PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan
limpah dan kurnia-Nya tugasan ini dapat disempurnakan dengan lancar dan jayanya.
Dikesempatan ini, ingin kami merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak
yang telah memberi teguran dan cadangan yang membina. Ucapan terima kasih
khususnya kepada pensyarah kursus Anatomi dan Fisiologi iaitu Cik Nor Yatimah Binti
Osman yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan kerjasama dalam menjayakan
tugasan ini. Segala pandangan dan cadangan beliau amat kami hargai dan diberi
perhatian yang serius.
Terima kasih juga disampaikan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah
bertungkus-lumus bersama-sama membincangkan tentang perlaksanaan tugasan ini.
Kerjasama yang diberikan amat kami hargai.
Akhir kata, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada
semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu penghasilan
tugasan ini. Adalah menjadi harapan kami supaya segala dapatan dalam tugasan ini
nanti dapat dimanfaatkan sepenuhnya bersama-sama.
Sekian…
PENGENALAN1
Anatomi adalah satu bidang yang mengkaji dan mengenalpasti tubuh badan
seseorang iaitu tentang tulang-tulang,otot-otot dan organ-organ individu. Fisiologi pula
bermaksud satu bidang yang mengkaji tentang fungsi setiap tulang, otot-otot dan organ-
organ dalam tubuh badan manusia. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani ‘ana’
bermaksud asingkan dan ‘tome’ bermaksud memotong.
Tubuh manusia mempunyai banyak aras struktural yang berbeza
kompleksitinya.Aras struktur yang paling rendah ialah aras kimia.Pada aras ini, atom-
atom bergabung untuk membentuk molekulmolekul.Molekul-molekul ini seterusnya
bercantum secara khusus untuk membentuk pelbagai jenis sel yang menjalankan tugas
yang berbeza. Sel-sel ini merupakan unit paling ringkas bagi semua kehidupan.
Berbeza dengan organisma ringkas yang terdiri daripada satu sel sahaja,
manusia ialah organisma multisel. Sel-sel yang serupa mengelompok membentuk tisu
yang melaksanakan fungsi umum.Organ yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih
tisu yang berbeza untuk menjalankan tugas khusus untuk tubuh. Organ-organ tertentu
dikelompokkan untuk membentuk suatu sistem organ tubuh yang berkerjasama untuk
mencapai tujuan yang sama. Semua sistem organ ini membentuk organisma yang
mewakili aras tertinggi organisasi struktural iaitu, aras organisma.
Tulang rangka merupakan penyokong bagi tubuh manusia dan haiwan agar
mampu berdiri tegak. Ia merupakan 20 % dari jisim manusia, dan terdiri dari 206 tulang.
Secara ringkas terdapat lima fungsi utama tulang dalam badan manusia. Tulang
2
manusia dewasa biasanya terdiri daripada 206 nama tulang. Tulang-tulang ini boleh
dibahagikan kepada dua pecahan iaitu ‘Axial Skeleton’ dan ‘Appendicular Skeleton’. 80
tulang ‘Axial Skeleton’ membentuk satah mendatar badan. Pecahan ini termasuklah
tulang kepala,vetebral kolum,tulang rusuk dan sternum.‘Appendicular Skeleton’pula
mengandungi 126 tulang dan ‘free appandages’ melekat pada paksi ‘Axial Skeleton’.
Otot pula merupakan jalinan jaringan dalam tubuh yang tugas utamanya
mengucup. Pengucupan otot digunakan untuk memindahkan bahagian-bahagian tubuh
dalam tubuh.Secara umum, terdapat tiga jenis otot dua yang pertama berupa "garis
memanjang" yang berisi sarkomer dan yang ketiga berbentuk cecincin. Sendi
bermaksud penghubung antara tulang. Sendi boleh dibahagikan kepada dua pecahan
utama iaitu dari segi fungsi dan struktur. Pembahagian struktur ditentukan dengan
bagaimana sesuatu tulang itu dihubungkan dengan satu sama lain, manakala
pembahagian fungsi ditentukan dengan darjah pergerakan di antara artikulasi tulang.
Dengan kata lain, terdapat saling tindakan antara dua pembahagian yang telah
dikelaskan.
Oleh sebab itu, kerja kursus ini akan menguji pemahaman kami dengan
mendalam tentang fungsi-fungsi utama bahagian yang telah disebutkan di atas dengan
jelas dan terperinci.
OBJEKTIF
3
1. Memahami konsep asas anatomi dan fisiologi manusia iaitu berkaitan
sistem rangka dan sistem otot.
2. Meningkatkan kefahaman dan pengetahuan tentang sistem rangka dan
sistem otot.
