BAB 1: PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI
1.1 Pengenalan Latihan Industri
1.1.1 Pendahuluan
Bermula pada Jun 2001, semua Politeknik di Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia melaksanakan sistem Latihan Industri. Latihan Industri merupakan satu
semester pratikal wajib diambil oleh pelajar Politeknik di seluruh Malaysia yang
mengambil program diploma pada semester empat bagi melayakkan pelajar tersebut
dianugerahi Diploma.
Pelajar boleh memilih tempat pratikal sendiri di mana-mana syarikat atau
organisasi yang berkaitan dengan program pengajian yang diambil serta dipersetujui
oleh pihak Politeknik. Untuk Latihan Industri ini, Pelajar akan diberikan sepuluh
jam kredit dan bekerja selama lima bulan di syarikat atau organisasi yang dipilih.
Prestasi kerja akan dinilai oleh pihak syarikat atau organisasi dimana pelajar
menghadiri Latihan Industri.
1
1.1.2 Objektif Latihan Industri
Antara objektif yang dapat diperolehi oleh pelajar dalam latihan industri ini
ialah, para pelajar dapat menerokai alam pekerjaan sebenar serta mengaplikasikan
segala ilmu yang dipelajari dari Politeknik. Pendedahan pelajar kepada alam
pekerjaan realiti adalah amat berbeza sekali berbanding hanya berada di dalam bilik
kuliah. Pelajar dapat mendalami ilmu teori serta kepentingan yang telah dipelajari
untuk diaplikasikan supaya dapat memberi manfaat semasa di alam pekerjaan.
Terdapat lima ketetapan objektif latihan industri pelajar iaitu:
i) Personaliti individu yang positif
ii) Berkomunikasi yang berkesan
iii) Etika dan peraturan kerja yang baik
iv) Pendedahan kepada alam pekerjaan
v) Penulisan laporan latihan industri
Latihan industri juga memberikan pendedahan sosial dari aspek pergaulan.
Ini membantu pelajar menimba ilmu dan pengalaman bagaimana cara berinteraksi
dengan majikan, pekerja serta pelanggan syarikat. Dengan ini, pelajar bukan sahaja
dapat meningkatkan personaliti individu yang positif tetapi juga berkomunikasi
dengan lebih berkesan. Oleh itu, objektif Latihan Industri ini dapat memberi banyak
manfaat kepada pelajar untuk menempuh alam pekerjaan kelak.
1.1.3 Objektif Laporan
Objektif laporan ini adalah wajib bagi pelajar yang lepas menjalani Latihan
Industri bagi meneruskan lagi pengajian di Politeknik. Dalam laporan ini juga adalah
untuk menerangkan secara terperinci penglibatan saya sepanjang dalam menjalani
Latihan Industri di Mountain Torq Sdn Bhd iaitu dari sejarah penubuhan, strukutur
organisasi, dan sistem beroperasi syarikat. Selain itu, dalam laporan ini juga terdapat
2
tatacara pengurusan dalam membuat tempahan dan sebagainya bagi panduan untuk
meningkatkan lagi mutu prestasi kerja kelak.
1.1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar
Kepentingan Latihan Industri ini kepada pelajar adalah amat penting kerana
dapat mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan sebenar. Sebagai pelajar Diploma
Pengurusan Pelancongan Politeknik Malaysia, adalah wajib untuk menjalani Latihan
Industri ini pada semester empat di syarikat-syarikat swasta atau sektor kerajaan
yang berkaitan. Antara kepentingan ialah pengalaman serta ilmu yang diperolehi
daripada Latihan Industri ini adalah amat bernilai kerana memberi pelbagai
kelebihan dan manfaat kepada pelajar untuk menyambungkan pengajian ke
peringkat lebih tinggi dan menempuh alam pekerjaan kelak.
Selain itu, pelajar juga dapat membaiki kelemahan diri serta meningkatkan
lagi keyakinan diri apabila berhadapan dengan masyarakat luar kerana, dalam
bidang pelancongan ini sentiasa akan berhadapan dengan pelbagai jenis pelanggan.
Pengalaman seumpama ini tidak akan dapat diperoleh oleh pelajar Politeknik ketika
berada di dalam bilik kuliah. Dalam tempoh menjalani Latihan Industri ini juga,
pelajar dapat melatih diri untuk menunjukkan disiplin diri yang terbaik kerana
disiplin pelajar tersebut akan mencerminkan imej dan reputasi Politeknik di mata
pihak luar. Sekiranya pelajar mengabaikan Latihan Industri ini, secara automatik
mereka tidak layak untuk dianugerahi Diploma apabila tamat pengajian nanti.
Akhir sekali, Latihan Industri juga dapat membantu serta menambahkan
pengalaman dan pengetahuan pelajar tersebut. Dengan ini, pelajar tersebut akan
dapat menyesuaikan diri dalam alam pekerjaan selepas tamat pengajian nanti. Secara
tidak langsung juga, ia turut membuka minda serta mematangkan pemikiran pelajar
tersebut dengan pendedahan kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar.
3
1.2 Latar Belakang Syarikat Mountain Torq
1.2.1 Pengenalan Syarikat
Wilfred Tok merupakan pengasas kepada Syarikat Mountain Torq Sdn Bhd
dan I-Gek Quek pula sebagai pengarah pemasaran syarikat ini. Syarikat ini telah
ditubuhkan pada tahun 2007 dan mempunyai pejabat utama di alamat : Unit 3- 36
Asia City Complex, Star City North, Tingkat 3, Jalan Asia City, Kota Kinabalu,
88000, Sabah. Organisasi ini mempunyai seramai 20 orang staff iaitu 7 orang di
pejabat yang terletak di Asia City Complex Kota Kinabalu, 3 orang di pejabat
Taman Kinabalu Sabah dan 10 orang di Pendant Hut setakat ini.
Antara produk yang ditawarkan oleh syarikat ini adalah pakej aktiviti Via
Ferrata dan juga kemudahan penginapan di Pendant Hut yang berhampiran dengan
Pondok Laban Rata. Pakej aktiviti Via Ferrata terdiri daripada ‘Walk The Torq’,
‘Low Peak Circuit’ dan pelbagai lagi aktiviti sampingan seperti ‘Rappeling’, ‘Sport
Climbing’. Aktiviti yang mencabar ini sesuai dilakukan oleh lapisan golongan
masyarakat termasuk kanak-kanak berumur 10 tahun keatas dan warga emas yang
berusia 70 tahun keatas kerana amat mudah dilakukan dan sememangnya amat
menyeronokkan.
Kemudahan penginapan di Pendant Hut pula terletak pada ketinggian 3270m
atas paras laut di kaki Gunung Kinabalu. Pendant Hut merupakan bangunan yang
bercirikan alam semula jadi dan mempunyai reka-bentuk seperti rumah Alpine yang
terdapat di kawasan Pergunungan European. Pendant Hut mempunyai 2 kategori
bilik seperti, Bilik Persendirian dan juga Bilik Asrama. Antara fasilitis-fasilitis yang
disediakan ialah tandas dan bilik mandi dengan pancuran air panas elektrik, sebuah
perpustakaan dan Restoran Laban Rata yang berhampiran.
4
1.2.2 Profil Syarikat
Syarikat Mountain Torq ialah sebuah syarikat pertama di Asean yang
menawarkan aktiviti pergunungan di Gunung Kinabalu Sabah Malaysia. Syarikat ini
mempunyai 20 orang pekerja tetap yang terbahagi kepada beberapa bahagian
termasuk Pengiring Via Ferrata. Pihak pengurusan syarikat Mountain Torq ini
bertanggungjawanb untuk mengendali aktiviti Via Ferrata di Gunung kinabalu
Sabah dengan menyediakan latihan kepada pekerja-pekerja untuk memberi
perkhidmatan kepada pelanggan. Satu kejayaan besar telah dikecapi oleh syarikat ini
iaitu mendapat pengiktirafan daripada Guniness World Book of Record kerana
menawarkan aktiviti Via Ferrata yang tertinggi di dunia. Selain itu, aktiviti Via
Ferrata yang dikendali syarikat ini juga merupakan aktiviti yang pertama di Gunung
Kinabalu.
1.2.3 Latar Belakang Penubuhan Syarikat
Syarikat Mountain Troq ditubuhkan pada 15 Disember 2007. Pada awal
permulaan pejabat syarikat ini terletak di Wisma Sabah Kota Kinabalu dan kini
terletak di Asia City Complex. Terdapat juga pejabat kecil syarikat ini di Taman
Kinabalu Sabah dan penginapan yang dibina di Panar Laban Rata Gunung Kinabalu
yang dikenali sebagai Pendant Hut.
Hasil daripada usaha gigih syarikat ini akhirnya berjaya mendapat sambutan
yang baik terumatanya dari pelanggan antarabangsa dan juga tempatan. Walaupun di
awal permulaan pembukaan syarikat ini terdapat sememanganya terdapat beberapa
kekangan seperti kekurangan pekerja dan sebagainya, namum masalah dapat diatasi
dengan baik.
Bagi laluan aktiviti Via Ferrata ini pula dibina oleh pendaki dari negara
French. Hasil daripada pemerhatian dan pemeriksaan yang dilakukan serta mendapat
5
kebenaran daripada Jabatan Hidupan Liar Sabah, laluan Via Ferrata tertinggi dunia
ini siap dibina pada pertengahan tahun 2007, dan mula menerima pelanggan pada
lewat tahun 2007. Terdapat beberapa aspek penting yang perlu diambil kira dalam
pembinaan laluan Via Ferrata ini seperti faktor cuaca, keadaan permukaan batu dan
sebagainya. Oleh kerana kawasan pergunungan Kinabalu mempunyai cuaca yang
sukar diramal yang akan mengundang bahaya kepada pendaki, aktiviti Via Ferrata
tidak akan dibenarkan sekiranya keadaan tidak mengizinkan seperti hujan. Walau
bagaimanapun, sepanjang 3 tahun beroperasi tiada sebarang kemalangan yang
berlaku sepanjang tempoh tersebut kerana syarikat ini amat tegas dalam menilai
tahap keselamatan sebelum melaksanakan aktiviti tersebut.
