file · Web viewAsas kepercayaan manusia ioitu rukun iman ada enam perkara yang...

7
Year / Tahun 11 Tauhid Qada & Qadar PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR Asas kepercayaan manusia ioitu rukun iman ada enam perkara yang menjadikan seseorang itu muslim sejati dan tulin dengan amalan yang diredhai oleh Allah S.W.T di dunia dan di akhirat. Berpegang teguh dengan kepecayaan di atas hidup kita akan selamat di dunia dan akhirat. Sebagai rukun yang terakhir Qada dan Qadar merupakan masalah besar dan boleh menimbulkan persoalan yang rumit untuk diberi jawapan. Perbahasan dan perbincangan mengenainya sentiasa hangat dikalangan umat Islam dan setiap kali pula menemui kegagalan untuk mendapat atau mencapai jawaban yang memuaskan. Qada dan Qadar merupakan suatu ujian yang besar terhadap keyakinan seseorang Islam yang menyedarinya bahawa dia sungguh lemah dan kurang serta sentiasa berhajat kepada pertolongan Allah S.W.T. PANDANGAN ISLAM DALAM PERBAHASAN QADA DAN QADAR Rasulullah S.A.W sendiri tidak suka umatnya berbahas dan bertengkar mengenai dengan Qada dan Qadar dengan tujuan menyelamatkan aqidah mereka supaya tidak rosak. Masalah Qada dan Qadar adalah satu masalah yang sangat rumit untuk diselesaikan oleh fikiran manusia. Qada dan Qadar adalah masalah urusan Allah S.W.T dan ciptaannya. Allah S.W.T menciptakan sekalian makhluk dengan qada dan qadarnya. Tidak siapa yang dapat mengetahui urusan Allah S.W.T mencipta sesuatu yang dikehendakinya. Penetapan Allah S.W.T berlakunya sesuatu pada makhluknya sejak azali lagi. Contohnya: Api ialah sejenis benda yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T sejak azali bersifat mebakar dan kertas yang kering boleh terbakar. PENGERTIAN QADA DAN QADAR QADAR QADA 1

Transcript of file · Web viewAsas kepercayaan manusia ioitu rukun iman ada enam perkara yang...

Page 1: file · Web viewAsas kepercayaan manusia ioitu rukun iman ada enam perkara yang menjadikan seseorang itu muslim sejati dan tulin dengan amalan yang diredhai oleh Allah S

Year / Tahun 11Tauhid

Qada & Qadar

PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR

Asas kepercayaan manusia ioitu rukun iman ada enam perkara yang menjadikan seseorang itu muslim sejati dan tulin dengan amalan yang diredhai oleh Allah S.W.T di dunia dan di akhirat.

Berpegang teguh dengan kepecayaan di atas hidup kita akan selamat di dunia dan akhirat.

Sebagai rukun yang terakhir Qada dan Qadar merupakan masalah besar dan boleh menimbulkan persoalan yang rumit untuk diberi jawapan.Perbahasan dan perbincangan mengenainya sentiasa hangat dikalangan umat Islam dan setiap kali pula menemui kegagalan untuk mendapat atau mencapai jawaban yang memuaskan.Qada dan Qadar merupakan suatu ujian yang besar terhadap keyakinan seseorang Islam yang menyedarinya bahawa dia sungguh lemah dan kurang serta sentiasa berhajat kepada pertolongan Allah S.W.T.

PANDANGAN ISLAM DALAM PERBAHASAN QADA DAN QADAR Rasulullah S.A.W sendiri tidak suka umatnya berbahas dan bertengkar mengenai dengan Qada dan Qadar dengan tujuan menyelamatkan aqidah mereka supaya tidak rosak.Masalah Qada dan Qadar adalah satu masalah yang sangat rumit untuk diselesaikan oleh fikiran manusia. Qada dan Qadar adalah masalah urusan Allah S.W.T dan ciptaannya.Allah S.W.T menciptakan sekalian makhluk dengan qada dan qadarnya. Tidak siapa yang dapat mengetahui urusan Allah S.W.T mencipta sesuatu yang dikehendakinya.

