HURAIKAN PERANAN GOLONGAN MILITARI DI THAILAND TAHUN
1957-1970-AN.
1.0 PENGENALAN
Umumnya, Thailand mempunyai rentetan sejarah sistem politik yang menarik untuk
dianalisis dan dibincangakn. Ini kerana, Thailand telah mencapai kejayaannya yang cemerlang
dan unggul dalam mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negaranya. Revolusi 1932 pula
merupakan titik tolak penguasaan peranan golongan militari yang cukup besar di dalam tampuk
pemerintahan dan pentadbirannya. Sejak kejatuhan sistem monarki mutlak pada tahun 1932,
pemerintahan kerajaan Thailand majoritinya didominasi oleh golongan militari (ketenteraan) di
bawah sistem monarki berperlembagaan. Justeru, bermulanya pemerintahan Luang Pribun
Songkhram pada tahun 1938 telah memberikan kelebihan kepada imej tentera sebagai institusi
demokratik kerana ugutan rampasan kuasa oleh golongan tentera jika suara mereka tidak
diendahkan.1 Pegawai-pegawai tentera terdiri daripada Pribun Songkram, Phin Chunnhawan,
Sarit Thanarat, Phao Srinayond, Thanom Kittikachorn, Prapat Charusathien dan Krit Sivawa.2
Pegawai-pegawai tentera seringkali merampas kuasa politik kerana mereka menganggap ahli-
ahli politik menjalankan pentadbiran tidak bermoral. Justeru, fokus penulisan akan menjurus
kepada peranan golongan militari di Thailand pada sekitar 1957 sehingga 1970-an.
1 David Joel Steinberg et. al. 1981. Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 437.2 George K. Tanham. 1974. Trial In Thailand. New York: CR Crane, Russak & Company, Inc. hlm. 43.
Rajah 1 menunjukkan peta Wilayah Thailand.3
2.0 PERANAN GOLONGAN MILITARI DALAM ASPEK POLITIK
2.1 Polisi Dalam Pentadbiran
Pada tahun 1955, Phibun telah mengurangkan kawalan terhadap aktiviti politik dan
menjanjikan pilihan raya diadakan di Thailand. Empat kumpulan militari mengadakan rampasan
kuasa di antara tahun 1948 dan 1951 dan akhirnya telah mengurangkan pesaing Phibun kepada 2
3 Sumber diperoleh daripada <http://www.thailand-map.net/image/Map/thailand.gif.> 2 Oktober 2010.
orang iaitu Jeneral Phao Siyanon dan Jeneral Sarit Thanarat yang merupakan Komander Tentera
Pertama di Bangkok. Parti beliau telah dituduh melakukan penipuan besar semasa pilihan raya
1957 tersebut. Akhirnya, Sarit Thanarat telah mengadakan satu rampasan kuasa pada September
1957 dan berjaya menyingkirkan Phibun dan Pao. Pada 1958, Sarit telah memperkenalkan
“Martial Law” dan memperlihatkan pemerintahan autokrasinya dalam dua cara iaitu beliau
meminta Kebudayaan Thai dalam susunan sosial dikembalikan semula dan beliau ingin
meningkatkan perkembangan ekonomi dan pemodenan sosial di Thailand.
Political supremacy of the military has been an outstanding feature in the modern Thai political system since 1932. An absence of strong participatory political institutions and a lack of legitimacy on the part of civilian regimes enable the politicised military to seize power and establish an authoritarian regime without much difficulty.4
Kenyataan tersebut telah membuktikan bahawa ketidakstabilan dalam politik Thailand
menyebabkan rampasan kuasa secara mudah dilakukan oleh golongan militari dan golongan ini
ingin membentuk sebuah regim yang bersifat autoriti. Pada 1958, Sarit telah memperkenalkan
demokrasi versi Paw Khun atau dikenali juga sebagai demokrasi Agama Buddha bagi
menggantikan demokrasi yang bercorak barat. Bagi Sarit, sistem demokrasi yang diguna pakai
sebelum ini oleh Parti Rakyat adalah tidak sesuai dalam politik dan sosio-budaya Thailand. Oleh
itu, pengenalan kepada versi Paw Kun yang berciri tempatan dan berasal dari adat resam dan
tradisi Thailand adalah sesuai diamalkan dalam pentadbiran Thailand. Paw Kun atau bermaksud
the greatest father of all father mengambarkan peranan atau kuasa dari nasab bapa yang
4 Zakaria Haji Ahmad dan Harold Crouch (ed.). 1986. Military- Civilian Relations in South-East Asia. Kuala Lampur: Oxford University Press, hlm. 114.
terkandung serta diamalkan dalam budaya Thailand dalam pelbagai aspek kehidupan.5 Terdapat
dua ciri penting di dalam sistem Paw Kun iaitu Agama Buddha dan sistem pentadbiran
berdasarkan kuasa daripada nasab bapa atau paternalisme.6 Bagi menjalankan pentadbiran di
Thailand, sistem Paw Kun menolak konsep Parlimen yang diamalkan oleh Parti Rakyat sebelum
ini iaitu Parlimen mempunyai kuasa tertinggi dalam bidang legislatif dan sebaliknya digantikan
dengan semua kuasa tertinggi yang terletak di bawah kuasa eksekutif termasuk kuasa
menjatuhkan hukuman mati pada bila-bila masa. Selain itu, pemerintahan enlightened despot
(kuku besi berehsan) yang dijalankan adalah terdiri daripada golongan pemerintah elit di bawah
pimpinan seorang yang berkaliber dan menjalankan pentadbiran untuk kebaikan bersama.7 Hal
ini bermaksud kuasa penuh diberikan kepada pemimpin yang diterima oleh semua orang dan
pilihan raya adalah tidak diperlukan kerana akan melibatkan konflik dan perpecahan dalam
kalangan masyarakat.
