MODUL ANTI BULI SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2005
LATARBELAKANG:
DEFINISI:
Mengikut Kamus Dewan BULI ialah perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. Manakala MEMBULI ialah mempermain-main orang biasanya orang yang lemah dengan tujuan untuk menggertak atau menakutkan orang yang berkenaan.
DEFINISI OPERASIONAL:
Buli ialah perbuatan negatif yang berbentuk agresif dan bukan agresif seperti mendera, memukul, mengejek, mempersenda, memaksa atau mengugut sama ada secara fizikal, psikologikal, emosi dan mental oleh seseorang atau berkumpulan terhadap seseorang atau kumpulan di dalam dan di luar kawasan sekolah. Perbuatan tersebut dilakukan secara berulang-ulang atau berterusan kepada mangsa yang tiada daya melawan dan tanpa kerelaan.
MATLAMAT:
Memberi kefahaman dan kesedaran kepada warga sekolah dan masyarakat tentang perlakuan buli dan kesannya, seterusnya membendung gejala buli di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah.
OBJEKTIF:
1. Memberi kefahaman dan kesedaran kepada warga sekolah dan masyarakat tentang gejala buli.
2. Mengklasifikasikan jenis-jenis salahlaku yang boleh ditafsirkan sebagai perbuatan buli.
3. Menjadi panduan pelaksanaan program pencegahan dan pemulihan salah laku buli.
4. Menjadi panduan pihak sekolah dalam membina dan menguatkuasa peraturan sekolah berkaitan buli.
KUMPULAN SASARAN:
1. Semua pelajar menengah rendah dan menengah atas.2. Guru-guru dan kakitangan sekolah.3. Pihak pengurusan sekolah.4. Ibu bapa.5. Masyarakat.
STRATEGI:
1. Memberi maklumat tentang buli kepada semua warga sekolah dan masyarakat.2. Melibatkan semua warga sekolah dalam program anti buli.3. Melibatkan agensi luar yang berkaitan seperti polis, NGO, pemimpin masyarakat
dan lain-lain.4. Mempelbagaikan aktiviti anti buli.5. Pendekatan agama/moral.6. Kursus, latihan dan bengkel kepada pelajar berisiko membuli dan berisiko dibuli.7. Membuat penilaian dengan membina instrumen yang sesuai.
KAJIAN-KAJIAN LEPAS:
1. Profesor Datin Dr. Noran Fauziah binti Yaakob – UPSI.2. Dr. Hasmah – UUM.3. Profesor Madya Syed Shafiq Al-Habshi – UTM.
JENIS-JENIS BULI:
1. Fizikal Pukul tumbuk tendang tolak/tarik tampar cubit pulas telinga tindih menghimpit peteh/cas keting/pentes sekeh/luku/ketuk cekik
Perbuatan tersebut dilakukan secara berulang-ulang atau berterusan kepada mangsa yang tiada daya melawan dan tanpa kerelaan.
2. Bahasa Ejekan, panggilan/gelaran yang mengaibkan fitnah. mencarut/memaki/menghina/mengherdik/mempersenda
Perbuatan tersebut dilakukan secara berulang-ulang atau berterusan kepada mangsa yang tiada daya melawan dan tanpa kerelaan.
3. Isyarat jelir lidah bahasa badan jegil mata isyarat lucah mengenyit mata
Perbuatan tersebut dilakukan secara berulang-ulang atau berterusan kepada mangsa yang tiada daya melawan dan tanpa kerelaan.
4. Peras ugut minta duit suruh buat kerja/ kerja rumah minta barang minta menjelaskan bayaran (makanan,minuman,alat tulis dll) sembunyikan barang ugutan merahsiakan perbuatan salah laku dan seumpamanya memaksa melakukan salah laku meminjam barangan tanpa memulangkannya orang suruhan.
Perbuatan tersebut dilakukan secara berulang-ulang atau berterusan kepada mangsa yang tiada daya melawan dan tanpa kerelaan.
5. Memulau sengaja tidak dimasukkan ke dalam kumpulan tidak diberikan kemudahan yang sepatutnya tidak diberikan kerjasama tidak suka pelajar yang ikut peraturan (‘skema’ ).
Perbuatan tersebut dilakukan secara berulang-ulang atau berterusan kepada mangsa yang tiada daya melawan dan tanpa kerelaan.
FAKTOR-FAKTOR BULI:
1. Keluarga Kurang kasih sayang. Hukuman fizikal Gaya hidup - tingkah laku kasar Kurang didikan dan penghayatan agama / moral
2. Persekitaran
Mahu pengiktirafan rakan sebaya. Mendapat perhatian masyarakat, ibu bapa dan guru.