1.2.4 Polisi Syarikat
Syarikat Mountain Troq menjalankan pernigaan dengan peranan sebagai
operator pelancongan. Terdapat beberapa polisi syarikat yang perlu diikut oleh
agensi-agensi pelancongan sekiranya menempah pakej Via Ferrata dan juga
dengan peraturan-peraturan yang terdapat dalam syarikat ini dimana semua staff
perlu mematuhinya.
Bagi agnesi pelancongan yang menempah pakej dengan syarikat Mountain
Torq, perkara penting sekali yang perlu dipatuhi ialah tempahan perlu dijelaskan
bayaran dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan tempahan
dilepaskan. Syarikat Mountain Torq tidak akan memulangkan semula bayaran
kepada pelanggan yang telah dilakukan sekiranya aktiviti Via Ferrata dibatalkan
atas sebab-sebab tertentu.
Seterusnya, bayaran penalti pula akan dikenakan kepada agensi
pelancongan sekiranya terdapat pemindahan tarikh, nama pelancong, dan
sebagainya iaitu sebanyak RM50. Tujuan ini adalah bagi mengelakkan agensi
pelancongan sering membuat pertukaran maklumat. Akhir sekali, bayaran penalti
juga akan dikenakan kepada agensi pelancongan yang membatalkan tempahan
6
mengikut tempoh tertentu. Sekiranya tempahan dibatalkan dalam 45 – 31 hari
sebelum tarikh pengembaraan, 50% penalti dikenakan daripada harga tempahan.
Tempahan yang dibatalkan dalam 30 - 14 hari akan dikena panalti iaitu 75%
daripada harga tempahan. Tempahan yang dibatalkan bawah 14 dikenakan 100%
daripada harga tempahan.
Polisi seterusnya ialah mengenai maklumat-maklumat sulit dalam syarikat
dimana semua staff tidak dibenarkan untuk dikongsi kepada pihak luar daripada
syarikat. Sekiranya didapati, maka staff tersebut boleh dikenakan tindakan undang-
undang sekaligus dibuang kerja. Bukan itu sahaja, disiplin juga merupakan suatu
perkara yang diutamakan dalam syarikat ini bagi memastikan semua staff dapat
membentuk kreabiliti diri agar dapat meningkatkan hasil serta mutu kerja yang
semakin baik dari masa ke semasa.
1.2.5 Visi dan Misi Syarikat
Berikut adalah Visi dan Misi Syarikat Mountain Torq Sdn Bhd.
Visi
Untuk memberi sebuah pengalaman baru yang mampu mengubah hidup dan
memberi penemuan baru pada diri bagi mereka yang bersemangat pengembaraan
Misi
Mengendali sukan memanjat dan aktiviti gunung, kami bertujuan untuk
menyediakan latihan, perkhidmatan rekreasi dan pengamatan ilmu pergunungan
kepada mereka yang inginkan pengalaman dan pengembaraan yang lebih
mendedarkan serta mengujakan
7
1.2.6 Aspek dan Strategi Pemasaran Syarikat
Aspek pemasaran syarikat Mountain Torq ini adalah berdasarkan produk
yang dibina. Pembinaan laluan Via Ferrata di Gunung Kinabalu Sabah telah
mendapat perhatian pendaki-pendaki di seluruh dunia, sekaligus dapat
meningkatkan sektor pelancongan di negeri Sabah ekoran tarikan tersebut. Bagi
tujuan pemasaran, syarikat ini menawarkan aktiviti rekreasi Via Ferrata yang
tertinggi dunia, yang terletak di Panar Gunung Kinabalu.
Syarikat Mountain Torq Sdn Bhd mempunyai strategi pemasaran yang
tersendiri. Syarikat ini merupakan operator pengembaraan, maka jualan langsung
kepada pelanggan tidak terlibat dan hanya akan menjual produk kepada agensi-
agensi pelancongan, oleh itu sasaran pelanggan ialah agensi-agensi pelancongan
tempatan ataupun antarabangsa. Berikut adalah ringkasan strategi pemasaran
syarikat:
Rajah 1.2 : Strategi Pemasaran
Strategi pemasaran syarikat ini adalah berdasarkan promosi melalui
pemasaran online. Walapun tiada urusan jualan langsung kepada pelancong, syarikat
ini mempunyai laman web yang menawarkan produk-produk yang ditawarkan serta
8
Strategi Pemasaran
Bahan Media Massa
Pengalaman pelancong
Pemasaran Online
maklumat-maklumat seperti rencana perjalanan, soalan lazim pelancong, kelebihan
pakej dan sebagainya kepada tatapan umum. Pihak pengurusan syarikat juga akan
menjawab segala pertanyaan soalan pelanggan yang berkaitan melalui laman web
ini, sekaligus dapat menarik minat pelanggan untuk membeli produk ini.
Laman web tersebut turut disertakan terma dan syarat bagi pengetahunan
umum sebagai pelanggan. Oleh itu, syarikat ini percaya bahawa pemasaran atau
promosi secara online merupakan satu strategi yang terbaik kerana penyebaran
produk dengan cara ini amat mudah dan mampu meliputi ke seluruh dunia.
Strategi pemasaran seterusnya ialah melalui bahan media massa seperti
majalah dan akhbar-akbar tempatan. Kebanyakan pihak pengurusan media massa
akan mencuba Via Ferrata Gunung Kinabalu dan menulis artikel mengenai
keunikkan laluan besi di Gunung Kinabalu sebagai tarikan pelancongan yang
mengujakan. Selain itu, pihak media massa yang datang untuk berkunjung ke
penginapan Pendant Hut akan menemubual beberapa orang pengiring Via Ferrata
dan juga staff yang berkhidmat di Pendant Hut mengenai Via Ferrata. Oleh itu,
penyebaran produk syarikat akan mendapat liputan yang luas di seluruh negara.
Akhir sekali, syarikat Mountain Torq telah memilih cara yang paling
menjimatkan iaitu berusaha sedaya upaya untuk memberi perkhidmatan yang terbaik
kepada setiap orang pelancong yang datang membeli pakej Via Ferrata. Dengan ini,
pengalaman baik yang diterima pelancong akan menjadi bahan bualan mereka
apabila kembali ke tempat asal dan akan menceritakan pengalaman tersebut. Selain
itu, terdapat juga testimoni pelancong yang berjaya menghabiskan aktiviti Via
Ferrata dan diterbitkan di laman web bagi menceritakan pengalaman serta
mempaparkan gambar-gambar yang menarik. Secara tidak langsung pangalaman
yang dikongsikan oleh pelancong tersebut akan dapat memperkenalkan produk
syarikat ke masyarakat umum di serata dunia.
9
1.2.7 Statistik Pelanggan Tahunan
Dalam setahun terdapat beberapa bulan yang dianggap musim mendaki
kerana jumlah pelacongan yang diterima pada pertengahan tahun iaitu pada bulan
April hingga Julai agak ramai. Dalam tempoh tersebut bukan sahaja ramai
pelancong dari serantau dunia tetapi termasuk juga rombongan sekolah, kumpulan
kakitangan awam ataupun swasta sama ada tempatan ataupun antarabangsa.
Anggaran jumlah statistik pelancong yang diterima oleh syarikat Mountain Torq
Sdn Bhd dari bulan April 2010 hingga Disember 2010 adalah lebih kurang 5200
orang.
1.3 Kakitangan Syarikat Mountain Torq
1.3.1 Profil Kakitangan Syarikat
Setakat ini, syarikat Mountain Torq mempunyai seramai 20 pekerja tetap
yang bekerja di 7 bahagian yang berbeza. Pembahagian jabatan di syarikat adalah
berdasarkan kelayakkan akedemik individu, bermula daripada kelulusan minimum
SPM hingga ke Master Degree. Bahagian pejabat induk di Kota Kinabalu
mempunyai 4 jabatan berbeza yang diketuai oleh Pengarah Eksekutif iaitu:
Jabatan Perakaunan
Jabatan Teknikal
Jabatan Admin
Jabatan Penempahan dan Pemasaran
10
Pejabat Syarikat Mountain Torq di Taman Kinabalu Sabah dijalankan oleh
Pengarah Pemasaran, dan hanya Jabatan Penempahan dan Pemasaran yang bekerja
dibawah bahagian ini.
Jabatan Penempahan dan Pemasaran 1
Jabatan Penempahan dan Pemasaran 2
Akhir sekali ialah di Pendant Hut iaitu penginapan di Laban Rata Gunung
Kinabalu dijalankan oleh Pengarah Eksekutif dan terdapat 2 jabatan iaitu :
Jabatan Pengiring Via Ferrata
Jabatan Housekeeping.
1.3.1 Carta Organisasi Syarikat
Rajah 1.3.1 : Carta Organisasi Keseluruhan Syarikat Mountain Torq
11
Pengasas & Pengarah Eksekutif
General Manager / Pengarah
Jabatan Penempahan dan
Jabatan Teknikal Jabatan AdminJabatan Perakaunan
Jabatan Housekeeping
Jabatan Pengiring Via Ferrata
Rajah 1.3.2 : Carta Organisasi Pejabat Induk Syarikat Mountain Torq
Rajah 1.3.3 : Carta Organisasi Pejabat Induk dan Pejabat Mountain Torq di Taman
Kinabalu Sabah
12
Pengasas & Pengarah Eksekutif
Jabatan Perakaunan Jabatan Teknikal Jabatan Admin
Jabatan Penempahan dan
General Manager / Pengarah
Jabatan Penempahan dan
Jabatan Penempahan dan
Jabatan Penempahan dan
Rajah 1.3.4 : Carta Organisasi Pendant Hut Mountain Torq
1.3.2 Aktiviti Organisasi Syarikat
Dalam syarikat ini, aktiviti utama yang dijalankan ialah Via Ferrata. Pemilik
syarikat iaitu En. Wilfred Tok menjalankan perniagaan ini pada tahun 2007 di
Gunung Kinabalu Sabah Malaysia.
