1
HUBUNGAN DI ANTARA FAKTOR ORGANISASI DAN BUDAYA
KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA
Dayang Nailul Munna Abang Abdullah, Noor Azura Dahalan & Ridhawati Zakaria
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Kampus Puncak Alam, Bandar Puncak Alam
42300 Kuala Selangor, Selangor
[email protected], [email protected],
Nurul Hanim Ismail
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
94300 Kota Samarahan, Sarawak
Abstrak: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji hubungan di antara
faktor organisasi dan budaya keselamatan di tempat kerja. Faktor-faktor yang dikaji
adalah sokongan pihak atasan, komunikasi, penglibatan pekerja, polisi Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), program KKP, persekitaran kerja dan budaya
keselamatan. Seramai 120 orang pekerja dari Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia (APMM), Kuching, Sarawak, telah dipilih menjadi sampel kajian ini.
Borang soal selidik telah digunakan sebagai kaedah untuk mengumpulkan data dan
soalan yang telah digunakan dalam borang kaji selidik ini telah diuji melalui ujian
kesahihan dan kebolehpercayaan. Daripada analisis korelasi Pearson, dapatan
menunjukkan semua faktor yang dikaji iaitu sokongan pihak atasan (r=0.375,
p=0.000), komunikasi (r=0.525, p=0.000), penglibatan pekerja (r=0.331, p=0.000),
polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) (r=0.498, p=0.000), program
KKP (r=0.361, p=0.000), persekitaran kerja (r=0.429, p=0.000) mempunyai
hubungan dengan budaya keselamatan di tempat kerja. Dapatan daripada analisis
regresi berganda pula menunjukkan bahawa faktor komunikasi adalah faktor yang
paling dominan dengan (R2=0.365, =0.301). Kesimpulannya, budaya keselamatan
dapat dipupuk sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing bagi
membendung isu atau insiden yang tidak diingini seperti kemalangan atau
kecelakaan daripada berlaku di tempat kerja.
1.0 Pengenalan
Dewasa ini, kita sering menatap di dada-dada akhbar mengenai paparan isu-
isu yang berkaitan kecuaian dan pengabaian keselamatan di tempat kerja sehingga
ada yang mengorbankan nyawa para pekerja dan tidak kurangnya juga ada yang
mengalami kecacatan, kecederaan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, malah isu
2
kesihatan pekerja juga memberi kesan kepada kehidupan harian dan mengancam
kesihatan mereka dengan menghidapi pelbagai penyakit akibat daripada pendedahan
kepada risiko-risiko bahaya di tempat kerja. Sebagai contoh, pekerja yang terlibat
dalam pengendalian bahan kimia mungkin akan berisiko menghadapi pelbagai
penyakit kronik yang mungkin tidak dapat dilihat pada masa sekarang, tetapi
memberi kesan pada masa jangka panjang, iaitu selepas mereka bersara.
Kerajaan dan badan-badan berkaitan sentiasa berusaha untuk menangani
permasalahan atau isu ini. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 telah
ditubuhkan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan para pekerja
dilindungi. Selain itu, Kementerian Sumber Manusia telah mewujudkan Majlis
Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan tujuan yang sama iaitu
melindungi keselamatan dan kesihatan para pekerja dan termasuklah juga orang
awam. Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara juga diwujudkan dan
disambut pada minggu ke 2 bulan Julai pada setiap tahun. Semua ini adalah sebagai
langkah untuk meningkatkan kesedaran kepada rakyat akan pentingnya mewujudkan
suasana yang selamat di tempat kerja.
Melalui kajian dan perangkaan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial
(PERKESO), sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan merupakan sektor ekonomi
yang menyumbang kepada peratusan kadar kemalangan yang tinggi. Dalam
keghairahan mengejar kejayaan dalam produktiviti dan perkhidmatan, kadang-
kadang pihak atasan alpa akan tanggungjawab mereka dan mengabaikan soal
keselamatan dan kesihatan pekerja mereka.
Berdasarkan data yang juga telah direkodkan oleh PERKESO, pada tahun
2000-2005, kadar kemalangan yang mengakibatkan kematian menunjukkan
penurunan sebanyak 25%, namun kadar kes kemalangan masih di tahap melebihi
75% daripada jumlah kes kemalangan industri yang direkodkan.
Daripada data tahun 2005, jumlah pampasan yang telah dibayar kepada
268,569 penerima faedah PERKESO yang ditimpa kemalangan di tempat kerja dan
termasuk kemalangan di dalam perjalanan ke tempat kerja adalah sebanyak 890 juta.
Manakala ratusan jutaan ringgit telah dibelanjakan oleh agensi-agensi insuran di
negara kita ke atas lebih 5,000 kes kemalangan yang menimpa para pekerja asing
yang mencecah 1.87 juta orang yang berkerja di pelbagai sektor seperti pembinaan,
pembuatan, perladangan, pertanian dan sebagainya. Menurut Miller (1995) yang
dipetik dari Tommy Nayom (2008), kemalangan di tempat kerja akan merugikan
ekonomi syarikat di mana mereka terpaksa membayar pampasan, pembiayaan
3
perubatan, pembiayaan insurans dan lain-lain. Syarikat yang terlibat terpaksa
menanggung kerugian dari segi kos di mana terpaksa membayar pampasan dan
pembiayaan perubatan.
Jesteru, amatlah penting bagi sesebuah organisasi mewujudkan persekitaran
atau budaya keselamatan yang tinggi di mana ia dapat membantu mengurangkan
kadar kemalangan di tempat kerja. Kajian ini dijalankan agar dapat memberi serta
meningkatkan kesedaran kepada pemimpin di organisasi terhadap pentingnya
budaya keselamatan dan membantu mereka memberi penekanan yang tinggi
terhadap faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan budaya di tempat
kerja.