3. Sekolah Mangsa adalah golongan terpinggir atau terasing dari rakan sebaya. Iklim sekolah. Pengurusan sekolah kurang cekap dan tidak telus.
4. Individu Saiz badan Perasaan rendah diri dan bangga diri. Dendam kerana pernah dibuli. Kecelaruan gender Konsep kendiri yang rendah. Kecacatan. Gila ‘glamour’.
5. Pengaruh media rancangan bercorak keganasan. bahan negatif melalui internet. media cetak yang negatif seperti komik, majalah, akhbar tabloid,bahan
bacaan porno,picisan dan lain-lain. permainan video.
CADANGAN JAWATANKUASA INDUK PELAKSANAAN GERAKAN ANTI BULI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH
Penasihat : Tuan Pengetua Pengerusi : Penolong KananNaib Pengerusi I : Penolong Kanan HEMNaib Pengerusi II : Penolong Kanan Ko KurikulumSetiausaha : Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh MasaPen. Setiausaha : Ketua Guru DisiplinBendahari :AJK : Semua Guru Kanan / Ketua Bidang
: AJK PIBG: Penyelaras Tingkatan: AJK Badan Disiplin: AJK Unit Bimbingan dan Kaunseling: AJK Bina Insan: AJK Kerohanian Sekolah
CADANGAN PROGRAM ANTI BULI:
Tahap 1: Pengenalan.1. Pelancaran Kempen Anti Buli2. Program Sehari Selembar Benang.3. Program Tautan Kasih.
Tahap 2 : Pencegahan.
1. Program Sepakat Membawa Berkat2. Program Menjana Kreativiti3. Program Apresiasi Kendiri.4. Program Kasih Bersemi.5. Sistem aduan.
Tahap 3 : Pemulihan.
1. Perkhemahan Menggilap Mutiara2. Perkhemahan Tautan Kasih
1. PELANCARAN KEMPEN ANTI BULI
Pengenalan
Prinsip bahawa seseorang pelajar itu adalah seorang manusia yang mempunyai rasa
hati, maruah, pemikiran dan haknya sendiri yang perlu dihormati oleh sesama pelajar.
Justeru itu, institusi sekolah merupakan suatu platform bagi merealisasikan nilai di atas
seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Objektif
1. Memberi dan mewujudkan kesedaran tentang gejala buli.
2. Memupuk sifat kasih sayang sesama pelajar, guru-guru dan semua warga
sekolah.
Kumpulan Sasaran
Semua warga sekolah
Tempoh Masa
Perhimpunan khas yang diambil daripada slot perhimpunan mingguan
Tempat
Dewan sekolah atau medan perhimpunan
Bahan/Alatan
1. Banner ( di pagar sekolah )
2. Back drop ( di pentas )
3. Hand out ( lirik ) bertemakan kasih sayang
4. Komputer dan LCD
5. Poster
Kos
Bil Item Kuantiti Kos/Unit Jumlah
1. Kain rentang 1 RM100.00 RM100.00
2. Back drop 1 RM 100.00 RM 100.00
3. Minuman
- VIP & guru
- Pelajar
4. Hand out
JUMLAH
Personalia
Jawatankuasa Induk
Pengerusi 1 : Pengetua
Pengerusi 11 : YDP PIBG
Timbalan Pengerusi : PK HEM
PK Pentadbiran
PK Kokurikulum
Naib Pengerusi : Penyelia Petang
Guru-guru Kanan
Penyelaras : Kaunselor Pelajar
Setiausaha : Guru Disiplin
AJK : Penghulu
Imam
Ketua-ketua masyarakat
Pegawai Perhubungan Sekolah (Polis)
Guru-guru
Jawatankuasa Kecil
1. JK Sambutan
2. JK Publisiti & Siaraya
3. JK Program & Jemputan
4. JK Keselamatan
5. JK Persembahan
6. JK Persegaran
Jadual Pelaksanaan / Tentatif
7.30 pg : Semua pelajar dan guru-guru berkumpul di dewan/medan perhimpunan
7.35 pg : Ketibaan para jemputan
: Bacaan doa
7.40 pg : Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan lagu Sekolah
7.50 pg : Persembahan video klip bertemakan kasih sayang
: Ucapan alu-aluan Pengetua
: Perasmian
: Nyanyian lagu-lagu bertemakan kasih sayang
: Ikrar pelajar
: Bersurai
* Juga boleh diadakan pameran bertemakan kasih sayang / anti buli
Nilai
- Kasih sayang
Kesedaran tentang keburukan buli
Tajuk 2 : Program “Sehari Selembar Benang”
Pengenalan : Kes disiplin khususnya buli bukan dibincangkan sahaja di Peringkat sekolah,bahkan di peringkat Negara. Sehubungan itu, pelajar harus diberi pendedahan salah laku buli secara serius, berterusan dan penglibatan yang menyeluruh oleh semua warga sekolah.
