1
1.0 Pengenalan
Abad ke-9 hingga abad ke-18 memperlihatkan kemunculan Asia tenggara sebagai sebuah
kepulauan yang mempunyai banyak negeri dan kerajaan yang amat terkenal. Terdapat beberapa
istilah yang digunakan oleh sejarawan bagi menggambarkan Asia Tenggara. Menurut D.G.E
Hall, Asia tenggara meliputi tanah besar seperti Burma, Thailand. Laos, Kemboja, Vietnam
Utara dan Vietnam Selatan serta Tanah Melayu bersama dengan 2 buah kepulauan iaitu Filipina
dan Indonesia1.
Misalnya di Thailand, sebelum wujud kerajaan yang dinamakan Siam muncul kerajaan
awal di Siam iaitu Sukhotai (1238-1350) kemudiannya jatuh dan diteruskan oleh dinasti
selepasnya iaitu Ayudhya (1350-1750)2. Istilah Asia Tenggara mula digunakan secara meluas
ketika Perang Dunia Kedua. Menurut Kobkua Suwannathat-Pian pada umumnya Asia Tenggara
meliputi 2 masyarakat besar, iaitu negeri-negeri Tanah Besar dan negeri-negeri di kepulauan3.
Dalam penulisan ini isu perbincangan menjurus kepada keadaan sosial masyarakat
tempatan pada abad ke-19. Topik utama yang dibincangkan ialah mengenai agama yang dianuti
oleh masyarakat kerajaan Asia Tenggara, cara hidup, struktur masyarakat, pendidikan,
perkahwinan, perundangan, hubungan perdagangan, bahasa dan sistem tulisan, seni bina,
kesenian dan pakaian. Setiap kerajaan mempunyai keadaan sosial yang berbeza mengikut
kepimpinan seseorang pemerintah dan kedudukan sosial masyarakat.
Selain itu, sosial masyarakat di Asia Tenggara terbentuk mengikut persekitan dan
kebudayaan yang diamalkan oleh tradisi nenek moyang masing-masing. Oleh itu, Asia Tenggara
memperlihatkan keadaan sosial masyarakat yang unik dan pelbagai dalam corak hidup dan
amalan harian yang mereka lakukan. Setiap kerajaan diperincikan dalam penulisan ini supaya
huraian dan contoh bersesuaian dengan topik yang dibincangkan.
2.0 Isi kandungan : Keadaan sosial masyarakat Asia Tenggara1 D.G.E. Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. . Hlm. 3.2 Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar AsiaTtenggara. Terengganu: Percetakan Yayasan IslamTerengganu. Hlm. 8.3 Kobkua Suwhnathat-Pian. 1991. Sejarah Thailand Zaman Bangkok. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa danPustaka,. Hlm. 8
1
2
2.1 Agama
Keadaan sosial dalam masyarakat Asia Tenggara jelas dapat dilihat melalui peranan agamanya.
Hal ini demikian kerana masyarakat menerima ajaran dan kepercayaan yang berbeza dari semasa
ke semasa iaitu pada awal abad lagi, mereka mengamalkan ajaran Hindu-Buddha. Malah selepas
kedatangan Islam melalui peranan para pedagang dan pengislaman raja-raja Melayu, contohnya
di Jawa, Acheh dan sebagainya, masyarakat mula berpegang kepada ajaran Islam. Namun begitu,
akibat daripada campur tangan Barat, masyarakat Asia Tenggara telah dipengaruhi oleh ajaran
Kristian yang dibawa oleh penjajah dan paderi sekitar awal abad ke-19.
Pada awal abad ke-19 iaitu permulaan kepada penjajahan Barat, masyarakat mula
dipengaruhi oleh ajaran Kristian yang dibawa oleh mereka. Ajaran ini berjaya diserap di
beberapa buah kawasan Asia Tenggara secara keseluruhan. Dasar penjajah yang bermotif untuk
menyebarkan agama kristian juga memberi kesan mendalam perubahan sosial kebanyakan
negara di Asia Tenggara. Contohnya di Filipina. Kuasa barat yang menjajah negara tersebut ialah
Sepanyol. Berbeza dengan negara Barat lain, kehadiran Sepanyol ke Filipina lebih menekankan
terhadap penyebaran agama Kristian berbanding menerokai sumber alam di Filipina. Perkara ini
disebabkan arahan daripada Ratu Isabella yang mahukan agama Kristian disebarkan secara
besar-besaran. Pelayar terawal ke Asia Tenggara iaitu Ferdinand Magellan telah membawa
sekumpulan paderi bersamanya dengan tujuan untuk membaptiskan penduduk Filipina.
Dalam kenyataan Maruwiah Ahmat tentang kemaraan kuasa Barat ini adalah usaha untuk
menyekat pengaruh Islam4. Hal ini dinyatakan berdasarkan sejarah silam Sepanyol dan Portugis
yang berdendam dengan umat Islam dan tidak mahu agama Islam tersebar di kawasan Asia
Tenggara5. Kesannya apabila Sepanyol menduduki Filipina, usaha misionari terus dijalankan
secara agresif termasuklah memaksa penduduk peribumi menganut Kristian. Hal ini juga telah
ditegaskan dalam wasiat terakhir Ratu Isabella (1470-1504).6
Sebelum kedatangan Sepanyol, Islam telah masuk di beberapa kepulauan di bahagian
kepulauan selatan Filipina. Kesultanan Sulu telah menerima Islam yang dikembangkan oleh
4 Maruwiah Ahmat. 2006. Penjajahan Portugis dan Sepanyol ke Asia Tenggara : Suatu Pengamatan Semula. Shah Alam : Karisma Publications. Hlm. 96. 5 Ibid, hlm. 96.6 Ibid, hlm. 127.
