i
KONFLIK PENGAMBILAN TANAH ORANG ASLI : KAJIAN KES DI JOHOR DAN
SELANGOR
ZAINAL ZULHILMI ZAINAL ABIDIN
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains
Pengurusan Teknologi
Fakulti Pengurusan Teknologi & Perniagaan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JULAI 2015
iv
ABSTRAK
Orang Asli merupakan golongan minoriti yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Sistem
Torrens yang diamalkan oleh Malaysia melalui Kanun Tanah Negara 1965 hanya memberi
kepentingan terhadap tanah yang didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Tanah, manakala tanah
saka Orang Asli yang diwarisi dari generasi ke generasi tidak termasuk dalam sistem
pendaftaran. Objektif kajian ini adalah (1) Mengenalpasti konflik yang berlaku akibat
daripada pengambilan tanah Orang Asli yang terlibat, (2) Menganalisis kesan pengambilan
tanah terhadap masyarakat Orang Asli yang terlibat dan (3) Menjelaskan usaha penyelesaian
konflik pengambilan tanah Orang Asli yang terlibat. Bagi mencapai objektif kajian ini,
kaedah kualitatif telah digunakan melalui kaedah temubual semi struktur. Temubual ini telah
dijalankan ke atas lima belas responden utama daripada pihak berkepentingan iaitu enam
orang Tok Batin dan Penolong Batin bagi setiap kampung yang terlibat, dua pegawai
daripada pejabat tanah Negeri Johor dan Selangor, tiga pegawai daripada Jabatan Kemajuan
Orang Asli , seorang pegawai daripada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM),
seorang wakil badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia , dan
seorang ahli akademik. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat konflik di antara masyarakat
Orang Asli, konflik di antara Orang Asli dan Pihak Berkuasa serta konflik di antara agensi
kerajaan Negeri dan Persekutuan. Kesan pengambilan tanah dapat dilihat melalui kesan
terhadap sosiobudaya, persekitaran dan ekonomi masyarakat Orang Asli yang terlibat.
Kaedah penyelesaian bagi pengambilan tanah Orang Asli yang terlibat adalah melalui
rundingan, bayaran pampasan, menggunakan saluran mahkamah, Dasar Pemberi Milikan
Tanah Orang Asli oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Inkuiri Nasional oleh Suruhanjaya
Hak Asasi Kemanusiaan Malaysia.
v
ABSTRACT
In Peninsular Malaysia, Indigenous people are minority ethnic. Torrens system that has been
practiced by Malaysia government through the National Land Code 1965 is only gives
priority to the land registered at Land Registry, while the land of indigenous peoples that
inherited from generation before is not included in the land registration system. The
objectives of this study were (1) Identify the conflict of involved Aboriginal land acquisition,
(2) analyze the impact of land acquisition to indigenous communities and (3) describe the
efforts taken to settle the conflict of indigenous people land acquisition. Qualitative methods
were used through semi-structured interviews to achieve the objectives of this study. The
interviews were conducted on fifteen major respondents from stakeholders such as six Tok
Batin (leader) and assistant of Tok Batin for each village, two officials from the land office of
Johor and Selangor state, three officers from Department of Orang Asli, an officer from the
Commission of Rights Foundation of Malaysia (SUHAKAM), a representative of non-
governmental organizations, namely the Association of Orang Asli of Peninsular Malaysia,
and an academician. The findings indicate that there is a conflict among the indigenous
peoples, conflict between Aboriginal and Authorities as well as the conflict between state and
federal government agencies. The impact of land acquisition can be seen through the change
of indigenous socio-cultural, environmental and economic. The solution for indigenous land
acquisition is through consultation, compensation, using the channel of court, Land Tenure
Policy of the Orang Asli by the Department of Orang Asli and national inquiry by the Human
Rights Commission of Malaysia.
vi
KANDUNGAN
TAJUK i
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI FOTO xvii
SENARAI SINGKATAN xviii
SENARAI LAMPIRAN xix
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 2
1.3 Permasalahan Kajian 3
1.4 Persoalan Kajian 4
1.5 Objektif Kajian 5
1.6 Skop Kajian 5
1.7 Kepentingan Kajian 6
1.8 Organisasi Tesis 7
vii
1.9 Kesimpulan 8
BAB 2 KAJIAN PERPUSTAKAAN
2.1 Pengenalan 9
2.2 Pengenalan kepada Orang Asli dan Tanah 9
2.3 Pengurusan Tanah dan Orang Asli 10
2.4 Undang-Undang Yang Berkaitan Pengurusan Tanah & Orang Asli Di Malaysia 13
2.4.1 Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) 14
2.4.2 Kanun Tanah Negara (KTN) 15
2.4.3 Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) 16
2.4.4 Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) 18
2.4.5 Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta76) 18
2.4.6 Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Berkenaan Hak Orang Asli
(UNDRIP) 19
2.5 Defenisi Kajian 20
2.5.1 Orang Asli 21
2.5.2 Sistem Torrens 23
2.5.3 Kawasan Saka 24
2.6 Teori Berkaitan 26
2.6.1 Teori Konflik 26
2.7 Kerangka Teori 29
2.8 Isu dan Permasalahan 29
2.8.1 Kurang Hak Pemilikan Tanah bagi Orang Asli 29
2.8.2 Pengurusan Tanah dan Undang-Undang Berkaitan Orang Asli 33
viii
2.8.3 Konflik tanah di antara Orang Asli dan Pihak Berkuasa Negeri. 35
2.9 Kesan Konflik Pengambilan Tanah Orang Asli 37
2.9.1 Perubahan Persekitaran Fizikal 37
2.9.2 Perubahan Sosioekonomi 38
2.9.3 Perubahan Sosiobudaya 39
2.10 Kaedah Penyelesaian Konflik Pengambilan Tanah Orang Asli 40
2.10.1 Dasar Pemberimilikan & Pembangunan Tanah Orang Asli (DPPTOA) 40
2.10.2 Inkuiri Nasional 43
2.10.3 Penganugerahan Geran Komunal 46
2.10.4 Penggubalan Semula Undang-Undang 47
2.11 Kesamarataan Hak Orang Asli di Semenanjung Malaysia 49
2.12 Kesimpulan 50
BAB 3 KAEDAH DAN KAWASAN KAJIAN
3.1 Pengenalan 51
3.2 Rekabentuk Kajian 51
3.3 Kaedah Kajian 53
3.3.1 Kajian Perpustakaan 54
3.3.2 Kaedah Temubual 55
3.3.3 Kajian Kes 56
3.4 Instrumen Kajian 56
3.4.1 Borang temubual semi struktur 56
3.4.2 Alat Bantu Kajian 57
3.5 Responden Kajian 58
ix
3.6 Pensampelan Kajian 58
3.7 Kaedah Analisis Data 59
3.7.1 Analisis Kandungan 59
3.8 Etika dalam Kajian 60
3.9 Kawasan kajian 60
3.9.1 Justifikasi Kawasan Kajian 64
3.10 Kesimpulan 65
BAB 4 KONFLIK PENGAMBILAN TANAH ORANG ASLI
4.1 Pengenalan 66
4.2 Analisis Data 66
4.2.1 Latar Belakang Responden Masyarakat Orang Asli 67
4.2.2 Analisis dan Dapatan Temubual masyarakat Orang Asli 68
4.2.2.1 Pemilikan Tanah Orang Asli 68
4.2.2.2 Pemahaman mengenai Undang-Undang 70
4.2.2.3 Penggubalan Semula Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) 72
4.2.2.4 Pemahaman mengenai Hak Asasi di Malaysia 75
4.3 Latar Belakang Responden Pihak Berkepentingan 76
4.3.1 Analisis dan Dapatan Temubual Pihak Berkepentingan 78
4.3.1.1 Pemilikan Tanah Orang Asli 78
4.3.1.2 Pemahaman mengenai Undang-Undang 82
4.3.1.3 Penggubalan Semula Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) 85
4.3.1.4 Pemahaman mengenai Hak Asasi di Malaysia 87
4.4 Perbincangan 88
x
4.5 Kesimpulan 98
BAB 5 KESAN PENGAMBILAN TANAH TERHADAP MASYARAKAT
ORANG ASLI
5.1 Pengenalan 99
5.2 Kesan Pengambilan Tanah Terhadap Orang AslI 99
5.2.1 Kesan Sosio Budaya 99
5.2.2 Kesan terhadap Persekitaran Orang Asli
1105
5.2.3 Kesan Ekonomi 110
5.3 Perbincangan 113
5.4 Kesimpulan 116
BAB 6 KAEDAH PENYELESAIAN KONFLIK PENGAMBILAN
TANAH ORANG ASLI
6.1 Pengenalan 117
6.2 Hasil Kajian 117
6.2.1 Kajian Kes 1 : Desa Temuan 118
6.2.2 Kajian Kes 2: Kg Bukit Tampoi, Dengkil 121
6.2.3 Kajian Kes 3 : Kg Peta, Johor 123
6.4 Cadangan Penyelesaian Masalah Berkaitan Tanah saka di antara Penduduk Kg Peta
danTaman Negara Johor 124
6.5 Cadangan Penyelesaian Masalah Pengambilan Tanah Orang Asli di Malaysia 125
6.5.1 Penggubalan Semula Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) 1974 125
6.5.2 Penganugerahan Geran Komunal 127
6.5.3 Kerjasama Daripada Semua Pihak 129
xi
6.6 Perbincangan 131
6.7 Kesimpulan 134
BAB 7 RUMUSAN KAJIAN
7.1 Pengenalan 135
7.2 Objektif 1: Memahami Bentuk Konflik Pengambilan Tanah Orang Asli 135
7.3 Objektif 2: Kesan Pengambilan Tanah Terhadap Masyarakat Orang Asli Yang
