Isi Kandungan
Bil Perkara Mukasurat
1 Isi kandungan 1
2 Penghargaan 2
3 Soalan 3
4 Pengenalan 4-6
5 Rancangan pengajaran 7-9
6 Hasil Kerja murid dan gambar 10-11
7 Rakaman pengajaran 12
8 Kaedah Pengajaran PSV 13-14
9 Penilaian hasil kerja 15-16
10 Rujukan 17
2015ASSIGNMENT SENI VISUAL ( ZANITA AZWIN ARIFIN )
Page 1
PENGAHARGAAN
Dengan Nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Dalam
penghasilan tugasan Pendidikan Seni Visual ini sekalung terima kasih saya panjangkan
kepada Puan Faridah Anum Bt Abdul Wahid dan juga kepada Cik Zaharah bt
Mohamed sebagai tanda penghargaan saya atas kesabaran beliau yang sudi menyelia,
memberi tunjuk ajar, dan membantu saya sepanjang projek ini dijalankan. Penghargaan
ini juga ingin saya panjangkan kepada Ibu saya Puan Che Yan binti Lazim dan anak-
anak saya kerana telah memberi dorongan dan sokongan kepada saya serta telah
banyak bersabar dengan kerenah saya sepanjang tempoh penghasilan Kerja Kursus
ini.
Penghargaan ini juga saya panjangkan kepada sahabat karib saya yang telah
bersama-sama menyumbang masa, tenaga, dan buah fikiran bagi penghasilan laporan
Kerja Kursus ini dengan sempurna. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan di kelas yang
telah banyak membantu dan memberi idea-idea yang bernas untuk dimuatkan dalam
pendokumentasian kerja kursus ini.
Kepada mareka yang tidak saya sebutkan nama-namanya, tetapi turut menghulurkan
sumbangan tenaga dan pandangan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan serta rakan-rakan. Harapan saya agar
Kertas kerja kursus ini dapan menjadi sumber ilmu serta rujukan kepada mereka yang
ingin mendalami dan memperluaskan pengetahuan. Amin dan Wassalam.
2015ASSIGNMENT SENI VISUAL ( ZANITA AZWIN ARIFIN )
Page 2
2015ASSIGNMENT SENI VISUAL ( ZANITA AZWIN ARIFIN )
Page 3
Pengenalan
Mok Soon Sang (2003) telah mentakrifkan penilaian sebagai proses
menentukan, mendapatkan, dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat
pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan penilaian
boleh ditakrifkan sebagai suatu sistem atau proses meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul
maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat
analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih
berkesan (Mok Soon Sang, 2003). Daripada kedua-dua definisi ini dapat dilihat akan
pentingnya penilaian dilaksanakan oleh mereka yang terlibat agar tindakan seterusnya
yang sepatutnya diambil boleh direncanakan dengan lebih mantap dan secara
bersepadu. ( Advanced Learner’s Dictionary Of Education, 2000)
Penilaian adalah untuk mengukur samada berjaya atau tidak pembaharuan
pendidikan yang dibuat dan memainkan peranan sebagai agen perubahan secara
menyeluruh untuk pendidikan (Beattie, 1997). Penilaian ialah proses menilai sesuatu
konstruk berasaskan kepada ukuran-ukuran yang diperoleh daripada pengukuran-
pengukuran yang dijalankan. Tujuan penilaian dalam konteks persekolahan atau di bilik
darjah adalah berkait rapat dengan penilaian hasil pengajaran dan pembelajaran. Dari
segi pengajaran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian akan dapat membantu
guru untuk memperbaiki pengajarannya. Sekiranya penyampaian guru didapati kurang
berkesan, maka guru tersebut boleh membuat keputusan untuk
menggunakanpendekatan/kaedah lain yang difikirkan lebih berkesan.
