HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
1.Pengenalan
Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam meghasilkan sesuatu
karya seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang
tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Dalam teorinya,
corak ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau
secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu
Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Motif pula merupakan rupa atau
bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Motif terdiri daripada motif
flora, fauna, geometrical dan organik. Corak Tradisi mempunyai motifnya
tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisional.
Contoh yang biasa kita dengan adalah seperti corak bunga buluh,pucuk
rebung,bunga kiambang dan sebagainya.
Dalam tugasan ini akan cuba dibincangkan satu kajian dan analisa terhadap
rekaan dikehendaki menjalankan kajian analisa terhadap rekaan dan
corak yang terdapat pada objek kain sarung batik. Batik yang sarung yang
dipilih kerana ianya merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di
Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah
pembuatan batik secara tradisional.
Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai
alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan
alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri
Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari
perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik
pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu,
sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun
1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat
di Kelantan dan Terengganu.
1
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
2.Objek Pilihan: Sarung Batik Terap/Blok
Objek Kajian :Batik Sarung Lukis
Batik Sarung pada asasnya mempunyai Malaysia cirri-ciri tersendiri seperti
Kepala Kain, Kaki Kain, Badan Kain dan Pengapit Kepala Kain. Biasanya
Kepala Kain di pakai disebelah belakang atau disisi sipemakai.
Gambarajah. B: Ciri-Ciri Sarung Batik Malaysia
2
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
3. Jenis-Jenis Motif Pada Objek
Dalam penghasilan batik, unsur utama yang menjadi batik itu unik adalah
dengan adanya motif-motif yang dipilih dan disusun dengan kreatif serta
diwarmakan dengan sempurna dengan kreatif. Motif-motif yang digunakan
biasanya yang berunsur alam semulajadi dan tradisional. Diantara unsur-unsur
yang terdapat adalah bermotifkan fauna, flora dan geometri.
Motif flora yang merupakan unsur tumbuhan yang amat digemari dan
digunakan ialah pucuk rebung,bunga mangga, kenangga,cempaka,melur dan
sebagainya. Bunga,pucuk,kudup,putik,daun dan ranting digunakan dan diolah
serta dipelbagaikan dalam corak yang pelbagai.
Motif fauna pula menjurus kepada motif haiwan yang kerap digunakan ialah
ayam,itik, serangga dan unggas. Motif ini selalunya diolah dan digabungkan
dengan motif flora.
Motif geometri selalunya lebih digemari dalam pembikinan batik kerana ianya
lebih mudah dan ringkas untuk diolah. Antara motif geometri yang popular ialah
segi tiga pucuk rebung,segi empat,garisan lurus, swastika, gandaan huruf “S”,
bulatan dan sebagainya.
Namun dalam batik sarung yang kita pilih seperti Rajah A diatas, penggunaan
motif adalah merangkumi motif flora, fauna dan geometri. Motif flora seperti
motif bunga mangga diguna secara dominan pada badan kain yang berlatarkan
warna biru yang lebih gelap.Susunannya adalah secara menegak dan agak
longgar. Namun gabungan susunan dan kontras warnya menampakkannya
agak jelas dan menarik.
Motif corak pada kaki kainnya agak mudah dengan adunan garisan dan motif
pucuk rebung yang disusun dengan rapi secara menegak.
3
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
Pada kepala kain, corak geometri berbentuk bulatan dan berbintang ditengah
bulatan dipilih disempadani dengan garisan motif banji yang disusun
berurutan.Diantara garisan banji sisip dengan bentuk-bentuk geometri yang
lebih kecil berupa motif fauna yang berbentuk sayap, sawat dan kupu-kupu.
4. Lakaran Motif
Bunga Mangga
4
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
Pucuk Rebung
5
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
Motif Geometri
6
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
Motif Pelbagai Fauna
5. Teknik Penghasilan Batik Terap/Blok
7
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak.
Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam yang digelar sarang. Proses ini
dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah
selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna
sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.
Gambarajah C: Blok atau Sarang
5.1 Alatan Untuk Membuat Batik Terap/Blok
Dalam proses untuk menghasilkan batik terap atau blok, biasanya peralatan
asasnya tidak banyak berbeza dengan penghasilan batik tulis atau batik skrin.
Peralatan asas yang utama ialah lilin, kain dan pewarna dan yang membeza
diantara batik terap atau blok dengan yang lainnya hanyalah teknik
penghasilan corak dan motif. Diantara alatan yang digunakan untuk membuat
batik terap adalah seperti berikut:
i. Sarang atau blok bunga sebagai acuan yang dibuat sama ada
daripada kayu logam atau tembaga yang telah diukir.Blok atau
sarang ini dibentuk khas dan dipateri mengikut rekaan corak.
ii. Meja pengecap yang dilapik dengan kelopak batang pisang untuk
membolehkan lilin menyerap pada permukaan kain yang
8
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
diterap.Kelopak batang pisang yang digunakan adalah daripada jenis
pisang benggala,kelat air atau pisang rasa. Selain kaedah
tradisional,kaedah moden juga digunakan seperti melapik meja
dengan span atau fabric seperti guni yang boleh menyerap pewarna.
iii. Kain kapas atau kain yang boleh menyerap pewarna.
iv. Kuali leper untuk memasak bahan campuran lilin.
v. Kuali kawah untuk mendidih air bagi proses menanggalkan lilin
melalui cara merebus kain.
vi. Tempat jemuran yang terdedah cahaya matahari.
5.2 Proses Penghasilan
Proses menerap batik mempunyai beberapa langkah yang perlu diambil
perhatian dan dilakukan dengan penuh hati-hati agar ianya menghasilkan
sesuatu hasil seni yang bermutu. Jika tidak, bukan saja hasilnya tidak
mencapai tahap bermutu yang diharapkan tetapi akan merugikan. Langkah-
langkah dalam proses ini adalah seperti:
i. Membasuh kain untuk menghilangkan kanji.
ii. Membentangkan kain yang telah dibasuh diatas meja
pengecap.Pastikan kain diratakan dan ditegangkan untuk
membolehkan proses penerapan dilakukan dengan kemas dan
lancar.
9
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
iii. Panaskan lilin didalam kuali leper.
iv. Celup blok atau sarang kedalam lilin dan terapkan lilin keatas
permukaan kain. Lakukan dengan kemas.Pastikan blok yang
digunakan adalah betul mengikut corak kerana untuk sehelai kain
sarung,corak badan kain adalah berbeza dengan kepala kain atau
bahagian lain. Untuk menghasilkan sehelai kain sarung,lebih
daripada satu blok digunakan.
v. Celup kain kedalam pewarna Naphtol.Warna yang berbeza
digunakan dimulai dengan warna muda diikuti dengan warna gelap.
vi. Rebus kain dan campurkan serbuk soda (soda ash).
vii. Basuh dan jemurkan kain.
5.3 Proses-Proses ikut urutan teknik Blok
1.Kain perlu dibasuh untuk buang
kanji
2. Membentangkan kain yang telah
dibasuh diatas meja
10
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
3. Panaskan lilin 4. Celup blok atau sarang kedalam lilin
dan terapkan lilin keatas permukaan
kain
5. Celup kain kedalam pewarna
Naphtol6.Rebus kain dan campurkan serbuk
soda (soda ash).
7. Rendam dan bilas kain 8.Jemur
6. Persamaan Motif dengan Kraf Tradisional Lain
11
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
Jika diterliti motif yang digunakan dan terdapat pada objek yang dikaji ia itu
sarung batik terap, sesungguhnya persamaan motif yang digunakan amat
jelas mempunyai kaitan yang ketara dengan kraf tradisional lain di nusantara.
