1
SEKAPUR SIRIH
BRIG. JEN. SR. NOOR HALIL ISMAIL (KEST)
PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Ilahi, pada kesempatan ini saya ingin
merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana diberikan kesempatan bagi
menyampaikan sepatah dua kata untuk Majlis Penutupan Komander Kesatria
Endurance Challenge (KKEC) UiTM Siri 9/2019 ini. Tahniah dan Syabas saya
ucapkan kepada Pengurusan UiTM Cawangan Johor, Unit Kokurikulum Ca-
wangan Johor, Majlis Perwakilan Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor
(MPKK), Pusat / Unit Kokurikulum seluruh sistem, Komander Kesatria UiTM dan
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan program
ini.
Penglibatan barisan Komander Kesatria ini telah membuktikan bahawa
kita semua dapat bersatu padu serta menunjukkan nilai kesukanan yang tinggi
dalam setiap acara yang dipertandingkan. Majlis dan aktiviti sehebat ini dapat
menyuntik semangat dan akan menjadi cerucuk utama pembangunan insan
bangsa dalam negara. Aktiviti lasak dan mencabar ini semestinya akan mem-
beri suntikan semangat yang luar biasa kepada setiap individu untuk terus maju
dalam membentuk jati diri yang lebih berwibawa. Dan wajarlah setiap individu
untuk tidak berputus asa dan terus gigih berusaha dalam menempuhi pelbagai
cabaran akan datang dengan mengadaptasikan segala pengalaman dan ilmu
yang dapat diperoleh selama aktiviti-aktiviti ini dijalankan.
2
Sekalung penghargaan kepada Unit Kokurikulum UiTM Cawangan
Johor dengan kerjasama Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion
VI UiTM Cawangan Johor kerana telah berjaya menghasilkankan satu
kombinasi usaha yang cukup padu daripada pelbagai pihak. Mereka telah
berganding bahu dan menggembleng tenaga dalam menjayakan Majlis
Penutupan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Siri
9/2019 ini. Usaha dan hasil yang ditonjolkan haruslah menjadi batu loncatan
untuk Komander Kesatria untuk terus menempa kejayaan pada masa akan da-
tang.
Akhir kata, diharapkan dengan berlangsungnya Komander Kesatria
Endurance Challenge (KKEC) UiTM Siri 9/2019 ini dapat memberi impak yang
positif dan menjadi titik transformasi kepada para peserta dalam men-
jayakan tugas dengan penuh amanah, bertanggungjawab dan berdisiplin.
Sekian, Terima Kasih.
3
SEULAS PINANG
BRIG. JEN. PROF. MADYA DR.
AHMAD NAQIYUDDIN BAKAR (KEST)
REKTOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN JOHOR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmatnya, Unit Kokurikulum
Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor dengan kerjasama Majlis
Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI buat sekian kalinya telah
berjaya menganjurkan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM
Siri 9/2019 pada tahun ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada barisan
jawatankuasa yang bertungkus lumus bagi menjayakan serta memastikan
pertandingan ini supaya berjalan dengan lancar. Seiring dengan misi dan
objektif pertandingan ini diadakan, iaitu bagi melahirkan komander yang berdaya
saing, semangat berpasukan yang tinggi dan kental dari segi fizikal dan mental.
Selain itu, pertandingan ini juga dapat menerapkan nilai-nilai positif
dalam diri Komander Kesatria serta dapat meningkatkan semangat kerjasama
sepasukan kerana nilai-nilai sebegini dapat membantu menaikkan lagi kemajuan
institusi mahupun dalam kemahiran dalam diri Komander Kesatria. Seterusnya,
pertandingan ini juga dapat mencungkil minat dan bakat dalam bidang
kokurikulum bahkan dalam aktiviti lasak. Moga usaha yang dilakukan ini dapat
mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang terjalin secara langsung dan tidak
langsung.