2
3
pendakwah-pendakwah dari Arab, Hindia Barat, Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo.7
Kesan kepada penyebaran agama kristian kepada masyarakat Filipina ini adalah masyarakat kini
sudah berhenti daripada pertempuran darah dan juga permusuhan kaum yang sudah lama. Selain
itu, masyarakat juga sudah mula yakin dengan institusi perkahwinan yang selama ini mereka
tidak pedulikan.8
Di Burma pula, menurut Kiernan, gereja dan agama bertanggungjawab memupuk sikap
perkauman dan sikap yang mengagung-agungkan diri terhadap rakyat pribumi seperti yang
berlaku di Burma yang berkekalan walaupun selepas penaklukan.9 Buktinya, ini dapat dilihat
melalui buku-buku yang ditulis oleh paderi-paderi yang memburuk-burukkan institusi kerajaan
klasik serta menekankan tugas serta peluang untuk mentamadunkan rakyat tempatan di Burma
iaitu sebelum berlakunya Perang Burma-Inggeris I dan III, serta rayuan gereja secara rasmi
kepada kerajaan inggeris supaya menakluk Burma. Sikap perkauman Inggeris ini juga adalah
sejajar dengan konsep White Man’s Burden seperti yang pernah disuarakan oleh Rudyard
Kipling.10
Selain itu, perluasan kuasa Perancis di Vietnam juga adalah kerana kepentingan modal
industri Perancis untuk mengembalikan kegemilangan Perancis di seberang laut dan sikap-sikap
ahli gereja Katolik yang ingin memperluas pengaruh serta memberikan perlindungan kepada
penganut-penganut agama Katolik yang dikatakan ditindas oleh para pentadbir Vietnam klasik
yang merupakan saluran kepada kecenderungan imperialisme.
Di Cambodia pula, tujuan Perancis untuk mendapatkannya juga adalah untuk
menyebarkan agama kristian. Ini dapat dilihat melalui peranan mubaligh kristian Perancis dalam
menyebarkan agama kristian di kemboja yang mana menyebabkan ramai penduduk kemboja
yang menganutinya. Justeru itu penguasaan Perancis terhadap Sungai Mekong memudahkan lagi
aktiviti penyebaran agama kristian. Hal ini demikian kerana Sungai mekong dapat dijadikan
sebagai jalan perhubungan dan interaksi serta merupakan kawasan yang paling ramai menjadi
tumpuan penduduk. Jadi ia memudahkan lagi berlakunya penyebaran di situ. Kesannya ia telah
7 Ibid, hlm. 41.8 Zaide F. Gregorio. 1957. Philippine Political and Cultural History. Manila : Philippine Education Company. Hlm. 188.9 Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Hlm. 60.10 Rudyard Kipling. 2008. The eyes of asia. New York: Mobile reference. Hlm. 4.
3
4
mengancam tradisi orang kemboja kerana mereka telah meninggalkan tradisi lama dan menganut
agama kristian.
Jika kita lihat terdapat pelbagai tradisi dalam kalangan orang kemboja, contohnya bangsa
Mon yang mendiami kawasan rendah lembah mekong, mereka ini mengamalkan kepercayaan
terhadap ular dan ada juga kumpulan penduduk yang menganuti kepercayaan animisme.11 Ini
semua memberi kesan terhadap tradisi kepercayaan mereka dengan adanya penyebaran agama
Kristian.
Oleh itu, jelaslah peranan agama telah memberi kesan kepada sosial masyarakat di Asia
Tenggara. Hal ini demikian kerana, kepercayaan dan ajaran mereka banyak memberi
kepentingan dalam meneruskan kehidupan seharian tidak kira dalam kalangan pemerintah
mahupun masyarakat.
2.2 Cara Hidup
Filipina
Masyarakat Filipina mengamalkan cara hidup berdasarkan kepada apa yang telah dibawa oleh
orang-orang Sepanyol dan juga golongan mubaligh yang telah memperkenalkan tanaman baru
dan ternakan binatang di Filipina. Mereka mengajar masyarakat tempatan mengenai industri baru
dan seni kraf tangan. Di samping itu, dari Mexico dan Eropah, mereka datang dengan membawa
bersama jagung India, ubi kayu, kentang, gandum, pisang, nenas, mangga, tomato, kacang dan
sebagainya untuk di tanam di Filipina. Selain itu juga, mereka turut memperkenalkan haiwan
ternakan seperti lembu, kuda, itik, bangau, dan spesies haiwan yang lain untuk dijadikan haiwan
ternakan oleh masyarakat tempatan. Kesemua yang dibawa itu memberi nilai kepada Filipina
kerana kesemuanya datang dari Mexico dan Sepanyol.
Para mubaligh ini telah memperkenalkan industri baru sehingga membawa kepada
bertambahnya pengeluaran-pengeluaran hasil pertanian. Augustinian telah memperkenalkan
industri lembu di Nueva Ecija selain, mengalakkan perusahaan nila di Malabon dan penanaman
11 David Handler. 1998 . A History of Combodia. Thailand : Silkworm Books. Hlm 5.4
5
jagung di Ilocos. Sementara itu, Franciscan pula telah mengajar rakyat Filipina tentang cara-
cara menanam kopi di Gunung Laguna.
