III
PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PEMBELAJARAN
KENDIRI SIFAT JIRIM BAGI MATA PELAJARAN FIZIK KBSM
TINGKATAN EMPAT
ROSHIDAYAH BINTI YANG
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains
Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2004
V
DEDIKASI
Khas buat ayahanda (Yang bin Ibrahim) dan bonda (Zainab binti Abdul Rahman)
Terima kasih di atas segala pengorbanan dan kasih sayang kalian.
Ahli keluarga, Along & keluarga, Abang Nasir & keluarga, Abang Yie, Kak &
keluarga, Alang & keluarga, Abang Mie, Kak Jah dan Kak Nor & keluarga yang
banyak memberi semangat dan dorongan.
Buat rakan-rakan seperjuangan, Azie,Dian,Hanan,Ida Ima, Kamel, Liana, Rinie dan
Rozie........
Semoga ukwah yang terjalin di sini akan berkekalan buat selama-lamanya.
Buat guru-guru dan rakan seperjuangan, SMK Bukit Tunggal, Kuala Terengganu
(1995-1999) terima kasih di atas segala-galanya
Buat semua yang terlibat, kejayaan yang diperolehi ini adalah kejayaan kita
bersama.
Terima kasih di atas segala bantuan dan doa yang diberikan selama ini.
VI
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang
Segala pujian bagi Allah SWT Pemilik sekalian alam dan selawat serta salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, sahabat-
sahabat r’anhum dan sesiapa yang mengikut mereka dengan ikhlas sehingga hari
kiamat.
Setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih kepada Profesor Madya
Dr. Haji Shaharom bin Noordin selaku penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) yang
sudi memberi tunjuk ajar, ilmu pengetahuan bimbingan serta dorongan yang
berterusan sehingga PSM ini sempurna disiapkan.
Tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
guru Fizik di Terengganu iaitu di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Berang yang
terlibat kerana sudi memberikan kerjasama semasa kajian dijalankan.
Seterusnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sealiran
yang telah memberi sokongan dan pertolongan dalam menyiapkan projek ini.
Akhir sekali, terima kasih dirakamkan khas untuk ayahanda dan bonda,
segala kasih sayang, pengorbanan dan dorongan kalian amat bernilai bagiku. Along,
Abang Mie dan Kak Jah terima kasih kerana sudi membantu dari segi kewangan dan
kemudahan pengangkutan ketika proses penilaian MPK dilakukan di sekolah-
sekolah.
Semoga kita senantiasa mendapat keberkatan Allah SAW.
VII
ABSTRAK
Bahan pembelajaran yang bermutu merujuk kepada bahan yang dibina
berdasarkan sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat
dan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) amat diperlukan bagi mengatasi masalah ketidaksesuaian bahan P&P. Kajian
yang dilakukan merangkumi pembinaan dan penilaian terhadap tiga buah Modul
Pembelajaran Kendiri (MPK) Sifat Jirim bagi mata pelajaran Fizik KBSM Tingkatan
Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK
3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model
Teras-Cabang (Shaharom, 1994). MPK yang dibina dinilai melalui dua peringkat
Penilaian Formatif iaitu Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dan Penilaian
Formatif Kelompak Kecil (PFKK). Kedua-dua peringkat Penilaian Formatif yang
telah dijalankan adalah merentas satu pemboleh ubah bebas iaitu kedudukan sekolah
yang dikategorikan sebagai sekolah Bandar (B) dan sekolah Luar Bandar (LB).
Empat orang guru Fizik telah terlibat dalam PFSS manakala 10 orang guru Fizik
terlibat dalam PFKK. Alat kajian yang digunakan ialah Soal Selidik Kesesuaian
Modul Pengajaran Kendiri (Guru) (Shaharom, 1994). Analisis statistik dekskriptif
berbentuk min, sisihan min, maksimum dan minimum. Hasil kajian menunjukkan
bahawa status kesesuaian MPK yang dibina berdasarkan PFSS adalah ‘Sesuai’ dan
PFKK adalah “Amat Sesuai”. Manakala merentas kedudukan sekolah, status
kesesuaian untuk PFSS dan PFKK menunjukkan ia “Amat Sesuai” untuk sekolah B
dan “Sesuai” untuk sekolah LB. Implikasinya, MPK Sifat Jirim yang dibina adalah
sesuai digunakan dan memenuhi Huraian Sukatan Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan
Empat.
VIII
ABSTRACT
The quality of teaching and learning materials which refer to Huraian Sukatan
Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat and emphasize the involvement of the
students is needed to overcome the problem of the unsuitable teaching and learning
materials. The study of this research extracted learning material of Form Four
Physics KBSM, incorporated the design and evaluation of three Sifat Jirim Selft
Instruction Module (SIM), i.e. SIM 1: Tekanan Dalam Cecair, SIM 2: Tekanan
Atmosfera and SIM 3: Prinsip Archimedes. This study had also utilized the Model
Teras-Cabang (Shaharom, 1994). This SIM was assessed at two levels the Formative
Evaluation; i.e. One-To-One Formative Evaluation (OTOFE) and Small-Group
Formative Evaluation (SGFE). Both Formative Evaluation were carried out across
an independent variable is school location which categorized as Urban School (B)
and Rural School (LB). Four Physics teachers were involved in the OTOFE and
another 10 Physics teachers participated in the SGFE. The research instrument
utilized the Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (Guru) (Shaharom,
1994). Statistic descriptive in terms of mean, mean deviation, maximum and
minimum used to analysis the collected data collected. The findings of this research
show that the suitability status of SIM based on OTOFE was “Suitable” and “Very
Suitable” for SGFE. Mean while, the suitability status of OTOFE and SGFE across
location was showed “Very Suitable” for school B and “Suitable” for school LB. As
an implication, SIM Sifat Jirim was built are suitable to use and fulfills the Huraian
Sukatan Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat.
