Wang Tahun 4

12
Bidang: Nombor dan Operasi Tajuk: Wang hingga RM10 000 Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: Mendarab nilai wang. Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: Mendarab nilai wang dengan nombor hingga dua digit, 10, 100, dan 1000 dalam lingkungan RM 10 000. Masa: 60 minit (2 waktu) Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi 1. Persediaa n Pemerhati an dan Analisis a. Murid diminta memerhati beberapa item/gambar yang mengandungi harga ditampal di papan hitam. contoh: komputer, televisyen atau radio. i. Komputer manakah yang kamu akan pilih? ii. Berapakah harganya? iii. Berapakah agaknya yang perlu dibayar jika kamu membeli 3 buah komputer yang sama? Bagaimana jika kamu membeli 5 buah televisyen? Berapakah anggaran harga yang perlu kamu bayar? (bimbing murid untuk membuat anggaran) RM 2 345

description

-

Transcript of Wang Tahun 4

Bidang: Nombor dan Operasi

Tajuk:Wang hingga RM10 000

Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:Mendarab nilai wang.

Standard Pembelajaran:Murid berupaya untuk:Mendarab nilai wang dengan nombor hingga dua digit, 10, 100, dan 1000 dalam lingkungan RM 10 000.

Masa: 60 minit (2 waktu)

FasaCadangan Aktiviti

Cadangan Komunikasi

1. Persediaan

Pemerhatian dan Analisis

a. Murid diminta memerhati beberapa item/gambar yang mengandungi harga ditampal di papan hitam.contoh: komputer, televisyen atau radio.

RM 2349RM 2499RM 1735

(Guru juga boleh menggunakan pamplet iklan jualan seperti Court Mamoth) b. Murid diminta meneka harga bagi 5 buah televisyen dan juga harga bagi 3 buah komputer.

(murid membuat anggaran harga)

c. Murid dipanggil secara rawak untuk meneka harga tersebut.

d. Murid diminta membuat pengiraan dan mendapatkan jawapan sebenar bagi 3 buah komputer

e. Murid dibimbing membuat pengiraan dengan betul menggunakan kaedah yang betul.

i. Komputer manakah yang kamu akan pilih?

ii. Berapakah harganya?

iii. Berapakah agaknya yang perlu dibayar jika kamu membeli 3 buah komputer yang sama?

Bagaimana jika kamu membeli 5 buah televisyen?

Berapakah anggaran harga yang perlu kamu bayar?

(bimbing murid untuk membuat anggaran)

iv. Bagaimana kamu membuat pengiraan?

v. Berapakah harga sebenar bagi 3 buah komputer tersebut?

221

RM2499.00

3

RM7497.00

2499

722721063

7497

Imaginasi

Penjanaan ideaa. Setiap murid diberikan kad imbasan yang berlainan.

Contoh :

RM 1329.50RM 2489.00RM 1199.00RM 2100.20

b. Murid diminta bergerak untuk memadankan nilai yang sama yang ada pada kumpulan lain.

c. Murid yang dapat memadankan nilai mereka dikehendaki berdiri bersebelahan.

d. Murid diminta mencari jumlah wang berdasarkan kad imbasan yang mereka ada.

RM 1 329.50RM 1 329.50RM 1 329.50

Murid A Murid B

Murid C

e. Kembangkan kemahiran murid dengan mendarab 10, 100 dan 1000

f. Perkukuhkan kemahiran murid melalui lembaran kerja 1(a) dan 1(b)

i. Kamu dikehendaki bergerak mencari pasangan yang mempunyai nilai wang yang sama dengan kamu.

ii. Berdiri bersebelahan dengan pasangan kamu sama ada dua atau tiga.

iii. Jumlahkan nilai wang yang ada pada kamu.

(Murid dibimbing untuk melakukan operasi sama ada secara darab atau tambah berulang)

Tekankan kepada murid bahawa darab juga merupakan tambah berulang

RM 1 329.50 3

RM 329.50 + RM 329.50 + RM 329.50

RM289.00 10 RM90.00 100 RM2.80 1000

Perkembangan

a. Murid dibahagikan kepada kumpulan berempat. Setiap kumpulan diberi wang contoh sebanyak RM5000.00

b. Bawa murid ke luar kelas untuk melakukan aktiviti jual beli.

c. Setiap kumpulan diberi senarai barang yang berbeza yang perlu dibeli.

d. Kumpulan yang menjual barang perlu menulis bil barangan yang di beli.

Contoh bil:

BarangKuantitiHarga seunitJumlah

Kasut2RM150.00

Baju4RM 79.90

Beg2RM 49.00

Pensil12RM 1.20

e. Setiap kumpulan yang mendapat bil perlu mengira jumlah harga yang di beli.

f. Bil yang telah siap perlu di pamerkan (perbetulkan kesilapan murid)

i. Kamu akan diberi senarai barang yang akan dibeli.

ii. Dapatkan bil barang yang dibeli dan kira jumlah perbelanjaan kamu.

iii. Pamerkan bil kamu selepas mengira jumlah keseluruhan perbelanjaan.

Tindakan

a. Edarkan lembaran kerja 2 dan Lembaran Kerja 3 kepada setiap murid.b. Bincangkan hasil kerja murid.

(Lembaran kerja boleh ditambah mengikut keupayaan murid)

i. Selesaikan tugasan yang diberi.

Pentaksiran

Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2 dan lembaran kerja 3. Murid perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya.

Nilai dan SikapWujudkan semangat keusahawanan, berjimat cermat dan terapkan sifat berkerjasama terutama sewaktu melakukan aktiviti di luar bilik darjah.

Lembaran kerja 1(a)

Penuhkan jadual di bawah

X 10X 100X1000

RM2.00

RM5.50

RM7.25

RM9.99

RM10.00

X 5X 12X30

RM5.00

RM15.50

RM45.25

RM189.99

RM325.00

LEMBARAN KERJA 1(b)

Jawab semua soalan di bawah. Tunjukkkan jalan pengiraan yang kemas sistematik.

RM 324.00 x 23 =

RM89.65 x 1000 =

RM 560.30 x 16 =

RM 643.25 x 13 =

RM 230.00 x 28 =

RM98.95 x 1000 =

RM 289.65 x 10 =

RM 89.90 x 100 =

RM 87.90 x 100 =

RM 221.00 x 45 =

LEMBARAN KERJA 2

Suaikan jawapan anda.

RM 9450.00RM 9.45 x 1000RM 6960.00RM 8490.00RM 228.00 x 32RM 6310.00RM348.00 x 20RM 84.90 x 100RM 623.10 x 10\

RM 7296.00

LEMBARAN KERJA 3

Kamu dikehendaki mencatat simpanan yang mampu dibuat oleh rakan kamu sebulan dan dapatkan jumlah simpanan rakan-rakan kamu selama setahun. Rekodkan dalam jadual sebagaimana contoh yang diberi.

BILNAMA RAKANSIMPANANSEBULANSIMPANAN SETAHUN

1.Contoh :

MUHAMMAD ALIF HAKIMI

RM 15.00RM 15.00 x 12

RM 60.00

2.

3.

4.

5.

6.

BILNAMA RAKANSIMPANANSEBULANSIMPANAN SETAHUN

7.

8.

9.

10.

11.

12.