4
Akhir kata, saya berharap agar Komander Kesatria Endurance
Challenge (KKEC) UiTM Siri 9/2019 ini dapat menjadi pertandingan yang
memberi impak positif yang besar kepada semua yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam meningkatkan mutu diri secara berterusan.
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Unit Kokurikulum UiTM Cawangan
Johor dengan kerjasama Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion
VI serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Sekian, Terima Kasih.
5
SERUMPUN KATA
KOL. MOHD KHAIRUL ARIFF BIN NOH (KEST)
TIMBALAN REKTOR (HAL EHWAL PELAJAR)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnia serta
rahmat Nya saya diberikan peluang untuk memberikan sepatah dua kata untuk
Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Siri 9/2019. Pertama
sekali saya ingin merakamkan setinggi-setinggi penghargaan dan tahniah kepa-
da Unit Kokurikulum Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor dengan ker-
jasama Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI kerana berja-
ya menganjurkan pertandingan ini pada 1 Ogos 2019 sehingga 6 Ogos 2019.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada komander kesatria sekalian kerana
telah berjaya menamatkan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC)
Siri 9/2019 yang telah berlangsung selama 6 hari di Universiti Teknologi MARA
Cawangan Johor Kampus Segamat.
Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk melahirkan Kesatria
Komander yang berdaya saing, semangat berpasukan dan kental dari segi
fizikal dan mental. Seterusnya, dengan wujudnya semangat berpasukan yang
tinggi dalam kalangan para Komander Kesatria, segala agihan kerja dapat
diselesaikan dalam waktu yang singkat sekaligus dapat menjimatkan
pengunaan masa. Selain itu, dengan menyertai pertandingan ini Komander
Kesatria dapat meningkatkan lagi ketahanan mental serta fizikal dan secara
tidak langsung akan melahirkan semangat berdaya saing yang sihat dalam
menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang insan.Ia juga dapat
membantu Komander Kesatria bagi menentukan hala tuju serta masa hadapan
6
mereka dengan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan, pengalaman dan
kemahiran yang mengandungi unsur kesetiaan kepada bangsa dan negara.
Saya berharap agar para Komander Kesatria sama-sama menghayati dan
mengamalkan nilai - nilai mahmudah ini untuk membangunkan bangsa, agama
dan negara untuk menjadi lebih maju pada masa yang akan datang.
Akhirulkalam, semoga Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC)
UiTM Siri 9/2019 kali ini dapat memberi impak yang positif dan transformasi
kepada para Komander Kesatria dalam melaksanakan tugas dengan penuh
amanah dan berdedikasi.
.
Sekian Terima Kasih.
7
PENDAHULUAN
Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) adalah program yang
dilaksanakan oleh Unit Kokurikulum dengan kerjasama Majlis Perwakilan
Komander Kesatria (MPKK). Program KKEC ini merupakan siri ke-9 dan
diadakan di Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat.
Program ini melibatkan sebanyak 17 buah kampus UiTM yang disertai oleh
Komander Kesatria. Program ini menggalakkan Komander Kesatria untuk
bergiat aktif dan menyemai semangat kesukanan antara mereka.
Selain itu, program ini juga adalah bertujuan untuk melahirkan Komander
Kesatria yang berdaya saing dan mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan
juga mental. Program ini sememangnya dapat menjadikan seseorang itu lebih
efisien dari segi pembahagian masa untuk kurikulum dan kokurikulum. Para
atlet juga perlu membahagikan masa dengan baik supaya akademik dan sukan
seimbang seterusnya dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Acara yang dipertandingkan dalam program ini adalah Kawad Formasi,
Jalan Lasak, Tempur Tanpa Senjata, Rempuh Halangan, e-Sport, Duathlon,
Orienteering, dan Merdeka Nature Run. Universiti Teknologi MARA Cawangan
Johor Kampus Segamat telah membuka peluang bukan sahaja kepada pelajar
UiTM se-Malaysia malahan juga kepada orang awam untuk menyertai program
Merdeka Nature Run. Program ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu 3KM,
6KM dan 12KM. Ganjaran bagi pemenang untuk acara ini dalam kategori
12KM ialah hadiah wang tunai berjumlah RM500.00, RM300.00 dan
RM200.00.