Objektif : Pada akhir modul ini pelajar akan dapat :
i. Maklumat tentang salah laku buli di kalangan pelajar.ii. Mengetahui ciri-ciri pelajar yang bersahsiah baik.iii. Menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang negatif
Yang menjurus kearah buli 4. Berkasih sayang di antara pelajar.
Kumpulan : Semua pelajarsasaran
Masa : Sebulan sekali (10 minit)
Tempat : Tapak perhimpunan/radio sekolah/kelas
Bahan : 1. Isu-isu semasa dari akhbar dan media berkaitan kes buli 2. Tayangan video 3. Edaran berkaitan buli a. Definisi buli b. Jenis-jenis buli c. Faktor/Punca membuli
d. Bagaimana membantu pembuli e. Bagaimana membantu mangsa buli
Personalia : 1. Guru bertugas mingguan 2.Guru Kaunselor/Guru Disiplin/Ketua Waden
3.PK HEM 4. Pemimpin Pelajar
Nilai : Kasih sayang, tolong menolong,kerja sama, hormat menghormati Dan ukhwah
Aktiviti :
Langkah 1 : Semua pelaja berkumpul di tapak perhimpunan dua minggu Sekali.
Langkah 2 : Personalia menyampaikan maklumat berkaitan buli kepada pelajar.
Langkah 3 : Pelajar membuat catatan dan beberapa orang pelajar diminta Memaparkan catatan mereka di papan kenyataan disiplin.
Falsafah : Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali.
Tajuk 3 : Program Tautan Kasih
1. Pengenalan
Kasih sayang merupakan asas untuk membentuk peribadi mulia seorang insan. Pengisian ceramah berorientasikan kepada kasih sayang kepada Tuhan, ibu bapa, guru dan rakan sebaya.
2. Objektif
Melahirkan warga sekolah yang memiliki sifat kasih sayang kepada Tuhan, ibu bapa, guru dan rakan sebaya.
3. Kumpulan Sasaran
Pelajar menengah rendah dan menengah atas
4. Masa
1 jam 30 minit (90 minit)
5. Tempat
Dewan Sekolah
6. Bahan
LCD, Lap Top dan PA sistem
7. Kos
RM 180.00 ( Jika Penceramah Jemputan)
8. Personalia
HEM / Kaunselor / Guru Disiplin
9. Nilai
Kasih sayang dan hormat menghormati
10. Aktiviti
Ceramah dan Bengkel
11. Pengisian
Langkah 1.
Memberi kefahaman tentang kasih sayang yang sejati. Menerangkan sifat-sifat manusia :-
a) baik hatib) jujurc) mesrad) penyayange) ego / sombong
Langkah 2.
Menyanyikan lagu kasih sayang ( Kumpulan Raihan)
Langkah 3.
Penceramah mengulas tentang lirik lagu dan kaitkan dengan sifat manusia
Langkah 4.
Minta peserta bersalam dengan rakan seramai yang boleh. Jika belum kenal, peserta diminta berkenalan sekurang-kurangnya nama dan tingkatan.
Langkah 5.
Minta pelajar berada dalam kumpulan kecil yang mengandungi 5 hingga 10 orang pelajar. Kenal rakan secara lebih dekat:-
i) nama panggilan di rumahii) tarikh lahiriii) hobiiv) makanan kegemaranv) warna kegemaran
Langkah 6.
Menghuraikan konsep kasih sayang:-i) Kasih sayang kepada Tuhan
a. Syukurb. Cari redha ibu bapac. Taat dan patuh perintah agama
ii) Kasih sayang kepada ibu bapaa. Hormat b. Taat dan patuh
c. Berbakti kepada ibu bapad. Gembirakan hati ibu bapa
iii) Kepada gurua. Belajar bersungguh-sungguhb. Hormat
iv) Rakan a. Hormat hak rakanb. Terima rakan tanpa syaratc. Terima keunikan rakan
Langkah 7.
Kesimpulan mengenai pentingnya kasih sayang dalam kehidupan.
Penutup : Nyanyian lagu kasih sayang beramai-ramai.
12. Falsafah
Setiap insan ingin disayangi dan menyayangi.
Tajuk 4 : Sepakat Membawa Berkat .
Pengenalan : Dalam usaha menangani gejala buli perlu kepada kerjasama semua pihak. Pembabitan agensi-agensi luar dalam usaha ini akan sedikit sebanyak dapat mengurangkan gejala ini daripada terus daripada terus berleluasa, khususnya di dalam dan di luar kawasan sekolah.