Sepanjang pemerintahan Sarit Thanarat (1958-1963), beliau juga turut mengadakan
hubungan rapat dengan institusi diraja iaitu di dalam menggunakan kuasa perlembagaan dan
tradisional diraja sebagai sumber kesahan kuasa politik dan pentadbirannya. Sarit menggelarkan
raja sebagai “Palladium of the nation” dan kenyataan ini tidak bermaksud raja tidak mempunyai
hak dalam pentadbiran negara tetapi sebaliknya dalam sistem Paw Kun memperlihatkan institusi
diraja sebagai penyumbang yang penting di Thailand.8 Dalam hal ini, terdapat dua fungsi utama
monarki iaitu pertama, sebagai pengesah politik kerajaan dan polisi dalam regim ketenteraan
serta kedua sebagai penyumbang kepada program yang dijalankan oleh regim yang melibatkan
5Kobkua Suwannathat-Pian. 2003. Kings, Country and Constotutions: Thailand’s Political Development. New York: Routledge Curzon. hlm. 12.6 Kobkua Suwannathat-Pian. 2003. Kings, Country and Constitutions: Thailand’s Political Development. New York: RoutledgeCurzon, hlm. 12.7 Ibid. 8 Ibid. hlm.14.
derma masyarakat dan kerja-kerja kebajikan.9 Hal ini menyebabkan pengaruh dan kuasa
tradisonal raja dapat dihidupkan semula serta diperkukuhkan. Hubungan erat dengan raja telah
menyebabkan demokrasi Paw Kun telah mendapat sokongan penuh daripada golongan militari
Thailand kerana dapat mengesahkan kuasa politik mereka. Sistem Paw Kun diteruskan oleh
pengganti Sarit iaitu Panglima Thanom Kittikachorn (1963-1973) dengan kerjasama Praphat
Charusatien. Mereka juga tetap meneruskan polisi kerajaan dan ekonomi yang diamalkan oleh
Sarit sebelum ini.
Selepas kematian Sarit, peranan militari dalam pentadbiran masih berterusan apabila
Jeneral Thanom Sittikachorn telah mengambil alih kedudukan ketua kerajaan di Thailand. Beliau
telah memperkenalkan satu perlembagaan baru dalam tahun 1968 dan 1969. Dibawah
perlembagaan baru tersebut, Raja telah diberi kepercayaan dalam melantik 120 orang ahli senat
di bawah pengesyoran Perdana Menteri Thanom.10 Semasa Thanom berkuasa, hubungan antara
Thailand dengan kuasa barat boleh dikatakan amat baik.
2.2 Memartabatkan Institusi Beraja
Golongan Ketenteraan (junta ketenteraan) dalam tempoh tahun 1957 sehingga tahun 1973
juga memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan semula institusi beraja Thailand.
Hal ini kerana melalui Revolusi 1932, kedudukan raja telah berubah dengan pengenalan konsep
raja berperlembagaan yang telah diperkenalkan oleh Phibun Sogram.11 Sarit cuba untuk
9 Ibid.10 Clark D. Neher. Modern Thai Politics From Village to Nation, hlm. 370.11 Menerusi revolusi 1932, kuasa raja mulai dikurangkan iaitu berlandaskan perlembagaan. Misalannya, semasa Raja Bhumibol memegang tahkta di Thailand. Walaupun Raja Bhumibol merupakan kuasa tertinggi di dalam kerajaan Thailand, namun beliau tidak menggunakan kuasa vetonya untuk menggubal sebarang undang-undang mahupun membatalkan sebarang rang undang-undang yang dicadangkan oleh badan Legislatif. Perkara ini bukan bermaksud menafikan kedaulatan sistem monarki yang telah diamalkan selama ini, namun ia dilakukan bagi memudahkan
mengangkat semula institusi diraja ini. Justeru, sebelum menggulingkan Phibun, Sarit terlebih
dahulu telah berjumpa dengan Raja di istana untuk mendapatkan kesahan kuasa dan sokongan
daripada institusi diraja. Jika sebelum ini raja hanya pada nama sahaja sebagai ketua negara.
Setiap pengesahan dalam pentadbiran bukannya datang dari monarki, tetapi dari perlembagaan
bertulis. Namun begitu, Sarit percaya bahawa jika mahu mengekalkan kuasa dalam suatu tempoh
yang lama, beliau perlu mendapat sokongan daripada Raja. Hal ini demikian kerana, walaupun
Raja hanya sebagai simbol ketua negara sahaja namun pengaruh kesetiaan rakyat Thailand
kepada rajanya masih tinggi. Kesannya, dalam masa yang singkat Sarit telah berjaya mendapat
kepercayaan dan menjadi Perdana Menteri kesukaan Raja Bhumibol. Situasi ini menunjukkan
bahawa Raja diberi kuasa memainkan peranan yang aktif dalam menguatkan dan menyokong
kuasa dan kedudukan eksekutif militari dalam pentadbiran di Thailand. Pemerintahan Thailand
pada tahun 1958 merupakan general tentera yang bertindak mengulingkan kerajaan terdahulu
dibawah pimpinan sarit dan mendapat kesahan daripada institusi diraja. Oleh itu, hubungan baik
antara mereka amat rapat. Persefahaman antara raja dan panglima agung sarit telah membawa
baginda rapat dengan angkatan tentera. Sarit telah melibatkan Raja dalam hubungan
antarabangsa, beberapa projek perjalanan lawatan ke negara asing telah dijalankan untuk
penyertaan Raja Bhumibol. Sekaligus telah mengangkat kembali martabat kerabat diraja
Thailand.