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti samada faktor-faktor seperti
sokongan pihak atasan, komunikasi di tempat kerja, penglibatan pekerja, polisi dan
program keselamatan dan kesihatan pekerjaan, persekitaran kerja dapat
meningkatkan budaya keselamatan di tempat kerja.
2.0 Kajian Literatur
2.1 Budaya Keselamatan
Menurut Rowlinson (2004) yang dipetik daripada Mohd Saidin Misnan et.
al (2008), organisasi boleh dikategorikan sebagai mempunyai budaya keselamatan
yang baik atau positif atau budaya keselamatan yang buruk atau negatif bergantung
kepada tahap keberkesanan dalam strategi pengurusan keselamatan risiko. Secara
keseluruhannya, menurut Eksekutif Keselamatan dan Kesihatan United Kingdom
(2002), budaya keselamatan ialah suatu produk daripada nilai-nilai individu dan
kumpulan, tingkah laku, kompetensi dan bentuk perilaku yang menentukan
komitmen kepada gaya dan kecekapan program keselamatan dan kesihatan.
Beberapa kajian menerangkan budaya keselamatan hampir sama dengan
istilah konsep safety climate. Konsep safety climate merujuk kepada mentaliti
pekerja yang mengutamakan keselamatan, aras keprihatinan pihak pengurusan
terhadap keselamatan dan penglibatan semua pihak dalam mengawal risiko
kemalangan di tempat kerja. Secara teorinya, safety climate akan wujud jika persepsi
pekerja terhadap pentingnya keselamatan di tempat kerja dapat dipupuk di kalangan
pekerja.
Tommy Nayom (2008) mentakrifkan maksud budaya keselamatan sebagai
perkongsian nilai dan kepercayaan yang bertindakbalas dengan struktur organisasi
dan sistem kawalan dalam membentuk tingkah laku. Menurutnya lagi, maksud
4
budaya keselamatan adalah set-set kepercayaan, nilai, tingkah laku, peranan dan
teknik yang diambilkira untuk mengurangkan kadar kemalangan berlaku kepada
pekerja, pengurus, pelanggan dan orang awam.
2.2 Sokongan Pihak Atasan
Peranan pemimpin adalah penting di dalam membentuk amalan budaya
organisasi yang berkesan. Ini kerana pemimpin merupakan pelopor kepada budaya
yang hendak ditonjolkan dan diamalkan oleh setiap individu di dalam organisasi.
Corak kepimpinan yang sesuai mempengaruhi kepuasan dan kehendak ahli di dalam
organisasi yang bertujuan agar memudahkan budaya yang hendak diterapkan
tersebut dapat diterima dan diamalkan oleh setiap ahli di dalam organisasi.
Sebaliknya, jika pemimpin tidak berupaya untuk menerapkan kehendak pekerjanya
maka amat sukarlah penerimaan ke atas pengamalan budaya dan seterusnya boleh
menimbulkan pelbagai masalah kepada organisasi.
Menurut Aminuddin (1990) dalam Mohd Erwan Firdaus (2006), pemimpin
adalah sebagai teladan atau menjadi model kepada pekerja ataupun orang bawahan.
Pemimpin perlu menunjukkan tingkah laku, sifat atau kemahiran yang perlu kepada
pekerja dan pegawai di bawah penyeliaan mereka. Dengan menjadi teladan,
pemimpin menunjukkan petunjuk yang konkrit tentang apakah yag mereka harus
lakukan di tempat kerja.
Menurut Mohd Saidin dan Abdul Hakim (2007) dan Mohd Saidin et.al
(2008), dari segi kepimpinan, peningkatan budaya keselamatan boleh dicapai
melalui kerjasama yang erat antara pemimpin dan pekerja. Penglibatan pemimpin
dan pekerja dalam pengurusan keselamatan merupakan faktor penting kepada
budaya keselamatan yang positif dalam organisasi.
Sokongan pengurus atau pihak atasan dalam isu keselamatan telah
dikenalpasti sebagai elemen asas dalam budaya keselamatan. Cara penglibatan
kepimpinan adalah amalan terbaik untuk membangunkan budaya keselamatan dan
polisi-polisi keselamatan dalam organisasi. Hal ini disokong oleh Clarke dan Ward
(2006) yang menyatakan cara kepimpinan memberi kesan yang signifikan dalam
mewujudkan budaya keselamatan di dalam organisasi dan pemimpin memainkan
peranan yang penting dalam menggalakkan budaya keselamatan dengan
mengaplikasikan langkah-langkah yang diambil untuk mewujudkan budaya tersebut.
5
2.3 Komunikasi
Selain faktor sokongan pihak atasan, komunikasi juga memainkan peranan
yang penting dalam membentuk dan meningkatkan budaya keselamatan di tempat
kerja. Menurut Glendon dan McKenna (1995), pengurusan keselamatan yang efektif
merupakan gabungan antara kedua-dua fungsi dan kemanusiaan. Fungsi melibatkan
elemen kawalan pengurusan, penyeliaan, eksekutif dan sub-sistem komunikasi dan
kemanusiaan melibatkan elemen kepimpinan, politik dan sub-sistem budaya
keselamatan yang utama terhadap budaya keselamatan. Menurutnya lagi, terdapat
empat faktor kritikal sebagai petunjuk kepada budaya keselamatan dan kesihatan,
dan fokus luaran.
Meshkati (1995) pula menyatakan budaya keselamatan yang positif adalah
antara ciri-ciri pekerja yang mempunyai sikap yang boleh dipersoalkan, keras dan
mempunyai pendekatan yang sangat berhati-hati dan mempunyai komunikasi yang
positif. Komunikasi yang positif antara pemimpin dan pekerja dapat membentuk
persekitaran kerja yang selamat dan sihat.
