FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN PELAJAR
TINGKATAN EMPAT ALIRAN VOKASIONAL DALAM MENJALANKAN
AKTIVITI KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK NEGERI
SELANGOR.
MUZLIFAH BINTI SAADON
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN PELAJAR
TINGKATAN EMPAT ALIRAN VOKASIONAL DALAM MENJALANKAN
AKTIVITI KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
NEGERI SELANGOR.
MUZLIFAH BINTI SAADON
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
iii
DEDIKASI
Di ruangan ini, Ku tujukan khas buat.................
Suami yang dikasihi
Khairisham Bin Ismail
Yang terlalu banyak berkorban untukku.
Ayahanda dan Bonda
Terima kasih atas doa dan sokongan mu
Anak-anak
Khairisyahmie Bin Khairisham
Khairi Hamizan Bin Khairisham
Khairi Auni Amirah Binti Khairisham
Khairi Mifzal Bin Khairisham
Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada anak-anak ku
di masa hadapan.
Sesungguhnya Kejayaanku Bukan Untukku Sahaja......................................
Untuk Kita Kongsi Bersama................................................
Terima kasih........
iv
PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada
Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam.
Penulis ingin merakamkan tulus ikhlas kepada suami, ibu dan ayah yang telah
banyak memberikan nasihat dan dorongan untuk terus gigih belajar di puncak
menara gading.
Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu Prof.
Madya Dr Widad Binti Othman yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan
serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian ini.
Ucapan terima kasih juga kepada Pengetua Sekolah Menengah Teknik Sg.
Buloh, Pengetua Sekolah Menengah Teknik Klang, Pengetua Sekolah Menengah
Teknik Kajang dan Pengetua Sekolah Menengah Teknik Shah Alam serta guru-guru
yang telah banyak memberi kerjasama semasa kajian ini dijalankan.
Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu-individu yang
terlibat secara tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.
v
ABSTRAK
Penyelidikan ini bertujuan melihat faktor-faktor yang mempengaruhi
penglibatan pelajar tingkatan empat dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di
Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Faktor-faktor yang dikaji ialah faktor
latar belakang keluarga, minat, pengetahuan dan kemahiran. Seramai 105 orang
responden yang mewakili keseluruhan populasi terlibat dalam penyelidikan ini. Data
dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian “
Statistical Package of the Sosial Sciences” (SPSS). Sampel kajian terdiri daripada
pelajar-pelajar vokasional yang menyertai kelab keusahawanan di Sekolah
Menengah Teknik Kajang, Sekolah Menengah Teknik Selangor, Sekolah Menengah
Teknik Shah Alam dan Sekolah Menengah Teknik Klang. Hasil kajian dibentangkan
dalam bentuk kekerapan, dan peratus. Dapatan menunjukkan bahawa pengetahuan,
kemahiran dan minat mempengaruhi penglibatan pelajar dalam aktiviti
keusahawanan di sekolah. Adalah diharapkan pihak-pihak yang berkenaan akan
merangka lebih banyak program dan aktiviti keusahawanan supaya pendidikan itu
menjadi lebih efektif dan produktif.
vi
ABSTRACT
This research was done to determine the factors that influence the
involvement of form four students in entrepreneurship activities at Technical
Secondary School in Selangor. The factors included family background, interest,
knowledge and skills. There were 105 respondents representing the whole
population involved in the research. The samples of the research were the vocational
students that joined the entrepreneurship club in them school. Data collected from
the questionnaires distributed to the respondents were processed using SPSS.
