INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 2
INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI
Kemahiran Menulis
Band 5
Pernyataan Standard Memahami, menaakul dan memberikan respons/menyampaikan sesuatu perkara yang didengar tutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul dan tepat.
Deskriptor B5DT1Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan tepat.
Evidens B5DT1E2Membina dan menulis jawapan dengan ayat yang lengkap.( 5.3.2 )
Aktiviti Pentaksiran Bahan: Menyediakan petikan/teks dan lembaran kerjaLangkah Pentaksiran :
Murid membina dan menulis jawapan dengan ayat yang lengkap
BAHASA MALAYSIA TAHUN DUA
NAMA : ………………………………… TARIKH : ………………………..
KELAS : …………………………………
RUJUKAN : B5DT1E1
ARAHAN : Baca petikan dan jawab soalan pemahaman.
Hari Sukan Sekolah Kami
Hari ini hari sukan tahunan sekolah kami. Pagi-pagi lagi, kami sudah
berkumpul di padang sekolah. Ramai ibu bapa yang datang ke sekolah kami
untuk menyaksikan sukan tahunan ini. Kami beratur mengikut warna rumah
sukan masing-masing.
Sebelum acara sukan dimulakan, guru besar telah memberikan ucapan dan
seterusnya merasmikan hari sukan sekolah kami. Acara dimulakan dengan
pertandingan perbarisan setiap rumah sukan dan persembahan senamrobik
daripada murid-murid sekolah kami.
Pelbagai acara telah dijalankan seperti olahraga, acara sukaneka, dan tarik
tali. Para penonton bersorak sambil bertepuk tangan untuk menyokong
pasukan masing-masing. Pasukan yang menang telah menerima hadiah
yang disampaikan oleh guru besar. Walaupun penat tetapi kami berasa
gembira.
Tulis jawapan yang lengkap bagi soalan-soalan di bawah.
1. Siapakah yang telah merasmikan hari sukan sekolah tersebut ?
_________________________________________________________________
2. Di manakah mereka berkumpul sebelum acara sukan dimulakan ?
_______________________________________________________________________
3. Nyatakan acara sukan yang telah dipertandingkan.
a)
b)
c)
d)
4. Apakah perasaan kamu sekiranya kamu kalah dalam satu pertandingan ?
____________________________________________________________________
5. Mengapakah kita perlu bersukan ?
_____________________________________________________________________
Contoh jawapan murid.
1. Hari sukan sekolah telah dirasmikan oleh guru besar.
2. Mereka berkumpul di padang sekolah.
3. a. pertandingan perbarisanb. olahragac. sukanekad.tarik tali
4. Sekiranya kalah dalam pertandingan, saya akan sedih tetapi akan berusaha
bersungguh-sungguh pada masa hadapan.
5. Kita perlu bersukan kerana bersukan dapat menyihatkan badan.