Terlibat. 138
7.4 Objektif 3: Mengkaji Kaedah Penyelesaian Pengambilan Tanah Orang Asli yang
Terlibat. 139
7.5 Teori Konflik dan Pengambilan Tanah Orang Asli 141
7.6 Limitasi Kajian 141
7.7 Cadangan Kajian Lanjutan 142
7.7 Signifikan Kajian 142
7.8 Kesimpulan 144
RUJUKAN 145
VITA 146
xii
SENARAI JADUAL
2.1 Gambaran Mengenai Hak Milik Orang Asli
Mengikut Undang-Undang Negara 11
2.2 Orang Asli dan Sub-golongannya 21
2.3 Hasil Dapatan Inkuiri Nasional 45
4.1 Kod Bagi Responden Temubual Masyarakat Orang Asli 67
4.2 Pandangan Orang Asli Mengenai Pemilikan Tanah 69
4.3 Pandangan Undang-Undang oleh Masyarakat Orang Asli 71
4.4 Kod Responden Pihak Berkepentingan 71
4.5 Pemahaman Pemilikan Tanah Orang Asli Oleh Pihak
Berkepentingan 79
4.6 Pemahaman Undang-Undang Oleh Pihak Berkepentingan 83
4.7 Tema Utama Yang Perlu Digubal Di Dalam Akta Orang Asli 1954 85
4.8 Jumlah Keluasan Tanah Orang Asli Pada Tahun 2008 90
4.9 Jumlah Keluasan Tanah Orang Asli Pada Tahun 2012 91
5.1 Fungsi dan Nilai Tanah 114
6.1 Jenis Pampasan dan Jumlah Pampasan Bagi Orang Asli Desa Temuan 117
xiii
SENARAI RAJAH
2.1 Kitaran Konflik 28
2.2 Tahap Kitaran Konflik 28
2.3 Kerangka Teori Kajian Mengikut Teori Konflik 30
3.1 Carta Alir Penyelidikan 52
3.2 Peta kawasan Kg Bukit TampoI 61
3.3 Peta kawasan Desa Temuan 62
3.4 Peta Kawasan Desa Riang 63
3.5 Peta Kawasan Kg Peta 64
4.1 Analisa Tema Pemilikan Tanah Orang Asli Menurut
Pandangan Orang Asli 68
4.2 Analisa Tema Pemahaman Undang-Undang Menurut
Pandangan Orang Asli 71
4.3 Analisa Tema Pemahaman Hak Asasi Di Malaysia Menurut
Pandangan Orang Asli 75
4.4 Analisa Tema Pemilikan Tanah Orang Asli Menurut
Pandangan Pihak Berkepentingan 79
xiv
4.5 Analisa Tema Pemahaman Undang-Undang Menurut
Pandangan Pihak Berkepentingan 82
4.6 Analisa Tema Pemahaman Hak Asasi di Malaysia Menurut
Pandangan Pihak Berkepentingan 87
4.7 Kitaran Konflik 89
5.1 Analisa Tema Kesan Sosio Budaya 100
5.2 Analisa Tema Kesan Persekitaran Orang Asli 105
5.3 Analisa Tema Kesan Ekonomi Orang Asli 110
6.1 Pandangan Orang Asli Mengenai Geran Komunal 128
6.2 Pandangan Pihak Berkepentingan Mengenai Geran Komunal 129
xv
SENARAI FOTO
5.1 Aktiviti spiritual di kawasan keramat,
Kg Peta 101
5.2 Upacara pembersihan diri di kawasan
Pantai Burung 102
5.3 Contoh ubatan herba yang diamalkan Orang Asli. 103
5.4 Rumah kediaman jenis banglo di Desa Temuan 106
5.5 Rumah apartment Desa Temuan 106
5.6 Lebuhraya berhadapan Kg Bukit Tampoi 107
5.7 Bentuk perumahan moden di Kg Bukit Tampoi 108
5.8 Bentuk rumah tradisional di Kg Peta 109
5.9 Bentuk rumah batu di Kg Peta 109
5.10 Sumber Pendapatan di Desa Riang 111
5.11 Sumber ekonomi di Kg Bukit Tampoi 111
xvi
SENARAI SINGKATAN
APT Akta Pengambilan Tanah
CRC Konvesyen Mengenai Hak Kanak-Kanak
ILO OrganisasI Buruh Antarabangsa
IMABT Izin berasaskan Maklumat Awal, Bebas dan Telus
JAKOA Jabatan Kemajuan Orang Asli
JHEOA Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
KTN Kanun Tanah Negara
PBB Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
PBN Pihak Berkuasa Negeri
POASM Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia
ST Sistem Torrens
SUHAKAM Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
UNDRIP Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Orang
Asli
xvii
SENARAI LAMPIRAN
A1 Borang Temubual Bagi
Responden Orang Asli 151
A2 Borang Temubual Bagi
Responden Pihak Berkepentingan 156
B2 Surat Kebenaran Jabatan Kemajuan Orang Asli
Untuk Menjalakan Penyelidikan 161
B3 Surat Kebenaran Jabatan Kemajuan Orang Asli Untuk
Menjalakan Penyelidikan di Kg Peta 162
B4 Surat Kebenaran Jabatan Kemajuan Orang Asli Untuk
Menjalakan Penyelidikan di Desa Temuan dan
Kg Bukit Tampoi 164
C Gambar Pampasan di Desa Temuan dan Kg Bukit Tampoi 165
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan
Orang Asli merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat Malaysia.
Masyarakat Orang Asli mempunyai hak dan keistimewaan tersendiri seperti yang
terkandung di dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), dan Perlembagaan
Persekutuan Malaysia. Orang Asli telah dikategorikan kepada 3 suku kaum utama
iaitu Melayu-Asli, Negrito dan Senoi di mana setiap suku ini dipecahkan kepada 6
suku kaum (JAKOA, 2012). Istilah Orang Asli sering digunakan bagi
menggambarkan kumpulan etnik yang mempunyai ciri-ciri unik dari segi sejarah,
identiti, budaya, bahasa dan agama yang tersendiri. Terdapat pelbagai definisi bagi
menggambarkan keunikan dan kepentingan kaum ini di seluruh dunia oleh Persatuan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Bank Dunia
dan Bank Pembangunan Asia (SUHAKAM, 2013).
Orang Asli mempunyai hubungan yang rapat dengan tanah dan sumber
semulajadi yang terdapat di sekitar kawasan mereka. Tanah dan sumber semulajadi
ini bukan sahaja merupakan sumber rezeki tetapi membentuk budaya, pengetahuan
tradisi dan seterusnya menjadi identiti yang unik bagi masyarakat Orang Asli di
Malaysia. Pengiktirafan hak milik masyarakat Orang Asli terhadap tanah adalah
penting bagi memberi peluang kepada pembangunan dan kesinambungan budaya
serta pengetahuan tradisi masyarakat Orang Asli (SUHAKAM, 2013).
Tanah adalah sumber utama bagi semua hidupan yang terletak di muka bumi.
Ia menyediakan tempat perlindungan, makanan dan sumber air kepada semua
makhluk hidup. Peningkatan jumlah penduduk dunia telah menyebabkan tanah
menjadi sumber yang terhad dan menjadi semakin berharga. Tanah juga boleh
2
menjadi simbol terhadap status, kuasa dan harta melalui kawalan ke atas tanah (FAO,
2005).
1.2 Latar Belakang Kajian
Sejak tahun 1950, perbincangan mengenai hak asasi dan pembangunan masyarakat
Orang Asli telah giat dijalankan pada peringkat antarabangsa. Ini adalah kerana
pentadbiran dan pengurusan berkaitan masyarakat Orang Asli adalah berbeza
mengikut setiap negara. Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO)
Mengenai Orang Asli telah menggalakkan setiap pemerintah negara untuk
melibatkan Orang Asli di dalam projek pembangunan negara dan telah menyediakan
panduan mengenai perlindungan Orang Asli (SUHAKAM, 2013)
Konvesyen 169 Organisasi Buruh Antarabangsa bukan sahaja mengiktiraf
hak Orang Asli terhadap tanah tempat tinggal mereka, malah konvesyen ini turut
mengiktiraf hak Orang Asli untuk menguruskan kawasan persekitaran mereka, hak
untuk menggunakan sumber semulajadi yang terdapat di kawasan mereka,
mengiktiraf kedudukan undang-undang adat dan mengiktiraf perwakilan daripada
masyarakat Orang Asli di dalam sebarang urusan yang berkaitan masyarakat Orang
Asli (SUHAKAM, 2013).
Namun, pada tahun 1970, Orang Asli dilihat mencabar semula dasar ini dan
membuat tuntutan bahawa kehidupan mereka tidak terletak di tangan pemerintah
tetapi adalah berdasarkan kepada pilihan mereka. Mereka menuntut hak mereka
untuk mendapatkan kebebasan politik, sosial, budaya dan juga ekonomi. Kini, Orang
Asli telah mendapat sokongan daripada organisasi bukan kerajaan (NGO) dan
komuniti antarabangsa yang telah mengiktiraf Orang Asli sebagai pemilik yang sah
bagi tanah, kawasan dan sumber yang berada di persekitaran mereka sehingga
diwujudkan panduan di peringkat antarabangsa bagi melindungi kepentingan dan
memberi pengiktirafan kepada Orang Asli (Colchester, et al., 2001).
Pengambilan tanah Orang Asli di Malaysia sering berlaku akibat daripada
pembangunan yang dijalankan di kawasan mereka melalui aktiviti pembalakan dan
perladangan, kuari, perlombongan dan juga pembinaan kawasan perumahan
(SUHAKAM, 2013). Selain itu, pengambilan tanah di kawasan Orang Asli juga
3
berlaku untuk kegunaan umum seperti yang termaktub di dalam Akta Pengambilan
Tanah 1960 dengan tujuan untuk pembinaan lebuhraya, kawasan tadahan air,
pewartaan sebagai kawasan rizab hutan, kawasan taman Negara dan kawasan taman
Negeri menjadi punca kepada berlakunya konflik di antara Orang Asli dan juga
Pihak Berkuasa Negeri (SUHAKAM, 2013).
Proses transformasi yang melanda kawasan perkampungan Orang Asli
seringkali dijadikan isu perdebatan dalam usaha ke arah mencapai kesejahteraan
masyarakat ini. Hal ini kerana proses tersebut mampu memberi impak positif dan
juga negatif kepada Orang Asli termasuklah dari aspek sosio ekonomi mereka.
