SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS) 1MAC 2015
BAHASA MALAYSIA (KERTAS 1)TAHUN 5
Nama : …………………………………. Tarikh : ………………..
Arahan Am:Tiap-tiap soalan yang berikut diikuti oleh tiga jawapan A, B, dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Antaranya ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu pada kertas jawapan. Hitamkan ruangan yang sama dengan jawapan yang kamu pilih.
Soalan 1 – 17Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Zarina mengubah ______________ plastik itu ke tepi dewan lalu duduk di atasnya.
A. meja
B. kerusi
C. pelantar
D. permaidani
2 Iwan seorang anak yang baik. Dia _____________ menolong ibunya membuat kerja-
kerja rumah.
A. lemah
B. kuat
C. rajin
D. gagah
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
3 Ketiga-tiga buah kereta itu berada di ____________ pokok yang tumbang itu.
A. tepi
B. celah
C. bawah
D. tengah
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.
4 Bendahara Tun Ali mengangkat sembah ketika ___________ Sultan Mahmud Shah.
A. menyembah
B. melawat
C. mengadap
D. berjumpa
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.
5 Aminah sedang membantu ibunya ___________ kulit ubi kentang.
A. menarik
B. menetak
C. mengupas
D. memegang
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.
6 Roslan membeli aiskrim berbentuk ___________ untuk adiknya.
A. bulat
B. kon
C. panjang
D. bujur
7 Buah rambutan itu dibiarkan masak ___________ kerana buahnya bersemut.
A. kelat
B. manis
C. ranum
D. mengkar
8 Mata Melsa _____________ mengikut bapanya yang berketurunan Tionghua.
A. sepet
B. bulat
C. hitam
D. jernih
9 Pinggan mangkuk yang bertimbun di dalam sinki __________ berbasuh.
A. masih dapat
B. belum dapat
C. masih belum
D. sudah pernah
10 Amirul sangat bijak ___________ dia terlalu pendiam.
A. tetapi
B. sambil
C. kerana
D. supaya
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.
11 Sekawan burung merpati hinggap di ___________ bumbung rumah Arif.
A. tepi
B. atas
C. sudut
D. dalam
12 Keluarga Encik Samad terdiri daripada __________ pasang adik beradik kembar.
A. tiga
B. ketiga
C. ketiga-tiga
D. bertiga-tiga
13 Anessa asyik _____________ sahaja pagi tadi kerana tidak tidur semalaman.
A. tertidur
B. menidur
C. meniduri
D. menidurkan
14 Rekod ___________ kelas tambahan bagi setiap minggu direkodkan oleh guru subjek
yang terlibat.
A. hadir
B. kehadiran
C. menghadiri
D. menghadirkan
15 Cikgu Nafsiah meminta murid mengutarakan ______________ masing-masing dalam
perbincangan tersebut.
A. buah hati
B. buah fikiran
C. buah tangan
D. buah penumbuk
16 Adik ___________ tangan kakak menuju ke arah penjual aiskrim yang berhenti di
hadapan rumah mereka.
A. menarik-narik
B. menolak-nolak
C. mencubit-cubit
D. mengheret-heret
17 Kanak-kanak itu _____________ mengejar satu dengan yang lain.
A. berlari-larian
B. berjerit-jeritan
C. bertolak-tolakan
D. bertepuk-tepukan
18 Jam tangan milik Datin Alya Syazana itu bersalut emas.
Perkataan seerti bagi bersalut ialah
A. berisi
B. berlapik
C. berbalut
D. bersadur
19 Laluan pintas ke kawasan perumahan itu telah dipagar oleh pihak pemaju.
Perkataan berlawan bagi pintas ialah
A. jauh
B. susur
C. utama
D. hampir
Soalan 20 – 21Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
20 Peniaga itu ibarat ________________ kerana selalu mengenakan harga yang tinggi
kepada pelanggannya.