Penetapan Allah S.W.T berlakunya sesuatu pada makhluknya sejak azali lagi.

Contohnya:Api ialah sejenis benda yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T sejak azali bersifat mebakar dan kertas yang kering boleh terbakar.

Berlakunya kejadian mengikut ketetapan yang ditakdirkan oleh Allah S.W.T sejak azali lagi.

Contohnya:Apabila kertas yang kering disentuh oleh api, maka berlakulah kebakaran mengikut ketetapan Allah S.W.T yang azali.

1. Umat Islam wajib mempercayai bahawa Allah S.W.T telah menetapkan bagi semua makhluk dan segala hal yang berlaku.

PENGERTIAN QADA DAN QADAR

QADAR

QADA

MEMPERCAYAI QADA DAN QADAR

1

Page 2: file · Web viewAsas kepercayaan manusia ioitu rukun iman ada enam perkara yang menjadikan seseorang itu muslim sejati dan tulin dengan amalan yang diredhai oleh Allah S

(Segala hal yang berlaku terhadap makhluknya adalah berdasarkan ketetapan Allah sejak azali).

2. Dari sekcil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya adalah mengikut pelan ketetapan Allah S.W.T yang tidak boleh terkeluar walaupun sedikit.

3. Apabila berlakunya sesuatu peristiwa ( qada ) daripada sesuatu sebab adalah mengikut ketetapan Allah yang azali lagi.

Firman Allah S.W.T:

وما تشاءون اال أن يشأ اللهErtinya: “Tidak berlaku apa yang kamu kehendaki melainkan apa yang dikehendaki Allah “

1- Menunjukkan kebesaran dan keagungan Allah S.W.T yang berkuasa terhadap sekalian makhluk, akan mengukuhkan lagi keimanan seseorang kepada Allah S.W.T.

2- Memelihara diri daripada sifat sombong, takabur, dan megah diri dengan kejayaan yang dicapai kerana manusia harus sedar bahawa semua itu adalah kurnia Allah S.W.T.

3- Supaya memberi ketenagan jiwa, ketenteraman dan sabar dalam menghadapi sebarang dugaan dan reda dengan apa yang diterimanya.

4- Memelihara diri daripada sifat putus asa apabila menemui kegagalan kerana manusia akan sedar bahawa kegagalan itu adalah ujian daripada Allah S.W.T

5- Menambahkan keikhlasan atas segala yang dilakukan kerana yakin bahawa segala urusan hidup adalah dibawah kekuasaannya.

6- Mengalakkan manusia giat dan kuat berusaha dan berikhtiar.

DALIL WAJIB PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR

HIKMAT BERIMAN DENGAN QADA DAN QADAR

BAHAGIAN QADA DAN QADAR

BAHAGIAN QADA

Qada Muallaq

Qada Mubram

Yang dilaksanakan atau ditetapkan oleh Allah S.W.T yang dapat berubah mengikut kerasmian waktu dan keadaan.

Qada yang umum dilaksanakan atau ditetapkan oleh Allah S.W.T tanpa berkait dengan sebarang sebab ini tetap akan berlaku dan tidak mungkin berubah dalam sebarang keadaan.

2

Page 3: file · Web viewAsas kepercayaan manusia ioitu rukun iman ada enam perkara yang menjadikan seseorang itu muslim sejati dan tulin dengan amalan yang diredhai oleh Allah S

Antara golongan-golongan yang berselisih pendapat mengenai dengan qada dan qadar ialah:

KETERANGAN:

PERSELISIHAN PENDAPAT MANUSIA DI SEKITAR QADA DAN QADAR

Jabariah

Qadariah

Muktazilah

Ahli Sunnah

Wal

Jabariah

Yang dilaksanakan atau ditetapkan oleh Allah S.W.T yang dapat berubah mengikut kerasmian waktu dan keadaan.

Qada yang umum dilaksanakan atau ditetapkan oleh Allah S.W.T tanpa berkait dengan sebarang sebab ini tetap akan berlaku dan tidak mungkin berubah dalam sebarang keadaan.

BAHAGIAN QADAR

Peraturan alam yang tidak berubah

Contoh: Perjalanan siang dan malam, bulan, bintang, matahari dan sebagainya.

Merupakan perbuatan dan untung nasib yang menimpa manusia dan makhluk-makhluk yang lain.

3

Page 4: file · Web viewAsas kepercayaan manusia ioitu rukun iman ada enam perkara yang menjadikan seseorang itu muslim sejati dan tulin dengan amalan yang diredhai oleh Allah S

Manusia tidak mempunyai ikhtiar sama sekali dalam menentukan nasibnya sama ada baik atau jahat, kerana semua adalah bergantung kepada takdir Allah S.W.T semata-mata.

Alasannya:- Pengetahuan dan kudrat Allah S.W.T meliputi segala-galanya.

Kelemahannya:- Aliran ini mengatakan manusia tidak mempunyai kuasa langsung. Jadi Allah S.W.T

yang melakukan segalanya lalu meletakkan kesalahan dan menghukum manusia di atas kesalahan yang berlaku. Ini memberikan ruang kepada kezaliman Allah S.W.T, padahak Allah suci daripada sifat zalim.

Sesuatu yang berlaku pada manusia itu bukanlah ditentukan oleh takdir Allah S.W.T tetapi daripada manusia itu sendiri.

Alasannya:- Manusia telah dipertanggungjawabkan segala amalan manusia sama ada baik atau

jahat. Amalan yang baik dibalas baik dan amalan jahat dibalas jahat.

Kelemahannya:- Aliran ini mengatakan manusia berkuasa penuh. Ini menunjukkan adanya dua

kuasa iaitu Allah dan manusia. Ini adalah syirik kerana menduakan Allah S.W.T atau menyekutukan Allah dengan manusia dan menunjukkan Allah tidak berkuasa ke atas hambanya.

Takdir Allah S.W.T yang berlaku pada manusia itu hanya dalam kerja-kerja kebajikan saja manakala kerja-kerja kejahatan adalah daripada ikhtiar manusia itu sendiri.

Alasannya:- Mereka mencampurkan takdir Allah S.W.T dengan ikhtiar manusia dalam

menentukan nasib seseorang manusia.Kelemahannya:- Aliran ini berpendapat mewajibkan balasan Allah S.W.T ke atas

makhluknya. Ini menunjukkan ada kuasa lain yang boleh mengalahi atau memaksa Allah S.W.T.

Segala sesuatu yang berlaku pada makhluk ini semuanya ditakdirkan oleh Allah S.W.T tetapi apa yang kita nampak pada lahirnya diusahakan oleh manusia dengan ikhtiarnya berpandukan akal fikiran yang diberi oleh Allah S.W.T

Alasannya:- Allah maha berkuasa dan manusia diberi ganjaran mengikut usaha dan

ikhtiar mereka sendiri.

Qadariah

Muktazilah

Ahli Sunnah Wal Jamaah ( As’ariah )

4

Page 5: file · Web viewAsas kepercayaan manusia ioitu rukun iman ada enam perkara yang menjadikan seseorang itu muslim sejati dan tulin dengan amalan yang diredhai oleh Allah S

KENAPAKAH FAHAMAN MEREKA SALAH?

1- Golongan Jabaraih: menolak sama sekali usaha dan ikhtiar manusia dalam menentukan nasibnya kerana ini semua adalah ditentukan oleh Allah S.W.T.

2- Golongan Qadariah: manusia sendiri yang menentukan nasibnya bukannya takdir Allah S.W.T

3- Golongan Muktazilah : mengambil jalan tengah dengan mencampurkan diantara dua golongan tadi iaitu mencampurkan takdir Allah S.W.T dengan ikhtiar manusia dalam menentukan nasib seseorang manusia. Dan ini membawa kita mempercayai bahawa Allah S.W.T itu lemah.