Aspek sosio ekonomi tersebut termasuklah berkenaan aspek guna tenaga, demografi,
pekerjaan, dan organisasi formal (A. Aziz, 2001). Pembangunan yang dijalankan
untuk menghasilkan impak yang positif kadangkala menghasilkan impak negatif atas
sebab perancangan yang lemah dan ketidaksediaan komuniti untuk menerima proses
pembangunan tersebut (A.Aziz, 2001).
1.3 Permasalahan Kajian
Pembangunan tanah yang dijalankan oleh pihak kerajaan di kawasan tanah Orang
Asli telah menimbulkan konflik di antara pihak yang terlibat dan masyarakat Orang
Asli (SUHAKAM, 2013). Keadaan ini telah menyebabkan Orang Asli telah
kehilangan tempat tinggal dan kawasan pencarian sumber hutan bagi menyara
kehidupan mereka. Sistem Torrens yang diamalkan oleh Malaysia melalui Kanun
Tanah Negara 1965 hanya memberi kepentingan terhadap tanah yang didaftarkan di
Pejabat Pendaftaran Tanah, manakala tanah adat Orang Asli yang diwarisi dari
generasi ke generasi tidak termasuk dalam sistem pendaftaran mengikut undang-
undang tanah Malaysia (Hamid& Harun& Ali, 2011).
Kerajaan Negeri berkuasa untuk mengambil semula sebarang tanah termasuk
tanah yang didiami oleh Orang Asli melalui Akta Pengambilan Tanah 1960 dengan
tujuan untuk pembangunan untuk kesejahteraan umum seperti pembinaan sekolah,
jalan raya dan sebagainya. Orang Asli hanya dianggap sebagai penyewa terhadap
tanah dan tiada hak milik secara individu diberikan kepada mereka berdasarkan Akta
Orang Asli 1954 (Akta 134) (Hamid, et al., 2011). Mahkamah Tinggi Johor dalam
4
kes Adong bin Kuwau telah memutuskan hak Orang Asli terhadap tanah perlu
diputuskan mengikut tradisi Orang Asli, dan Adong hanya layak diberi pampasan
terhadap kehilangan sumber kehidupan dan bukan berasaskan nilai tanah (Hamid, et
al., 2011).
Cotula & Mayers, (2009) telah menyatakan di dalam kajiannya bahawa
negara Cameroon, Guyana, Indonesia, Malaysia dan Republic Kongo telah
menetapkan bahawa semua tanah yang tidak di daftarkan di bawah sistem
pendaftaran tanah telah menjadi tanah kepunyaan negeri tersebut. Ini telah
menyebabkan sebilangan besar tanah Orang Asli yang tidak berdaftar atau di uruskan
secara institusi adat tidak diiktiraf hakmilik Orang Asli sebaliknya ia merupakan
tanah milik kerajaan di bawah sistem undang-undang tanah negara. Di dalam kajian
ini juga, negara Brazil dan Cameroon telah menunjukkan peningkatan untuk
mempergiatkan pendaftaran hakmilik tanah secara individu atau kelompok dan
mengiktiraf hakmilik tanah adat Orang Asli di negara mereka.
Konflik pengambilan tanah sering kali menjadi penyumbang kepada masalah
kekurangan makanan, peluang kehidupan yang terhad, dan kemiskinan (FAO, 2005).
Pengiktirafan hakmilik terhadap tanah perlu dipertimbangkan dalam menjalankan
pembangunan terutamanya bagi kawasan luar bandar. Perkara ini memerlukan
kerjasama daripada semua pihak termasuk daripada pihak kerajaan dalam menangani
masalah pemilikan tanah yang hendak dibangunkan (FAO, 2005). Kes Mabo di
Australia telah menjadi rujukan bagi Orang Asli di seluruh dunia dalam usaha untuk
mendapatkan pengiktirafan hakmilik terhadap tanah yang diusahakan dan kawasan
adat mereka. Selain itu, konflik pengambilan tanah juga berlaku di benua Afrika
yang melibatkan di antara penduduk Orang Asli dan pihak pemerintah (FAO, 2005).
1.4 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan bagi menjawab kepada persoalan kajian yang berikut:
1) Apakah bentuk konflik yang berlaku akibat daripada pengambilan tanah
masyarakat Orang Asli yang terlibat?
5
2) Apakah kesan yang berlaku akibat daripada pengambilan tanah Orang
Asli yang terlibat ?
3) Bagaimanakah kaedah penyelesaian konflik di antara pihak berkuasa
negeri dan masyarakat Orang Asli yang terlibat akibat daripada
pengambilan tanah?
1.5 Objektif Kajian
Matlamat kajian ini dijalankan bagi mengetahui isu dan permasalahan mengenai
pemilikan dan pengambilan tanah Orang Asli yang berlaku di Negeri Johor dan
Selangor. Oleh itu, objektif kajian yang terdapat di dalam kajian ini adalah untuk:
1) Mengenalpasti konflik yang berlaku akibat daripada pengambilan tanah
Orang Asli yang terlibat.
2) Menganalisis kesan pengambilan tanah terhadap masyarakat Orang Asli yang
terlibat.
3) Menjelaskan usaha penyelesaian konflik pengambilan tanah Orang Asli yang
terlibat.
1.6 Skop Kajian
Kajian ini telah dijalankan di tiga buah perkampungan Orang Asli iaitu
perkampungan Kg Orang Asli Peta yang terletak di negeri Johor dan dua buah
kampung yang terletak di negeri Selangor iaitu Desa Temuan dan Kg Orang Asli
Bukit Tampoi. Perkampungan Orang Asli ini telah dipilih kerana kawasan tersebut
telah terlibat dengan proses pengambilan tanah di kawasan tersebut dengan tujuan
pembangunan untuk kepentingan awam seperti yang dinyatakan di dalam Akta
6
Pengambilan Tanah 1960. Responden yang terlibat di dalam kajian ini adalah terdiri
daripada wakil masyarakat Orang Asli , wakil agensi jabatan kerajaan yang terlibat
seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli, Pejabat Tanah/Daerah bagi negeri Johor dan
Selangor, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Perbadanan
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), badan bukan
kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM), dan
ahli akademik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Kaedah temubual telah
dilakukan sepanjang kajian dilakukan bagi mengenalpasti konflik yang berlaku
akibat pengambilan tanah Orang Asli yang terlibat, menganalisis kesan pengambilan
tanah terhadap masyarakat Orang Asli yang terlibat serta menjelaskan usaha
penyelesaian konflik pengambilan tanah Orang Asli yang terlibat.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian terhadap isu pengambilan tanah terutamanya mengenai tanah adat atau
“saka” dapat memberikan satu dapatan yang penting dalam memahami aspek sosial
dan budaya yang diamalkan oleh masyarakat Orang Asli yang terdapat di
Semenanjung Malaysia. Sumbangan kajian ini dapat menambah kepada bidang
pengetahuan mengenai Orang Asli, perundangan yang berkaitan dengan tanah dan
Orang Asli serta memberi pemahaman sebenar mengenai kedudukan Orang Asli dan
tanah saka dari segi undang-undang. Kajian ini memaparkan keadaan sebenar
berkaitan dengan pengambilan tanah Orang Asli bagi masyarakat Orang Asli yang
terdapat di negeri Johor dan Selangor. Kajian ini memaparkan bentuk konflik yang
berlaku, kesan pengambilan tanah terhadap masyarakat Orang Asli yang terlibat serta
kaedah penyelesaian bagi pengambilan tanah Orang Asli yang terlibat. Kesamarataan
hak Orang Asli di Malaysia diharap dapat dilaksanakan apabila kesemua lapisan
masyarakat Malaysia memahami dan menghormati hak Orang Asli sebagaimana hak-
hak yang dinikmati bersama bagi warganegara Malaysia yang lain.
7
1.8 Organisasi Tesis
Kajian ini disusun mengikut aturan serta turutan bab–bab bagi memudahkan serta
melancarkan kajian kes ini.
Bab 1
Bab 1 adalah bab pengenalan. Di dalam bab ini, permasalahan kajian, persoalan
kajian, objektif kajian, skop kajian dan kepentingan kajian telah dinyatakan. Segala
komponen di atas dijadikan sebagai satu garis panduan agar bidang kajian penulisan
ini menetapi skop serta kehendak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Bab 2
Bab 2 membincangkan mengenai hasil kajian perpustakaan yang telah dilakukan.
Maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk ini diperoleh melalui buku, jurnal,
kertas seminar, tesis, surat khabar, internet dan sebagainya. Maklumat yang telah
diperoleh melalui kajian perpustakaan ini diolah semula bagi memudahkan
pemahaman mengenai isu pengambilan tanah dengan lebih mendalam. Kajian
perpustakaan ditulis berdasarkan kepada kerangka teori kajian sebagai panduan agar
penulisan sentiasa terarah dan tidak tersasar daripada objektif dan matlamat asal
kajian ini. Huraian kerangka teori adalah melibatkan kepada isu yang timbul serta
masalah yang dihidapi oleh Orang Asli dalam menuntut hak pemilikan dan pampasan
terhadap tanah. Bab ini juga membincangkan kesan-kesan terhadap masyarakat
Orang Asli akibat daripada pengambilan tanah. Selain itu, langkah penyelesaian bagi
pengambilan tanah dan matlamat kajian turut dibincangkan dalam bab ini.
Bab 3
Bab 3 menghuraikan mengenai mengenai kaedah kajian yang digunakan bagi
mendapatkan maklumat semasa penyelidik berada di lapangan. Kaedah temubual,
pemerhatian dan analisis dokumen telah digunakan semasa menjalankan kajian ini.
Pensampelan kajian juga ditentukan bagi membolehkan data yang diperoleh
mewakili populasi yang dikaji.
Bab 4
8
Bab 4 menerangkan mengenai hasil kajian objektif pertama iaitu bentuk konflik
yang berlaku akibat daripada pengambilan tanah Orang Asli. Hasil data yang
diperoleh daripada lapangan dibentangkan di dalam bab ini.
Bab 5
Bab 5 membincangkan mengenai hasil kajian objektif kedua iaitu kesan yang berlaku
akibat pengambilan tanah Orang Asli yang terlibat. Data yang telah diperoleh
melalui temubual dan pemerhatian dibentangkan di dalam bab ini.