Selain daripada itu, mereka turut memperkenalkan pertanian gandum. Dalam hal ini
dapat dikenalpasti bahwa semua mubaligh terlibat dalam perkembangan ekonomi di Filipina.
Fr. Manuel Plaza telah memperkenalkan perusahaan pisang di Bohol, dan Fr. Mateo Atienza
pula telah menggalakkan produk tali fiber. Hal ini menunjukkan bahawa kedatangan penjajah
Sepanyol ke Filipina telah membawa bersama-sama penduduk Sepanyol dan mereka ini telah
datang dengan membawa pelbagai jenis tanaman yang terdapat di negara mereka untuk ditanam
di sini dan menjadi salah satu kegiatan ekonomi utama masyarakat Filipina. Malah, penanaman
tebu juga menjadi antara penanaman yang utama yang memberi keuntungan kepada pentadbiran
Sepanyol di Filipina.
Indonesia
Manakala di Indonesia misalnya, pihak Belanda telah menukar sistem sosial apabila mereka
mula menguasai kepulauan Indonesia pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Belanda lebih
liberal dalam sikapnya terhadap sistem kasta. penghijrahan penjajah dan penduduk Belanda ke
Indonesia telah mewujudkan kelas sosial, di mana golongan elit ini telah mendukung kepada
proses pembentukan “manusia kota”. Mereka ini lebih cenderung dalam menyerap segala yang
bersifat moden misalnya pembangunan yang moden ala-ala barat.
Manusia kota atau lebih dikenali sebagai ‘orang kota’ adalah penduduk yang terdiri
daripada golongan Eropah yang mana berhijrah masuk ke Indonesia, serta orang asing yang lain
seperti pedagang dari luar. Pekerjaan bagi penduduk kota atau manusia kota ialah sebagai
pegawai atau profesional serta pedagang kecil. Sebagai contoh, kontrak sosial atau pembahagian
kasta ialah hubungan yang terbatas di antara majikan dan anak buah atau antara tuan dengan
pembantu. Kesemua aktiviti sosial seperti rekreasi, olahraga , seni, tempat tinggal, pendidikan
dan pentadbiran akan dipisahkan.
Manakala bagi golongan yang berstatus rendah akan menjadi petani dan buruh paksa di
luar bandar. Golongan yang berstatus rendah ini lebih cenderung untuk dijadikan tenaga buruh
bagi pihak Belanda. Sebagai contoh, sistem kultur yang merupakan salah satu dasar yang telah
diperkenalkan oleh orang Belanda kepada golongan yang berstatus rendah seperti golongan
5
6
petani dan buruh ketika mereka berhijrah masuk ke kepulauan Indonesia. Hal ini adalah kerana
faktor utama dalam penghijrahan pihak Belanda ke Indonesia adalah bertujuan bagi memonopoli
sistem perdagangan hasil pengeluaran dari kepulauan Indonesia untuk dipasarkan di Eropah.
Kesan daripada huraian di atas telah membuktikan bahawa golongan orang Belanda yang
berhijrah ini telah membahagikan kelas sosial di Indonesia dengan mengikut gaya mereka seperti
di Belanda supaya masyarakat di Indonesia tidak bersatu padu untuk bangun menentang sistem
pemerintahan mereka.12
Vietnam
Dalam konteks perkembangan sejarah Vietnam, kemasukan penjajahan Barat iaitu Perancis
menyebabkan struktur masyarakat di Vietnam berubah. Masyarakat di Vietnam tidak lagi
mempunyai satu bangsa sahaja, sebaliknya mengandungi pelbagai bangsa yang bercampur. Hal
ini dapat dilihat dengan kewujudan perbezaan agama, budaya dan cara hidup dalam masyarakat
di negara Vietnam tersebut. Namun, di Vietnam, golongan agama dibawa masuk untuk
menyebarkan agama Kristian dan menguasai pentadbirannya.
Pentadbiran secara langsung dan tidak langsung telah dilaksanakan oleh penjajah
Perancis. Hal ini dapat dilihat di Vietnam yang dijajah oleh Perancis. Panduan pemerintahan
Perancis di Vietnam berdasarkan prinsip asimilasi. Asimilasi bermaksud usaha memperanciskan
rakyat yang dijajah dari segi bahasa adat dan idealisme. Dasar ini bertujuan mempertahankan
maruah serta keagungan bangsa Perancis yang sedang menghadapi cabaran sengit daripada
bangsa-bangsa Eropah yang lain. Perancis telah melaksanakan dasar asosiasi di Vietnam.
Masalah dalam pelaksanaan dasar ini ialah bagi mewujudkan dasar penggabungan iaitu,
membiarkan kebudayaan–kebudayaan peribumi berjalan terus dalam kalangan masyarakat
peribumi. Hal ini bermaksud, dasar asosiasi dilaksanakan yang mengambil kira perbezaan ras,
geografi, dan biologi kaum-kaum yang dijajah. Mengikut dasar ini, pentadbiran tradisi wajar
dikekalkan sebaik mungkin.13
Siam
12 D.J.M. Tate. 1980. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid Kedua Perubahan Ekonomi dan Sosial. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 47.13 Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Hlm. 79
6
7
Dasar pemerintah Siam yang dapat mengekalkan kemerdekaan Siam adalah dengan mengubah
adat-adat sosial. Pembaharuan dalam aspek sosial dapat dilihat dengan jelas dalam beberapa
perkara yang melibatkan masyarakat di Thailand. Semasa zaman pemerintahan Mongkut, beliau
telah menghapuskan adat-adat yang dianggap boleh menghalang kemajuan Siam. Baginda juga
menghapuskan adat yang melarang rakyatnya melihat muka raja. Baginda juga memecah tradisi
dengan mengadakan lawatan menemui rakyatnya dan berbincang dengan mereka. Langkah ini
membolehkan baginda mengetahui sendiri dengan jelas keadaan kehidupan rakyatnya. Ini
disebabkan baginda telah bergaul dengan sami-sami yang datang dari kelas yang sama semasa
baginda menjadi sami dalam jangka masa yang lama.