Dalam konteks pembelajaran pula, maklumat daripada penilaian dapat
membantu guru untuk membuat diagnosis tentang kelemahan dan kekuatan pelajar
bagi tajuk-tajuk yang diajar. Maklumat ini seterusnya dapat membantu guru untuk
merancang dan melaksanakan program pemulihan atau pengkayaan untuk pelajar-
pelajarnya. Selain itu, penilaian juga boleh membantu guru untuk memberi gred
pencapaian kepada pelajar, menentukan kumpulan pelajar mengikut keupayaan
mereka, atau menempatkan pelajar kepada bidang pengajian tertentu mengikut
2015ASSIGNMENT SENI VISUAL ( ZANITA AZWIN ARIFIN )
Page 4
keupayaan mereka dalam bidang tersebut. Penilaian yang dijalankan oleh guru boleh
dibahagikan kepada beberapa jenis seperti Penilaian Rujukan Norma, Penilaian
Rujukan Kriteria, Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif.
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Rukun Pentaksiran:
Instrumen
Yang Ditaksir
Respons
Yang Mentaksir
Skor
KENAPA MENTAKSIR
Untuk mengetahui keberkesanan pengajaran
Untuk mengetahui kelemahan pengajaran
Untuk mengetahui keberkesanan pembelajaran
Untuk mengetahui kelemahan pembelajaran
Untuk mengetahui keberkesanan program
Untuk mengetahui kelemahan program
Untuk melihat perbezaan antara pelajar
Untuk mengetahui keupayaan pelajar
Untuk pensijilan
2015ASSIGNMENT SENI VISUAL ( ZANITA AZWIN ARIFIN )
Page 5
CIRI PENTAKSIRAN YANG BAIK
Skor yang tinggi kesahannya
Skor yang tinggi darjah kebolehpercayaan
Objektif
Boleh tadbir
Mudah tafsir
Komprehensif
Definisi Rancangan Pengajaran Harian
Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod khas yang disediakan
lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pegajaran dan pembelajaran.
Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar
dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai apa yang
diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Rancangan ini sangat
penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada para
murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat
perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas.
Rancangan Pengajaran Harian yang dibina haruslah berdasarkan Rancangan
Tahunan. Selain itu, butiran yang perlu dicatatkan dalam Rancangan Pengajaran
Harian adalah hari dan tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif,
kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi.
2015ASSIGNMENT SENI VISUAL ( ZANITA AZWIN ARIFIN )
Page 6
2015ASSIGNMENT SENI VISUAL ( ZANITA AZWIN ARIFIN )
Page 7
2015ASSIGNMENT SENI VISUAL ( ZANITA AZWIN ARIFIN )
Page 8
2015ASSIGNMENT SENI VISUAL ( ZANITA AZWIN ARIFIN )
Page 9
HASIL KERJA MURID
2015ASSIGNMENT SENI VISUAL ( ZANITA AZWIN ARIFIN )
Page 10
HASIL KERJA MURID
2015ASSIGNMENT SENI VISUAL ( ZANITA AZWIN ARIFIN )
Page 11
2015ASSIGNMENT SENI VISUAL ( ZANITA AZWIN ARIFIN )
Page 12
Bahagian C
Kaedah dan teknik pengajaran yang saya telah gunakan semasa menjalankan
aktiviti ini ialah berpusatkan murid, dimana saya memberi arahan dan murid
melaksanakan aktiviti tersebut. Saya memilih untuk membuat kolaj dan saya lihat
mereka sangat gembira semasa melaksanakan dan menyiapkan aktiviti ini. Kelas
berjalan dengan lancar dan dalam keadaan yang baik.
Menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran adalah pemerolehan tabiat,
pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia
berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi atau menyesuaikan diri kepada
situasi baru. Empat bidang kegiatan Pendidikan Seni Visual dan disusun sesuai dengan
tahap kognitif dan pengalaman murid-murid bagi mencapai matlamat untuk melahirkan
insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bergantung kepada guru untuk mengolah
empat aspek utama di dalam organisasi kurikulum bagi mencapai objektif pengajaran.