Antara perkara menarik mengenai aktiviti yang dijalankan syarikat ini ialah
suatu laluan alternatif bagi pendaki menurun dari puncak gunung. Selain itu, mereka
juga akan mengenakan peralatan untuk melaluinya dan dikenali sebagai aktiviti Via
Ferrata. Biasanya pendakian ke Gunung Kinabalu hanya melalui laluan yang sama
sahaja, tetapi dengan adanya laluan alternatif ini, pelancong-pelancong dapat
menyaksikan panaroma yang jarang sekali dapat dilihat hanya boleh didapati di
kawasan pergunungan Kinabalu.
1.3.3 Bidang Tugasan Setiap Jabatan Syarikat
Dalam setiap jabatan dalam syarikat ini terdapat bidang tugasan yang
berlainan. Semua jabatan tersebut telah dijawat oleh staff yang sesuai dan
berkelayakkan.
13
Pengasas & Pengarah Eksekutif
Jabatan Pengiring Via Ferrata
Jabatan Housekeeping
Dalam Jabatan Perakaunan bidang tugasan adalah berikut:
1. Membuat invois menghantar invois kepada agensi-agnesi pelancongan
2. Menerima bayaran seperti cek, tele-banking dan bayaran secara tunai
3. Mengurus bahagian kewangan syarikat
4. Mengemaskini invios yang telah dibatalkan, dibayar dan Overdue date
5. Mengira jumlah pelanggan
Dalam Jabatan Teknikal bidang tugasan adalah berikut:
1. Bertanggungjawab untuk melaporkan sebarang kerosakkan di mana-
mana bahagian dalam atau luar pejabat kepada pengarah eksekutif
2. Membuat pemeriksaan terhadap laluan Via Ferrata di Gunung Kinabalu
dan segala peralatan Via Ferrata
3. Membina kemudahan asas seperti pendawaian dan elektrik
4. Mengurus segala bahagian teknikal di syarikat
5. Menambah-baik dan membaik-pulih segala kerosakkan-kerosakkan yang
terdapat di dalam syarikat
Dalam Jabatan Admin bidang tugasan adalah berikut:
1. Mencari pembekal dan quotation yang menawarkan keperluan bagi
kegunaan syarikat
2. Mencari keperluan syarikat dan berunding dengan pembekal dan
pengarah eksekutif
3. Mengurus perbelanjaan syarikat seperti pembayaran elektrik, pembelian
barang-barang serta peralatan dan sebagainya
4. Menjawab panggilan telefon dan membuat tempahan
5. Membantu Jabatan Penempahan & Pemasaran dalam kerja-kerja
penempahan
Dalam Jabatan Penempahan & Pemasaran bidang tugasan adalah berikut:
14
1. Menjawab panggilan telefon, membuat tempahan dan membalas e-mel
2. Mengemaskini tempahan pelanggan seperti status pembayaran dan
maklumat- maklumat pelanggan
3. Melayan tetamu yang datang ke pejabat ( Termasuk pejabat di Taman
Kinabalu Sabah)
4. Mendaftar pelanggan di Taman Kinabalu Kundasang
5. Bertanggungjawab sebagai PR (Public Relation) yang memberi
maklumat produk kepada pihak umum
6. Bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang berlaku terhadap
pelancong dan agensi pelancongan
Dalam Jabatan Pengiring Via Ferrata bidang tugasan adalah berikut:
1. Memberi taklimat Via Ferrata kepada pelancong
2. Mengiring pelancong semasa aktiviti Via Ferrata
3. Memeriksa peralatan-peralatan Via Ferrata dan Laluan Via Ferrata
4. Melaporkan keadaan cuaca dari masa ke semasa antara pengiring
5. Melaporkan sebarang masalah yang berkaitan dengan pelancong
Dalam Jabatan Housekeeping bidang tugasan adalah berikut:
1. Menyediakan dan mengemas bilik pelanggan di Pendant Hut
2. Menyediakan makanan kepada pelanggan dan staff di Pendant Hut
3. Menjaga kebersihan dan keceriaan di Pendant Hut
4. Melaporkan jumlah pelancong yang tiba di Pendant Hut dan berjaya
menyiapkan aktiviti Via Ferrata kepada staff di pejabat Taman Kinabalu
5. Membantu pelancong yang menginap di Pendant Hut
6. Mengurus segala kerja-kerja penyelengaraan yang berkaitan
Housekeeping di Pendant Hut
15
Rajah 1.3.5 Pandangan hadapan pejabat Mountain Torq Sdn Bhd
16
BAB 2: RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
2.1 Pengenalan
Ringkasan aktiviti latihan industri ini adalah ringkasan latihan yang telah
saya laksanakan pada setiap minggu iaitu dari minggu pertama hingga ke minggu
terakhir. Sepanjang latihan ini seperti yang dijadualkan bermula 29 November 2010
hingga 29 April 2011, iaitu selama 22 minggu termasuk cuti. Jadual 2.1
menunjukkan ringkasan aktiviti yang telah dilaksanakan.
Jadual 2.1 : Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
Minggu Aktiviti
Pertama
29/11/2010
Hingga
04/12/2010
i) Melapor diri di Syarikat Mountain Torq Sdn Bhd.
ii) Sesi perkenalan dengan kakitangan di syarikat Mountain
Torq Sdn Bhd.
iii) Meneliti dan menandatangani polisi syarikat mengenani
maklumat sulit syarikat.
iv) Berbincang dengan penyelia tentang kerja serta tugasan
yang akan dilakukan sepanjang latihan industri ini.
17
v) Mencari syarikaat dobi serta dapatkan senarai harga.
vi) Mencipta papan kenyataan serta susunan perletakkan
papan kenyataan
vii) Mengemaskini senarai harga yang terdapat daripada
syarikat-syarikat dobi.
viii) Menyusun bilik store/mesyuarat
Kedua
06/12/2010
Hingga
11/12/2010
i) Mengemaskini maklumat-maklumat peribadi kakitangan
di syarikat Mountain Torq.
ii) Mengambil sarung bantal, sarung tilam dan ‘sleeping beg
liner’ bersama penyelia di kedai jahit di Mexico Tailor
Segama Kota Kinabalu.
iii) Mencari senarai harga ‘soap dispenser’ dan ‘face mask’ di
syarikat Kinabalu Hearing Aid Center Sdn Bhd.
iv) Membantu rakan sekerja menghantar resit ke Malaysia
Promotion Tourism Board di Api-api Center Kota
Kinabalu.
Ketiga
13/12/2010
Hingga
17/12/2010
i) Mencari harga ‘soap dispenser’ di Syarikat DTS Hygiene.
ii) Draf surat kepada syarikat dobi Blue dot Laundry untuk
mendapatkan surat persetujuan.
iii) Menelefon syarikat-syarikat jahit untuk mendapatkan
senarai harga ‘plastik transparent’
iv) Memasukkan maklumat pelanggan ke dalam komputer.
Keempat
19/12/2010
Hingga
25/12/2010
i) Menbantu rakan sekerja mencari artikel mengenai syarikat
Mountain Torq di surat khabar.
ii) Membantu rakan kerja mengimbas artikel
iii) Menbantu rakan sekerja mengambil fail di syarikat audit
iv) Menyusun fail di bilik store.
v) Menulis laporan.
* 25/12/2011 – Cuti Umum Hari Natal
Kelima
27/12/2010
i) Membantu rakan sekerja mengira stok baju syarikat
ii) Mencari maklumat mengenai aktiviti Via Ferrata di
18
Hingga
01/01/2011
artikel-artikel akhbar.
iii) Menulis laporan
iv) Mengemaskini buku laporan harian
*01/01/2011 – Cuti Umum Tahun Baru
Keenam
03/01/2011
Hingga
08/01/2011
i) Membantu rakan sekerja mendapatkan harga
perkhidmatan penghantaran dokumen bagi syarikat
penghantaran syarikat ABX Express, Skylink, City Link,
Gdex dan DHL.
ii) Memasukkan maklumat pelanggan ke dalam komputer
iii) Mencari syarikat yang menawarkan peralatan pejabat
seperti rak kunci dan alat tulis pejabat.
iv) Mencari senarai harga perkhidmatan membuat chop di
syarikat Mian Ling, Long Bee, QuickPrint dan ADS
Trading.
v) Mencari syarikat yang menawarkan tekstil di sekitar Kota
Kinabalu dan mendapatkan senari harga.
Ketujuh
10/01/2011
Hingga
15/01/2011
i) Mempelajari asas konsep jualan syarikat Mountain Torq
ii) Memahami dan mencapai tahap kepuasan pelanggan
iii) Memahami prosedur proses komunikasi dengan pelanggan
iv) Memahami tatacara ‘Customer Delivery List’ dan
menangai tetamu VIP / Media.
v) Memahami prosedur bayaran penalti dan borang
pelanggan.
Kelapan
17/01/2011
Hingga
22/01/2011
i) Menulis surat dan fax ke syarikat Writebest dan Alfo
untuk mendapatkan senarai harga Bulletin Board dan
Sistem lampu.
ii) Pergi ke syarikat Starlight dan Bazaar Modern untuk
mendapatkan harga kain untuk sarung bantal.
iii) Pergi ke syarikat KHS Enterprise untuk mendapatkan
harga Garment Plastic Transparent.
Kesembilan i) Menyambut panggilan telefon.
19
24/01/2011
Hingga
29/01/2011
ii) Membuat tempahan.
iii) Mengemaskini dan status pembayaran pelanggan.
iv) Mengemaskini dan memasukkan maklumat-maklumat
pelanggan ke dalam komputer.
v) Menelefon syarikat Digital Wise untuk mendapatkan
khidmat membaiki komputer riba syarikat.
Kesepuluh
31/01/2011
Hingga
05/02/2011
i) Mencari syarikat yang menawarkan perkhidmatan Internet
bagi kegunaan syarikat di pejabat baru.
ii) Menyusun invioce yang telah dibatalkan ke dalam fail dan
mengemaskini di dalam komputer.
iii) Memasukkan data-data pelanggan ke dalam komputer
sebagai laporan.
iv) Mengelap cermin tingkap dan pintu pejabat.
