ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

42
ASAS SENI REKA A. UNSUR SENI 1. Garisan - Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu - Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan. Contoh-contoh Garisan Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual. Pengenalan Garisan 1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan. 2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.

description

PENDIDIKAN SENI

Transcript of ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

Page 1: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

ASAS SENI REKAA. UNSUR SENI

1. Garisan - Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu - Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.

Contoh-contoh Garisan

Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual.

Pengenalan Garisan

1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.

2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.

Page 2: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan seekor ayam

menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala

seterusnya menambah garisan pada ekor dan kaki

dengan mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka terbentuklah lakaran seekor ayam

3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.

    i.  Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia:             Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala, penapis   dan sebagainya.

Page 3: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

garisan pada anyaman tikar 

garisan pada bangunan

   ii. Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi:            Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya

garisan pada titisan hujan

garisan pada urat daun

Page 4: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

garisan pada kulit harimau

Jenis-jenis Garisan1. Garisan halus2. Garisan tebal3. Garisan beralun4. Garisan berpancar5. Garisan berlingkar6. Garisan berserabut7. Garisan bersudut-sudut8. Garisan bergerigi9. Garisan berbiji10. Garisan berbulu11. Garisan putus-putus12. Garisan berduri

jenis-jenis garisan

Fungsi Garisan1. Garisan menimbulkan rupa.2. Garisan menimbulkan bentuk.3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.4. Garisan mewujudkan ruang.5. Garisan menghasilkan jalinan.6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.7. Garisan mewujudkan ton.8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.

Page 6: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

Garisan, Ton dan Ruang

1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap.2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap.3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.

penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang jauh/belakang dan dekat.hadapan

perbezaan jarak garisan juga boleh membezakan ton yang cerah dan ton gelap

semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah menggunakan garisan yang lebih tebal atau saiz pensel yang tebal atau kualiti yang gelap manakala kawasan belakang hendaklah

menggunakan pensel yang lebih cerah / kecil dengan tekanan yang lebih perlahan

Aplikasi Garisan Dalam Karya Seni

1. Lukisan2. Catan3. Anyaman4. Tenunan5. Kolaj6. Pualaman7. Arca

Page 7: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

8. Gurisan9. Cetakan10. Resis (batik / ikat celup)

Contoh-contoh Aplikasi Garisan Dalam Hasil Karya

penggunaan garisan dalam karya lukisan

Teknik Catan oleh Yusuf Ghani, Siri Topeng

karya teknik resis / ikat dan celup jelas memperlihatkan kesan-kesan garisan

karya tenunan juga mencipta garisan

Page 8: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

aplikasi garisan dalam seni arca

garisan tampak jelas pada karya anyaman

2. Rupa - Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula - Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar

 - Terdapat 2 jenis rupa iaitu: a- Rupa geometri – bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid, bulat dsb. b- Rupa organik – rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dsb.

 -Rupa boleh diolah dalam bentuk: a- Rupa positif – rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan b- Rupa negative – ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.

Contoh-contoh Rupa

RUPA (unsur seni)Unsur-unsur Seni - RUPA

Page 9: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

A. Pengenalan Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.

Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.

pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa

rupa

B. Jenis-jenis Rupa

Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:

1. Rupa Geometri Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut.

dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu

Page 10: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

rupa geometri

rupa geometri

2. Rupa Organik Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.

Dihasilkan secara sepontan

rupa organik

rupa organik

C. Rupa Positif dan Rupa Negatif Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.

Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.

rupa positif 

Page 11: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

rupa negatif

D. Rupa dalam Aktiviti Mencorak Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ).

Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu.

Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif.

Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak

Page 12: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak

Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak1. susunan selang-seli 2. Susunan turun separa 3. Susunan batu-bata4. Susunan orgee 5. susunan cerminan 6. Susunan sisik ikan

E. Rupa dan Lambang / logo Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan. 

Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.

lambang yang dihasilkan daripada rupa bunga dan daun

logo simbol daripada rupa mata

logo daripada huruf

Page 15: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

karya yang berasaskan rupa muka taip

3. Bentuk - Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan

 - Terdapat 2 jenis bentuk iaitu: a- Bentuk konkrit – bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar) b- Bentuk ilusi – bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catan.

Contoh-contoh Bentuk

penghasilan bentuk melalui teknik lukisan

bentuk tangan dihasilkan melalui teknik lukisan

1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik.3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata. 

