PROFESOR MADYA DR. ABDUL RASID JAMIAN
JAB. PEND. BAHASA DAN KEMANUSIAAN
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKANUNIVERSITI PUTRA [email protected]
EED 3217 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-
KANAK
NYANYIAN/MUZIK DAN KANAK-KANAKKanak-kanak berasa seronok menyanyi
bersama-sama atau dalam bentuk kumpulan besar.
Kanak-kanak masa kini pandai menyanyi lagu yang lebih kompleks dan berbagai-bagai jenis lagu.
Nyanyian adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan pada kanak-kanak. Suara adalah alat muzik semula jadi iaitu kanak-kanak dapat menggunakannya bagi meluahkan perasaan mereka melalui nyanyian.
Nyanyian melalui permainan jari
Kanak-kanak menyanyi disampaikan melalui permainan jari.
Pergerakan ini ditumpukan kepada pergerakan jari dekat dengan paras mata. Pergerakan permainan ini disukai oleh kanak-kanak dan ia boleh diiringi dengan nyanyian ataupun secara pertuturan seperti nyanyian berulang-ulang atau dikenali sebagai ratib. Contoh:
Labah-labah Laili
Labah-labah Laili cuba panjat perigi
Bila hujan turun labah cepat lariTerbit matahari air tiada lagiLabah boleh panjat sekali lagi
Lagu berbentuk permainanLagu jenis permainan membolehkan
kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sepermainan secara langsung.
Dalam permainan ini mereka akan menyanyi, bermain dan bergembira. Aktiviti ini akan mengeratkan lagi hubungan sesama mereka.
Contoh:
Nenek-nenek si bongkok tiga
Nenek-nenek si bongkok tigaSiang malam asyik berjagaMencari cucu di mana ada
Nenekku kahwin dengan anak raja.
Cucu-cucu tak dapat lariNenek ada tongkat sakti
Sekarang nenek nak cari gantiSiapa yang kena dia yang jadi.
Lagu unsur nasihat dan ucapan
Lagu ini adalah lagu yang mengandungi irama ucapan, seperti selamat datang, selamat pagi ataupun selamat tinggal.
Manakala lagu berunsur nasihat adalah lagu yang mengandungi peringatan dan boleh dijadikan panduan hidup.
Lagu ini mengandungi nilai-nilai murni, moral dan nasihat.
Kebanyakan lagu-lagu ini berunsur peringatan berkaitan dengan aktiviti harian,unsur nasihat dan ucapan
Senjakala Asar sudah lepasHari sudah petangBermain sudah
puasMari kita pulang. Senjakala senjakalaMari kita pulang.
Malam sudah datangSiang sudah pergiSekarang kita
pulangEsok datang lagi.Senjakala senjakalaEsok datang lagiSenjakala senjakalaMari kita pulang Senjakala senjakalaEsok datang lagi.
Lagu berbentuk serantau
Lagu-lagu begini dinyanyikan oleh kanak-kanak tanpa disedari ia mempunyai ilmu untuk memperkenalkan sesuatu tempat, budaya dan masyarakat sesuatu negara atau tempat.
Lagu-lagu jenis ini biasanya dinyanyikan dalam bahasa ataupun loghat bahasa tempat asalnya.
Wau bulan
Eh wa buleEh wa buleEh wa bule teraju tigo (2X)Eh wa buleEh wa buleEh wa bule teraju tigo (2X)
Lagu TradisionalKanak-kanak yang tinggal di luar bandar
adakala sering juga menyanyikan lagu-lagu tradisional yang diajar oleh kedua ibu bapa mereka. Ini kerana lagu tradisional menggambarkan kebudayaan dan nilai-nilai bangsa dan negara.
Memberi peluang kepada generasi kini mengenali identiti kebangsaan.
Banyak lagu tradisional kanak-kanak berunsur jenaka dan juga memberikan nasihat dan nilai-nilai kepada kanak-kanak.
Anak ikan Anaklah ikanlah ikanDimakan ikan (2X)Ikan bernama tenggiriIkan tenggiri (2X)Hilanglah buntatlah
buntatBerganti intan (2x)Intan bernama negeriPayung negeri (2x)
Anaklah ikanlah ikanDimakan ikan (2x)Anak seluang dimakanIkan cencaru (2x)Ramailah datanglah
datangOrang yang datang (2x)Menyambut barulah
baruPengantin baru.
Beberapa unsur lagu lain juga mempengaruhi jiwa kanak-kanak. Pengaruh ini berdasarkan iklim budaya, tempat tinggal, persekitaran dan didikan keluarga.
Antaranya ialah lagu berunsur teka-teki dan lagu nasyid. Kedua-dua lagu begini dapat membangun kecergasan dan kreativiti kanak-kanak.
KesimpulanSebenarnya semua puisi tradisional boleh
dilagukanIni seperti PantunSyairGurindamSelokaManteraNazamContoh:
Cuba anda pula yang melagukan puisi tradisional.
Selamat mencuba…………