*02-03/02/2011 – Cuti Tahun Baru Cina
Kesebelas
07/02/2011
Hingga
12/02/2011
i) Membawa seorang staf dari syarikat Redtone untuk
memeriksa pejabat baru bagi pemasangan Internet yang
ditawarkan oleh syarikatnya.
ii) Membantu rakan kerja untuk mengukur pejabat baru bagi
penyusunan layout meja.
iii) Menerima lawatan penyelia dari Politeknik Sandakan
Sabah iaitu En. Saril dan Cik. Meltina.
iv) Memasukkan data pelanggan ke dalam komputer.
v) Membuat tempahan dan menjawab panggilan telefon.
vi) Mengemaskini tarikh yang penuh ditempah.
Kedua belas
14/02/2011
Hingga
19/02/2011
i) Mempelajari cara membuat tempahan bagi pelanggan
yang menempah pakej 3 hari 2 malam.
ii) Mempelajari mengemaskini invoice sebelum hantar ke
jabatan akaun.
iii) Menyambut panggilan telefon dan membuat tempahan.
iv) Mengemaskini tarikh-tarikh yang telah penuh ditempah
dan membuat catatan.
Ketiga belas i) Menganalisi tarikh yang telah penuh ditempah dan
20
21/02/2011
Hingga
26/02/2011
memcatatkan pada kalender
ii) Membuat tempahan dan menyambut panggilan telefon
iii) Menerima fax dari syarikat-syarikat agensi bagi
mengemaskini maklumat pelanggan ke dalam komputer.
iv) Mengelap cermin tingkap dan pintu pejabat.
Keempat belas
28/02/2011
Hingga
05/03/2011
i) Membantu penyelia memberi tunjuk ajar kepada staf baru
mengenai cara membuat tempahan di komputer dan
mengemaskini status pembayaran pelanggan di dalam
komputer.
ii) Menerima fax dari syarikat Tujuh Maju dan Yiu Yee
Furniture bagi senarai harga rak besi dan almari besi.
iii) Menyambut panggilan telefon dan membuat tempahan.
Kelima belas
07/03/2011
Hingga
12/03/2011
i) Dalam minggu ini, saya mendapat tugasan untuk
mendapatkan senarai harga bagi kabinet dan almari file
bagi kegunaan di pejabat.
ii) Saya telah mempelajari cara untuk memasukkan invoice
yang telah melebihi tarikh pembayaran ke dalam
komputer.
iii) Saya dapat mempelajari cara untuk mendapatkan
maklumat dengan lebih terperinci.
Keenam belas
14/03/2011
Hingga
19/03/2011
i) Diberi tugasan untuk mendapatkan senarai harga bagi
almari besi dan rak besi untuk penyimpanan file dan
peralatan pejabat yang berlainan size dan corak.
ii) Membantu rakan sekerja untuk mengemaskini status
pembayaran pelanggan di dalam komputer
iii) Menulis laporan
iv) Mengemaskini buku log.
Ketujuh belas
21/03/2011
Hingga
26/03/2011
i) Mendraf surat untuk mendapatkan harga dari syarikat
Quickprint untuk perkhidmatan membuat chop.
ii) Mengikut penyelia ke New City Equipment Furniture Asia
City untuk mencari harga peralatan pejabat seperti almari
kabinet, rak besi dan meja kaunter.
iii) Memasukkan aplikasi Microsoft Office dan Trend Micor
21
Internet Security ke dalam komputer baru.
iv) Menerima senarai harga dari Syarikat Decor mengenai
karpet.
v) Menelefon syarikat Bumi Metro untuk mendapatkan harga
kartridge mesin fax.
Kelapan belas
28/03/2011
Hingga
02/04/2011
i) Mencari syarikat yang menawarkan meja kaunter dan
memdapatkan senarai harga di sekitar Kota Kinabalu.
ii) Menelefon syarikat Blue Dot Laundry untuk membatalkan
invoice dan membuat aduan bahawa Sleeping-beg yang
dihantar belum mendapat persetujuan untuk dicuci.
Walaupun telah dicuci tetapi masih berbau busuk dan
tidak bersih.
iii) Memberi penerangan kepada agensi pelancongan Sang-
Sang Tour bahawa setiap pertukaran tarikh dan maklumat
data pelanggan akan dikenakan caj penalti dan perlu
mempunyai surat hitam putih.
iv) Membuat ringkasan maklumat mengenai senarai harga
yang telah diterima dari syarikat-syarikat yang
menawarkan meja kaunter.
v) Menelefon syarikat Chin Chi Printing untuk mendapatkan
harga bagi mencetak voucher makanan.
vi) Mengikut rakan kerja pergi ke Bandar Inanam untuk
mencari syarikat yang menawarkan lampu.
vii)Membantu rakan kerja untuk memasang tiang rangka besi
di pejabat baru untuk membina gym.
Kesembilan belas
04/04/2011
Hingga
09/04/2011
i) Mencari senarai harga perabot dan peralatan pejabat bagi
kegunaan di pejabat baru.
ii) Membantu untuk memindahkan barang-barang dan
perabot pejabat ke pejabat baru (unit 3-49 ke unit 3-36)
iii) Membantu rakan kerja untuk menyusun invoice
berdasarkan tarikh ke dalam file.
iv) Membantu rakan kerja membungkus pakaian syarikat ke
dalam kotak.
22
Kedua puluh
11/04/2011
Hingga
16/04/2011
i) Melakukan pengembaraan berdasarkan rencana perjalanan
produk syarikat iaitu 3D2N Via Ferrata.
ii) Diberi taklimat ringkas mengenai pengembaraan 3D2N
Via Ferrata oleh penyelia dan diberi tugasan untuk
membuat laporan.
iii) Mempelajari tatacara kerja di Syarikat Mountain Torq
yang terletak di Taman Kinabalu Sabah. Antara yang
dipelajari ialah tatacara pendaftaran pelancong, tatacara
melayan tetamu, prosedure membuat pendaftaran
pelancong dan pencetakkan sijil kepada pelancong yang
berjaya menyempurnakan aktiviti Via Ferrata.
iv) Mempelajari tatacara kerja di Pendant Hut yang terletak di
Laban Rata Gunung Kinabalu. Antara perkara yang
dipelajari ialah mengenalpasti bidang dan skop tugasan
yang terdapat di Pendant Hut iaitu bahagian
‘Housekeeping’ dan ‘Via Ferrata Trainer’.
v) Mempelajari tatacara melayan pelanggan di Pendant Hut
dan procedure daftar masuk pelanggan.
vi) Menghadiri sesi taklimat Via Ferrata bersama pelancong
dan mempelajari cara-cara melakukan Via Ferrata dan
cara-cara mernggunakkan peralatan-peralatan Via Ferrata
seperti Aspri, Scorpio, dan sebagainya.
vii)Mendaki ke Puncak Gunung Kinabalu dan melakukan
aktiviti Via Ferrata Low’s Peak Circuit.
Kedua puluh satu
18/04/2011
Hingga
23/04/2011
i) Diberi tugasan untuk mencari syarikat yang menawarkan
perkhidmatan untuk membersihkan pejabat dan dapatkan
senarai harga.
ii) Mencari senarai harga bagi menformat komputer dan
membuat penyalinan DVD.
iii) Menelefon syarikat ACI Technology S/B untuk
mendapatkan senarai harga bagi UPS Back-up System dan
socket extension.
23
*22/04/2011 – Cuti Umum Good Friday
Kedua puluh dua
25/04/2011
Hingga
29/04/2011
i) Menelefon syarikat Fong Seong Enterprise untuk
mendapatkan quotation mengenai perkhidmatan
membersihkan pejabat
ii) Menelefon syarikat Rentokil Initial (M) S/B untuk
mendapatkan quotation mengenai perkhidmatan
membersihkan pejabat
iii) Menjawab panggilan telefon dan membuat tempahan
iv) Pergi ke Api-api Center untuk mencari kedai dobi
*29/04/2011 – Diberi pelepasan awal oleh pihak syarikat
24
BAB 3: VIA FERRATA
3.1 Pengenalan
3.1.1 Pendahuluan
Mountain Torq Sdn Bhd ini mengusahakan Via Ferrata yang pertama di Asia
dan tertinggi di dunia yang diiktirafkan oleh Guinness World Book of RecordTM
bertempat di laman warisan dunia iaitu Gunung Kinabalu di Sabah, Malaysia. Selain
daripada aktiviti Via Ferrata, Mountain Torq Sdn Bhd juga mempunyai pusat latihan
yang pertama di gunung Asia Tenggara dengan kegiatan-kegiatan lain seperti ‘wall-
climbing’ dan ‘rappeling’. Pendaki-pendaki dan peminat-peminat gunung boleh
melakukan aktiviti ini dan berpeluang untuk meyaksikan keindahan-keindahan
panorama yang unik dari puncak Gunung Kinabalu tanpa memerlukan sebarang
kemahiran dan pengalaman kerana amat mudah dilakukan.
Mountain Torq Sdn Bhd menyediakan pasukan pengiring yang berdedikasi
bagi meiringi pelancong untuk melakukan aktiviti Via Ferrata ini dan sentiasa
mengambil langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang
tidak diingini. Dengan ini, bukan sahaja dapat memastikan pelancong selamat tetapi
juga meningkatkan lagi tahap kemahiran serta keselamatan bagi setiap individu
25
pasukan pengiring itu. Mountain Torq Sdn Bhd bukan sahaja berkomitment terhadap
penjagaan ekosistem di kawasan warisan tetapi juga banyak membuka peluang
untuk mendapatkan peluang pekerjaan bagi masyarakat komuniti di Sabah.
3.1.2 Via Ferrata
Via Ferrata berasal daripada perkataan bahasa Itali yang bermaksud ‘jalan
dengan besi’ merupakan satu sambungan atau jalanan berterusan yang
menggunakaan besi yang ditanam atas permukaan batu gunung. Ia terdiri daripada
besi-besi, anak tangga, rel dan kabel yang tertanam ke dalam permukaan batu bagi
membuka laluan kepada manusia.
Oleh kerana sebelum ini hanya pendaki-pendaki yang berpengalaman sahaja
yang mampu memanjat tebing-tebing gunung dengan bantuan peralatan yang khas,
kini setelah adanya Via Ferrata, rata-rata golongan masyarakat dari pelbagai lapisan
pendaki ataupun bukan pendaki turut mampu memanjat tebing-tebing gunung untuk
mengalami sensasi mendaki gunung.