Page 16: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

Ciri-ciri bentuk1. Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman

2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna

3. Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan

4. Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang

Jenis-jenis Bentuk

A. Bentuk Konkrit

1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.

bentuk konkrit - meja

bentuk konkrit - bola

B. Bentuk Ilusi

1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti

Page 17: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

warna, garisan dan lain-lain2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi)3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.

bentuk ilusi teknik komputer grafik

bentuk ilusi teknik catan

Vincent Van Gogh 'Still Life"

Membina Bentuk Konkrit

Bentuk boleh dihasilkan melalui :-

1. Garisan – anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai)2. Rupa – potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain (topologi)3. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu, kaca dan sebagainya.

penggunaan unsur garisan iaitu daripada teknik anyaman dapat menghasilkan bentuk konkrit

Page 19: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

bentuk dicipta daripada plaster of paris

penggunaan kaca juga dapat menghasilkan bentuk

penggunaan bahan lilin

ukiran bentuk arca menggunakan sabun

4. Jalinan - Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda

 - Terdapat 2 jenis jalinan iaitu: a- Jalinan sentuh – jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan catan teknik impasto b- Jalinan tampak – jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.

Contoh-contoh Jalinan

Jalinan

Page 20: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

Apa Itu Jalinan

1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain.

2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza.

3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.

jalinan pada keratan rentas batang pokok

jalinan pada kulit harimau belang

jalinan pada kulit siput

Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi

Page 21: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

rekahan pada tanah

jalinan kasar pada permukaan batu

jalinan berduri pada kulit durian

Contoh Jalinan Pada Benda Buatan Manusia

jalinan pada langit-langit rumah

Jenis-jenis Jalinan

1. Jalinan Sentuh 

a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang

b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya

Page 22: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

Jalinan Sentuh - kulit kerang

Jalinan Sentuh - tayar motorsikal

2. Jalinan Tampak

merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.

Jalinan Tampak - kertas dinding

Jalinan Tampak - kulit tembikai

Fungsi Jalinan

1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang

Page 24: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak

gosokanteknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana permukaan kertas

hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut

bagi mendapat kesan jalinan.

capankaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan

sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada permukaan kertas.

ikat dan celup menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian

kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki

Page 25: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

pualamanmenggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.

batikKaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya

lukisan dan catanmenggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan

Kaedah Penghasilan Karya  Berjalinan Sentuh

anyamanpenghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya

tenunanjalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh

 sulaman 

Page 26: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh

kolajmerupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat daripada bahan-bahan

seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain

5. Ruang - Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek.

 -Terdapat 2 jenis ruang iaitu: a- Ruang nyata – ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit b- Ruang tampak – ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan (bukan sebenar)

LUKISAN PERSPEKTIFLUKISAN PERSPEKTIF

Ruang dan Perspektif

1. Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada jarak jauh.2. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.3. Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ktentuan pelukis.

Page 27: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

4. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 3 cara

a. Perspektif 1 titik lenyapb. Perspektif 2 titik lenyapc. Perspektif 3 titik lenyap

Panduan menghasilkan lukisan perspektif 1 titik lenyap

Perspektif 1 titik lenyap berpunca daripada satu arah (fokus) jauh dan menghilang. Objek akan menjadi besar apabila hampir dengan kita.

Panduan menghasilkan lukisan perspektif 2 titik lenyap

Mempunyai 2 titik disebelah kanan dan kiri lukisan dan memfokuskan ke arah bahagian tengah yang menjadi bahagian terdekat atau paling hadapan.

Page 29: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

6. Warna - Terdapat 3 jenis warna iaitu: a- Warna asas – iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain) b- Warna sekunder – iaitu campuran dua warna asas (Hijau ‘Biru + Kuning’, Jingga ‘Kuning + Merah’ dan Ungu ‘Merah + Biru’) c- Warna tertier – iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder

- Terdapat 3 gubahan warna iaitu: a- Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan seimbang) b- Warna penggenap – warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan) c- Warna sewarna – hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap)

 - Terdapat 2 suhu warna iaitu: a- Warna panas – warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb) b- Warna sejuk – warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang)

PRINSIP REKAANPrinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual

1. Harmoni - Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai - Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang - Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna - Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah

2. Kontra - Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan - Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan - Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan

Page 30: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

3. Penegasan - Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan - Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan - Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan

4. Imbangan - Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan

 - Terdapat 2 jenis imbangan iaitu: a- Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut) b- Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan

5. Irama dan Pergerakan - Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb - Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan - Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb

6. Kepelbagaian - Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan - Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan - Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan

7. Kesatuan - Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan - Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa

Page 31: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

SENI HALUSA. LUKISAN

1. Pengenalan- Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan- Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil, krayon, pen, pestel,arang, pen merker, pensel warna, pastel dan sebagainya- Penggunaan dakwat termasuk dalam kategori lukisan kerana dakwat tidak perlu dilarutkan

2. Teknik-teknik lukisan- Teknik garisan yang biasa diguna dalam lukisan ialah teknik garisan silang, garisan berombak, garisan selari, garisan menyilang dan garisan kontur- Teknik lain seperti teknik coreng, teknik gosok, teknik titik, teknik lorek dan teknik campuran

3. Proses melukis- Pilih objek yang hendak dilukis- Tentukan sudut pandangan, ton, perspektif, ton, dan cahaya- Bahagikan ruang kepada ruang latar belakang, ruang tengah, objek dan ruang hadapan- Buat lakaran kasar dengan melukis garisan luar objek tersebut- Gunakan teknik di atas untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang

B. CATAN

1. Pengenalan- Catan merupakan hasil seni 2 dimensi yang menggunakan media basah- Catan memerlukan bahan pelarut seperti air untuk warna air dan minyak untuk cat minyak (cat kilat)

2. Sejarah catan- Sejarah awal catan bermula pada zaman Yunani Purba- Zaman Renaissance abad ke-14 hingga 16 merupakan zaman kemuncak, pelukis yang terkenal ialah Leonardo Da Vinci dengan lukisannya ‘Mona Lisa’- Zaman Baroque dan Rococo abad ke-17 hingga 18- Zaman Romantik dan impression abad ke 19 mengutamakan gaya Impressionisme, Ekspressionisme dan Kiubisme- zaman Seni Moden abad ke-20 mengutamakan gaya Surealisme

Page 32: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

3. Aliran seni lukis / gaya catana- Realisme – lukisan / catan dibuat tepat dan menyerupai bentuk sebenarb- Impresionisme – mengutamakan kesan suasana atmosfera dan tumpuan kepada pencahayaanc- Ekspresionisme – menekankan pernyataan emosi, bentuk objek tidak jelas digambarkand- Ekspresionisme Abstrak – catan yang spontan, imej yang abstrak dan tiada sifat realisticf- Kiubsisme – mementingkan bentuk-bentuk geometri yang dipecah-pecah serta menimbulkan ilusi 3 dimensig- Surealisme – menggambarkan imej bawah sedar atau khayalanh- Seni Pop – menggunakan unsur-unsur tampak iklan atau bidang komersiali- Seni Op (optic) – reka bentuk geometri, garisan dan warna tertentu untuk menghasilkan imej gerak pada penglihatan

4. Teknik Catana- Teknik impasto – menggunakan warna pekat terus daripada tiub warna kepada berus atau pisau palet ke atas kanvasb- Teknik glazing – mewarna selapis demi selapis untuk menimbulkan kesan lembut, licin dan berkilauc- Teknik titik (pointilisme) – menghasilkan titik-titik menggunakan berus untuk membentuk objekd- Teknik Hard Edge – mempunyai rupa bentuk yang jelas dan perbatasan yang tepat, menggunakan ‘masking tape’ untuk memisahkan warnae- Teknik Scumbling (melembut) – menggunakan lapisan nipis warna legap di atas warna latar untuk menimbulkan kesan lutsinar atau kesan kusamf- Teknik kolaj – menampal bahan kutipan ke permukaan lukisan/catan untuk menghasilkan kesan tertentug- Teknik asemblaj – teknik mengabungkan bahan kutipan seperti kayu, logam, dan sebagainya untuk menghasilkan karya 3 dimensi dalam membuat kolaj timbulan atau arca

C. ARCA

1. Pengenalan- Arca merupakan karya seni berbentuk 3 dimensi untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya- Arca merupakan karya seni yang boleh dilihat, disentuh dan dirasai