3. Mengetahui bagaimana sistem otot dan sistem rangka berfungsi dalam
aksi pergerakan lontar peluru.
4. Dapat mengetahui fungsi dan kedudukan dalam badan otot utama,
sendi dan tulang yang terlibat dalam aksi melontar peluru.
5. Mengetahui aksi pergerakan dan menyatakan satah pergerakan yang
terlibat.
4
OTOT – OTOT UTAMA
YANG TERLIBAT DALAM
AKTIVITI MENYANGGA
KEMAHIRAN MENYANGGA BOLA TAMPAR
5
Pergerakan Otot-otot yang terlibat
PERGERAKAN OTOT-OTOT BAHAGIAN LENGAN YANG TERLIBAT
DALAM KEMAHIRAN MENYANGGA BOLA TAMPAR
1. Deltoid
6
1
4
2
3
5
2. Biceps brachii
3. Triceps brachii
4. Brachioradialis
5. Brachili
GAMBAR PERGERAKAN OTOT OTOT YANG
TERLIBAT
PENERANGAN
Deltoid Merupakan otot atas bahu yang
membantu mengangkat lengan ke
arah luar dari sisi badan
Biceps Brachii
Terletak di hadapan lengan atas,
yang membantu dalam
membengkok dan meluruskan
sendi siku
Triseps Brachii Teletak di belakang lengan atas
yang menjulur ke sendi siku.
Ia membantu dalam membengkok
7
dan meluruskan siku
Brachioradialis Terletak di hadapan lengan bawah
yang membantu dalam
pergerakan tangan dan siku
Brachialis Terletak di hadapan lengan atas,
yang membantu dalam
membengkok dan meluruskan
sendi siku
8
Penerangan :
Terdapat pelbagai jenis kemahiran dalam permainan bola tampar. Namun begitu,
kemahiran yang diberi penekanan dalam melaksanakan tugasan ini adalah kemahiran
menyangga bola tampar pada fasa persediaan.
Rajah 1.1 : Kemahiran menyangga- fasa persediaan
Bahagian otot yang terlibat dalam kemahiran menyangga bola tampar
seterusnya adalah bahagian otot lengan yang terdiri daripada otot deltoid, biceps
brachii, triceps brachii, brachioradialis dan brachilis. Otot deltoid berfungsi untuk
mengangkat lengan ke arah luar dari sisi badan semasa aktiviti dijalankan. Apabila
lengan dibengkokkan sewaktu menjalankan aktiviti menyangga, otot biceps brachii akan
mengendur manakala otot triceps brachii pula akan menegang.
9
SENDI YANG TERLIBAT
DALAM AKTIVITI
MENYANGGA
PENGENALAN SENDI
10
Segala pergerakan pada anggota badan bergantung kepada sendi. Sendi
memainkan peranan penting kerana menghubungkan dua tulang untuk melakukan
gerakan. Semua tulang pada rangka manusia akan membentuk sendi pada tulang lain
kecuali tulang hyoid pada leher. Terdapat 3 jenis sendi iaitu diarthroses,
amphiarthroses, dan synarthroses. Pada umumnya pergerakan sendi dibahagikan
kepada menggelungsur (glidding), bersudut (angular),putaran (rotation), dan
circumduction.
KEMAHIRAN MENYANGGA BOLA TAMPAR
SENDI YANG
TERLIBAT
HURAIAN PERGERAKAN
11
1
2
1) Ball and Socket
Joint (Sendi Lesung)
-Membenarkan
pergerakan pada arah
yang banyak.
-Contohnya bahu.
Depression (Depresi) :
-Kedua-dua skapula pada
struktur ini menolak lengan ke
bawah secara lebih rendah agar
bola dapat disangga dengan
lebih baik dan stabil.
2) Hinge Joint
(Sendi Engsel)
-Membenarkan satu
pergerakan pada suatu
satah.
-Contohnya lutut, siku
Flexion :
-Pergerakan yang membawa 2
tulang berada dekat bersama
dimana ia mengurangkan sudut
antara 2 tulang.
12
TULANG YANG TERLIBAT
DALAM AKTIVITI
MENYANGGA
PENGENALAN KEPADA TULANG
Rangka manusia disokong oleh struktur seperti ligamen, tendon, otot dan organ
manusia yang lain. Sejumlah 206 tulang membentuk sistem rangka manusia dewasa
13
perbezaan antara individu manakala kanak-kanak memiliki sejumlah 300 tulang.Tulang
dinamakan mengikut tempatnya dan merupakan penyokong bagi tubuh manusia dan
haiwan agar mampu berdiri tegak. Ia merupakan 20% daripada jisim tubuh manusia.