Muchinsky (1993) menjelaskan pandangan beliau iaitu proses komunikasi
aalah suatu tunjang kepada budaya organisasi. Melalui hubungan sesama ahli di
dalam organisasi dapat memperkenalkan dan memahami dengan jelas tentang fungsi
yang dijalankan oleh organisasi tersebut. Melalui proses di dalam hubungan
interaksi akan menyesuaikan seorang individu terhadap tingkah laku, lagenda, cerita,
rutin, amalan dan upacara yang diamalkan di dalam organisasi.
Komunikasi di dalam organisasi adalah amat penting untuk membolehkan
budaya yang diamalkan oleh organisasi terus berkembang dan dapat mengekalkan
hubungan yang baik di dalam organisasi tersebut. Tafsiran oleh Thompson dan
Luthans (1990) menjelaskan pandangan terhadap komunikasi dengan budaya
organisasi sebagai sebuah tingkah laku (behavioral).
2.4 Penglibatan Pekerja
Pendekatan yang positif telah dijalankan bagi mewujudkan perkongsian
budaya kerja selamat dengan meletakkan kepercayaan pada tahap yang tinggi dan
penglibatan semua pekerja. Preston (1994) dalam Mohd Saidin et. al (2008)
menyatakan terdapat enam kunci bagi membangunkan disiplin positif. Antaranya
ialah mendapatkan penglibatan pekerja agar pekerja menghargai amalan tersebut,
pemerhatian objektif bersama-sama yang memfokuskan kepada amalan kerja semasa
dan berkongsi bersama dengan isu-isu semasa, penilaian terhadap amalan dan
6
tingkah laku semasa, mewujudkan pelan tindakan yang positif yang memerlukan
pekerja untuk memahami keperluan amalan kerja yang selamat dan pengesahan serta
persetujuan semua pekerja untuk mendapatkan komitmen sepenuhnya terhadap
pelan tindakan bagi mewujudkan amalan kerja yang selamat untuk keseluruhan kerja
yang akan dilaksanakan dan persetujuan tersebut tidak boleh dirundingkan dan
amalan perlu diubah kepada amalan kerja yang selamat.
Jones (1997) juga menambah bahawa keselamatan merupakan aspek yang
perlu diberikan perhatian dan panduan bagi mempertingkatkan pengurusan
keselamatan dan juga budaya keselamatan. Antaranya yang boleh digunakan adalah
dengan kaedah meningkatkan pengurusan, peralatan dan kelengkapan, dan
penglibatan para pekerja.
Penglibatan pekerja juga tidak dapat dinafikan dalam meningkatkan budaya
keselamatan di tempat kerja. Beberapa pendapat mengenai sikap pekerja yang
menjadi penyebab kepada kemalangan yang berlaku dipersetujui oleh Rogers (1995)
yang membuktikan kajian mendapati 90 peratus dari kecedaraan di tempat kerja
adalah disebabkan oleh sikap pekerja, amalan kerja atau tingkah laku dan budaya
kerja. Ini dibuktikan lagi oleh Hofmann (2005), tentang kesediaan pekerja terhadap
pemakaian kelengkapan keselamatan, ia sebenarnya bergantung kepada sikap
individu itu sendiri serta keperihatinannya terhadap amalan dan budaya keselamatan
di tempat kerja.
2.5 Polisi KKP
Untuk membangunkan budaya keselamatan yang positif di tempat kerja,
polisi keselamatan yang jelas dan relevan adalah perlu sebagai garis panduan kepada
pekerja melaksanakan polisi keselamatan yang ada. Menurut Turner (1991), antara
langkah bagi memupuk budaya keselamatan termasuklah penghargaan,
pengambilan, peranan pengurusan dan polisi yang dibangunkan.
Misi keselamatan merujuk kepada keutamaan keselamatan kerja yang
terdapat dalam polisi keselamatan dan kesihatan. Secara teorinya, dimensi misi
keselamatan merujuk kepada kesanggupan pihak pengurusan mempraktiskan budaya
keselamatan dalam organisasi dan keadaan ini akan memberi impak yang positif
kepada budaya keselamatan. Ini adalah kerana polisi daripada pihak atasan dapat
memotivasikan dan membentuk tingkah laku yang baik di kalangan pekerja.
Mohd Saidin dan Abdul Hakim (2007) dan Mohd Saidin et.al (2008) juga
menyatakan bahawa terdapat banyak elemen yang mempengaruhi dan
7
membangunkan budaya keselamatan. Antaranya ialah kepimpinan, penglibatan,
sistem penghargaan dan pengiktirafan, latihan, komunikasi, kerja berpasukan,
motivasi, jawatankuasa keselamatan dan kesihatan, persekitaran kerja serta polisi
dan perancangan keselamatan. Polisi keselamatan mengandungi prinsip-prinsip
yang menyokong tingkah laku yang selamat di dalam organisasi. Oleh itu, polisi
merupakan salah satu elemen penting yang mempengaruhi dan membangunkan
budaya keselamatan.
Pipitsupaphol (2003) menyatakan undang-undang dan prosedur keselamatan
yang diwujudkan dapat meminimakan sebarang kemalangan yang disebabkan oleh
keadaan yang tidak selamat. Hal ini kerana undang-undang dan prosedur
keselamatan ini dapat memberi gambaran yang jelas terhadap perlaksanaan program
keselamatan di projek pembinaan. Masalah yang selalu timbul yang menyumbang
kepada berlakunya kemalangan di tempat kerja ialah undang-undang dan prosedur
atau polisi ini susah difahami dan dilaksanakan, tidak bersesuaian dengan keadaan
semasa dan terlalu spesifik.
