MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE-26 TAHUN 2004
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE-26 TAHUN 2004
SEKOLAH MENENGAH SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDINTarikh : 19 JUN 2004
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Besar SMSTSSS
AGENDA MESYUARAT
Ucapan Yang Dipertua PIBG
Membentang dan Meluluskan Minit Mesyuarat Agung PIBG ke- 25
Membentang dan Menerima Laporan Tahunan AJK PIBG 2003/2004
Membentang dan Menerima Penyata Kewangan
Membahasakan Usul-usul
Pemilihan Jawatankuasa dan juruaudit PIBG 2004/2005
Ucapan Penangguhan
Agenda 1 : Ucapan Yang Dipertua PIBG
1.1 Yang Dipertua PIBG merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli yang dapat hadir pada mesyuarat PIBG kali ke-26.
1.2 YDP PIBG memperkenalkan barisan AJK PIBG 2003/2004 yang telah menjalankan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun.
1.3 YDP PIBG juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli PIBG yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan semua aktiviti PIBG yang dilaksanakan sepanjang tahun.
1.4 YDP PIBG memaklumkan bahawa kejayaan yang dicipta melalui pencapaian yang terbaik sepanjang tahun ini adalah atas kesepaduan semua ahli dalam membantu mencipta kecemerlangan.
1.5 YDP PIBG menyeru semua ahli supaya menggunakan saluran PIBG sebagai platform untuk membincangkan apa sahaja masalah sama ada berkaitan akademik, sahsiah pelajar dan sebagainya.
1.6 YDP PIBG juga memaklumkan bahawa 4 unit penghawa dingin telah dipasang hasil sumbangan wang daripada PIBG, bekas pelajar dan pihak sekolah.
1.7 YDP PIBG juga berharap supaya semua aktiviti yang dijalankan mestilah memberi kesan jangka panjang kepada semua pelajar.
1.8 YDP PIBG memaklumkan bahawa satu cadangan telah dibuat untuk mengadakan majlis makan malam bagi mengisi tabung PIBG dan majlis ini mungkin akan diadakan pada hujung tahun.
Agenda 2: Membentang dan Meluluskan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25
2.1 En Zainol Jusoh (Setiausaha PIBG) membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25. En. Noor b. Md. Isa mencadangkan minit mesyuarat tersebut diluluskan dan sebulat suara menyokong cadangan ini.
Agenda 3 : Membentang dan Menerima Laporan Tahunan AJK PIBG 2003/2004
3.1 Setiausaha membentangkan Laporan Tahunan AJK PIBG 2003/2004. Puan. Rozimah
Binti Abd. Hamid mencadangkan laporan tersebut diterima dan En. Mohd. Rashidi
b. Abd Ghani telah menyokong cadangan tersebut.
Agenda 4: Membentang dan Menerima Penyata Kewangan
4.1 Puan Nur Razana Bt. Mohamad ( Bendahari PIBG) membentangkan laporan Penyata Kewangan. Tuan Hj. Ahmad Jamil B. Hassan mencadang laporan tersebut diterima dan cadangan tersebut telah disokong oleh En. Mohamad b. Osman.
Agenda 5: Membahas Usul-usul
5.1 YDP PIBG memaklumkan bahawa En. Omar b. Mat Som telah menerima 2 surat yang akan dibincangkan di dalam mesyuarat iaitu:
5.1.1 Usul daripada En. Mohd. Jamil b. Hassan meminta pihak sekolah melipat ganda usaha yang lebih cemerlang bagi memastikan kejayaan yang lebih baik dalam peperiksaan PMR dan SPM terutama mendapat tempat ke-10 terbaik di dalam SBP. YDP PIBG menjelaskan bahawa usaha yang berterusan telah dilakukan untuk memastikan kejayaan di dalam peperiksaan PMR dan SPM.