Pada zaman Chulalongkorn juga, baginda turut membuat pembaharuan dalam banyak
perkara terutamanya berkaitan dengan sistem adat, perhambaan dan perhubungan serta
infrastruktur. Pembaharuan pertama yang dilakukan oleh Mongkut ialah menghapuskan adat
menyembah atau menundukkan kepala ke lantai semasa berhadapan dengan raja. Pada waktu
pertabalannya, baginda mengisytiharkan penghapusan adat merangkak, sujud dan sembah di
depan raja mereka. Apabila mendapat tahu bahawa amalan tersebut adalah memalukan, baginda
menggantikan dengan amalan Barat seperti berdiri, tunduk kepala dan mengangkat topi. Pada
tahun 1874, amalan sistem perhambaan telah dihapuskan. Ianya dilaksanakan bagi menunjukkan
bahawa siam adalah sebuah negara yang beradab dan bertamadun. Raja telah membuang konsep
beraja ketuhanan dengan hubungan manusia seperti tuan dengan hambanya.
Perkara penting dalam aspek sosial yang dapat mengekalkan kemerdekaan Siam daripada
diceroboh oleh kuasa barat dan menyelamatkan Siam menerima nasib yang sama seperti
Burma/Myanmar adalah dengan tindakan Raja Chulalongkorn mengizinkan orang-orang asing
menunjukkan tanda penghormatan kepadanya dengan cara mereka sendiri. Orang asing juga
tidak lagi dipaksa untuk mematuhi. 14
Burma
14 Thawatt Mokaradong. 1987. Sejarah revolusi Thai. Terjemahan oleh Wan Azaham Wan Mohamad. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan pustaka. Hlm. 45.
7
8
Masyarakat Burma iaitu kelompok Chin adalah berasaskan kepada pertanian pindah dan juga
perburuan manakala, masyarakat Kachin pula mengusahakan pertanian sawah di kawasan bukit
Kachin. Hal ini adalah kerana, keadaan ekologi yang berbukit-bukau dan taburan hujan yang
tidak sama rata membezakan masyarakat pinggir ini dengan masyarakat lembah dari segi
penggunaan teknologi dan juga organisasi masyarakatnya. Selain daripada itu, bagi rakyat yang
mengerjakan tugas-tugas yang khusus untuk raja seperti melibatkan diri dalam ketenteraan,
menjaga keamanan, penulis istana dan sebagainya akan mendapat balasan hak untuk
mengerjakan tanah.15
Di samping itu, susunan rakyat kepada perkampungan pula bersaskan pekerjaan yang
diwarisi turun-temurun, serta penggunaan tatacara yang begitu terperinci. Masyarakat ini lebih
bersifat teratur dan berhierarki yang lebih mementingkan keharmonian politik dan ekonomi
masyarakat daripada kebebasan politik individu. Manakala perhubungan rakyat dengan dunia
luar amat terhad sekali kerana Burma sentiasa dapat memenuhi segala keperluan ekonominya
dan perniagaan dalam negeri dibenarkan tetapi akan dikawal oleh pemerintah.16
2.3 Struktur Masyarakat
Struktur susunan masyarakat Asia Tenggara berbentuk hierarki dimana raja sebagai ketua
pemerintah. Walau bagaimanapun, struktur ini mempunyai perbezaan dari setiap negeri dan
wilayah. Misalnya, bentuk asas dan susunan masyarakat Siam pada zaman awal Bangkok adalah
berdasarkan penguasaan ke atas buruh. Rakyat Siam disusun dalam satu bentuk piramid dengan
raja yang berada pada peringkat atas, diikuti oleh nai atau bangsawan, phrai som iaitu rakyat
biasa, phrai luang yang merupakan rakyat biasa yang dikuasai oleh raja kerana tidak berdaftar
dan juga that iaitu hamba. Aspek yang menjadi asas kepada pembahagian ini adalah sakdina iaitu
markah darjat seperti uparat iaitu raja muda yang mempunyai 100 000 sakdina dan sementara itu
that hanya mempunyai 5 sakdina sahaja. Selain daripada itu, sakdina juga berperanan dalam
menentukan keluasan tanah yang boleh dimiliki dan dikerjakan. Sebagai contoh, seorang menteri
yang mempunyai 10 000 sakdina dibenarkan mempunyai 10 000 rai yang bersamaan dengan satu
ekar tanah.17
15 Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Hlm. 33.16 Ibid, hlm. 29.17 Ibid, hlm. 13.
8
9
Manakala di Burma pula, masyarakatnya boleh dibahagikan kepada tiga pegawai yang
terdiri daripada pegawai tinggi, pegawai rendah, dan juga pekerja mahir. Sementara itu, rakyat
biasa dipecahkan kepada empat kumpulan iaitu rakyat yang bebas (asan), rakyat yang terikat
kepada institusi agama (pura kywan), dan juga mereka yang terikat kepada kerajaan (kywan-to).