Akhir kata, diharapkan agar program ini dapat memberikan implikasi yang
positif dan juga pengalaman yang begitu berharga kepada semua.
8
ATURCARA MAJLIS PENUTUPAN KOMANDER
KESATRIA ENDURANCE CHALLENGE (KKEC) UiTM
SIRI 9/2019
8.30 malam : Peserta Berkumpul di DST
8.45 malam : Ketibaan VIP
9.00 malam : Ketibaan Perasmi
9.05 malam : Nyanyian Lagu:
-Bangsa Johor
-Negaraku
-Wawasan Setia Warga UiTM
9.15 malam : Tayangan Montaj
9.25 malam : Bacaan Doa
9.30 malam : Ucapan Aluan
9.35 malam : Ucapan Perasmian Majlis Penutupan
9.45 malam : Majlis Makan Malam
-Persembahan luar
10.30 malam : Penyampaian Hadiah Kepada Peserta
10.55 malam : Penyampaian Hadiah kepada Pereka Celoreng Kesatria
11.00 malam : Penyampaian Cenderahati kepada Setiap Kampus
11.20 malam : Penyampaian Cenderahati kepada Perasmi
11.25 malam : Penyampaian Bendera Kejohanan Kepada Tuan
Rumah KKEC Siri 10/2020
11.30 malam : Nyanyian Lagu
-Darah Satria
-UiTM Dihatiku
11.35 malam : Majlis Bersurai
9
JAWATANKUASA INDUK KOMANDER KESATRIA ENDURANCE CHALLENGE (KKEC) UiTM SIRI
9/2019
PENAUNG YBhg. Lt. Jen. Prof. Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim (KEST)
Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
PENASIHAT YBhg. Mej. Jen. Prof. Dr. Hj. Azizan Abdullah (KEST)
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Teknologi MARA
PENASIHAT BERSAMA YBhg. Brig. Jen. Prof. Madya Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar (KEST)
Rektor Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
YBhg. Brig. Jen. Sr. Noor Halil Ismail (KEST)
Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Teknologi MARA Shah Alam
PENGERUSI YBhg. Kol. Mohd Khairul Ariff bin Noh (KEST)
Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
SETIAUSAHA YBhg. Lt. Kol. Mior Hishamuddin bin Ariffin (KEST)
Timbalan Pendaftar Kanan Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
BENDAHARI YBhg. Puan Rosnani binti Abd Razak
Timbalan Bendahari Kanan Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
10
JAWATANKUASA PELAKSANA KOMANDER KESATRIA ENDURANCE CHALLENGE (KKEC) UiTM SIRI
9/2019
PENGERUSI Kol. Noor Afzan bin Zakaria (KEST)
Timbalan Ketua Pegawai Kokurikulum Universiti Teknologi MARA Shah Alam
TIMBALAN PENGERUSI 1 Kol. Mohd Azmil bin Alias (KEST)
Timbalan Ketua Pegawai Kokurikulum Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak
TIMBALAN PENGERUSI 2 Lt. Kol. Ujud bin Pabil (KEST) Pegawai Kokurikulum Kanan
Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat
SETIAUSAHA Puan Siti Nor Hadijah binti Md Supaat
Penolong Pendaftar Kanan (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat
NAIB SETIAUSAHA 1 Kapt. Norsyidah binti Mahmat Sani (KEST)
Penolong Pegawai Kokurikulum Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat
NAIB SETIAUSAHA 2 Kapt. Muhammad Syafiq bin Mohd Nor (KEST)
Penolong Pegawai Kokurikulum Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang
11
MULTIMEDIA DAN TEKNIKAL Puan Mimi Hasliah binti Mohd Shahari Pegawai Teknologi Maklumat Kanan
Staf Unit Teknologi Maklumat
Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat
PERUBATAN Dr. Mohamad Ali bin Talib
Pegawai Perubatan
Staf Unit Kesihatan Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat
Sukarelawan Bulan Sabit Merah Malaysia UiTM Cawangan Johor
Kampus Segamat
LOGISTIK DAN PERSIAPAN TEMPAT Lt. Kol. (K) Ahmad Shahrizan bin Mohamed Esman (KEST)
Timbalan Pengarah Pengurusan Fasiliti & ICT