Objektif : Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat :
1. Mengetahui peraturan-peraturan/ undang-undang pihak berkuasa bagi mencegahgejala salah laku di kalangan remaja. 2. Maklumat tentang peranan agensi-agensi luar dalam usaha menangani gejala salahlaku dikalangan remaja. 3.Mengelakkan diri daripada melakukan gejala salahlaku yang
bertentangan dengan undang-undang negara dan agama
Kumpulan Sasar : Semua pelajar.
Masa : 1 jam bagi setiap slot/ agensi (ceramah). 1 jam setengah (forum).
Tempat : Dewan sekolah.
Bahan : Edaran/ pameran daripada agensi berkenaan. Borang kuiz/ borang laporan berita.
Kos : RM 500 (cenderamata ).
Personalia : 1. Pegawai penerangan agensi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia . 2. Pegawai perhubungan polis. 3. Pegawai Jabatan Agama Daerah/ Negeri. 4. Pemimpin pelajar (aktiviti forum). 5. Pengurusan sekolah/guru disiplin/ kaunselor (aktiviti forum). Nilai : Bertanggungjawab, patuh kepada agama/ undang-undang negara, Kasih-sayang, hormat-menghormati.
Aktiviti :
Langkah 1 : (Sebelum program). 1. Tubuh jawatankuasa kerja.
2. Menghantar surat jemputan ceramah/ pameran kepada agensi- agensi berkaitan dalam tempoh masa dua bulan sebelum program diadakan. 3. Dapatkan jawapan bertulis daripada agensi yang telah dijemput sekurang-kurangnya dua minggu sebelum hari program berlangsung. 4. Memaklumkan kepada warga sekolah berkenaan program yang akan diadakan dalam tempoh terdekat. 5. Memaklumkan kepada pelajar supaya membuat catatan tentang maklumat ceramah/ forum yang disampaikan. 6. Maklumat tersebut akan digunakan untuk sesi kuiz atau penulisan berita yang akan diselaraskan oleh pihak urusetia.
Langkah 2 : (Semasa Program): 1. Ceramah/ forum. 2. Selepas ceramah/ semasa forum, adakan sesi soaljawab. 3. Melawat pameran. 4. Pelajar membuat catatan.
Langkah 3 : (Selepas Program).
1. Edaran soalan kuiz/ borang penulisan berita kepada pelajar. 2. Pelajar diminta menghantar jawapan soalan kuiz/ penulisan berita kepada urusetia. 3. Urusetia bertanggungjawab menentukan pemenang dan menyediakan hadiah. 4. Urusetia bertanggungjawab menguruskan majlis penyampaian hadiah. 5. Pemenang penulisan berita dikehendaki membaca laporannya dalam majlis tersebut.
Falsafah : Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Tajuk 5 : Menjana Kreativiti
Pengenalan
Program ini merupakan suatu medium untuk mengetengahkan kepentingan elemen kasih
sayang dalam kehidupan seharian pelajar.
.
Objektif
1. Memberi pemahaman tentang kepentingan sifat kasih saying antara pelajar.
2. Menerapkan perasaan kasih sayang sesama pelajar..
Kumpulan Sasaran
Semua pelajar ( Penyertaan ; individu/ berkumpulan )
Tempoh Masa
1 bulan
Syarat-Syarat Pertandingan
1. Terbuka kepada semua pelajar
2. Hasil ciptaan adalah asli
3. Tempoh sesuatu clip video itu mestilah tidak kurang 15 minit .
4. Klip video hendaklah dihantar dalam bentuk CD.
5. Setiap pelajar boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
6. Penyertaan boleh dibuat secara individu atau berkumpulan
7. Hadiah akan diberikan kepada pemenang tempat pertama, kedua, ketiga dan lima
pemenang saguhati.
8. Penyertaan hendaklah dihantarkan kepada urusetia pertandingan selewat-lewatnya
pada pukul 1.00 tengah hari pada ____________ .
9. Keputusan jemaah hakim adalah muktamad.
Kos
Bil Item Kuantiti Kos/Unit Jumlah
1. Hadiah Tempat Pertama 1 RM100.00 RM100.00
2. Hadiah Tempat Kedua 1 RM 75.00 RM 75.00
3. Hadiah Tempat Ketiga 1 RM 50.00 RM 50.00
4. Hadiah Saguhati 5 RM 30.00 RM150.00
JUMLAH RM375.00
Hasil Ciptaan Pemenang Pertandingan akan ditayangkan kepada semua pelajar semasa
perhimpunan.
