file · Web viewLAPORAN. KEMAHIRAN NILAI, ... KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN. ... (Word,...

14
LAPORAN KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME (HHHC 9601) NAMA PELAJAR : NUR AISHAH NADJWA BINTI NOOR AZHAR NO MATRIK : A144491 PENSYARAH PENILAI : DR. BASHIRAH ISHAK

Transcript of file · Web viewLAPORAN. KEMAHIRAN NILAI, ... KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN. ... (Word,...

Page 1: file · Web viewLAPORAN. KEMAHIRAN NILAI, ... KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN. ... (Word, Excel, Publisher, Access, Powerpoint). 1.5Mencungkil

LAPORAN

KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

(HHHC 9601)

NAMA PELAJAR : NUR AISHAH NADJWA BINTI NOOR AZHAR

NO MATRIK : A144491

PENSYARAH PENILAI : DR. BASHIRAH ISHAK

Page 2: file · Web viewLAPORAN. KEMAHIRAN NILAI, ... KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN. ... (Word, Excel, Publisher, Access, Powerpoint). 1.5Mencungkil

LAPORAN KEMAHIRAN INSANIAH:

KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN

PROGRAM : MINGGU MESRA MAHASISWA KOLEJ TUN SYED NASIR SESI 2014/2015

NO KELULUSAN PPMPA : DN 00820/2014

TARIKH PELAKSANAA : 1 SEPTEMBER 2014 HINGGA 6 SEPTEMBER 2014

JAWATAN : SETIAUSAHA dan PEMUDAHCARA

Page 3: file · Web viewLAPORAN. KEMAHIRAN NILAI, ... KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN. ... (Word, Excel, Publisher, Access, Powerpoint). 1.5Mencungkil

Pengenalan Projek

Sempena sesi kemasukan mahasiswa baru bagi sesi akademik 2014/2015, sesi Minggu

Mesra Mahasiswa diadakan bagi mengalukan kedatangan pelajar baru ke Universiti Kebangsaan

Malaysia. Program ini dikelola oleh Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Tun Syed Nasir Sesi

2014/2015 berserta mahasiswa/i aktif di peringkat kolej keselarasan bergelar pemudahcara (PC).

Dikategorikan sebagai program wajib bagi mahasiswa baru, Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) dan

para pemudahcara diamanahkan oleh pihak universiti bagi mengendalikannya bagi menjamin

kelancaran pendedahan dan penyampaian maklumat yang tepat dan jitu. Berkonsepkan mesra

mahasiswa, pelbagai aspek aktiviti yang disusun atur merangkumi segala aspek dan nilai secara

menyeluruh. Aspek kepimpinan, kesukanan, kebudayaan dan kerohanian adalah antara perkara

yang ingin diterapkan ke dalam diri-diri mahasiswa yang akan sama membangunkan Universiti

Kebangsaan Malaysia. Justeru, mahasiswa/i baru dibimbing oleh MEP dan juga pemudahcara

yang berkelayakan serta berdedikasi semenjak hari pertama menjejakkan kaki ke Universiti

Kebangsaan Malaysia. Program ini merupakan platform yang penting dalam pengetahuan

mahasiswa baru tentang institusi baru yang akan mereka terokai. Meneruskan pengajian di

peringkat ijazah merupakan suasana baru yang berlainan dengan zaman persekolahan dan

matrikulasi. Oleh itu, bimbingan penuh haruslah diberikan kepada mahasiswa/i baru ini. Bagi

sesi ini dianggarkan seramai 500 orang mahasiswa baru mendaftar di Kolej Tun Syed Nasir.

Antara tempat program-program dalam Minggu Mesra Mahasiswa ini akan diadakan ialah

sekitar kolej, DECTAR, masjid UKM, panggung seni dan kawasan sekitar Bangi. Program ini

diharapkan mampu mencapai matlamat penganjurannya dengan cemerlang sekaligus menepati

tema program iaitu “Guardians of the Nation’’. Akhir kata, program ini adalah untuk kebaikan

mahasiswa baru khususnya dan Universiti Kebangsaan Malaysia amnya.

