webagogi.pdf

download webagogi.pdf

of 6

Transcript of webagogi.pdf

  • Buletin RAKIT Sept. 2004 1

    Webagogi

    Oleh:

    Tengku Zawawi bin Tengku Zainal [email protected]

    Webagogi adalah merujuk kepada seni dan ketertiban mengguna teknologi rangkaian (network technology), termasuk World Wide Web (WWW) dan email, untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Intipati kepada idea webagogi ialah pertimbangan pedagogi yang diimplimentasikan dengan rangkaian teknologi secara bijaksana. Ringkasnya, webagogi adalah cara bagaimana menyampaikan sesuatu isi pelajaran agar mudah difahami dengan berbantukan aplikasi Web. Tentunya, webagogi merupakan subset kepada bidang pedagogi itu sendiri.

    Rangkaian teknologi telah menambah banyak dimensi baru terhadap proses dan pengalaman pendidikan, antaranya:

    Menghubungkan pelbagai sumber dan ahli profesional

    Memudah dan memberi peluang kepada semua orang untuk mendapat semaksimum mungkin pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.

    Menyediakan pelajar untuk dunia dan persekitaran masa depan.

    Mewujudkan rangkaian di kalangan pelajar, guru dan sekolah.

    Peringkat Webagogi

    Proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT boleh berlaku dalam beberapa peringkat, iaitu informational, supplemental, dependent dan fully networked.

    Informational

    ICT sebagai sumber maklumat yang berhubung dengan pelajar/guru, sukatan, bahan P&P, dan sebagainya. Semua maklumat ini boleh digunakan secara off line semasa proses P&P, khususnya sebagai alat bantu mengajar.

    Supplemental

    ICT menyediakan kemudahan untuk memperoleh pelbagai maklumat tambahan yang boleh memperkasakan lagi minda dan daya fikir pelajar secara akses kendiri dan terarah kendiri.

  • Buletin RAKIT Sept. 2004 2

    Dependent

    Pembelajaran secara online dan off line digabungkan, di mana beberapa komponen kursus utama dikendalikan melalui web atau email dan boleh diakses oleh pelajar bila-bila masa. Perbincangan secara kelas (off line) boleh dilakukan berdasarkan bahan tersebut.

    Fully Networked

    Keseluruhan bahan kursus, aktiviti P&P dan penilaian disediakan dalam talian. Pelajar boleh belajar pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Dalam kontaks ini, ICT dibangunkan sebagai alat utama untuk proses pembelajaran secara elektronik (e-learning).

    Peringkat-peringkat webagogi di atas menatijahkan empat (4) mod pengajaran berasaskan ICT, iaitu

    Online Onscreen : Pelajar mengakses dan menjalankan aktiviti secara online. Semua bahan P&P disediakan terlebih dahulu oleh guru/pensyarah dalam talian dan komputer menjadi medium utama bagi proses P&P tersebut. Proses P&P boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa.

    Online Off screen : Pelajar mengakses bahan yang disediakan dalam talian untuk

    dijalankan tanpa menggunakan komputer.

    Off line Onscreen : Bahan P&P diedarkan dalam bentuk hardcopy, tetapi aktiviti dijalankan dengan menggunakan komputer secara elektronik. Hasil kerja (output) dihantar (upload) melalui E-learning System (ELS) untuk dinilai oleh guru/pensyarah.

    Off line Off screen : Cara pembelajaran traditional tanpa menggunakan komputer.

    Aktiviti dan interaksi antara guru, murid dan bahan P&P berlaku dalam kelas pada sesuatu masa tertentu.

    Dari segi waktu interaksi guru-murid, webagogi boleh dibahagikan kepada dua (2) mod pembelajaran (Learning modes), iaitu:

    Asynchronous Learning - Aktiviti P&P yang tidak memerlukan guru dan murid berada pada waktu yang sama. Contohnya, online tutorial.

    Synchronous Learning - Aktiviti P&P yang mana guru dan pelajar berinteraksi pada

    waktu yang sama. Contohnya, virtual classroom dengan teknologi video confferencing.

  • Buletin RAKIT Sept. 2004 3

    Bagaimana Webagogi Berfungsi?

    WWW dibina berasaskan teknologi pelayan pelanggan (client-server technologies). Fungsi utama komputer pelanggan (client) adalah antaranya untuk meminta (request) maklumat dari pelayan (server) dan menghantar mesej ke pelayan melalui Internet dengan menggunakan beberapa program atau perisian (software) tertentu. Program pelayan (server programs) memproses setiap permintaan yang diterima dan menghantarkan semula maklumat yang dikehendaki kepada pelanggan.

    Sebagai contoh, dalam pembelajaran secara elektronik (e-learning) yang dikendalikan oleh beberapa pensyarah MPKTBR, semua bahan P&P dimasukkan ke dalam server (sebuah PC) yang berada di bilik B6. Semua pelajar yang berdaftar boleh mengakses bahan-bahan tersebut melalui Internet dengan menggunakan alamat http://219.94.90.182/els/. Pelajar boleh belajar di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa asalkan mempunyai sebuah komputer (client) yang bersambung ke Internet atau ke server (secara intranet).