IX
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I
PENGESAHAN PENYELIA II
JUDUL III
PENGAKUAN IV
DEDIKASI V
PENGHARGAAN VI
ABSTRAK VII
ABSTRACT VIII
KANDUNGAN IX
SENARAI JADUAL XIV
SENARAI RAJAH XV
SENARAI SINGKATAN XVI
SENARAI SIMBOL XVII
SENARAI LAMPIRAN XVIII
BAB 1 PENGENALAN 1
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.1.1 Teks 4
1.1.2 Menilai Aktiviti 6
1.1.3 Gambarajah 8
1.1.4 Menilai Ringkasan Bab 9
1.1.5 Menilai Soalan Di akhir Bab 11
X
1.1.6 Menilai Objektif Pembelajaran 13
1.2 Pernyataan Masalah 14
1.3 Objektif Kajian 14
1.4 Persoalan Kajian 15
1.5 Rangka Kerja Konsep 16
1.6 Kepentingan Kajian 17
1.6.1 Pusat Perkembangan Kurikulum 17
1.6.2 Pelajar 18
1.6.3 Guru 19
1.6.4 Institusi Pendidikan Guru 19
1.7 Skop Kajian 20
1.8 Takrifan 21
1.8.1 Kesesuaian 21
1.8.2 Modul Pembelajaran Kendiri 21
1.8.3 Pembinaan 22
1.8.4 Kedudukan Sekolah 22
1.8.5 Guru 23
1.8.6 Pelajar 23
1.8.7 Penilaian Formatif 23
1.9 Rumusan 24
BAB II SOROTAN PENULISAN 26
2.0 Pendahuluan 26
2.1 Teori Berkaitan Dengan Pembinaan dan
Penilaian MPK 26
2.1.1 Model-model Berkaiatan MPK 27
2.1.1.1 Model Burns 27
2.1.1.2 Model Klingstedt 29
2.1.1.3 Model Eijl 30
2.1.1.4 Model De Vito 32
2.1.1.5 Model Meyer 33
XI
2.1.2 Model Teras-Cabang 35
2.1.2.1 Rasional Penggunaan
Model Teras-Cabang 38
2.1.3 Pembelajaran Pengguasaan 40
2.1.3.1 Model Pembelajaran
Pengguasaan 43
2.1.4 Penilaian Formatif 44
2.1.4.1 Penilaian Formatif Satu
Dengan Satu 44
2.1.4.2 Penilaian Foematif
Kelompok Kecil 45
2.1.4.3 Penilaian Lapangan (Field Trial) 46
2.2 Kajian-kajian Yang Berkaitan Dengan Pembinaan
Dan Penilaian MPK Dalam Bidang Fizik 47
2.2.1 Kajian-kajian Tentang Pembinaan Dan
Penilaian MPK Dalam Negara 47
2.2.2 Kajian-kajian Tentang Pembinaan Dan
Penilaian MPK Luar Negara 53
2.3 Kajian-kajian Yang Berkaitan Dengan Pembinaan
Dan Penilaian MPK Dalam Bidang Berkaitan 55
2.3.1 Kajian-kajian Yang Berkaitan Dengan
Pembinaan Dan Penilaian MPK Dalam
Negara 55
2.3.2 Kajian-kajian Yang Berkaitan Dengan
Pembinaan Dan Penilaian MPK Luar
Negara 58
2.4 Kajian-kajian Yang Berkaitan Dengan Pembinaan
Dan Penilaian MPK Dalam Bidang Fizik
Merentas Kedudukan Sekolah 59
2.5 Rumusan 62
XII
BAB III PENGKAEDAHAN 64
3.0 Pengenalan 64
3.1 Kandungan MPK 64
3.1.1 MPK 1: Tekanan Dalam Cecair 65
3.1.2 MPK 2: Tekanan Atmosfera 65
3.1.3 MPK 3: Prinsip Archimedes 65
3.2 Subjek Kajian 66
3.3 Alat Kajian 67
3.4 Tatacara Kajian 68
3.4.1 Kajian Tahap Satu: Pembinaan MPK 70
3.4.2 Kajian Tahap Dua 72
3.4.2.1 Kajian Rintis 72
3.4.2.2 Penilaian Formatif 74
3.5 Kajian Tahap Tiga: Analisis Data 76
3.6 Andaian 78
3.7 Batasan Kajian 78
3.8 Rumusan 79
BAB IV KEPUTUSAN KAJIAN 80
4.0 Pendahuluan 80
4.1 Kajian Rintis 81
4.2 Penilaian Formatif Terhadap Kesesuaian
MPK Oleh Guru Fizik 81
4.2.1 Persoalan Kajian 1 82
4.2.2 Persoalan Kajian 2 83
4.3 Penilaian Formatif Merentas
Kedudukan Sekolah 84
4.3.1 Persoalan 3 85
4.3.2 Persoalan 4 86
4.4 Rumusan 88
XIII
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN 90
CADANGAN
5.0 Pendahuluan 90
5.1 Ringkasan Dan Perbincangan 90
5.2 Kesimpulan 96
5.3 Implikasi 97
5.3.1 Pelajar 97
5.3.2 Guru 99
5.3.3 Penggubal Kurikulum 101
5.3.4 Institusi Pendidikan 102
5.4 Cadangan 102
5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Hadapan 104
5.6 Rumusan 106
BIBLIOGRAFI 107
LAMPIRAN 114
XIV
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Tafsiran Indeks 4
4.1 Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS)
Oleh Guru Fizik 82
4.2 Kesimpulan Hasil Penilaian Formatif Satu
dengan Satu (PFSS) Oleh Guru Fizik Untuk
Ketiga-tiga MPK 82
4.3 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)
Oleh Guru Fizik 83
4.4 Kesimpulan Hasil Penilaian Formatif Kelompok
Kecil (PFKK) Oleh Guru Fizik Untuk
Ketiga-tiga MPK 84
4.5 Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS)
Oleh Guru Fizik Merentas Kedudukan Sekolah 85
4.6 Kesimpulan Hasil Penilaian Formatif Satu
dengan Satu (PFSS) Oleh Guru Fizik Merentas
Kedudukan Sekolah 86
4.7 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)
Oleh Guru Fizik Merentas Kedudukan Sekolah 87
4.8 Kesimpulan Hasil Penilaian Formatif Kelompok
Kecil (PFKK) Oleh Guru Fizik Merentas
Kedudukan Sekolah 88
5.1 Analisis PFSS dan PFKK Merentas Kedudukan
Sekolah Bagi MPK Fizik 93
XV
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1 Rangka Kerja Konsep 16
2 Model Teras-Cabang Shaharom
(1994) 36
3 Model Pembelajaran Pengguasaan 43
4 Rangka Kerja Keseluruhan
(Shaharom, 1994) 69
5 Rangka Kerja Tahap Satu
(Ubahsuai Shaharom, 1994) 70
6 Rangka Kerja Kajian Pembinaan MPK
(Ubahsuai Shaharom, 1994) 71
7 Rangka Kerja Kajian Rintis
(Ubahsuai Muhamad Sam,1999) 73