Page 4: file · Web viewLAPORAN. KEMAHIRAN NILAI, ... KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN. ... (Word, Excel, Publisher, Access, Powerpoint). 1.5Mencungkil

Objektif Projek

1.1 Melatih para pelajar dalam kemahiran komunikasi seperti menggunakan

kemahiran bukan lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata) yang

sangat berkesan, mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan

cepat, menyampaikan idea secara lisan dan bertulis, berunding ke arah mencapai

keputusan dengan menghormati pandangan orang lain dan sebagainya.

1.2 Memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan yang ada pada mahasiswa seperti

menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus, memberi arahan dan

mengagihkan tugas, menyelesaikan satu tugasan multi dimensi dan sebagainya.

1.3 Memupuk kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan mahasiswa seperti

menghormati pandangan, pendirian dan kepercayaan orang lain, menerima

kepelbagaian yang wujud dalam kumpulan, membantu rakan-rakan secara

proaktif, memberi sumbangan kepada perancangan kerja dan sebagainya.

1.4 Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran globalisasi seperti penggunaan

Internet dengan berkesan dan perisian Microsoft Office (Word, Excel, Publisher,

Access, Powerpoint).

1.5 Mencungkil kemahiran keusahawanan pelajar seperti mencadangkan

idea/inovasi yang baru, mensintesis tentang maklumat yang relevan, boleh

menunjukkan keupayaan penuh dalam menguruskan sumber dan pelaksanaan

rancangan, menawarkan satu penilaian yang baik kepada nilai komersial suatu

cadangan dan sebagainya.

1.6 Mendedahkan kepada pelajar kemahiran pengurusan seperti menstrukturkan

aktiviti dan tugasan yang diberi, mengagihkan kuasa dan tanggungjawab kepada

orang lain, memastikan perlaksanaan tugasan yang konsisten dengan

perancangan, target, objektif dan sebagainya.

Page 5: file · Web viewLAPORAN. KEMAHIRAN NILAI, ... KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN. ... (Word, Excel, Publisher, Access, Powerpoint). 1.5Mencungkil

PERANAN SAYA

Saya telah terpilih sebagai setiausaha dalam program Minggu Mesra Mahasiswa Kolej

Tun Syed Nasir Sesi 2014/2015. Sebagai seorang setiausaha saya telah ditugaskan untuk

menguruskan kertas kerja serta segala urusan surat menyurat yang berkaitan program bagi

memudahkan urusan persiapan program serta urusan program. Selain itu, setiausaha juga

ditugaskan untuk membantu Exco Pendaftaran dalam urusan menyusun maklumat pelajar

kemasukkan baru. Saya bertugas bersama seorang lagi setiausaha lain dibawah bimbingannya.

Setiausaha 1 tersebut merupakan seorang yang berpengalaman dalam kerja-kerja pengurusan.

Antara skop kerja lain yang perlu saya patuhi ialah menjadi seorang pemudahcara atau fasilitator

dalam aktivi sepanjang program ini. Saya perlu memimpin sekumpulan pelajar baru dalam setiap

aktiviti yang telah ditetapkan untuk membantu kealncaran majlis serta menjadi tempat rujukan

bagi mereka yang bergelar junior.

Hari pertama berkumpul antara pemudahcara

Page 6: file · Web viewLAPORAN. KEMAHIRAN NILAI, ... KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN. ... (Word, Excel, Publisher, Access, Powerpoint). 1.5Mencungkil

PERANCANGAN

Pada akhir semester 2 sesi 2013/2014, mesyuarat yang pertama telah diadakan antara

semua exco dan ahli jawatankuasa. Mesyuarat dimulakan dengan sesi suai kenal antara exco dan

AJK. Dalam mesyuarat yang pertama saya diberi penjelasan yang lebih mendalam tentang

program yang bakal dijalankan. Pengarah juga menerangkan tujuan sebenar mesyuarat diadakan

iaitu untuk menjelaskan skop kerja yang perlu dipenuhi. Seterusnya, pembahagian link mesej

antara Majlis Tertinggi (MT) dan ketua sekretariat. Melalui link mesej ini kami akan menerima

mesej daripada pengarah untuk tarikh perjumpaan akan datang dan bertanggungjawab untuk

memastikar mesej tersebut sampai kepada ahli organisasi lain.

