FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG IBU BAPA BERKETURUNAN
MELAYU MENGHANTAR ANAK MEREKA KE SEKOLAH JENIS
KEBANGSAAN CINA (SJK(C)) DI DAERAH JOHOR BAHRU
ASMAHANI BINTI ZAINAL ABIDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG IBU BAPA BERKETURUNAN
MELAYU MENGHANTAR ANAK MEREKA KE SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJK(C)) DI DAERAH JOHOR BAHRU
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya: ASMAHANI BINTI ZAINAL ABIDIN (840907115706)
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
__________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap:
BLOK (L) PT1229 TMN DESA EN.ROSNIZAMUDDIN SHAH B. SIDEK SAUJANA PDG LUAS 22000 NAMA PENYELIA JERTEH BESUT TERENGGANU Tarikh: ______ Tarikh:
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan
Projek Sarjana Muda (PSM)
ii
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)*
Tandatangan : ______________________
Nama Penyelia : EN.ROSNIZAMUDDIN SHAH B.SIDEK
Tarikh : 6 Mei 2009
iii
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG IBU BAPA BERKETURUNAN MALAYU MENGHANTAR ANAK MEREKA KE SEKOLAH JENIS
KEBANGSAAN CINA (SJK(C)) DI DAERAH JOHOR BAHRU
ASMAHANI BT. ZAINAL ABIDIN
Laporon projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Mei 2009
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : .............................................
Nama Penulis : ASMAHANI BINTI ZAINAL ABIDIN
Tarikh : 6 Mei 2009
v
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Ku persembahkan buat tatapan ayahanda dan ibunda yang disayangi, Zainal Abidin
Binti Daud dan Khuzaimah Binti Mat Ali. Berkat doa, didikan dan pergorbanan
ayahanda dan ibunda membuahkan hasil yang tidak ternilai di dunia dan
akhirat...........
Dikaulah permata hatiku........
Dikaulah yang paling ku sayangi.......
Semoga keramat kasih sayang yang dicurahkan akan menjadi pendorong dan
penyokong setia kejayaan anak-anakmu, setiap ketika dan waktu
Buat kakak, abang dan adik-adik tersayang.......
Terima kasih atas sokongan dan doa yang kalian hulurkan.....akan kutitipkan ia
menjadi bekalan perjuagan hidup dikemudian hari......
Tidak dilupakan juga pada semua pihak pendidik yang pernah memberi ilmu
kepadaku.....syukran jazilan.....jasa kalian tetap ku kenang hingga akhir hayat.....
Buat teman-teman seperjuagan.......
Harapanku agar....kita semua beroleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan
akhirat......
Semoga kita mendapat keredhaan dan rahmat dariNYA......
InsyaAllah.......
vi
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian hanyalah untuk Allah S.W.T, tuhan bagi sekalian alam.
Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammmad S.A.W seluruh
kaum kerabatnya serta muslimin dan muslimat yang sentiasa berjuang di jalan yang
benar.
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan
izinNya saya dapat menyempurnakan laporan Projek Sarjana Muda dengan jayanya.
Sekalung terima kasih diucapkan kepada En Rosnizamuddin Shah Bin Sidek
selaku penyelia Projek sarjana Muda ini. Bimbingan dan nasihat yang beliau berikan
telah banyak membantu dalam menjalankan dan menjayakan Projek Sarjana Muda
ini.
Tidak dilupakan juga kepada semua pensyarah di Fakulti Pendidikan
terutamanya Prof. Madya Dr. Yahya Bin Buntat dari Jabatan Pendidikan Teknikal
dan Kejuruteraan dan Ketua Panitia Bahasa Melayu Suhaimi b. Abu Bakar dari
Sekolah Kebangsaan Zainab (1) atas sokongan, pandangan dan komen yang amat
baik. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada staf-staf di Bahagian Pengurusan
Sekolah dan Bahagian Unit Maklumat di Jabatan Pelajaran Negeri Johor kerana sudi
membantu saya untuk mendapatkan maklumat bagi memudahkan penyelidikan ini
dilakukan.