8 Rangka Kerja Penilaian Formatif
(Ubahsuai Humaida, 2002) 75
XVI
SENARAI SINGKATAN
AS - Amat Sesuai
B - Bandar
Et. Al. - And Others
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
JERI - Jasmani Emosi Rohani Intelektual
i.e. - That Is To Say
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
LB - Luar Bandar
MK - Min Keseluruhan
MPK - Modul Pembelajaran Kendiri
OHP - Overhead Projector
OTOFE - One-To-One Formative Evaluation
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
PFKK - Penilaian Format Kelompok Kecil
PFSS - Penilaian Formatif Satu dengan Satu
PL - Penilaian Lapangan
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
PS - Peratus Sebaran
S - Sesuai
SGFE - Small-Group Formative Evaluation
SIM - Self Instruction Module
SM - Sisihan Min
XVII
SENARAI SIMBOL
X - Min
∑ - Jumlah
n - Bilangan Ke-n
ix - Markat Subjek
XVIII
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran
Kendiri (MPK) (Guru) 114
B Jadual Pemeringkatan Kesesuaian Modul
Pengajaran Kendiri (MPK) Untuk Guru 120
C Borang Pengesahan Modul Pengajaran
Kendiri (MPK) 122
D Borang Pengesahan Modul Pengajaran
Kendiri (MPK)Pakar Bidang 125
E Huraian Sukatan Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan
Empat (PPK, 2003)
(Tajuk: Sifat Jirim) 127
F Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Di
Sekolah-sekolah, Maktab-maktab Perguruan,
Jabatan-jabatan Pendidikan Dan
Bahagian-bahagian Di Bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia Daripada Kementerian
Malaysia,Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu 124
BAB I
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Matlamat utama sesuatu sistem pendidikan adalah untuk mempertingkatkan
pemahaman pelajar terhadap konsep asas di samping mengembangkan kebolehan
mereka untuk mengenali dan menyelesaikan masalah yang berkaitan. Melalui
pendidikan, pelajar dilatih untuk memahami (kejadian) alam persekitaran bagi
kesejahteraan manusia di samping dilatih untuk pengembangan diri secara seimbang
dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengorak langkah baru bagi melahirkan generasi
masa depan yang berpengetahuan, kritif dan kreatif, berteknologi dan penyayang.
Oleh itu pelbagai pihak cuba memainkan peranan antaranya memajukan sumber
bahan pembelajaran.
Menurut Shaharom (2000): “Penyediaan bahan pembelajaran dan
penggunaan kaedah pengajaran yang bersesuaian, cekap dan berkesan yang
menekankan ke atas penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) adalah penting demi mengembangkan potensi individu pelajar dan ia
merupakan hasrat murni yang seharusnya diberikan perhatian sewajarnya.”
2
Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan
bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Maka fahaman
konstruktivisme adalah fahaman tentang cara atau kaedah para pelajar mempelajari
sains dan ia merupakan salah satu pendekatan yang semakin diterima oleh ahli
penyelidik dan juga para pendidik. Berdasarkan pendekatan konstruktivisme, pelajar
telah mempunyai idea atau kepercayaan tersendiri mengenai fenomena semulajadi
sebelum memasuki bilik darjah. Dengan ini jelas menunjukkan kepentingan
menyediakan bahan pembelajaran bermutu kepada pelajar bagi menggelakkan salah
konsep pada diri pelajar itu sendiri. Bahan pembelajaran yang bermutu merujuk
kepada bahan-bahan yang dibina berdasarkan kurikulum yang telah ditetapkan oleh
KPM dan juga penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran iaitu bagi
menggalakkan dan melibatkan proses pemikiran pelajar semasa P&P dijalankan.
Persoalannya, adakah bahan-bahan tersebut yang berada di pasaran menepati
kriteria-kriteria yang dinyatakan di atas? Adakah ia mempunyai ciri-ciri yang
menepati Matlamat Kurikulum Sains iaitu ke arah perkembangan ketiga-tiga domain
kognitif, psikomotor dan afektif, secara menyeluruh dan bersepadu, semasa proses
P&P?
Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan wawasan Negara ke
arah melahirkan manusia yang berdaya saing dan maju dari segi sains dan teknologi,
kehidupan di masa muka akan menjadi meluas dan menyeluruh, maka penyelidik
memikirkan betapa perlunya pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) dalam
usaha menyediakan bahan pembelajaran yang bermutu. Modul yang dibentuk dalam
format bahan pembelajaran individu dapat menyediakan diri pelajar untuk belajar
dan melibatkan diri secara aktif dengan membuat sendiri aktiviti-aktiviti
pembelajaran berpandukan arahan-arahan bertulis yang diberi. Bahan pembelajaran
seperti ini memudahkan pencapaian objektif pembelajaran (Kamdi, 1990). Dengan
ini diharapkan ia dapat membantu pelajar semasa proses pembelajaran yang dilalui.