PENDAPAT YANG PALING SESUAI?

Pendapat yang paling sesuai dan praktikal ialah pendapat golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah ( As ‘ariah ) kerana mereka berpendapat bahawa

manusia mempunyai kuasa memilih tetapi berlakunya pilihan manusia tertakluk kepada keizinan Allah S.W.T

Menunjukkan Allah S.W.T adalah maha kuasa menentukan berhasil atau tidaknya pilihan manusia.

Manusia diberikan ganjaran atau balasan adalah berdasarkan usaha dan ikhtiarnya

1- Supaya menusia sendiri mengaku dengan hati yang ikhlas dan jujur bahawa Allah itu mempunyai kekuasaan yang sepenuhnya ke atas makhluknya.

2- Manusia mengakui dirinya terlalu lemah dan sentiasa berhajat kepada pertolongan yang maha kuasa iaitu Allah.

3- Manusia akan menerima segala ajaran Allah S.W.T dan mematuhinya. 4- Membina suatu sikap yang sihat di dalam jiwa seorang manusia dalam menempuh

hidup yang penuh dengan cabaran. 5- Tanda syukur kepada Allah S.W.T kerana ia memang sedia percaya bahawa

kejayaan itu adalah takdir Allah S.W.T

Terdapat sebilangan umat Islam yang mempunyai fahaman yang salah mengenai dengan konsep qada dan qadar. Antara fahaman tersebut ialah:

Mempercayai bahawa semua kesalahan dan kesusahan yang menimpa diri kerana takdir Allah S.W.T semata-mata, bukan kesilapan diri.

Contohnya: ” Allah S.W.T telah mentakdirkan sayan menjadi jahat “

Alasannya: - Segala keburukan dan kejahatan seseorang itu telah Allah S.W.T tentukan sejak

azali lagi, tiada siapa yang dapat melawannya.

TUJUAN PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR

FAHAMAN SALAH MENGENAI QADA DAN QADAR

5

Page 6: file · Web viewAsas kepercayaan manusia ioitu rukun iman ada enam perkara yang menjadikan seseorang itu muslim sejati dan tulin dengan amalan yang diredhai oleh Allah S

Menyerah bulat-bulat pada takdir Allah S.W.T kerana malas berusaha dan berikhtiar.

Contohnya: Mengenai dengan rezeki. Rezeki seseorang itu telah ditentukan oleh Allah S.W.T sejak azali lagi.

Alasannya: - Segala sesuatu itu telah ditentukan oleh Allah S.W.T samada seseorng itu

menjadi kaya atau miskin. Seseorang itu tidak perlu berkerja keras dan bersusah payah.

Allah S.W.T telah menentukan siapakh yang masuk syurga dan neraka.

Contohnya: Kalau Allah S.W.T hendak memasukkan seseorang ke syurga, orang yang tidak sembahyang pun boleh masuk syurga.

Alasannya: - Kemasukkan syurga dan neraka telah ditentukan oleh Allah S.W.T sejak azali lagi.

1- Manusia telah diberi akal fikiran bagi memilih dan memikirkan hal-hal kehidupan kearah mana yang dikehendaki baik atau jahat.

2- Manusia diberi kuasa dan kemahuan bagi melaksanakan cita-cita hidupnya sendiri dengan keizinan Allah S.W.T

3- Qada dan Qadar adalah satu ilmu yang tersembunyi hanya diketahui oleh Allah S.W.T. Manusia dikehendaki beriman bagi mengagungkan kebesarannya.

4- Allah S.W.T mengutus rasul-rasul untuk mengajar dan memimpin manusia ke jalan benar.

QADA DAN QADAR TIDAK BERLAWANAN DENGAN USAHA DAN IKHTIAR

6