2.6 Program KKP
Program keselamatan dan kesihatan juga mendorong kepada peningkatan
budaya keselamatan di tempat kerja. Program keselamatan adalah program yang
dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada pekerja akan pentingnya
keselamatan serta memberi pendedahan terhadap risiko kemalangan di tempat kerja.
Program keselamatan ini merujuk kepada latihan keselamatan yang dijalankan
dalam organisasi.
Cooper (2000) mendapati latihan keselamatan merupakan cara asas dalam
meningkatkan keupayaan pekerja dalam mengurangkan kebarangkalian berlaku
kemalangan di tempat kerja. Pemupukan budaya keselamatan yang kuat adalah
disebabkan latihan keselamatannya yang berkesan.
Hasil kajian oleh Gordon dan Kirwan (2004) telah menentukan beberapa
aspek yang perlu diberi keutamaan untuk membangunkan budaya keselamatan.
Salah satu aspek yang perlu diberi keutamaan dan memerlukan peningkatan yang
tinggi ialah aspek latihan dan penglibatan dalam aktiviti keselamatan. Ahli-ahli
kumpulan atau semua pekerja umumnya perlu digalakkan untuk menerima dan
bertindak mengikut nasihat yang diberikan oleh pakar keselamatan. Selain itu, para
pekerja perlulah melibatkan diri dalam aktiviti keselamatan seperti penilaian risiko
8
bahaya dengan sokongan daripada kakitangan keselamatan dan perlu dilatih untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti sebegini.
2.7 Persekitaran Kerja
Menurut Smith (2003), keselamatan boleh dikategorikan sebagai keperluan
yang sangat penting dalam perniagaan. Keselamatan merupakan kunci penentu
kejayaan suatu organisasi. Penggunaan jentera dan peralatan yang selamat dapat
meningkatkan motivasi pekerja serta produktiviti organisasi, dan menyumbang
kepada kecacatan kerosakan yang minimum. Hal ini demikian kerana dengan
adanya jentera atau mesin serta peralatan yang selamat, pekerja tidak akan ragu-ragu
lagi soal keselamatan mereka dan seterusnya memberi mereka keyakinan yang
tinggi untuk menjalankan tugas yang diberikan.
Mondy, Noe & Premeaux (2002) pula menyatakan persekitaran kerja
mengandungi ciri-ciri kelengkapan fizikal seperti mesin dan kelengkapan peralatan
lain yang digunakan untuk membantu manusia melakukan kerja. Kelengkapan dan
peralatan yang tidak ergonomik juga boleh menyumbang kepada ketidakselesaan
dan tekanan ketika menjalankan tugas.
Menurut Clarke dan Cooper (2004), tuntutan kerja memberi kesan secara
langsung kepada risiko kemalangan dan memberi kesan secara tidak langsung
kepada tingkah laku keselamatan kerana pekerja yang menerima tekanan kerja untuk
meningkatkan pengeluaran mungkin akan mengabaikan soal peraturan keselamatan
yang mengganggu kemajuan mereka atau kurang perhatian terhadap soal
keselamatan semasa menjalankan tugas dan seterusnya meningkatkan kemungkinan
berlakunya kemalangan.
Menurut Sharon Clarke (2006), terdapat beberapa kajian menyokong
hubungan langsung antara tuntutan kerja dan keterlibatan kemalangan seperti kesan
signifikan terhadap kecelakaan pekerjaan atau kemalangan kerja yang dijumpai
dalam sampel pekerja pembinaan (Goldenhar et al. ,2003), sampel operator
pengangkutan (Greiner et al. ,1998) dan sampel jururawat (Hemingway dan Smith,
1999). Menurut Sharon Clarke (2006), semua kajian ini menyokong bahawa
tuntutan kerja yang tinggi akan lebih menyumbangkan kepada kekerapan kadar
kemalangan yang berlaku walaupun hubungan ini tidak disokong secara konsisten.
9
3.0 Metodologi Kajian
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu
menggunakan kaedah tinjauan dalam memperolehi dan mengumpulkan data kajian
melalui borang kaji selidik. Kajian ini telah dijalankan di Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak yang terletak di Kuching, Sarawak.
Misi penubuhan APMM adalah untuk menjaga dan memelihara keselamatan,
keamanan dan kedaulatan negara di Zon Maritim Malaysia serta menyelamatkan
nyawa dan harta benda semasa kecemasan di laut. Pejabat Agensi ini telah
ditubuhkan pada 3 Mei 2005 yang bertempat di Lot 11-19, Plaza SIA, Stutong Indah
Business Avenue, Jalan Setia Raja, Kuching, Sarawak.
Populasi dalam kajian ini melibatkan semua pekerja di APMM, Kuching
iaitu seramai 183 orang. Berdasarkan populasi kajian, seramai 120 orang pekerja
adalah sampel dalam kajian ini. Pemilihan sampel adalah berdasarkan kaedah
persampelan rawak mudah untuk mendapatkan data dalam kajian ini.
Borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini mengandungi tiga
bahagian utama. Bahagian A meliputi latar belakang responden seperti umur,
jantina, bangsa, kelulusan, dan tempoh perkhidmatan. Bahagian B pula
mengandungi soalan yang berkaitan dengan budaya keselamatan, manakala
Bahagian C terdiri daripada item yang berkaitan dengan faktor-faktor organisasi
iaitu sokongan pihak atasan, komunikasi, penglibatan pekerja, polisi KKP, program
KKP dan persekitaran kerja.
Kesemua soalan dalam Bahagian A, B dan C menggunakan skala Likert 5
mata iaitu daripada Sangat Tidak Setuju yang diwakili oleh 1 kepada Sangat Setuju
yang diwakili oleh 5. Data yang diperolehi akan diproses dan dianalisa dengan
menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 17.0.