Perbezaan antara perlembagaan 1932 dan 1958 seperti yang dinyatakan oleh Clark D. Neher;
pentadbiran kerajaan yang memerintah dan mengekalkan institusi monarki sebagai pemimpin keagamaan dan kerohanian (berkaitan agama Buddha) di negara tersebut. Dalam erti kata yang lebih mudah, Raja Bhumibol hanya memainkan peranan sebagai simbol penyatuan masyarakat Thailand sahaja. Lihat. Ooi Keat Gin (edt.). 2004. Southeast Asia: A Historical Encyclopedia From Angkor Wat to East Timor. California: Santa Barbara, hlm. 233.
The promoters of the 1932 revolution drafted Thailand’s first constitution in order to enchance their owm power and to curtail severely the power of the King and other royalty. Because the King less power, the high trained and had educated pro-monarchist elements did not support new regime. In order to regain the support of this important group, the king was accored symbolic functuions in second constitution.12
Menurut Nicholas Tarling, Sarit juga memperkenalkan versi ideologi dari Rama VI iaitu
“Nation, Religion, King” bergabung dengan pembangunan (development) kerana pada ketika itu,
Raja Bhumibol banyak melaksanakan projek-projek untuk pembangunan rakyatnya. Pada ketika
ini juga berlakunya krisis ekonomi dan berlakunya kemiskinan dalam kalangan petani
terutamanya di kawasan luar bandar. Penyataan Sarit bahawa “Army of the King” dan
“goverment headed by king” telah menggambarkan bahawa peranan dan pengaruh institusi diraja
telah meningkat berbanding pada zaman Phibun.13 Pernyataan Sarit tersebut menyebabkan
muncul pendapat yang menyatakan bahawa Sarit merupakan boneka kepada Raja Bhumibol bagi
mengembalikan semula kedudukan institusi diraja Thailand. Walau bagaimanapun, tuduhan
tersebut tidak dihiraukan oleh Sarit kerana beliau percaya bahawa rakyat yang menyokong Raja
juga pasti akan menyokong beliau. Sokongan rakyat ini akan memantapkan lagi peranan militari
dalam pentadbiran di Thailand. Bagi menguatkan lagi sokongan raja, Sarit telah mengubah hari
kebangsaan Thailand yang disambut sempena dengan tarikh revolusi 1932 kepada tarikh
kelahiran Raja Bhumibol. Sarit juga turut melibatkan peranan raja dalam perancangan
pemodenan Thailand dengan beberapa usaha antaranya adalah dengan mengesyorkan Raja
12 Clark D. Neher. 1976. Modern Thai Politics From Village to Nation. Cambridge: Schenkman Publishing Company, hlm. 367-368.
13 Charis Baker dan Pasuk Phongpaichit. A History of Thailand, hlm. 169.
Bhumibol dan permaisurinya menjalankan lawatan ke wilayah-wilayah dalam Thailand dengan
projek-projek pembangunannya.14
Rajah 2: Sarit Thanarat15
2.3 Menguatkan sistem Pertahanan Thailand
Seterusnya, golongan militari Thailand juga berperanan dalam menguatkan sistem
pertahanan melalui penyertaan aktif di dalam SEATO (Southeast Asia Treaty Organisation).16
Pelbagai bantuan ketenteraan telah disalurkan oleh SEATO kepada militari Thailand. Melalui
bantuan ketenteraan daripada ahli-ahli SEATO, pasukan bersenjata Thailand mula meningkat
dan berubah. Bantuan militari dari Amerika Syarikat di dalam SEATO ini termasuklah dalam
organisasi dan peralatan unit pasukan, kakitangan dan latihan operasi serta penambahbaikan
14 Alasdair Bowie dan Danny Unger. 1997. The Politics Of Open Economies: Indonesia, Malaysia, The Philipines and Thailand. United kingdom: Cambridge University, hlm. 135.15 Sumber diperoleh daripada < http://en.wikipedia.org/wiki/Sarit_Thanarat>. 1 Oktober 201016 Thailand telah menyertai SEATO pada tahun 1956 yang terdiri daripada 100,000 pasukan tentera. Pasukan tentera ini dibahagikan kepada tiga pasukan iaitu 50,000 orang tentera darat, 25,000 orang tentera laut dan 25,000 orang tentera udara. Jumlah pasukan militari Thailand ini terlalu sedikit jika dibandingkan dengan jumlah populasinya. Dalam tahun yang pertama penyertaan, General Surajit Charusreni telah dilantik sebagai Penasihat Militari Thailand dalam SEATO. Pada tahun 1962 pula, jawatan beliau telah digantikan pula oleh Ketua Tentera Udara Dawee Chullasapya yang merupakan Ketua Kakitangan Thailand Ibu Pejabat Perintah Tertinggi Kementerian Pertahanan. Lihat. Corrine Phuangkasem. 1973. Thailand and SEATO. Bangkok: Thai Watana Panich CO., LTD, hal., 48.
kemudahan logistik.17 JUSMAG (Joint United States Military Assistance Group) dan MACTHAI
(Military Assistance Command-Thailand merupakan dua agensi yang memperbaharui MAP di
Thailand.18 Berdasarkan bantuan ini, jumlah militari Thailand meningkat semasa pemerintahan
Sarit Thanarat. Tambahan pula, Sarit sememangnya bermatlamat untuk mempertingkatkan
pasukan ketenteraannya.
Pada tahun 1960, Sekolah Teknikal Militari SEATO telah ditubuhkan di Bangkok yang
merupakan hasil usaha bersama kerajaan Thailand dan Australia.19 Dalam pertubuhan ini
kerajaan Australia menyediakan bantuan yang hebat dalam latihan pasukan tentera yang akan
menjadi penyelia-penyelia teknikal, tenaga pengajar, mengetuai penghantaran sekolah-sekolah
dan bengkel-bengkel Diraja Ketenteraan Thailand, tentera laut dan tentera udara. Latihan tenaga
pengajar Thailand di Australia berterusan walaupun keterlibatan Australian di sekolah tersebut
berakhir pada tahun 1964.