Personalia
Jemaah Hakim
Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : PK HEM
PK Pentadbiran
PK Kokurikulum
Naib Pengerusi : Penyelia Petang
Guru-guru Kanan
Penyelaras : Kaunselor Pelajar
Setiausaha : Guru Panitia Pendidikan Seni
AJK : Kaunselor
: Guru-Guru disiplin
: Guru-Guru lain ( ICT / media/majalah )
Nilai
- Kasih sayang
- Kesedaran tentang keburukan buli
- Penggunaan teknologi
- Mengembangkan kreativiti
- Memupuk semangat kerjasama
Falsafah
Mengembangkan potensi diri setiap pelajar ke arah penggunaan ICT untuk tujuan yang positif.
Tajuk 6 : APRESIASI KENDIRI
1. Pengenalan:
Jiwa seni yang terdapat dalam diri pelajar mestilah dilahirkan dan dizahirkan agar mereka dapat berkembang secara sihat dan seimbang. Pemupukan dan perkembangan bakat pelajar adalah menepati falsafah pendidikan negara agar mereka menjadi insan yang seimbang dalam semua aspek. Memberi peluang pelajar menunjuk dan memperkembangkan bakat mereka dengan menyertai pertandingan melodrama dan sketsa adalah merupakan satu usaha yang perlu mendapat sokongan semua pihak.
2 Objektif:
2.1 Memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan dan mengasah bakat dengan cara terkawal.
2.2 Memberi peluang lepada pelajar untuk meluahkan tenaga dan perasaan secara berpandu dan terkawal.
2.3 Meningkatkan jati diri pelajar.2.4 Memupuk rasa saling bekerjasama, sayang menyayangi antara satu sama lain.2.5 Menerima dan mengiktiraf kelebihan dan keistimewaan orang lain.
3.0 Kumpulan sasaran:
Terbuka kepada semua pelajar
4.0 Tarikh /Masa:
4.1 Persediaan : Satu Bulan4.2 Pertandingan : Dua hari.
5.0 Tempat lawatan
Dewan sekolah
6.0 Bahan:
6.1 Hadiah dan lain-lain yang bersesuaian.
7.0 Kos:
7.1 Anggaran Perbelanjaan
7.1.1. Hadiah RM500.007.1.2. Cenderamata hakim RM200.00
Jumlah RM700.007.2 Anggaran Pendapatan
7.2.1 Peruntukan Panitia dan Kelab RM 700.00
Jumlah RM 700.00
8.0 Personalia:
8.1 Guru Panitia Bahasa Melayu8.2 Guru Penasihat Kelab Kebudayaan dan Kesenian8.3 Guru Bimbingan dan Kaunseling. ( Jawatankuasa khas perlu dibentuk untuk menguruskan program ini )
9.0 Nilai:
9.1 Persaingan yang sihat menjana kemajuan.9.2 Bersedia menerima kekalahan dan kelemahan adalah satu penghormatan.9.3 Daya juang dan daya saing yang tinggi menjamin kejayaan.9.4 Memantapkan semangat kekitaan
10.0 Aktiviti 10.1 Pertandingan melodrama antara kelas bertemakan `anti buli’ 10.2 Pertandingan sketsa antara kelab bertemakan `anti buli’ 10.3 Tema pertandingan ialah `Pelajar Ceria ’
11.0 Prosedur pelaksanaan:
11.1 Perbincangan dan kelulusan oleh pihak pengurusan sekolah.11.2 Penyediaan kertas cadangan.11.3 Pembentukan dan mesyuarat ahli jawatankuasa.11.4 Taklimat pertandingan.11.5 Pembentukan kumpulan dan penyertaan.11.6 Latihan dan pemantauan oleh jawatankuasa.11.7 Pelantikan hakim.11.8 Pertandingan (saringan diadakan terlebih dahulu jika perlu).11.9 Penilaian dan pelaporan.
12.0 Falsafah:
12.1 Keseimbangan potensi jasmani, rohani, emosi dan intelek melahirkan insan terbilang12.2 Bersetiakawan, bagai aur dan tebing, bukan seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Tajuk 7 : PROGRAM KASIH BERSEMI
1. Pengenalan:
Pemupukan kasih sayang merupakan elemen penting dalam mewujudkan masyarakat penyayang di kalangan pelajar. Usaha yang berterusan perlu digembeling oleh semua pihak bagi memastikan pelajar terdidik dalam suasana kasih sayang. Justeru, program lawatan seumpama ini amat sesuai dirancang dan dilaksanakan.
2.0 Objektif:
2.1 Melahirkan insan yang prihatin dan mengambil berat antara satu sama lain.
2.2 Mempertingkatkan keinsafan dan kesedaran di kalangan pelajar bahawa manusia saling perlu memerlukan antara satu sama lain.