Bab 6
Bab 6 menerangkan mengenai hasil kajian objektif ketiga iaitu kaedah yang telah
dilakukan bagi mengatasi konflik pengambilan tanah di kawasan Orang Asli. Kaedah
penyelesaian yang telah dilakukan dibentangkan dan dibincangkan di dalam bab ini.
Bab 7
Bab 7 merupakan bahagian cadangan dan juga langkah penyelesaian yang
bersesuaian dikemukakan oleh pengkaji sebagai usaha dalam menyelesaiakan konflik
pengambilan tanah Orang Asli terutama kawasan saka yang berlaku di dalam
Malaysia. Cadangan kajian lanjutan juga disyorkan berdasarkan kepada hasil
penemuan kajian yang telah dijalankan.
1.9 Kesimpulan
Bab 1 adalah merujuk kepada pengenalan bagi latar belakang kajian ini,
permasalahan kajian ditentukan. Skop kajian ini juga diterangkan di mana kajian ini
dijalankan di dua buah negeri iaitu Johor dan Selangor. Selain itu, kepentingan kajian
serta organisasi tesis ini juga diterangkan di dalam Bab 1 bagi menerangkan
mengapa kajian ini dilakukan dan bagaimana persembahan kajian ini akan dibuat
oleh penyelidik. Seterusnya, di dalam bab 2 akan membincangkan mengenai sorotan
karya yang berkaitan dengan isu pengambilan tanah Orang Asli yang telah berlaku.
9
BAB II
KAJIAN PERPUSTAKAAN
2.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan mengenai kajian perpustakaan yang berkaitan dengan
pemilikan tanah Orang Asli dan pengurusan tanah Orang Asli di peringkat
antarabangsa. Undang-undang yang berkaitan dengan Orang Asli dan pengurusan
tanah di Malaysia juga dijelaskan di dalam bab ini.
2.2 Pengenalan kepada Orang Asli dan Tanah
Pada tahun 1994, The World Conservation Union (IUCN) telah mengiktiraf hak
Orang Asli untuk memiliki dan menguruskan kawasan yang dilindungi. Pada bulan
Mei 1996, World Wide Fund for Nature (International) telah mengiktiraf Draf
Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asli (UNDRIP)
dimana ia mengiktiraf hak Orang Asli terhadap tanah, pemilikan dan kawalan ke atas
sumber dan wilayah tradisi Orang Asli. Konvensyen Kepelbagaian Biologi juga telah
menerapkan supaya Orang Asli diberi pengiktirafan terhadap tanah dan kawasan
tradisi, pengiktirafan untuk menggunakan sumber di dalam kawasan hutan simpan,
menyokong Konvensyen 169 ILO, Agenda 21 dan Draf Deklarasi Pertubuhan
Bangsa -Bangsa Bersatu mengenai Orang Asli dan menggalakkan penyertaan Orang
10
Asli di dalam kawasan hutan simpan serta rundingan mengenai pengurusan sumber
semulajadi (SUHAKAM, 2013).
Pengurusan tanah dan pemilikan terhadap tanah merupakan perkara utama
yang diberi perhatian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta agensi
antarabangsa. Diskriminasi terhadap wanita, Orang Asli dan etnik minoriti
merupakan golongan yang menjadi perhatian apabila membincangkan mengenai
pengurusan tanah dan hak terhadap tanah. Perhatian yang lebih diberikan kepada
Orang Asli kerana status istimewa iaitu sebagai penduduk asal dan penggunaan tanah
yang telah dibangunkan daripada generasi ke generasi (SUHAKAM, 2013). Di
Negara Australia, kes mahkamah mengenai tuntutan tanah Orang Asli telah
meningkat untuk mempertahankan hak Orang Asli. Kes Mabo di Australia telah
membuktikan bahawa Orang Asli yang tinggal di Torres Strait mempunyai hak
terhadap tanah dan harus diiktiraf secara sah di sisi undang-undang. Kes ini telah
menjadi pemangkin terhadap pengiktirafan hak terhadap tanah Orang Asli di
peringkat antarabangsa. Deklarasi Rio terhadap Persekitaran dan Pembangunan telah
menerima pakai prinsip 22 yang menyatakan bahawa Orang Asli dan penduduk
setempat mempunyai peranan yang penting dalam pengurusan pembangunan dan
persekitaran melalui pengetahuan dan amalan tradisi mereka (SUHAKAM, 2013).
2.3 Pengurusan Tanah dan Orang Asli
Pengurusan tanah dan Orang Asli merupakan dua elemen utama dalam menjamin
hakmilik tanah Orang Asli. Di negara Cameroon, Indonesia, Malaysia dan Papua
New Guinea pengurusan tanah oleh secara adat masih di amalkan oleh Orang Asli
atau indigenous people yang terdapat di negara di atas (Cotula &Mayers,2009).
Pengurusan tanah secara adat ini tidak diiktiraf oleh undang-undang tanah yang
berkuatkuasa di setiap negara tersebut. Perkara ini dapat dilihat di dalam Jadual 2.1
di mana ia menerangkan mengenai pengiktirafan hakmilik tanah Orang Asli di
negara di atas.
11
Jadual 2.1 : Gambaran Mengenai Hak Milik Orang Asli Mengikut Undang-Undang
Negara. Sumber : Cotula &Mayers, (2009).
Negara Geran Pemilikan Tanah Pengiktirafan Hak Orang
Asli
Hak Orang Asli
Terbela
Brazil Sederhana Sederhana Sederhana
Cameroon Rendah Rendah Rendah
Republik Demokrat
Kongo
Rendah Rendah Rendah
Guyana Rendah Sederhana Rendah
Indonesia Rendah Rendah Rendah
Malaysia Sederhana Sederhana Rendah
Papua New Guinea Sederhana Tinggi Sederhana
Brazil
Pemilikan tanah secara individu dibenarkan di Brazil dan dijamin oleh
Artikel 5 dan 170 Perlembagaan Brazil. Orang Asli di Brazil berada di bawah
jagaan kerajaan. Orang Asli di Brazil telah mendiami 11.5% daripada
keluasan Brazil dan kebanyakkan Orang Asli tinggal di Amazon. Artikel 231
Perlembagaan telah mengiktiraf hakmilik tanah masyarakat Indian di Brazil.
Sebanyak 611 tanah Orang Asli di mana 398 telah Berjaya didaftarkan dan 90
permohonan sedang diuruskan dengan keluasan sebanyak 105 juta hektar.
Pada September 2007, kerajaan Brazil telah memperkenalkan Agenda Sosial
Masyarakat Orang Asli di mana tujuan utamanya adalah untuk mengiktiraf
hak Orang Asli, tanah dan pembangunan masyarakat Orang Asli (Cotula
&Mayers,2009).
12
Cameroon
Tidak semua tanah didaftarkan dan semua tanah adalah milik kerajaan negeri.
Permohonan geran tanah hanya boleh dibuat untuk tujuan perusahaan dan
melalui Pejabat Pendaftaran Tanah. Masyarakat Orang Asli menjalankan
pengurusan tanah secara adat dan tidak diiktiraf oleh Ordinan Pengurusan
Tanah 1974. Akta Perhutanan 1994 telah memberi keizinan terhadap Orang
Asli untuk mengusahakan tanaman dan mengambil hasil hutan dengan tujuan
untuk kegunaan harian sahaja. Perebutan tanah di antara kaum Bagyeli, Baka
dan Baka sering berlaku di Cameroon. Cameroon juga telah menandatangani
perjanjian ILO 169 berhubung dengan hak Orang Asli di negara mereka.
Republik Demokrat Kongo
Berdasarkan kepada undang-undang Bakajika 1967 dan Undang-undang
Tanah 1973, kerajaan negeri merupakan pemilik bagi semua tanah sama ada
berdaftar atau tidak. Pendaftaran hakmilik secara individu dibenarkan dengan
kos pendaftaran sebanyak USD 400 dan menjadikan tidak semua Orang Asli
mampu mendaftarkan tanah mereka. Terdapat institusi adat Orang Asli yang
berkaitan dengan hak milik tanah, tetapi ia tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri
dan tanah Orang Asli sering menjadi hakmilik kerajaan negeri (Cotula
&Mayers,2009).
Guyana
Kerajaan Guyana memiliki 90 peratus daripada keluasan tanah di negara
tersebut. Seksyen 18 di bawah Perlembagaan 1980 telah menyatakan bahwa
tanah untuk kegunaan umum hendaklah didaftarkan hakmilik. Pendaftaran
hakmilik boleh dilakukan melalui Akta Pendaftaran Tanah selama tiga puluh
tahun. Sebanyak 2 juta hektar iaitu 14 peratus daripada keluasan Guyana
telah diberi hak milik terhadap komuniti Amerindian di Guyana. Walau
bagaimanapun, jika pihak kerajaan negeri hendak mengambil semula tanah
bagi tujuan pembangunan awam, maka mereka terpaksa akur dengan hasrat
kerajaan (Cotula &Mayers,2009).
13
Indonesia
Tanah yang tidak didaftarkan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri
mengikut artikel 33 Perlembagaan Indonesia dan kebanyakkan tanah di
Indonesia tidak didaftarkan secara sah di sisi undang-undang tetapi hanya
diuruskan melalui amalan institusi adat. Di bawah Undang-Undang Pertanian,
hak tanah adat adalah dilindungi secara sah di sisi undang-undang. Keadaan
ini telah menyebabkan konflik di antara pembangunan negara dan
perundangan. Tanah adat tidak di ambil untuk tujuan umum, tetapi lebih
kepada aktiviti bisnen yang diusahakan oleh syarikat swasta. Terdapat 312
masyarakat Orang Asli yang telah dikenal sebagai masyarakat hukum adat.
Masyarakat Hukum Adat tidak dapat menghalang pengambilan semula tanah
di kawasan mereka dan mendapatkan pampasan yang tinggi (Cotula
&Mayers,2009).