Empat aspek berkenaan ialah pemerhatian secara aktif iaitu aspek yang pertama yang
perlu diberi perhatian oleh saya untuk ditekankan di dalam pengajaran ialah
pemerhatian yang aktif. Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran
pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid.
Selain mengembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui
kajian perbandingan.
Selain itu membuat pemerhatian yang aktif dapat meningkatkan kreativiti
seseorang. Pemerhatian dapat melatih pengamatan murid pada sesuatu perkara.
Melalui pemerhatian itu, murid-murid diminta membuat pengamatan dengan
menggunakan pelbagai deria yang ada seperti sentuhan, penglihatan dan sebagainya.
Saya juga menyediakan bahan-bahan contoh untuk menarik minat bagi melihat ataupun
menyentuhnya. Seterusnya perbincangan murid-murid dengan guru dibuat bagi
mengolah idea mereka sebelum memulakan sesuatu aktiviti seni. Melalui deria
penglihatan, murid-murid diminta mengaplikasikan bagaimana hal benda diolah menjadi
motif.
2015ASSIGNMENT SENI VISUAL ( ZANITA AZWIN ARIFIN )
Page 13
Selain daripada itu saya haruslah peka sebelum memulakan pengajaran
berkenaan hal pengetahuan sedia ada murid. Hal ini penting untuk memastikan objektif
pengajaran saya pada hari tersebut dapat dicapai apabila murid dapat melibatkan diri
kerana bahan pengajaran guru berkesinambungan atau berkaitan dengan pengalaman
dan pengetahuan sedia ada mereka. Sebagai contoh guru yang hendak mengajar
tentang Teknik Mozek kepada murid haruslah memastikan murid telah mahir atau tahu
mengenai Kolaj. Maka saya telah memilih aktiviti kolaj pada pdp saya kali ini sebelum
saya mengajar teknik mozek. Berdasarkan teori kognitif, proses pembelajaran berlaku
apabila seseorang itu menyerapkan ataupun menyesuaikan pengetahuan sedia ada di
otak dengan data-data yang diperoleh melalui persekitarannya.
Kaedah pembelajaran yang berkesan sangat penting melibatkan benda yang
konkrit iaitu perkara yang hendak dipelajari oleh murid hendaklah benda yang konkrit
pada peringkat murid-murid prasekolah ini. Mengikut Thorndike (1986), tindak balas
seseorang itu adalah berdasarkan rangsangan yang diterima. Oleh itu pada peringkat
mereka, perkara yang berada di persekitaran dan konkrit dapat dibuat dan bukan di
dalam imaginasi atau maya. Sehubungan dengan itu saya memilih benda yang konkrit
yang mudah untuk dipegang dilihat dan sebagainya.
2015ASSIGNMENT SENI VISUAL ( ZANITA AZWIN ARIFIN )
Page 14
Bahagian C
Penilaian adalah untuk mengukur samada berjaya atau tidak
pembaharuan pendidikan yang dibuat dan memainkan peranan sebagai agen
perubahan secara menyeluruh untuk pendidikan (Beattie, 1997). Penilaian ialah proses
menilai sesuatu konstruk berasaskan kepada ukuran-ukuran yang diperoleh daripada
pengukuran-pengukuran yang dijalankan. Tujuan penilaian dalam konteks
persekolahan atau di bilik darjah adalah berkait rapat dengan penilaian hasil pengajaran
dan pembelajaran. Dari segi pengajaran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian
akan dapat membantu guru untuk memperbaiki pengajarannya. Sekiranya
penyampaian guru didapati kurang berkesan, maka guru tersebut boleh membuat
keputusan untuk menggunakanpendekatan/kaedah lain yang difikirkan lebih berkesan.