Results of study were presented in the form of frequencies and percentages. It was
found that knowledge, skills and interest were the factors influenced the students’
involvement in entrepreneurship activities at school. It is hoped that those who
responsible would plan more programs and entrepreneurship activities so as to make
this subject more effective and productive.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Objektif Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop dan Batasan Kajian 9
1.8 Definasi Terminologi 10
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pelajar
Dalam Menjalankan Aktiviti Keusahawanan
2.2.1 Faktor Latar Belakang Keluarga 13
2.2.2 Faktor Minat 14
2.2.3 Faktor Pengetahuan 16
2.2.4 Faktor Kemahiran 18
ix
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 23
3.2 Rekabentuk Kajian 23
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 24
3.4 Instrumen Kajian 24
3.5 Kajian Rintis 27
3.6 Prosedur Kajian 28
3.7 Penganalisisan Data 29
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 31
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 32
4.2.1 Jantina 32
4.2.2 Tempat Tinggal 32
4.2.3 Bangsa 33
4.2.4 Pekerjaan Bapa 33
4.2.5 Pekerjaan Ibu 34
4.2.6 Perniagaan Sambilan Bapa dan Ibu 34
4.3 Analisis Persoalan Kajian 35
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 36
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 39
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 41
4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 44
x
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 47
5.2 Rumusan 48
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 49
5.3.1 Faktor Latar Belakang Keluarga 49
5.3.2 Faktor Minat 50
5.3.3 Faktor Pengetahuan 52
5.3.4 Faktor Kemahiran 53
5.4 Cadangan 53
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 55
5.6 Penutup 56
RUJUKAN 57
LAMPIRAN
LAMPIRAN A Surat Pengesahan Penyelidikan UTM 63
LAMPIRAN B Surat Kebenaran Bahagian Perancangan dan 65
Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM
LAMPIRAN C Surat Kebenaran Penyelidikan 68
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
LAMPIRAN D Borang Soal Selidik 71
LAMPIRAN E Analisis Kajian Rintis (Alpha Croncbach) 79
xi
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Kandungan Soal Selidik 25
3.2 Cara Pemarkatan Aspek Latar Belakang Keluarga, Minat,
Pengetahuan dan Kemahiran Pelajar. 26
3.3 Perubahan Skala Lima Mata Kepada Skala Tiga Mata 30
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 32
4.2 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 33
4.4 Taburan Responden Mengikut Bangsa 33
4.5 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa 34
4.6 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu 35
4.7 Taburan Responden Mengikut Perniagaan
Sambilan Bapa dan Ibu 35
4.8 Analisis Faktor Latar Belakang Keluarga 37
4.9 Purata Taburan Peratus Responden Mengikut Faktor
Latar Belakang Keluarga 38
4.10 Analisis Faktor Minat 39
4.11 Purata Taburan Responden Mengikut Faktor Minat 41
4.12 Analisis Faktor Pengetahuan 42
4.13 Purata Taburan Responden Mengikut Faktor Pengetahuan. 44
4.14 Analisis Faktor Kemahiran 44
4.15 Purata Taburan Responden Mengikut Faktor Kemahiran 46
xii
SINGKATAN
MPPB : Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
SMT : Sekolah Menengah Teknik
UPEN : Unit Perancangan Ekonomi Negeri
DEB : Dasar Ekonomi Baru
SPSS : Statistical Packages for the Social Science
KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia.
JPN : Jabatan Pendidikan Negeri
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Pengesahan Penyelidikan UTM 63
B Surat EPRD (Surat Kebenaran Daripada Bahagian 65
Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM)
C Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan Negeri 68
D Soal Selidik 71
E Analisis Kajian Rintis 79
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sejak peristiwa berdarah 13 Mei 1969, kerajaan tidak putus-putus memberi
pelbagai bantuan untuk melahirkan usahawan seimbang di kalangan semua kaum di
Malaysia. Kerajaan ingin mewujudkan suatu keadaan di mana kemajuan ekonomi negara
dapat dinikmati oleh semua kaum. Tetapi selepas begitu banyak bantuan yang disediakan
dan berbagai-bagai dorongan, seminar, dialog serta konvensyen untuk usahawan
Bumiputera telah diadakan, kelihatan pembentukan bilangan usahawan seperti yang
diharapkan belum tercapai (Abdul Razak, 1998).
Usaha-usaha pembangunan keusahawanan yang mula berkembang sejak Dasar
Ekonomi Malaysia Kedua (1971 – 1975) telah memperkembangkan bakat keusahawanan
di kalangan Bumiputera yang diharapkan dapat merealisasikan Rancangan Jangka
Panjang Kerajaan iaitu ke arah mewujudkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang berdaya maju. Program Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) merupakan satu rancangan jangka
panjang kerajaan agar kaum bumiputera seiring dengan kaum lain dalam bidang
perdagangan.