STRUKTUR TULANG
FUNGSI – FUNGSI TULANG
Secara ringkasnya terdapat beberapa fungsi utama tulang iaitu :
Tulang turut menjadi tempat lekatan otot pada satu tempat yang kukuh bagi
membolehkan pergerakan berlaku.
14
Spony Bone
Articular Cartilage
Epiphyseal Line
Periosteum
Compact Bone
Medullary Cavity
Diaphysis
Proximal Epiphysis
Distal Epiphysis
o Tanpa tempat lekatan bagi otot, manusia tidak mampu menggerakkan tangan
dan kaki dengan mudah.
Penting dalam penghasilan darah merah.
o Tulang turut merupakan tempat menyimpan sum-sum yang bertugas
menghasilkan sel darah merah melalui proses haematopoiesis.
o Sum-sum tulang berperanan menghasilkan sel darah yang baru bagi
menggantikan sel darah yang telah dilupuskan oleh badan.
Tulang juga merupakan tempat simpanan mineral bagi badan.
o Oleh itu, bagi mereka yang tidak mendapat bahan mineral yang secukupnya,
tubuh manusia akan menggunakan sebahagian daripada tulang untuk
menggantikan mineral yang penting.
o Keadaan ini akan mendorong kepada penyakit osteoporosis.
Analisis Pergerakan Permainan Bola Tampar Kemahiran Menyangga : Tulang Yang Terlibat
15
TULANG TULANG YANG TERLIBAT PENERANGAN
16
Femur
Ulna & Radius
Tulang Pangkal
Lengan
Humerus Tulang panjang yang
membentuk lengan
atas.
Bahagian atas
beratikulasi dengan
lubang glenoid pada
hujung scapula.
Membentuk sendi
lesung.
Bahagian bawah
bersendi dengan
tulang radius dan ulna
membentuk sendi
lesung.
Tulang Lengan
Bawah
Ulna
Radius
Ulna
Hujung atas besar,
hujung bawah kecil.
Terdapat permukaan
persendian pada
bahagian atas
17
membentuk sendi
siku.
Muka persendian
bahagian bawah
bersendi dengan
radius membentuk
sendi tak bergerak.
Radius
Hujung atas kecil
sedikit dari bahagian
bawah.
Permukaan
persendian bahagian
atas beratikulasi
dengan humerus.
Hujung bawah
menunjukkan satu
permukaan
persendian
membentuk sendi
pada pergelangan
tangan dan
18
merupakan sendi tak
bergerak.
Penerangan :
Bagi kemahiran menyangga dalam permainan bola tampar, terdapat beberapa
tulang di dalam sistem rangka terlibat. Tulang pada lengan bawah tangan yang terlibat
semasa pergerakan menyangga ialah ulna dan radius. Terdapat permukaan persendian
pada bahagian atas ulna yang membentuk sendi siku iaitu sendi engsel yang
membolehkan pergerakan pada satu satah sahaja. Muka persendian pada bahagian
bawah ulna bersendi dengan radius membentuk sendi tak bergerak. Permukaan
persendian bahagian atas radius pula beratikulasi dengan humerus. Hujung bawah
menunjukkan satu permukaan persendian yang membentuk sendi pada pergelangan
tangan dan merupakan sendi tak bergerak.
Tulang yang terdapat pada pangkal lengan adalah humerus. Humerus
adalah tulang panjang yang membentuk lengan atas. Bahagian atas bersendi pada
lubang glenoid yang terdapat pada hujung scapula membentuk sendi lesung. Bahagian
bawah bersendi dengan tulang ulna dan radius juga membentuk sendi lesung.
19
AKSI DAN SATAH
PERGERAKAN YANG
TERLIBAT DALAM
AKTIVITI MENYANGGA
20
KORONEL SAGITAL TRANSVERSE
BIL SATAH FUNGSI
21
1. Koronal - Satah ini membahagikan bahagian hadapan
dan belakang badan.
- Satah ini berfungsi sekiranya pemain berlari
untuk menyangga bola di bahagian hadapan
dan belakang gelanggang.
2. Sagital - Satah ini membahagikan bahagian kanan
dan kiri badan.
- Pemain perlu mengimbang badan mereka
supaya tidak terjatuh ke bahagian kiri atau
kanan semasa menyangga. Oleh itu, mereka
perlu membengkokkan kaki dan
merendahkan badan mereka apabila
menyangga bola.
3. Tranverse - Satah ini membahagikan bahagian atas dan
bawah badan.
- Situasi ini apat dilihat sebelum dan selepas
pemain menyangga bola.