Pada tahun 1965, kerajaan Thai dan Australia pula telah menubuhkan projek kerjasama
baru. Ia merupakan bengkel militari yang besar di Bangkok iaitu ‘Vehicle Rebuild Workshop.’20
Kerajaan Thai menyumbang sebanyak 60 peratus daripada perbelanjaan. Sumbangan Australia
pula terdiri daripada struktur keluli, alat-alat mesin dan peralatan bengkel dan pakar-pakar untuk
menyelia pemasangan peralatan dan melatih kakitangan. Selain itu, kerajaan Thai dan Australia
juga telah menyediakan Pusat Latihan Mekanik Motor (Motor Mechanics Training Center) bagi
menambahbaik Sekolah Latihan Teknikal Militari (Military Technical Training School) pada
17 Sejak tahun 1951, Amerika Syarikat di bawah Program Bantuan Militari (MAP), telah membantu mengukuhkan kemampuan pasukan bersenjata Thailand dalam misi-misi pertahanan mereka. Sejak tahun 1955, program ini dikendalikan dalam tempoh rangka kerja rancangan SEATO. Lihat. Ibid, hal. 49.18 Ibid, hal. 4919 Corrine Phuangkasem. 1973. Thailand and SEATO. Bangkok: Thai Watana Panich CO., LTD, hal., 49.20 Ibid, hal. 49.
tahun 1969.21 Justeru, pada tahun 1971, Thailand memiliki lebih kurang 170,000 angkatan
tentera dan bertujuan untuk mengembangkan angkatan bersenjatanya bagi menghadapi ancaman
komunis. 22
Selain itu, tentera Thailand juga turut bekerjasama dengan pihak Amerika Syarikat.
Tentera Udara Diraja Thai telah disusun semula dengan bantuan Kumpulan Penasihat Udara
Tentera Amerika Syarikat.23 Pada tahun 1960-1961, perlindungan ketenteraan daripada SEATO
ini meliputi keselamatan dalam negeri bagi menghapuskan ancaman daripada Parti Komunis
Thailand. Tentera Thailand juga mula terlibat di luar negara untuk membanteras komunis seperti
pada tahun 1960 di Laos. Seterusnya pada tahun 1964, Bangkok terlibat dalam perang di
Indochina dengan memberikan bantuan logistik bagi jet-jet pejuang dan pengebom Amerika
yang berpusat di Isan seperti di Khorat dan Nakorn Sawan (Thailand). Pada tahun 1964 juga,
Bangkok telah menghantar unit-unit tentera udara, laut dan darat untuk melancarkan gerakan
tentera di Vietnam sehingga mencapai jumlah 11 900 orang pada tahun 1969 atau hampir 14
peratus pasukan tentera negara.24 Bantuan militari Thailand ini adalah berdasarkan prinsip timbal
balas. Prinsip timbal balas ini secara tidak langsung telah menguatkan kedudukan militari
Thailand. Ini sekaligus telah mengangkat martabat golongan militari Thailand.
21 Ibid, hal. 49.22 Ibid, hal. 49.23 Victor Purcel. 1962. The Revolution in Southeast Asia. London: Thames and Hudson, hal., 140.24 Abu Talib Ahmad, 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd., hal. 226.
3.0 PERANAN GOLONGAN MILITARI THAILAND DALAM ASPEK EKONOMI
Peranan golongan militari yang telah mendominasi politik moden Thailand juga dapat
dilihat melalui aspek ekonomi. Sejarah ekonomi Thailand sebelum pemerintahan Sarit
menunjukkan bahawa Kerajaan Thailand telah berusaha untuk meningkatkan sektor
perindustrian bagi mengelakkan ekonomi rakyat Thailand daripada dimonopoli oleh pengusaha
Cina dan pelabur asing.25 Namun, usaha ini mengalami perubahan yang ketara pada penghujung
1950-an kerana sektor perindustrian Thailand tidak diurus dengan cekap. Sektor ini bukan sahaja
tidak mendatangkan pendapatan untuk kerajaan, malah kerajaan telah mengalami kerugian yang
teruk.
Setelah peralihan kuasa di bawah pemerintahan Sarit, beliau telah menerima saranan
daripada pihak Bank Dunia supaya menumpukan kepada sektor pembekalan kemudahan seperti
sumber tenaga, pengangkutan dan infrastruktur yang lain.26 Justeru, kerajaan Sarit sedar bahawa
terdapatnya persaingan pelaburan asing daripada perusahaan kerajaan dan prospek untuk
mendapat pinjaman luar akan bertambah baik dengan mengehadkan penglibatannya dalam sektor
perindustrian.27 Pada tahun 1961, Kerajaan telah memulakan langkah dalam mengembangkan
ekonomi Thailand dengan memperkenalkan polisi ekonomi bagi meningkatkan jumlah pekerja
dan mengembangkan pengeluaran. Rancangan Ekonomi Kebangsaan pertama (1961-1966) yang
diperkenalkan oleh Sarit merupakan batu loncatan kepada perkembangan ekonomi moden di
Thailand. Bagi memastikan statistik pendapatan Thailand bergerak lancar, Thai Technical and
Economic Cooperation Committee telah dibentuk manakala National Economic Development
Board (1959) dibentuk bagi menyediakan rancangan-rancangan ekonomi. Matlamat dalam polisi
25 George K. Tanham. 1974. Trial In Thailand. New York: CR Crane, Russak & Company, Inc. hlm. 47.26 James C. Ingram. 1971. Economic Change In Thailand (1850-1970). California: Stanford University Press, hlm. 231. 27 Victor Purcell. 1962. The Revolution In Southeast Asia. London Thames and Hudson, hlm. 142.
