Week 6

3
Week 6 – 20 April – 24 April 2015 Mata pelajaran : Sains Kelas : 5 Dinamik Tarikh / Masa : 6.4.2015 / 12.00 – 1.00 Standard kandungan : 6.1 Cahaya bergerak lurus Standard Pembelajaran : 6.1.2 Objektif Pembelajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat: 1. mengeksperimen untuk menentukan faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang. Aktiviti P&P Langkah/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan Orientasi (5 minit) Bentuk bayang- bayang 1. Guru menjalankan permainan “Cuba Teka”. 2. Guru menunjukkan 3 keping kad yang berlainan bentuknya kepada murid. 3. Murid memerhatikan kad yang ditunjukkan oleh guru dan meneka bentuk bayang-bayang yang mungkin terbentuk. 4. Guru meminta murid untuk meneka kemudian melukis bentuk bayang-bayang yang mungkin terbentuk pada papan tulis. 5. Guru menjalankan penyiasatan untuk membuktikan bentuk bayang-bayang. 6. Murid memerhatikan bayang- bayang yang terbentuk pada skrin dan menyemak jawapan masing-masing. 7. Guru memperkenalkan tajuk pelajaran . Kad berbentuk bunga Kad berbentuk segitiga Kad berbentuk segiempat sama (berlubang di bahagian tengah) Lampu suluh Skrin putih. Pencetusa n Idea (10 Faktor yang mempengaru 1. Guru bersoal jawab dengan murid. a) Apakah yang akan berlaku kepada

description

Sains KNSR tahun 5 Pmebentukan bayang-bayang

Transcript of Week 6

Week 6 20 April 24 April 2015

Mata pelajaran : SainsKelas : 5 DinamikTarikh / Masa : 6.4.2015 / 12.00 1.00Standard kandungan : 6.1 Cahaya bergerak lurusStandard Pembelajaran: 6.1.2Objektif Pembelajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat: 1. mengeksperimen untuk menentukan faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang.

Aktiviti P&P

Langkah/MasaIsi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan

Orientasi(5 minit)

Bentuk bayang-bayang1. Guru menjalankan permainan Cuba Teka.2. Guru menunjukkan 3 keping kad yang berlainan bentuknya kepada murid. 3. Murid memerhatikan kad yang ditunjukkan oleh guru dan meneka bentuk bayang-bayang yang mungkin terbentuk.4. Guru meminta murid untuk meneka kemudian melukis bentuk bayang-bayang yang mungkin terbentuk pada papan tulis.5. Guru menjalankan penyiasatan untuk membuktikan bentuk bayang-bayang. 6. Murid memerhatikan bayang-bayang yang terbentuk pada skrin dan menyemak jawapan masing-masing.7. Guru memperkenalkan tajuk pelajaran .Kad berbentuk bunga

Kad berbentuk segitiga

Kad berbentuk segiempat sama (berlubang di bahagian tengah)

Lampu suluhSkrin putih.

Pencetusan Idea(10 minit)Faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang1. Guru bersoal jawab dengan murid. a) Apakah yang akan berlaku kepada saiz bayang-bayang apabila cikgu mendekatkan objek dengan lampu suluh? Besar, kecil, tiada baying-bayang. (ikut jawapan murid)b) Apakah yang akan berlaku kepada saiz bayang-bayang apabila cikgu menjauhkan objek dari lampu suluh? Kecil, besar, sama saiz. (ikut jawapan murid)2. Guru menyenaraikan jawapan murid di papan tulis.

PenstrukturanSemula Idea(30 minit)Faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang1. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan (4-5 orang murid)

2. Guru mengedarkan lembaran kerja.

3. Guru membimbing murid untuk menyenaraikan:a) Pemboleh ubah yang dimalarkanb) Pemboleh ubah yang dimanipulasikanc) Pemboleh ubah yang bergerak balas

4. Murid menyenaraikan pemboleh ubah pemboleh ubah di dalam lembaran kerja.a) Saiz objekb) Jarak objek dari sumber cahayac) Saiz objek pada skrin

5. Murid menjalankan eksperimen.

6. Murid berbincang bersama ahli kumpulan masing-masing.

7. Murid mencatatkan pemerhatian mereka di dalam lembaran kerja.

8. Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil eksperimen masing-masing.

9. Guru meminta murid membandingkan hasil eksperimen mereka dengan jawapan mereka pada sesi pencetusan idea.

10. Guru membimbing murid untuk membuat kesimpulan berdasarkan eksperimen yang dijalankan tadi.

Lembaran kerja Lampu suluh Kad berbentuk segi empat sama Kertas putih (skrin)

Aplikasi Idea(10 minit)Faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang1. Guru mengedarkan sekeping pengurusan grafik kepada setiap orang murid.

2. Guru meminta murid untuk melengkapkan pengurusan grafik tersebut.

3. Murid berbincang bersama dengan guru untuk melengkapkan pengurusan grafik.Pengurusan grafik. (rujuk lampiran)

Refleksi(5 minit)Faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang1. Guru membimbing murid untuk menyebut semula tajuk pelajaran yang telah dipelajari.

2. Guru dan murid membuat rumusan isi pelajaran yang telah dipelajari.

EMK : BBM : lampu suluh, kad berbentuk segi empat, kertas putih(skrin)