Waj 3106 konsep 1-malaysia

13
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014 Konsep Satu Malaysia Gagasan Satu Malaysia, Rakyat didahulukan. Pencapaian Diutamakan. Gagasan tersebut merangkumi elemen yang jelas bagi pembinaan negara dengan berpaksikan kepada perpaduan dan integrasi; kepentingan rakyat dan kecemerlangan bagi melonjakkan kemajuan negara. Satu Malaysia akan memastikan tiada golongan atau satu kaum yang terpinggir di negara ini tetapi pada masa yang sama tidak menolak dasar affirmatif. Yang penting kerajaan akan berlaku adil kepada semua kaum dalam usaha menggerakkan transformasi besar. Dasar affirmatif bagi membantu orang Melayu yang paling ramai miskin dan ketinggalan (berbanding dengan kaum lain), akan diteruskan. Sememangnya ada keperluan untuk meneruskan dasar affirmatif atas realiti sejarah dan kontrak sosial sambil kerajaan memperhebatkan pencapaian dalam meningkatan taraf hidup semua kaum. Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep Satu Malaysia . Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah: 1.BudayaKecemerlangan 2. Ketabahan 3. Rendahhati 4. Penerimaan 5. Kesetiaan 6. Meritokrasi 7. Pendidikan 8. Integriti 1

description

Konsep 1 Malaysia & Keberkesanannya

Transcript of Waj 3106 konsep 1-malaysia

Page 1: Waj 3106 konsep 1-malaysia

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014

Konsep Satu Malaysia

Gagasan Satu Malaysia, Rakyat didahulukan. Pencapaian Diutamakan. Gagasan

tersebut merangkumi elemen yang jelas bagi pembinaan negara dengan berpaksikan

kepada perpaduan dan integrasi; kepentingan rakyat dan kecemerlangan bagi melonjakkan

kemajuan negara. Satu Malaysia akan memastikan tiada golongan atau satu kaum yang

terpinggir di negara ini tetapi pada masa yang sama tidak menolak dasar affirmatif. Yang

penting  kerajaan akan berlaku adil kepada semua kaum dalam usaha menggerakkan

transformasi besar.

Dasar affirmatif bagi membantu orang Melayu yang paling ramai miskin dan

ketinggalan (berbanding dengan kaum lain), akan diteruskan. Sememangnya ada keperluan

untuk meneruskan dasar affirmatif atas realiti sejarah dan kontrak sosial sambil kerajaan

memperhebatkan pencapaian dalam meningkatan taraf hidup semua kaum.

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

dalam konsep ‘Satu Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat

Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk

negara.  Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

1.BudayaKecemerlangan

2. Ketabahan

3. Rendahhati

4. Penerimaan

5. Kesetiaan

6. Meritokrasi

7. Pendidikan

8. Integriti

1

Page 2: Waj 3106 konsep 1-malaysia

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014

 Pembinaan Negara Bangsa selari dengan Konsep Satu Malaysia

Matlamat kerajaan untuk membina Negara Bangsa adalah selari dengan gagasan

Satu Malaysia; rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan yang dihasratkan oleh YAB

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Hasrat Satu

Malaysia ialah membina sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa

hadapan yang dikongsi bersama, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya

berasaskan keadilan. Tidak ada sesiapapun akan terpinggir untuk merebut peluang yang

disediakan bagi menyerlahkan segala keupayaan dan potensi masing-masing.

Jika nilai-nilai ini dapat diterapkan melalui proses pendidikan yang terancang, saya

yakin dan percaya perpaduan dalam kalangan rakyat akan dapat diperkukuhkan. Perpaduan

merupakan aspek penting dalam pembangunan negara. Oleh itu ianya perlu diberikan

perhatian yang bersungguh-sungguh oleh setiap orang. Kementerian Pelajaran akan terus

menyokong pembinaan Negara Bangsa bagi memperkukuhkan perpaduan, membina identiti

nasional dan semangat kebangsan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian

dengan keperluan negara kita dalam menghadapi cabaran globalisasi.

Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan

kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat 

sebagaimana kehendak  prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam

semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai

antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah

mengutamakan kepentingan negara.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana

segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada

masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati  pembangunan dan

pembelaan daripada kerajaan.

Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran

dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘Satu

Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana

2

Page 3: Waj 3106 konsep 1-malaysia

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014

semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju

dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia

adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara

bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai,

budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.  Keupayaan membina negara bangsa

bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama Satu Malaysia

iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan

konsep ini.