Seterusnya membantu dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK).
3
1.1 Latar Belakang Masalah
Penelitian terhadap mutu bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P)
sama ada buku teks atau buku rujukan yang digunakan semasa P&P amat penting
kerana ia dapat memastikan proses pembelajaran yang dijalankan memberi makna
kepada pelajar (Muhammad Sam & Shaharom, 1999). Buku yang digunakan
seharusnya mampu menimbulkan rangsangan untuk menarik minat, kecenderungan,
keinginan dan semangat pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan (Abu Ani, 2001).
Sejajar dengan Matlamat Kurikulum Sains yang disemak semula iaitu melahirkan
individu yang mampu mengembangkan kebolehannya untuk mengenali dan
menyelesaikan masalah yang berkaitan (Penghayatan Kurikulum Sains KBSM,
2001), maka bahan-bahan yang bermutu diperlukan sebagai sumber utama dalam
proses P&P. Persoalan yang timbul, adakah bahan-bahan yang digunakan oleh
pelajar semasa proses P&P bermutu? Antara faktor-faktor yang mempengaruhi
mutu sesuatu bahan P&P ialah seperti teks, aktiviti, gambarajah, objektif
pembelajaran, ringkasan bab, dan soalan di akhir bab. Setiap aspek yang dinyatakan
haruslah melibatkan pelajar secara aktif (Norhafizah, 2000). Jadual 1.1
menunjukkan tafsiran indeks bagi penglibatan pelajar terhadap faktor-faktor di atas
berdasarkan analisis kuantitatif.
4
Jadual 1.1: Tafsiran Indeks
Nilai Indeks Tafsiran indeks.
0 Tiada penglibatan pelajar.
< 0.4 Autoritarian dan kurang mencabar (Hafalan dan Takrifan).
1.0 Buku yang seimbang (ideal) di antara kenyataan-
kenyataan yang tiada penglibatan pelajar dengan
kenyataan-kenyataan yang memerlukan pemikiran pelajar.
> 1.5 Tanpa isi kandungan. Hanya soalan. Tiada cukup
data/maklumat untuk pelajar bekerja dengan berkesan.
Infiniti Setiap kenyataan dan setiap gambarajah memerlukan
pelajar membuat analisis. Tanpa isi kandungan.
Sumber: Ubahsuai Romey (1968)
1.1.1 Teks Yang Kurang Penglibatan Pelajar
Teks yang disediakan dalam sesuatu bahan P&P tidak terhad kepada
kenyataan fakta sahaja atau menyampaikan maklumat terus kepada pelajar,
sebaliknya berorientasikan penyiasatan yang memerlukan kemahiran saintifik.
Secara tidak langsung, proses penyiasatan akan melibatkan pelajar itu sendiri dalam
proses pembelajaran seperti pernyataan yang memerlukan pelajar menganalisis dan
membuat kesimpulan sendiri (Penerangan Penghayatan Kurikulum Sains KBSM,
2001). Maka dengan pendedahan ini pelajar tidak akan terikat dengan kemahiran
menghafal sahaja. Di samping itu, teks memberi gambaran beberapa suasana yang
baru kepada pelajar (Norhafizah, 2000). Ini adalah bertujuan menguji tahap
kefahaman pelajar serta menggalakkan mereka berfikir secara analitis, kritis dan
kreatif. Persoalan yang timbul, adakah teks yang terdapat dalam bahan-bahan P&P
melibatkan pelajar secara aktif? Analisis kuantitatif terhadap buku P&P telah
5
dilakukan dan mutu teks dinilai berdasarkan kategori-ketegori seperti di bawah
(Romey, 1968) iaitu;
1) Kenyataan fakta
Ialah kenyataan mudah yang menyampaikan atau mempersembahkan data
atau pemerhatian.
2) Kesimpulan atau Generalisasi
Ialah pendapat yang dinyatakan oleh penulis tentang maksud atau perkaitan
antara item-item atau unsur-unsur yang terdapat dalam satu siri fakta.
3) Takrifan.
4) Soalan yang dikemukakan tetapi terdapat jawapan segera dalam teks.
5) Soalan yang diperlukan pelajar menganalisis data.
6) Kenyataan yang memerlukan pelajar merumuskan kesimpulan sendiri.
7) Arahan yang memberitahu pelajar supaya melakukan dan menganalisis
sesuatu aktiviti atau kenyataan yang berbentuk masalah yang akan
diselesaikan oleh pelajar.
8) Soalan yang dikemukakan untuk menaikkan minat pelajar tetapi tidak
terdapat jawapan segera dalam teks.
Soo (2000) melaporkan indeks penglibatan pelajar untuk teks dalam Analisis
Kuantitatif Buku Teks atau Manual Amali Fizik terhadap buku rujukan Bantu Studi
Lengkap SPM Ceria Fizik Tingkatan 4&5 (Tho, 1999), ialah 0.03. Manakala
Muhamad Sam (2001), pula melaporkan dalam laporan Penilaian Kuantitatif Buku
Teks/Rujukan Sains iaitu buku rujukan bertajuk Bantuan Studi Lengkap Fizik
Tingkatan 4&5 (Tho, 2000), mendapati indeks penglibatan pelajar untuk teks ialah
0.25.