Dalam ruangan ini juga, terima kasih diucapkan kepada Pengetua di tiga buah
SJK(C) di daerah Johor Bahru, atas kesediaan memberikan kebenaran untuk
menjalankan kajian di sekolah tersebut yang mana ia memberikan sumbangan yang
amat besar kepada penyelidikan saya.
vii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mendorong ibu bapa
berketurunan Melayu menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(SJKC) di daerah Johor Bahru. Kajian ini merangkumi aspek kemudahan fizikal,
sikap guru, penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran dan
minat terhadap Bahasa Cina (Mandarin). Pendekatan deskriptif digunakan untuk
mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong ibu bapa berketurunan Melayu
menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK(C) di daerah Johor
Bahru. Data telah diperolehi melalui borang soal selidik yang telah diedarkan kepada
286 orang ibu bapa yang menghantar anak mereka ke tiga buah sekolah aliran Cina
di Daerah Johor Bahru iaitu SJK(C) Foon Yew 3, SJK(C) Kuo Kuang dan SJK(C) Pu
Sze. Borang Soal selidik yang diedarkan terbahagi kepada dua bahagian iaitu
bahagian A mengenai latar belakang responden dan bahagian B berkaitan dengan
persoalan kajian. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical
Package For Social Science) versi 11.5 untuk mendapatkan hasil kajian dalam
bentuk frekuensi, peratusan dan min. Daripada dapatan kajian ini, didapati faktor
sikap guru mempunyai nilai min keseluruhan yang tertinggi antara faktor-faktor yang
lain iaitu sebanyak 4.35 yang mendorong ibu bapa dalam pemilihan sekolah tersebut
untuk anak mereka. Selain itu, beberapa cadangan yang sesuai dikemukakan bagi
mempertingkatkan kualiti Sistem Pendidikan Kebangsaan dalam bab V.
viii
ABSTRACT
This purpose of the research is to study factors that urged Malay parents to
send their children to National Type Chinese School SJK(C) in Johor Bahru district.
This research focused on physical facilities aspect, teacher attitude, application of
noble values in teaching and learning and interest in Chinese Language (Mandarin).
A descriptive approach was employed to identify factors that urged Malay parents to
send their children to National Type Chinese School SJK(C) in Johor Bahru district.
Data were obtained through set of questionnaire had been distributed to 286 parents
who send their children to three Chinese stream school in Johor Bahru district which
is SJK(C) Foon Yew 3, SJK(C) Kuo Kuang and SJK(C) Pu Sze. A set of
questionnaire which had been distributed in two parts, part A is respondent
background and part B is about studied issue. Data analyzed by using SPSS's
software (Statistical Package For Social Science) version 11.5 to get results based on
frequency, percentage and mean. From the findings, the factors of teachers attitude
showed that the highest mean between others factor is 4.35 which had been choose
for their children to study in Chinese stream school. In the other hand, some
suggestions is purposed to improve quality of National Education System in chapter
V.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN PENULIS
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SINGKATAN/SIMBOL/ISTILAH
SENARAI JADUAL
SENARAI LAMPIRAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
viii
ix
xiii
xiv
xvi
BAB I
BAHAGIAN 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Skop dan Batasan Kajian 11
1.8 Definisi Istilah 12
1.8.1 Faktor 12
1.8.2 Mendorong 13
x
1.8.3 Ibu bapa 13
1.8.4 Berketurunan 13
1.8.5 Melayu 14
1.8.6 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C)) 14
1.9 Penutup 15
BAHAGIAN DUA
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Sejarah Penubuhan Sekolah Cina 16
2.3 Sorotan Kajian-kajian lepas 18
2.4 Faktor-faktor Yang Mendorong Ibu bapa 19
Berketurunan Melayu Menghantar Anak Mereka
Ke SJK(C) Di Daerah Johor Bahru
2.4.1 Faktor Kemudahan Fizikal 19