  Justeru, dalam semangat Satu Malaysia, seluruh komuniti dan warga, wajar

memelihara integriti negara. Masyarakat Malaysia harus mengatakan “tidak” kepada

sebarang anasir ataupun penggugat keamanan dan kesejahteraan sosial rakyat.

Caranya dengan tidak memberi dokongan dalam bentuk moral dan material kepada

pihak yang terang-terangan mengamalkan “budaya politik luar tabie” demi kepentingan diri.

Rakyat Malaysia sudah cukup matang untuk menilai antara kaca dan permata. Mampu

memilih dan mengiktiraf kerajaan yang bekerja untuk rakyat dan kerajaan yang sering

mempergunakan rakyat.

Kematangan rakyat Malaysia dan kesedaran merekalah yang memungkinkan negara

ini terus aman, kerana realitinya mereka memilih kerajaan yang mampu penuhi aspirasi

zaman. Kebolehan dan daya intelektual komuniti Malaysia membolehkan negara ini terus

kukuh pentadbirannya, makmur ekonomi dan sejahtera penghidupan komunitinya.

Oleh itu adalah menjadi satu kewajipan kepada seluruh rakyat negara bangsa ini

untuk bersama-sama mempertahankan kewibawaan wilayah dan kehormatan negara

daripada terus diporak-perandakan oleh kalangan mereka yang sentiasa mengintai peluang.

Sesungguhnya pembinaan negara bangsa perlu diselarikan dengan gagasan satu Malaysia

agar matlamat perpaduan dapat dicapai.

 

3

Page 4: Waj 3106 konsep 1-malaysia

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014

 Melihat bagaimanakah   guru boleh memainkan peranan di sekolah bagi mencapai

hasrat pembinaan negara bangsa dalam konteks Satu Malaysia.

  Bagi negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia,

usaha membina Negara Bangsa adalah sangat penting untuk memastikan rakyatnya hidup

bersatu padu dalam aman dan damai. Dalam era globalisasi dan perkembangan ICT yang

pesat, usaha ini menjadi penting kerana pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja

maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan daripada

pelbagai negara. Ini boleh menjejaskan perpaduan negara. PIPP menggambarkan Bangsa

Malaysia terdiri daripada individu dan masyarakat yang mempunyai keyakinan tinggi, jati diri

kukuh, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, dapat hidup sebagai sebuah

masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal dan bertolak ansur serta berfikiran dan

berbudaya saintifik. Faktor pemangkin kepada usaha Membina Negara Bangsa ini adalah :

a)      Bahasa kebangsaan

b)      Intergrasi nasional

c)      Kewarganegaraan

d)      Patriotisme

e)      Demokrasi

            Matlamat dan dasar yang dihasratkan dalam teras Membina Negara Bangsa adalah

untuk memastikan rakyat Malaysia memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh

kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang,

demokratik, liberal dan bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu.

Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Pelajaran

Malaysia menyediakan pendidikan yang dapat menyemai nilai-nilai ini bermula di peringkat

awal pendidikan kanak-kanak lagi. Pendidikan mesti memainkan peranan untuk memupuk

dan mengekalkan semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui aktiviti kurikulum,

kokurikulum dan sukan.

4

Page 5: Waj 3106 konsep 1-malaysia

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014

Dalam teras Membina Negara Bangsa Malaysia, empat fokus utama yang digariskan dalam

PIPP adalah :

i)        Memperkasakan bahasa kebangsaan

ii)       Memantapkan perpaduan Negara dan intergrasi nasional

iii)     Memupuk kecintaan kepada seni, warisan dan budaya Negara

iv)     Memupuk kefahaman yang jelas terhadap Islam Hadhari

Dalam sebuah negara bangsa, rakyatnya berkongsi identiti, lambang, kebudayaan, nilai dan

semangat yang menjadi ciri dan hasrat negara bangsa tersebut.

 Definisi dan konsep Pembinaan Negara Bangsa

 Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum

dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada

perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi

dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja

maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari

pelbagai negara.

Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia boleh

dihuraikan seperti berikut:“…membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta

menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera,

berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama

yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa

Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa

tersebut.”(Tun Dr. Mahathir Mohamad Melangkah Ke Hadapan, 1991)

Timbalan Menteri Pelajaran,   Y.B. Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, proses

pembinaan negara bangsa tidak boleh dicapai dalam tempoh yang singkat dan peranan guru

amat penting untuk memastikan kejayaannya. Kerajaan berharap golongan guru bekerja

5

Page 6: Waj 3106 konsep 1-malaysia

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014

dengan lebih keras kerana mereka menjadi tonggak kejayaan konsep ini lantaran hubungan

rapat dengan anak-anak murid khususnya di peringkat awal.