JENIS SENDI CONTOH PERGERAKAN
22
1) Ball and socket joint
(sendi lesung)
Bahu
Paha
Menghayun kaki dan
tangan.
Membenarkan pergerakan
berjejari dalam semua
arah
(Bawah ke atas dalam
aktiviti menyangga)
2) Hinge joint
(sendi engsel)
Siku
Lutut
Pergerakan pada satu satah
sahaja. (membengkokkan
siku selepas aktiviti
menyangga)
Penerangan Aksi dan Satah Pergerakan Sendi Untuk Kemahiran
Menyangga Bola Tampar
23
Untuk kemahiran menyangga bola tampar, antara sendi yang terlibat ialah ball
and socket joint (sendi lesung). Sendi ini berfungsi membenarkan pergerakan pada
arah yang banyak. Contohnya bahu. Pergerakan yang terdapat untuk kemahiran ini
ialah depression (depresi) iaitu kedua-dua skapula pada struktur ini menolak lengan ke
bawah secara lebih rendah agar bola dapat disangga dengan lebih baik dan stabil.
Manakala, hinge joint (sendi engsel) merupakan sendi yang membenarkan satu
pergerakan pada suatu satah. Contohnya pada lutut dan siku. Flexion merupakan
pergerakan yang terdapat dalam kemahiran menyangga bola tampar ini iaitu
pergerakannya yang membawa 2 tulang berada dekat bersama dimana ia
mengurangkan sudut antara 2 tulang. Ia dilakukan dengan lutut dibengkokkan dengan
lebih rendah ke bawah.
BIBLIOGRAFI
24
1. Robert Carola.(2003).Human Anatomy and Physiology. McGraw-Hill,Inc,NY
2. Helen Ten. (2002). Siri Pengetahuan Sukan: Badan. Kualiti Books Sdn. Bhd
3. http://www.innerbody.com/image/musbov.html
4. http://b.casalemedia.com/V2/67777/120587/index.html?
g=&r=zarin58.tripod.com/kecergasan2.html
5. http://www.stchas.edu/divisions/aao/ace/science/modelpics/arm/
arm3labed.shtml#flexor%20carpi%20ulnaris
6. http://training.seer.cancer.gov/module_anatomy/
unit4_1_muscle_functions.html
7. http://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html
8. www.uum.edu.my/pend/ujian_kecerdasan.pdf
9. http://ragam-gossip--online.blogspot.com/2006/09/pembakaran-lemak-
secara-bangun-tubi.html
10. http://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Human_skeleton_front_ms.svg
PENUTUP
Bola tampar adalah sejenis sukan yang amat popular di mana-mana negara.
Acara bola tampar juga banyak dipertandingkan dalam mana-mana kejohanan sukan.
25
Antaranya ialah sukan olimpik dan komanwel. Sejarah bola tampar telah menunjukkan
banyak perkembangan yang positif sama ada dari segi teknikal mahupun ‘skil’ atau
kemahiran pemain. Di samping itu, tahap keselamatan dalam permainan ini juga
banyak diambil kira. Antara kemahiran yang digunakan dalam permainan ini ialah
menyangga bola.
Otot-otot yang terlibat pada bahagian lengan dalam kemahiran menyangga
bola tampar terdiri daripada otot Deltoid, Biceps brachii, Triceps brachii, Brachioradialis,
dan Brachili.
Untuk kemahiran menyangga bola tampar, antara sendi yang terlibat ialah ball
and socket joint (sendi lesung). Pivot joint (sendi pangsi) pula merupakan sendi yang
membenarkan pergerakan pada semua satah (membolehkan tulang membuat satu
pusingan). Manakala, hinge joint (sendi engsel) merupakan sendi yang membenarkan
satu pergerakan pada suatu satah. Contohnya pada lutut dan siku.
Secara ringkasnya antara beberapa fungsi utama tulang tulang menjadi tempat
lekatan otot pada satu tempat yang kukuh bagi membolehkan pergerakan berlaku.
Tanpa tempat lekatan bagi otot, manusia tidak mampu menggerakkan tangan dan kaki
dengan mudah.
26
REFLEKSI
REFLEKSI
27
Mohd Khalid Bin Othman
890124-02-5363
Tugasan yang telah diberikan oleh Cik Nor Yatimah banyak memberi faedah
kepada saya dalam persiapan saya untuk menghadapi peperiksaan yang akan
diadakan pada hujung semester ini. Tugasan ini banyak menolong saya dalam
mengetahui tentang silibus kerana sepanjang saya dalam mata pelajaran anatomi dan
fisiologi ini. Langkah yang diambil oleh Cik Nor Yatimah adalah bertepatan dan sesuai
dengan keadaan semasa. Dalam usaha menyiapkan tugasan ini, banyak pihak tampil
membantu saya dalam usaha mencari maklumat selengkapnya.