ekonomi ini tidak dapat dilaksanakan tanpa adanya kemudahan yang mencukupi termasuk
pengangkutan, kemudahan komunikasi, sumber tenaga dan lain-lain. Oleh itu, pelaburan bagi
meningkatkan infrastruktur di Thailand telah dilaksanakan dan akhirnya juga menyumbang
kepada perkembangan dan perluasan pertanian komersial di Thailand. 28
Sarit juga telah menumpukan kepada sektor perdagangan bebas untuk mengatasi
cengkaman penguasaan sektor industri oleh orang Cina dan orang asing serta terbentuknya
saluran-saluran untuk para pegawai kerajaan menikmati keuntungan daripada perusahaan baru
itu. Cara ini meliputi perlantikan pegawai-pegawai kerajaan sebagai pengarah-pengarah syarikat
baru itu. Sebagai pengarah, para pegawai akan menerima bayaran lumayan untuk perkhidmatan
dan mereka juga dapat mengawal dan menguruskan syarikat-syarikat ini dengan lebih cekap.
Dasar baru Sarit ini telah mendapat sambutan baik daripada pelabur swasta dan kebanyakan
perusahaan yang diwujudkan merupakan industri penggantian import. Perusahaan ini telah
dimiliki oleh golongan kapitalis dan secara tidak langsung telah memonopoli ekonomi di
Thailand.
Sarit telah membuat perubahan dalam kerajaan kerana polisi ekonominya yang terhad
dan peralihan daripada import kepada galakan eksport.29 Sarit menggalakkan pelaburan asing dan
dengan bantuan Amerika Syarikat serta agensi antarabangsa yang lain, pelbagai projek telah
dijalankan. Pada tahun 1960-an sehingga awal 1970-an, purata peningkatan ekonomi tahunan
Thailand meningkat sebanyak 8 peratus.30 Kebanyakannya adalah disumbangkan hasil
perbelanjaan ketenteraan Amerika Syarikat di Thailand semasa terlibat dalam perang di Vietnam.
28 Hirsch, P. 1990. Development Dilemmas in Rural Thailand. Singapore: Oxford University Press, hlm. 50. 29 Muhammed Halib and Tim Huxley, 1996, An Introduction To Southest Asian Studies, Tauris Academic Studies, London, hlm 199.30 Dixon, Chris J. 1999. The Thai Economy: Uneven Development and Internationalization. London:Routledge.,hlm. 81.
Kadar tukaran asing meningkat akibat bantuan pinjaman kewangan daripada luar negara serta
pelaburan asing yang khususnya daripada Jepun, Amerika Syarikat dan Taiwan.
Selain itu, peranan militari juga dapat dikenalpasti dalam sektor pertanian. Buktinya,
Sarit telah menjalankan dasar mempelbagaikan jenis tanaman.31 Antara tempoh 1950 sehingga
1967, perangkaan menunjukkan bahawa keluasan kawasan tanaman padi telah meningkat
sebanyak 15%.32 Manakala keluasan kawasan untuk tanaman lain juga telah bertambah sebanyak
empat kali ganda. Menjelang tahun 1968, keluaran tanaman padi berjaya menghasilkan 33%
daripada pendapatan sektor pertanian.33 Di samping itu, sumbangan dalam sektor pertanian juga
dapat dilihat melalui pelbagai jenis tanaman yang lain seperti jagung, ubi kayu, kenaf, kapok,
kelapa, getah, tebu, buah-buahan dan sayur-sayuran.34 Jumlah getah, bijih timah dan makanan
laut juga meningkat.
Rancangan Ekonomi Kebangsaan Kedua (1967-1971) juga telah diperkenalkan semasa
pentadbiran Thanom. Skop rancangan ini telah di lanjutkan bagi mempertimbangkan isu-isu
sosial dan nama rancangan ini telah diubah kepada “National Economic and Social Development
Plan.” Rancangan ini menyentuh mengenai pendidikan dan tenaga kerja. Tumpuan yang lebih
diberikan kepada aspek ketidaksamaan pekerjaan dan juga meningkatkan pertanian.35 Rancangan
baru ini juga menyentuh peranan sektor swasta dalam perkembangan industri, perdagangan dan
perkhidmatan. Pertumbuhan sektor perindustrian sangat menggalakkan dan tertumpu kepada
pengeluaran barang penggantian import seperti kaca, plastik, kasut, tayar, alatan rumah, radio
31Ibid. hlm. 81. 32 Ibid.33 Ibid.34 James C. Ingram. Economic Change In Thailand (1850-1970), hal. 261. 35 Dixon, Chris J. 1999. The Thai Economy: Uneven Development and Internationalization. London:Routledge, hlm. 82-83.
dan barang-barang elektronik kecil.36 Beberapa matlamat dalam polisi ditetapkan bagi
meningkatkan sektor industri dan komersial termasuk menyediakan insentif bagi pelaburan,
terutamanya dalam aktiviti pelaburan asing dan bagi memperkenalkan sistem perbankan sebagai
penyedia asas bantuan kewangan dalam perdagangan dan pengeluaran.
Maka, dapatlah dikatakan bahawa Thailand telah mencatatkan kadar pertumbuhan
ekonomi yang menggalakkan semasa berada dalam pentadbiran Sarit dan Thanom. Hal ini
demikian kerana, bentuk pentadbiran Sarit dan Thanom lebih terbuka berbanding pada era
pemerintahan Monarki yang sangat berpusat kepada raja. Hal ini dapat dibuktikan dengan
merujuk kepada Jame C.Ingram:
“Total merchandise import have risen dramatically from 2.5 billion bath in 1950 to 26.9 billion in 1969...”37
Sehubungan itu, jelas terbukti peranan golongan ketenteraan dalam pemerintahan Thailand 1957
sehinggga 1970-an telah membawa satu kemajuan serta perkembangan yang baik terhadap aspek
ekonomi. Pentadbiran golongan militari yang sistematik telah menyebabkan pertumbuhan pesat
tanpa mengalami inflasi yang teruk.