A. anak dagang
B. lintah darat
C. bermuka dua
D. meninggi diri
21 Setibanya di rumah Pak Cik Osman, mereka _________ di kawasan pergunungan.
A. ambil berat
B. ambil angin
C. ambil ringan
D. ambil mudah
Soalan 22 – 23Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
22 I. Kakak mengusap pipinya sambil berfikir-fikir.
II. Sofia mengusap air mata yang membasahi pipinya.
III. Laila mengusap kepala adiknya yang sedang menangis.
IV. Pengintip itu mengusap masuk ke kawasan larangan polis.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
23 I. Abang merebus akar-akar kayu itu untuk dijadikan penawar.
II. Antonio merebus gulai yang telah dimasak oleh ibunya pagi tadi.
III. Mak Cik Gloria merebus beras untuk makan tengah hari nanti.
IV. Aida merebus air sebelum menyediakan minuman kepada tetamunya.
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
24 Notis gangguan bekalan elektrik telah ditampalkan di sudut info penghuni pangsapuri.
A. Apakah yang ditampalkan di sudut info penghuni pangsapuri?
B. Bilakah notis gangguan bekalan air itu ditampalkan di sudut info penghuni
pangsapuri?
C. Bagaimanakah notis gangguan bekalan elektrik dihebahkan kepada penghuni
pangsapuri?
D. Mengapakah notis gangguan bekalan elektrik ditampalkan di sudut info penghuni
pangsapuri?
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
25 Mereka telah bertolak pada petang semalam?
A. Mungkin, sebab mereka sudah tiada.
B. Tidak, mereka bertolak pada pagi tadi.
C. Entahlah. Saya tidak tahu menahu langsung.
D. Bukan, mereka telah bertolak pada petang ini.
Soalan 26 – 27Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang dberikan.
26 Sara melemparkan senyuman kepada tetamu emaknya ketika menghidangkan air
kepada mereka.
A. Tetamu mereka tersenyum ketika menghidangkan air kepada emaknya.
B. Emak Sara menerima senyuman daripadanya ketika mereka dihidangi air.
C. Emak Sara melemparkan senyuman kepada tetamunya ketika menghidangkan air
kepada mereka.
D. Semasa menghidangkan air, Sara mengukirkan senyuman kepada mereka.
27 Mata ayah semakin mengecil ketika membaca surat itu.
A. Mata ayah mengecilkan surat yang dibacanya itu.
B. Ayah mengecilkan matanya ketika membaca surat itu.
C. Surat yang dibaca oleh ayah telah mengecilkan matanya.
D. Mata ayah kian mengecil ketika cuba membaca surat tersebut.
Soalan 28 – 30Pilih ayat yang betul.
28 A. Kakak memberikan Amir bungkusan hadiah yang besar sangat.
B. Jam tangan Julia telah berhenti berdetik-detik sejak beberapa minit lalu.
C. Sebagai ketua keluarga, Abang Long tidak akan membelakang emak dalam
membuat keputusan.
D. Johan kategori sketsa bagi Konvensyen Kelab Doktor Muda dimenangkan oleh
pasukan tuan rumah.
29 I. Dania menjeling ke arah kawannya yang lalu di hadapannya.
II. Dahan pokok yang mati itu jatuh terguling apabila dipukul ribut.
III. Peti lama itu sudah terbiar kerana tidak mengetahui empunya.
IV. Jalan yang berlopak-lopak itu sedang diperbaiki oleh Jabatan Kerja Raya.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
30 I. Sayuran segar itu akan dihantar je pasar pemborong.
II. Anita menudingkan jarinya ke arah murid yang menolaknya tadi apabila ditanya.
III. Acara sukaneka terbuka bagi penonton yang hadir menjadi acara penutup
kejohanan sukan sekolah.
IV. Latihan pengukuhan yang dibekalkan kepada murid itu untuk mengetahui tahap
kefahaman mereka.
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
Soalan 31 – 35Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
31 Di mankah habitat ikan puyu?
Ikan Puyu atau nama saintifiknya Anabas testudineus merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak. Ikan ini biasanya terdapat di sawah atau tali air serta sungai kecil.
Spesies ikan ini bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair. Hal yang sedemikian kerana ada ketika tertentu pada musim hujan kebanyakannya berhijrah. Ikan ini akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain.