Golongan ini terus menerus memberikan sumbangan tenaga kepada negara. Namun, ini tidaklah
bermakna bahawa golongan ini mempunyai kedudukan yang buruk. Menurut Aung-Thwin,
ikatan adalah penting untuk menghapuskan anarki dan setiap individu perlu mencari tempat dan
fungsinya dalam satu masyarakat yang sudah mantap.18
Seterusnya adalah Laos yang memaparkan terdapatnya persaingan di antara muong-
muong yang bermula pada awal abad ke-18, setelah empayar Laos yang teragung iaitu Lan Xang
mengalami perpecahan. Empayar ini telah diasaskan pada tahun 1353 dan berpusat di Luang
Prabang. Masyarakat ini terdiri daripada kelas bangsawan, tentera, pentadbir, petani, dan juga
hamba. Pada masa tersebut, pemimpin-pemimpin muong diberi kuasa untuk menjalankan
pentadbiran tempatan dan terdapat juga muong yang cuba bebas daripada cengkaman pusat yang
mana kemudiannya telah berpindah ke Vientiane pada pertengahan abad ke-16.19
Kedudukan raja sangat penting dalam struktur masyarakat Asia Tenggara abad ke-19
terutama semasa kemasukan pengaruh Hindu Buddha. Raja di bawah pengaruh hindu Buddha
dikenali sebagai bodhisattva (penyelamat manusia), dhammaraja (raja yang adil di Jambudvipa)
dan cakkarvattin (raja sejagat).20 Raja dilihat sebagai lambang karma, penyambung kerajaan atau
kosmos dan memiliki hubungan dengan dunia ghaib.21 Menurut Heine Geldern, organisasi politik
di empayar Asia Tenggara seperti Burma, Thailand dan Kemboja mengambil model konsep
kosmologi serta keselarian di antara makrokosmos ketuhanan dan mikrokosmos manusia.
Kerajaan sebagai miniature kepada kosmos, istana dianggap sebagai Gunung Meru iaitu pusat
cakerawala yang dianggotai oleh manusia dan juga dewa berbagai peringkat.22 Putera raja dan
pembesar wilayah mewakili hirarki syurga iaitu Tavatimsa yang didiami oleh Indra, lokapala 4
18 Ibid, hlm 28.19 Ibid, hlm 55.20 Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Mynmar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 63.21 David Joel Steinberg. 1971. In Search Of Southeast Asia. A Modern History. London: Oxford University Press. Hlm 5922 Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Hlm 4.
9
10
dan 28 dewa-dewa yang lagi rendah. Hubungan di antara wilayah dan istana adalah seperti
mandala, contohnya di Bangkok dipanggil sebagai politi-galaktik.
Bukti hubungan yang rapat antara sistem politik dan pengaruh Hindu Buddha dapat
dilihat, menerusi jurnal Duncan MacCargo mengatakan agama Buddha berperanan sebagai
instrument kuasa dan legitimasi kebangsaan bagi empayar Thailand.23Selain itu, Rama 1 telah
memulakan proses “membuddhakan” sistem pentadbiran yang dipengaruhi oleh amalan agama
Hindu dan Brahmanisme.24
Manakala, di Vietnam Maharaja Vietnam menggunakan konsep “Son of Heaven” dan
mandat daripada tuhan untuk mengukuhkan kedudukannya.25 Maharajanya berkuasa penuh
penuh seperi Maharaja China dan menyifatkan dirinya sebagai thein-tu (anak tuhan). Selain itu,
maharaja empayar Vietnam ini juga berkuasa mutlak seperti menggunakan hasil perbendaharaan
dan membuat dasar atau kepentingan negara berdasarkan kepentingan peribadi.26 Maharaja
Vietnam mengamalkan sistem pentadbiran yang sama seperti di China iaitu mengamalkan ciri-
ciri pemusatan kuasa melalui biokrasi pusat.27 Pentadbiran yang diguna pakai mengikut model
China, di mana raja berada di puncak. Raja dibantu oleh golongan mandarin yang perlu lulus
dalam ujian bahasa dan sastera berasaskan kurikulum China.28
Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh Woodside, Popkin, Marr dan juga
Troung Buu Lam, masyarakat Vietnam boleh dibahagikan kepada dua kumpulan yang besar iaitu
cendekiawan, pentadbir, dan petani pengeluar. Di samping itu, terdapat juga dua kumpulan yang
agak penting iaitu rahib agama Buddha dan sekumpulan kecil para peniaga cina yang
berpengaruh. Umumnya, masyarakat Vietnam bukanlah bersifat egalitarian, kerana sikap dan
tindakan para penghuni desa dipengaruhi oleh kepentingan peribadi. 29
23 Duncan MacCargo. 2009. Jurnal ThaI Buddhism , Thai Buddhist and the Southern Conflict. United Kingdom: Cambridge University Press. Hlm. 10.24 Kokbua Suwannathat-Pian. 1991. Sejarah Thai Zaman Bangkok. Hlm 113.25 Konsep Son of Heaven ialah kekuatan spiritual yang luar biasa daripada ibu bapa maharaja di syurga dan konsep mandate ialah selagi maharaja mempunyai mandat, kerajaannya aman dan sejahtera tetapi jika kehilangan mandate akan berlaku bencana alam dan tuhan syurga pada masa itu membenarkan membenarkan pergolakan dan rampasan kuasa. Konsep mandat ini diperkenalkan semasa dinasti Chou. Rujuk buku, Edward H. Schafer. (1969). Ancient China. Nederland: Time Life International. hlm 80.26 Ellen J. Hammer. 1954. The Struggle For Indochina. California: Stanford University Press. Hlm 62.27 Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Hlm 37.28 Ellen J. Hammer. 1954. The Struggle For Indochina. Hlm 62.29 Ibid. Hlm 42.