4.0 PERANAN GOLONGAN MILTARI DALAM ASPEK SOSIAL
Peranan militari dalam bidang sosial melibatkan kebajikan dan keselamatan yang
dinikmati oleh masyarakat. Masyarakat Thailand bebas bergerak tanpa sekatan dan rasa terjamin
kerana perlindungan keselamatan yang diberikan. Kebajikan masyarakat dilindungi dengan
mendapat sokongan Sarit dan keperluan makanan terjamin kerana mendapat perlindungan
36 James C. Ingram. Economic Change In Thailand (1850-1970), California: Stanford University Press, hlm. 261. 37 Ibid, hlm.289.
ketenteraan. Peranan militari ke arah perlindungan yang menjamin keselesaan kepada rakyat
Thailand untuk melakukan aktiviti harian tanpa rasa bimbang.38
5.0 KESAN PERANAN MILITARI DI THAILAND
5.1 Kesan Positif Pentadbiran.
Pentadbiran yang licin dan tersusun merupakan kesan positif peranan golongan militari di
Thailand. Justeru, pada tahun 1958 menyaksikan kepentingan militari semakin bertambah
disebabkan organisasi tentera yang menpunyai hubungan baik dangan pemerintah. Peranan
golongan militari menjadikan pentadbiran semakin bertambah tersusun. Konsep militari masih
menerima pengaruh Barat dan mendapat tempat dengan mengadakan hubungan yang baik
dengan pemerintah. Pentadbiran menjadi tersusun dengan lebih baik dan bersifat formal kerana
konsep militari yang mementingkan etika dan peraturan.39 Pada akhir tahun 1950-an, biokrasi
militari berpengaruh menyekat serta mewujudkan latihan ketenteran untuk mengelakkan
serangan musuh. Golongan militari Thailand memainkan peranan penting di dalam mengawasi
perkembangan perkhidmatan kerajaan awam. Kuasa militari berpengaruh dalam mengawal
perkhidmatan awam seperti dalam jabatan pentadbiran kerajaan.
Era 1973 hingga 1976 telah membawa perubahan politik baru dalam kerajaan Thailand.
Para pemimpin tentera yang mempunyai kaitan dengan institusi ketenteraan Thailand telah
membuat satu langkah yang agak drastik dengan menggugurkan jawatan mereka sebagai
pegawai tertinggi tentera. Perkara ini berlaku bertujuan untuk mengaburi kaca mata masyarakat
38 Kobkua Suwannathat - Pian, 2003, Kings, Country, and Constitutions, Thailand’ s Political Development, 1932-2000, London, Reotledge Curzon, Analysis of Thai Constitution, hlm 164. 39 David Joel Steinberg et.al, 1981, Mengenal sejarah Asia Tenggara Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 438.
yang melihat institusi kerajaan bebas daripada belenggu tentera. Pada 14 Oktober 1973 telah
menyaksikan kejatuhan pemerintahan tentera Thanom kerana demokrasi yang membantah
tindakan kerajaan menyekat suara pelajar dan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan serta
keinginan rakyat yang mahukan perlembagaan yang lebih demokratik dan pilihanraya yang lebih
telus. Pelajar-pelajar membuat protes menentang penindasan politik dan berterusan kepada
konfrontasi secara besar-besaran dengan pihak polis di jalan-jalan di Bangkok.40 Justeru, keadaan
yang kelam kabut telah memaksa raja untuk campur tangan dengan mengusir Thanom dan
Praphas. Kemudiannya, Sanya Thammasak telah dilantik menjadi perdana menteri.
Perkembangan ekonomi, pendidikan yang meluas dan komunakasi yang berkesan telah
menimbulkan kesedaran politik dalam kalangan rakyat. Pada tahun 1968, Thanom
mengisytiharkan perlembagaan baru dan pada 1969, satu pilihan raya telah bagi mewujudkan
parlimen baru.41 Namun, usaha Thanom mengistiharkan perlembagaan baru dan satu pilihanraya
diadakan bagi mewujudkan satu parlimen baru dianggap sia-sia kerana menimbulkan
ketidakpuasan hati masyarakat Thailand. Hal ini disebabkan pengimplementasian dasar yang
bertentangan pada tahun 1971 iaitu pembubaran parlimen dan halangan kepada parti-parti
politik.42
Kewujudan akademi ketenteraan menggalakkan penubuhan akademi ketenteraan seperti
Akademi Chulachomklao Royal Military pada tahun 1968 menjadi kunci kepada asas kepada
ketenteraan yang utama. Young Turks merupakan tempat latihan ketenteraan yang melibatkan
peraturan serta penggunan pengajian perniagaan yang di ajar di dalam akademi ketenteraan ini.
Kelas 5 yang ada pada akademi ini menentukan tahap penguasaan pelajar bukan sahaja dalam
40 Peter Church (Ed.). 1999. A Short History Of South East Asia. Asian Focus Group Pty.Limited, hlm. 165.41 Peter Church (Ed.). 1999. A Short History Of South East Asia. Asian Focus Group Pty.Limited, hlm. 164.42 Peter Church (Ed.). 1999. A Short History Of South East Asia. Asian Focus Group Pty.Limited, hlm. 164.
bidang ketenteraan malahan pelajar akademi ini mempelajari bidang perniagaan serta pertanian
yang turut di ajar di akademi ini. Pertubuhan akademi ini berperanan penting di Thailand kerana
dapat melahirkan masyarakat yang bukan sahaja berkemahiran ketenteraan malahan mempunyai
ilmu perniagaan serta pertanian.43
5.2 Hubungan dengan Kuasa Luar
Pemerintahan Sarit dan Thanom telah membawa kepada hubungan rapat antara Thailand
dan Amerika Syarikat. Thailand telah menerima lebih daripada 1 bilion USD dalam bantuan
tentera dan ekonomi. Hubungan rapat ini dapat dibuktikan melalui kesediaan Thailand
membenarkan Amerika Syarikat membina pangkalan tentera untuk tujuan melancarkan serangan
bom ke atas Vietnam.44 Kesan penglibatan Thailand dalam membantu Amerika Syarikat telah
menimbulkan kebencian oleh negara China dan Vietnam Utara dan beberapa negara Dunia
Ketiga yang membantah Perang di antara Vietnam dan Amerika Syarikat.