Selain daripada pihak kementerian, agensi-agensi seperti Jabatan Pertanian
Negeri, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Kementerian Pembangunan Luar
Bandar dan berbagai agensi lain turut sama memainkan peranan dalam membangunkan
usahawan Bumiputera. Berbagai program latihan dan bantuan diberi kepada bakal
usahawan dan pengusaha kecil di peringkat luar bandar untuk meningkatkan lagi
penglibatan dan memajukan perniagaan mereka.
Pendedahan dalam dunia keusahawanan bukan sahaja tertumpu kepada golongan
dewasa malah di peringkat kanak-kanak sekolah lagi. Usaha Kementerian Pendidikan
memperkenalkan mata pelajaran perdagangan dan keusahawanan adalah sesuatu yang
patut diberi perhatian yang lebih (Halimah, 1995).
Program Usahawan Muda dimulakan pada tahun 1990. Ia dikendalikan oleh
sepasukan pensyarah dari Universiti Pertanian Malaysia dengan kerjasama daripada
pasukan pengurusan di Bahagian Pembangunan Usahawan, Kementerian Perusahaan
Awam. Ia bertujuan memupuk bakat keusahawanan di kalangan pelajar sekolah
menengah. Program ini mengambil contoh perlaksanaan,”Junior Achievement Program”
di Amerika Syarikat yang diperkenalkan kepada kanak-kanak remaja belasan tahun di
sekolah-sekolah di sana (Halimah,1997).
Terdapat kajian yang menyatakan terdapat hubungan yang signifikan antara
pendidikan keusahawanan dengan kejayaan usahawan (Ronstadt, 1985). Terdapat juga
hubungan yang positif antara pendidikan keusahawanan dengan perkembangan ekonomi.
Di Malaysia bidang keusahawanan sedang rancak diperkembangkan melalui pendidikan
selaras dengan usaha untuk menjadikan bidang ini sebagai di antara bidang kerjaya yang
diminati.
Mata pelajaran keusahawanan mula diperkenalkan di peringkat sekolah menengah
di Malaysia pada tahun 1989. Matlamat mata pelajaran keusahawanan ini adalah untuk
melahirkan insan yang berdikari, kenal faham ekonomi dan mempunyai sikap yakin diri,
kreatif, inisiatif dan produktif serta boleh berinteraksi dengan baik (Pusat Perkembangan
Kurikulum 1992). Mata pelajaran keusahawanan juga meliputi pelbagai bidang seperti
perdagangan, penubuhan dan pengurusan perniagaan atau perusahaan, perakaunan dan
mengawal keusahawanan (MEDEC, 1992).
1.2 Latarbelakang Masalah
Semenjak Dasar Ekonomi Baru dilancarkan pada tahun 1970, usaha dan galakan
kerajaan lebih tertumpu kepada usahawan Bumiputera. Berbagai usaha dan rancangan
telah dilaksanakan , ramai usahawan Bumiputera dalam perniagaan terus meningkat dari
tahun ke tahun. Kejayaan ini perlu dibanggakan, tetapi kejayaan ini masih jauh daripada
matlamat DEB yang berkehendakkan minima 30 peratus penyertaan bumiputera dalam
perniagaan. Kemunculan usahawan Bumiputera berkembang maju dari akhir tahun 70-an
hingga akhir tahun 1990. Oleh kerana berlaku zaman kemelesetan ekonomi Malaysia
pada tahun 1985, maka ramai usahawan bumiputera gagal meneruskan perjuangan
mereka dalam perniagaan. Hanya usahawan yang benar-benar digelar usahawan berjaya
meneruskan perniagaan mereka. Ada juga usahawan tulen yang dapat mengembangkan
perniagaan mereka walaupun dalam zaman kemelesetan ekonomi negara (Suhaimi,
1997).