2.3 Menggalakan pelajar supaya sentiasa bersyukur.2.4 Mengoptimumkan konsep kendiri dan harga diri pelajar.
3.0 Kumpulan sasaran:
40 orang pelajar
4.0 Tarikh /Masa:
4.1 Semester kedua.4.2 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
5.0 Tempat lawatan (rujuk jadual lawatan)
6.0 Bahan:
6.1 Cenderamata, sumbangan, hadiah dan lain-lain yang bersesuaian.6.2 Buku laporan lawatan/format laporan.
7.0 Kos:
7.1 Anggaran Perbelanjaan
7.1.1. Sewaan bas RM500.007.1.2. Cenderamata RM200.007.1.3. Makan minum RM300.00
Jumlah RM1000.00
7.2 Anggaran Pendapatan7.2.1 Peruntukan Unit B & K RM 1000.00
Jumlah RM 1000.00
8.0 Personalia:
Guru Tingkatan.Guru Penasihat Kelab Rekreasi,Kelab PencegahanJenayahGuru Bina Insan.Guru Bimbingan dan Kaunseling.( Jawatankuasa khas perlu dibentuk untuk menguruskan lawatan ini )
9.0 Nilai:
9.1 Kasih sayang terhadap sesama insan.9.2 Kesyukuran di atas kesempurnaan diri.9.3 Hormat menghormati sesama insan.9.4 Mempertingkatkan konsep kendiri dan harga diri.9.5 Belas kasihan dan simpati kepada orang yang di dalam kesusahan dan kekurangan.
10.0 Aktiviti (rujuk jadual lawatan)
11.0 Prosedur pelaksanaan:
11.1 Perbincangan dan kelulusan oleh pihak pengurusan sekolah.11.2 Penyediaan kertas cadangan.11.3 Pembentukan dan mesyuarat ahli jawatankuasa.11.4 Pemilihan peserta lawatan.11.5 Mengenalpasti, menghubungi dan mendapat kelulusan tempat lawatan.11.6 Menguruskan perkara yang berkaitan dengan kebenaran menyertai lawatan bagi pelajar-pelajar.11.7 Pelaksanaan program lawatan.
11.8 Menyediakan dokumentasi.11.9 Penilaian.
12.0 Falsafah:
12.1 Kasih sayang teras pembangunan insan.12.2 Kasih sayang adalah milik semua.
Lampiran Jadual Lawatan
7.30 pagi - Peserta lawatan berkumpul- Taklimat lawatan oleh guru penyelaras lawatan
8.00 pagi - Bergerak ke Destinasi 18.30 pagi - Di jangka tiba di Destasi 1
Cadangan Destinasi ; Wad Kanak-Kanak Spastik- Taklimat oleh Pihak Hospital- Melawat Wad dan Berinteraksi serta menyampaikan
cenderamata10.30 pagi - Bergerak ke Destinasi 211.00 pagi - Dijangka tiba di Destinasi 2
Cadangan Destinasi : Rumah Anak Yatim- Taklimat oleh Pihak Pengurusan Rumah Anak Yatim- Bicara Mesra bersama anak-anak yatim- Penyampaian cenderamata
12.30 t/hari - Bergerak ke Taman Rekreasi - Makan tengah hari / solat dan rehat
2.00 petang - Bergerak ke Destinasi 3- Cadangan Destinasi : Rumah Warga Emas
2.30 petang - Dijangka tiba ke Destinasi - Taklimat oleh pengurusan rumah warga emas- Persembahan oleh peserta untuk warga emas- Mengadakan gotong royong membersih kawasan- Minum petang bersama warga emas
4.30 petang - Refleksi aktiviti lawatan 5.30 petang - Bertolak pulang ke sekolah
Tajuk 8 : Sistem Aduan
Pengenalan: Komunikasi merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia. Berkomunikasi dapat memberi peluang pelajar untuk menyampaikan maklumat kepada pihak lain. Terdapat situasi di mana pelajar memerlukan media untuk menyampaikan maklumat untuk mendapatkan bantuan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Justeru, sistem aduan yang dicadangkan diharapkan dapat membantu pelajar.
Objektif : Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat :
a. Melaporkan kes buli melalui saluran yang betul dan sah.b. Mengurangkan kes salahlaku buli di kalangan pelajar.
Kumpulan sasaran : Mangsa buli, PRS, pengawas sekolah, guru, pekerja dan pelajar prihatin.
Masa : Sepanjang masa persekolahan.
Tempat : Strategik dan sesuai
Bahan : Kotak dan borang aduan buli.
Kos : RM 100.
Personalia : PK HEM, Guru Disiplin dan waden asrama.
Nilai : Tolong menolong, jujur, bertanggungjawab, prihatin.