2. Jenis-jenis arcaa- Arca Berfungsi – arca yang mempunyai nilai keindahan dan diguna untuk tujuan tertentu seperti patung berhala untuk disembahb- Arca Estetika – arca yang menjadi bahan tatapan sahaja untuk dinikmati nilai seninya

3. Bahan binaan arca- Arca biasanya dibina menggunakan tanah liat, kayu, batu, logam dan campuran bahan-bahan tersebut

Page 33: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

4. Teknik membina arcaa- Arca luakan – memerlukan pengurangan, pembuangan dan pemotongan bahagian tertentu sehingga bentuk yang dikehendaki terhasilb- Arca binaan – satu bahan utama digunakan dan dibuat penambahan sehingga terbentuk hasil yang dikehendakic- Arca asemblaj – menggunakan bahan-bahan yang berlainan seperti kayu, logam, batu dsb untuk membentuk sesuatu yang menarikd- Arca acuan – dibuat dengan menuang bahan seperti ‘plaster of paris’, lilin, simen, tanah liat dsb ke dalam acuane- Arca timbulan – bentuk 3 dimensi tersembul keluar dari permukaan 2 dimensi, alat yang biasa diguna seperti pahat, tukul, pengikir, dan pengikisf- Arca bergerak/mobail/kinetik – arca ini boleh bergerak atau berputar, biasanya ia dibuat daripada besi dawai, kepingan logam, dan bahan yang ringang- Arca dinding – dihasilkan di atas kepingan kayu atau logam nipis dan dijadikan hiasan dinding, meja atau digantung pada silingh- Arca gabungan – gabungan beberapa jenis arca di atas

D. CETAKAN 

1. Pengenalan- Cetakan boleh didefinisikan sebagai proses menekan huruf atau gambar di atas kertas, kain atau bahan lain- Keistimewaan cetakan ialah ia boleh menghasilkan beberapa keeping salinanyang asli

2. Jenis-jenis cetakana- Cetakan timbul – proses membuat cetakan dengan membubuh dakwat pada permukaan tapak cetak yang terdiri daripada blok kayu, lino atau papanb- Cetakan benam – dakwat dibubuh ke dalam turisan atau garisan, kertas perlu dilembapkan dahulu sebelum mencetakc- Cetakan litografi – menggunakan blok batu kapur, teknik ini berdasarkan penolakan minyak dengan air dan hasilnya seakan-akan lukisan penseld- Cetakan gurisan asid – menggunakan kepingan logam dan asid untuk membentuk jaluran parite- Cetakan saring sutera/stensil – menggunakan pemidang kain sutera dengan menggunakan kaedah potongan kertas pendua, skrin profilem dan skrin foto

3. Kaedah cetakan stensila- Kaedah kertas pendua – imej digunting di atas kertas penduab- Kaedah profilem – filem laker diguna untuk membentuk corak/motif, seterika diguna untuk melekatkan filem laker pada pemidangc- Kaedah skrin foto – menggunakan filem asetat dan foto emulsi, dihasilkan melalui proses dedahan cahaya lampu (250W – 500W) atau cahaya matahari

KOMUNIKASI VISUAL

Page 34: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

A. REKA BENTUK GRAFIK

1. SENI GRAFIKa. Grafik bermaksud gambaran bukan fotografi yang berbentuk 2 dimensib. Grafik meliputi lukisan, catan, carta, graf, poster dan kartunc. Grafik diguna untuk menyampaikan mesej dengan lebih jelas dan ringkasd. Gambar foto yang diubahsuai, dimasukkan gambar lain, muka taip, logo dan lain-lain adalah sebagai grafike. Contoh grafik boleh dilihat pada bilbod, kain rentang, papan tanda, akhbar, majalah, pembungkusan, digital dan sebagainya.