Merujuk kepada analisis Rosliza (2001) terhadap buku teks Fizik iaitu
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Fizik Tingkatan 5 (Chong dan Loh, 2000),
didapati indeks penglibatan pelajar untuk teks ialah 0.07. Phang (2002) pula
mendapati indeks penglibatan pelajar untuk teks ialah 0.20. Indeks ini diperolehi
daripada analisis terhadap buku rujukan bertajuk Siri Sumber dan Rujukan KBSM
Fizik Tingkatan 4 (Poh, 2002). Norhafiza (2002), telah membuat laporan Penilaian
Kuantitatif Buku Rujukan Fizik iaitu Fokus Indigo SPM Fizik (FISP) bagi pelajar
6
Tingkatan 4&5, (Lim, Chia dan Poh; 2001). Beliau mendapati indeks penglibatan
pelajar untuk teks ialah 0.1.
Secara keseluruhannya, laporan Penilaian Analisis Kuantitatif di atas
menunjukkan indeks penglibatan pelajar terhadap teks adalah <0.4. Berdasarkan
Jadual 1.1, teks ini adalah bersifat autoritarian dan kurang mencabar. Manakala
berdasarkan kategori-kategori mutu teks pula, teks tersebut hanya mengandungi
empat kategori yang pertama sahaja. Maka teks tersebut tidak melibatkan pelajar
sama ada dari segi aspek pemikiran mahu pun aktiviti, sebaliknya teks tersebut
menggalakkan pelajar belajar dengan cara penghafalan fakta dan penerimaan terus isi
pelajaran yang disampaikan. Akibatnya masalah akan timbul terhadap
perkembangan minda pelajar iaitu pelajar tidak dapat mengemukakan ideanya malah
mereka akan terkongkong dengan fakta-fakta yang disampaikan oleh teks tersebut.
Oleh demikian, sepatutnya teks yang disediakan adalah teks yang berbentuk soalan-
soalan yang memerlukan pelajar menganalisis data, kenyataan yang memerlukan
pelajar merumuskan kesimpulan sendiri, arahan yang memberitahu pelajar supaya
melakukan dan menganalisis sesuatu aktiviti yang berbentuk masalah yang akan
diselesaikan oleh pelajar dan soalan yang menaikkan minat pelajar tetapi tidak
menjawap segera dalam teks (Romey,1968).
1.1.2 Aktiviti Yang Kurang Penglibatan Pelajar
Pembelajaran berkesan berlaku melalui tindakan, bukannya dengan menyerap
segala maklumat secara pasif. Maka pelajar perlu dilatih mempelajari sesuatu
konsep, prinsip, fakta, kemahiran, nilai dan sebagainya secara “hands-on”, dengan
melibatkan proses mengukur, merekod, menyusun, menganalisis dan menilai data
serta maklumat yang dikumpul dengan kaedah sistematik (Hwang, 2000). Oleh itu,
aktiviti yang disediakan perlu melibatkan pelajar sepenuhnya di samping aktiviti
tersebut dapat mencapai setiap hasil pembejalaran yang dihasratkan. Maka adakah
7
bahan-bahan P&P yang berada di pasaran mengandungi aktiviti-aktiviti yang
melibatkan pelajar secara aktif?.
Norhafizah (2000) melaporkan indeks penglibatan pelajar untuk aktiviti
dalam Laporan Teknik Analisis Kuantitatif Buku Teks Fizik terhadap buku Visi
Cemerlang SPM Fizik KBSM Tingkatan 4&5 (Yee, 1995) ialah 0.30. Hasralda
(2001), mendapati indeks penglibatan pelajar untuk aktiviti terhadap buku rujukan
bertajuk Nota Padat SPM Fizik KBSM (Khoo, 1999) ialah 0.19. Manakala
Muhamad Sam (2001), mendapati indeks penglibatan pelajar untuk aktiviti ialah 0.35
iaitu daripada analisis terhadap buku rujukan Fizik iaitu Bantuan Studi Lengkap
Fizik Tingkatan 4&5 (Tho, 2000).
Phang (2002), telah melakukan penilaian kuantitatif terhadap buku rujukan
bertajuk Siri Sumber dan Rujukan KBSM Fizik Tingkatan 4 (Poh, 2002), mendapati
indeks penglibatan pelajar untuk aktiviti ialah 0.11. Merujuk kepada analisis Tan
(2000) terhadap buku rujukan Impresif SPM KBSM Fizik Tingkatan 4&5 (Yap dan
Chua, 1994) mendapati indeks penglibatan pelajar untuk aktiviti ialah 0.15.
Merujuk kepada keseluruhan analisis di atas, indeks yang didapati boleh
diketagorikan <0.4. Berdasarkan Jadual 1.1, aktiviti tersebut bersifat autoritarian dan
kurang mencabar. Ini menunjukkan aktiviti yang disediakan kurang memenuhi
kriteria penglibatan pelajar dan tidak merangsang sifat ingin tahu. Secara tidak
langsung, penglibatan pelajar adalah terhad, kerana aktiviti yang disediakan telah
dilengkapi dengan jawapan. Seharusnya sesuatu aktiviti mampu melibatkan pelajar
secara “hands-on” dan “minds-on”. Ini kerana semasa pelajar melakukan aktiviti
secara “hands-on”, pelajar akan turut menggunakan “minds-on” dalam membuat
keputusan terhadap aktiviti tersebut, maka seharusnya segala aktiviti yang disediakan
dapat memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir sendiri cara-cara menjalankan
aktiviti tersebut dan seterusnya bertindak berdasarkan keputusan mereka. Oleh itu
aktiviti bukan sahaja merupakan aplikasi fakta tetapi ia adalah huraian fakta dan
diaplikasikan dalam kehidupan (Nor Rahimah, 2002). Selain itu aktiviti tersebut
hendaklah mengutamakan pembelajaran yang mampu mendorong pelajar berfikir
dan memperkembangkan konsep sains serta mengaplikasikan pengetahuan sains dan
teknologi (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), 2000).