Ujian kesahihan dan kebolehpercayaan telah dijalankan ke atas item atau
soalan yang terkandung dalam borang soal selidik. Borang soal selidik yang
digunakan mempunyai kesahihan dan kebolehpercayaan apabila faktor loading
melebihi 0.5, KMO melebihi 0.5, ujian Barlett kurang daripada 0.5 dan nilai eigen
melebihi 1.0. Pembolehubah di dalam kajian ini mempunyai tahap
kebolehpercayaan yang tinggi jika nilai pekali melebihi 0.63 (Nunally & Bernstein,
10
1994). Jadual 1 menunjukkan keputusan pengujian kesahan dan kebolehpercayaan
item-item dalam kajian ini.
Jadual 1 : Keputusan Ujian Kesahihan dan Kebolehpercayaan
4.0 Dapatan dan Perbincangan
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Ciri-ciri Demografi
Daripada analisis yang dilakukan, terdapat seramai 111 orang responden
adalah lelaki (92.5%), dan 9 responden perempuan (7.5%). Kebanyakan pekerja di
APMM, Kuching adalah berumur di antara 26 hingga 35 tahun iaitu sebanyak 49
orang responden (40.8%). Bangsa Melayu menunjukkan peratusan tertinggi
sebanyak 81.7% (98 responden). Hasil kajian juga menunjukkan kebanyakan
pekerja di APMM, Kuching adalah terdiri daripada pelajar lepasan MCE/SPM iaitu
sebanyak 93 (77.5%). Pekerja yang berkhidmat 3 hingga 5 tahun adalah seramai 57
orang dan mencapai peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 47.5%.
Ukuran Item Factor
Loading
KMO Ujian
Barlett
Nilai Eigen
Variance
Explained
Cronbach
Alpha
Sokongan
pihak atasan
10 0.523-
0.843
0.856 538.458
P= 0.000
4.857 48.573 0.881
Komunikasi 10 0.506-
0.886
0.903 686.294,
P= 0.000
5.697 56.968 0.913
Penglibatan
pekerja
10 0.585-
0.901
0.822 504.079,
P= 0.000
4.629 46.287 0.865
Polisi KKP 10 0.518-
0.857
0.883 603.008,
P= 0.000
5.237 52.370 0.897
Program
KKP
9 0.505-
0.900
0.816 575.237,
P=0.000
4.685 46.853 0.872
Persekitaran
Kerja
10 0.569-
0.867
0.745 299.163,
P=0.000
3.154 31.541 0.720
11
4.2 Pengujian Hipotesis
4.2.1 Hasil Analisis Korelasi Pearson
Jadual 2: Analisis Korelasi Pearson Ke atas Enam Faktor Organisasi Dengan
Budaya Keselamatan di Tempat Kerja.
Faktor Organisasi Min Sisihan
Piawai
Korelasi Pearson
(r)
Signifikan
(p)
Sokongan Pihak Atasan 3.8750 .61579 .375** .000
Komunikasi 3.8083 .68961 .525** .000
Penglibatan Pekerja 4.1083 .56205 .331** .000
Polisi KKP
Program KKP
3.9333
4.1083
.60437
.51524
.498**
.361**
.000
.000
Persekitaran Kerja 3.8500 .55986 .429** .000
** Korelasi adalah signifikan pada tahap 0.01
Hipotesis Pertama
Ha1: Terdapat hubungan yang signifikan di antara sokongan pihak atasan dan
budaya keselamatan di tempat kerja.
Berdasarkan Jadual 2, didapati bahawa faktor sokongan pihak atasan
mempunyai hubungan yang signifikan dengan budaya keselamatan di tempat kerja,
di mana nilai r = .375, manakala p = .000 iaitu nilai p kurang pada aras signifikan
0.01. Maka, hipotesis adalah diterima.
Hasil dapatan kajian ini disokong oleh Mohd Saidin dan Abdul Hakim
(2007) dan Mohd Saidin et.al (2008). Menurutnya, peningkatan budaya keselamatan
boleh dicapai melalui kerjasama yang erat antara pemimpin dan pekerja. Faktor
penting membangunkan budaya keselamatan yang positif dalam organisasi adalah
disebabkan oleh adanya penglibatan pihak atasan dan juga pekerja dalam
pengurusan keselamatan.
Hal ini turut ditambah oleh Clarke dan Ward (2006) yang menyatakan cara
kepimpinan memberi kesan yang signifikan dalam mewujudkan budaya keselamatan
di dalam organisasi. Pemimpin memainkan peranan yang penting dalam
menggalakkan budaya keselamatan dengan mengaplikasikan langkah-langkah yang
12
diambil untuk mewujudkan budaya tersebut. Selain itu, kenyataan Buchan (1999)
dalam Mohd Saidin et al, (2008), turut menyatakan bahawa usaha untuk
meningkatkan budaya keselamatan boleh dicapai melalui kerjasama yang erat antara
komitmen personel pekerja, kepimpinan dan tingkah laku. Budaya keselamatan
boleh diterapkan melalui tingkah laku bekerja dan perubahan organisasi sekiranya
ingin mencapai ke arah perubahan langkah yang tetap dalam budaya keselamatan
dan prestasi
Hipotesis Kedua
Ha2: Terdapat hubungan yang signifikan di antara komunikasi dan budaya
keselamatan di tempat kerja.
Jadual 2 jelas menunjukkan faktor komunikasi mempunyai hubungan yang
signifikan dengan budaya keselamatan di tempat kerja, di mana nilai r = .525,
manakala p = .000 iaitu nilai p kurang pada aras signifikan 0.01. Maka, hipotesis
adalah diterima.