2. RISALAHa. Risalah berfungsi sebagai promosi, penerangan, pengiklanan dan memberi maklumatb. Terdapat pelbagai bentuk risalah seperti sehelai kertas berlipat dia atau tiga, beberapa lipatan dan seperti bukuc. Unsur reka letak sesebuah risalah mengutamakan ilistrasi, kaligrafi, tipografi, simbol dan logod. Antara corak yang popular ialah Mondrian, Tingkap Gambar, Bingkai, Multipanel, dan Sarkis

3. PEMBUNGKUSANa. Pembungkusan ialah bekas untuk melindungi barangan semasa dihantar, disimpan dan dipamerb. Jenis pembungkusan ialah pembungkusan kertas, plastik, botol, tin, kotak kayu dllc. Fungsi pembungkusan ialah untuk:i. Melindungi baranganii. Memudahkan kerja menyimpan dan penghantaraniii. Menyampaikan meklumat dan mempromosid. Ciri-ciri pembungkusan yang baik mengandunggii. Jenama ii. Keteranganiii. Gambar / ilustrasiiv. Logo, nama dan syarikat

4. LOGOa. Merupakan tanda sesuatu syarikat, pertubuhan, institusi, kempen, perkhidmatan dan sebagainyab. Setiap benda, perkara, warna, dan lambang yang ada pada logo mempunyai maksud tertentu seperti keris lambang keberanian & padi lambang muafakatc. Sumber logo biasanya daripada sumber huruf, angka, geometri, flora, fauna, campuran dan sebagainya

5. SIMBOLa. Merupakan tanda sesuatu benda atau perkarab. Merupakan tanda yang dapat dikenal di peringkat antarabangsac. Menggunakan rupa mudah ( rupa positif / rupa negatif )

Page 35: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

d. Rupa yang biasa diguna seperti rupa geometri, huruf, dan alam semulajadie. Biasanya kurang menggunakan teks / tulisanf. Mudah difahami seperti tanda tandas, surau, hospital dan sebagainya.

6. MASKOTa. Sebagai lambang sesuatu acara rasmi syarikat atau sukanb. Dapat menarik minat terutama kanak-kanakc. Kostum yang dipakai oleh manusia – memerlukan fabrik yang tidak panasd. Menampilkan identiti tempatan dan aslie. Sumber maskot diambil daripada haiwan liar atau haiwan peliharaan seperti tupai, panda, lebah dan sebagainya

7. KALIGRAFIa. Berasal daripada perkataan Greek ’kallos grapha’ yang bermaksud tulisan cantikb. Seni tulisan yang berkerawang dan berbunga, sama ada tulisan rumi / khat / jawic. Semua dokumen bertulis dipanggil manuskrip yang bermksud tulisan tangand. Jenis-jenis kaligrafi seperti tulisan Italik, Roman dan Gothik.e. Biasanya di tulis menggunakan pen manuskrip, bulu burung dan berus

8. TIPOGRAFIa. Seni menyusun atur huruf dan muka taipb. Reka bentuk muka taip mesti sesuai dengan dengan tajuk, saiz, dan reka letakc. Kategori muka taipi. Muka taip peraga – untuk peragaan / paparan seperti iklan & bilbodii. Muka taip teks – huruf yang kecil untuk bacaan umum seperti akhbar dan majalahd. Jenis muka taipi. Serif – mempunyai serif / corak pada bahagian atas dan bawah seperti ABCDEFG (Times New Roman)ii. Sans serif - tidak mempunyai serif seperti ABCDEFG (Arial Black)iii. Kursif – berbentuk tulisan tangan seperti ABCDEFG (Monotype Corsiva)iv. Dekoratif – bergaya & mempunyai hiasan seperti ABCDEFG (Jokerman)

9. ILUSTRASIa. Ilustrasi ialah gambar lukisan / catan untuk menyampaikan mesej dengan lebih lebih jelas dan singkatb. Biasanya hadir bersama artikel / akhbar & majalahc. Jenis-jenis ilistrasii. Ilistrasi alam – contoh proses percambahan biji benihii. Ilistrasi fesyen – fesyen pakaianiii. Ilustrasi perubatan – organ manusiaiv. Ilustrasi seni bina – pelan bangunan v. Ilustrasi maklumat – carta / grafvi. Ilustrasi penerbitan – buku, kad ucapan, majalah dan sebagainyad. Ciri-ciri ilustrasi yang baiki. Sesuai dengan tajukii. Seimbang

Page 36: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

iii. Dapat menarik perhatianiv. Mudah dibaca

10. POSTERa. Komunikasi perhubungan atau pengiklananb. Melibatkan tipografi, kaligrafi dan ilustrasic. Berfungsi untuk memberi maklumat, peringatan, berkomunikasi dan promosid. Ciri-ciri poster yang baiki. Menarik perhatianii. Dapat menyampaikan mesej dengan berkesaniii. Muka taip dan ilustrasi yang jelas

