KONVENSIONAL Bagaimana pendapatan dan kekayaan
negara diagihkan di antara pelbagai faktor pengeluaran yang memberi sumbangan untuk mendapatkan kekayaan tersebut (pengagihan faktor/pengagihan fungsian)
ISLAM Bagaimana pendapatan dan kekayaan
negara dapat diagihkan di antara faktor pengeluaran (agihan pendapatan fungsian) dan juga bukan faktor pengeluaran (agihan pendapatan perseorang)
Aspek pengagihan pendapatan fungsian dalam ekonomi konvensional adalah penting kerana ia memberi kesan kepada banyak aspek ekonomi kebajikan seperti pendapatan isi rumah, agihan penggunaan sumber2 ekonomi dan insentif kepada penglibatan faktor2 pengeluaran.
Pendapatan yang diperolehi oleh faktor2 pengeluaran tersebut menentukan pula kedudukan agihan pendapatan perseorangan dalam sesebuah negara.
Ekonomi Islam turut melihat aspek ini penting kerana ia memberi implikasi secara langsung kepada kebajikan manusia. Allah berfirman dalam surah al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud :
“…supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang –orang kaya sahaja di antara kamu…”
Dalam kaitan dengan pengagihan fungsian yang melibatkan buruh dan upah, Rasulullah telah bersabda :
“sesiapa yang bekerja dengan kami, sekiranya dia belum lagi beristeri maka ia kan dibayar gaji sehingga ia mampu beristeri, sekiranya ia belum lagi mempunyai seorang pembantu maka ia akan dibayar gaji sehingga ia mampu mendapatkan seorang pembantu dan sekiranya ia belum lagi mempunyai sebuah rumah maja ia mestilah diberi gaji yang memampukannya memiliki sebuah rumah” (riwayat bukhari dan muslim)
Pengagihan fungsian yang melibatkan faktor tanah dan sewa pula. Muslim meriwayatkan bahwa Jabir bin ‘Abd Allah melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada beberapa orang yang mempunyai tanah yang berlebihan dengan sabdanya :
“ barangsiapa yang mempunyai tanah lebihan, mestilah mengusahakannya atau dipinjamkan kepada saudaranya untuk dimanfaatkan. Jika saudaranya itu enggan menerimanya, maka dia mestilah memelihara tanah tersebut” (riwayat bukhari dan muslim)
Tujuan pengagihan ini adalah untuk merealisasikan aspek keadilan dan kebajikan terlaksana dalam suasana yang harmonis di kalangan pihak-pihak yang terlibat.
ADIL IHSAN
Meletakkan sesuatu pada tempatnya
Memberikan sesuatu pada yang berhak menerimannya
4 faktor : Buruh- upah Modal- keuntungan/sewa Tanah- sewa Usahawan- keuntungan
Belas kasihan daripada golongan kaya kepada golongan miskin (pengagihan kekayaan kepada bukan faktor pengeluaran)
Cth : Zakat- 8 asnaf Faraidh- pewaris Cukai-umum Sedekah tatawwu’
Beberapa sarjana Islam seperti shafi’, siddiqi, Muslehuddin, Rahman, iqbal dan al-Zarqa’ telah menggariskan beberapa matlmat pengagihan harta dan kekayaan dalam ekonomi Islam iaitu :
1) Mewujudkan sebuah sistem ekonomi yang praktikal
2) Setiap individu mendapat hak masing-masing.3) Membasmi penumpuan harta
Ekonomi Konvensional Aspek pengagihan fungsian adalah tertaktuk
kepada sumbangan unit-unit ekonomi dalam mengambil bahagian untuk mengeluarkan harta.
Unit-unit ekonomi ini dikenali sbg faktor2 pengeluaran.
Dalam tulisan2 mengenai sistem ekonomi kapitalis, faktor2 pengeluaran terbahagi kepada empat iaitu modal, buruh, tanah dan pengusaha.
Menurut sistem kapitalis ini lagi, harta yang dihasilkan melalui gabungan empat faktor ini hanya diagihkan kepada keempat-empat faktor ini sahaja melalui agihan seperti :
1) Satu bahagian diberi kepada modal dalam bentuk ‘bunga atau faedah’
2) Bahagian kedua diberi kepada buruh dalam bentuk ‘upah’3) Bahagian ketiga diberi kepada tanah dalam bentuk ‘sewa’4) Bahagian keempat atau lebihan daripada ketiga-tiga
bahagian di atas diberikan pengusaha dalam bentuk ‘untung’
Dalam sistem sosialis, ‘modal’ dan ‘tanah’ tidaklah merupakan hakmilik perseorangan tetapi adalah merupakan hakmilik negara atau hakmilik bersama secara kolektif.
Soal ‘bunga’ dan ‘sewa’ tidak wujud serta ‘pengusaha’ bukanlah seorang individu tetapi negara itu sendiri. Begitu juga tidak wujud soal untung dan hanya buruh sahaja mendapat hak upah.
Ekonomi Islam. Pandangan terhadap pengagihan pendapatan dan
harta berbeza daripada kedua-dua sistem kapitalis dan sosialis.
Sarjana2 Islam bersepakat bahawa dalam sistem ekonomi Islam, terdapat dua golongan manusia yang mempunyai hak terhadap harta yang dihasilkan atau dikeluarkan iaitu : Mereka yang mempunyai hak utama (primer) – golongan
ini merupakan faktor2 pengeluaran yang telah mengambil bahagian dalam proses pengeluaran. Hak ini terdapat dalam bentuk upah, sewa dan untung.
Mereka yang mempunyai hak kedua (sekunder) – golongan yang tidak terlibat secara langsung dalam pengeluaran. Hak mereka diperolehi melalui ketetapan2 yang telah ditetapkan Allah S.W.T ke atas pengeluar2 harta untuk jadikan mereka ini sebagai rakan kongsi terhadap pengeluar2 tersebut.
Hak jiran tetangga Korban hari raya haji Kafarah kesalahan dalam agama Hak mencukupi terhadap fakir miskin
Peranan perbendaharaan negara Islam (Baitul Mal)
Berfungsi secara positif kepada pengagihan semula harta.
Hubungan yang jelas antara baitulmal dengan usaha ke arah pengagihan.
Aktiviti riba’ Ihtikar (penguasaan dan
menyorokkan barangan keperluan orang ramai)
Penipuan dalam perniagaan.