Motif pucuk rebung yang bergeometri segi tiga dan digabung dengan motif
bunga mangga dan motif-motif lainnya adalah amat popular juga diguna untuk
menghias sisi labu sayong, kain songket, wau dan sebagainya. Ini jelas
menampakkan suatu pertalian kebudayaan dan gaya hidup setempat
disamping mempunyai kaitan yang intim dengan persekitaran dan alam
semulajadi.
Gambarajah D : Motif geometri dan flora pada labu sayong
Motif pucuk rebung juga terdapat pada kain sonket tenunan dan selalunya
digunakan pada kaki kain dan sebagai motif dominan di kapala kain songket.
Hanya gaya ianya dipersembahkan menampakkan suatu keunikan yang
ketara. Pada kain songket, motif itu di tenun menggunakan benang emas
sementara pada batik terap, ianya dicop atau diterap dengan lilin dan disaluti
atau direndami dengan pelbagai warna.
12
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
Gambarajah E : Motif geometri dan flora pada corak songket
Kraf tradisional tradisional seperti tembikar juga mempunyai kebiasaan
mengunakan motif-motif yang berkaitan dengan persekitaran dan alam
semulajadi. Ini selalunya terdapat dalam corak estetik yang hendak ditonjolkan
pada reka luaran pasu Sarawak dan labu sayung. Motif yang selalu diguna
pakai adalah seperti motif bunga mangga, pucuk rebung disamping motif-motif
geometri, alam fauna dan flora lainnya. Penggunaan motif-motif tradisional ini
pada penghasilan kraf tembikar telah menjadikannya suatu keunikan dan dapat
membezakan tembikar Malaysia dengan kraf tembikar luar nusantara.
Gambarajah F : Motif pucuk rebung dan flora pada pasu Sarawak
13
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
Gambarah G : Motif Corak Flora pada wau
Begitu juga dengan kraf tradisional lainnya seperti pada wau, kraf ukiran dan
lain-lainnya. Pada wau motif flora dan fauna sering digunakan untuk
menambah unsur estetik terutamanya yang terdapat pada wau bulan. Begitu
juga dengan kraf ukiran kayu tradisional dimana motif-motif flora dan fauna
dijadikan suatu kemestian dalam penghasilan karya asli. Perkaitan kraf
tradisional seperti batik dan kraf-kraf tradisional lain tidak dapat tidak
mempunyai pengaruh secara semulajadi berdasarkan kebudayaan dan
kepercayaan mistik sesuatu tempat. Pengaruh persekitaran,kepercayaan dan
punca ilmu dan kemahiran yang disampaikan secara turun-temurun daripada
suatu genarasi ke genarasi yang seterusnya juga telah menjadikannya sebati
kepada tanggapan estetik penggemar keseniannya lantas diterima sebagai
sesuatu yang mesti dan jika diabaikan pula akan menghilangkan identiti
sesuatu kraf tradisional yang dihasilkan.
Gambarajah H: Motif Bunga Raya
14
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
7. Kepentingan Rekaan dan Corak Kain Sarung Batik
Awalnya aktiviti membuat batik hanya terbatas kegunaan diraja saja dan ianya
dihasilkan untuk pakaian raja dan keluarga serta para pembesar mereka. Oleh
kerana banyak daripada pembesar tinggal diluar istana, maka kesenian batik
ini dibawa oleh mereka keluar dari istana dan dihasilkan pula ditempat masing-
masing. Ini menjadikanya hak rakyat jelata. Apabila batik telah digunakan
secara meluas dikalangan rakyat biasa dan tukang pandai seni yang
bilangannya juga semakin ramai maka timbul masalah hak cipta. Kepentingan
utama rekaan dan corak kain batik sarung ialah hak cipta, nilai estetik, nilai
komersial dan nilai identiti.