8
1.1.3 Gambarajah Yang Kurang Penglibatan Pelajar
Gambarajah juga memainkan peranan penting dalam menyampaikan sesuatu
maklumat. Ini kerana penggunaan gambarajah biasanya dapat menjelaskan sesuatu
konsep dengan lebih konkrit kerana kadang kala penggunaan teks sahaja masih tidak
mencukupi untuk menerangkan sesuatu konsep (Soo, 2000). Maka seharusnya
gambarajah-gambarajah yang terdapat di dalam bahan P&P yang bermutu mampu
membantu dan merangsang pemikiran pelajar semasa proses P&P. Bagi memenuhi
kriteria tersebut, adakah gambarajah yang terdapat dalam bahan-bahan P&P yang
digunakan memenuhi kriteria tersebut?. Kategori-ketagori yang terdapat pada
gambarajah yang bermutu adalah seperti di bawah (Romey, 1968);
1) Digunakan hanya untuk tujuan penerangan.
2) Memerlukan pelajar melakukan sesuatu aktiviti atau menggunakan data.
Muhamad Sam (2001), telah melakukan penilaian kuantitatif terhadap buku
rujukan Fizik iaitu Bantuan Studi Lengkap Fizik Tingkatan 4&5 (Tho, 2000). Beliau
mendapati indeks penglibatan pelajar untuk gambarajah ialah 0.08. Manakala hasil
analisis kuantitatif terhadap buku rujukan Fizik bertajuk Sukses Lengkap Terkini
SPM Fizik Tingkatan 4&5 (Yap, 1997) oleh Wong (2000), mendapati indeks
penglibatan pelajar untuk gambarajah ialah 0.25. Hasralda (2001) pula mendapati
indeks penglibatan pelajar untuk gambarajah terhadap buku rujukan Fizik bertajuk
Nota Padat SPM Fizik KBSM (Khoo, 1999) ialah 0.33.
Salfarina (2002) telah melakukan analisis kuantitatif terhadap buku rujukan
Fizik bertajuk Nota Komprehensif SPM Fizik Tingkatan 4&5 (Christine,1999) dan
mendapati indeks penglibatan pelajar untuk gambarajah ialah sifar. Nilai indeks ini
tidak bererti tiada penglibatan pelajar untuk gambarajah seperti mana yang terdapat
dalam Jadual 1.1, tetapi merujuk kepada kategori yang terdapat pada gambarajah
bermutu, gambarajah tersebut hanya mengandungi kategori pertama sahaja. Dengan
kata lain gambarajah tersebut tidak memberi peluang pelajar untuk terlibatkan sama
dalam gambarajah.
9
Nor Rahimah (2002) pula melaporkan dalam Penilaian Kuantitatif Buku
Teks/Rujukan Fizik terhadap buku rujukan Fizik bertajuk Siri Pelangi Fokus Fizik
SPM Tingkatan 4&5 (Lim, Poh dan Chia; 1997), mendapati indeks penglibatan
pelajar untuk gambarajah ialah 0.44. Berdasarkan Jadual 1.1, nilai indeks ini berada
di antara <0.4 dengan 1.0. Ini menunjukkan hanya menekankan kepada memberi
maklumat sahaja tidak kepada meransang pemikiran pelajar dalam proses
pembelajaran.
Merujuk kepada tiga analisis yang pertama di atas, indeks penglibatan pelajar
untuk gambarajah diketagorikan <0.4. Berdasarkan Jadual 1.1, gambarajah tersebut
bersifat autoritarian dan kurang mencabar. Ini menunjukkan gambarajah tersebut
hanya menekankan kepada memberi maklumat sahaja tidak kepada meransang
pemikiran pelajar dalam proses P&P. Gambarajah tersebut mempunyai kedua-dua
kategori yang menentukan mutu suatu gambarajah tetapi tiada keseimbangan
bilangannya. Oleh demikian seharusnya gambarajah dibina berdasarkan penglibatan
pelajar dalam aktiviti-aktiviti yang terdapat pada setiap gambarajah yang dimuatkan
ke dalam bahan P&P itu atau dengan kata lain pelajar diberi peluang untuk
melakukan sesuatu aktiviti atau menggunakan data daripada gambarajah yang
diberikan. Contohnya, pelajar diminta membuat analisis berdasarkan kepada
pemerhatian terhadap gambarajah yang diberi. Hasilnya, pasti pembelajaran yang
bermakna akan berlaku (Muhammad Sam & Shaharom, 1999).
1.1.4 Ringkasan Bab Yang Kurang Penglibatan Pelajar
Ringkasan bab adalah merupakan himpunan isi-isi penting bagi setiap bab
atau kesimpulan isi pelajaran di dalam bab tersebut dan dinyatakan di bahagian akhir
setiap bab dalam sesuatu buku. Ia juga menjadi tumpuan pelajar bagi memahami isi
keseluruhan bab tersebut. Maka bahagian ini sesuai disertakan aktiviti-aktiviti yang
melibatkan pelajar itu sendiri yang mana ia tidak terhad kepada mengulangi
kesimpulan bab, sebaliknya boleh mengemukakan soalan-soalan baru yang
10
memerlukan pelajar berusaha untuk mencari jawapannya dari sumber-sumber lain
(Hwang, 2000). Dengan ini pelajar diberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti
tersebut
Perkara yang menjadi persoalan, adakah bahan-bahan P&P yang digunakan
semasa proses P&P mengandungi ringkasan bab yang bermutu?. Kategori-kategori
yang diambil kira dalam menentukan mutu sesuatu ringkasan bab ialah seperti
berikut (Romey, 1968);
1) Mengulangi kesimpulan bab.
2) Mengemukakan soalan-soalan baru di mana jawapannya tidak terdapat dalam
teks.
Merujuk kepada analisis oleh Norhafiza (2002) terhadap buku rujukan Fizik
bertajuk Fokus Indigo SPM Fizik (FISP) bagi pelajar Tingkatan 4&5 (Lim, Chia dan
Poh; 2001), mendapati indeks penglibatan pelajar untuk ringkasan bab ialah sifar.