10
11
Pada abad ke-19 ini juga masyarakat Khmer itu boleh dibahagikan kepada golongan
bangsawan dengan raja yang berada di puncak dan diikuti oleh rakyat yang bebas serta hamba
yang berada di bawah sekali. Rakyat bebas diberikan hak-hak yang tertentu tetapi perlu
memberikan perkhidmatan kepada raja, wajib membayar cukai dan terlibat dalam sistem kerah
selama 90 hari.30
Di Funan, kedudukan hierarki sosial masyarakat Funan yang tertinggi ialah Raja. Raja
merupakan tunggak dan simbol kekuasaan bagi kerajaan Funan. Mereka mengamalkan konsep
dewaraja yang mana raja merupakan anak tuhan serta wakil tuhan akibat pengaruh dari India.
Setiap rakyat harus meyembah serta patuh kepada raja kerana mempunyai kuasa daulat.
Sekiranya sebaliknya, maka hukuman berat akan diberikan. Peranan seorang raja ialah sebagai
ketua kerajaan dan negara serta dibantu oleh para pembesar untuk melicinkan kekuasaannya.
Antaranya ialah Fan Shih-man adalah seorang penakluk yang agung. Baginda meluaskan
kuasanya dan menggelarkan dirinya Raja Besar31. Dan juga membentuk satu angkatan laut yang
menguasai laut di sekelilingnya lantas menakluki Langkasuka,Tambralingga, Chaiya dan
Takuapa.32 Selain itu, terdapat gelaran raja-raja yang penuh ialah ‘kurung bnam’, bermakna ‘raja
gunung’ daripada bahasa Sanskrit ‘Sailaraja’, iaitu gelaran yang dipakai oleh Raja-raja Pallava
Konjeveram di Selatan India pada masa dahulu lagi33. Sistem pemerintahannya secara monarki
iaitu diwarisi oleh anak lelaki sulung.
Hierarki yang seterusnya ialah golongan bangsawan dan pembesar. Kebanyakkan
golongan ini merupakan kasta Brahmin yang berasal dari India. Mereka mempunyai
keistimewaan berbanding golongan kasta yang lain. Peranan mereka ialah membantu raja dalam
urusan pentadbiran kerajaan Funan dalam pelbagai aspek. Contohnya memungut hasil cukai
perdagangan daripada pedagang tempatan mahupun luar negara ketika berdagang di bandar Oc-
Eo. Golongan pendeta agama turut di kedudukan para bangsawan dan pembesar. Hal ini kerana
kerajaan mahukan penyebaran agama Hindu kepada masyarakat di serata Funan.
30 Ibid. Hlm 50.31 D.G.E. Hall. 1979. Sejarah Asia Tenggara. hlm. 35.32Ahmad Jelani Hamid. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Shah Alam :Utusan Publications & Distributors. Sdn. Bhd. hlm. 35.33 D.G.E. Hall. 1979. Sejarah Asia Tenggara. hlm. 33.
11
12
Rakyat biasa merupakan golongan yang paling ramai dalam hierarki masyarakat Funan.
Kebanyakkan dari masyarakat tempatan Funan dan golongan kasta yang rendah dari India. Ciri-
ciri masyarakat tempatan ialah hodoh, berkulit hitam, berambut kerinting dan berbogel sahaja 34.
Kegiatan mereka ialah melakukan aktiviti bercucuk tanam dengan cara yang primitif iaitu sara
diri. Selain itu, mereka juga pandai dalam seni ukiran patung, barang kemas dan perkakas dapur
yang diperbuat daripada perak. Golongan kasta Sudra merupakan para pedagang yang banyak
melakukan aktiviti itu. Hal ini menyebabkan Funan merupakan tempat perdagangan entrepot
yang penting di serantau Asia Tenggara pada abad ke-1 dahulu. Dan juga mereka di jadikan
sebagai bala tentera laut untuk melindungi serangan musuh negara atau lanun.
Golongan yang paling terendah dalam susun lapis masyarakat Funan. Mereka terdiri
daripada tawanan perang, hamba abdi yang mana kebanyakkan penduduk Funan tempatan.
Selain itu, mereka turut dijadikan sebagai pekerja istana sebagai pengawal dan dayang sehingga
hutang mereka dilangsaikan serta dibebaskan menjadi orang biasa.
2.4 Pendidikan
Sebelum penghijrahan Belanda ke Indonesia ini, masyarakat tempatan telah mempunyai sistem
pendidikan. Namun setelah penghijrahan Belanda ke Indonesia ini telah memberi penekanan
dalam aspek sistem pendidikan. Pengenalan kepada pendidikan barat melalui pendirian sekolah-
sekolah di Indonesia. Pendidikan yang diperkenalkan oleh Belanda ini adalah untuk
menyediakan tenaga kerja yang diperlukan oleh pihak kolonial Belanda dalam
memperkembangankan sistem ekonominya dan merupakan alat utama untuk melancarkan
modernisasi serta menyisihkan hambatan dan kekuatan tradisional.