Hukum Hak Kekayaan Intelektual (HKI) mencegah dilakukannya tindakan
penciplakan atau plagiat, yaitu suatu tindakan dengan maksud menarik
keuntungan dari ciptaan-ciptaan yang merupakan kekayaan intelektual
seseorang. Hukum HKI juga menetapkan kaedah-kaedah hukum yang
mengatur ganti rugi yang harus dipikul oleh orang yang melanggarnya
dengan melakukan penciplakan.4
Berkaitan dengan perlindungan hukum atas hak cipta yang merupakan
bagian dari HKI, Ricketson (1991) mengemukakan:5
“…. It has been popular to argue, particularly in continental jurisdiction,that
a person has a natural right to the product of his labour and this
should be recomized as his property, whether tangible or intangible. With
respect to copyright, it has been said that this theory sees the foundation of
the right of
an author in the very nature of things.”
Ricketson (1991)
15
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
Senada dengan yang dikemukakan Ricketson, Deklarasi Universal Hak-
Hak Asasi Manusia Perkara 27 ayat 1, menetapkan;
“Setiap orang mempunyai hak sebagai pencipta untuk mendapatkan
perlindungan atas kepentingan-kepentingan moral dan material yang
merupakan hasil dari ciptaannya di bidang ilmu pengetahuan sastera dan
seni”
Sehubungan dengan itu, rekaan dan corak yang asli dan dihasilkan oleh
seseorang penggiat seni merupakan sesuatu aset yang harus dilindungi
daripada diciplak. Walaupun motif-motif yang dihasilkannya adalah
berdasarkan motif dan corak tradisional, namun reka susun dan gabungan
warna dan teknik yang digunakan harus boleh membezakannya daripada reka
bentuk seni yang dihasilkan terlebih awal serta mempunyai nilai estetik yang
tersendiri.
Selain daripada itu, rekaan dan corak pada sesuatu karya pada penghasilan
batik sarung juga memain peranan sebagai sesuatu nilai estetik yang hidup
mengikut aliran zaman. Corak yang sterotaip tanpa pengubahsuaian dan nilai
seni yang kreatif mengikut kehendak zaman akan menjadikannya “mati” dan
hanya layak untuk menjadi bahan sejarah. Kreativiti penggiat seni yang
berterusan mencipta corak dalam rekaan batik sarung mengikut kehendak dan
permintaan penggemar batik akan menjadikan batik sesuatu yang diminati dan
mempunyai nilai komersial yang berterusan. Ini akan memberi nilai tambah
kepada penggiat seni batik tersebut.
Nilai komersial yang terdapat pada batik sarung bergantung kepada rekaan
dan corak yang dihasilkan pada permukaan batik sarung. Nilai komersial inilah
yang merancakkan industi pembikinan batik di Malaysia. Nilai komersial akan
secara tidak langsung membangkitkan suatu pesaingan dikalangan penggiat
batik untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan unik. Sudah pasti rekaan dan
corak yang akan dihasilkan menitik berat perancangan yang terliti untuk
menghasilkan sesuatu yang baru. Ini dapat kita lihat dipasaran, setiap bulan
16
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
akan ada sesuatu corak yang baru diperkenalkan oleh pelbagai pengusaha
batik tempatan
Nilai identiti juga memainkan peranan pada rekaan dan corak batik sarung.
Akhir-akhir ini ada pihak tertentu cuba menuntut hak asal pembikinan batik
terutamanya daripada negara yang mempunyai rumpun yang sama. Identiti
batik Malaysia dengan batik-batik keluaran negara jiran seperti Indonesia,
Negeri Thai dan sebagainya mempunyai keunikan rekaan dan corak tersendiri
dan perbezaannya juga ketara.Ini secara langsung memberi identit yang
tersendiri kepada batik Malaysia dan membezakannya dengan batik negara
lain.Yang jelas disini, rekaan dan corak pada batik-batik yang dihasilkanlah
yang memainkan peranan memberi identiti kepada sesuatu hasilan seni karya
tersebut.