Terdapat beberapa masalah yang timbul dalam usaha untuk menyiapkan
tugasan ini. Masalah yang pertama saya hadapi apabila setelah tugasan diberikan
kepada kami adalah saya masih kabur untuk tentang isi kandungan yang perlu ada
dalam folio tugasan terbabit. Selain itu juga, masalah yang saya hadapi adalah bahan –
bahan yang terdapat dalan internet adalah dalam bahasa inggeris. Banyak masa yang
terpaksa saya peruntukan untuk menukar semula bahan-bahan yang diperoleh dari
internet ini ke dalam bahasa melayu. Daripada tugasan inilah, saya banyak menimba
ilmu tentang cara penggunaan sebenar intenet dan perlu memahami bahasa inggeris
dengan fasih agar tidak lagi mengganggu proses mendapatkan maklumat.
Kerja kursus ini banyak mengajar saya tentang pelbagai kemahiran dan
memantapkan lagi pengetahuan mengenai tubuh badan. Contohnya mengenai sendi,
28
otot-otot, sendi, dan sebagainya. Saya juga dapat mengetahui dengan lebih tepat
sendi-sendi yang terlibat dalam aktiviti menyangga bola dalam permainan bola tampar.
Tambahan pula, saya berpeluang membuat model yang memfokuskan kepada
pergerakan sendi dan otot yang terdapat pada tangan. Melalui model ini, saya dapat
merasakan kejelekitan antara kami ahli kumpulan. Kami semua saling membantu dalam
menyiapkan model tersebut. Biar walaupun penat, namun kepenatan itu berbayar
apabila dapat menyiapkan model tersebut.
Secara kesimpulanya, tugasan anatomi dan fisiologi yang telah diberikan ini
adalah sangat berfaedah kepada saya dan semua ahli kumpulan kerana hal ini secara
tidak langsung dapat kami jadikan sebagai asset tambahan untuk menjadi seorang
pendidik yang berkarisma.Hal ini bukan saja dapt menyediakan guru yang mahir di bilik
darjah malah diluar bilik darjah juga.
REFLEKSI
Wan Muhamad Saiful B Wan Hasan
880719-03-5799
PISMP 3C
29
Subjek Anatomi dan Fisiologi merupakan salah satu mata pelajaran wajib yang
perlu diambil oleh semua guru pelatih semester 3 Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) bagi ambilan Januari 2009. Jadi, disebabkan subjek ini merupakan
subjek Teras pada semester ini, maka ia telah memperuntukan kami sebuah kerja
kursus berbentuk projek. Kami dikehendaki memilih dan mengkaji satu pergerakan
yang melibatkan bahagian-bahagian otot, satah dan aksi pergerakan, tulang-tulang
yang terlibat serta sendi. Kemudian, kami dikehendaki membina model yang berkaitan
dengan laporan yang kami bentangkan dan akhir sekali kami perlu mengadakan
sebuah pameran untuk model yang kami bina. Pameran anatomi dan fisiologi ini adalah
sebuah pameran di mana penglibatannya adalah secara menyeluruh untuk semua
kelas PISMP semester 3.
Kami menerima tugasan ini daripada pensyarah subjek, Cik Noryatimah pada
15 Februari 2010. Tugasan ini dibuat secara berkumpulan berlima iaitu saya,Khairi,
Amirul, Khalid dan Hafizuddin. Masalah timbul apabila kami belum memahami tugasan
ini sepenuhnya tambahan pula silibus pembelajaran belum sampai kepada tahap
soalan yang diberi. Tetapi pensyarah subjek mengambil langkah proaktif dengan
membuat perbincangan terbuka bersama kumpulan kami dan juga kumpulan lain.
Beliau telah memberi penerangan yang mendalam supaya kami lebih memahami
kehendak soalan. Soalan menghendaki kami menyediakan laporan, menghasilkan
model dan akhir sekali mengadakan pameran. Adalah amat rumit untuk menghasilkan
sebuah model berkaitan dengan sistem rangka dan otot. Kami bersepakat dan setuju
memilih untuk membuat aktiviti yang berkaitan menyangga bola tampar atau digging.
Pada masa yang sama, beliau mengarahkan kami membuat pembentangan
30
berdasarkan aksi pergerakan yang dipilih.