Hasil dapatan kajian ini telah disokong oleh Glendon dan McKenna (1995)
yang menyatakan pengurusan keselamatan yang efektif merupakan gabungan antara
kedua-dua fungsi dan kemanusiaan. Fungsi termasuklah elemen kawalan
pengurusan, penyeliaan, eksekutif dan sub-sistem komunikasi, manakala
kemanusiaan pula terdiri daripada elemen kepimpinan, politik dan sub-sistem
budaya keselamatan yang utama terhadap budaya keselamatan.
Kreps (1990) turut menjelaskan tidak ada individu di dalam sesebuah
organisasi memilih untuk tidak berkomunikasi. Secara realitinya, komunikasi
memberi pengaruh yang kuat dan diakui akan kewujudannya di dalam organisasi.
Komunikasi merupakan realiti yang harus diterima dan dipraktikkan di dalam
organisasi. Penyebaran sesuatu maklumat oleh setiap ahli di dalam organisasi sama
ada secara formal atau tidak formal dan secara langsung atau tidak langsung dapat
mewujudkan budaya keselamatan di dalam organisasi. Hal ini jelas mentafsirkan
komunikasi adalah satu elemen budaya dan seterusnya akan dapat berkembang dan
bertahan di dalam organisasi tersebut.
13
Hipotesis Ketiga
Ha3: Terdapat hubungan yang signifikan di antara penglibatan pekerja dan budaya
keselamatan di tempat kerja.
Terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor penglibatan pekerja
dengan budaya keselamatan di tempat kerja seperti yang ditunjukkan di Jadual 2, di
mana nilai r = .331, manakala p = .000 iaitu nilai p kurang pada aras signifikan
0.01. Maka, hipotesis adalah diterima.
Dapatan kajian ini disokong oleh beberapa kajian lepas. Pendekatan yang
positif telah dijalankan bagi mewujudkan perkongsian budaya kerja selamat dengan
meletakkan kepercayaan pada tahap yang tinggi dan penglibatan semua pekerja.
Preston (1994) dalam Mohd Saidin et. al (2008) menyatakan terdapat enam kunci
bagi membangunkan disiplin positif. Antaranya ialah mendapatkan penglibatan
pekerja agar pekerja menghargai amalan tersebut.
Menurut Cooper (2000), organisasi yang mempunyai budaya keselamatan
yang tinggi bergantung kepada komitmen atau penglibatan pekerja yang tinggi.
Komitmen terhadap keselamatan merujuk kepada seseorang individu yang
melibatkan diri dalam sebarang aktiviti keselamatan, menerima bulat misi
keselamatan organisasi dan sentiasa berusaha untuk mewujudkan keadaan tempat
kerja yang selamat. Disebabkan perkara tersebut, penglibatan pekerja penting dalam
memastikan individu dapat menerima inisiatif keselamatan daripada organisasi bagi
memupuk keselamatan daripada organisasi bagi memupuk budaya keselamatan
dalam melakukan kerja..
Hipotesis Keempat
Ha4: Terdapat hubungan yang signifikan di antara polisi keselamatan dan kesihatan
pekerjaan dengan budaya keselamatan di tempat kerja.
Daripada Jadual 2, didapati bahawa faktor polisi KKP mempunyai hubungan
yang signifikan dengan budaya keselamatan di tempat kerja, di mana nilai r = .498,
manakala p = .000 iaitu nilai p kurang pada aras signifikan 0.01. Maka, hipotesis
adalah diterima.
Gordon dan Kirwan (2004) melalui kajian mereka telah mengenalpasti lima
elemen utama dalam pengurusan yang menentukan pembangunan budaya
14
keselamatan iaitu komitmen pengurusan terhadap keselamatan, matlamat prestasi
keselamatan, strategi dan polisi keselamatan, kepercayaan dan keyakinan serta
rekabentuk ujian dan penilaian keselamatan. Oleh itu, pengurusan yang efisien
terhadap strategi dan polisi keselamatan dapat membangun dan meningkatkan
budaya keselamatan di dalam sesebuah organisasi.
Ini dibuktikan lagi oleh Thanwadee Chinda dan Sherif Mohamed (2008)
dalam kajian mengenai persamaan struktur model pembinaan budaya keselamatan,
di mana mereka menyimpulkan bahawa strategi dan polisi keselamatan yang efektif
akan mempengaruhi kejayaan pelaksanaan keselamatan dalam organisasi. Strategi
dan polisi keselamatan juga perlu mengambilkira keperluan sumber keselamatan
yang diperlukan oleh para pekerja. Oleh itu, pemimpin juga bertanggungjawab
dalam memastikan setiap pekerja menerima tanggungjawab keselamatan diri dan
polisi keselamatan yang realistik yang telah ditetapkan dan mengamalkan polisi ini
di dalam organisasi.
Hipotesis Kelima
Ha5: Terdapat hubungan yang signifikan di antara program keselamatan dan
kesihatan pekerjaan dengan budaya keselamatan di tempat kerja.
Terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor program KKP dengan
budaya keselamatan di tempat kerja seperti yang tertera di Jadual 2, di mana nilai r =
.36, manakala p = .000 iaitu nilai p kurang pada aras signifikan 0.01. Maka,
hipotesis adalah diterima.
Antara elemen penting yang menyumbang kepada pembentukan budaya
keselamatan yang dinyatakan oleh Mohd Saidin dan Abdul Hakim (2007) dan Mohd
Saidin et.al (2008) ialah program latihan. Program latihan yang diberikan mestilah
diberi keutamaan yang tinggi di dalam setiap organisasi. Pengetahuan dan kesedaran
pekerja terhadap budaya kerja yang selamat telah terbukti dapat dipertingkatkan
melalui latihan keselamatan yang efektif.