Kesimpulannya, rekaan dan corak didalam karya seseorang penggiat seni batik
sesungguhnya memberi pengertian yang amat mendalam dan bukan hanya
untuk nilai estetik semata-mata. Corak dan rekaan pada sebidang batik sarung
mempunyai hak ciptaan, nilai komersial dan identitinya tersendiri.
8. Rancangan Pengajaran Pendidikan Seni Visual.
17
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
Kelas: Tahun 5 Masa: 180 minit
Waktu: 3 minggu
Objektif Modul:
Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada murid-murid secara “hand-on” tentang
teknik melukis,mewarna dan proses untuk menghasilkan batik sarung yang kreatif
dan menarik.
Bidang dan Tajuk: Membuat Rekaan dan Corak (Kegiatan Membuat BatikTekap)
Ojektif Pengajaran:
1. Pada akhir sesi pembelajaran, pelajar-pelajar dapat menggabungkan pelbagai
alat, bahan dan teknik dalam penghasilan secara kreatif dalam proses
menghasilkan batik.
2. Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan mata pelajaran lain dalam usaha
mewujudkan idea yang kreatif.
3. Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari
Alat Bantu dan Bahan:
Gambar Contoh, Kain batik, kain putih kapas, lilin, blok yang telah disediakan
terdahulu, lilin, pewarna, alatan kuali, periuk, meja, soda ash dan lain-lain bahan yang
diperlukan dari masa kesemasa.
Persediaan Guru:
Gambar dalam slide (Microsolf Power Point) termasuk gambar batik, proses, contoh-
contoh teknik , bahan maujud seperti batik sebenar sebagai contoh, pelbagai warna
dan lilin.
Kegiatan Hasil Pembelajaran Kemahiran Generik/Nilai
Minggu 1( 60 minit )
18
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
Aktiviti 1: Set Induksi (5
min)
1.Dengan mengunakan
tayangan slide, guru
terangkan contoh-contoh
gambar batik dengan jenis-
jenis motif seperti flora,fauna
dan geometri. Pelajar diarah
untuk melakar dan melukis
corak dan motif seperti yang
ditunjukkan.
2. Guru terangkan dengan
ringkas tentang tajuk.
Mengagihkan batik sebenar
kepada pelajar untuk dikaji
dan diamati oleh pelajar.
Aktiviti 2: (15 min)
1.Perbincangan berkenaan
pengalaman sedia ada murid
tentang jenis-jenis batik yang
pernah mereka tengok.
2. mengenalpasti jenis-jenis
motif yang diketahui dan
menkategorikan mengikut
kumpulan
Aktiviti 3 (40 min)
1.1 Pelajar membuat
catatan
1.2. Pelajar melakar corak
dan motif seperti
diterangkan oleh guru.
2.1 Menceritakan kepada
rakan serta berkongsi
pengalaman tentang jenis-
jenis batik seperti batik
lepas,batik basahan dll.
2.2 Menyenaraikan jenis
motif pada corak batik.
1.1 Mencatat, menyenarai,
1.1 Kemahiran
mendengar dan
mencatat. Naturalisme
1.2. Kemahiran
melukis dan melakar
2.1 Kemahiran verbal
linguistic interpersonal
dan intrapersonal
2.2.Kecerdasan visual
dan Logik Matematik.
1.1.Kemahiran
19
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
1 Guru menerangkan teknik-
teknik penghasilan batik.
Berpandukan gambar dan
tayangan slide pelajar diarah
untuk mengenalpasti dan
mencatat teknik-teknik yang
diterangkan.
2 Guru menerang/tunjuk cara
tugasan yang akan dilakukan
oleh pelajar mengikut (3
kump) kumpulan. Kumpulan
membuat kajian dan lakaran
motif berdasarkan otif flora,
fauna dan geometri.
mengklasifikasi . motif
berdasarkan objek alam
dan berdasarkan corak dan
rekaan.