2.4.2 Faktor Sikap Guru 22
2.4.3 Faktor Penerapan Nilai-nilai Murni 24
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
2.4.4 Faktor Minat Terhadap Bahasa 30
Cina (Mandarin)
2.4 Penutup 35
xi
BAHAGIAN TIGA
BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 36
3.2 Reka Bentuk Kajian 37
3.3 Tempat Kajian 38
3.4 Populasi Dan Sampel 38
3.5 Instrumen Kajian 40
3.6 Pembinaan Soal Selidik 41
3.6.1 Bahagian A 41
3.6.2 Bahagian B 42
3.7 Prosedur Kajian 44
3.8 Kajian Rintis 45
3.9 Kaedah Analisis Data 46
3.10 Kaedah Pengumpulan Data 48
3.11 Kesahan dan Kebolehpercayaan 48
Soal Selidik
3.11 Penutup 49
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 50
4.2 Pengelolaan Data 51
4.3 Dapatan Kajian Bahagian A 52
4.3.1 Analisis Data Latar Belakang Respoden 52
4.4 Dapatan Kajian Bahagian B 57
4.4.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 58
xii
4.4.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 62
4.4.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 66
4.4.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 70
4.5 Rumusan Analisis Keseluruhan 74
4.6 Penutup 76
BAHAGIAN LIMA
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 77
5.2 Perbincangan 78
5.2.1 Bahagian A 78
5.2.2 Bahagian B 80
5.3 Rumusan Hasil Kajian 91
5.4 Cadangan Kajian 94
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 96
5.6 Penutup 97
BIBLIOGRAFI 98
BAHAGIAN ENAM
LAMPIRAN
Lampiran A – K
xiii
DAFTAR SINGKATAN/SIMBOL/ISTILAH
SJK(C) - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina UTM - Universiti Teknologi Malaysia EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju TP - Tidak Pasti S - Setuju SS - Sangat Setuju JPN - Jabatan Pelajaran Negeri SPPS - Statistical Package For Social Science UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Senarai nilai-nilai murni dan ciri-ciri 25
nilai murni
3.1 Data pada Oktober 2008 mengenai jumlah 39
murid Melayu di tiga buah Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJK(C)) di daerah Johor Bahru
dan jumlah pulangan soal selidik
3.2 Taburan pernyataan soal selidik mengikut 42
aspek kajian
3.3 Pengkelasan Skala Likert 43
3.4 Pertimbangan Skor Min Yang Digunakan 47
Penyelidik Untuk Menjawab Persoalan Kajian
Yang Berkaitan
4.1 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden 52
Mengikut Jantina
4.2 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden 53
Mengikut Pekerjaan
4.3 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden 54
Mengikut Pendapatan
4.4 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden 54
Mengikut Tahap Pendidikan
4.5 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden 55
Mengikut Jarak Sekolah Dari Rumah
4.6 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden 56
Mengikut Umur Ibu/Bapa/Penjaga
4.7 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden 57
Mengikut Bilangan Anak
xv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.8 Pengkelasan Skala Lima Mata Kepada 58
Skala Tiga Mata 4.9 Frekuensi, peratus, dan min responden bagi 59
pernyataan-pernyataan faktor kemudahan fizikal
yang disediakan mendorong ibu bapa berketurunan
Melayu menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJK(C))
4.10 Frekuensi, peratus, dan min responden bagi 63
pernyataan-pernyataan faktor sikap guru
mendorong ibu bapa berketurunan Melayu
menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJK(C))
4.11 Frekuensi, peratus, dan min responden bagi 67
pernyataan-pernyataan faktor penerapan
nilai-nilai murni dalam pengajaran dan
pembelajaran mendorong ibu bapa berketurunan
Melayu menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJK(C))
4.12 Frekuensi, peratus, dan min responden bagi 71
pernyataan-pernyataan minat terhadap Bahasa
Cina (Mandarin) mendorong ibu bapa
berketurunan Melayu menghantar anak mereka
ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C))
4.13 Rumusan Analisis Keseluruhan 75
xvi