Encik Aizuddin bin Juhari Pembantu Operasi Unit Kokurikulum
Staf Bahagian Pengurusan Fasiliti & ICT
Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat
PENDAFTARAN DAN PENGINAPAN KOLEJ Puan Zalina binti Hitam
Pengurus Asrama Kanan
Staf Kolej Kediaman A, B, C dan NR Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat
Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor
12
KESELAMATAN ASP/PB Mohd Faiezal bin Bharum
Pegawai Keselamatan Kanan
Staf Pejabat Polis Bantuan Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat
PENGANGKUTAN Encik Mohd Zafifi bin Muslim
Kerani Kanan Pejabat Pentadbiran
Staf Unit Kenderaan Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat
MULTIMEDIA DAN GRAFIK Mej. (K) Nor Ezan bin Omar (KEST)
Koordinator Komunikasi Korporat & Media
Staf Unit Komunikasi Korporat & Media Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat
BUKU PROGRAM, HADIAH DAN CENDERAHATI Kapt. Norsyidah binti Mahmat Sani (KEST)
Penolong Pegawai Kokurikulum
Puan Sarina binti Kudin Kerani Unit Kebudayaan
Puan Roha binti Mohamed Noah
Pensyarah Kanan
Puan Nurul Aien binti Abd Aziz Pensyarah
Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor
13
MAJLIS PERASMIAN DAN MAJLIS PENUTUPAN Lt. Kol. Ujud bin Pabil (KEST) Pegawai Kokurikulum Kanan
Encik Ahmad Akmal bin Mohd Idris
Pustakawan Kanan
Cik Siti Sakinah binti Ismail Pegawai Belia & Sukan
Kapt. Muhammad Syafiq bin Mohd Nor (KEST)
Penolong Pegawai Kokurikulum Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang
Lt. Sapura binti Abd Rahman (KEST)
Pembantu Kokurikulum Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang
Staf Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) dan Staf Unit Sukan
Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat
Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor
JAMUAN MAKAN MAJLIS PERASMIAN DAN MAJLIS PENUTUPAN Mej. (K) Azmi bin Mohamed (KEST)
Pengurus Asrama Kanan
Staf Kolej Kediaman A dan NR Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat
TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN DAN MAJLIS PENUTUPAN Cik Wan Noradila binti Wan Mohd Zain
Pegawai Psikologi Kanan
Staf Unit Kerjaya dan Kaunseling Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat
14
KEROHANIAN Ustaz Rafiuddin bin Mohd Yusof Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan
Staf Unit Hal Ehwal Islam
Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat
PERSEMBAHAN DAN KEBUDAYAAN Encik Nazarudin bin Zakaria
Penolong Pegawai Kebudayaan Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat
Pelajar Kebudayaan
Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat
PENGADILAN DAN BANTAHAN Lt. Kol. Hadijah binti Salleh (KEST)
Pegawai Kokurikulum Kanan Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak Kampus Tapah
Lt. Kol. Muhammad Syuhairi bin Zakaria (KEST)
Pegawai Kokurikulum Kanan Universiti Teknologi MARA Shah Alam
Lt. Kol. (K) Syazali Effendi bin A. Wahab
Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat
Mej. Ahmad Zuhaili bin Abdullah (KEST)
Pegawai Kokurikulum Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka Kampus Jasin
Mej. Mohd Khairun Hafizan bin Yusof (KEST)
Pegawai Kokurikulum Kokurikulum Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu
Kapt. Al-Ariff Johan bin Mohd Sabri (KEST)
Penolong Pegawai Kokurikulum Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau
Top Related