file · Web viewCONTOH KARANGAN SYARAHAN DAN FORMAT SURAT TIDAK RASMI. Anda mewakili...

9
CONTOH KARANGAN SYARAHAN DAN FORMAT SURAT TIDAK RASMI. Anda mewakili sekolah anda dalam satu pertandingan syarahan di peringkat daerah .Tajuk syarahan tersebut ialah “kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris dlm kalangan murid”. Anda dikehendaki menyediakan teks syarahan tersebut selengkapnya. [ CONTOH JAWAPAN MURID] Yang saya muliakan Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel hakim yang bijaksana ,dan hadirin yang akan saya sampaikan ialah “Kepentingan penguasan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar”. Menurut Kamus Dewan,penguasaan bahasa inggeris dapat

Transcript of file · Web viewCONTOH KARANGAN SYARAHAN DAN FORMAT SURAT TIDAK RASMI. Anda mewakili...

Page 1: file · Web viewCONTOH KARANGAN SYARAHAN DAN FORMAT SURAT TIDAK RASMI. Anda mewakili sekolah anda dalam satu pertandingan syarahan di

CONTOH KARANGAN SYARAHAN DAN FORMAT SURAT TIDAK RASMI.

Anda mewakili sekolah anda dalam satu pertandingan syarahan di peringkat daerah .Tajuk syarahan tersebut ialah “kepentingan  penguasaan Bahasa Inggeris dlm kalangan murid”. Anda dikehendaki menyediakan teks syarahan tersebut selengkapnya.

[ CONTOH JAWAPAN MURID]

                Yang saya muliakan Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel hakim yang bijaksana ,dan hadirin yang akan saya sampaikan ialah “Kepentingan penguasan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar”.

                Menurut Kamus Dewan,penguasaan bahasa inggeris dapat didefinisikan sebagai penghayatan atau penggunaan bahasa inggeris dengan betul dan lancar.Pelajar akan dapat mencapai markah ujian bahasa inggeris yang cemerlang setiap kali peperiksaan  diadakan serta mempengaruhi kedudukan pelajar dalam kelas.Malah menjadi contoh ataupun tokoh di sekolah.

                Pelajar juga senang memahami buku yang berbahasa inggeris dan akan memberi impak yang besar

Page 2: file · Web viewCONTOH KARANGAN SYARAHAN DAN FORMAT SURAT TIDAK RASMI. Anda mewakili sekolah anda dalam satu pertandingan syarahan di

dalam pencapai pelajar tersebut.Bak bidalan,kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.Dengan penguasaan tersebut ,pelajar mendapat manfaat daripada pelbagai aspek iaitu aspek kejayaan,kefahaman dan juga social.

                Di Malaysia ,terdapat pelbagai kaum dan agama,oleh sebab itu,penguasan bahasa inggeris mempengaruhi  kehidupan seharian pelajar .Dengan itu,pelajar  senang  berkomunikasi ,sekali gus lebih berkeyakinan apabila bersama rakan –rakan belainan mahupun satu agama dan kaum serta mengukuhkan ikatan yang berkonsepkan “1 malaysia”.

                Selain itu,di Negara orang pun pelajar dapat menyesuaikan diri.Senang bergaul dan memahami budaya di sana apabila mendapat peluang ke luar Negeri.Tidaklah seperti” katak di bawah tempurung” yang tidak tahu yang mana hujung yang mana pangkalnya.

                Oleh itu,bahasa inggeris dimartabatkan sebagai bahasa antarabangsa dan juga bahasa kedua selepas bahasa melayu kepada kita.Dengan ini,pelajar dan juga masyarakat wajib mempelajari bahasa inggeris  walau apa cara sekalipun.

Page 3: file · Web viewCONTOH KARANGAN SYARAHAN DAN FORMAT SURAT TIDAK RASMI. Anda mewakili sekolah anda dalam satu pertandingan syarahan di

[ JAWAPAN YANG TELAH DIBAIKI]

Yang saya muliakan Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel hakim yang bijaksana dan hadirin yang dihormati. Saya berdiri di atas pentas yang indah ini untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kepentingan penguasan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar”.

                Menurut Kamus Dewan,penguasaan bahasa Inggeris dapat didefinisikan sebagai penghayatan atau penggunaan bahasa Inggeris dengan betul dan lancar. Pelajar-pelajar yang menguasainya akan dapat mencapai markah ujian bahasa Inggeris yang cemerlang setiap kali peperiksaan  diadakan. Hal ini dapat melojakkan prestasi akademiknya secara keseluruhan.

Mereka juga mampu mewakili sekolah dalam pertandingan perbahasan bahasa Ingeris dan sebagainya. Kini banyak pertandingan kemahiran bahasa Inggeris diadakan pada peringkat sekolah dan peringkat kebangsaan. Apabila mereka dapat mewakili sekolah sudah pasti mereka disanjung tinggi lebih-lebih lagi apabila mereka berjaya ke peringkat kebangsaan.

                Pelajar juga senang melayari internet. Banyak berita, ilmu dan maklumat dari seluruh dunia dapat diikuti

Page 4: file · Web viewCONTOH KARANGAN SYARAHAN DAN FORMAT SURAT TIDAK RASMI. Anda mewakili sekolah anda dalam satu pertandingan syarahan di

melalui laman-laman sesawang. Rujukan bagi pelbagai disiplin ilmu dapat dilakukan sepanjang masa. Keterbatasan dalam penguasaan bahasa Inggeris akan mengekang keupayaan pelajar untuk menimba ilmu sebanyak mungkin.

                Malaysia member prioriti terhadap sektor pelancongan. Sektor ini mampu menjana pendapatan yang lumayan untuk negara. Pelajar yang menguasai bahasa Inggeris dapat membantu sector ini. Pelancong akan suka melawat sesebuah negara sekiranya mereka mudah berkomunikasi dengan penduduk tempatan. Secara tidak langsung pelajar dapat menjadi penunjuk arah, pemberi maklumat dan pemandu pelancong.

               

                Oleh itu,bahasa Inggeris wajar dikuasai oleh setiap pelajar agar mereka menjadi modal insan yang berguna kepada diri sendiri, masyarakat dan negara. Akhir kata, saya memohon maaf sekiranya terdapat cacat dan cela dalam syarahan saya . Sekian, terima kasih.

p/s: Isi lain untuk tajuk ini ialah mudah belajar ke luar negara.

Contoh Format Surat Tidak Rasmi.

Page 5: file · Web viewCONTOH KARANGAN SYARAHAN DAN FORMAT SURAT TIDAK RASMI. Anda mewakili sekolah anda dalam satu pertandingan syarahan di

1039, Jalan Bangau,

Kg. Mak Chili Paya,

24000 Kemaman,

Terengganu.

12hb. Januari 2011

Menemui sahabatku, Jefri bin Alias, yang kini berada di Iskandariah, Mesir.

Saudara,

( Tanya khabar DAN beritahu khabar)

Apa khabar saudara sekarang? Saya sentiasa berdoa agar saudara sentiasa sihat sejahtera dan berjaya dalam segala lapangan kehidupan. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana saya sentiasa dilimpahi rahmat-Nya.

[Isi-isi]

Page 6: file · Web viewCONTOH KARANGAN SYARAHAN DAN FORMAT SURAT TIDAK RASMI. Anda mewakili sekolah anda dalam satu pertandingan syarahan di

[Penutup]

Sampai di sini sahaja coretan saya untuk renungan saudara. Saya berharap agar kita dapat berjumpa lagi pada suatu hari nanti.

Sekian, wassalam.

Yang benar,

……………….

( Rusdi bin Andika)