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Set Soal Selidik
B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan (EPRD)
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
D Surat Akuan Pelajar UTM E Surat Permohonan Untuk Mendapatkan Maklumat Di Jabatan Pendidikan Negeri Johor F Surat Permohonan Untuk Menyemak Borang Soal Selidik Bagi Tujuan Pengesahan G Surat Pengesahan Pernyataan Soal Selidik Dari Pensyarah H Surat Pengesahan Pernyataan Soal Selidik Dari
Ketua Panitia Bahasa Melayu I Surat Permohonan Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah J Surat Permohonan Kerjasama Dalam Menjalankan Kajian Ke atas Ibu bapa K Maklumat Jumlah Murid Melayu Di SJK(C) Dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sama ada kita sedar atau tidak, perjalanan hidup kita seolah-olah ditentukan
oleh satu sistem berstruktur yang dikenali sebagai sekolah. Sekolah sebenarnya
bagaikan satu industri memproses manusia daripada rebung yang mentah kepada
suatu bentuk kehidupan yang mempunyai kualiti dan berfaedah. Dalam konteks
inilah, tanggungjawab guru dan ibu bapa semakin berat apabila kehendak dan
cabaran semakin meningkat. Zaman semakin berubah dan pembangunan yang pesat
dengan sendirinya menuntut supaya sekolah-sekolah ditubuhkan dengan banyak
sekali oleh kerajaan untuk menampung bilangan generasi yang baru. Sekolah
memainkan peranan penting bagi bakal pelapis negara sebagai sebuah institusi
masyarakat yang berperanan untuk mengekal dan menyebarkan budaya sesuatu
masyarakat di samping memberikan pengetahuan-pengetahuan baru membina dan
membangunkan masyarakat tersebut.
Menurut S. Hanapiah Sudin (1989), sekolah merupakan tempat untuk
menimba ilmu akademik secara formal. Sekolah juga merupakan institusi pendidikan
dan sosial yang berperanan dalam mencorak dan membentuk keintelektualan serta
pola budaya murid pada peringkat awal. Sistem pendidikan tampil menjadi wadah
dan wahana dan harapan bangsa yang sangat besar.
Menurut Ibrahim Mamat (2001) pula, sekolah ialah institusi yang diwujudkan
mengikut kehendak dan keperluan masyarakat untuk memberi pendidikan kepada
anak-anak secara teratur dan tersusun. Beliau juga menyatakan bahawa sekolah juga
adalah tempat memberi dan menerima pendidikan atau tempat mengajar dan belajar.
Sekolah juga mempunyai matlamat yang sangat unggul iaitu menyampaikan ilmu,
membentuk peribadi dan mengembangkan akal. Di dalamnya terdapat tiga unsur
yang penting iaitu guru, murid dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bagi
memudahkannya berfungsi, ditetapkan dengan masa, kelas, mata pelajaran dan
sebagainya dalam bentuk formal.
Pada zaman pentadbiran British telah wujud sekolah berbentuk Vernacular.
yang bermaksud sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa tempatan sebagai
bahasa pengantar. Terdapat tiga jenis Sekolah Vernacular pada zaman tersebut iaitu
sekolah Melayu, Tamil dan Cina. Sekolah-sekolah ini dibina adalah untuk mendidik
anak bangsa masing-masing (Sheela Abraham, 1993). Ini menunjukkan Sekolah
Vernacular Melayu adalah untuk masyarakat Melayu dan Sekolah Vernacular Cina
untuk masyarakat Cina manakala Sekolah Vernacular Tamil adalah untuk
masyarakat Tamil. Kurikulum yang digunakan adalah kurikulum yang dibawa dari
negara asal.
Berikutan dengan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), telah
menguatkuasakan supaya kurikulum semua sekolah rendah adalah sama iaitu
bercorak asas dengan memberi penegasan kepada pendidikan 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira, maka wujudlah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (Eu
Ah Meng, 1991). Ini menunjukkan bahawa sekolah kebangsaan atau sekolah jenis
kebangsaan menggunakan kurikulum yang sama untuk perpaduan kaum. Menerusi
laporan tersebut, sekolah kebangsaan bahasa pengantarnya ialah Bahasa Melayu
manakala sekolah jenis kebangsaan, masing-masing bahasa pengantarnya ialah
Bahasa Cina atau Tamil.