11. GRAFIK PERSEKITARAN / PENGIKLANANa. Jenis-jenis pengiklanani. Papan iklan / Bilbod ( amat popular pada masa kini )ii. Iklan persimpangan ( terletak di persimpangan dan laluan strategik )iii. Iklan Transit ( iklan yang dilekat pada kenderaan seperti teksi / bas )iv. Tanda jalanb. Aspek penting dalam grafik persekitarani. Keterbacaan – mudah dibaca, muka taip yang jelasii. Ilustrasi / gambar yang jelas dan sesuaiiii. Saiz iklan mengikut tempat / lokasiiv. Keaslian dan kreativitiv. Reka letak yang teratur

KRAF TRADISIONAL

TEKATD. TEKAT

1. PENDAHULUAN- Seni tekat merupakan hiasan sulaman benang emas atau perak yang dijahit pada kain dasar baldu- Seni tekat juga dipanggil tuji tumbul, suji timbulan, tekat bersuji dan tekatan.- Barang yang biasanya di tekat ialah alas tempat tidur, muka kasut pengantin, kipas pengantin, baju pengantin, tudung saji, bekas barang kemas dan bekas perhiasan

2. CIRI-CIRI TEKATi. Baldu dan benang emasii. Sulam penuhiii. Sulam pahativ. Tekat timbul benang emas dan perakv. Tekat gubah ( tidak menggunakan mempulur )vi. Tekat perada ( perada emas ditampal pada kain )

3. UNSUR DAN BENTUK MOTIF

Page 37: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

i. Motif tumbuhan / floraii. Motif geometri ( bersudut )iii. Motif burung / unggasiv. Motif awan larat

4. ALAT DAN BAHANi. Cuban – untuk membulut benang emas / perak ( terdiri daripada cuban kayu, cuban buluh dan cuban kayu bercabang tiga )ii. Jarum – untuk menjahit benang emas / perakiii. Baldu – kain berbulu halus dan lembutiv. Mempulur – isi tekatan yang dibuat daripada kertas kerasv. Benang emas dan perakvi. Pemidang kayu – untuk meregangkan kain baldu

5. PROSES TEKATANSediakan pemidang -> Regangkan kain putih di atas pemidang -> Letakkan kain baldu di atas kain putih -> Kedua-dua kain tersebut dicantum menggunakan jahitan sembat -> Letakkan mempulur di atas kain baldu -> Rentang benang emas di atas mempulur -> Jahit benang emas dengan benang putih -> Ulang proses ini hingga siap.

UKIRAN KAYUC. UKIRAN KAYU

1. PENDAHULUANUkiran kayu tradisional adalah hasil kreativiti orang Melayu yang masih lagi dapat dilihat pada seni bina istana, masjid, rumah, makam, kepala sampan, perabot serta barangan kegunaan harian.

Antara ukiran kayu yang masih dapat dilihat ialah:i. Istana Kenangan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perakii. Istana Balai Besar, Kedahiii. Istana Seri Menanti, Negeri Sembilaniv. Masjid Kampung Keling, Melakav. Masjid Kampung Laut, Kota Bharu, Kelantan

2. UNSUR CORAK UKIRAN TRADISIONALi. Unsur fauna – motif ayam berlaga, motif itik pulang petang, motif badak mudikii. Unsur flora – motif bunga raya, pucuk kacang, bunga melur, bunga ketumbitiii. Unsur kosmos – motif awan telipuk, motif semayang, motif awan larat, matahariiv. Unsur geometri – dibuat pada alang pintu, tebar layer, dindingv. Unsur kaligrafi – berdasarkan tulisan Arab atau tilisan Jawi

3. JENIS-JENIS UKIRAN KAYUi. Ukiran Layang – dibuat pada permukaan kayuii. Ukiran Bunga Timbul – dibuat pada papan, latar papan ditebuk

Page 38: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

iii. Ukiran Tebuk Tembus – kayu atau papan ditebuk hingga tembusiv. Ukiran Arca – berbentuk 3 dimensi seperti hulu keris & kukuranv. Ukiran Larik – dibuat pada batang kayu yang berbentuk bulat

ANYAMANB. ANYAMAN

1. PENGENALANAnyaman ialah proses menjalin atau menjaring helaian buluh, rotan, lidi, bertam,mengkuang, pandan dan sebagainya. Antara contoh anyaman ialah tudung saji, bakul rotan, nyiru, bubu, lekar dan kampit.