Mohd Saidin dan Abdul Hakim (2007) dan Mohd Saidin et.al (2008) juga
menyatakan antara elemen yang membangunkan budaya keselamatan ialah program
latihan. Program latihan yang diberikan mestilah diberi keutamaan yang tinggi di
dalam setiap organisasi. Latihan keselamatan yang efektif telah terbukti dapat
15
meningkatkan pengetahuan dan kesedaraan pekerja terhadap budaya kerja yang
selamat.
Menurut Bengkel Budaya Keselamatan yang dikendalikan oleh FNCA di
Sydney pada Januari 1998 yang dipetik daripada Suharno (2000), enam pengukur
budaya keselamatan telah ditubuhkan untuk memantau pelaksanaan budaya
keselamatan. Salah satu daripada pengukur tersebut ialah kegiatan latihan yang
berkaitan dengan peningkatan budaya keselamatan. Menyedari bahawa sumber
manusia yang berkualiti adalah faktor penting untuk memastikan kewujudan budaya
selamat, maka beberapa aktiviti latihan rutin dijalankan. Misalnya, latihan praktikal
atau latihan mencegah kebakaran, senario pendedahan radiasi dan latihan formal
yang lain seperti dalam kelas untuk pekerja yang bekerja di bahagian operasi. Di
dalam setiap sesi aktiviti-aktiviti ini, umumnya peringatan tentang pentingnya
budaya keselamatan selalu ditekankan.
Hipotesis Keenam
Ha6: Terdapat hubungan yang signifikan di antara persekitaran kerja dan budaya
keselamatan di tempat kerja.
Jadual 2 jelas menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan di antara
faktor persekitaran kerja dengan budaya keselamatan di tempat kerja, di mana nilai r
= .429, manakala p = .000 iaitu nilai p kurang pada aras signifikan 0.01. Maka,
hipotesis adalah diterima.
Kejayaan suatu perniagaan adalah mustahil tanpa persekitaran kerja yang
selamat dan pekerja yang selamat. Pelaksanaan proses dan sistem untuk kejayaan
keselamatan dalam aktiviti seharian, akan membangunkan budaya keselamatan dan
seterusnya menjamin keselamatan tempat kerja selain keselamatan pekerja. Menurut
Smith (2003), keselamatan adalah pertandingan yang tidak akan tamat yang
membawa maksud soal keselamatan di tempat kerja ini perlu sentiasa dititikberatkan
dan memerlukan komitmen semua pihak setiap masa tidak mengira waktu atau
tempat. Jika kita terlepas pandang atau kurang memberi perhatian walaupun
terhadap perkara yang dianggap remeh, ia mungkin akan memberi impak yang besar
terhadap soal keselamatan para pekerja. Persekitaran kerja yang selamat akan
meningkatkan motivasi selain akan memberi kesan kepada keselamatan kerja.
16
Pendapat oleh di Martino (2003) turut menyokong hasil kajian ini. Beliau
menyatakan keadaan-keadaan seperti suasana kerja yang bising, kerja yang bising,
terlalu ramai pekerja dalam syif kerja dan kawasan tempat kerja yang mudah
terdedah kepada bahaya merupakan faktor yang mempengaruhi persekitaran kerja
yang boleh menyebabkan pekerja mengalami tekanan kerja. Gangguan kesihatan
dari segi psikologi, mental dan sebagainya mungkin boleh berlaku akibat tekanan
kerja yang tinggi.
4.2.2 Hasil Analisis Regresi Berganda (Stepwise)
Pengujian Faktor Dominan di antara pembolehubah tidak bersandar
Jadual 3:
Rumusan Model (Model Summary)
Model R R Square Adjusted R
Square
Std. Error of the
Estimate
1 .604 .365 .348 51273
Jadual 4: Coefficients
Berdasarkan Jadual 3 dan Jadual 4, analisis regresi berganda digunakan
untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan kerja yang dominan dalam
mempengaruhi budaya keselamatan di tempat kerja. Hasil dapatan yang diperolehi
menunjukkan bahawa terdapat tiga pembolehubah yang merupakan faktor dominan
yang mempengaruhi budaya keselamatan di tempat kerja iaitu komunikasi, polisi
KKP dan persekitaran kerja.
Model Unstandardized
Coefficients
Standardized
Coefficients
t Sig.
B Std. Error Beta
1 Komunikasi
Polisi KKP
Persekitaran kerja
.277
.265
.215
.085
.096
.096
.301
.252
.189
3.241
2.764
2.227
.002
.007
.028
17
Ini menunjukkan bahawa 36.5% daripada sebarang perubahan dalam
pembolehubah bersandar iaitu budaya keselamatan di tempat kerja boleh
diterangkan oleh tiga pembolehubah tidak bersandar iaitu komunikasi, polisi KKP
dan persekitaran kerja. Walaupun ketiga-tiga pembolehubah ini adalah faktor
dominan kepada budaya keselamatan di tempat kerja, namun komunikasi merupakan
faktor paling dominan yang mempengaruhi budaya keselamatan di tempat kerja
dengan nilai beta = 0.301.
5.0 Kesimpulan
Pengamal sumber manusia merupakan orang terpenting yang
bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan para pekerja. Oleh itu, soal keselamatan
dan kesihatan para pekerja menjadi salah satu tanggungjawab utama yang harus
dipikul. Mereka perlu memastikan para pekerja dan juga persekitaran tempat kerja
sentiasa berada dalam keadaan selamat agar sebarang kemalangan dapat dielakkan.
Penekanan melalui pelbagai program boleh dijalankan secara berkala seperti tiga
bulan atau enam bulan sekali di dalam organisasi. Maklumat-maklumat mengenai
keselamatan dan kesihatan pekerjaan juga boleh disebarkan melalui program yang
dijalankan. Tidak dinafikan bahawa kemalangan tidak selalunya terjadi di tempat
kerja dan keadaan ini menyebabkan lama-kelamaan isu keselamatan tidak lagi
dipandang serius oleh para pekerja. Oleh itu, dengan persepsi mereka yang
menyatakan kemalangan jarang berlaku dan tidak mungkin akan berlaku
menyebabkan mereka alpa dan kurang peka terhadap soal keselamatan semasa
bekerja. Penekanan melalui aktiviti yang dijalankan secara berkala ini dapat
memastikan para pekerja sentiasa peka dan memandang serius terhadap isu
keselamatan mereka semasa bekerja.