Malaysia
Pendaftaran tanah di Malaysia terbahagi kepada empat undang tanah iaitu
Kanun Tanah Negara (Melaka dan Pulau Pinang) 1963, Kanun Tanah Negara
1965, Kod Tanah Sarawak 1958 dan Ordinan tanah Sabah. Terdapat
peruntukan bagi Rezab Tanah Melayu kecuali bagi negeri Pulau Pinang,
Melaka, Sabah dan Sarawak. Bagi Semenanjung Malaysia, Akta Orang Asli
1954 (Akta 134) merupakan undang-undang yang mengiktiraf hak dan
keistimewaan masyarakat Orang Asli di Malaysia.
2.4 Undang-Undang Yang Berkaitan Pengurusan Tanah& Orang
Asli Di Malaysia
Terdapat beberapa undang-undang yang berkaitan dengan pengurusan tanah dan
Orang Asli di Malaysia. Di antaranya adalah Akta Orang Asli 1954 (Akta 134),
Kanun Tanah Negara 1965, Akta Pengambilan Tanah 1960, Akta Perhutanan 1984,
Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan
14
Malaysia dan Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Berkenaan Hak Orang
Asli (UNDRIP).
2.4.1 Akta Orang Asli 1954 (Akta 134)
Sejak daripada zaman pentadbiran British, kerajaan telah menubuhkan sebuah
jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli pada tahun 1950.
Tujuan utama penubuhan jabatan ini adalah untuk melindungi Orang Asli daripada
dipengaruhi komunis bagi menentang kerajaan ketika itu. Untuk mengukuhkan
pentadbiran terhadap masyarakat Orang Asli, kerajaan British telah menubuhkan satu
Akta yang dikenali sebagai Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) 1954 yang
telah diperkenalkan pada 25 Februari 1954. Akta ini telah menjadi garis panduan
dalam menentukan dasar kerajaan untuk mentadbir masyarakat Orang Asli.
Sebanyak 19 seksyen telah termaktub di dalam aktaini yang meliputi definisi Orang
Asli dari segi undang-undang, pentadbiran Orang Asli, perlantikan Pesuruhjaya dan
timbalannya bagi menguruskan pentadbiran Orang Asli, kawasan Orang Asli,
perlantikan ketua, pendidikan, dan larangan mengambil Orang Asli sebagai anak
angkat (Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), 2013).
Menurut Seksyen 3, Akta 134 Orang Asli ialah:
(a) mana-mana orang yang bapanya adalah seorang dari kumpulan rumpun bangsa Orang Asli,
yang bercakap bahasa Orang Asli dan lazim mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan
kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seseorang keturunan melalui lelaki orang itu
(b) mana-mana orang dari mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa masih
kanak-kanak oleh Orang Asli dan yang telah dididik sebagai seorang Orang Asli, lazim
bercakap dalam bahasa Orang Asli, lazim mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan
kepercayaan Orang Asli dan adalah seorang dari sesuatu masyarakat Orang Asli atau
(c) Anak dari apa-apa persatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki
dari suatu kaum lain, dengan syarat bahawa anak itu lazim bercakap dalam bahasa Orang
Asli, lazim mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan
masih lagi menjadi seorang dari sesuatu masyarakat Orang Asli.
Ringkasnya, mana-mana Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada
kepercayaan Orang Asli oleh kerana dia telah masuk sesuatu agama atau oleh kerana
apa-apa sebab lain, tetapi ia masih mengikut cara hidup Orang Asli dan adat Orang
Asli atau bercakap dalam bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan sebagai tidak lagi
menjadi seorang Orang Asli semata-mata oleh sebab ia mengamalkan agama itu.
15
Seksyen 6 menyentuh mengenai pewartaan sesuatu kawasan sebagai Kawasan Orang
Asli (Jabatan Kemajuan Orang Asli, 2013).
Seterusnya, Seksyen 7 pewartaan sesuatu kawasan sebagai Rizab Orang Asli,
Seksyen 8 menerangkan mengenai hak-hak menduduki, Seksyen 9 transaksi
mengenai tanah oleh Orang Asli, Seksyen 10 masyarakat Orang Asli tidak
berkewajipan meninggalkan kawasan-kawasan yang diisytiharkan Rizab Melayu dan
lain-lain, Seksyen 11 pampasan apabila tanah Kerajaan yang di atasnya ada pokok
buah-buahan atau pokok getah milik Orang Asli, Seksyen 12 kaedah bayaran
pampasan dan Seksyen 13 pengambilan paksa tanah untuk kawasan atau rizab Orang
Asli. Daripada 19 seksyen yang termaktub, 10 daripadanya yang bermula daripada
seksyen 6 sehingga 15 menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan tanah
dan Orang Asli. Orang Asli hanya diberi hak untuk menduduki sesuatu kawasan dan
mengusahakan untuk tujuan menyara diri. Hak untuk memiliki tanah secara individu
tidak terdapat dan Orang Asli tidak boleh menjalankan sebarang urusan kecuali
melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang kini dikenali sebagai Jabatan
Kemajuan Orang Asli (Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
2.4.2 Kanun Tanah Negara (KTN)
Kanun Tanah Negara mula digubal sebelum merdeka dan diasaskan kepada undang-
undang terdahulu yang sedia ada iaitu Land Code 1926 serta telah dikemaskini dan
ditambah beberapa bahagian baru. Semenjak kanun ini dikuat kuasa pada 1 Januari
1966, ia telah dipinda sebanyak 30 kali bermula dari 1968 sehingga tahun 2008.
Pindaan yang dilakukan adalah bertujuan untuk memastikan sistem pentadbiran
tanah di Semenanjung Malaysia dapat memenuhi keperluan dasar dan pembangunan
sosioekonomi semasa manakala asas bentuk dan isinya masih kekal seperti asal.
Kini, perundangan tanah di Malaysia terbahagi kepada empat perundangan yang
utama iaitu Kanun Tanah Negara (Pulau Pinang dan Melaka) 1963 yang berkuat
kuasa di negeri Pulau Pinang dan Melaka, Kanun Tanah Negara 1965 yang berkuat
kuasa di Semenanjung Malaysia, Kanun Tanah Sarawak 1958 yang berkuat kuasa di
negeri Sarawak dan Ordinan Tanah Sabah yang berkuat kuasa di negeri Sabah
(Buang,2003).
16
Sebarang pemberian tanah di bawah Kanun Tanah Negara dan Kanun Tanah
Sarawak adalah dengan menggunakan sistem Torrens. Perkara 74 Perlembagaan
Persekutuan Malaysia, Jadual 9, Senarai 2, menyatakan bahawa segala hal ehwal
dalam pentadbiran tanah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Walau
bagaimanapun, Perkara 91 (5) Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Seksyen 9
Kanun Tanah Negara memperuntukkan penubuhan Majlis Tanah Negara sebagai
forum untuk penyeragaman dasar-dasar untuk memajukan dan mengawal
penggunaan tanah di seluruh Semenanjung Malaysia. Seksyen 40, 41 Kanun Tanah
Negara menjelaskan bahawa semua hal-hal berkaitan tanah terletak di bawah bidang
kuasa Kerajaan Negeri. Seksyen 42 & 44 Kanun Tanah Negara adalah berkaitan
dengan kuasa pelupusan tanah. Seksyen 43 Pemberimilikan tanah kepada individu,
kerajaan, perbadanan. Seksyen 45 Kuasa Pelupusan pengeluaran galian, bahan
batuan dan hasil dari hutan. Seksyen 61 Pampasan kepada tuan tanah. Seksyen 62 (1)
Kuasa merizabkan sesuatu kawasan/tanah Kerajaan sebagai Rizab Awam. Seksyen
64 Kuasa Pembatalan Rizab. Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri boleh membatalkan
keseluruhan atau sebahagian mana-mana tanah yang diwartakan untuk maksud
awam. Seksyen 66 Kuasa Pengeluaran lesen-lesen pendudukan sementara. Seksyen
76 Kuasa Pemberimilikan Tanah kepada individu dan Kerajaan Persekutuan.
Seksyen 340 Kanun Tanah Negara (KTN) menerangkan mengenai tiada penafian
hakmilik dan kepentingan tanah yang didaftar atas nama pemilik atau syarikat.
Seksyen 396 Kanun Tanah Negara (KTN) menyentuh mengenai pengukuran tanah
(Buang, 2003).
2.4.3 Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960)
Akta Pengambilan Tanah adalah merupakan satu set undang-undang yang digubal
khas untuk mengambil balik tanah dengan syarat iaitu dipatuhi segala peruntukan
yang sedia ada dan pembayaran pampasan yang mencukupi. Akta Pengambilan
Tanah 1960 (APT), Akta 34 telah mula berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia
semenjak 13 Oktober 1960. Akta ini telah melalui beberapa proses pindaan sejak
mula ia berkuatkuasa. Pada tahun 1992, Akta ini telah disemak semula dan ia
dikenali sebagai Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960. Akta Pengambilan Tanah
(APT) 1960 telah digubal oleh Parlimen, akan tetapi kuasa-kuasa eksekutif di
17
dalamnya masih lagi dipegang oleh pihak Negeri (Institut Tanah dan Ukur Negara,
2013).
Tujuan utama Akta Pengambilan Tanah ini ialah untuk memproses
pengambilan balik tanah dan membayar pampasan yang mencukupi. Akta ini adalah
selaras dengan kehendak artikel 13(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang
menyatakan “tiada undang-undang yang boleh membuat peruntukan bagi mengambil
atau mengguna harta benda dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi”.
Akta Pengambilan Tanah 1960 memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN)
untuk mengambil tanah milik yang diperlukan:
a) untuk sesuatu maksud awam.
b) oleh mana-mana orang atau badan bagi apa-apa maksud yang pada pendapat
Pihak Berkuasa Negeri adalah berfaedah untuk pembangunan ekonomi
Malaysia atau mana-mana bahagian daripadanya atau kepada orang ramai
amnya atau mana-mana kelas orang ramai; atau
c) untuk tujuan perlombongan atau kediaman, pertanian, perdagangan, industri
atau tujuan rekreasi ataupun kombinasi daripada tujuan-tujuan tersebut
(Institut Tanah dan Ukur Negara, 2013)
Proses pengambilan dapat dibahagikan kepada tiga keadaan iaitu Pra
pengambilan, Pengambilan dan Pasca Pengambilan. Tiap-tiap keadaan ini adalah
saling berkaitan dan perlu difahami dengan sepenuhnya bagi mendapatkan gambaran
yang jelas tentang tatacara pengambilan balik tanah dibuat dan perlu dipatuhi
sepenuhnya sebelum melangkah ke keadaaan yang seterusnya. Di dalam peringkat
pra-pengambilan, terdapat beberapa aktiviti/gerak kerja yang penting iaitu
permohonan, pemeriksaan dan pengwartaan tanah yang hendak diambil balik.