Selain itu, melalui penumpuan terhadap pergerakan yang dipilih dalam acara
padang atau olahraga, saya telah berpeluang mengkaji secara mendalam meksnisma
pergerakan, malah segala yang berkaitan tulang, otot dan sendi serta satah pergerakan
dapat difahami secara terperinci. Selain itu, mekanisma pergerakan juga hendaklah
ditunjukkan secara terperinci supaya dapat difahami dengan jelas. Kami mengaku,
bahawa tugasan yang diberikan kali ini agak mencabar dan menguji kemampuan
pelajar untuk mendapatkan bahan yang sesuai.
Kami telah mengalami masalah ketika mendapatkan bahan yang sesuai kerana
bahan rujukan yang terlalu banyak dan berbeza satu dengan yang lain. Hal ini
menyebabkan kekeliruan dan kesulitan bagi memulakan kerja kursus ini. Walau
bagaimanapun, hal ini dapat diatasi setelah sesi perbincangan sesama rakan, dan
pensyarah, sekaligus dapat mengatasi masalah ini. Dalam masa yang sama kami juga
mengalami masalah untuk mengolah bahan-bahan yang diperoleh dari sumber-sumber
rujukan seperti internet dan buku kerana kebanyakan bahan adalah dalam Bahasa
Inggeris. Namun, kami telah sedaya upaya menterjemah bahan-bahan tersebut
kedalam Bahasa Melayu walaupun terdapat sesetengah istilah yang digunapakai
terpaksa dikekalkan dalam Bahasa Inggeris kerana mngambil kira makna istilah
sebenar.
Secara totalnya dapat kita lihat kerja kursus ini bertujuan untuk
mengintegrasikan kemahiran yang dipelajari seiring dengan kemahiran teknologi.
Sesungguhnya, kerja kursus ini sangat bermanfaat bagi mendedahkan pelajar tentang
aspek tubuh badan manusia dari segi sains. Hal ini adalah penting bagi memastikan
31
pelajar sentiasa mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh pencipta, sekaligus
memastikan keselamatan diri sentiasa dititikberatkan. Saya sangat bersyukur dapat
menyiapkan tugasan yang diberikan dan berharap agar dapat mengaplikasikan ilmu
yang diperoleh ketika mengajar kelak.
REFLEKSI
AMIRUL BIN CHE ISMAIL
890528 – 06 – 5767
PISMP 3C
32
Kerja kursus ini bertujuan untuk mengintegrasikan kemahiran yang dipelajari
seiring dengan kemahiran teknologi. Sesungguhnya, kerja kursus ini sangat bermanfaat
bagi mendedahkan pelajar tentang aspek tubuh badan manusia dari segi sains. Hal ini
adalah penting bagi memastikan pelajar sentiasa mensyukuri nikmat yang telah
diberikan oleh pencipta, sekaligus memastikan keselamatan diri sentiasa dititikberatkan.
Selain itu, melalui penumpuan terhadap pergerakan yang dipilih dalam aktiviti
menyangga bola tampar, saya telah berpeluang mengkaji secara mendalam
mekasnisma pergerakan, malah segala yang berkaitan tulang, otot dan sendi serta
satah pergerakan dapat difahami secara terperinci. Selain itu, mekanisma pergerakan
juga hendaklah ditunjukkan secara terperinci supaya dapat difahami dengan jelas.
Secara jujurnya saya mengaku bahawa tugasan yang diberikan kali ini agak mencabar
dan menguji kemampuan pelajar untuk mendapatkan bahan yang sesuai.
Kami telah mengalami masalah ketika mendapatkan bahan yang sesuai kerana
bahan rujukan yang terlalu banyak dan berbeza satu dengan yang lain. Hal ini
menyebabkan kekeliruan dan kesulitan bagi memulakan kerja kursus ini. Walau
bagaimanapun, hal ini dapat diatasi setelah sesi perbincangan sesama rakan, dan
pensyarah, sekaligus dapat mengatasi masalah ini. Saya serta ahli – ahli kumpulan
yang lain juga mengalami masalah untuk mengolah bahan-bahan yang diperoleh dari
sumber-sumber rujukan seperti internet dan buku kerana kebanyakan bahan adalah
dalam Bahasa Inggeris. Namun, kami telah sedaya upaya menterjemah bahan-bahan
tersebut kedalam Bahasa Melayu walaupun terdapat sesetengah istilah yang
33
digunapakai terpaksa dikekalkan dalam Bahasa Inggeris kerana mengambil kira makna
istilah sebenar.