Namun bidang pendidikan yang diperkenalkan oleh pihak kolonial Belanda hanya
tertumpu kepada golongan bangsawan dimana tujuan mereka adalah untuk menyediakan mereka
ke jawatan-jawatan kuasa rendah dalam perkhidmatan awam. Kemudahan yang disediakan bagi
anak bangsawan Indonesia amat terhad berbanding dengan kemudahan yang disediakan bagi
anak orang Eropah. Malah, terdapat juga golongan elit yang amat sukar untuk menanggung
beban bayaran yuran sekolah yang terlalu mahal.
34 Ibid. hlm. 37.12
13
Kesannya pada akhir era kolonial Belanda, tahap celik huruf di Indonesia lebih rendah
berbanding di setiap tanah jajahan Eropah yang lain di asia.Contoh statistik yang dikemukan
pada tahun 1940, seramai 1786 orang Indonesia sahaja yang mendapat pendidikan berbanding
dengan 5688 orang bangsa Eropah. Dalam sistem pendidikan ini, telah dimonopoli oleh anak-
anak pengawai Belanda dan pedagang yang berhijrah masuk ke Indonesia kerana pembangunan
yang dilakukan oleh Belanda secara mendadak. Belanda telah mendirikan atau membangun
sekolah-sekolah, hospital, jaringan komunikasi, pelayan pos sehingga jaringan perhubungan
kereta api dan pelayaran telah menarik minat mereka untuk berhijrah ke Indonesia.
Umumnya, sekolah-sekolah yang ditubuhkan oleh kolonial Belanda itu, telah
menggunakan bahasa Belanda sebagai bahasa pengantar utama. Kebanyakannya golongan
Priyayi yang merupakan golongan yang boleh menutur dalam bahasa Belanda kerana mereka
mengikuti sistem pendidikan barat. Pihak kolonial Belanda telah melihat kepentingan tentang
status golongan elit ini. Golongan Priyayi ini mampu untuk menggunakan kuasa mereka bagi
mengarah masyarakat yang terdiri daripada golongan yang berkasta rendah. Jadi golongan
Priyayi ini akan menurut segala perintah yang dikeluarkan oleh pihak kolonial Belanda.
Selain itu, perkembangan pendidikan juga telah berlaku di Burma selepas tahun 1852.
Inggeris memperkenalkan pendidikan bagi bertujuan meningkatkan pengetahuan untuk
membantu mewujudkan kerajaan yang baik dan juga untuk mendidik dan meningkatkan
tamadun Burma.35 Mata pelajaran yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris di Burma ini bagi
merealisasikan matlamat mereka adalah ilmu kira-kira, ukur tanah, geografi, sejarah eropah,
astronomi, dan geometri awalan. Sistem pendidikan Inggeris yang juga menggunakan tenaga
pengajar dari barat. Hal ini menggalakkan kedatangan orang-orang dari barat untuk memenuhi
keperluan daripada aspek pendidikan.
Perkembangan pendidikan ini semakin pesat pada 1886 terutamanya di Burma Hilir. Pada
awal abad ke-20, banyak sekolah inggeris atau campuran telah didirikan. Menurut Kyaung,
“mereka kini tidak beragak-agak menghantar anak mereka ke sekolah mubaligh walaupun ini
bermakna mereka akan terdedah kepada agama kristian” . Mereka berpendapat bahawa pelajaran
baru adalah satu saham yang baik kerana meraka sedar bahawa kerja yang mempunyai upah atau
35 Kyaung, U. 1963. Law and custom in Burma and the Burmese family. India : Indiana University. Hlm. 73.13
14
gaji yang tinggi hanya diperolehi bagi mereka yang berkemahiran berbahasa Inggeris dan ilmu
akaun.36
Perkembangan sekolah Inggeris ini menyebabkan sekolah kyaung dianggap telah
ketinggalan zaman terutamanya di kalangan penduduk bandar.37 ini berlaku kerana pendidikan di
kyaung bermutu rendah dan lepasan daripada sekolah ini hanya sesuai untuk diterapkan di
sekolah campuran sahaja. Selepas tahun 1886, kerajaan kolonial tidak mengiktiraf pendidikan
kyaung yang mampu melahirkan masyarakay Burma yang berguna. Kesan paling jelas yang
boleh dilihat akibat daripada dasar berat sebelah ini ialah wujudnya perbezaan yang paling ketara
di antara kepentingan bandar dan luar bandar.38
Orang sepanyol telah menjajah Filipina sejak abad ke-16 lagi. Sebelum itu, rakyat
Filipina tidak pernah bersatu kerana kedudukan geografinya yang berpulau-pulau. Kedatangan
Sepanyol ini telah memberi impak positif dan negatif kepada Filipina. Secara tidak langsung
Sepanyol telah menyatukan orang Filipina melalui agama kristian kecuali di Mindanao.
Sepanyol juga menyatukan Filipina melalui bahasa Sepanyol walaupun terdapat bahasa
Tagalog dan Inggeris. Namun demikian, Sepanyol telah memberi impak kepada Filipina dari segi
politik dan pendidikan.Dari segi pendidikan pula, kedatangan Sepanyol telah menyebabkan
sekolah barat telah diperkenalkan. Pusat pendidikan barat ini adalah sekolah mubaligh dan
gereja. Sebelum ini, penduduk Filipina hanya mendapat pendidikan secara tradisional serta ada
sebahagian kawasan seperti di Pulau Sulu yang telah menerima pengaruh Islam dan mendapat
pendidikan di pondok-pondok. Akibat daripada perkembangan pelajaran ini, lahirlah golongan
menengah seperti guru, penulis dan pegawai kerajaan.39
Bahan bacaan yang dibawa masuk dari luar juga telah mendedahkan mereka kepada
keadaan negara luar. Golongan menengah ini berpeluang membaiki taraf hidup mereka dan
menghantar anak mereka ke luar negara untuk belajar ke institusi-institusi pengajian tinggi di
sana. Daripada golongan ini, lahirlah cerdik pandai Filipina seperti Jose Rizal, Marcelo del Pilar,
Juan Lona dan Antonio Luna.