2.2. Melakar motif dan
corak batik mengikut
kategori/kumpulan seperti
yang diagihkan oleh guru
penggunakan pensel serta
mengaplikasikan teknik
lukisan.
mendengar dan
mencatat. Naturalisme
2.2.Kecerdasan visual
dan Logik Matematik
dan Kontruktivisme.
Mencungkil potensi
kecerdasan pelajar
melalui
penerokaan,penemuan
dan penciptaan
Minggu 2 ( 60 minit )
Aktiviti 1:Set Induksi(20 min)
1 Berbincang hasil kerja
pelajar miggu lepas- motif dan
corak. Kumpulan akan
mempersembahkannya untuk
dikongsikan bersama. Guru
buat komen jika perlu.
2 Guru terang dan tunjuk
pelbagai teknik batik seperti
batik tulis, lukis skrin, terap
1.1 Apresiasi seni tentang
hasil kerja rakan-rakan
serta membuat penyataan
perasaan tentang hasil
kerja dengan rakan secara
kreatif.
.
1.2.1 Meningkatkan
kemahiran dan
pengetahuan tentang
1.1 Menerapkan nilai
mencintai alam sekitar.
dan menyatakan
perasaan diri terhadap
kegiatan yang
dijalankan.
1.2.1 Psikomotor
Interpersonal
KBKK:
20
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
atau blok dan bahan yang
digunakan untuk membuat
blok.
Aktiviti 2: (5 min)
Guru tunjuk contoh membuat
blok menggunakan ubi
kentang dan papan/kayu
lembut.
Aktiviti 3: (5 min)
Pelajar di agihkan kepada 3
kumpulan dan setiap
kumpulan akan memilih 2
motif mudah untuk dilukis
diatas kentang/papan kayu
lembut dan kemudiaan di ukir
menggunakan pisau pengukir
yang telah disediakan oleh
guru.
Aktiviti 4: (30 min)
Dalam kumpulan, pelajar
membuat aktiviti membuat
corak diatas media pilihan
dengan diawasi oleh guru
demi keselamatan pelajar.
proses membuat blok dan
kemahiran mencatat.
2.1 Mengaplikasi asas seni
reka dalam penghasilan
blok.
3.1 Menghasilkan kraf
tradisional mengukir
menggunakan
ubi kentang/papan lembut
dengan mengikut proses
sebenar menyediakan blok.
4.1 Menguasai beberapa
kemahiran,
kawalan,tatacara dan
disiplin kerja dalam
menghasilkan corak
dan rekaan.
Imaginasi
Dan Kreativiti
2.1 Psikomotor
Kecerdasan Visual
3.1.Logik matematik
Kecerdasan Visual
– Ruang.
Interpersonal
Interapersonal
4.1 Psikomotor
Kecerdasan Visual
- ruang serta peka
dengan persekitaran
kerja berkumpulan.
Minggu 3( 60 minit )
Aktiviti 1:Set Induksi (5 min)
Guru menerangkan dengan
berpandukan tayangan slide 1.1 Meningkatkan
kemahiran,kefahaman dan
1.1 Psikomotor
Interpersonal dan
21
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
proses menghasilkan batik
Tekap atau batik blok. Pelajar
digalakkan untuk bertanya.
Aktiviti 2: (5 min)
Guru menunjukkan alatan
yang disediakan untuk proses
menghasilkan batik tekap
seperti, kain putih, lilin, meja,
kuali leper, periuk, dapur dan
sebagainya termasuk blok
ukiran yang pelajar buat
sebelumnya.
Aktiviti 3: (3 min)
Bahagikan pelajar kepada
kumpulan kecil dan arahkan
mereka mengambil peralatan
yang telah disediakan untuk
proses menghasilkan batik
tekap. Lantikan seorang ketua
untuk setiap kumpulan.