Keadaan ini juga semakin parah apabila Thailand terpaksa berhadapan dengan masalah
dalaman yang amat merugikan iaitu pemberontakan yang dicetuskan oleh China dan Vietnam
Utara telah membangkitkan nasionalisme yang menentang kehadiran tentera asing di bumi
Thailand.
Kesan Negatif
43 William Case, 2002, Politics In Southest Asia, Routledge Curzon, London, hlm 152.44 David Joel Steinberg et.al, 1981, Mengenal sejarah Asia Tenggara Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 438.
Pemerintahan demokrasi berperlembagaan tidak dapat dilaksanakan dengan baik boleh
dikaitkan dengan latarbelakang pemerintah Thailand yang kebanyakannya berlatarbelakangkan
ketenteraan. Justeru, mereka berkecenderungan untuk memerintah secara diktator dan
meminggirkan prinsip-prinsip demokrasi. Semasa pemerintahan Sarit Thanarat, amalan
demokrasi telah hilang dari sudut demokrasi pemerintahan. Dalam hal ini, amalan demokrasi
yang dimaksudkan ialah kehilangan kedaulatan rakyat dan kemuncaknya parlimen telah dikuasai
oleh golongan birokrasi dan raja. Hal ini diburukkan lagi dengan sikap rakyat Thailand yang
memandang rendah terhadap politik yang disifatkan kotor, tidak bermoral, pemerintahan penuh
dengan korupsi, mementingkan diri serta tidak cekap. Oleh yang demkian, pegawai-pegawai
tentera yang bangun memberontak telah menanggap bahawa ahli-ahli politik yang menguasai
parlimen tersebut sebagai “pelacur politik” serta menghalang kepada perjalanan pentadbiran
negara. Oleh itu, dalam sistem pentadbiran militari di Thailand, golongan tentera seringkali
merampas kuasa politik. Masalah ini menjadi tunjang utama kepada kelemahan pentadbiran di
Thailand pada awal perlaksanaannya.
Kelemahan Pemimpin
Seterusnya, Thanom Kitikachun juga merupakan antara pemerintah Thailand yang
lemah. Ini kerana beliau telah menjalankan pemerintahan secara kuku besi yang akhirnya telah
menimbulkan pemberontakan daripada penduduk Thailand. Semasa pemerintahan Thanom,
rasuah berlaku secara berleluasa dan dia tidak mampu mengawal masalah ekonomi yang sangat
teruk di negaranya seperti masalah inflasi dan juga ketidakseimbangan perdagangan di samping
peluang pekerjaan yang semakin berkurang. Thanom juga enggan untuk melancarkan
perlembagaan.45 Kelemahan pemerintahan Thanom ini mendorong kepada berlakunya
45 Virginia Thompson .1967. Thailand: The New Siam. New York: Paragon Books Reprint Corporation, hlm. 272.
pemberontakan. Pada tahun 1973, dianggarkan 200 ribu orang telah mengambil bahagian dalam
demonstrasi menentang kerajaan Thailand di bawah pemerintahan Thanom dan menuntut supaya
kerajaan Thanom mengembalikan perlembagaan negara.46 Namun, Thanom telah bertindak
kejam terhadap mereka yang terlibat dalam demontrasi tersebut. Tembakan dilepaskan kepada
mereka yang terlibat dalam tunjuk perasaan. Tindakan ini telah menimbulkan peristiwa berdarah
pada 14 Oktober 1973 yang dikenali sebagai Wan Maha Wipayok (Hari Kecelakaan Besar).47
Ekoran daripada itu kredibiliti Thanom sebagai pemerintah ketenteraan semakin tergugat. Ini
akhirnya telah memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan melarikan diri
keluar negara bersama anaknya Narong Kitikachun.48 Berdasarkan contoh yang diberikan dapat
disimpulkan bahawa kelemahan pemimpin dalam pemerintahan menyebabkan timbul kekacauan
dalam pentadbiran di Thailand. Keadaan ini menyebabkan pentadbiran tidak dapat berjalan
dengan lancar ekoran daripada tentangan daripada rakyat.
Kesan negatif seterusnya ialah pemusatan kuasa oleh kerajaan pusat. Pada dasarnya,
pemusatan kerajaan pusat boleh diperhatikan dari aspek pendidikan, agama dan politik.