Pembahagian link mesej antara AJK

Saya dan rakan-rakan telah dinasihatkan untuk saling bekerjasama dalam melaksanakan

tugas yang diberi. Kami juga dinasihatkan untuk sentiasa menepati masa dalam menghadiri

mesyuarat yang bakal diadakan untuk memastikan kelancaran kerja semua pihak. Perkara ini

dapat saya praktikkan bukan sahaja ketika berprogram tapi juga dalam menjalankan kehidupan

seharian saya seperti menghadiri kuliah dan sewaktu bekerja suatu hari nanti.

Page 7: file · Web viewLAPORAN. KEMAHIRAN NILAI, ... KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN. ... (Word, Excel, Publisher, Access, Powerpoint). 1.5Mencungkil

Dalam perjumpaan yang seterusnya, saya dan rakan-rakan berbincang tentang perkara

yang ingin kami tonjolkan dalam Minggu Mesra Mahasiswa Kolej Tun Syed Nasir kali ini. Ini

adalah kerana, sebagai seorang senior, kami bertanggungjawab untuk memimpin dan

menunjukkan contoh yang baik kepada junior.

Mesyuarat ini amat penting bagi saya kerana melalui mesyuarat ini saya diingatkan

bahawa pemimpin yang baik adalah yang sentiasa mengekalkan nilai, sikap dan etika yang baik

seiring dengan nama UKM yang dibawa. Di samping itu, sikap profesionalisme juga sering kali

dititikberatkan. Antaranya ialah bertutur menggunakan bahasa yang sopan walaupun atas talian

telefon sesama ahli organisasi dan menepati masa yang dijanjikan untuk bermesyuarat. Setiap

sikap yang disebut amat membantu dalam melancarkan kerja berpasukan. Ini adalah kerana,

setiap ahli dalam pasukan bertanggungjawab dalam menjaga kedamaian dan mengelakkan

sebarang salah faham yang boleh mempengaruhi gerak kerja.

Kami juga dimaklumkan tentang tugas-tugas tambahan yang perlu kami lakukan

sepanjang program seperti membuat demostrasi tentang aktiviti-aktiviti yang dicadangkan untuk

memastikan tahap kesesuaian dalam program serta melaksanakan tugas-tugas teknikal seperti

menyusun kerusi, meja dan khemah. Walaupun perkara-perkara tersebut kelihatan seperti bukan

dalam skop kerja saya, namun saya bertanggungjawab memahami setiap gerak kerja dan status

semasa program serta membantu rakan organisasi yang lain.

Pembahagian tugas

Page 8: file · Web viewLAPORAN. KEMAHIRAN NILAI, ... KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN. ... (Word, Excel, Publisher, Access, Powerpoint). 1.5Mencungkil

PELAKSANAAN

Bagi saya, perlaksanaan kerja ini berlaku sejak kami perlu bergerak ke Besut,

Terengganu untuk menyiapkan mental dan fizikal menghadapi Minggu Mesra Mahasiswa.

Sekembalinya kami dari kem tersebut, segala gerak kerja kami lakukan dengan bersungguh-

sungguh.

Pada hari pertama Minggu Mesra Mahasiswa, saya bertugas menjaga bahagian

pendaftaran dan menguruskan masalah yang pelajar hadapi seperti tidak membawa x-ray atau

dokumen berkaitan. Bagi saya, hari pertama ini berlalu dengan agak senang kerana program-

program yang dirancang belum bermula.

