skype membolehkan perbualan koferansi secara video tentang topik sejarah yang akan dibincang dalam kelas antara pelajar dan juga guru, diikuti dengan Skype menyediakan bahan pendidikan jarak jauh dalam matapelajaran Sejarah sebanyak 80. Akhir sekali 70 responden bersetuju menyatakan Skype membolehkan pelajar berkongsi fail tentang topik sejarah yang akan dibincang dalam kelas diantara satu sama lain. (Jadual 1.3)

ii. Penggunaan aplikasi Skype semasa proses pengajaran dan pembelajaran sejarah dalam kelas.

Jadual 1.4 Frekuensi Dan Peratus Penggunaan Aplikasi Skype Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Dalam Kelas.PENYATAANFREKUENSI

TIDAK SETUJUSETUJU

STSTSTPJumlah

(f)SSSJumlah

(f)

fffff

1.Pembelajaran sejarah menjadi lebih sahih, berinspirasi dan menarik apabila melampaui batas bilik darjah00.0220.0220.040.0440.0220.060.0

2.Skype membolehkan interaksi dengan pelajar daripada negara lain untuk mempelajari sejarah negara lain00.0110.0110.020.0440.0440.080.0

3.Skype menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh meningkatkan keterlibatan dan kefahaman pelajar dalam pembelajaran sejarah dalam kelas00.0110.0220.030.0550.0220.070.0

4.Skype boleh digunakan dengan menjemput ahli panel atau ahli arkeologi semasa perbincangan sejarah dalam kelas00.0110.0330.040.0550.0110.060.0

5.Skype membantu para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengawal kelas semasa guru berada di luar sekolah00.0220.0330.050.0330.0220.050.0

6.Skype membolehkan pelajar yang tidak dapat menghadiri sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah turut boleh belajar

00.0330.0110.040.0440.0220.060.0

Dapatan analisis dari pandangan guru terhadap penggunaan aplikasi Skype semasa proses pengajaran dan pembelajaran sejarah dalam kelas pula, didapati keseluruhannya lebih daripada 50.0 menyatakan pandangan setuju terhadap penggunaan aplikasi Skype semasa proses pengajaran dan pembelajaran sejarah dalam kelas. Walau bagaimanapun dapatan kajian menunjukkan Skype membolehkan interaksi dengan pelajar daripada negara lain untuk mempelajari sejarah negara lain merupakan peratusan yang paling tinggi iaitu 80, manakala Skype membantu para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengawal kelas semasa guru berada di luar sekolah merupakan peratusan yang paling rendah iaitu 50. (Jadual 1.4)

iii. Penggunaan aplikasi Skype selepas proses pengajaran dan pembelajaran sejarah.

Jadual 1.5 Frekuensi dan Peratus Penggunaan Aplikasi Skype Selepas Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah.PENYATAANFREKUENSI

TIDAK SETUJUSETUJU

STSTSTPJumlah

(f)SSSJumlah

(f)

fffff

1.Skype membolehkan guru memberi nota ringkas tentang topik yang telah dibincang00.0110.0330.040.0330.0330.060.0

2.Guru boleh menghantar dokumen -dokumen khusus tentang topik sejarah yang telah dibincang dalam kelas melalui Skype00.0110.0220.030.0330.0440.070.0

3.Skype menambahkan kesan komunikasi kerana semua yang hadir mendapat maklumat yang sama tentang topik sejarah yang telah dibincang 00.0220.0110.030.0660.0110.070.0

4.Guru boleh memberikan soalan-soalan tentang topik sejarah yang telah diajar dalam kelas melalaui Skype dan boleh membincang jawapannya00.0110.0110.020.0330.0550.080.0

Dapatan analisis dari pandangan guru terhadap penggunaan aplikasi Skype selepas proses pengajaran dan pembelajaran sejarah, didapati 80 guru sekolah bersetuju bahaya guru boleh memberikan soalan-soalan tentang topik sejarah yang telah diajar dalam kelas melalaui Skype dan boleh membincang jawapannya dan ini merupakan peratusan yang paling tinggi, manakala peratusan yang paling rendah ialah Skype membolehkan guru memberi nota ringkas tentang topik yang telah dibincang, iaitu 60. (Jadual 1.5)

iv. Pandangan guru terhadap penggunaan Skype dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah dalam kelas

Jadual 1.6 Frekuensi, Peratus Dan Min Pandangan Guru Terhadap Penggunaan Skype Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Dalam Kelas.