Begitu juga indeks yang didapati oleh Soo (2000) dan Rosliza (2001), masing-
masing terhadap buku rujukan Fizik bertajuk Bantu Studi Lengkap SPM Ceria Fizik
Tingkatan 4&5 (Tho,1999) dan buku teks Fizik iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah Fizik Tingkatan 5 (Chong dan Loh, 2000), yang indeksnya adalah sifar.
Phang (2002), telah melakukan penilaian kuantitatif terhadap buku rujukan
bertajuk Siri Sumber dan Rujukan KBSM Fizik Tingkatan 4 (Poh, 2002), mendapati
indeks penglibatan pelajar untuk ringkasan bab ialah sifar. Nilai indeks tersebut
adalah sama dengan nilai indeks yang diperolehi daripada analisis oleh Siti Suhaila
(2002), terhadap buku teks Fizik bertajuk Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Fizik Tingkatan 4 (Poh dan Sabtu, 2001).
Tiga daripada analisis pertama didapati nilai indeksnya adalah sifar yang
memberi makna bahan P&P tersebut tidak menyediakan ringkasan bab maka dengan
ini ia tidak melibatkan pelajar untuk bahagian ini. Oleh kerana ringkasan bab
biasanya merupakan ulangan kesimpulan bab yang dapat memberi kesan terhadap
ingatan pelajar berdasarkan proses pembelajaran yang telah dijalankan maka
seharusnya setiap bahan P&P mempunyai ringkasan bab. Manakala dua analisis
11
terakhir juga menunjukkan nilai indeksnya sifar tetapi nilai ini tidak menunjukkan
bahan P&P tidak menyediakan ringkasan bab sebaliknya ringkasan bab tersebut
hanya memenuhi kategori pertama sahaja iaitu ringkasan bab hanya mengulangi
kesimpulan bab sahaja. Ini akan menyebabkan pelajar digalakkan menghafal
kesimpulan bab tanpa melibatkan pelajar itu berfikir atau berdasarkan Jadual 1.1,
ringakasan bab ini tidak melibatkan pelajar. Seharusnya dalam ringkasan bab perlu
menyediakan aktiviti yang memerlukan pelajar berfikir secara kritif dan kreatif di
samping dapat mengembangkan idea mereka. Dengan itu pelajar dapat mengunakan
fakta yang telah dikuasai dalam keadaan yang lebih mencabar (Nor Rahimah, 2002).
1.1.5 Soalan Di Akhir Bab Yang Kurang Penglibatan Pelajar
Penilaian di akhir pembelajaran amat penting bagi memastikan objektif
pembelajaran tercapai atau tidak. Pelbagai bentuk penilaian dapat dilakukan. Salah
satunya melalui soalan penyelesaian masalah. Oleh yang demikian, soalan-soalan
yang dibina harus mengandungi pelbagai aras kesukaran iaitu aras kesukaran rendah
dan juga tinggi sesuai untuk pelbagai tahap keupayaan pelajar. Sebaiknya soalan-
soalan yang di bina mengandungi kesemua enam aras kognitif seperti mana yang
dicadangkan oleh Bloom (1956), iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis,
sintesis dan penilaian.
Persoalan yang timbul, adakah soalan-soalan yang dikemukakan di akhir bab
setiap bahan P&P mengikut aras kesukaran atau mengambil kira pembezaan
individu?. Kategori-kategori yang terlibat dalam menilai soalan di akhir bab ialah
seperti di bawah (Romey, 1968);
1) Jawapannya boleh diperolehi terus daripada teks.
2) Takrifan.
3) Soalan yang memerlukan pelajar mengaplikasi pembelajarannya daripada bab
berkenaan ke situasi baharu.
4) Soalan yang memerlukan pelajar menyelesaikan masalah.
12
Hanafi (2002) telah melakukan analisis terhadap buku rujukan Fizik bertajuk
Rujukan Lengkap Era 2000 Fizik KBSM Tingkatan 4&5 (Yip dan Yee, 2000),
mendapati indeks penglibatan pelajar untuk soalan di akhir bab ialah 1.67. Manakala
Salfarina (2002) pula mendapati indeks penglibatan pelajar untuk soalan di akhir bab
terhadap buku rujukan Fizik bertajuk Nota Komprehensif SPM Fizik Tingkatan 4&5
(Christine, 1999), ialah 2.64. Phang (2002) melapor dalam laporan penilaian
kuantitatif terhadap buku rujukan bertajuk Siri Sumber dan Rujukan KBSM Fizik
Tingkatan 4 (Poh, 2002), mendapati indeks penglibatan pelajar untuk soalan di akhir
bab ialah 2.41.
Merujuk kepada analisis Norhafiza (2002) terhadap buku rujukan Fizik
Bertajuk Fokus Indigo SPM Tingkatan 4&5 (Lim, Chia dan Poh; 2001), mendapati
indeks penglibatan pelajar untuk soalan di akhir bab ialah 2.10. Hasralda (2001) pula
telah melaporkan dalam laporan analisis terhadap buku rujukan Fizik bertajuk Nota
Padat SPM Fizik KBSM (Khoo, 1999), mendapati indeks penglibatan pelajar untuk
soalan di akhir bab ialah 2.33.
Berdasarkan Jadual 1.1, kelima-lima nilai indeks tersebut menunjukkan
pembinaan soalan di akhir bab tanpa isi kandungan dan hanya soalan semata-mata
tanpa menyertakan data atau maklumat untuk pelajar menjawab soalan tersebut.