3.1.3 Sejarah Via Ferrata
Sejarah aktiviti riadah ini berasal daripada kaedah tentera Itali dalam
merentas Gunung Dolomites ke sempadan Austria ketika Perang Dunia Pertama
tahun 1915. Gunung Dolomites terletak di Itali dan mempunyai ketinggian 3,343
meter atas paras laut. Tentera Itali menggunakan kaedah Via Ferrata ini untuk
pemindahan anggota dan peralatan-peralatan perang pada ketika itu. Kaedah Via
Ferrata ini telah memudahkan tentera Itali bagi merentas bentuk muka bumi yang
sangat ekstrim pada ketika itu.
26
Terdapat 6 kategori grad via ferrata yang menunjukkan tahap kesusahan
aktiviti tersebut iaitu:
Jadual 3.1.3 Gred/Kategori Via Ferrata
Gred Kategori Huraian
F Facile Amat mudah dan sesuai bagi peserta baru dan kanak-kanak
PD Peu Difficile Sederhana mudah dan sesuai bagi peserta baru dan kanak-kanak
AD Assez DifficileSederhana susah dan sesuai bagi peserta yang berjaya melepasi
tahap PD.
D Difficult Tahap susah hanya sesuai bagi mereka yang biasa bersukan
TD Tres DiffcileTahap sangat susah hanya sesuai bagi mereka yang
berkecimpung dan bidang pendakian
EDExtremement
Diffcile
Tahap ekstrim, memerlukan kekuatan fizikal yang kuat, hanya
sesuai bagi mereka yang berkecimpung dan bidang pendakian
serta berpengalaman
3.1.4 Sejarah Via Ferrata Gunung Kinabalu
Pengasas Via Ferrata tunggal Asia ini adalah Wilfred Tok iaitu pemegang
syarikat Mountain Torq Sdn Bhd. Anak kelahiran Singarpura ini sebenarnya telah
lama memyimpan impian untuk melakukan Via Ferrata di Gunung Kinabalu pada
satu hari nanti.
Via Ferrata yang terletak di pergunungan Kinabalu diiktirafkan sebagai Via
Ferrata yang paling tinggi di dunia iaitu pada ketinggian 3,776 meter dijalankan oleh
syarikat pengendali Via Ferrata Gunung Kinabalu iaitu Moutain Torq pada 16
Disember 2007. Laluan Via Ferrata di Gunung Kinabalu ini adalah gred AD.
3.1.5 Tatacara dan etika aktiviti Via Ferrata di Gunung Kinabalu
27
Tatacara sebelum pendaki melakukan aktiviti Via Ferrata adalah perlu
menghadiri sesi taklimat ringkas selama 1 jam yang dilaksanakan oleh pelatih-
pelatih yang akan mengiring peserta semasa melakukan aktiviti. Dalam sesi taklimat
yang berlangsung selama satu jam ini, para peserta diberikan latihan dalam
penggunaan Lanyard, pencangkut iaitu Scorpio serta pengenalan titik-titik
permulaan dan perhentian aktiviti. Berikutan ini, etika keselamatan Via Ferrata juga
akan dititiberakan seperti larangan membuat bising dan menghormati peserta lain.
Semasa melakukan aktiviti, para peserta perlu sampai ke titik permulaan
sebelum jam 8:00 pagi bagi bersiap sedia untuk kenakan peralatan. Tujuan kekangan
masa ini adalah bagi mengelakkan kelewatan kerana di tanah tinggi akan
diselubungi awan pada sebelah pagi, peserta yang gagal membuat demikian tidak
akan dibenarkan untuk meneruskan aktiviti atas faktor keselamatan.
3.2 Penempatan Syarikat Mountain Torq dan Via Ferrata
3.2.1 Kota Kianbalu
Pejabat Induk Syarikat Mountain Torq Sdn Bhd terletak di Unit 3-36,
Tingkat 3, Asia City Complex, Jalan Asia City, 88000 Kota Kinabalu Sabah.
Sebelum ini pejabat Mountain Torq terletak di Wisma Sabah ketika pembukaan
syarikat. Pejabat induk Mountain Torq Sdn Bhd menguruskan segala tempahan yang
diterima dan urusan kerja-kerja teknikal seperti pembelian peralatan dan mengurus
perbelanjaan syarikat.
Selain itu, pejabat Mountain Torq di Kota Kinabalu ini juga sebagai tempat
penyimpanan stok cendera mata dan peralatan-peralatan Via Ferrata. Contoh
cendera mata ialah seperti baju t-shirt, topi dan sebagainya, manakala peralatan-
peralatan Via Ferrata adalah seperti Helmet, Karabiner dan sebagainya.
28
3.2.2 Taman Kinabalu Kundasang Sabah
Terdapat juga pejabat kaunter pendaftaran syarikat Mountain Torq di Taman
Kinabalu Kundasang Sabah yang bertanggungjawab untuk mendaftar pelancong-
pelancong yang telah membeli pakej sebelum mula mendaki. Pendaftaran ini perlu
untuk memastikan ketibaan pelancong yang akan menginap di penginapan Pendant
Hut pada hari tersebut. Kaunter pendaftaran ini juga bertanggungjawab
mengeluarkan sijil kepada pelancong sekiranya mereka berjaya menghabiskan
aktiviti Via Ferrata.
Oleh itu, setiap pelancong wajib mendaftar diri sebelum mula mendaki
kerana pendaftaran ini adalah bagi memastikan ejaan nama yang betul sepertimana
terdapat pada passport dan kad pengenalan mereka. Tujuan ini adalah untuk
mengelakkan kesilapan dalam mengeluarkan sijil kepada pelancong. Selain itu,
kaunter pendaftaran ini juga menjual produk-produk cenderamata syarikat
Mouintain Torq seperti t-shirt Mountain Torq, topi dan sebagainya dan satu eco-bag
percuma diberi sekiranya pembelian lebih daripada Rm40 sekali.
Selain itu, staff yang bekerja di Mountain Torq Taman Kinabalu Kundasang
juga bertanggungjawab untuk melayan tetamu yang datang melawat serta
mempromosikan produk syarikat kepada pelancong.
3.2.3 Gunung Kinabalu (Laban Rata)
Tidak jauh dari Laban Rata, terdapat sebuah penginapan milik syarikat
Mountain Torq yang dikenali Pendunt Hut yang terletak pada ketinggian 3270m dari
paras laut. Pendant Hut ini mempunyai ciri seperti rumah Alpine yang berasal dari
Pergunungan European.
29
Terdapat fasilitis asas kepada pelancong yang menginap di sini antaranya
bilik mandi dengan pancuran air panas elektrik, sebuah perpustakaan dan Restoran
Laban Rata yang berhampiran. Pendant Hut terdapat 3 bilik yang bercirikan asrama
yang boleh memuatkan sebanyak 36 buah katil serta 1 bilik persendirian yang boleh
memuatkan 4 buah katil. Oleh itu Pendant Hut ini boleh menampung seramai 40
orang sehari. Terdapat juga amenities-amenities asas disediakan kepada pelanggan
seperti sleeping-beg liner, selipar tandas dan mini-library. Aktivit Via Ferrata ini
terletak di permukaan Panar Laban Gunung Kinabalu, dan laluan aktivit bermula di
paras ketinggian 3,776 meter dan tamat pada 3,411 meter.
30
BAB 4: PRODUK-PRODUK SYARIKAT
4.1 Pengenalan
4.1.1 Pakej Yang Ditawarkan Oleh Syarikat Mountain Torq
Anatara pakej yang ditawarkan oleh syarikat ini adalah 2D1N Low Peak’s
Circuit, 2D1N Walk The Torq, 3D2N Via Ferrata dan 4D3N MT Via Ferrata.
Dalam pakej ini termasuk juga hidangan makan pagi dan malam serta penginapan di
Pendant Hut. Dalam pakej ini turut disediakan peralatan-peralatan untuk digunakan
semasa aktiviti Via Ferrata dan seorang pelatih pengiring sepanjang melakukan
aktiviti Via Ferrata sahaja.
Selain itu, satu sesi taklimat ringkas bagi mengendalikan peralatan-peralatan
Via Ferrata kepada pelancong di Pendant Hut setiap hari sebelum melakukan aktiviti
Via Ferrata, peserta akan diberikan tunjuk ajar cara penggunaan peralatan seperti
abah-abah, helmet, cangkuk dipanggil Scorpio dan teknik ikatan-ikatan tali pada
cincin besi di dinding gunung. Oleh itu, setiap pelancong wajib menghadiri sesi
taklimat ini yang akan bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:00 petang.
Sekiranya gagal membuat demikian maka pelancong tidak dibenarkan untuk
melakukan aktiviti tersebut pada hari seterusnya.
4.1.2 Keistimewaan Dan Kelebihan Pakej
31
Terdapat banyak keistimewaan serta kelebihan pelancong sekiranya memilih
pakej ini. Oleh kerana laluan Via Ferrata ini adalah berbeza dengan laluan biasa bagi
pendaki, antara kelebihan pakej ini ialah dapat disaksikan panorama menarik yang
tidak akan jumpa di tempat lain selain di laluan Via Ferrata Kinabalu sahaja. Selain
itu, pakej ini juga dapat membawa pelancong untuk melintasi laluan Via Ferrata
tertinggi dunia yang diiktirafkan oleh Guniness World Book of Record iaitu pada
tahap ketinggian 3,776 meter dari aras laut.
Walk the Torq merupakan laluan besi yang lebih pendek dengan jarak sekitar
430 meter. Bermula pada ketinggian 3,520 meter. Laluan besi Walk the Torq terdiri
daripada 200 meter laluan menegak pada sudut mencapai 90 darjah, 230 meter
laluan agak mendatar dan sebuah jambatan kabel atau dipanggil Monkey Bridge.
Cabaran Walk the Torq pada kebiasaannya boleh dihabiskan dalam masa sekitar satu
hingga tiga jam.