Aktiviti :
Langkah 1 : PK HEM, Guru Kanan disiplin dan waden asrama memberitahu tentang sistem aduan (borang dan peti aduan) semasa perhimpunan sekolah dan asrama.
Borang aduan boleh didapati di bilik PK HEM, disiplin dan pejabat Asrama.
Langkah 2 : Individu yang ingin membuat laporan, dikehendaki mengisi borang dengan lengkap kemudian masukkan dalam peti aduan.
Langkah 3 : Guru Disiplin akan mengambil, membaca dan menyiasat laporan aduan tersebut. Jika aduan tersebut terbukti benar, tertuduh akan
dipanggil untuk diambil pengakuan dan laporan bertulis.
Langkah 4 : Jika tertuduh membuat pengakuan bersalah, ia akan dihukum mengikut peraturan buli sekolah.Jika tertuduh menafikan pertuduhan tersebut, saksi-saksi kejadian akan dipanggil untuk siasatan lanjut sehingga kes diselesaikan.
Langkah 5 : PK HEM, Guru Disiplin dan waden asrama harus memastikan keselamatan pengadu dan saksi-saksi dilindungi.
Falsafah : Membanteras buli, tanggungjawab bersama.
TAJUK 9 : PERKHEMAHAN MENGGILAP MUTIARA
Pengenalan
Pelajar itu adalah seorang manusia yang mempunyai rasa hati, maruah, pemikiran dan
haknya sendiri yang perlu dihormati. Pelajar yang terpilih akan dibawa ke suatu tempat
yang menarik untuk program pembinaan insan.
Objektif
3. Memberi dan mewujudkan kesedaran tentang kesan perlakuan buli.
4. Memupuk sifat kasih sayang sesama pelajar, guru-guru dan semua warga
sekolah.
Kumpulan Sasaran
Pelajar yang berisiko ( kes buli)
Tempoh Masa
3 hari 2 malam
Tempat
Kawasan reakreasi / tapak perkhemahan
Bahan/Alatan
6. Banner ( di kawasan perkhemahan )
7. Hand out ( lirik ) bertemakan kasih sayang
8. Peralatan perkhemahan
9. Peralatan peserta
10.PA sistem, Komputer dan LCD
Kos
Bil Item Kuantiti Kos/Unit Jumlah
1. Kain rentang 1 RM100.00 RM 100.00
2. Pengangkutan 1 RM 600.00 RM 600.00
3. Makan dan Minuman
- Pelajar
- Guru dan Fasilitator
44
5
50
50
RM 2200.00
RM 250.00
4. Hand out 44 10 RM 440.00
5. Saguhati fasilitator dan
Penceramah
7 100 RM 700.00
JUMLAH RM 4590.00
Personalia
1. Guru Kelas
2. Guru Agama
3. Guru Disiplin
4. Guru Kaunseling
5. Fasilitator / Penceramah jemputan
Jawatankuasa Induk
Pengerusi 1 : Pengetua
Timbalan Pengerusi : PK HEM
PK Pentadbiran
PK Kokurikulum
Naib Pengerusi : Penyelia Petang
Guru-guru Kanan
Penyelaras : Kaunselor Pelajar
Setiausaha : Guru Disiplin
AJK : Guru Kelas
Guru Agama
Input 1 – Tajuk Ceramah 1: MOTIVASI -Membina kehidupan yang sejahtera
Input 2 - Tajuk Ceramah 2: PDRM - Gejala buli dan implikasi undang-undang
Input 3 - Tajuk Ceramah 3: Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah –
Membentuk Insan
Mulia
LDK 1 -Pembentukan Pasukan
LDK 2 – Dinamika Kumpulan
Kembara Insan – Memberi kesedaran mengenai keperluan menjaga alam dan
menghargai ciptaan Tuhan.
Nilai
- Kasih sayang
- Kesedaran tentang keburukan buli
- Menghargai ciptaan Tuhan
Falsafah
Mengembangkan potensi diri setiap pelajar melalui institusi sekolah secara sihat,
dihormati dan selamat.