Menurut Ee Ah Meng (1989) lagi, pendidikan merupakan satu proses
menolong dan memajukan pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu dari
semua aspek iaitu jasmani akal, emosi, sosial, seni dan moral. Dengan kata lain,
pendidikan juga bertujuan untuk memperkembangkan individu supaya hidup dengan
lebih sempurna serta memperkembangkan bakat-bakatnya untuk kepentingan diri
dan juga untuk menjadi seorang ahli masyarakat yang berguna.
Dari pandangan psikologi pula, pendidikan bererti perubahan dan juga boleh
dianggap sebagai proses atau sebagai hasil. Pendidikan sebagai satu proses meliputi
semua bentuk kegiatan yang menempatkan seseorang itu untuk hidup bermasyarakat
dan yang menolong menyalurkan adat resam, undang-undang, kepercayaan agama,
bahasa dan institusi sosial dari satu generasi ke satu generasi yang lain. (Crow dan
Crow, 1983).
Pendidikan boleh diibaratkan sebagai kunci kepada usaha membangunkan
masyarakat dan negara. Masyarakat yang terdidik secara menyeluruh dan seimbang
yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara adalah produk daripada
pendidikan berkualiti yang selaras dengan keperluan negara dan kehendak semasa
(Mohammad Nor, 1990).
Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam menentukan sistem
pendidikan anak-anak pada peringkat awal persekolahan. Ini kerana ibu bapa
memainkan peranan yang besar untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk
anak-anak. Ibu bapa berhak memilih sama ada mahu menghantar anak-anak mereka
ke sekolah kebangsaan yang bahasa pengantarnya adalah Bahasa Melayu atau
menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C)) yang
memberi penekanan yang lebih terhadap Bahasa Cina (Mandarin). Jika dahulu, ibu
bapa berketurunan Melayu hanya berminat menghantar anak mereka ke sekolah
kebangsaan, namun kini pemikiran ibu bapa sekarang mula berubah mengikut
peredaran masa. Kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C)) bukan merupakan satu trend dan petanda
terhakisnya keyakinan terhadap sekolah kebangsaan tetapi cuma pilihan ibu bapa
berfikiran liberal dan tidak ada kaitan langsung dengan keyakinan terhadap Sistem
Pendidikan Negara.
Jika dilihat peranan pendidikan pada hari ini adalah lebih luas disebabkan
oleh pelbagai masalah yang berlaku. Pihak-pihak tertentu perlu menyelesaikan
masalah masyarakat dari meresap masuk ke dalam institusi pendidikan dan
mempengaruhi pencapaian akademik murid-murid pada peringkat awal yang boleh
mengakibatkan kemajuan Negara terhalang. Keadaan ini juga menyebabkan tugas-
tugas pendidik menjadi lebih rumit. Sehubungan dengan itu juga, masyarakat
terutamanya ibu bapa seharusnya sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka
sebagai ibu bapa yang mempunyai hubungan langsung dengan anak-anak. Ini
disokong oleh Robert (1995), menyatakan bahawa kehidupan remaja dibentuk oleh
ramai orang yang berada di sekeliling mereka dan antara agen yang paling utama
dalam pembentukan anak-anak adalah terdiri daripada golongan ibu bapa itu sendiri.
Oleh itu, ibu bapa seharusnya memainkan peranannya yang tersendiri dalam
mencapai matlamat untuk memastikan anak-anak mendapat sistem pendidikan yang
terbaik. Jika dahulu ibu bapa berketurunan Melayu hanya menghantar anak mereka
ke sekolah kebangsaan dan kini pemikiran ibu bapa mula cenderung menghantar
anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan. Penglibatan ibu bapa berketurunan
Melayu dalam persekolahan anak sememangnya menguntungkan banyak pihak sama
ada sekolah, ibu bapa seterusnya anak itu sendiri. Hubungan yang baik antara ibu
bapa dan pihak sekolah memberi kesan positif pada tingkah laku serta pencapaian
akademik anak-anak.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) baru-
baru ini bahawa terdapat 60,000 murid Melayu mendapat pendidikan di sekolah
aliran Cina di seluruh negara telah mencetuskan perbincangan hangat dikalangan
masyarakat (Berita Harian : 2 Ogos 2008). Menurut Profesor Tan Sri Dr Awang Hadi
Salleh (2008) pula, sistem pendidikan nasional yang diamalkan di sekolah
kebangsaan tidak banyak berubah sejak 20 tahun dulu. Sekolah kebangsaan juga
masih belum dapat menangani beberapa masalah yang dihadapi dengan berkesan.