Ikan ini paling layak digelar spesies yang suka berhijrah. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam. Ikan puyu dewasa mampu menjangkau panjang kira-kira 25cm atau 9.8 inci.
Spesies ini hidup secara berkumpulan. Oleh sebab itu, spesies ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba dan pancingan yang keterlaluan.
Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu bahawa spesies ini mampu menghalang tuan rumah dari dipukau oleh orang yang ingin masuk ke rumah atau premis untuk mencuri. Hal ini disebabkan ikan ini dipercayai tidak tidur. Oleh sebab itu, masyarakat Melayu lama memelihara spesies ini di dalam rumah untuk tujuan itu.
(Sumber: http://www.wikipedia.com)
A. Tasik
B. Kuala
C. Perigi
D. Sungai
32 Mengapakah ikan puyu dikatakan spesies ikan air tawar yang paling lasak?
A. Mempunyai sirip yang keras
B. Mempunyai sisik yang keras
C. Mampu bertahan beberapa jam tanpa air
D. Bersisik dan bersirip serta mampu bertahan tanpa air
33 Bagaimanakah cara hidup spesies ikan puyu?
A. Sendirian
B. Berkumpulan
C. Berpuak-puak
D. Berbagai-bagai cara
34 Bilakah ikan puyu akan berhijrah?
A. Musim sejuk
B. Musim hujan
C. Musim menuai
D. Musim kemarau
35 Pilih penyataan yang benar.
A. Hanya sungai habitat ikan puyu.
B. Ikan puyu akan tidur sepanjang waktu siang agar terhindar daripada pukau.
C. Aktiviti pancingan yang melampau menjadi penyebab utama ikan puyu pupus.
D. Masyarakat Melayu mempercayai bahawa dengan memelihara ikan puyu mereka
akan terhindar daripada dipukau oleh orang yang ingin masuk ke rumah untuk
mencuri.
Soalan 36 – 40Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
36 Apakah nama pengeluar sarung tangan getah yang menaikkan harga sarung tangan
getah?
A. Tenaga Nasional Berhad
B. Top Glove Malaysia Berhad
C. Syarikat Tan Sri William Chai
D. Top Glove Corporation Berhad
37 Mengapakan harga sarung tangan getah dinaikkan oleh syarikat pengeluaran tersebut?
A. Harga getah asli mahal
B. Kenaikan tarif elektrik
C. Pelarasan gaji minimum pekerja
D. Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan
38 Berapakah kadar kenaikan harga tersebut?
A. RM0.20 bagi seribu keping
B. RM0.60 bagi seribu keping
C. RM6.00 bagi seribu keping
D. RM20 bagi seribu keping
KUALA LUMPUR 7 Jan. – Pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia, Top Glove Corporation Bhd. (Top Glove), telah menaikkan harga sarung tangan getahnya bagi menampung peningkatan kos operasi berikutan kenaikan tarif elektrik bermula 1 Januari lalu.Top Glove menaikkan harga sarung tangan getahnya sebanyak AS$0.20 (RM0.60) bagi setiap 1,000 keping.Pengerusinya, Tan Sri William Chin berkata, peningkatan tarif elektrik sebanyak 16 peratus bermula bulan ini turut memberi tekanan kepada syarikatnya bagi meningkatkan harga sarung tangan getah kepada para pelanggan.Katanya, peningkatan harga itu hanya satu sehingga dua peratus bagi produknya.“Kami terpaksa menyelaras semula harga sarung tangan getah setelah berlaku peningkatan kos operasi,” katanya.
(Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140108/ek 03/Harga-sarung-tangan-getah-meningkat#ixzz2qXDJKENu 8 Januari 2014)
39 Kadar kenaikan itu adalah sebanyak __________________.
A. satu peratus
B. satu hingga dua peratus
C. sepuluh peratus
D. beberapa peratus sahaja
40 Pilih peribahasa yang bersesuaian dengan petikan tersebut.
A. Tangkai kecut, buah pun layu
B. Diam ubi berisi, diam besi berkarat
C. Kerbau punya susu, sapi punya nama
D. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga