CPE3201 Bimbingan Dan
Kaunseling Untuk Pengamal Sumber
Manusia
Semester Kedua 2015/16
Dr Rusnani Abdul Kadir
(KB08; PA0985)
Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM
013-3644382
Sinopsis kursus
Kursus ini merangkumi definisi, falsafah dan prinsip bimbingan dan kaunseling, teori, teknik dan proses kaunseling, etika kaunseling, kaunseling individu, bimbingan kelompok, perkembangan kerjaya, dan peranan kaunselor dalam pembangunan sumber manusia.
1. definisi, falsafah dan prinsip bimbingan dan kaunseling,
2. teori, teknik dan proses kaunseling,
3. etika kaunseling,
4. kaunseling individu,
5. bimbingan kelompok,
6. perkembangan kerjaya, dan
7. peranan kaunselor dalam pembangunan sumber manusia.
Pada akhir perjumpaan ini pelajar dapat:
1. Menjelaskan beberapa konsep asas berkaitan bimbimbingan dan kaunseling
2. Menghuraikan perbezaan antara bimbingan, kaunseling dan psikoterapi
3. Menghuraikan teori/pendekatan kognitif, afektif, dan tingkah laku
Bimbingan & Kaunseling
Dua konsep berkembar… wujud dalam
dunia pendidikan
Tidak mempunyai makna yang sama
Bimbingan
menunjuk arah,
memaklum,
memberitahu,
membimbing ke
arah ….
Bimbingan
oMenyampaikan maklumat
oMenjelaskan sesuatu
oUnsur memberi nasihat / pandangan
oBerorientasikan pendidikan
Kaunseling
Proses interaksi
bersemuka di
antara kaunselor
dan klien,
bertujuan untuk
membantu klien
mengurus isunya.
Psikoterapi (terapi)
Therapy…
treatment intended to relieve or heal a disorder.
"a course of antibiotic therapy“
Synonyms: treatment, remedy, cure
Terapi bekam
Terapi aroma
Terapi ‘antibiotic’
Physiotherapy
Occupational
therapy
Speech therapy
Psychotherapy
Psychotherapy
the treatment of mental or psychological disorders by psychological means
"he is currently in therapy“
4 Komponen Kaunseling
1. Kaunselor
2. Klien
3. Tujuan/matlamat
4. Hubungan
SALAH TANGGAPAN / SALAH FAHAM TENTANG
KAUNSELING
Mitos Kaunseling
Mitos kaunseling
Ramai orang memiliki tanggapan awal tentang apa itu kaunseling dan apa yang kaunseling boleh atau tidak boleh lakukan.
Tanggapan/ mitos ini boleh menghalang seseorang dari mendapat khidmat kaunseling atau
Menghalang dia maju dalam kaunseling kerana idea begini boleh mempengaruhi bakal klien secara negatif.
1. Kaunseling untuk orang sakit jiwa
2. Orang yang tidak dikenali tidak boleh membantu
3. Kaunselor hanya mendengar, dan tidak berbuat apa-apa.
4. Kaunseling mengambil masa yang lama
5. Orang lain tahu tentang perjumpaan dengan kaunselor
6. Kaunseling akan mengubah siapa diri saya
Mitos 1: Untuk orang yang sakit jiwa
Hakikatnya:
Untuk orang yang mengalami masalah (sementara) atau situasi yang mengganggu kehidupan harian, atau mahu membaiki diri.
Stres/Tekanan }
kemurungan } perubahan
kebimbangan/anziati }
Selalu menagguh kerja
Sakit jiwa = rawatan psikiatri
Mitos 2: Orang yang tidak dikenali tidak boleh membantu
Hakikatnya:
Kebanyakan orang lebih mudah untuk mencurahkan masalah dan kebimbangan mereka kepada orang yang tidak dikenali, bukan kepada orang yang mereka rapat atau sayang…spt rakan, ahli keluarga
Kaunselor profesional tidak terlibat dlm kehidupan peribadi klien …tidak ada vested interest --- dengan itu tidak bias.
Etika kaunseling – tiada hubungan emosi antara kanselor-klien
Mitos 3: Kaunselor tidak buat apa-apa
Hakikat:
Kaunselor mendengar
Kaunselor memberi respon lisan & tanpa lisan
Kaunselor bantu mengenalpasti isu utama dan menjelas perspektif
Kaunselor mencabar pemikiran dan pandangan klien
Kaunselor menggalak klien meneroka kepercayaan dan idea yg membatasi diri mereka.
Strategi bergantung kpd teori yang diguna
Mitos 4: Kaunseling mengambil masa
Hakikat:
Kaunseling perlu masa. Perubahan perlu masa.
Klien berbeza dari segi keperluan kepada keperihatian, ruang untuk berfikir, dan perhatian.
Semakin berat dan kompleks isu yang dihadapi, semakin banyak masa diperlukan.
Semakin klien tidak bersedia untuk berubah, semakin banyak masa diperlukan
Kaunseling jangka pendek (berminggu atau berbulan) –cukup jika klien yang fokus kpd matlamat
Kaunseling jangka panjang – jika perlukan fokus kpd perkembangan kesejahteraan mental dan personaliti.
Mitos 5: Orang lain tahu …
Hakikat:
hubungan kaunseling adalah sulit. Orang lain tahu jika klien yg beritahu.
Etika:
1. Kerahsiaan
2. Batasan kerahsiaan
Mitos 6: Kaunseling akan mengubah diri
Hakikat:
Kaunseling memberi peluang untuk meneroka isu masa lepas bagi membolehkan klien maju
Klien mengalami perubahan dalam pemikiran dari satu sesi ke sesi yang lain.
Progres positif yang membebaskan diri klien dari keadaan negatif yang mengganggu hidupnya
Etika – kaunseling ada matlamat… bukan sembang kosong
4 Komponen Kaunseling
1. Kaunselor
2. Klien
3. Tujuan/matlamat
4. Hubungan
1. KAUNSELOR
Ilmu / Pengetahuan
Kemahiran (komunikasi)
Sikap (nilai kemanusiaan)
TERLATIH
Berdaftar dan ada Perakuan Amalan
(Akta Kaunselor (860))
2. KLIEN
Individu yang…
Menghadapi halangan dalam hidupnya
Berkonflik untuk mengambil keputusan
Keliru dengan beberapa pilihan
Mahu mempertingkat/memperbaiki diri
BUKAN individu yang menghadapi
masalah mental atau jiwa
…menghadapi halangan dlm hidup
Tabiat tidak sihat
Perasaan negatif terhadap diri (harga diri
rendah)
Emosi bercelaru / negatif (spt perasaan
sedih, marah, bersalah)
Tiada / tidak cukup maklumat
Tidak pandai membuat
keputusan
Setiap dari kita berpotensi
menjadi klien
3. TUJUAN/MATLAMAT
Membantu klien mengurus isunya.
ISU
pelajaran/akademik
pekerjaan/kerjaya
hubungan interpersonal
keluarga
Peribadi (contoh: penagihan)
4. Interaksi (hubungan)
Bersemuka
Berlandaskan hormat menghormati, kepercayaan, komunikasi berkesan, penerimaan
Hubungan interpersonal untuk klien berkongsi pengalaman dan pemikiran, serta menyatakan perasaan
Sukarela dan terbuka
Hubungan Kaunseling
1. Menolong
2. Profesional
3. Teraputik (diterima, tidak dihakimi, dipercayai, rasa selamat, rasa dirawat)
4. Bersemuka
“ecounseling ; tele kaunseling”
RUMUSAN..
Kaunseling BUKANLAH….
Sesi sembang-sembang
Memberi nasihat atau cadangan
Memberi maklumat sahaja
Proses interogasi / temuduga
Semata-mata menyelesaikan
masalah … tetapi juga melibatkan
perkembangan diri
Bentuk pengendalian kaunseling
• Individu
• Kelompok
• Berdua,
berpasangan
• Beberapa ahli
keluarga
Proses Kaunseling Individu
Memakan masa
Ada urutan aktiviti
dari mula hingga
akhir
mula
2
3 4
akhir
Kitaran proses kaunseling
1. Bina hubungan
2. Penerokaan
3. Kenal pasti isu (masalah )
4. Bina Matlamat
5. Memilih alternatif
6. Mengambil tindakan
7. Tamat hubungan dan membuat susulan
AKTIVITI PEMBELAJARAN SENDIRI
Sila dapatkan bahan bacaan, baca dan faham tentang proses kaunseling dan setiap langkah dalam proses berkenaan.
Ilmu Kemahiran
Sikap
Siapa Kaunselor?
Ilmu seorang kaunselor
Psikologi
Komunikasi
Agama
Undang-undang
Perubatan
……
Sikap/Personaliti Kaunselor
Suka menolong
Sukakan manusia
Prihatin kepada kesusahan orang
lain (simpati)
Empati
Mudah didampingi
Berpegang kepada prinsip dan etika
kaunseling
EMPATI
Daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain – DBP online
Keupayaan memahami atau merasai apa yang dirasai oleh orang lain menurut perspektifnya; i.e., the capacity to place oneself in another's shoes.
Empati boleh menghasil tingkah laku menolong
Adakah anda memiliki personaliti mudah didampingi?
Personaliti ‘mudah didampingi’
• Mesra
• Senyum
• Berhemah
• Tidak garang
• Tidak cerewet
• Sabar
• Tidak hurried (sibuk, tidak tergesa-gesa)
KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
Kemahiran seorang kaunselor
Kemahiran Asas Kaunseling
1. Kemahiran mendekati
2. Kemahiran melayan
3. Kemahiran mendengar
4. Kemahiran memberi respon
5. Kemahiran merujuk
1. Kemahiran mendekati
Personaliti mudah
didekati
• Prihatin/cakne/ambil
peduli
• Ikhlas hendak
menolong
• Berkemahiran bertegur
sapa
2. Kemahiran Melayan
Pengunaan pergerakan bukan lisan untuk melayan Kedudukan semasa melayan: SOLER Sitting at angle Open posture Leaning forward Eye contact Relax
Memahami perlakuan bukan lisan
1. Ekspresi wajah
2. Kualiti suara
3. Pergerakan kaki
4. Pergerakan tangan
5. Penampilan
6. Keselarasan antara lisan dengan bukan lisan
3. Kemahiran mendengar
Active listening
Reflective listening
Listening with the ‘third ear’
Mendengar kepada isi & perasaan
Mendengar kepada bahasa badan
Mendengar
Ditunjukkan melalui
Tindak balas secara tanpa lisan: Mengangguk,
Pandangan mata yang selesa, Kedudukan tubuh badan (SOLER)
Tindak balas secara lisan
Mendengar dengan sabar
Mendengar dengan sabar
SABAR…
Jangan
mencelah
Jangan beri
perkataan
Beri tumpuan
penuh
4. Kemahiran memberi respon
i. Dorongan minima
ii. Parafrasa
iii. Meminta penjelasan
iv. Menyoal
v. Refleksi
i. Memberi Dorongan minima
Tanpa lisan:
Mengangguk; “Hmm Hmm”; pandangan yang selesa
Secara lisan:
“Ya”; “Oh, begitu”; “Ah..ha…”
i. Memberi Dorongan minima
TUJUAN:
Mengalakkan klien untuk terus bercerita
Menunjukkan kaunselor sedang mendengar
Menunjukkan kaunselor faham dan mengikuti apa yang sedang diceritakan oleh klien
ii. Paraprasa
~ Penyataan semula kenyataan atau
mesej yang dibawa klien; dan
kaunselor mengulangnya untuk
mendapatkan kepastian daripada
klien (biasanya ringkas dan mengguna
perkataan lain)
Paraprasa
CONTOH:
Klien: Penyelia kata saya tidak buat kerja dengan betul. Dia selalu tegur saya dengan kasar di hadapan pekerja lain. Macam sengaja nak malukan saya. Tulah yang saya naik angin ni….
Kaunselor: Penyelia marah awak di
depan pekerja lain.
iii. Meminta penjelasan
~Digunakan sekiranya terdapat kekeliruan atau perubahan pada percakapan, tingkah laku atau emosi klien.
Untuk memastikan kaunselor benar-
benar memahami cerita klien atau perasaan yang sedang dialami klien
Meminta penjelasan
Contoh: “Boleh terangkan maksud gagal dalam cerita
awak tadi.” “Cuba beritahu saya apa yang awak tidak
faham tentang arahan tu”
iv. Kemahiran Menyoal (soalan releven)
Soalan tertutup Tujuan:
mendapatkan data; jawapan khusus.
Dijawab
menggunakan satu atau dua perkataan; menyekat respon
Contoh:
iv. Kemahiran Menyoal
Contoh:
Soalan terbuka Tujuan:
perbincangan, meminta penjelasan dan huraian.
Tiada jawapan
khusus; jawapan pelbagai
Kenal pasti …
Berapa
Bila
Bagaimana
Siapa
Apa
Di mana
Kenapa
v. Refleksi
Memahami makna sesuatu peristiwa yang cuba disampaikan klien dengan menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan tepat.
Refleksi isi & Refleksi perasaan
Refleksi isi
Klien: Penyelia kata saya tidak buat kerja dengan betul. Dia selalu tegur saya dengan kasar di hadapan pekerja lain. Macam sengaja nak malukan saya. Tulah yang saya naik angin ni….
Kaunselor: Penyelia kata awak tak
buat kerja betul
Refleksi perasaan
Klien: Penyelia kata saya tidak buat
kerja dengan betul. Dia selalu tegur saya dengan kasar di hadapan pekerja lain. Macam sengaja nak malukan saya. Tulah yang saya naik angin ni….
Kaunselor: Awak rasa malu bila penyelia tegur macam tu.
vi. Merumus
Mengumpulkan semula faktor / isu penting yang disebutkan klien, meringkaskannya dan dikemukakan semula kepada kien.
Tujuan: Memberi struktur atau panduan
tentang perkembangan sesi. Rumusan kecil – beberapa kali dalam sesi Rumusan besar – sekali, pada akhir sesi
Rumusan kecil:
“Tadi awak telah ceritakan apa yang berlaku ditempat kerja dan bagaimana kejadian itu telah menyebabkan awak kecewa dan sekarang awak sedang berfikir untuk berhenti bekerja.”
Rumusan besar:
“Sudah 40 minit kita berbincang, sebelum kita berhenti saya ingin merumuskan perbincangan dan keputusan yang kita setuju bersama. Pertama awak telah ceritakan masalah yang awak hadapi, yang telah menyebabkan awak kecewa dan nak berhenti bekerja. Kemudian kita berbincang baik buruk pilihan awak. Dan tadi kita bersetuju yang awak akan balik berbincang dengan isteri dahulu. Dan minggu depan kita berjumpa untuk melihat kembali hasilnya.”
5. Kemahiran membuat rujukan
….. menyerah kepada profesional lain
KERANA…
• Tiada kepakaran
• Bercanggah pendapat/nilai
(tiada rasa hormat)
Etika (asas) Kaunseling
Kerahsiaan
Pertalian emosi
Pertalian darah
Batasan kerahsiaan
SULIT (CONFIDENTIAL)
Prinsip Kaunseling
1. Setiap individu itu unik
2. Setiap individu berpotensi
3. Setiap individu mahu dihargai
4. Setiap individu mahu dihormati
5. Setiap individu ingin berubah kepada
yang lebih baik
Akhir kata …..
Pra syarat menolong ialah mengenali individu yang hendak ditolong
Pra syarat mengenali orang lain adalah mengenali diri sendiri
Know yourself before
you know others
RUMUSAN
Definisi B&K
Falsafah & prinsip B&K
Proses kaunseling
Kemahiran asas kaunseling
Etika kaunseling
TERIMA KASIH
Top Related