2. ALAT YANG DIGUNAi. Parang – untuk menetak pangkal daunii. Pisau – membuang empulur dan duriiii. Pelurut – dibuat daripada buluh untuk melembutkan dauniv. Tempayan – untuk merendam daunv. Bekas besar – untuk mencucivi. Periuk – untuk merebusvii. Dapur - diguna dalam proses mewarnaviii. Jangka – untuk membelah daun menjadi helaian yang dikehendakiix. Penyisip – untuk menyisip lebihan helaian daun supaya tidak terburai

3. PROSES MEMBUAT ANYAMANAmbil daun di waktu pagi / petang -> Potong bahagian pangkal -> Susun 3 – 5 helai -> Buang empulur -> Melayur daun di atas bara api -> Mengjangka daun -> Melurut daun -> Ikat menjadi tongkol -> Rendam dalam air biasa 2 hari 2 malam untuk melunturkan warna hijau daun ( air perlu ditukar 2 kali sehari ) -> Jemur hingga kering -> Proses mewarna -> Jemur semula -> Melurut daun sekali lagi -> Proses anyaman boleh dilakukan.

4. TEKNIK DAN PROSES ANYAMANi. Lagang – ialah tulang sesuatu ciptaan anyamanii. Pepeh / Lepih – anyaman mati pada tepi tikar di akhir proses anyamaniii. Sisip – untuk mengelakkan anyaman terburai, alat penyisip buluh digunakaniv. Kerat – pisau tajam digunakan untuk mengerat lebihan / baki anyaman

5. KELARAIKelarai ialah corak atau motif pada sesuatu anyaman. Biasanya kelarai yang terdapat apada anyaman adalah berasaskan flora, fauna, geometri, abstrak, nama tempat dan nama pereka.

6. FUNGSI TIKARi. Tikar biasa – alas tidur & untuk tetamuii. Tikar sembahyang – sebagai sejadahiii. Tikar parudan – alas semasa memarut kelapaiv. Tikar jemuran – untuk menjemur padi

Page 39: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan

v. Tikar alas nikah – diguna semasa upacara akad nukah

7. BENTUK TIKARTikar terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu;i. Badanii. Kepala tikariii. Bucu tikariv. Tepi tikar

PERKEMBANGAN SENI VISUAL DI MALAYSIASENI HALUS & KRAF TRADISONAL

PENGENALAN SEJARAH SENISejarah Lukisan

LUKISANSejarah Lukisan

1. Lukisan awal di tanah air dijumpai sejak zaman batu. Manusia zaman batu melukis di Dinding Gua Tambun, Perak. Gambaran yang dilukis menggambarkan aktiviti dan perasaan mereka.

2. Perkembangan lukisan di Eropah selari dengan perkembangan catannya. Pelukis-pelukis zaman ini melukis bertujuan membuat lakaran bagi menghasilkan cetakan dan catan.

3. Perkembangan revolusi di Eropah mengembangkan seni lukisan berbentuk reka cipta.

4. Perkembangan di bidang matematik memperlihatkan pelukis menggunakan nisbah keemasan (Golden Mean) sebagai rujukan.

5. Pelukis Albrecht Durer dan Leonardo Da Vinci mula memperkenalkan skala dalam lukisan figura

PENGETAHUAN ASAS SEBELUM MELUKIS :

1. Asas seni reka 2. Perspektif 3. Cahaya, bayang dan bentuk 4. Teknik memilih sudut pandangan 5. Teknik mengukur objek mengikut kadar (kadar banding)

Perbezaan Lakaran, Lukisan dan Catan

1)Lakaran adalah proses awal yang ringkas dan cepat untuk memperoleh idea gubahan.

2) Sementara lukisan ialah peringkat kedua yang melibatkan kerja yang lebih sistematik untuk mendapatkan kesan ton, jalinan, pencahayan, ruang, perspektif dan komposisi dengan menggunakan media kering atau bukan warna basah.

3)catan pula dengan pelbagai teknik menghasilkan gambaran dengan bahan warna dan pewarna seperti cat yang memerlukan pelarut daripada air atau minyak untuk mencairkan atau memudahkan pergerakan sapuan.

Page 40: ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan