Wansana Pendidikan KKP

8
Pengenalan Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, terdapat lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan (Ekshibit 7). Keberhasilan yang ditetapkan ini adalah selari dengan aspirasi yang turut disuarakan oleh peserta semasa Dialog Nasional dan setanding juga dengan keberhasilan yang ditetapkan oleh sistem pendidikan berprestasi tinggi yang lain. Tindakan bagi merealisasikan lima aspirasi berkenaan adalah penting, dan tidak ada inisiatif dalam mana- mana aspek berkenaan yang boleh menjejaskan atau menghalang kemajuan yang lainnya..Untuk mencapai objektif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, keberhasilan keempat harus ditekankan, iaitu perpaduan. Hal ini kerana melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid akan belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia. Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia. Integrasi dan perpaduan kaum yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui Dasar Pendidikan berdepan dengan cabaran dan halangan yang besar. Salah satu cabaran utama untuk mencapai perpaduan kaum ini ialah aspek dalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan keturunan yang mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum. Perbezaan ini menyebabkan setiap kaum di negara ini sukar untuk menerima perubahan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan dalam dasar pendidikan, kerana pada sangkaan mereka ia melibatkan penerimaan dan

description

1456

Transcript of Wansana Pendidikan KKP

Page 1: Wansana Pendidikan KKP

Pengenalan

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, terdapat lima keberhasilan bagi

sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan

kecekapan (Ekshibit 7). Keberhasilan yang ditetapkan ini adalah selari dengan aspirasi yang

turut disuarakan oleh peserta semasa Dialog Nasional dan setanding juga dengan keberhasilan

yang ditetapkan oleh sistem pendidikan berprestasi tinggi yang lain. Tindakan bagi

merealisasikan lima aspirasi berkenaan adalah penting, dan tidak ada inisiatif dalam mana-

mana aspek berkenaan yang boleh menjejaskan atau menghalang kemajuan yang

lainnya..Untuk mencapai objektif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,

keberhasilan keempat harus ditekankan, iaitu perpaduan. Hal ini kerana melalui interaksi

bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid

akan belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan

suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia.

Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid

berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas

perpaduan rakyat Malaysia.

Integrasi dan perpaduan kaum yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui Dasar

Pendidikan berdepan dengan cabaran dan halangan yang besar. Salah satu cabaran utama

untuk mencapai perpaduan kaum ini ialah aspek dalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan,

kepercayaan dan keturunan yang mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum. Perbezaan ini

menyebabkan setiap kaum di negara ini sukar untuk menerima perubahan yang ingin

dilaksanakan oleh kerajaan dalam dasar pendidikan, kerana pada sangkaan mereka ia

melibatkan penerimaan dan pengorbanan iaitu mereka terpaksa menerima unsur kaum lain dan

mengorbankan unsur kaum sendiri. Situasi sebegini pasti akan mendapat tentangan daripada

pelbagai kaum kerana unsur keturunan, kepercayaan, budaya dan bahasa sudah menebal

dalam kaum masing-masing.

Sehubungan ini, perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah

dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang

ini berkekalan .Hal ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini

seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada

rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa

berdarah ini.

Page 2: Wansana Pendidikan KKP

Oleh itu, perpaduan penting agar kejadian yang sama tidak akan berulang. Dalam

nada yang sama kita akan dapat mengekalkan kestabilan politik jika kejadian rusuhan kaum ini

dapat dielakkan oleh semua anggota masyarakat yang memiliki semangat nasionalisme dan

patriotik yang tinggi. Antara langkah-langkah untuk mengukuhkan bagi perpaduan dalam

kalangan murid adalah seperti berikut:

2.0 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Melalui keberhasilan kelima, iaitu integrasi dan perpaduan.pihak kerajaan telah

melaksanakan beberapa kempen dan program yang mampu mengekal dan memantapkan

perpaduan kaum di negara ini. Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang

oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun

iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan

perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari

pelabagai aspek seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa

Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan,

Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan,

Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu

Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan

Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti

perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua program, pelan

dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat dapat

melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini.

Selain itu, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan

program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini

pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua

sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya

dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman

dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan

timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum

dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk

bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina

agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kea rah

merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan

Page 3: Wansana Pendidikan KKP

harmoni.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan sambil belajar, kursus motivasi, kem

perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran kebudyaan dan persembahan pentas.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan hendak mewajibkan remaja yang

berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul

kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam

sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara.

Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk

bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-

aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal

bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.

Di samping itu, perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan

yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara

ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan

menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun,

sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja

tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat

perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan

seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan

aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti

kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang

perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat

yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama

Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa

serta akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan

kepentingan pemupukan budi bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhi

dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini

mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati

ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya,

Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w,

Slogan 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang

diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2

April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik

Page 4: Wansana Pendidikan KKP

dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya

bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran

dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang

seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir

Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Penutup

Untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di negara ini bukanlah suatu tugas yang

mudah. Proses untuk mencapai perpaduan dan integrasi mengambil masa yang lama serta

memerlukan perancangan yang teliti, tepat dan bijaksana. Bidang pendidikan merupakan

bidang yang paling penting dan sesuai untuk mencapai hasrat kerajaan menyatupadukan dan

mengintegrasikan pelbagai kaum. Oleh yang demikain, pelbagai dasar pendidikan telah

dirancang dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sesuai dengan suasana dan

keadaan semasa untuk mencapai matlamat tersebut.  Setiap dasar yang dilaksanakan oleh

kerajaan telah  menghadapi tentangan dan cabaran yang berbeza daripada pelbagai kaum di

negara ini. Seringkali faktor sikap mementingkan kaum sendiri melebihi kepentingan negara

menjadi penghalang kejayaan sesuatu dasar. Justeru itu, untuk mencapai perpaduan kaum

secara mutlak semua pihak perlu meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dan

kaumnya. Sekiranya sikap ini tidak dapat dipraktikkan oleh semua kaum, hasrat untuk

mencapai perpaduan dan integrasi di negara ini hanya menjadi angan-angan yang tidak

mungkin dapat dicapai.

Page 5: Wansana Pendidikan KKP

Rujukan

Affiiqka Humaira Abdullah.(2012). Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025

mentransformasi pendidikan negara. [Online], [Diakses: 19 Februari 2013 ]. Boleh

didapati: http://www.beritakampus.usm.my /index.php/utama/rencana-kampus/140-

pelan-pembangunan-pendidikan-2013-2025-mentransformasi-pendidikan-

negara?tmpl=%20component&type=raw

Azmy Mohamed. (2013, Julai 5). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-

2025: Transformasi Profesion Perguruan Negara,Utusan Malaysia.

Adzly Izab.(2013, September 7). Menganjak Pendidikan Negara, Utusan Malaysia.

Halimah Harun. (2006). Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih, Fakulti

Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Pendidikan 31, 83-96.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-

2025, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mohammed Sani Ibrahim. (2007). Profesion Perguruan. Fakulti Pendidikan Universiti

Kebangsaan Malaysia. Selangor.

Page 6: Wansana Pendidikan KKP

Mohd Nasaruddin Parzi.(2013, Ogos 19). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025: Menuju kelas dunia, Berita Harian.

Nor Hartini binti Saari. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-

2025: Transformasi Profesion Perguruan Negara [Online], [Diakses: 19 Februari

2013 ].Boleh didapati http://www.ikim.gov.my/ index.php/ms/berita-harian/8557-

pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-pppm-2013-2025-transformasi-profesion-

perguruan-negara