Low Peak Circuit pula digalakkan buat kaki-kaki daki tegar kerana dengan
panjang laluan 1.2 kilometer, ia memberi cabaran yang lebih mengujakan. Melalui
jambatan dengan hanya berpijak pada seutas kabel sambil di bawah adalah gaung
dalam, memang agak menakutkan. Namun, hampir semua peserta meniti laluan
dengan senyuman malah, ada yang melepaskan tangan dan memberi kepercayaan
sepenuhnya kepada Energy Absorber Lanyard.
Low Peak Circuit juga mempunyai kombinasi jambatan gantung, tiga buah
jambatan wayar dan dua buah jambatan kabel. Bermula pada ketinggian 3,776 meter
anda akan menuruni laluan besi sehingga ke titik 3,411m. Ini bermakna mereka yang
mencuba laluan Low Peak Circuit tidak akan terlepas laluan Walk the Torq.
4.1.3 Produk Syarikat
Rajah berikut adalah ringkasan keistimewaan produk syarikat yang
ditawarkan oleh syarikat Mountain Torq Sdn Bhd iaitu pakej Walk The Torq dan
Low’s Peak Circuit.
32
Jadual 4.1.3 Ringkasan Produk Walk the Torq
VIA
FERRATAKEISTIMEWAAN
SESUAI KEPADA
MEREKA YANG
Walk the Torq
Keistimewaan laluan
2 Kabel Monkey Bridge
Tyrolean Traverse
Balancing beam
Altitude Permulaan / Penamat
3520m / 3411m
Jarak Via Ferrata
430m
Jangka masa
2-3 jam
Gred
PD
Tidak pernah
melakukan Via
Ferrata
Ingin mencabar
kemampuan diri
Ingin mengatasi
perasaan takut tinggi
pada diri
Kumpulan keluarga
Kumpulan sekolah
Kanak-kanak 10
tahun keatas
Jadual 4.1.3 Ringkasan Produk Low Peak Circuit
VIA
FERRATAKEISTIMEWAAN
SESUAI KEPADA
MEREKA YANG
Low Peak
Circuit Keistimewaan laluan
3 kabel Monkey Bridge
Jambatan gantung tertinggi dunia
Berdiri di permukaan gunung yang
Mempunyai tahap
kecergasan yang
sederhana
Tidak gayat pada
ketinggian
33
menegak sehingga 90 darjah sejauh
300m.
Semua yang terdapat pada laluan
Walk The Torq
Altitude permulaan / penamat
3776m / 3411m
Jarak via ferrata
1200m termasuk laluan Walk The
Torq
Jangka masa
3-5 jam
Gred
AD
Aktif melakukan
aktiviti luar
Ingin menyaksikan
panorama yang
menakjubkan
Inginkan cabaran
yang bertahap
sederhana
Terhad pada remaja
yang berusia 16
tahun keatas sahaja
4.1.4 Tatacara Penempahan Pakej
4.1.4.1 Melalui Agensi Pelancongan
Bagi pelancong yang ingin menikmati pakej ini, mereka perlu membuat
tempahan melalui agensi-agensi pelancongan tempatan. Agensi-agensi pelancongan
tempatan ini akan menyediakan kemudahan yang tidak terdapat dari syarikat
Mountain Torq seperti pengangkutan. Oleh kerana syarikat Mountain Torq ini
merupakan operator pelancongan, maka jualan secara langsung kepada pelancongan
34
tidak wujud. Pelancong hanya boleh membeli melalui agensi pelancongan yang
telah berdaftar dengan Syarikat Mountain Torq ataupun yang tidak berdaftar.
Bagi agensi pelancongan yang ingin berdaftar sebagai agen rujukkan bagi
syarikat Mountain Torq, agensi tersebut perlu kemukakan lisesn KPL yang sah serta
carta organisasi syarikat agensi tersebut. Selain itu, agensi pelancongan tersebut juga
perlu kemukakan pakej-pakej atau aktiviti yang ditawarkan bagi mendaftar sebagai
agensi rujukkan syarikat Mountain Torq. Oleh itu, sekiranya terdapat pelancong
yang ingin melakukan aktiviti Via Ferrata ini, maka syarikat Mountain Torq akan
merujukkan pelancong tersebut kepada agensi pelancongan yang telah berdaftar
dengan syarikat Mountain untuk membuat tempahan.
Syarikat-syarikat yang telah membuat tempahan bagi pelanggan-pelanggan
mereka perlu memberi maklumat penuh pelanggan mereka kepada Syarikat
Mountain Torq seperti nama, passport, warganegra, umur dan juga jantina.
Maklumat-maklumat ini diperlukan selewat-lewatnya satu minggu sebelum tarikh
pelangang tersebut tiba di Pendant Hut. Tujuan ini adalah langkah syarikat bagi
memastikan jumlah pelanggan yang akan tiba di Pendant Hut dan memastikan ejaan
nama adalah betul agar supaya melancarkan proses pencetakan sijil bagi pelanggan
yang berjaya menyiapkan aktiviti via ferrata.
Tatacara penempahan pakej melalui agensi pelancongan adalah seperti rajah
berikut:
Membuat Tempahan Melalui Agensi Pelancongan
35
Pelancong menelefon/berjumpa dengan agensi pelancongan
Agensi pelancongan menelefon Syarikat Mountain Torq untuk mendapatkan tarikh yang mempunyai kekosongan penginapan
Rajah 4.1.3.1 Tatacara Penempahan Pakej Melalui Agensi Pelancongan
4.1.4.2 ‘Walk-in Customer’
Sebagia ‘Walk-in Customer’ pula hanya boleh membuat tempahan sekiranya
pelancong tersebut telah mempunyai penginapan di Laban Rata Kinabalu. Sekiranya
pelancongan telah mempunyai kemudahan penginapan di Laban Rata Kinabalu,
maka dia boleh menempah untuk aktiviti Via Ferrata . ‘Walk-in Customer’ boleh
membuat bayaran secara terus di Pendant Hut iaitu penginapan Syarikat Mountain
Torq di Gunung Kinabalu dengan syarat mesti menghadiri sesi taklimat pada jam
3:00 petang hingga 4:00 petang.
36
Agensi pelancongan mengumpul maklumat peribadi pelanggan dan bayaran
dari pelanggan
Agnesi pelancongan menghantar tempahan kepada Syarikat Mountain Torq
Syarikat Mountain Torq menghantar invoice kepada agensi pelancongan menunjukkan tempahan diterima
Bagi pelancongan yang telah membuat tempahan aktiviti, mereka akan
mendaki ke puncak sama seperti pendaki yang lain, dan hanya akan bertemu dengan
pelatih via ferrata mereka di titik permulaan aktiviti via ferrata sama ada Low Peak
Circuit atau Walk The Torq. Proses ini adalah sama dengan pelanggan yang
menempah pakej dimana pelancongan tersebut perlu menepati masa untuk berada di
tapak permulaan aktiviti via ferrata. Ini kerana, pelancong tersebut mempunyai
kekangan masa bagi melaksanakan aktiviti ini.
Namum begitu, tempahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat kekosongan
slot bagi aktiviti Via Ferrata kerana terdapat had bilangan pelancong yang akan
melakukan via ferrata dalam satu hari, iaitu seramai 40 orang sahaja bagi aktiviti
Walk The Torq dan 12 orang untuk aktiviti Low Peak Circuit.
Tatacara penempahan aktiviti secara ‘Walk-in Customer’ adalah seperti rajah
berikut:
Walk-in Customer
37
Pelancong yang telah mempunyai penginapan di Laban Rata dan tiba di
Pendant Hut
Membuat tempahan di Pendant Hut
Rajah 4.1.3.2 Tatacara penempahan aktiviti Via Ferrata ‘Walk-in Customer’
4.1.4 Syarat-syarat Minumum Pelanggan
Syarat serta peraturan perlu ada bagi melakukan aktiviti Via Ferrata kerana ia
merupakan sukan extrem yang perlu menitiberatkan beberapa aspek keselamatan
seperti tahap kesihatan pelancong dan ciri fizikal pelancong.
Bagi aktiviti dalam pakej Walk The Torq, syarat minimum umur pelanggan
ialah 10 tahun dan mempunyai ketinggian minimum 130cm. Manakala bagi aktiviti
dalam pakej Low’s Peak Circuit pula syarat minimum umur pelanggan adalah 16
38
Staf Pendant Hut menghubungi pejabat Kota Kinabalu untuk memeriksa
kekosongan slot aktiviti
Pendant Hut menerima bayaran dan mendapatkan maklumat peribadi dari
pelancong
Proses penempahan selesai, pelancongan dibenarkan mengikuti aktiviti Via Ferrata
tahun dan mempunyai tahap kecergasan yang sederhana kerana perlu menempuhi
laluan yang lebih panjang dan lebih mencabar.
Tujuan penetepan syarat kelayakkan tersebut adalah bagi memastikan
keselamatan pelanggan kerana dalam laluan Via Ferrata ini memerlukan
pergerakkan yang banyak serta kebolehan untuk mencapai tali kabel yang telah
dipasang. Sekiranya seseorang tersebut tidak menepati syarat minimum ketinggian
maka akan mengalami kesusahan semasa ingin mencapai tali kabel yang agak tinggi
dan akan merbahayakan.
BAB 5: PERALATAN AKTIVITI VIA FERRATA
39
5.1 Pengenalan
5.1.1 Aspir
Aspir adalah untuk dipakai peserta Via Ferrata dan juga melakukan aktiviti
gunung lain seperti Absenling, Rappeling dan Rock Climbing. Ia boleh
menyesuaikan mengikut size badan dan kaki orang dewasa. Ciri lapisan nilon yang
lembut adalah untuk keselesaan pemakai.
5.1.2 Ouistiti
Ouistiti biasanya untuk kanak-kanak kecil kerana mereka memiliki bentuk
badan yang lebih kecil dan tidak sesuai untuk mengunaakan Aspir. Ouistiti ini
direka-cipta khas untuk kanak-kanak yang dibawah 30 kg berat dan lingkungan
umur antara 4-9 tahun. Terdapat dua pin yang terletak di bahagian belakang Ouistiti
agar tidak memberi ganguan kepada is pemakai dan memudahkan kepada bantuan
pengubahsuaian bagi si pemakai. Berat Ouistiti ini adalah 350g sahaja dan diperbuat
daripada fabrik tebal.
