Warisan Kesenian Pelbagai Kaum (Sivik)

13
Warisan Kesenian Pelbagai Kaum 2 Arif Puan Mahani

description

sila tengok muaha peace yow

Transcript of Warisan Kesenian Pelbagai Kaum (Sivik)

Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

2 ArifPuan Mahani

Alat Muzik

Rebab

Rebabmerupakan sejenisalat muzik bertaliyang berasal dariAfghanistan. Rebab menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Rebab dianggap merupakan keluargakecapi. Badan rebab lazimnya dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan tirus ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Di sisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang di bahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Busurnya dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi.

Puput serunai

Serunai, atau juga disebutpuput serunai, adalah nama alat muzikaerofonik(tiup) yang terkenal sebagaialat muziktradisional bagi masyarakatMinang. Bahagian yang unik bagi serunai ialah bahagian hujungnya yang mengembang, berfungsi untuk memperbesarvolumesuara. Puput serunai biasanya dimainkan dalam acara-acara adat yang ramai, seperti upacaraperkahwinan dan sebagainya. Alat muzik ini juga biasa dimainkan secara bebas, baik perseorangan, pada saat menanampadiatau saat bekerja di ladang. Muzik serunai juga popular untuk mengiringi pertunjukanpencak silat masyarakatMinang. Dalam sesebuah penampilan, serunai dapat dimainkan secara solo (sendirian), dan dapat digabungkan dengan alat muzik tradisional yang lainnya, sepertigendangdan sebagainya. Dalam permainan wayang kulit Kelantan, serunai menjadi salah satu alat yang penting untuk mengiringi lagu-lagu yang dikehendaki oleh dalang di samping alat muzik yang lain seperti gong, gendang, geduk, gedombak, canang, dan kelenang.Gong

Gongmerupakan sejenisperalatan muzik'idiophone' yang berasal dariAsia SelatandanAsia Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainanwayang kulitdiIndonesia. Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzikgamelan.Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Gong telah banyak dijumpai di seluruh semenanjungIndochinadan kepulauanNusantaraebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional.Permainan

Congkak

Congkakadalah sejenispermainantradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli. Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong.Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".

Batu seremban

Batu SerembanatauSerembatialah sejenispermainantradisional yang dimainkan diMalaysia. Selambut adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung, manakala di pantai barat semenanjung permainan ini dikenali sebagai Seremban. Ia biasanya dimainkan olehkanak-kanakperempuan secara individu atau secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang.Permainan selambut cuma memerlukan beberapa biji buah. Guli kaca, biji getah, anak batu kerikil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasa digunakan, lazimnya sebanyak lima biji. Selain itu, karung kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga, pasir dan sebagainya juga digunakan.Permainan ini sering dimainkan di waktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah, di taman atau di mana sahaja yang terdapat permukaan yang rata dan bersih. Para pemain duduk di atas lantai, dan bermain mengikut giliran.Gasing

Gasingmerupakan sejenispermainanyang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orangMelayusejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.Gasing dibuat daripadakayu bebaru,kemuning,merbau,rambai,durianataukundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.TarianTarian asyik

Tarian Asyikmerupakan sejenistarian Melayuklasik dari daerah - daerah diKelantanyang ditarikan di istana raja - raja Kelantan danPatani. Asyikbererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak - geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di Istana. Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik. Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan dihadapan raja dan permaisuri. Penari asalnya dalam pakaian berkemban, dengan tali pinggang dan mahkota kecilTarian Zapin

Tarian Zapin(Jawi:) merupakan sejenistarian rakyatMelayutradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakanArabdan dikatakan berasal dariYaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semenjung Tanah Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti diMalaysia,Brunei,SingapuradanIndonesia. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah:

Kuda Kepang

Tarian Kuda Kepangmerupakan sejenistarian rakyatMelayutraditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsurIslamjelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperangan Rasulullah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.Tarian Kuda kepang amat digemari oleh pendudukJohor, terutamanya dari keturunan Jawa. Kuda kepang ini biasanya dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik.Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya akan mempunyai seorang ketua. Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakantaliuntuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang larang bagi mereka yang menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau akan menimpa musibah.Tarian kuda kepang tradisi dikatakan memiliki banyak jampi serapah, dan pemain yang menarikannya boleh menjadi lupa. Mata penari yang berada dalam keadaan ini berkilauan, tidak boleh bercakap, manakala pergerakan dan kelakuan mereka menyerupai kuda. Hakikatnya, situasi seseorang penari itu bergantung kepada kekuatan roh juga niat atau azam diri. Faktor lain ialah makhluk yang menyerap dalam tubuh yang dipanggil atau diseru melalui rangkaian jampi mantera yang dituturkan oleh pawang yang mengetuai kumpulan, perasapan kemenyan, sajian yang dihidangkan, juga bunyi gendang dan gong yang dipalu. Mereka yang dirasuk dikatakan mampu melakukan perkara-perkara merbahaya seperti memakan kaca atau juga mengupas kelapa dengan gigi. Disebabkan itu, tarian kuda kepang yang masih mengamalkan jampi serapah difatwakan sebagai bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Seni binaMasjid

Masjid() adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, sepertisolatdan iktikaf, bagi orangIslam. Bangunan ini juga merupakan pusatkebudayaan, muamalat, dan perkembangandakwahIslamiah, serta pusat aktiviti umatIslam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malahperdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi. Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuksolat Jumaatmelebihi tiga kali. Tempat solat yang tidak mengadakan solat Jumaat lebih dikenali sebagai surau atau musala.Kuil

Kuilmerujuk kepada struktur bagi aktiviti keagamaan atau rohani, seperti memuja dan pengorbanan, atau upacara analogous. Sesebuahkuilmempunyai kawasan suci sebagaimana ditakrifkan oleh sami, atau paderi. Sungguhpun kuil bukanlah secara teknikalnya "rumah para dewa tetapi diagram bagi kuil Rom menyambung geometri langit danbumi, ia turut membayangkan tempat kediaman dewa atau para dewa. Tradisi ini semenjak zaman purba. Bagi Mesir Purba, perkataanprboleh merujuk kepada rumah, juga struktur suci kerana ia dipercayai bahawa dewa duduk dalam rumah.Gerbang

Gerbangataulengkunganadalah suatu binaan terbuka dan melengkung yang diatasnya beratapkan dengan paduan binaan yang biasanya adalah batuan. Lengkungan gerbang boleh jadi dalam bentuk ala bulatan, bujur ataupun tajam diatas sepertipiramid. Namun, gerbang ataupun lengkungan tidaklah padat binaannya, binaan gerbang biasanya bertiang dua di tepi dan ruang tengahnya terbuka luas dan membolehkan udara bergerak bebas dari muka ke muka. Gerbang-gerbang pada hari dibina menggunakan lebihan batuan-batuan kecil atau bongkah batu-bata yang digunakan dalam membuat bangunan. Gerbang dicipta bagi mendapat suatu pemandangan yang menarik dan damai. Batu yang terdapat dipuncak tertinggi diatas sesuatu gerbang dikenali sebagai "batu kunci" atau "keystone", ini bagi memastikan batuan yang menjadi bahan asas dalam pembuatan gerbang tidak terjatuh. Gerbang atau lengkungan boleh diletakkan diatasjalan raya, bawahjambatan, pintu masuk utama atau ditingkap-tingkap. DiMalaysia, gerbang yang paling popular akan struktur binaan dan nilai warisannya adalahKota Darul Ehsan.Gerbang agak berbeza sedikit denganIwankerana Iwan mempunyai binaan tembok tertutup dibahagian dalamnya.

TAMAT