Melalui tugasan ini, saya banyak ilmu yang diperoleh melalui tugasan yang
diamanahkan ini. Walaupun mengalami pelbagai rintangan dan cabaran, tetapi
semangat rakan – rakan yang menyokong dan sama – sama berusaha membuatkan
saya lebih rajin dan bersemangat untuk meneruskan niat kami bersama – sama untuk
menyelesaikan amanah yang diberi. Sebagai kesimpulannya, kami sangat bersyukur
dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dan berharap agar dapat mengaplikasikan
ilmu yang diperoleh ketika mengajar kelak. Terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung, rakan –rakan tercinta , rakan –rakan
seperjuangan dan tidak lupa kepada pensyarah yang tidak pernah letih memberikan
ilmu kepada saya. Jasa dan pengorbanan Cik Nor Yatimah Bt Osman. Sekian terima
kasih......
REFLEKSI
MUHAMAD HAFIZUL KHAIRI BIN AHAMAD
890202 – 01 – 5831
PISMP 3C
34
Bersyukur kehadrat Allah akhirnya berjaya juga saya menyiapkan tugasan yang
telah diberikan iaitu kerja tugasan anatomi dan fisiologi berkaitan anlisis pergerakkan.
Tugasan ini mengkehendaki kami menganalis setiap jenis pergerakkan. Semasa
menjalankan tugasan ini pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan yang baharu dapat
saya timba. Semua ilmu dan pengetahuan ini amat penting bagi saya sebagai bakal
menjadi seorang guru.
Melalui kerja kursus ini saya kini lebih memahami apa itu pergerakkan tubuh
badan. Saya juga lebih memahami bagaimana pergerakkan otot dapat mempengaruhi
perkembangan serta petumbuhan badan manusia. Semasa menjalankan aktiviti ini
pelbagai perbincangan telah saya lakukan bersama rakan sekelas saya. Perbincangan
yang telah kami lakukan adalah bertujuan mencari fakta dan maklumat yang tepat agar
menjadi bahan bagi kami untuk melakukan tugasan ini. Dalam proses penghasilan kerja
tugasan ini pelbagai dugaan dan rintangan terpaksa saya hadapi. Saya dan rakan
kumpulan telah berbincang dan mendapat kata sepakat untuk memilih pergerakkan
dalam permainan bola tampar iaitu aktiviti menyangga bola sebagai bahan untuk
analisis pergerakkan. Untuk memastikan apa yang saya dan rakan kumpulan hasilkan
berkualiti kami telah membuat rujukan mengenai pergerakkan yang terlibat dalam
aktiviti menyangga bola. Sebagai contoh menyangga memerlukan pergerakkan otot
biseps dan tiseps. Otot ini akan menegang dan mengendur. Saya juga membuat
rujukan di internet buku dan majalah kesihatan. Semua ini saya lakukan bagi
memastikan saya mempunyai banyak fakta dan tidak tersilap fakta. Walau
bagaimanapun saya juga menghadapi masalah dalam menghasilkan tugasan bersama
35
rakan kumpulan apabila saya dan rakan mempunyai rujukan yang berlainan dari segi isi
dan maklumat.
Pekara ini telah membuatkan saya dan rakan kumpulan keliru untuk memilih
fakta yang harus kami pilih. Namun saya bersama rakan kumpulan telah bertindak
untuk bertanya dengan orang yang lebih mahir iaitu kepada senior yang telah terlebih
dahulu belajar anatomi dan fisiologi. Dan hasilnya kami mendapati fakta yang sebenar
dan ini sekaligus telah menolong kami dalam menyiapkan kerja tugasan ini. Setelah
saya bersama rakan kumpulan mempunyai maklumat yang banyak kami mula
melakukan penerangan tentang pergerakkan menyangga bola tampar. Disini saya telah
menyusun pergerakkan menyangga dan menerangkan otot yang terlibat melalui
pergerakkan ini. Setelah saya berasa berpuas hati maka kami secara berkumpulan
sekali lagi membuat semakan terakhir sebelum menghantar tugasan tersebut. Saya
bersyukur dan berterima kasih kepada rakan kumpulan saya yang bertungkus lumus
dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pensyarah
yang banyak membimbing iaitu Cik Nor Yatimah binti Osman tanpa beliau agak sukar
untuk menyiapkan tugasan ini.
Disamping itu juga, kami juga dikehendaki untuk membuat satu model berkaitan
tulang dan otot yang kami pilih dalam laporan utama. Disebabkan kami adalah
kumpulan pertama yang membuat tugasan seperti ini, maka pelajar sinior tidak dapat
membantu kami. Oleh itu, tugasan untuk membuat model ini memerlukan kreativiti yang
tinggi. Ia bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, saya telah melontarkan idea untuk
membuat model berasaskan kayu getah. Pada peringkat awal, saya telah membeli
bahan-bahan yang diperlukan seperti kayu, skru dan peralatan untuk menukang. Kami
36
berharap model yang akan disiapkan nanti akan terpilih untuk dipamerkan di hari
pameran anatomi nanti.