Secara tidak langsung soalan tersebut tidak meliputi kesemua aras kognitif seperti
mana yang dicadangkan oleh Bloom (1956). Didapati juga soalan di akhir bab
tersebut mengandungi semua kategori yang menentukan mutu sesuatu soalan itu,
tetapi bilangannya tidak seimbang. Maka seharusnya soalan yang dibina
merangkumi pelbagai bentuk dan jenis, ini dapat mengenal pasti masalah
pembelajaran pelajar dan seterusnya hasil pembelajaran pelajar yang berbeza-beza
dapat diukur. Hal ini membawa kepada perbezaan sikap dan cara berfikir seseorang
(Sharifah Alwiah, 1984). Di samping itu, dengan menyediakan soalan berbentuk
pemulihan dan pengayaan di akhir bab akan menjadikan persembahan soalan
tersebut menjadi lebih sistematik dan akan memberi kesan yang bermakna tehadap
pembelajaran pelajar (Salfarina, 2002).
13
1.1.6 Objektif Pembelajaran Yang Kurang Penglibatan Pelajar
Objektif pembelajaran adalah penting untuk memberi panduan kepada kepada
proses pengajaran, menerangkan tujuan pengajaran kepada orang lain dan memberi
arah, panduan dan cara untuk menilai pembelajaran pelajar (Mohd Najib, 1997).
Maka objektif pembelajaran perlu dinyatakan sebelum isi pelajaran disampaikan.
Objektif pembelajaran boleh dinyatakan dalam pelbagai bentuk, contohnya bentuk
peta minda yang menarik, di samping dapat menjuruskan pemikiran pelajar dan
membolehkan pelajar merancang cara yang perlu digunakan untuk mendapatkan
pembelajaran berkesan. Perkara yang menjadi persoalan ialah, adakah bahan-bahan
P&P menyertakan objektif pembelajaran sebelum menyampaikan isi pembelajaran?
Wong (2000) telah melakukan analisis ke atas buku rujukan Fizik bertajuk
Sukses Lengkap Terkini SPM Fizik Tingkatan 4&5 (Yap, 1997), mendapati indeks
penglibatan pelajar untuk objektif pembelajaran ialah sifar. Manakala Rosliza
(2001) dan Siti Suhaila (2002) juga mendapati indeks penglibatan pelajar untuk
objektif pembelajaran ialah sifar yang mana masing-masing diperolehi daripada
analisis terhadap buku buku teks Fizik iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah Fizik Tingkatan 5 (Chong dan Loh, 2000), dan buku teks Fizik iaitu
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Fizik Tingkatan 4 (Poh dan Sabtu, 2001).
Muhamad Sam (2001), juga telah melakukan penilaian kuantitatif terhadap
buku rujukan Fizik bertajuk Bantuan Studi Lengkap Fizik Tingkatan 4 (Tho, 2000).
Indeks yang diperolehi ialah sifar. Manakala Nor Rahimah (2002) mendapati indeks
penglibatan pelajar untuk objektif pembelajaran daripada analisis terhadap buku
rujukan Fizik bertajuk Siri Pelangi Fokus Fizik SPM Tingkatan 4&5 (Lim, Poh dan
Chia; 1997), juga sifar.
Secara keseluruhannya, indeks penglibatan pelajar untuk objektif
pembelajaran adalah sifar. Berdasarkan Jadual 1.1, objektif pembelajaran ini tidak
melibatkan pelajar. Ini disebabkan bahan P&P yang dianalisis di atas tidak
dinyatakan objektif pembelajaran. Objektif pembelajaran seharusnya dinyatakan di
awal isi pelajaran iaitu sebelum P&P dijalankan. Ini kerana dengan adanya objektif
14
pembelajaran, pelajar akan mengetahui arah tuju pembelajaran mereka. Di samping
itu pelajar akan sedar tahap yang perlu dicapai dan bertindak mencapai objektif
tersebut (Abdul Rahim, 1989).
1.2 Pernyataan Masalah
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejauh mana MPK Sifat Jirim
yang dibina bagi mata pelajaran Fizik (MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2:
Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes) adalah sesuai digunakan
sebagai bahan P&P bagi sekolah menengah pada peringkat tingkatan empat.
1.3 Objektif Kajian
Di antara objektif kajian ini ialah:
1. Membina tiga MPK bagi mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat
menggunakan Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994) bagi tajuk Sifat Jirim
mengikut Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Tingkatan Empat (PPK, 2003)
iaitu:
MPK 1: Tekanan Dalam Cecair
MPK 2: Tekanan Atmosfera
MPK 3: Prinsip Archimedes
2. Menilai kesesuaian MPK Sifat Jirim yang dibina untuk pelajar tingkatan
empat yang mengambil mata pelajaran Fizik.
3. Membandingkan kesesuaian MPK Sifat Jirim yang dibina untuk pelajar
tingkatan empat oleh guru merentas kedudukan sekolah.
15
1.4 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini, perkara-perkara berikut telah dipertimbangkan:
1. Adakah Penilaian Formatif Satu Dengan Satu oleh guru ke atas MPK Sifat
Jirim (MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan
MPK 3: Prinsip Archimedes) menunjukkan ia sesuai digunakan sebagai
bahan P&P dalam mata pelajaran Fizik untuk tingkatan empat?
2. Adakah Penilaian Formatif Kelompak Kecil oleh guru ke atas MPK Sifat
Jirim (MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan
MPK 3: Prinsip Archimedes) menunjukkan ia sesuai digunakan sebagai
bahan P&P dalam mata pelajaran Fizik untuk tingkatan empat?
3. Adakah terdapat perbezaan dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu
oleh guru terhadap status kesesuaian MPK Sifat Jirim (MPK 1: Tekanan
Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip
Archimedes) yang dibina merentas kedudukan sekolah?
4. Adakah terdapat perbezaan dalam Penilaian Formatif Kelompak Kecil
oleh guru terhadap status kesesuaian MPK Sifat Jirim (MPK 1: Tekanan
Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip
Archimedes) yang dibina merentas kedudukkan sekolah?