Seperti yang diketahui di bawah Rancangan Malaysia Keenam (RM 6, 1991),
salah satu hasrat kerajaan yang terpenting ialah untuk melahirkan sebuah masyarakat
perdagangan dan perindustrian Bumiputera yang berdaya maju dan mempunyai budaya
saing. Oleh itu beberapa rancangan telah disusun untuk membantu Bumiputera dan
usahawan Bumiputera supaya mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk
menceburkan diri di dalam perniagaan yang berbentuk industri ringan dan berat. Salah
satu rancangan ialah memberi latihan dalam bentuk kursus-kursus jangka pendek dan
jangka panjang. Institusi-institusi seperti PUNB, MEDEC, MARA dan kementerian-
kementerian tertentu telah berusaha mengenal pasti usahawan Bumiputera yang boleh
menceburkan diri di dalam industri berteknologi tinggi. Selain daripada itu bantuan
modal juga diberikan oleh bank-bank dan badan-badan kerajaan (Nor Aishah dan Siti
Rohaya, 1995).
Hasrat kerajaan melalui perlaksanaan DEB dan Rancangan Jangka Panjang
Kerajaan ke arah mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
(MPPB) memberi gambaran mengenai kesungguhan kerajaan untuk melahirkan lebih
ramai para usahawan menjelang abad ke-21. Ini adalah selaras dengan pandangan Patel
(1987) dalam Zakaria (1995) bahawa keusahawanan akan menjadi suatu perkara yang
begitu menarik perhatian umum dan pendapat popular masa kini ialah abad ke-21
merupakan abad keusahawanan.
Dari segi ekonomi, keusahawanan dilihat sebagai “panacea” kepada kebanyakan
masalah seperti satu strategi menangani pengangguran dan membasmi kemiskinan.
Seorang usahawan bukan saja bekerja malah menyediakan pekerjaan untuk orang lain.
Oleh itu peranan usahawan dianggap sebagai pembawa perubahan ekonomi dan sosial.
Dalam menjayakan sesuatu industri berat banyak industri kecil dan sederhana diperlukan
sebagai menyokong industri berat tersebut. Industri kecil dan sederhana merupakan
domain usahawan. Dengan demikian untuk negara dapat terus memajukan perindustrian
tersebut ramai usahawan diperlukan (Zakaria, 1995).
Memandangkan betapa pentingnya usahawan dan keusahawanan kepada negara
dan untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam perkara-perkara di atas, seharusnya
diwujudkan satu program di peringkat akar umbi iaitu peringkat persekolahan yang
mendedahkan para remaja kepada keusahawanan. Seterusnya ciri-ciri keusahawanan ini
dipupuk sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Sehingga kini belum ada satu program
yang dapat memandu para pelajar untuk menjadikan keusahawanan sebagai karier
mereka di masa akan datang. Untuk melahirkan usahawan, minat kepada keusahawanan
itu sendiri perlu dipupuk sejak dari awal.
Banyak kajian tentang ciri-ciri keusahawanan telah dijalankan di Malaysia
contohnya Baharu (1994), Zaidatol (1993), Janom (1997), Zahari (1998), Ramziah (2000)
dan Nor Azizah (2000). Pengkaji-pengkaji di atas telah melihat penerapan nilai-nilai
keusahawanan, orientasi sikap keusahawanan, aspirasi keusahawanan, dan persepsi guru
terhadap keperluan pelajar terhadap kemahiran keusahawanan.
Kementerian Perusahaan Utama yang bertanggungjawab untuk melahirkan
usahawan lebih menumpukan perhatian dalam melatih kemahiran keusahawanan setelah
seseorang itu tamat zaman persekolahannya. Peranan yang dimainkan oleh Kementerian
Perusahaan Utama melalui bahagian sekolah-sekolah untuk menjayakan program
usahawan muda adalah terhad kepada penubuhan kelab-kelab usahawan di sekolah.
Menurut Noll (1993), tahun-tahun akan datang adalah milik usahawan. Cabaran
yang dihadapi dalam persaingan di dunia boleh diatasi dengan membangunkan dan
mengekalkan bidang keusahawanan (Jennings,1994). Kajian Mohd Amir dan Halimah
(1992) mendapati pendidikan perdagangan dan keusahawanan perlu ditingkatkan di
negara ini supaya dapat bersaing dengan negara maju dan seterusnya mencapai matlamat
pendidikan negara.