Pada 14-15 hari bulan 4 2010 nanti, satu pameran anatomi dan fisiologi akan
diadakan. Kami akan juga terlibat dalam pameran ini di mana kelas kami telah
dipertanggungjawabkan untuk menjadi AJK disiplin. Pada pemeran ini nanti,kami
bercadang untuk menyediakan permainan yang menjana minda yang mana memrlukan
koordinasi mata dan tangan serta pemikiran yang matang. Saya juga telah mencuba
permainan yang ada dan ia amat mencabar dan merujakan. Apa yang lebih penting
ialah kami akan berusaha untuk membuat yang terbaik dalam menyediakan
menyiapkan tugasan dan pameran itu nanti.
Pameran ini mampu menjadi platform bagi kumpulan saya untuk menonjolkan
bakat serta kemahiran kami dalam menerangkan tentang bagimana pergerakan
menyangga berlaku.
Sekali lagi saya sangat bersyukur kerana dapat menjalankan tugasan dan data
menyiapkan tugasan ini walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan penat
lelah yang tak dapat di elakkan. Segala pengalaman dan ilmu pengetahuan baharu
akan saya jadikan panduan dan teladan apabila saya menjadikan guru kelak. Sekali lagi
saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menolong saya
dalam menyiapkan tugasan ini.
REFLEKSI
MOHD HAFIZUDDIN BIN ZUKERI
880401-14-5699
PISMP 3C
37
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat jua
saya menyiapkan tugasan kerja kursus projek bagi subjek Anatomi dan Fisiologi.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing bagi subjek ini iaitu
Cik Nor Yatimah kerana telah banyak membantu kami dalam menghasil dan
menyiapkan kerja kursus pendek ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada
keluarga dan sahabat handai kerana telah membantu dari segi moral dan kewangan.
Pada 15 Februari 2010 yang lepas, kami telah menerima tugasan ini daripada Cik Yat
yang mengkehendakkan kami membina satu model anatomi dan fisiologi yang
berkaitan dengan sistem otot dan rangka. Beliau sangat mengambil berat terhadap
pelajarnya dan membimbing kelas saya dengan baik sekali. Beliau sangat pemurah
dalam perkongsian ilmu dan pengalaman yang beliau ada kepada saya dan rakan
sekelas yang lain.
Selain itu, kami juga diminta untuk membuat laporan berkaitan dengan model
yang akan kami bina serta mengadakan pameran berkaitan dengan sistem rangka dan
otot. Setelah menerima tugasan, saya dan rakan sekumpulan iaitu Amirul, Khairi, Saiful,
dan Khalid terus membuat perbincangan dalam melaksanakan tugasan ini serta
membahagikan tugas masing-masing. Setelah berbincang, kami sebulat suara untuk
menghasilkan model berkaitan dengan aktiviti menyangga bola tampar. Perkara
pertama yang perlu kami fikirkan adalah dalam pencarian sumber bahan yang terdiri
dalam pelbagai sumber seperti internet, majalah dan risalah. Melalui pembahagian
tugas ini, ia dapat mengelakkan daripada berlakunya sifat malas dan hanya
38
mengharapkan hasil kerja orang lain atau dalam erti kata lain ”goyang kaki”. Malah,
kami juga dapat mengeratkan silaturahim yang sedia terjalin antara kami. Alhamdulillah,
kami tidak menghadapi sebarang masalah dalam pencarian sumber bahan kami kerana
masing-masing bergabung tenaga dan saling bertukar idea antara satu sama lain.
Seterusnya, kami bersepakat untuk berkongsi sedikit wang untuk membeli
bahan-bahan serta peralatan yang diperlukan dalam menghasilkan model tersebut. Ia
memakan masa selama 3 minggu untuk menyiapkan keseluruhan model tersebut.
Berkat kesungguhan dan keazaman para ahli kumpulan secara tidak lansung terus
menaikkan semangat saya untuk menyumbang sebanyak mungkin idea, fikiran dan
tenaga. Sepanjang saya melakukan tugasan ini, saya dapat mempelajari dan
memahami dengan lebih mendalam berkenaan dengan mekanisme pergerakan rangka
dan otot semasa seseorang itu melakukan aktiviti menyangga bola tampar. Secara
tidak langsung, saya mendapat ilmu berganda untuk menjadi bekalan dalam tugas saya
sebagai seorang guru pada suatu hari nanti. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih sekali lagi kepada sesiapa yang membantu kami dalam menyiap
dan menyempurnakan tugasan Kerja Kursus Projek ini.
Sekian, salam satu Malaysia.
39