PENYATAANFREKUENSI

TIDAK

SETUJUMINSETUJUMIN

1.Adakah anda berpuas hati dengan Skype dalam pengajaran sejarah di dalam kelas? 220.00.2880.00.8

2.Andakah anda pernah mengguna Skype dalam pengajaran?440.00.4660.00.6

Dapatan analisis daripada min pandangan guru terhadap penggunaan Skype dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah dalam kelas, didapati kebanyakan guru berpuas hati dengan Skype dalam pengajaran sejarah di dalam kelas yang menunjukkan min yang paling tinggi iaitu 0.8, seterusnya kebanyakkan guru pernah mengguna Skype dalam pengajaran yang menunjukkan min 0.6.( Jadual 1.6)

5.0 Dapatan kajian

Daripada kajian ini, didapati keberkesanan penggunaan Skype dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah dalam kelas adalah banyak mendapat sambutan daripada guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah. Selain itu, kebanyakkan guru pernah menggunakan Skype dalam pengajaran sejarah iaitu 60. Ini mungkin disebabkan oleh kemahiran guru mengenai penggunaan Skype yang baik dan sikap atau minat guru terhadap penggunaan Skype yang banyak. Selain itu, sebab guru-guru berminat menggunakan Skype dalam kelas adalah kerana kajian ini dijalankan di kawasan bandar iaitu di Pulau Pinang, antara negeri di Malaysia yang maju dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Seterusnya, Skype merupakan antara Web 2.0 yang lama dan paling terkenal antara masyarakat Malaysia dan diguna pakai di seluruh dunia. Jadi ia boleh dianggap sebagai salah satu sebab Skype digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di kelas oleh guru-guru. Penggunaan Skype juga mudah dan murah, menarik perhatian guru-guru bagi menggunakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menjadikan pengajaran sejarah menarik dan efektif kerana subjek ini agak bosan dalam kalangan pelajar. Tambahan pula,

6.0 Kesimpulan

Penggunaan Skype dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam matapelajaran sejaran dalam kelas adalah penting pada dunia ICT masa kini. Dengan adanya penggunaan Skype yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat meningkatkan kefahaman, penguasaan, imaginasi dan pencapaian mereka. Semua pihak terutamanya guru adalah penting untuk memberi kerjasama terhadap perkara ini. Namun kemahiran guru menggunukan Skype sebelum, semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran yang efektif, lebih menarik dan berkesan.

Kebolehan dan kemahiran guru menggunakan Skype bermaksud kesanggupan atau kemampuan guru menggunakan Skype secara berfikrah, terancang dan bersesuaian bagi meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru sejarah. Guru adalah pemangkin dan tungak utama kepada kejaan pengintegrasian Skype di dalam pendidikan sejarah melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Namun kemahiran penggunaan Skype adalah penting bagi semua guru sejarah kerana pengintegrasian Skype dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah antara cara untuk menjadikan pembelajaran yang lebih menarik.

Dengan itu, untuk pemantapan keberkesanan penggunaan Skype dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah, guru-guru sejarah perlu diberi kursus atau pendedahan yang lebih mendalam bagi penggunaan Skype dari masa ke semasa. Antaranya kursus-kursus seperti Bimbingan Perguruan Profesional Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi perlu diadakan dari semasa ke semasa. Selain itu, kursus-kursus motivasi yang dapat memberi pandangan positif serta minat guru terhadap penggunaan Skype dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah perlu diadakan dari semasa ke semasa. Oleh itu, kemahiran guru menggunakan Skype adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah yang lebih menarik dan berkesan. Murid-murid akan lebih berfokus kepada pengajarn guru, maka mereka boleh menjelajahi dunia pembelejaran mereka dengan lebih berkesan dan menyeronokkan.

Peratus

Soalan

Penggunaan Skype sebelum proses P&P

Soalan

Peratus

Peratus

Min