Permohonan boleh terus dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri dan Pejabat Tanah
dimana tanah yang hendak diambil balik terletak. Di dalam keadaan-keadaan tertentu
dimana sesuatu tanah itu perlu diperiksa atau disiasat terlebih dahulu sebelum
dipastikan kesesuaiannya bagi sesuatu projek dan juga untuk mengelakkan perlakuan
tidak jujur oleh pihak yang berkepentingan untuk menuntut bayaran pampasan yang
berlebihan. Dibawah seksyen 37 mana-mana orang yang berkepentingan keatas tanah
boleh membuat bantahan terhadap ukuran tanah, jumlah pampasan, siapa yang layak
menerima bayaran pampasan (Institut Tanah dan Ukur Negara, 2013).
18
2.4.4 Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313)
Secara ringkasnya, Akta Perhutanan 1984 menyentuh mengenai larangan dan
kebenaran yang diberi oleh Kerajaan Negeri berkaitan hutan simpan dan tanah
Kerajaan Negeri. Seksyen 14 akta ini menyatakan bahawa segala hasil hutan adalah
harta Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri. Seksyen 15 adalah berkaitan larangan
mengambil hasil hutan dari hutan simpanan kekal atau tanah kerajaan melainkan jika
diberikan dilesen. Seksyen 32 menyentuh mengenai pendudukan, atau penjalanan
aktiviti di atas, hutan simpan kekal adalah dilarang melainkan jika dia adalah
pemegang permit pengguna. Manakala seksyen 33 melihatkan kuasa Kerajaan
Negeri untuk membenarkan pendudukan, atau penjalanan aktiviti dalam, hutan
simpanan kekal. Seksyen 62 adalah berkaitan kuasa untuk meremitkan, meringankan
atau melepaskan. Manakala Seksyen 62 (2) (b) ini memberi kebenaran kepada Orang
Asli untuk mengambil, mengguna hasil hutan dengan tujuan untuk kegunaan sendiri
(Jabatan Peguam Negara, 2013).
2.4.5 Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta76)
Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 lebih menekankan kepada larangan-larangan
dan kebenaran yang diberi setelah mendapatkan permit di kawasan rizab dan tempat
perlindungan hidupan liar. Seksyen 48 larangan memasuki kawasan rizab hidupan
liar atau tempat perlindungan hidupan liar kecuali telah mendapat permit bertulis.
Dibawah Seksyen 49 tiada seorang pun boleh, menembak, membunuh atau
mengambil mana-mana binatang atau burung (liar atau tidak), mengambil,
menggangu, merosak atau membinasa sarang atau telur mana-mana binatang atau
burung (liar atau tidak), mengganggu atau mengeluarkan apa-apa kayu atau tumbuh-
tumbuhan, dalam suatu tempat perlindungan hidupan liar. Seksyen 50 menyatakan
mengenai kebenaran untuk memasuki, menembak, membunuh atau mengambil atau
seekor binatang liar atau burung liar yang diperlindungi setelah mendapat permit.
Seksyen 52 akta ini memberi kebenaran khusus untuk Orang Asli bagi tujuan
kegunaan sendiri dan keluarga seperti yang di senaraikan di dalamJadual Dua dan
19
Jadual Empat iaitu rusa, pelanduk, burung-burung buruan dan monyet (Jabatan
Peguam Negara, 2013)
2.4.6 Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Berkenaan Hak Orang
Asli (UNDRIP)
Kumpulan Kerja Berkenaan Draf Deklarasi (WGDD) telah ditubuhkan pada 1995 di
bawah naungan Suruhanjaya Kecil Hak Asasi Manusia. Orang Asli di seluruh dunia
telah bekerjasama selama 11 tahun dalam menjayakan agenda WGDD. Tuntutan hak
terhadap tanah, wilayah dan sumber semulajadi di persekitaran Orang Asli telah
diberi perhatian di dalam Draf Deklarasi mengenai Orang Asli kerana perkara seperti
tuntutan hak terhadap tanah, wilayah dan sumber sering menjadi konflik di Aantara
pihak pemerintah dan Orang Asli di seluruh dunia (SUHAKAM, 2013). Pada bulan
Jun 2006, Majlis Hak Asasi PBB telah menerima draf Deklarasi dan pada bulan
September 2007, Deklarasi ini telah diterima oleh Perhimpunan Agung PBB. Hak
Orang Asli yang dinyatakan di dalam Deklarasi ini adalah sejajar dengan kehendak
Deklarasi Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UDHR), Konvensyen
Antarabangsa mengenai Hak Politik (ICCPR), Konvensyen mengenai Hak
Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan (ICESCR), Konvensyen Antarabangsa mengenai
Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Perkauman (ICERD), Konvensyen 107
dan 169 Pertubuhan Antarabangsa Orang Asli (SUHAKAM, 2013).
Deklarasi Hak Orang Asli PBB (UNDRIP) ini terdiri daripada 46 Artikel
yang meliputi hak individu dan kumpulan Orang Asli, hak untuk tidak diskriminasi,
hak terhadap tanah, serta saranan kepada kerajaan untuk memperoleh Izin berasaskan
Makluman Awal, Bebas dan Telus (IMBAT) daripada Orang Asli sebelum
mengambil tanah dan kawasan mereka. Pada bahagian permulaan deklarasi ini
terdapat sedikit latarbelakang bagi keperluan dan tujuan deklarasi ini juga
menekankan mengenai keperluan untuk menghormati dan hak dan tradisi Orang
Asli,ekonomi, politik, sosial dan budaya terutama mengenai hak terhadap tanah,
wilayah dan sumber semulajadi yang terdapat di kawasan Orang Asli (SUHAKAM,
2010).
20
Artikel 2 deklarasi ini menyatakan bahawa Orang Asli adalah setaraf dengan
kaum yang lain dan berhak untuk bebas daripada diskriminasi dalam menikmati hak
asasi mereka. Artikel 5 menyatakan bahawa Orang Asli bebas untuk memelihara dan
mengamalkan sistem politik, undang-undang, ekonomi, budaya dan sosial yang
tersendiri. Artikel 7 (1) pula menyatakan hak untuk Orang Asli meneruskan
kehidupan dan Artikel 10 melarang sebarang bentuk pemindahan secara paksa
kepada Orang Asli daripada kawasan mereka sebelum mendapatkan IMABT
daripada Orang Asli dan pampasan yang adil dan saksama bagi Orang Asli yang
terlibat dalam proses pemindahan sekiranya kawasan mereka diambil. Artikel 11
Deklarasi melindungi hak untuk mengamalkan dan dan meneruskan amalan tradisi
serta adat resam Orang Asli termasuk kawasan perkuburan dan kawasan pemujaan
bagi Orang Asli (SUHAKAM, 2010).
Seterusnya, Artikel 18 menjamin hak Orang Asli untuk membuat keputusan
mengenai perkara yang mempengaruhu hak mereka dan Artikel 19 menghendaki
kerajaan supaya berunding dengan Orang Asli mengenai sebarang penggubalan
undang-undang yang memberi kesan terhadap kepentingan Orang Asli. Artikel 20 (1)
memberi jaminan serta usaha untuk memajukan terhadap ekonomi, politik dan sosial
Orang Asli. Artikel 21 melindungi kepentingan Orang Asli untuk meningkatkan
keadaan ekonomi dan sosial serta Artikel 25 memberi hak kepada Orang Asli untuk
mengekalkan dan mengukuhkan hubungan spiritual terhadap tanah yang dimiliki,
didiami dan digunakan secara tradisional. Artikel 26 (1) menjamin hak asasi Orang
Asli terhadap tanah dan sumber tradisi yang dimiliki, didiami atau digunakan
(SUHAKAM, 2010.
2.5 Defenisi Kajian
Terdapat tiga definisi yang utama di dalam kajian ini iaitu definisi kajian bagi
maksud Orang Asli, Sistem Torren dan juga kawasan Saka.
21
2.5.1 Orang Asli
Orang Asli merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat Malaysia. Mereka
juga mempunyai hak-hak keistimewaan tersendiri di dalam negara ini seperti yang
terkandung di dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), dan Perlembagaan
Persekutuan Malaysia. Secara ringkasnya, Orang Asli dapat dikategorikan kepada 3
suku kaum utama iaitu Melayu-Asli, Negrito dan Senoi di mana setiap suku ini
dipecahkan kepada 6 suku kaum dan ini menjadikan Orang Asli terdiri daripada 18
suku kaum dan dapat diterjemah melalui jadual 2.1 di bawah :
Jadual 2.2 : Orang Asli dan Sub-golongannya Sumber : Jabatan Kemajuan Orang
Asli, (2012) Golongan Senoi Negrito Melayu Asli
Sub-Golongan Temiar Kintak Temuan
Che Wong Kesiu Semelai
Jah Hut Jahai Jakun
Semaq Beri Batik Kanaq
Mahmeri Mendrik Seletar
Semai Lanoh Orang Kuala
Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan Malaysia Persekutuan mendefinisi
Orang Asli sebagai Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Berdasarkan Seksyen 3 (2)
Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) seseorang itu ditakrifkan sebagai Orang Asli jika:
i. Bapanya adalah seorang dari rumpun bangsa Orang Asli, yang bercakap
dalam bahasa Orang Asli dan lazim mengikut cara hidup Orang Asli dan adat
kepercayaan Orang Asli dan termasuklah seseorang keturunan melalui lelaki
orang itu;
ii. Mana-mana Orang dari apa-apa kaum yang diambil sebagai anak angkat
semasa masih kanak-kanak oleh Orang Asli yang telah dididik sebagai
seOrang Asli, lazim mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan
Orang Asli dan adalah seseorang itu dari sesuatu masyarakat Orang Asli; atau
iii. Anak dari apa-apa persatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan
seorang lelaki dari suatu kaum lain, dengan seorang lelaki dari suatu kaum
lain, dengan syarat bahawa anak itu lazim bercakap dalam bahasa Orang Asli,
lazim mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli
dan masih lagi menjadi seseorang dari masyarakat Orang Asli (Jabatan
Kemajuan Orang Asli, 2013)
22
Definisi Orang Asli mengikut Akta 134 ialah orang yang ibu atau bapanya
atau kedua-duanya adalah Orang Asli, bercakap dalam bahasa Orang Asli, mengikut
cara hidup Orang Asli serta mempercayai adat dan kepercayaan Orang Asli. Terdapat
juga definisi mengenai Orang Asli atau Orang Asal di peringkat antarabangsa iaitu
definisi yang menggunakan definisi teknikal sebagai panduan bagi kerja-kerja
berkaitan dengan Orang Asli seperti yang dinyatakan oleh Laporan Cobo,Pertubuhan
Buruh Antarabangsa (ILO). Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia. Laporan
Cobo menyatakan bahawa Orang Asli adalah sebuah masyarakat atau penduduk yang
mempunyai kesinambungan dengan sejarah dengan penduduk lain sebelum
berlakunya penjajahan dan kolonisasi yang telah membangunkan wilayah mereka,
dan masyarakat ini menganggap mereka berbeza dengan masyarakat yang lain yang
terdapat di kawasan mereka (SUHAKAM, 2013).