Pemusatan kuasa kerajaan ini boleh diperhatikan melalui dasar-dasar yang diperkenalkan oleh
pemerintah dalam jangka waktu pemerintahannya. Sarit Thanarat telah mengangkat dirinya
sebagai Perdana Menteri yang mempunyai kuasa penuh dalam menentukan arah politik negara
kerana tentera berada di bawahnya secara langsung. Sebagai seorang nasionalis konservatif yang
berpendidikan tentera di dalam negeri, Sarit berusaha mengangkat semula kedudukan institusi
monarki serta memperkuatkan kedudukan birokrasi.49 Ini menyebabkan terdapatnya unsure
paksaan dan pemusatan kerajaan pusat oleh Sarit. Antaranya ialah melalui pelaksanaan politik
46 Ibid.47 Ahmad Omar Chapakia .2000. Politik Thailand dan Masyarakat Islam di Selatan Thailand. Kedah: Pustaka Darul Salam Sdn. Bhd, hlm. 145.48 Ibid.49 Ibid. hlm. 138
asimilasi paksaan terhadap masyarakat Islam di Selatan Thailand.50 Proses asimilasi paksaan ini
dilakukan di bawah Rancangan Pembangunan Ekonomi Kebangsaan. Melalui rancangan ini
beberapa projek pembukaan tanah telah diluluskan. Pada tahun 1960, tumpuan telah diberikan
kepada tiga wilayah iaitu Yala, Narathiwat dan Satun. Di wilayah Yala sebanyak 200, 000 rai
tanah telah dibuka, di Narathiwat sebanyak 690,000 rai dan di Satun pula sebanyak 211,470.51
Namun begitu, majoriti penduduk yang ditempatkan dalam projek ini adalah terdiri daripada
masyarakat Buddha yang dibawa dari kawasan Utara Thailand. Bilangan mereka bertambah
dengan cepat dan berkembang menjadi sebuah perkampungan besar yang didominasi oleh
masyarakat Buddha. Projek ini sememangnya mendapat tentangan daripada masyarakat Islam
Selatan. Walaubagaimanapun, sebagai penduduk minoriti mereka terpaksa menerima rancangan
yang dijalankan oleh kerajaan pusat. Dalam keadaan yang tidak berdaya ini mereka telah
menubuhkan satu gerakan secara sembunyi. Pada umumnya pergerakan ini menjurus kepada
penentangan terhadap kerajaan Thailand secara menyeluruh.52
Semasa pemerintahan Thanom, pemusatan kuasa kerajaan pusat lebih tertumpu kepada
aspek pendidikan. Pada 14 Januari 1964, kerajaan Thanom telah membentuk jawatankuasa
pembangunan di Selatan Thailand iaitu Khana Kammakankan Phattana Changwad Chaiden Pak
Tai (Ahli Jawatankuasa Pembangunan Wilayah-Wilayah Sempadan Selatan). Ahli jawatankuasa
ini diketuai oleh Jeneral Thanad Khoman (Menteri Luar Negeri).53 Tugas penting jawantankuasa
ini ialah merintis dan melaksanakan projek-projek pembangunan yang dapat menguasai
kedudukan masyarakat Islam di Selatan Thailand. Pemusatan kerajaan Thanom terhadap wilayah
di selatan boleh dilihat dengan jelas dari segi pendidikan. Thanom telah bertindak menguasai
50 Ibid. hlm. 14651 Ibid. hlm. 141.52 Ibid. hlm. 14253 Ibid. hlm. 143
pondok yang merupakan institusi pendidikan terpenting bagi penduduk Islam di wilayah
tersebut. Pada tahun 1965, kerajaan Thanom telah melaksanakan rancangan pendidikan baru
yang dikenali sebagai “Rancangan Mengubahkan Pondok Menjadi Sekolah-Sekolah Rakyat
Mengajar Agama Islam”. Tujuan penting rancangan ini ialah menamatkan sistem pendidikan
pondok dan diganti dengan sistem sekolah yang perjalanannya dapat dikawal oleh Kementerian
Pelajaran.54 Pada tahun 1966, kerajaan mengharamkan penubuhan pondok baru. Manakala,
pondok yang telah berdaftar dipaksa mengubah kepada sekolah dalam tempoh antara tiga hingga
lima tahun. Jika tidak berbuat demikian akan dianggap sebagai kesalahan undang-undang.
Antara perubahan penting dalam pertukaran sistem pendidikan ialah sistem sekolah baru
diwajibkan mengajar akademik menggunakan bahasa Thailand. Manakala guru-gurunya dihantar
oleh kerajaan yang pada umumnya terdiri daripada guru-guru Buddha.55 Sistem pendidikan baru
yang diperkenalkan oleh kerajaan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan
penduduk Islam khususnya Tuk Guru yang menyebabkan mereka mengambil langkah menutup
pondok dan menyertai pergerakan menentang kerajaan.
Seterusnya berlakunya pemusatan kuasa kerajaan dari segi agama. Keadaan ini dapat
dilihat dengan jelas semasa pemerintahan Phibun Songgram. Phibun Songgram merupakan
seorang ultra nasionalis yang bercita-cita tinggi untuk menyatukan semua rakyat Thailand untuk
menjadi sebuah negara yang unggul.56 Antara salah satu cara untuk mencapai matlamat adalah
melalui proses pensiaman penduduk Thailand melalui agama Buddha. Oleh itu, melalui dasar ini
masyarakat Islam di Selatan Thailand tidak dibenarkan menggunakan nama Melayu, berpakaian
Melayu, bercakap dan menulis dalam bahasa Melayu serta dilarang mempelajari agama Islam.
54 Ibid. hlm. 144.55 Ibid. 56 Nik Anuar Nik Mahmud. 1999. Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 49
Selain itu, Phibun Songgram turut menghapuskan undang-undang Islam.57 Seterusnya pada tahun
1944 jawatan kadhi telah dihapuskan. Kesemua masalah yang berkait dengan soal nikah cerai
dan harta pusaka diuruskan berasaskan undang-undang Sivil. Selepas perang dunia kedua,
pentadbiran pattani dan kerajaan tempatan diletakkan di bawah kawalan Bangkok.58
6.0 KESIMPULAN
Revolusi rakyat yang meletus pada tahun 1973 telah menggulingkan kerajaan Thanom
Kittikachorn yang melibatkan golongan pelajar, pekerja, petani dan juga golongan kelas
menengah di Bangkok. Perpecahan dalam kalangan pegawai tentera yang terlibat dalam
rampasan kuasa tahun 1957 melemahkan lagi kerajaan Thanom Kittikachorn yang bersifat
ketenteraan.
57 Syed Serajul Islam. 2005. The Politics of Islamic Identity in Southeast Asia. Singapore: Thompson Learning. hlm. 83.58 Ibid.