 Peranan Guru Menjayakan Pembinaan Negara Bangsa

 Guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai yang membangkitkan semangat satu bangsa iaitu

Bangsa Malaysia di kalangan murid-muridnya bermula dari usia yang muda, seperti kata

pepatah, Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Masyarakat guru diberi amanah yang berat

kerana mereka turut berperanan membentuk akhlak serta jati diri murid. Nilai kesucian,

kesabaran, kesempurnaan dan keamanan perlu disemai di kalangan anak bangsa. Guru

juga perlu berfungsi mewujudkan rakyat berbilang bangsa yang bersatu padu dan teguh.

            Kemajuan yang dinikmati sekarang adalah hasil daripada perpaduan erat antara

pelbagai kaum di negara ini. Oleh itu aktiviti pendidikan haruslah member keutamaan

kepada usaha-usaha memupuk dan mengekalkan semangat satu bangsa dan satu negara di

kalangan pelajar. Guru dapat memainkan peranan dalam beberapa cara seperti dinyatakan

bagi mencapai hasrat Pembinaan Negara Bangsa. 

1. Memperkasakan Bahasa Kebangsaan

Bahasa Kebangsaan merupakan bahasa rasmi yang dikongsi bersama oleh pelbagai kaum

dalam perhubungan rasmi dan kehidupan masyarakat. Pelajar-pelajar perlu diberi kesedaran

tentang kepentingan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa

perpaduan dan bahasa komunikasi di Malaysia. Tanggungjawab guru untuk menyemai

semangat cintakan Bahasa Malaysia kepada generasi muda Malaysia supaya mereka fasih

berbahasa Malaysia, menghormati dan berbangga dengan bahasa Malaysia sebagai identiti

rakyat Malaysia.

            Beberapa strategi pelaksanaan ke arah memperkasakan Bahasa Kebangsaan,

memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara, menggalakkan minat membaca dan

mewujudkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara. Antara program yang telah dijalankan

seperti Bulan Bahasa dan Sastera, Bulan Membaca, kem penulisan, teater, kuiz dan

sebagainya. Ini menunjukkan komitmen guru dalam memastikan semua pelajar dapat

menguasai bahasa Malaysia.

6

Page 7: Waj 3106 konsep 1-malaysia

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014

 Rancangan Integrasi Murid-murid untuk Perpaduan

Guru-guru dan pelajar pelbagai kaum bersama-sama menyertai aktiviti yang ditentukan

seperti RIMUP. Selain menggalakkan sekolah-sekolah tiga jenis aliran berinteraksi dan

menjalin kefahaman serta memupuk semangat bertolak ansur dan muhibah di antara

mereka, murid-murid dari ketiga-tiga buah sekolah juga dapat berkumpul di bawah satu

bumbung yang sama dan menjalankan pelbagai aktiviti bersama.

Contohnya : merentas desa, perkhemahan, pertunjukan kebudayaan, sambutan hari

kebangsaan, gotong-royong untuk keceriaan sekolah dan kawasan sekitar sekolah.

Pertemuan dan bekerjasama dalam menjayakan aktiviti yang dirancang akan menyemai

perpaduan di antara pelajar. Kekerapan mereka bersama akan mengeratkan perhubungan

antara ketiga-tiga kaum walaupun mereka bersekolah di sekolah berasingan.

Peperiksaan yang seragam

            Rancangan kerajaan untuk menseragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah

diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan

adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah

terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses

menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. 

Walau di mana mereka berada, objektif peperiksaan adalah sama dan guru-guru akan

mengajar sukatan yang sama untuk pelajar-pelajarnya.

Meningkatkan Perpaduan Kaum

Pada peringkat awal sekolah, jati diri murid boleh dipupuk melalui kurikulum, program ko-

kurikulum dan sukan. Guru sebagai pendidik perlu memastikan diri bersedia untuk berusaha

lebih inovatif, proaktif, mampu mencipta kelainan dan menjadi contoh teladan yang baik

untuk memupuk nilai-nilai jati diri kepada murid-murid menerusi proses pengajaran dan

pembelajaran.

7

Page 8: Waj 3106 konsep 1-malaysia

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014

Elemen perpaduan dapat diterapkan  dalam aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan

semangat patriotik, menanamkan sifat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti

masyarakat pelbagai kaum. Contohnya pertandingan bola sepak, bola jaring, hoki, bola

baling, bercerita, nyanyian dan olahraga. Melalui aktiviti seperti ini, kerjasama antara kaum

dapat diterapkan dan perpaduan akan wujud dengan sendirinya.