5.1.3 Scorpio
Scorpio ini merupakan lanyard yang mempunyai ciri-ciri yang diperlukan
untuk aktiviti Via Ferrata. Scorpio berbentuk Y dan mempunyai lengan dimana
hujung lengan Scorpio ini dipasang Karabiner. Lengan Scorpio biasanya disangkut
40
pada kabel besi ketika melakukan aktiviti, tujuannya adalah sebagai pemegang
alternatif bagi mengelakkan kemalangan seperti terjatuh selain daripada sokongan
tali yang diikat pada setiap pendaki. Fungsi Scopio ini juga bertindak sebagai
pemegang semasa pendaki berehat kerana biasanya posisi berehat di tebing gunung
ialah melepaskan tangan dari kabel dan lenturkan badan seolah-olah dalam keadaan
baring.
5.1.4 Zyper
Zyper-Y Via Ferrata Lanyard adalah berbentuk Y untuk aktiviti Via Ferrata.
Zyper berfungsi dengan penyerap hentakan dan geseran dan biasanya digunakan
bersama Karabiners dan diikat kepada Aspri. Zyper ini hampir sama fungsi dengan
Scorpio, cuma yang membezakan Zyper dengan Scorpio ialah Zyper mempunyai
Kong Kisa iaitu alat untuk mengikatkan tali Beal antara pendaki dengan pendaki
lain. Manakala Scorpio pula hanya menggunakan zip untuk mengubah panjang
lengan dan mempunyai ruangan khas untuk tali yang diikat dengan pendaki lain.
Namun begitu, pengunnaan Scorpio adalah lebih mudah berbanding Zyper kerana
tidak perlu membeli Kong Kisa untuk membuat penyambungan tali keselamatan.
5.1.5 Head Torch
Lampu suluh diperlukan semasa melakukan aktiviti semasa dalam keadaan
gelap seperti subuh pagi, lewat petang ataupun dalam gua. Head Torch yang sesuai
bagi pendaki via ferrata ialah mudah dipasang dan ringan iaitu 75g sahaja termasuk
bateri. Oleh kerana aktiviti Via Ferrata memerlukan pendaki menggunakan kedua-
dua tangan untuk berpaut pada kabel, oleh itu pengunaan Head Torch adalah amat
sesuai.
41
5.1.6 Tali Beal
Tali Beal merupakan tali ringan yang mempunyai ukuran yang berbeza untuk
aktiviti via ferrata. Setiap saiz ukuran yang berbeza adalah mengikut saiz
rombongan atau jumlah kumpulan pendaki. Biasanya setiap pendaki yang
melakukan aktiviti via ferrata ini perlu diikat antara satu sama lain bagi tujuan
keselamatan pendaki. Biasanya juga tali ini menpunyai tanda selang bagi
menunjukkan di mana setiap pendaki harus diikat.
5.1.7 Helmet
Penggunaan Helmet harus tahan lasak seperti dapat menahan
hentakan objek yang keras dan perlakuan kasar yang sering dihadapi di pergunungan
tinggi atau gua. Ciri Helmet juga perlu ringan dan mudah digunakan dengan kekunci
pengatur bagi membetulkan kedudukkan yang sesuai dengan pemakai. Selain itu, ia
juga terdapat 14 lubang bagi pengedaran udara yang baik untuk keselesaan pemakai
dan terdapat juga 4 klip lubang untuk perletakkan lampu. Biasanya saiz Helmet bagi
dewasa ialah berukuran 48cm hingga 61cm.
5.1.8 Sarung Tangan
Terdapat dua jenis sarung tangan pelindung iaitu sarung tangan separuh jari
dan sarung tangan penuh. Sarung tangan separuh jari membolehkan jari anda
mencengkam lebih besar ketika memegang tali dan memudahkan anda mengendali
peralatan dengan lebih efisien. Sarung tangan sememangnya diperlukan untuk
melakukan aktiviti Via Ferrata. Manakala sarung tangan penuh pula sesuai
digunaakan di kawasan yang sejuk kerana mampu melindungi jari daripada
mengalami kebas akibat sejuk.
42
5.1.9 Karabiner
Karabiner berasal daripada bahasa Bahasa Jerman iaitu "Karabinerhaken",
yang bermaksud " sebuah tempat sangkut pistol". Karabiner ini diperbuat daripada
logam ini mempunyai “Gate” iaitu pintu gerbang yang boleh dikunci dengan skru.
Bahagian yang bertentangan gerbang disebut sebagai tulang belakang Karabiner.
Karabiner ini dapat berfungsi dengan cepat dan fleksibel bagi menghubungkan
komponen gerbang pintu dalam pemasangaan sistem keselamatan pada kabel laluan.
5.2 Maklumat Asas Teknikal Via Ferrata
5.2.1 Persiapan Bagi Aktiviti
Memilih tahap kesukaran via ferrata adalah berdasarkan tahap kepakaran
serta kecergasan seseorang. Bagi peserta permulaan biasanya akan memilih tahap
yang paling mudah bagi agar senang dilaksanakan dan dapat menyesuaikan diri
dengan aktiviti ini.
Sebelum melakukan via ferrata perkara penting yang perlu dititiberatkan
ialah cuaca, faktor cuaca amat mempengaruhi aktiviti via ferrata ini. Via ferrata
sesuai dilakukan pada hari yang cerah dan tidak digalakan semasa hujan atau selepas
hujan atas faktor keselamatan peserta. Elakkan daripada melakuan via ferrata ketika
panas terik. Ini kerana pendedahan terhadap sinaran matahari yang terlalu lama akan
menyebabkan selaran matahari dan strok matahari.
43
5.2.2 Sentiasa Menggunakan Peralatan Yang Betul
Sebelum melaksanakan aktiviti via ferrata, pastikan tali yang disediakan
dalam keadaan yang baik dan cukup panjang untuk kegunaan bagi pasukan anda.
Sebagai tambahan, ilmu mengikat seperti sistem Belay Stesen, Rappeling dan
banyak lagi harus dipelajari oleh setiap peserta via ferrata.
Pemakaian kasut yang sesuai untuk mendaki dan selesa telah memadai untuk
aktiviti via ferrata. Selain itu, kasut yang diguna perlu sesuai dalam segala keadaan
termasuk dalam permukaan berbatu-bata dan permukaan yang basah.
Lindungi tangan dengan menggunakan sarung tangan amat digalakkan.
Selain daripada dapat melindungi tangan, ia juga berfungsi bagi cengkaman yang
maksimum pada kabel dan Lanyards. Kadang kala, aktiviti via ferrata ini dilakukan
di kawasan pergunungan altitude tinggi dan mempunyai suhu yang amat rendah
seperti Gunung Kinabalu. Oleh itu, sarung tangan amat diperlukan untuk keselesaan
peserta bagi mencengkam kabel yang sejuk.
5.2.3 Mengelakkan Kemalangan
Faktor terjatuh dalam aktiviti via ferrata ini dapat dielakkan 100% sekiranya
mematuhi peraturan-peraturan serta piawaian-piawaian yang ditetapkan. Namum
bagi pendaki yang berpengalaman tidak akan menolak sebarang kemungkinan
sekiranya berlaku kemalangan semasa aktiviti Via Ferrata ini atas faktor-faktor
tertentu. Lanyard sebenarnya hanya mampu menampung berat 45kg – 100kg sahaja,
oleh itu bagi sesetengah orang yang melebihi had berat badan perlu mempunyai tali
tambahan.
44
5.2.4 Titik Rehat Aktiviti
Semasa melakukan via ferrata, lengan anda perlukan rehat setelah lama
mecengkam kabel. Bagi kedudukan rehat, klipkan Lanyard serta Scorpio pada kabel
dan lepaskan tangan bagi merehatkan otot lengan dan lenturkan badan dalam
kedudukan berdiri. Biarkan Lanyard dan Scorpio sahaja yang menyokong berat
badan anda.
Walau bagaimanapun, kawasan rehat via ferrata perlu sesuai seperti
mempunyai kawasan rata untuk duduk dan sentiasa mendapatkan nasihat pengiring
yang berpengalaman bagi mencari kawasan yang sesuai.
Makanan dan minuman adalah diperlukan bagi aktiviti via ferrata yang
memakan masa yang lama. Seperti contoh, aktiviti Via Ferrata yang di tawarkan
oleh syarikat Mountain Torq ini akan memakan masa dari 3 hingga 5 jam pendakian.
Oleh itu, peserta perlu membawa sedikit makanan dan air minuman kerana ia
diperlukan ketika tiba di titik rehat aktiviti.
5.2.5 Sentiasa Menggunakan Topi Keledar
Helmet, wajib dipakai semasa melakukan aktiviti via ferrata, ini bertujuan
untuk melindungi diri daripada serpihan batu yang jatuh dari atas. Selain itu, anda
juga mungkin tidak mengetahui bahawa bahagian atas laluan aktiviti yang sedang
anda lakukan juga mempunyai pserta lain yang berkemungkinan terjatuh benda-
benda keras dari poket atau beg galas mereka. Walaupun benda kecil seperti jam
tangan juga akan mendatangkan kecederaan sekiranya terjatuh dari tempat yang
tinggi.
45
5.3 Pengajaan Peralatan Via Ferrata
5.3.1 Lanyard
Penyerap tenaga Lanyard sebenarnya ialah alat yang menyambungkan
anggota badan dengan Karabiner. Oleh itu, pemeriksaan terhadap Lanyard adalah
penting atas faktor keselamatan peserta.
Lanyard yang terdapat pada Aspri dan Zyper adalah amat diutamakan.
Langkah sebelum melakukan aktiviti Via Ferrata pastikan jalinan jahitan pada
Lanyard dalam keadaan yang baik, biasanya dalam warna berlainan iaitu bahagian
dalam hitam dan luar berwarna. Langkah untuk melakukan pemeriksaan Lanyard
ialah ketatkan Lanyard, periksa sekitar lengan Lanyard dan pastikan tiada kesan
koyak.