Pendidikan keusahawanan juga penting dalam membuka minda pelajar untuk
menceburi bidang perniagaan dan bekerja sendiri (Lankard,1991). Menurut Zaidatol
Akmaliah (1993), pendidikan keusahawanan penting untuk membentuk pelajar usahawan
serta mempunyai nilai-nilai positif yang akan memberi sumbangan kepada ekonomi.
Pendidikan keusahawanan akan menyediakan pelajar-pelajar yang berpotensi untuk
menyertai bidang keusahawanan (Ashmore 1983, Davis 1983).
Sistem pendidikan telah memperkenalkan subjek pendidikan perdagangan dan
keusahawanan sejak tahun-tahun 60-an (Shahril et. al 1993). Kepentingan subjek ini ada
dinyatakan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Setelah KBSM diperkenalkan ,
subjek ini menjadi komponen teras dalam mata pelajaran bersifat pra-vokasional iaitu
Kemahiran Hidup Bersepadu. Di sekolah rendah komponen ini diperkenalkan melalui
amalan perdagangan (Abdul Rahman dan Zakaria 1995)
Menurut Cunningham dan Lischeron (1991) bidang keusahawanan terutamanya
kemahiran pengurusan boleh dilatih dan dibentuk melalui pendidikan keusahawanan.
Pembentukan ciri-ciri keusahawanan selalunya diikuti dengan latihan motivasi
pencapaian yang dijalankan dalam bilik darjah.
Sekolah dan institusi pendidikan dapat membangunkan kemahiran keusahawanan
di kalangan pelajar menerusi penerapan kemahiran tersebut dalam pendidikan vokasional
(Zaidatol Akmaliah, 1993). Kemahiran untuk memulakan perniagaan dan
menguruskannya telah diserapkan ke dalam pendidikan vokasional dan ini menunjukkan
tanda-tanda yang positif.
Di samping itu, banyak kajian yang dijalankan menunjukkan latar belakang
pendidikan kebanyakan usahawan yang berjaya ialah mereka yang mengambil jurusan
teknik dan vokasional semasa di sekolah. Oleh itu, penggubal kurikulum pendidikan
teknik dan vokasional di Kementerian Pendidikan perlu mengkaji setakat mana elemen-
elemen keusahawanan patut dimuatkan ke dalam kurikulum tersebut.
Mengikut Zaidatol Akmaliah (1995), elemen-elemen keusahawanan tidak
ditonjolkan secara langsung dalam kurikulum pendidikan teknik dan vokasional. Oleh
itu, pelajar-pelajar lepasan sekolah yang mendapat sijil kemahiran vokasional hanya
terfikir untuk bekerja makan gaji dan tidak pernah terfikir untuk membuka perniagaan
sendiri.
1.3 Penyataan Masalah
Kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan
pelajar dalam menjalankan aktiviti keusahawanan.
Antara aspek-aspek yang dikaji adalah latar belakang keluarga, minat,
pengetahuan dan kemahiran mempengaruhi pelajar dalam aktiviti keusahawanan.
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini akan menjawab soalan-soalan berikut :
1.4.1 Adakah faktor latar belakang keluarga mempengaruhi penglibatan pelajar dalam
menjalankan aktiviti keusahawanan.
1.4.2 Adakah faktor minat mempengaruhi penglibatan pelajar dalam menjalankan
aktiviti keusahawanan.
1.4.3 Adakah faktor pengetahuan mempengaruhi penglibatan pelajar dalam
menjalankan aktiviti keusahawanan.
1.4.4. Adakah faktor kemahiran mempengaruhi penglibatan pelajar dalam menjalankan
aktiviti keusahawanan.
1.5 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk :
.
1.5.1 Mengenalpasti pengaruh latar belakang keluarga ke atas penglibatan pelajar
dalam aktiviti keusahawanan.
1.5.2 Mengenalpasti pengaruh minat ke atas penglibatan pelajar dalam aktiviti
keusahawanan.
1.5.3 Mengenalpasti pengaruh pengetahuan ke atas penglibatan pelajar dalam aktiviti
keusahawanan.
1.5.4 Mengenalpasti pengaruh kemahiran ke atas penglibatan pelajar dalam aktiviti
keusahawanan.
Top Related