Jadual Pelaksanaan / Tentatif
HARI/MASA 5.30AM
7.00AM
7.00AM
8.00AM
8.00am
10.00am
10.00am
10.30am
10.30am
12.30pm
12.30pm
2.00pm
2.00pm
4.00pm
4.00pm
4.45pm
4.45pm
6.30pm
6.30pm
9.00pm
9.00pm
11.00pm
PERTAMA Perjalanan ke tempat perkhemahan Pendaftaran Taklimat
Kursus
Empang
Pecah
Urus
Diri
Input 1
KEDUA Urus
Diri
Senaman
Pagi
Input 2 Rehat LDK 1 Urus
Diri
LDK 2 Rehat Kembara
Insan
Urus
Diri
Pembedahan
Kembara
KETIGA Urus
Diri
Senaman
Pagi
Input 3 Rehat Rumusan Majlis
Penutup
Urus Diri – Mandi , Solat, Persiapan minum dan makan
Nilai
- Kasih sayang
- Kesedaran tentang keburukan buli
28
TAJUK 10 : PERKHEMAHAN TAUTAN KASIH
Pengenalan
Keluarga merupakan unit asas dalam pembentukan sahsiah seseorang manusia. Justeru itu hubungan kekeluargaan mesti dieratkan antara sesama pelajar dan keluarga.
Objektif
Memberi kesedaran bahawa hubungan silaturrahim antara pelajar, ibu bapa dan guru adalah penting dalam mewujudkan perasaan kasih saying .
Menerapkan hubungan kasih silaturrahim antara pelajar , ibu bapa dan guru melalui perkhemahan kasih sayang.
Kumpulan Sasaran
Pelajar-pelajar berisiko sederhana dan tinggi( pembuli dan mangsa )
Ibu bapa Pelajar-pelajar berisiko sederhana dan tinggi( pembuli dan mangsa )
Jumlah peserta seramai 80 orang.
Tempoh Masa
2 hari 1 Malam ( hujung Minggu )
Tempat
Yang difikirkan bersesuaian.
Bahan/Alatan
- Komputer / LCD- Poster/ Kertas majong- Alat Tulis- Sepanduk- Fail Kertas
29
- Cenderahati ( Penceramah / Perasmi )
Kos
Bil Item Kuantiti Harga/Kuantiti Jumlah
1. Penginapan 40 bilik RM 30.00 RM 1200
2. Pengangkutan 2 buah bas
RM 300.00 RM 600
3. Makan/Minumi) Minum ( 3 kali )(ii) Makan ( 2 kali )(iii) Sarapan ( 1 kali )
808080
RM 1.50RM 4.50RM 1.50
RM 360.00 RM 720.00 RM 120.00
4. Kertas Majong/ Alat tulis RM 100.00
5. Fail 80 RM 0.50 RM 40.00
6. Sepanduk 1 RM 100.00 RM 100.00
7. Cenderahati(i) Penceramah(ii) Perasmi
21
RM 100.00RM 100.00
RM 200.00RM 100.00
8. Belanja Luar jangka RM 100.00
JUMLAH RM3,640.00
30
Personalia
Jawatankuasa Induk
Pengerusi : Pengetua: YDP PIBG
Timbalan : PK HEM: PK Pentadbiran; PK Kokurikulum
Naib : Guru-Guru Ketua Bidang
Penyelaras : Kauselor
setiausaha : Guru Disiplin
Ahli Jawatankuasa : AJK PIBG ( 4 orang )
: Guru-Guru ( 4 orang )
Jawatankuasa Kecil:
Jawatankuasa Kecil Pengangkutan
Jawatankuasa Kecil Pendaftaran / Penginapan
Jawatankuasa Kecil Sambutan
Jawatankuasa Kecil Keselamatan
Jawatankuasa Kecil Buku Program
Jawatankuasa Kecil LDK
Jawatankuasa Kecil Persegaran/Makanan
Jawatankuasa Kecil Riadah/Kerohanian
Lain-lain jawatankuasa kecil yang difikirkan perlu
31
Aktiviti
Jumaat ( Hari Pertama )
3.00 ptg : Pendaftaran peserta4.00 : Taklimat program
: Pembahagian kumpulan dan penginapan4.30 : Minum petang
: Solat 5.30 : Riadah6.30 : Urus diri
: Makan malam: Solat Magrib: Kuliah Magrib: Solat Insyak
8.45 mlm : Ceramah I“ Kemahiran Keibubapaan “ – LPPKM
10.00 : Tidur.
Sabtu ( Hari Kedua )
5.00 pagi : Bangun: Urus diri: Solat Subuh: Kuliah Subuh
7.00 : Riadah7.30 : Sarapan8.00 : Ceramah II
: “ Pemuafakatan Sekolah, Ibu bapa dan Pelajar – YDP PIBG10.00 : Minum pagi10.30 : LDK I12.30 : Makan tengahari
: Urus diri: Solat zohor
2.00 ptg : LDK II – Pembentangan hasil Kerja/ Penilaian Kursus4.00 : Perasmian Penutup4.30 : Bersurai.
Nilai
Hubungan erat antara keluarga .Hubungan erat antara keluarga dengan sekolahHubungan erat antara pelajar.
Falsafah
32
Tak Kenal Maka Tak Cinta.
33
Top Related