    Webagogi dan E-Pembelajaran

    Webagogi pada peringkat dependent dan fully networked mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang interaktif dan sistematik berasaskan web. Pengetahuan dan kemahiran bagi sesuatu subjek boleh dipindah melalui teknologi rangkaian. Proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara online ini dikenali juga sebagai pembelajaran berasaskan web (web-based learning), pembelajaran berasaskan komputer (computer-based learning), bilik darjah maya (virtual classrooms) dan kolaboratif secara digital (digital collaboration).

    Ringkasnya, pembelajaran secara elektronik (e-pembelajaran) berasaskan webagogi seharusnya memenuhi kriteria berikut:

    Fokus utama adalah kepada keperluan pelajar, bukannya kepada pengajar atau institusi.

    Memanfaatkan sepenuhnya kemudahan dan aplikasi Internet dan teknologi rangkaian, seperti WWW, e-mail, forum, newsgroup, FTP, IRC dan sebagainya.

    Boleh diakses di mana saja dan pada bila-bila masa, yakni real-time dan 24/7.

    Membolehkan pengguna (guru dan pelajar) bekerjasama dan belajar bersama (collabrate and learn together).

    Menawarkan pelbagai kaedah pembelajaran, seperti bilik darjah maya, simulasi dan pembelajaran mengikut kadar kendiri (self-paced learning).

    Pengurusan dan pentadbiran kelas, seperti pendaftaran, rekod, penilaian, pemantauan dan seumpamanya, dijalankan secara online.

    Lebih berpusatkan pelajar

  • Buletin RAKIT Sept. 2004 4

    Daripada berpusatkan guru:

    Kepada berpusatkan pelajar:

    Learner

    Instructor

    Mobile

    Web Library

    Video

    conference

    Colleges

    Online learning

    Learning portal

    Class

    Learning

    communities

    Company

    intranet

    Outsourced

    learning

    Mentoring

    Peer chat

  • Buletin RAKIT Sept. 2004 5

    Kelebihan Webagogi Kelebihan webagogi dan sistem pembelajaran secara elektronik (E-Learning System) berbanding dengan pembelajaran biasa di bilik darjah boleh diringkaskan seperti berikut:

    Bilik Darjah Online

    Akses Terhad 24 x 7

    Kualiti Pelbagai (varied) Consistent

    Pengurusan pentaksiran Sukar Automatic

    Pengekalan maklumat (Retention of information)

    Pelbagai Tinggi

    Kos Tinggi Rendah

    Dokumentasi Banyak Paperless

    Webagogi dan e-pembelajaran boleh menjadi alternatif dan jalan penyelesaian kepada masalah kesibukan para pensyarah, sehingga tidak dapat memberi bimbingan sewajarnya kepada pelajar. Tambahan pula, MPKTBR telah sedia terbina dengan kemudahan teknologi rangkaiaan tersendiri, antaranya wireless broadband dan streamyx line 2Mb. Mulai tahun 2005, sebanyak 10 000 buah sekolah dan maktab-maktab perguruan akan mendapat kemudahan akses Internet melalui projek SchoolNet yang dikendalikan oleh Governance Integrated Telecomunications National (GITN) dan pantau oleh pihak BTMK, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kemudahan seperti ini telah memenuhi keperluan penting untuk pelaksanaan webagogi dan e-pembelajaran. Di samping itu, kebanyakan nota dan latihan telah disediakan oleh pensyarah dalam bentuk elektronik (MS Word dan Powerpoint) dan disimpan dalam komputer atau disket masing-masing. Apa yang perlu sekarang adalah kesediaan untuk memasukkan nota dan latihan tersebut ke dalam platform e-pembelajaran dan menyediakan beberapa aktiviti untuk dilaksanakan oleh pelajar/pelatih... Thats all!!

    Agenda Tindakan Latihan dalaman untuk semua staf, khususnya yang berkaitan dengan

    Konsep dan aplikasi E-Learning System (ELS) Pembinaan bahan P&P secara online

    Penyediaan dan upgrade kelengkapan oleh pihak maktab

    Networking Learning station Upgrade PC dengan wireless network card.

    Penubuhan jawatan kuasa bertindak untuk mengelola dan menyelaras aktiviti berkaitan

    dengan ELS, di samping bertanggung jawab untuk memastikan semua sistem terlibat berjalan dengan baik dan berusaha menyelesaikan masalah yang timbul.

    Aplikasi penyelesaian masalah dari segi software dan tenaga kerja, khususnya untuk

    bidang maintenance hardware dan keselamatan PC serta rangkaian.

  • Buletin RAKIT Sept. 2004 6

    Penyelarasan dengan pelaksanaan ISO dan KKBI untuk mewujudkan Electronic Portfolio (e-Portfolio) atau iWebfolio ke arah paperless documentation .

    Berikut adalah senarai laman web yang berkaitan dengan webagogi dan pembelajaran secara elektronik untuk maklumat tambahan anda:

    Sapagheti ELS http://219.94.90.182/els/

    E-Learning Centre - http://www.e-learningcentre.co.uk/

    E-Learning Guide - http://www.elearningguild.com/

    E-Learning Guru - http://www.e-learningguru.com/

    E-Learning Start4All - http://e-learning.start4all.com/

    Root Learing Inc - http://www.rootlearning.com/elearning/

    International Journal on e-Learning - http://www.aace.org/pubs/IJEL/default.htm

    E-Portfolio - http://www.chalkandwire.com/eportfolio/

    iWebfolio - http://www.nuventive.com/html/iwebfaq.htm

    Assessment management tool - http://www.nuventive.com/html/tracdat.htm