5.1.2 Usul daripada En. Hanafi b. Khalid mencadangkan supaya diadakan kelas tambahan untuk mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi pelajar tingkatan 1. En. Hanafi Khalid juga mencadangkan supaya guru yang mengajar kelas tambahan adalah guru dari luar dan kelas tambahan ini dikenakan bayaran oleh waris yang berminat menghantar anak mereka. YDP PIBG menjelaskan bahawa untuk mengutip bayaran yuran adalah satu masalah yang sering dihadapi, jadual harian pelajar terlalu padat dan dikhuatiri akan bertembung dengan kelas tambahan yang diadakan oleh sekolah. YDP PIBG meminta usul ini dibincang di dalam mesyuarat.
5.2 En. Abdul Latif b. Puteh bertanya mengenai kelas tambahan untuk tingkatan 2 dan tingkatan 4 dan mencadangkan supaya kelas tambahan untuk tingkatan 2 dan tingkatan 4 juga diadakan.
5.3 En. Abdul Rahim b. Abdullah mencadangkan waktu prep pelajar mestilah mempunyai guru untuk membolehkan pelajar bertanya sekiranya ada masalah dalam pelajaran dan mencadangkan supaya sumber kewangan diperolehi daripada sumbangan pihak tertentu.
5.4 En. Mohammad b. Ali mencadangkan supaya kelas tuisyen diajar oleh guru yang
bukan sama mengajar supaya pendekatan lebih berkesan.
5.5 En. Mohd Noor b. Mat Isa berharap pada tahun ini target untuk kecemerlangan di dalam peperiksaan bukan lagi 83% tetapi 100%.
5.6 Prof. Mohd. Isa b. Abdul Majid memaklumkan bahawa waktu prep pelajar adalah waktu kelas pembelajaran kendiri dan tidak perlu diadakan kelas tuisyen pada waktu tersebut untuk memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri.
5.7 Pengetua memaklumkan bahawa kelas tambahan untuk semua tingkatan tidak dapat diadakan kerana masalah kekurangan guru dan penekanan hanya kepada kelas peperiksaan sahaja.
5.8 Pengetua juga memaklumkan bahawa kelas tuisyen untuk tingkatan 3 dan tingkatan 5 telah diadakan tetapi guru menghadapi beberapa masalah seperti terpaksa mencari, merotan dan mengejar pelajar untuk datang ke kelas tuisyen.
5.9 Pengetua memaklumkan bahawa semua guru di sekolah ini memang berharap untuk mencapai kejayaan 100% dan berharap semua pihak memberi komitmen yang tinggi bagi memastikan kejayaan yang cemerlang pada tahun ini.
5.10 YDP PIBG mencadangkan supaya masalah berkaitan dengan kelas tuisyen diserahkan kepada AJK PIBG untuk dibincang dengan teliti dan mencari cara yang terbaik kerana keputusan yang akan dibuat akan memberi kesan kepada masyarakat. Cadangan YDP PIBG disokong oleh En. Hashim b. Mat.
5.11Tuan Hj. Ismail b. Idar menjelaskan bahawa beban kewangan akan berlaku kepada waris yang mempunyai anak yang ramai sekiranya kelas tuisyen berbayar diadakan dan beliau berpendapat pembelajaran di dalam kelas lebih penting. Dengan itu beliau juga menyokong pendapat YDP PIBG.
Agenda 6: Pemilihan Jawatankuasa dan Juruaudit PIBG 2004/2005
6.1 En. Rashid b. Man mencadangkan AJK PIBG tahun lepas yang masih mempunyai anak di sini dikekalkan.
6.2 Tuan Hj. Ismadi b. Abu Bakar memohon AJK PIBG baru dilantik kerana AJK PIBG 2003/2004 kebanyakan anak sudah di tingkatan 5. Cadangan ini disokong oleh YDP PIBG.
6.3 En. Mohd. Shafie b. Ariffin mencadangkan Dr. Norizan b. Mohd. Nor dikekalkan sebagai YDP PIBG bagi sesi 2004/2005 dan cadangan ini disokong sebulat suara.
6.4 Setiausaha mengumumkan jawatankuasa PIBG yang baru iaitu:
Penasihat: Tn. Haji Ibrahim b. Mohamad
YDP
: Dr. Norizan b. Mohd. Nor
Naib YDP: En. Omar b. Haji Mat Som
Setiausaha: En. Zainol b. Jusoh
Bendahari : Pn. Nur Razana bt. Mohamad
AJK
1. En. Ahmad b. Ali
2. Prof. Isa b. Abdul Majid
3. Dr. Yahya b. Daud
4. En. Ismail b. Haji Daud
5. En. Mohd. Shafie b. Ariffin
6. En. Mokhtar b. Haji Ismail
7. Tn. Haji Zaki b. Harun
8. Pn. Shorgajati b. Abdullah
9. Tn. Haji Zamri b. Mohd. Amin
10. Pn Rosnani bt. Osman
11. Pn. Rosita bt. Yatim
12. Tn. Haji Subki b. Haji Mohamad
13. En. Norhisan b. Saafi
14. Cik Salmiah bt. Haji Ayob
Juru Audit: 1. Pn Kaltom bt. Ahmad
: 2. En. Nordin b. Razali
Agenda 7: Ucapan Penangguhan
7.1Pengetua memaklumkan dua program utama iaitu Perjumpaan dengan waris pada awal Julai dan Program Perkampungan Ilmu untuk tingkatan 3 pada 29 jun hingga 1 Julai dan tingkatan 5 pada 10 hingga 12 Julai. Manakala Unit SBP akan mengadakan Pertandingan Wind Okestra di SEDAR, Seremban dan Pertandingan Ragbi 10 Sebelah di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Terengganu. Target sekolah pada pertandingan ialah johan.
7.2 En. Azman mencadangkan supaya HAKA dan Mesyuarat Agung PIBG tidak diadakan pada hari yang sama supaya pelbagai masalah dapat dibincangkan secara terperinci.
7.3 YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kepercayaan untuk menerajui kepimpinan PIBG bagi sesi 2004/2005.
7.4 Pengetua merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah sudi menghadirkan diri dalam mesyuarat tersebut.
Pencatat: Cik Salmiah bt. Haji Ayob
Pn. Fauziah bt. SaadAhli Jawatankuasa PIBG sesi 2002/2003JAWATANNAMAPEKERJAAN
PenasihatTn. Hj. Abdullah B. Hj. MohammadGuru Besar
Yang DipertuaEn. Badrul Hisham B. Abu BakarPengaturcara Komputer
Naib Yang DipertuaEn. Ibrahim B. Hj. Mohd RashidPengusaha
Setiausaha KehormatEn. Kamis B. Mohd NorGuru
Naib SetiausahaCik. Ruhani Bt. YusofGuru
Bendahari KehormatCik Zaida Bt. Abd. TalibGuru
Naib BendahariEn. Mohd Nor Azan B. AzizGuru
Ahli JawatankuasaPn. Nor Rosmi Bt. DzulkafliGuru
Ahli JawatankuasaPn. Satinah Bt. KarthoGuru
Ahli JawatankuasaEn. Din B. Ngah MohamadGuru
Ahli JawatankuasaPn. Fatimah Bt. YusofGuru
Ahli JawatankuasaPn. Rahimah Bt. Abd. LatifGuru
Ahli JawatankuasaDato Seri Md Kassim SanimanBekas Eksekutif
Ahli JawatankuasaTn. Hj. Jalaluddin B. Hj. CheriASP POLIS Bkt Aman
Ahli JawatankuasaEn. Abdul Hamid B. MatSendiri
Ahli JawatankuasaEn. Abdul Rashid B. IsmailPKNS
Ahli JawatankuasaTn. Hj. Md Adnan Abd. RahmanPenguasa Rumah Bakti
Ahli JawatankuasaPn. Norashikin Bt. AhmadSendiri
Juru Audit DalamanPn. Dzurya Bt. Abd. KadirSendiri
Juru Audit DalamanPn. Azlina Bt. AbdullahPegawai Lembaga Peperiksaan
BilTarikhAktivitiCatatan