Dalam konteks pembelajaran pula, maklumat daripada penilaian dapat
membantu guru untuk membuat diagnosis tentang kelemahan dan kekuatan pelajar
bagi tajuk-tajuk yang diajar. Maklumat ini seterusnya dapat membantu guru untuk
merancang dan melaksanakan program pemulihan atau pengkayaan untuk pelajar-
pelajarnya. Selain itu, penilaian juga boleh membantu guru untuk memberi gred
pencapaian kepada pelajar, menentukan kumpulan pelajar mengikut keupayaan
mereka, atau menempatkan pelajar kepada bidang pengajian tertentu mengikut
keupayaan mereka dalam bidang tersebut. Penilaian yang dijalankan oleh guru boleh
dibahagikan kepada beberapa jenis seperti Penilaian Rujukan Norma, Penilaian
Rujukan Kriteria, Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif.
Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), penilaian adalah suatu proses yang
melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang berterusan untuk mencapai satu
tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk
membolehkan guru membuat sesuatu keputusan yang dirasakan perlu. Langkah-
langkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan kepada
tiga proses utama iaitu proses yang pertama adalah merancang, proses kedua
melaksanakan penaksiran dan proses yang ketiga adalah merekod maklumat.
Menerusi penilaian terhadap kanak-kanak ini saya melihat bahawa pentingnya
2015ASSIGNMENT SENI VISUAL ( ZANITA AZWIN ARIFIN )
Page 15
pentaksiran bagi kanak-kanak prasekolah bagi membantu mereka memperolehi dan
mengetahui pencapaian dan kebolehan masing-masing.
Menurut sesetengah ahli psikologi seperti Piaget,Kohler,Bruner,Gagne dan
Ausubel menekankan proses kognitif yang sebenarnya menghasilkan perubahan
tingkah laku dalam pembelajaran.Mereka berpendapat bahawa pembelajaran ialah
suatu proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam
persekitarannya.Mengikut mereka,pembelajaran bukan percubaan secara membabi
buta tetapi mempunyai motif atau objektif-objektif tertentu.
Selain itu,mengikut kajian-kajian mazhab kognitif ,pembelajaran hanya boleh
berlaku adalah berdasarkan pelajar yang mempunyai cukup pengalaman yang
berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru di samping mempunyai motif serta rela
mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pmbelajaran.Ahli-ahli kognitif
mengaitkan aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan proses-proses mental dalaman ,iaitu
fikiran, ingatan,pengetahuan dan penyelesaian masalah yang berlaku dalam
pembentukan skema manusia.
Hurlock (1997) menyebut masa atau usia tahun-tahun awal kanak-kanak sebagai
The Golden Age di mana terdapat enam perkembangan kanak-kanak yang dapat dilihat
pada tahap ini tetapi perkembangan yang paling sukar bagi kanak-kanak adalah
perkembangan sosioemosi di mana mereka berhadapan kesukaran untuk bergaul
dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan atau orang lain. Menurut Elksnin dan Elksnin, 1995
menyatakan anak-anak yang memiliki ketrampilan sosial yang baik akan lebih
mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih berani mengekspresikan diri, lebih mudah
diterima oleh rakan-rakan sebaya dan akan lebih berjaya dalam akademiknya.
Di dalam hasil penilaian saya terhadap hasil kerja murid ialah saya menilai
melalui kekemasan, kecantikan dan warna dan bahan. Melalui penilaian tersebut kita
dapat menilai hasil kerja murid tersebut. Cara saya menilai ialah seperti :
Kekemasan : 30%
Bahan : 30%
Kecantikan : 40%
2015ASSIGNMENT SENI VISUAL ( ZANITA AZWIN ARIFIN )
Page 16
RUJUKAN
1. http://cool-with-arts.blogspot.my/p/slideshows.html
2. http://senivisual2014.blogspot.my/2014/05/teknik-capan.html
3. http://ngpingping-welcometomyblog.blogspot.my/2011/12/pendidikan-seni-
visual-kolaj.html
4. http://pendidikansenivisual8.blogspot.my/
5. http://visualartonthego.blogspot.my/2014/11/seni-kolaj.html
2015ASSIGNMENT SENI VISUAL ( ZANITA AZWIN ARIFIN )
Page 17
Top Related