Aktiviti 4: (40 min)
Berdasarkan aliran proses
yang telah diterangkan oleh
guru sebelumnya, pelajar
diarah untuk melakukan
pengetahuan tentang
proses penghasilan batik
dan kemahiran menyoal
dan mencatat.
2.1 Memahami konsep
menghasilkan batik tekap
dan perkaitannya dengan
resis dan meningkatkan
kemahiran mengolah
warna.
3.1 Melatih diri untuk
bekerjadengan lebih tekun,
teratur dan cermat.
4.1 Menghasilkan motif dan
corak dan pada rekaan
secara “hand –on” dan
menguasai beberapa
kemahiran, kawalan,
linguistik.
2.1 Interpersonal
Intrapersonal
Naturalis
3.1 Psikomotor,
Verbal linguistik dan
membuat ramalan.
4.1 Psikomotor,
Konstruktivisme
KBKK
22
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
aktiviti penghasilan batik
tekap. Guru mengawasi
sambil mambantu pelajar
sekiranya perlu.
tatacara dan disiplin kerja
dalam menghasilkan batik
tekap/blok.
Mencetus idea untuk
menghasilkan karya.
Penutup: ( 7 min)
Mengarah pelajar
membersihkan meja dan
kelas sekiranya tugasan telah
disiapkan. Perbincangan
berkenaan hasil dan masalah-
masalah yang dihadapi dalam
proses penghasilan batik
blok/tekap.
Memberi galakkan kepada
pelajar berkenaan hasil yang
telah disiapkan. (jika siap)
Menghargai nilai seni
dalam melalui proses
penghasilan disamping
menambah pengalaman
baru.
Apresiasi seni dan
menghargai nilai-nilai
kerjasama bekerja
dalam kumpulan.
9. Penutup
Rekaan dan corak sesungguh suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat
memenuhi keperluan domain kognitif,psikomotor dan efektif. Dalam
23
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
penghasilan batik blok atau tekap, rekaan corak terancang dan tidak terancang
menghasilkan kesan tampak yang berbeza dan menarik. Walaubagaimana
pun,kemahiran, kesedaran dan pengetahuan amat diperlukan untuk
menghasilkan sesuatu yang kreatif dan menarik kerana ianya melibatkan
proses latihan berfikir yang berhubungan dengan asas rekaan dan prinsip
rekaan.
Untuk menjadi seseorang individu yang mahir, latihan berterusan adalah amat
diperlu untuk menguasai kemahiran.Kemahiran yang tinggi akan menjadi
seseorang itu kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya seni.
Rujukan
Allison Brian (1995) The Art in Multicultural Society, VA U.S.A., Heta Kauppinen.
Bates J (2000) Becoming An Art Teacher, USA., Wadsworth
24
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
Betti C & Sale T (1997) Drawing A Contemporary Approach, USA., Harcourt
Brace College Pub
Chapman Laura H (1978) Approach to Art in Education. New York, U.S.A.,
Harcourt Brace Jonanovich.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) Buku Sumber Guru Pendidikan Seni
Visual, KBSR.KL.,DBP.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1985) Buku Panduan Khas Pendidikan Seni
Visual, KBSR.KL., DBP.
Kintner,Earl W. dan Jack Lahr. 1983. An Intellectual Property Law Primer. New
York: Clark Boardman
Munandar, Prof. Dr. S. C. Utami, (1989) Kreativitas Sepanjang Masa, Jakarta.,
Pustaka Sinar Harapan
Open University Malaysia, (2006) HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni
Visual, UNITEM Sdn.Bhd.
Open University Malaysia, (2007) HBAE3503 Perkembangan Seni dan Kanak-
Kanak, UNITEM Sdn.Bhd.
Open University Malaysia, (2007) HBEF1403 Seni dan Dalam Pendidikan,
UNITEM Sdn.Bhd.
25
Top Related