Rujukan
Clarke, S., & Cooper, C.L. (2004). Managing the Risk of Workplace Stress: Health
& Safety Hazards. London: Routledge.
Clarke, S., & Ward, K. (2006). The Role of Leader Influence Tactics and Safety
Climate in Engaging Employees Safety Participation. Risk Analysis, 26(5), 1175- 1185.
Cooper, M.D. (2000). Towards A Model of Safety Culture. Safety Science,36, 111-
136.
18
di Martino, V. (2003). Relationship of Work Stress and Workplace Violence in the
Health Sector. Geneva: ILO/ICN/WHO/PSI Joint Programme on Workplace
Violence in the Health
Glendon, A.I., & McKenna, E.F. (1995). Human Safety and Risk Management,
London: Chapman and Hall.
Goldenhar, L.M., Williams, L.J., & Swanson, N.G. (2003). Modelling Relationships
between Job Stressors and Injury and Near-miss Outcomes for Construction
Labourers. Work & Stress,17, 218-241.
Greiner, B.A., Krause, N., Ragland, D.R., & Fisher, J.M. (1998). Objective Stress
Factors, Accidents, and Absenteeism in Transit Operator: A Theoretical Framework
and Empirical Evidence. Journal of Occupatioanl Health Psychology, 3, 130-146.
Gordon, R., & Kirwan, B. (2004). Developing A Safety Culture in Research and
Development Environment: Air Traffic Management Domain. Dalam Europe
Chapter of the Human Factors and Ergonomic Society Conference, Delft,
Netherlands.
Hofmann, M.A. (2005). Noise Safety Advice Unheeded. Journal of Business
Insurances, 39 (31), 15.
Hemingway, M., & Smith, C.S (1999). Organisational Climate and Occupational
Stressors as Predictors of Withdrawal Behaviours and Injuries in Nurses. Journal of
Occupational & Organizational Psychology, 72, 285-299.
Jones, C.L. (1997). Tower of Strength. Journal of Mining Technology, 79 (907), 73-
80.
Kreps, G.L. (1990). Organizational Communication: Theory and Practice (2nd ed.).
New York: Longman.
Meshkati, N. (1995). The Culture Context of Safety Culture: A Conceptual Model
and Experimental Study. Dalam Safety Culture in Nuclear Installations Conference,
Proceedings of the International Topical Meeting on Safety Culture in Nuclear
Installations, Vienna, Austria, 261-270.
Mohd Saidin Misnan & Abdul Hakim Mohammed (2007d). Pembangunan Budaya
Keselamatan dalam Industri Pembinaan. The Malaysian Surveyor, 42(2), 20-33.
Mohd Saidin Misnan, Abdul Hakim Mohammed, Izran Sarrazin Mohammed & L.
Jawahar Nesan (2008). Problem and Issues in Developing Safety Culture in
Construction Industry. Malaysian Journal of Real Estate, 1(3),61-70.
Mohd Saidin Misnan, Abdul Hakim Mohammed, Wan Tusoff Wan Mahmood,
Syamsul HendraMahmud & Mat Naim Abdullah. (2008). Development of Safety in
the Construction Industry: The Leadership and Training Roles. Dalam 2nd
International Conference on Built Environment in Developing Countries
(ICBEDC2008), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
19
Muchinsky, M. P. (1993). Psychology Applied To Work (4th
ed.). California:
Brooks/Cole Publishing.
Mohd Erwan Firdaus Bin Abd Khalid. (2006). Tekanan yang Dihadapi oleh
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan. Projek Tahun Akhir: Universiti Malaysia
Sarawak.
Mondy, R. W., Noe, R.M., dan Premeaux, S.R. (2002). Human Resource
Management (8th ed.). Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.
Nunally, J.C., & Bernstein, I.H. (1994). Psychometric Theory. New York: McGraw-
Hill.
Pipitsupaphol, T. (2003). Understanding Effects of Heuristic and Biases on At-Risk
Behavior of Construction Workers. PhD Dissertation, The University of Tokyo,
Tokyo, Japan.
Rogers, B. (1995) Creating a Culture of Safety. Journal of HR Magazine, 85-88.
Sharon Clarke. (2006). Safety Climate in An Automobile Manufacturing Plant.
Journal of Personnel Review, 35, 413-430.
Smith, S. (2003). World Class Safety. Journal of Occupational Hazards, Apenton
Publication.
Suharno. (2000). Progress on The Six Safety Culture Indicators Indonesia, presented
at Nuclear Safety Culture Workshop, Shanghai.
Turner, B. A. (1991). The Development of A Safety Culture. Journal of Chemistry
and Industry, 7, 241-243.
Tommy Nayom. (2008). Hubungkait antara Faktor Organisasi dengan Budaya
Keselamatan. Projek Tahun Akhir: Universiti Malaysia Sarawak.
Thanwadee Chinda & Sherif Mohamed. (2008). Structural Equation Model of
Construction Safety Culture. Engineering, Construction and Architectural
Management, 15, 114-131.
Thompson, K. R., & Luthans, F. (1990). Organizational Culture: A Behavioral
Perspective. Dalam B. Schneider (Ed.), Organizational Climate and Culture, San
Francisco: Jossey-Bass, 319-344.
UK Health and Safety Executive. (2002). Safety Culture: A Review of the Literature,
HSL/2002/25.