Orang Asli cenderung untuk menjadi masyarakat bukan dominan dan
bertekad untuk memulihara, membangun dan mewariskan wilayah adat dan identiti
etnik mereka sebagai asas kesinambungan kewujudan mereka sebagai satu kaum asli
yang mempunyai corak budaya, institusi sosial dan sistem perundangan mereka yang
tersendiri. Pada tahap individu, seseorang Orang Asli adalah anggota kepada
sekumpulan Orang Asli melalui pengenalan diri sebagai Orang Asli dan diterima
oleh kumpulan itu sebagai salah seorang anggota mereka secara penerimaan secara
berkumpulan. Keadaan ini mengekalkan hak istimewa hak-hak masyarakat ini untuk
menerima sebarang individu sebagai anggota masyarakat mereka tanpa campur
tangan daripada luar (SUHAKAM, 2013).
Di dalam Arahan Operasional 4.20 Bank Dunia, kriteria Orang Asli
hendaklah dimasukkan perkara seperti berikut :
a) Mempunyai hubungan yang erat dengan tanah nenek moyang dan sumber
semulajadi di kawasan mereka.
b) Identiti mereka dan orang lain sangat berbeza dan mempunyai budaya
yang berbeza.
c) Sering menggunakan bahasa yang berlainan dengan bahasa kebangsaan.
d) Kewujudan institusi adat,sosial dan politik.
e) Asas pengeluaran adalah hanya untuk menyara hidup dan
f) Sering menjadi kumpulan sosial yang tertinggal dalam pembangunan
(SUHAKAM, 2013)
23
Bank Pembangunan Asia menetapkan sifat-sifat asas Orang Asli adalah
berasal daripada satu kumpulan yang sedia ada wujud di dalam negara atau sesuatu
kawasan , pengenalan diri oleh orang lain sebagai satu masyarakat yang berbeza
budaya, dan menunjukkan kesungguhan untuk menjaga kesinambungan identiti
budaya melalui bahasa, tradisi dan institusi sosial, budaya, ekonomi dan politik yang
berbeza dengan masyarakat umum, mengamalkan sistem ekonomi yang lebih
menumpukan kepada pengeluaran tradisional dan hubungan yang unik dengan
kehidupan tradisi dan kawasan nenek moyang serta sumber asli di kawasan mereka
(SUHAKAM, 2013).
2.5.2 Sistem Torrens
Sistem Torrens (ST) bagi pendaftaran hakmilik tanah telah diperkenalkan pada 1857
oleh Robert Richard Torrens di Australia Selatan. Sistem ini telah dilaksanakan di
New South Wales pada 1 Januari 1863 di bawah Real Property Act. Sistem ini telah
diperkenalkan di Semenanjung Malaysia pada abad ke 9 oleh Sir Maxwell. Sistem
Torrens ini telah diperkenalkan secara berperingkat-peringkat di mana ia mula
dilaksanakan melalui General Land Regulation, dikuti oleh Registration of Titles
Regulations dan melalui Pengenalan kepada Kanun Tanah 1926 (Buang, 2003).
Terdapat dua prinsip utama yang termaktub di dalam Sistem Torrens iaitu
pendaftaran hak milik dan hak yang tidak boleh disangkal. Prinsip pertama Sistem
Torrens ialah pendaftaran hak milik yang membuktikan fakta secara material
berkenaan hak milik seseorang ke atas tanahnya. Fakta material itu merangkumi
nama pemilik, butir-butir mengenai tanah yang telah diberi milik, luas kawasan dan
lokasinya, pelan ukur, dan had sempadannya (Buang, S, 2003). Pendaftaran hak
milik atau lebih dikenali sebagai geran tanah ini menunjukkan segala maklumat yang
penting mengenai tanah yang mungkin dikehendaki oleh seorang bakal pembeli atau
yang perlu diketahui oleh seorang bakal pemegang gadaian. Prinsip kedua Sistem
Torrens ialah hak milik yang tidak boleh disangkal. Dalam setiap transaksi antara
pemilik berdaftar dengan bakal pembeli, bakal pembeli hanya dikehendaki memberi
perhatian kepada pendaftaran hak milik sahaja. Pembeli hanya perlu bergantung
24
kepada maklumat yang terdapat seperti yang tertera di dalam geran tanah dan tidak
perlu perlu membuat semakan sejarah pemilikan tanah tersebut (Buang,S. 2003).
Selain itu, terdapat beberapa perkara yang dinyatakan di dalam sistem ini.
Sebagai contoh, pendudukan secara haram adalah tidak dibenarkan di dalam Kanun
Tanah Negara 1965 yang mengekalkan prinsip undang-undang yang terkandung
dalam Kanun Tanah 1926 yang terdahulu. Pendudukan secara haram ini bermaksud
sebarang penggunaan ke atas tanah adalah dilarang dengan mengambil perhatian ke
atas status tanah tersebut iaitu sama ada tanah Kerajaan atau tanah milik
perseorangan. Tiada hak yang boleh melupuskan hak ke atas tanah individu
melainkan hendaklah dipohon melalui proses pemindahan hak milik tanah dan telah
kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri. Sebarang hakmilik terhadap tanah boleh
menjadi milik hak milik semula Pihak Berkuasa Negeri dalam beberapa keadaan
tertentu. Misalnya, tanah-tanah yang dipegang dalam bentuk pajakan yang telah
habis tempohnya akan menjadi milikan negeri melainkan pajakan tersebut
diperbaharui atau disambung lagi. Tanah pemilikan individu juga boleh dirampas
oleh Pihak Berkuasa Negeri apabila berlaku pelanggaran syarat oleh pemiliknya
umpamanya kegagalan mengerjakannya, kegagalan membayar cukai, pelanggaran
syarat-syarat nyata atau syarat lain yang terkandung dalam Kanun Tanah Negara atau
pelanggaran sekatan-sekatan tertentu yang dikenakan pada tanah berkenaan. Selain
itu, tanah milik individu boleh bertukar milik kepada Pihak Berkuasa Negeri jika
pemilik tanah tersebut meninggal dunia tanpa meninggalkan waris atau pemilik tanah
tersebut menyerahkan semula tanah secara sukarela kepada Pihak Berkuasa Negeri.
(Buang, 2003).
2.5.3 Kawasan Saka
Orang Asli mempunyai satu amalan pentadbiran dan guna tanah tanah yang unik
iaitu melalui kawasan rayau dan kawasan tanah saka mereka. Amalan pentadbiran
tanah ini meliputi penggunaan dan tadbir ruang sama ada di darat, di tasik atau di
laut. Setiap kawasan ini ditadbir menggunakan sistem adat mengikut komuniti Orang
Asli yang terdapat di kawasan tersebut. Pentadbiran dan pengurusan setiap wilayah
adat yang diamalkan oleh setiap kumpulan Orang Asli adalah jelas dan sistematik.
145
RUJUKAN
A. Aziz, R. (2000). Perancangan Pembangunan Sosioekonomi : Dasar, Strategi
dan Pelaksanaan. Dlm. Negara, Pasaran & Pemodenan Malaysia.
disunting oleh Abdul Rahman Embong. Bangi : UKM
A. Aziz, R. (2001). Pengantar Sosiologi Pembangunan : Edisi Kedua. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
A. Bakar, A. (2002). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn. Bhd.
A. Bakar, Md. S. (1995).Metodologi Penyelidikan. Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Alias, A., Kamaruzzaman, S. N. & Daud, Md. N. (2010). Traditional Land
Acquistion and Compensation :The Perception of the Affected Aboriginal
People in Malaysia. International Journal of the Physical Science Vol.5.
pp.1696 – 1705, 18 September 2010.
Alias, A. & Daud, Md N. (2011). Saka : Adequate Compensation for Orang
Asli Native Land. Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Amir, J. (2005). Teknik Wawancara. Kuala Lumpur.PTS Professional Publishing.
Anaya, S. J., & Williams Jr, R. A. (2001). Protection of Indigenous Peoples' Rights
over Lands and Natural Resources under the Inter-American Human Rights
System, The. Harv. Hum. Rts. J., 14, 33.
Andersen, K. E. (2011). Communal Tenure And The Governance Of Common
Property Resources In Asia, (April).
Asian Indigenous & Tribal Peoples Network. (2008). The Department Of Orang Asli
Affairs, Malaysia : An Agency for Assimilation. New Delhi: India.
Bergstrom, J. C. (2005). Postproductivism and changing rural land use values and
preferences, disunting oleh Stephan J. Goetz, James S. Shortle dan John C.
Bergstrom. New York. Routledge Taylor &Francis Group.
146
Buang, S. (2003). Kanun Tanah Negara 1965 dan Pelbagai Undang-Undang
Berkaitan Tanah: Satu Tinjauan. 98–112.
Chua, Y. P. (2006). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan : Asas Statistik
Penyelidikan. Malaysia : Mc Graw Hill Education.