1.      Penerapan Nilai Murni

Guru-guru perlu menerapkan nilai murni dalam semua matapelajaran yang diajar Penerapan

nilai-nilai murni serta penekanan yang lebih jitu dalam usaha mendidik murid-murid agar

selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Fungsi utama pendidik ialah sebagai agen

pemasyarakatan dan pembudayaan dalam menerapkan nilai-nilai tersebut.    Yang penting

adalah kesepaduan empat sifat utama iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual yang

akan menghasilkan keseimbangan dalam melahirkan individu yang berakhlak.

Matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar

tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat pelbagai kaum serta pentingnya

semangat patriotisme, kesejahteraan dan keharmonian antara kaum. Guru perlulah

memainkan peranan agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik agar objektif

mata pelajaran ini tercapai untuk menjayakan pembinaan Negara Bangsa.

8

Page 9: Waj 3106 konsep 1-malaysia

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014

Sejauh manakah konsep yang 1 Malaysia mampu membentuk perpaduan rakyat yang

berbilang bangsa?

Pembinaan Negara Bangsa Malaysia yang beridentiti nasional memerlukan usaha yang gigih

dan kerjasama padu daripada setiap golongan masyarakat dan kaum di Malaysia. Melalui

pendidikan diharapkan segala usaha menyemai semangat perpaduan, cinta dan setia

kepada negara dapat diperkembangkan serta diamalkan dalam kehidupan seharian rakyat

Malaysia.

            Pembinaan Negara Bangsa dapat memperkukuhkan perpaduan, membina identiti

nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian

dengan keperluan negara kita dalam menghadapi cabaran globalisasi. Guru diharap dapat

memainkan peranan yang penting dalam menjayakan pembinaan negara bangsa kerana

perpaduan perlu dipupuk sejak dibangku sekolah lagi agar ianya menjadi budaya hidup

masyarakat Malaysia.

Kesemua strategi pelaksanaan dan pelan tindakan dalam teras Membina Negara

Bangsa ini telah dirancang dengan mengambil semua pertimbangan yang sewajarnya,

supaya Negara Bangsa Malaysia dengan acuan sendiri dapat dihasilkan. Pemimpin institusi

pendidikan, pensyarah dan guru mempunyai peranan utama untuk membentuk anak-anak

bangsa Malaysia seperti yang dihasratkan dalam matlamat pembinaan Negara Bangsa.

Bahasa adalah faktor yang sangat penting bagi menyatukan penduduk sesebuah negara termasuk Malaysia. Satu bahasa juga merupakan kaedah paling mudah bagi memajukan dan memodenkan pemikiran rakyat yang berbilang kaum kerana dengan satu bahasa, pelbagai kumpulan etnik yang memiliki beraneka budaya, agama dan pegangan hidup dapat disatukan dalam satu wadah. Satu bahasa juga menjadikan identiti nasional dan kesetiaan kepada negara lebih kuat dan kukuh. Dalam erti kata lain, penggunaan satu bahasa membantu rakyat meningkatkan interaksi dan merapatkan jurang hubungan di

9

Page 10: Waj 3106 konsep 1-malaysia

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014

samping mengurangkan apa jua perbezaan yang ada. Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan diguna pakai dalam semua urusan kerajaan, pendidikan, perniagaan dan hubungan harian masyarakat.

Selepas hampir 57 tahun merdeka, penggunaan Bahasa Melayu semakin baik khususnya dalam kalangan generasi muda pelbagai kaum. Kejayaan ini adalah kesan daripada pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang mewajibkan penyampaian diadakan dalam bahasa kebangsaan biarpun di sekolah jenis kebangsaan. Dalam pada itu, majoriti penduduk Malaysia yang bercakap Bahasa Melayu semakin bertambah seiring dengan pertambahan penduduk. Dalam pada itu, tekanan demi tekanan yang dikenakan ke atas kerajaan untuk mendaulatkan Bahasa Melayu turut menggalakkan orang ramai memilih bahasa itu sebagai bahasa utama mereka. Pembatalan PPSMI adalah satu contoh bagaimana tekanan daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan individu menyebabkan kerajaan membatalkan pelaksanaan program ini di peringkat nasional.

Walaupun pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan seringkali dikesampingkan khususnya dalam perniagaan, Bahasa Melayu semakin diterima umum. Ini dapat dilihat apabila penyiaran program televisyen, radio, penerbitan, iklan di media elektronik semakin sensitif dengan Bahasa Melayu.Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam menguruskan perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Berikutan peristiwa itu, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan.

Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara ini pada waktu itu. Antara tugas jabatan ini ialah mengkaji dan menyelidik sikap antara kaum. Kajian berkenaan adalah untuk memupuk semangat muhibah antara kaum selain daripada merapatkan semula hubungan di antara rakyat dan kerajaan yang telah terjejas. Sejak penubuhannya pada tahun 1969 itu, Jabatan Perpaduan Negara telah mengalami perubahan-perubahan seperti berikut.

Tahun 1972 Jabatan Perpaduan Negara telah dicantumkan dengan Pejabat Muhibah Negara dan dijadikan Kementerian Perpaduan Negara.Tahun 1974 ditukar nama dari Kementerian Perpaduan Negara kepada Lembaga Perpaduan Negara dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.Tahun 1980 Lembaga Perpaduan Negara dicantumkan dengan Urusetia Rukun Tetangga dan dinamakan Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri.Tahun 1983 Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara diubah kembali kepada nama asalnya iaitu Jabatan Perpaduan Negara.Tahun 1990 Pada 27 Oktober 1990, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.Tahun 2004 Pada 27 Mac 2004, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri dan dinamakan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional.

10

Page 11: Waj 3106 konsep 1-malaysia

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014

Tahun 2008Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan. Tahun 2009Pada 9 April 2009, Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional telah diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri.Walau apapun nama yang telah diberikan kepada agensi perpaduan ini, status dan peranannya tetap sama iaitu bertanggungjawab menjaga perpaduan rakyat. Ia bertindak memupuk dan memelihara semangat muhibah, mempastikan hubungan masyarakat sentiasa positif dan mempastikan masalah perkauman sentiasa terkawal setiap masa.

Bagi memahami secara lebih jelas tentang program-program Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta isu-isu perpaduan dan integrasi nasional, beberapa konsep dan istilah yang berkaitan perlu difahami.Perpaduan Negara satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. (Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara, Februari 1992) Integrasi Nasional

Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. (Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun 1991) Bangsa Malaysia Satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang sama dan diperkongsikan. Sejahtera dan bersatu padu di antara wilayah atau kumpulan etnik. Hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan cara yang sebenar dan adil. Satu Bangsa Malaysia yang kesetiaannya, politik dan kebaktiannya tertumpu kepada bangsa tersebut. (Tun Dr. Mahathir Mohamad, September 2003).

Kegiatan Jabatan Perpaduan Negara Jabatan Perpaduan Negara (JPN) yang bertanggungjawab mengawal, memupuk dan memelihara perpaduan telah merangka berbagai-bagai strategi seperti (1) menggalakkan perpaduan masyarakat dan integrasi nasional, (2) mencegah konflik antara kaum, masyarakat dan wilayah, (3) menerapkan nilai-nilai kewarganegaraan ke arah pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu, (4) mengesan dan menilai perhubungan antara kaum dan masyarakat, dan (5) menyelaraskan

11

Page 12: Waj 3106 konsep 1-malaysia

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014

program dan aktiviti perpaduan dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pihak-pihak yang terlibat dengan perpaduan.

Bagi mewujudkan perasaan muhibah, setia kawan, kerjasama dan toleransi, JPN merancang program yang bersifat ‘menggalak dan mencegah’ bagi memberi ruang kepada penduduk untuk meningkatkan interaksi dan kenal-mengenal antara satu sama lain. Kumpulan sasar JPN ialah rakyat Malaysia khususnya kelompok dewasa, wanita dan belia yang terlibat dalam kegiatan Rukun Tetangga. Bagi kanak-kanak, Tabika Perpaduan disediakan bagi pendidikan prasekolah.Kebanyakan aktiviti JPN bercorak kemasyarakatan dan sosial di samping aktiviti yang mudah diterima oleh semua pihak. Antaranya ialah skim rukun tetangga, tabika perpaduan, sukan rakyat, majlis muhibah, majlis kebudayaan, pertandingan bakat, gotong-royong, jiran muda dan wanita, kelas perpaduan rakyat dan kelas vokasional. Selain itu, penerbitan juga menjadi fokus JPN. Risalah dan majalah ‘Balai Muhibah’, akhbar ‘Jiran’ dan jurnal ‘Negara’ diterbitkan bagi memberi penerangan tentang sesuatu kaum dan aktiviti-aktiviti agensi. Penyelidikan dan kajian dilaksanakan bagi mengumpul data status perhubungan kaum dan integrasi nasional. Pelaksanaan kajian diharap dapat membantu kerajaan memahami persoalan dan isu-isu berbangkit berkaitan perhubungan kaum.

12