01.12.01.2000Pendaftaran murid dan pembayaran
02.18.01.2000Mesyuarat Penubuhan J/K Kuriklum Kali Pertama
03.19.01.2000Mesyuarat J/K Kokurikulum Kali Pertama
04.20.01.2000Mesyuarat J/K HEM Kali Pertama
05.21.01.2000Sambutan Aidilfitri peringkat Sekolah
06.24.01.2000 Perlantikan Rasmi & Ikrar Pengawas/Mesyuarat Panitia B. Melayu
07.25.01.2000Kegiatan Kokurikulum
08.25.01.2000Ujian Diagnostik/Mesy.Panitia B.Inggeris/Kajian Tempatan
09.26.01.2000Mesyuarat Panitia Matematik
10.27.01.2000Mesyuarat Panitia Sains/Lawatan LUTH
11.28.01.2000Mesyuarat Panitia Pend.Islam
12.31.01.2000Mesyuarat Panitia PJK / KH
13.01.02.2000Mesyuarat Panitia PS/Muzik
14.02.02.2000Mesyuarat J/K Pra Sekolah
15.03.02.2000Mesyuarat J/K Pemulihan
16.10.02.2000Mesyuarat J/K Kurikulum 1
17.14.02.2000Mesyuarat J/K Pusat Sumber Kali 1
18.17.02.2000Mesyuarat J/K Peperiksaan & Kecemerlangan PTS/UPSR (1)
19.22.02.2000Perjumpaan ibu/bapa penjaga Murid Tahun 6 - ceramah & dialog
20.28.02.2000Ujian Pengesanan Pertama
21.02.03.2000Ceramah Keselamatan Jalan Raya
22.11.03.2000Kelas Tambahan UPSR
23.18.03.2000Kelas Tambahan UPSR
24.23.03.2000Latihan Kebakaran (1)
25.30.03.2000Lawatan Pegawai LUTH
26.07.04.2000Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah
27.07.04.2000Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah
28.10.04.2000Ujian Pengesanan Kedua
29.13.04.2000Sukan Tahunan Kali Ke - 19
30.17.04.2000Mesyuarat J/K Peperiksaan & Kecemerlangan PTS/UPSR ke -2
31.19.04.2000Ceramah Anti Dadah Peringkat Sekolah
32.08.05.2000Hingga11.05.2000Peperiksaan Penggal Pertama
33.16.05.2000Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan dan Sekolah
34.25.05.2000Mesyuarat Agung PIBGDi kelolakan Oleh PIBG
35.26.05.2000Hingga28.05.2000Perkhemahan Unit Beruniform
36.12.06.2000Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu
37.13.06.2000Mesyuarat Panitia Bahsa Inggeris/Kajian Tempatan
38.14.06.2000Mesyuarat Panitia Matematik
39.19.06.2000Mesyuarat Panitia Sains
40.17.06.2000Kelas UPSR/PTS/Pra UPSR
41.19.06.2000Mesyuarat Panitia Agama Islam
42.20.06.2000Mesyuarat Panitia PJK/KH
43.21.06.2000Mesyuarat Panitia PS/Muzik
44.22.06.2000Mesy.J/K Pra Sekolah/ J/K Pemulihan
45.23.06.2000Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah bersama PIBG
46.24.06.2000Kelas UPSR/PTS
47.28.06.2000Mesyuarat J/K Kurikulum Ke 2
48.04.07.2000Mesy.J/K Peperiksaan & Kecemerlangan PTS/UPSR ke 3
49.08.07.2000Kelas UPSR/PTS
50.15.07.2000Kelas UPSR / PTS
51.17.07.2000Ujian Pengesanan Ketiga
52.28.07.2000Lawatan Pegawai LUTH
53.07.08.2000Peperiksaan Percubaan PTS/UPSR peringkat Sekolah
54.14.08.2000Mesy.J/K Peperiksaan & Kecemerlangan PTS/UPSR
55.17.08.2000Latihan Kebakaran (2)
56.19.08.2000Kelas UPSR/UPTS
57.21.08.2000Percubaan UPTS/UPSR Peringkat Sekolah.