Creswell, J.W. (2007). Qualitative Inquiry & Research Design Second Edition.
United States of America. Sage Publication.
Colchester, M. & MacKay, F & Griffiths, T. & Nelson, J. (2001). A Survey of
Indigenous Land Tenure. United Kingdom : Food and Agriculture Organization
of the United Nations.
Cotula, L. & Mayers, J. (2009). Tenure in REDD Start-point or afterthought? United
Kingdom : International Institute for Environment and Development (IIED).
Dale, P. & Mc Laughlin, J. (2003). Land Administration, United Kingdom
. Oxford University Press.
Duncan, C. R. (Ed.). (2008). Civilizing the margins: Southeast Asian government
policies for the development of minorities. NUS Press.
Food And Agriculture Organization Of The United Nations. (2005). Access to rural
land and land administration after violent conflicts. Rome,
Ganason, A. (1965). Land Administration System In Malaysia : A Proposal for
Rebranding the Functions of the Federal Lands Commissioner and the
Department of Director General of Lands and Mines, 1965, 1–7.
Goode, W. J., & Hatt, P. K. (1952). Methods in social research. McGraw-Hill Book
Company. Singapura
H. Burton, E. M. & V. Stein, J.& Gartzke, E. (2008). International Organizations
Count. Journal of Conflict Resolution, 52(2), 175–188.
doi:10.1177/0022002707313687
Hamid, N. A. & Harun, N. & Ismail, N. (2011). Pengambilan Tanah bagi
Pembangunan Ekonomi : Isu dan Penyelesaian. Jurnal Undang-Undang &
Masyarakat. 135-148.
Hamzah, A., & Bulan, R. (2003). An introduction to the Malaysian legal system.
Fajar Bakti.
Ho W. J. (2010). Conflict Management and Resolution. New York. Routledge Taylor
& Francis Group.
Hunt, A. W. (2005). Bengkel Membincang Pindaan Akta 134. Port Dickson.
147
Idris, A., Kosman, I., Selamat, M. & Mohd Noor, Y. (2007). Teks Rujukan
Kenegeraaan Malaysia Pengajian Am. Local Publication
Institut Tanah dan Ukur Negara, (2013). Alamat di atas talian,
http://www.instun.gov.my [Dicapai pada 5 Mei 2013].
Jabatan Kemajuan Orang Asli. (2012). Alamat di atas talian www.jakoa.gov.my.
[Dicapai pada Disember 2012].
Jabatan Kemajuan Orang Asli. (2013). Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan
Tanah Orang Asli (DPPTOA).
Jabatan Kemajuan dan Hal Ehwal Orang Asli Kanada. (2013). Alamat atas talian,
http://www.jakoa.gov.my [Dicapai pada 5 Oktober 2013].
Jabatan Peguam Negara. (2013). Alamat di atas talian , http://www.agc.gov.my
[Dicapai pada 15 Ogos 2013].
Jabatan Tanah dan Ukur Sabah. (2013). Alamat di atas talian,
http://www.jtu.sabah.gov.my. [Dicapai pada 2 September 2013].
Jayasuriya, K. (Ed.). (2006). Law, capitalism and power in Asia: the rule of law and
legal institutions. Routledge.
K. Lazar, M. (nd). Land Concession, Land Tenure and Livelihood Change :
Plantation Development in Attapeu Province, Southern Laos. Laos : National
University of Laos.
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. http://www.nre.gov.my
[ Dicapai pada 2 Mac 2013]
Kerajaan Malaysia, (2005). Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) 1974, Kuala Lumpur.
Kerajaan Malaysia, (2005). Akta Pengambilan Tanah 1960, Kuala Lumpur.
Kerajaan Malaysia, (2005). Akta Perhutanan 1984, Kuala Lumpur.
Kerajaan Malaysia, (2005). Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. Kuala Lumpur.
Kerajaan Malaysia, (2005). Kanun Tanah Negara 1960, Kuala Lumpur.
Kerajaan Malaysia, (2005). Perlembagaan Persekutuan Malaysia Persekutuan, Kuala
Lumpur.
Konting, Md. M. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Langton, M. & Palmer, L.(2003). Modern Agreement Making and Indigenous People
in Australia: Issues and Trends' 8(1) Australian Indigenous Law Reporter 1-31;
148
Lim H. S. (2000). The Land Right Of The Orang Asli. Customer Associate of
Penang.
Long, B. & Henriques, J. & Andersen, H. S. & Gausset, Q. & Egay, K. (2003). Land
Tenure In Relation To Crocker Range National Park. (March), 1–11.
M. Nor, H. & Idris. S & Aziz, S. & Aziz, A. G. (2001). Manusia, Alam Sekitar dan
Pembangunan : Bicara Pengalaman Komuniti Orang Asli. Institut Alam
Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM)
M. Nor, H., Md Nor, A. R., Rostam, K., Mohamed, A. @ E. & Sakawi, Z. (2009)
Mengapa kami jadi begini? konflik masyarakat orang Seletar dan
pembangunan Iskandar, Johor Bahru, Malaysia (conflicts in the Iskandar
development region: the case of Johor Bahru’s Orang Seletar, Malaysia).
Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 5 (2). pp. 16-26. ISSN
2180-2491
Masri, S. (2005). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan. Kuala Lumpur.
Utusan Publications & Distributors.
Mee, S & Ibrahim, Y. (2009). Komuniti Pembangunan & Transformasi. Bangi :
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Miswan, H., Hakim, A., Hamid, A., Iman, M. & Madya, P. (2009). Seminar
Pembangunan Harta Tanah Kebangsaan Menurut Perspektif Islam, Dewan
Besar Institut, 1–22.
Mok, S. S. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Perancangan dan Pelaksanaan
Penyelidikan Tindakan.
Nicholas, C. (2000). The Orang Asli and the contest for resources: indigenous
politics, development and identity in Peninsular Malaysia. Copenhagen:
International Work Group for Indigenous Affairs.
Patton, M. Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods. Sage
Publication, London.
Redzuan, M. (2008). Kepimpinan dan Pembangunan Orang Asli. Dlm. Orang
Asli Isu, Transformasi dan Cabaran, disunting oleh Ma’Rof Redzuan & Sajit
S. Gill. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Tasi, S. (2002). Sagong Bin Tasi dan Ors V Kerajaan Negeri Selangor and Ors. 2
MLJ 591, Jurnal Undang-Undang Malaysia. Kuala Lumpur.
Schwartzman, S. & Zimmerman, B. (2005). Conservation Alliances with Indigenous
People of the Amazon.
149
Smith, A. (1997). Indigenous Research Ethics: Policy, Protocol and Practice.
Australian Journal of Indigenous Education, 25(1): 23-29
Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan Malaysia. (2009). Suhakam Report On The
Murum Hydroelectric Project And Its Impact Towards The Economic, Social
And Cultural Rights Of The Affected Indigenous People In Sarawak. Kuala
Lumpur.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. (2010). Deklarasi Pertubuhan Bnagsa-
Bangsa Bersatu Mengenai Hak Orang Asal. Kuala Lumpur.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. (2013). Laporan Inkuiri Nasional
Mengenai Hak Tanah Orang Asli. Kuala Lumpur.
Sobrevila, C. (2008). The Role Of Indigenus People in Biodiversitf Conservation.
The World Bank.
Toh, S. M., & Grace, K. T. (2007). Case study : Sabah forest ownership Food and
Agriculture Organization of the United.
Wall, J. A & Callister, R. R. (1995). Conflits and Its Management. Journal of
Management, Issues 3, Volume 21. p 515-588.
Xiao, H. C., Ke, Z. & Xiang, L. (2012). Improving Employee’s Job Satisfaction and
Innovation Performance Using Conflict Management. International Journal of
Conflict Management. Volume 23, Issues 2, P 151-172.
Yahaya, A., Hashim, S., Ramli, J., Boon, Y. & Hamdan, A. R. (2006). Menguasai
Penyelidikan Dalam Pendidikan : Teori, Analisi & Interpretasi Data. Kuala
Lumpur. PTS Professional Publishing.
Yusof, R. (1996). Asas Sains Sosial : Dari Perspektif Sosiologi. Kuala Lumpur
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zakaria, Z. (2006).Pengambilan Tanah Secara Paksa di bawah Akta Pengambilan
Tanah 1960: Gangguan kepada Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
Malaysia Persekutuan?. Jurnal Syariah. Edisi ke-14, Isu 2, m/s 73-86.
Zaki, P. H., Hamzah, M. Z., Ismail, M. H., Wahidin, K., & Hamid, H. A.
(2010).Malay customary tenure and conflict on implementation of colonial
land law in Peninsular Malaysia 2(2), 33–45.
150
VITA
Penulis telah dilahirkan pada 5 Oktober 1990 dan memiliki Ijazah Sarjana Muda
Dengan Kepujian Sains Sosial (Antropologi dan Sosiologi) di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM). Bermula sebagai Pembantu Penyelidik di Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia (UTHM) pada November 2012 dan melanjutkan pengajian ke
peringkat Sarjana pada penghujung Februari 2013 dalam bidang Sains Pengurusan
Teknologi. Penulis telah menjadi salah seorang pembentang dalam persidangan
Geografi Dan Alam Sekitar Dalam Pembangunan Dan Transformasi Negara di
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Februari 2013. Pada Julai 2013 pula,
penulis telah menghadiri Persidangan Penyelidikan Dan Inovasi Kali Kedua 2013
yang telah diadakan di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang sebagai salah
seorang pembentang. Pada November 2013, penulis telah menghadiri Simposium
Kebudayaan Indonesia-Malaysia (SKIM) Kali Ke-13 yang telah diadakan di
Universitas Padjajaran juga sebagai pembentang. Pada Disember 2014, penulis juga
telah menjadi pembentang dalam sebuah persidangan yang telah dianjurkan oleh
pihak Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) UTHM. Akhir, pada
September 2014 penulis sekali lagi menjadi salah seorang pembentang dalam The
International Conference on Business Management and Information Technology
(ICBMIT) yang telah diadakan di Kuala Lumpur. Hasil dari pembentangan ini, kertas
kerja pemulis telah diterbitkan di dalam jurnal International Journal of Conceptions
on Management and Social Sciences.