Saya membuat pengumuman pada hari pendaftaran

Pada hari-hari seterusnya, saya telah diberikan tanggungjawab untuk menjaga

sekumpulan pelajar baru untuk memimpin mereka dalam minggu orientasi ini. Walaupun cuma

dalam kumpulan yang kecil, saya diibaratkan seorang pemimpin yang perlu menjaga anak-anak

buah yang baru ingin belajar dunia baharu di UKM.

Page 9: file · Web viewLAPORAN. KEMAHIRAN NILAI, ... KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN. ... (Word, Excel, Publisher, Access, Powerpoint). 1.5Mencungkil

Kumpulan dibawah jagaan saya

Tugas memimpin ini agak berat kerana perlu menjaga 10-15 orang dalam kumpulan yang

khusus tetapi mencapai angka ribuan dalam jumlah yang general. Pemudahcaralah yang perlu

menyediakan kelengkapan kebajikan kesemua pelajar-pelajar ini dari sekecil-kecil aspek seperti

masa rehat dan makan yang cukup sehingga kesihatan dan keselamatan mereka. Saya juga

membantu sekretariat lain dalam aspek kerohanian. Sifat seorang ketua amat penting pada saat

mengejutkan beratus pelajar untuk bangkit seawal jam 5 pagi dan turun Subuh berjemaah di

surau.

Namun semua tugas ini tidak mungkin dapat saya lakukan berseorangan. Saya

menpunyai kumpulan organisasi yang besar melibatkan hampir 60 orang pemudahcara lain

dalam melancarkan gerak kerja di setiap aspek. Saya amat bersyukur kerana semua pemudah

cara yang terpilih amat bertanggungjawab dan tekun menjalankan amanah. Mereka juga tidak

mementingkan diri dan fokus kepada skop kerja masing-masing sahaja sebaliknya berganding

bahu meringankan beban setiap individu yang terlibat. Perkara ini dapat dibuktikan ketika kami

semua dikehendaki membawa semua pelajar ke kampus UKM induk iaitu di Bangi. Kami yang

hanya seramai 60 orang ini bertungkus lumus memastikan perjalanan mereka sepanjang program

di Bangi teratur. Skop kerja kami merangkumi menjaga makan, keselamatan lalu lintas,

kesihatan serta keselesaan mereka (ada antara kami yang bertugas untuk menggamkan kasut

yang rosak).

Page 10: file · Web viewLAPORAN. KEMAHIRAN NILAI, ... KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN. ... (Word, Excel, Publisher, Access, Powerpoint). 1.5Mencungkil

Pemudahcara ke UKM Bangi

Pelajar berkumpul di UKM Bangi

Page 11: file · Web viewLAPORAN. KEMAHIRAN NILAI, ... KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN. ... (Word, Excel, Publisher, Access, Powerpoint). 1.5Mencungkil

KESIMPULAN

Pada akhir projek, saya dapat memahami dengan lebih lagi tentang kemahiran

kepimpinan serta kerja berpasukan. Saya belajar tentang kepentingan kerjasama dalam

menjayakan sesebuah program dalam organisasi. Saya juga sedar tentang pentingnya sikap

hormat-menghormati ketika berkomunikasi dengan individu lain. Ini dapat menunjukkan

integrasi sosio-budaya iaitu rakyat yang berbeza bangsa dan budaya dapat berkomunikasi dengan

baik dengan wujudnya kesopanan dan penghormatan. Tambahan pula, seorang setiausaha perlu

menjadi seorang yang terurus dan sistematik kerana setiausaha yang bertanggungjawab

merangka gerak kerja dan merekod segala gerak kerja yang dijalankan untuk rujukan ahli

organisasi lain. Saya juga dapat bersikap dengan lebih profesional dalam membuat penilaian

tentang perkara yang melibatkan individu lain. Ilmu ini sangat berguna untuk dipraktikkan dalam

kehidupan seharian kerana dengan mengamalkan sikap kepimpinan dan kerja berpasukan yang

baik kita akan dihormati dan melancarkan urusan.

Pemudahcara sewaktu jamuan akhir Minggu Mesra Mahasiswa

Bergambar antara pemudahcara, pihak pentadbiran kolej serta pelajar baru