58.24.08.2000Majlis Bacaan Yaasin bagi calon UPTS/UPSR
60.12.09.2000 Hingga14.09.2000Peperiksaan UPTS dan UPSR peringkat Kebangsaan
61.18.09.2000Hingga10.11.2000Aktiviti Selepas UPSR
62.17.10.2000Hingga20.10.2000Peperiksaan Akhir Tahun
ORGANISASI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU (PIBG) 04/05
Penasihat
En. Tai Pon Hoy (Pengetua) Yang Di-pertua
En. Ab. Rahman b. Endut Naib Yang Di-pertua
En. Zaini b. Osman Setiausaha
Cik Bahariah bt. JusinNaib Setiausaha
Pn. Hjh.Halijah Yaacob Bendahari
Cik C'hng Mei MeiAJK IBU BAPA
Puan Halimah Ton Saadiah Binti IbrahimEncik Abdul Ghani Bin OsmanEn. Zulkifli Bin Abd. RahimPuan Jamilah Binti HanidPuan Jamilah Binti SamahPuan Asnah Binti MamatPuan Yati Binti SamadAJK GURU
Puan Hjh. Asnah Binti JamsaryEncik Perumal a/l RajuCik Sua Yen MeiPuan Puspa Binti AdamEncik Azman Bin NordinEncik Rashdan Bin BaharomPuan Goh Bee LamPuan Hasnah Binti Idris
PEMERIKSA KIRA-KIRAPuan Haneepah Binti Kasim ( Wakil ibu bapa )Puan Lim Sok Kim ( Wakil Guru )
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2004 / 20051. Mesyuarat AJK PIBG sesi 2004 / 2005 kali pertama diadakan pada 2 September 2004.2. Setiausaha PIBG menghadiri Bengkel Pemantapan PIBG pada 6-9 September 2004 di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur.3. Wakil PIBG bersama-sama meraikan Majlis Persaraan En. Tan Ee Heng pada 13 Oktober 2004 bertempat di Lapangan Ghafar, SMk Seri Kota4. AJK PIBG menghadiri Majlis Jamuan Akhir Tahun Kelab Keluarga SMK Seri Kota di Hotel Mahkota Century.5. Wakil PIBG menghadiri Konvensyen Pengukuhan Institusi Keluarga Peringkat Kebangsaan 2004 pada 11,12 dan 14 September 2004 bertempat di Pusat Antarabangsa Melaka ( MITC ).6. Mesyuarat AJK PIBG sesi 2004 / 2005 kali kedua diadakan pada 21 Januari 2005 bertempat di Bilik Mesyuarat PSS SMK Seri Kota.7. Wakil PIBG turut sama meraikan Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Serta Menyaksikan Majlis Melafazkan Ikrar Sekolah pada 25 Januari 2005.8. AJK PIBG dan ibu bapa menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan PIBG yang julung kali diadakan kepada para pelajar yang memerlukan pada 3 Februari 2005 bertempat di Bilik Tayang.9. Wakil PIBG turut serta dalam Temasya Sukan Sekolah Kali Ke 32 pada 26 Februari 2005 yang dirasmikan oleh YB Encik Gan Tian Loo ( ADUN Kawasan Duyung ).10. Wakil PIBG menghadiri Seminar dan Pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni Peringkat Negeri Melaka pada 10 Mac 2005 bertempat di Dewan Utama Pusat Antarabangsa Melaka ( MITC ).11. Wakil PIBG bersama-sama meraikan Majlis Persaraan Puan Selvarani pada 24 Mac 2005.12. Mesyuarat AJK PIBG sesi 2004 / 2005 kali ketiga diadakan pada 28 April 2005 bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Seri Kota. 13. Mesyuarat AJK PIBG sesi 2004 / 2005 kali keempat diadakan pada 12 Julai 2005 di Bilik Mesyuarat SMK Seri Kota membincangkan Majlis Hari Q, Penyampaian Hadiah dan Mesyuarat Agung PIBG kali Ke 29 2005.14. PIBG turut memberi sumbangan kewangan bagi menjayakan pelbagai program pendidikan dan kebajukan pelajar-pelajar seperti kelas tambahan, Program Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan, Program Insaf Diri, Perkhemahan Kepimpinan Pengawas dan sebagainya