Mengikut pemerhatian, kebanyakan ibu bapa berketurunan Melayu yang
menghantar anak mereka ke sekolah aliran Cina yakin sistem pembelajaran di
sekolah Cina dapat membantu meningkatkan tahap kecemerlangan anak-anak
mereka. Sistem dan budaya persekolahan di sekolah Cina yang lebih teratur dan
mengikut perkembangan semasa dikatakan antara sebab sesetengah ibu bapa Melayu
lebih yakin menghantar anak mereka ke sekolah aliran itu. Guru-guru di Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) juga lebih kreatif dalam pengajaran mereka.
Sebaliknya, sekolah kebangsaan pula lebih bergantung kepada sukatan pelajaran dan
pekeliling daripada Kementerian Pendidikan semata-mata.
Menurut Dr Mohamed (2008) pula, menjelaskan bahawa Bahasa Cina
(Mandarin) merupakan satu daripada Bahasa Antarabangsa dan kebolehan
menguasainya memberi manfaat besar. Anak-anak Melayu sekarang akan dapat
bersaing dengan lebih baik terutama dalam menghadapi cabaran global. Beliau juga
menyatakan bahawa Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) di sekolah aliran Cina
biasanya merancang aktiviti mereka setiap awal tahun dengan mengutip derma bagi
pembangunan sekolah dan membeli kelengkapan lain termasuk komputer.
Menurut Chua Yah In (2008), berpendapat bahawa pembelajaran di sekolah
Cina lebih sistematik dan mementingkan kecemerlangan akademik. Bagi ibu bapa
yang menghantar anak mereka ke SJK(C) disebabkan oleh pemikiran ibu bapa itu
sendiri yang mahu anak mereka menguasai lebih daripada satu bahasa. Terdapat
sesetengah ibu bapa berpendapat bahawa menguasai lebih daripada satu bahasa
adalah lebih baik untuk masuk ke dunia pekerjaan nanti dan juga sebagai satu
cabaran. Sesetengah guru Cina yang mengajar Bahasa Mandarin di sekolah aliran
Cina berpendapat bahawa murid Melayu di sekolah mereka tidak mempunyai
masalah daripada segi pertuturan dan penulisan serta mampu menguasai bahasa itu
dengan baik. Ini kerana murid Melayu yang dihantar oleh ibu bapa mereka ke
sekolah aliran Cina telah mengambil kelas Bahasa Mandarin pada peringkat awal
lagi.
Selain itu, murid Melayu yang bersekolah Cina telah mempunyai pendedahan
sejak dari sekolah rendah lagi. Jika sekalipun tidak ada yang kurang dengan sekolah
kebangsaan, kelebihan yang terdapat di sekolah aliran Cina perlu dicontohi dan
dilaksanakan di sekolah kebangsaan, untuk menjadikannnya lebih menarik dan
mantap. Sekiranya terlalu banyak murid lebih berminat mendapat pendidikan di
sekolah aliran Cina, peranan sekolah kebangsaan sebagai ejen perpaduan di negara
ini mungkin tidak lagi relevan.
Dalam hal ini, ibu bapa dilihat sebagai faktor yang utama di mana
penglibatan ibu bapa dalam pendidikan adalah salah satu faktor untuk membolehkan
perkembangan kognitif, emosi dan seterusnya kejayaan anak-anak dalam pelajaran
(Ritblat et al, 2002).