Bagi tujuan keselamatan, jangan sesekali menggunakkan Lanyard yang telah
mempunyai kesan koyak dan retak akibat bebanan pada mekanisme. Selain itu,
elakkan menggunakan Lanyard sekiranya hasil pemeriksaan mendapati mekanisme
tersebut tidak mempunyai piawaian yang ditetapkan dan sangsi dengan
kebolehpercayaan mekanisme tersebut.
5.3.2 Karabiner
Karabiner pula adalah pencengkam yang akan dipautkan pada kebel besi.
Bagi pemeriksaan karabiner pula, pastikan tiada kesan retakan, haus atau
kelonggaran pada pintu gerbang karabiner. Menguji fungsi seperti mekanisme
pembukaan dan penutupan gerbang perlu dilakukan dengan kerap. Pastikan juga
gerbang pintu karabiner akan tutup kembali secara automatik selepas membukanya.
46
Sekiranya perlu, letakkan beberapa titik minyak bagi melancarkan lagi mekanisme
ini bergerak.
Selain itu, pastikan segala kotoran yang terdapat pada slot mekanisme
gerbang karabiner telah dibersihkan terlebih dahulu sebelum melakukan via ferrata.
Kotoran tersebut mungkin habuk, pasir, batu halus dan sebagainya yang boleh
menyekat kelancaran pergerakkan gerbang.
5.3.3 Tali
Penjaga pada tali adalah penting bagi mengekalkan pretasi kualiti tali
tersebut, dalam aktiviti Via Ferrata wajib menggunakan untuk tujuan keselamatan..
Tip-tip bagi penjagaan tali yang perlu diambil kira ialah:
Tidak sesekali memijak tali
o Tekanan secara langsung keatas permukaan yang keras seperti batu
boleh merosakkan struktur pada tali tersebut. Habuk seperti batu-
batu halus akan terletak masuk ke dalam sturktur juga boleh
merosakkan tali. Oleh itu, sebagai pendaki yang bertauliah tidak
akan sesekali memijak tali agar tali tahan lama.
Sediakan beg untuk penyimpanan tali
o Penjagaan tali yang betul boleh mengekalkan pretasi tali sentiasa
dalam keadaan yang memuaskan. Dengan kaedah menyimpan tali di
dalam beg boleh mengelakkan tali dipijak dan menghalang kotoran
melekat pada tali. Ini kerana kotoran yang terdapat pada tali boleh
melemahkan sturktur tali.
Cuci selepas menggunakannya
47
o Penjagaan akhir ialah membasuh kotoran pada tali selepas sahaja
mengunakkannya kerana bukan sahaja habuk yang melekat pada tali
tetapi juga kesan minyak pelincir yang terdapat pada Karabiner.
5.3.4 Helmet
Jangka hayat helmet biasanya hanya 10 tahun dari tarikh pembikinan, selepas
jangka hayat tersebut anda disyorkan untuk menggantikan peralatan tersebut atas
faktor keselamatan. Oleh kerana helmat biasanya diperbuat daripada polycarbonate
untuk memastikan berat helmet tidak terlalu berat, struktur polycarbonate akan
semakin lemah selepas dijemur dalam jangka masa yang lama.
Sebagai penjagaan helmet, pastikan klip pada helmet berfungsi dengan baik
sebelum menggunakan. Periksa terhadap klip sama ada ia telah longgar atau tidak
dan masih boleh berfungsi dengan baik.
Seterusnya periksa bahagian dalam helmet pula, perkara yang perlu
dipastikan ialah lanyard dalam helmet tidak terdapat sebarang kesan koyak dan
boleh diketatkan lagi.
BAB 6: KESIMPULAN
48
Selepas 5 bulan menjalani latihan industri, segala penat-lelah memerah otak,
suka-duka saya akhirnya terbayar ibarat dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
kerana saya telah banyak menimba dan menerima ilmu-ilmu yang begitu berharga
dan tidak mungkin akan dapat di tempat lain.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai yang
membawa maksud kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan
melakukan sesuatu yang susah. Namum begitu, saya lebih bersemangat untuk
mencabar diri bagi meningkatkan lagi prestasi saya. Disaat kesukaran telah saya
tempuhi dengan hati yang tabah dan tidak mudah putus asa walau sehebat mana jua
cabaran yang mendatang dan terus berusaha bagai air mencari jenisnya.
Selama 5 bulan saya menjalani latihan industri ini, saya dapat mempelajari
cara bergaul dengan rakan sekerja yang sememangnya berbeza berbanding bergaul
dengan rakan sekuliah. Ibarat masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang
kerbau menguak. Oleh itu, keupayaan diri untuk menyesuaikan diri dengan tempat
dan keadaan adalah penting bagi menghadapi alam pekerjaan kelak. Selain itu, etika
bekerja perlu bertanggungjawab dan bekerjasama ibarat telur sesangkak, pecah
sebiji, pecah semua. Ini kerana kesilapan yang dilakukan oleh seseorang
menyebabkan orang lain juga menerima akibatnya.
Akhir sekali, saya berbesar hati kerana dapat menamatkan latihan industri
saya di syarikat Mountain Torq dengan jayanya. Saya juga amat bersyukur kerana
syarikat ini merupakan syarikat yang pernah menerima pelbagai anugerah seperti
Guinness World Book of RecordTM iaitu Via Ferrata yang tertinggi di dunia.
Syarikat ini walaupun dianggap baru, namum pencapaiannya adalah lebih tinggi
berbanding dengan agensi-agensi pelancongan yang lain membuat saya bangga
berada di syarikat ini walaupun hanya 5 bulan.
49
BAB 7: KOMEN DAN CADANGAN
50
7.1 Komen
Pada akhir laporan ini, komen saya tentang latihan industri ini adalah sebagai
pelajar harus teliti dalam memilih syarikat yang ingin menjalankan latihan industri.
Ini kerana pemilihan tempat latihan industri perlu mengambil kira beberapa faktor
seperti kemudahan penginapan, pengangkutan, dan sebagainya bagi memudahkan
pelajar menjalani latihan industri dengan lebih selesa.
Di syarikat Mountain Torq ini, kemudahan pejabat telah disediakan dengan
baik seperti komputer, telefon, mesin fax dan juga kemudahan internet.
Kelengkapan kemudahan ini amat penting kerana syarikat ini perlu banyak
berhubung antara jabatan bagi melancarkan pengurusan proses penempahan dan
menerima panggilan pelanggan. Selain itu, kemudahan yang disediakan ini juga
memudahkan lagi komunikasi antara staff di Taman Kinabalu Sabah serta Pendant
Hut.
Kakitangan dalam syarikat ini juga bertanggungjawab dan berkreabiliti
tinggi, sebarang masalah yang dihadapi oleh syarikat akan dibincangkan dengan
segera dan mencari jalan penyelesaian secepat mungkin agar masalah tersebut tidak
berlarutan. Sebagai contoh masalah pelancongan yang tercedera ketika melakukan
aktiviti Via Ferrata, waalaupun ia atas tanggungjawab agensi pelancongan, namum
pihak Mountain Torq perlu memberi perhatian kepada pelancong tersebut seperti
memberi rawatan awal dan mencadangkan beberapa jalan penyelesaian kepada
agensi pelancongan.
Selain itu, kualiti perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat ini juga amat
baik terutamanya semasa melayan pelancong yang datang ke pejabat. Staff
Mountain Torq akan segara menbantu pelancong yang tiba dengan mesra. Media
visual seperti poster dan gambar-gambar banyak terletak di bahagian hadapan
pejabat bagi membantu pelancong lebih mengenali Via Ferrata.
51
Melalui pengamatan saya dalam semua aspek di syarikat ini, banyak perkara
yang telah saya pelajari yang tidak akan dapat di tempat lain. Komunikasi perlu jelas
dan betul bagi mengelakkan menimbul masalah. Seperti contoh maklumat-maklumat
penting mengenai Via Ferrata perlu disampaikan dengan betul kepada pelanggan
dan juga pelancong. Selain itu, saya juga dapat mempelajari tatacara melayan
pelancong sama ada dalam telefon atau secara bersemuka. Walaupun terdapat
kelemahan yang masih perlu saya dibaiki pada awal, namum semua ini dapat saya
betulkan dengan cepat.
Dalam proses membuat tempahan pula, sistem yang digunakan oleh syarikat
ini amat mudah, dengan hanya beberapa kali membuat latihan saya telah mahir
menggunakkannya dan dapat membantu rakan sekerja untuk membuat tempahan.
Selain itu, saya juga sempat memberi sedikit penerangan dan tatacara menggunakan
sistem tempahan ini kepada salah seorang staff baru di syarikat ini.
7.2 Cadangan
7.2.1 Pihak Politeknik Sandakan Sabah
Pihak Politeknik disyorkan supaya mengumpul maklumat mengenai tempat-
tempat yang kebiasaannya menjadi pilihan pelajar untuk menjalani latihan industri
agar dapat dipastikan bahawa premis berkenaan betul-betul akan memberi manfaat
yang berguna kepada pelajar kelak.
Sewajamya pihak politeknik juga perlu mengariskan bentuk latihan yang
perlu dilakukan oleh pelajar selama satu semester untuk tempoh latihan industri. Ini
kerana para pelajar yang akan menjalani latihan industri masih samar mengenai apa
yang perlu dilakukan bersesuaian dengan kursusnya apabila berada di tempat
52
pratikal. Dengan cara ini akan mengelakkan berlakunya pemilihan tempat latihan
yang tidak bersesuian.
7.2.2 Pihak Firma / Organisasi
Sesetengah syarikat yang memberi tugas di luar bidang pengajian pelajar
yang mengakibatkan pelajar tersebut sukar untuk menyesuaikan diri dengan tugas
yang diberi. Ia juga menyebabkan pelajar gagal untuk memberikan sepenuh
tumpuan dan komitmen terhadap tugasan.
Selain itu, pihak firma juga perlu memberi kemudahan kerja yang lengkap
dan sentiasa memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan tugasan yang
berlainan dan pelbagai, berbanding hanya melakukan sesuatu yang pekerjaan yang
sama sepanjang latihan industri ini. Dengan ini, pelajar tersebut akan mendapat lebih
banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang pelbagai.
53
Top Related