Menurut Kamaruddin (1995), ibu bapa adalah orang yang paling dekat
dengan kehidupan anak-anak. Mereka juga merupakan orang yang pertama yang
dicontohi oleh anak-anak dan dianggap sebagai “role model”. Oleh sebab itu, ibu
bapa haruslah sedar bahawa pendidikan anak-anak mereka amatlah penting dan
berupaya menentukan sistem pendidikan yang terbaik untuk anak-anak. Kajian
menunjukkan kebanyakan ibu bapa yang melibatkan diri dalam pendidikan anak-
anak adalah ibu bapa yang mempunyai latar belakang pendidikan. Ibu bapa yang
terlibat dalam pendidikan anak-anak biasanya terdiri daripada golongan yang
berstatus sosio ekonomi yang tinggi atau berpendapatan tinggi (James Griffth, 1996).
Tanggungjawab menjadi ibu bapa pada masa kini sememangnya menjadi satu
cabaran yang hebat khususnya jika masa dan kewangan adalah terhad. Ini ditambah
pula dengan keadaan ekonomi semasa yang menyebabkan rata-rata ibu bapa lebih
mengutamakan bidang kerja masing-masing dan kurang menumpukan perhatian ke
atas aktiviti harian dan juga perkembangan anak-anak. Justeru itu, ibu bapa daripada
golongan status sosio ekonomi rendah iaitu ibu bapa yang kurang berpendidikan dan
berpendapatan rendah didapati kurang melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak
di sekolah. Ibu bapa golongan ini didapati terlalu sibuk dengan pekerjaan masing-
masing dan menyerahkan tugas mendidik kepada pihak sekolah.
Menurut Reagor dan Rehm (1995) juga, di mana ibu bapa dengan tahap status
ekonomi yang rendah kurang terlibat dalam pendidikan anak-anak jika dibandingkan
dengan ibu bapa yang mempunyai status sosio ekonomi yang tinggi.
Selain itu, faktor ekonomi yang berkurangan, manakala kos pendidikan yang
tinggi menyebabkan ramai ibu bapa golongan sosio ekonomi rendah terpaksa
menumpukan masa dan perhatian mereka kepada usaha mencari wang dan lebih
mengutamakan pekerjaan harian daripada tanggungjawab memahami pendidikan
anak-anak (Mohd Salleh, 1998).
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong ibu
bapa berketurunan Melayu menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina (SJKC). Kajian ini dibuat untuk mengkaji beberapa faktor yang difikirkan dan
dilihat secara langsung dalam mendorong ibu bapa berketurunan Melayu menghantar
anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C)) di tiga buah Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJK(C)) di daerah Johor Bahru. Oleh yang demikian, kajian yang
dilakukan ini sekurang-kurangnya dapat mengetahui faktor dalaman atau faktor
luaran yang mempengaruhi ibu bapa menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJK(C)) di daerah Johor Bahru. Selain itu, dengan perlaksaanan
kajian ini sekurang-kurangnya dapat mengetahui perkara-perkara yang perlu
dilakukan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pihak atasan terutama
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mengubah sistem pengajaran dan
pembelajaran di sekolah kebangsaan supaya dapat mencontohi sistem pendidikan
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C)).
1.4 Objektif Kajian
Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan berikut :
i. Untuk mengenalpasti faktor kemudahan fizikal yang disediakan mendorong
ibu bapa berketurunan Melayu menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJK(C)).
ii. Untuk mengenalpasti faktor sikap guru mendorong ibu bapa berketurunan
Melayu menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(SJK(C)).
iii. Untuk mengenalpasti faktor penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran
dan pembelajaran mendorong ibu bapa berketurunan Melayu menghantar
anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C)).
iv. Untuk mengenalpasti faktor minat terhadap Bahasa Cina (Mandarin)
mendorong ibu bapa berketurunan Melayu menghantar anak mereka ke
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C)).
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan dalam kajian ini menyentuh beberapa aspek seperti berikut :-
i. Adakah faktor kemudahan fizikal yang disediakan mendorong ibu bapa
berketurunan Melayu menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina (SJK(C)) ?
ii. Adakah faktor sikap guru mendorong ibu bapa berketurunan Melayu
menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C)) ?
iii. Adakah faktor penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan
pembelajaran mendorong ibu bapa berketurunan Melayu menghantar anak
mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C)) ?
iv. Adakah faktor minat terhadap Bahasa Cina (Mandarin) mendorong ibu bapa
berketurunan Melayu menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina (SJK(C)) ?
Top Related