36 Ibid, Hlm. 75.37 Taylor H. Robert. 1943. The State of Burma. Honolulu : University of Hawaii Press. Hlm. 113.38 Kyaung, U. 1963. Law and custom in Burma and the Burmese family. Hlm. 76.39 Zaide F. Gregorio. 1957. Philippine Political and Cultural History. Hlm. 193.
14
15
Kesan daripada penetapan sempadan oleh kuasa-kuasa barat kepada kuasa tempatan dari
segi sosial dapat dilihat melalui pendidikan. Ini kerana penjajah barat pada masa itu telah
menjalankan dasar pendidikan yang dikhaskan kepada golongan tertentu sahaja. Ini dapat dilihat
dimana kuasa barat begitu berhati-hati dalam memberikan pendidikan kepada penduduk yang
dijajah. Pendidikan hanya diberikan pada peringkat rendah sahaja.
Sebagai contoh dapat dilihat di Filipina iaitu pemerintah Sepanyol tidak begitu suka
untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada rakyat Filipina. Hanya golongan menengah
sahaja yang mendapat pendidikan yang sempurna.
Manakala Siam pula, Kemerdekaan yang dapat dikekalkan oleh pemerintah Siam adalah
dengan memberi sokongan kepada kemasukan mubaligh-mubaligh Kristian ke Siam untuk
menjalankan kegaiatan mereka. Kebenaran yang diberikan oleh pemerintah Siam adalah berkait
rapat dengan keadaan pemerintah Siam yang banyak menerima pendidikan barat daripada
mubaligh-mubaligh Kristian. Raja Mongkut telah mempelajari bahasa Latin, geografi, ilmu
kimia, fizik, ilmu hisab dan astronomi daripada mubaligh-mubaligh Kristian terutama Biskop
Pallegoix iaitu seorang mubaligh Kristian dari Perancis. Selain itu, Mongkut juga mempelajari
bahasa Inggeris dan sistem petadbiran di negara-negara barat daripada mubaligh-mubaligh dari
Amerika seperti Reverend D.B. Bradley yang telah menjadikan Mongkut sebagai seorang raja
yang pertama yang pandai menulis dan membaca dalam bahasa Inggeris.
Pemerintah Siam telah membenarkan mubaligh-mubaligh Kristian menjalankan kegiatan
mereka dalam mengembangkan agama Kristian dalam masyarakat Siam. Sabagai contoh untuk
menunjukkan kebenaran pemerintah terhadap pengembangan agama Kristian adalah dengan
kebebasan yang diberikan kepada mubaligh-mubaligh Kristian dari Perancis untuk membina
sekolah, maktab mubaligh dan gereja untuk mereka beribadat40. Mubaligh-mubaligh Kristian
adalah merupakan golongan yang pertama memperkenalkan sistem pendidikan barat yang lebih
maju dangan ini menarik minat pemerintah Siam untuk menggalakkan kedatangan mereka untuk
mengembangkan sistem pendidikan.
Bukti lain untuk menunjukkan ada galakan daripada Mongkut terhadap kegiatan
mubaligh-mubaligh Kristian dalam bidang pendidikan di samping menyebarkan agama Kristian
adalah dengan pembinaan sebuah sekolah Kristian di Bangkok pada tahun 1852. Mongkut yang
40 D.G.E. Hall. 1981. Sejarah Asia Tenggara. hlm. 820.15
16
banyak memberi galakan kepada mubaligh-mubaligh Kristian telah membenarkan percetakan
akhbar yang diperkenalan oleh pertubuhan Kristian.
2.5 Perkahwinan
Kemasukan para pedagang luar dari Eropah dan China, menyebabkan lahirlah masyarakat
majmuk di Filipina seperti Mestizo Cina, Mestizo Sepanyol, Indio dan generasi Sepanyol yang
lahir di kepulauan Filipina. Mestizo Sepanyol adalah hasil daripada perkahwinan campur di
antara orang-orang Sepanyol dengan penduduk tempatan Filipina. Indio pula adalah hasil
perkahwinan campur orang-orang Indian Mexico yang datang berdagang dengan masyarakat
tempatan Filipina manakala Mestizo Cina pula adalah hasil perkahwinan diantara pedagang-
pedagang China dengan masyarakat tempatan Filipina.
Mereka ini telah berjaya menempatkan diri dalam sistem sosial kerana peranan yang
mereka mainkan dalan sistem ekonomi dan politik. Mereka juga mempunyai petempatan sendiri
akibat kebanjiran mereka di Filipina, lantaran itu kerajaan Sepanyol membuat satu dasar dengan
mengelompokkan mereka di kawasan baru yang dikenali sebagai Parian, iaitu sekarang ini
terletak di selatan daerah Ermita di Manila.
Tujuan pengelompokan ini adalah memudahkan golongan Cina ini mentadbir masyarakat
mereka. Kesan daripada perkahwinan campuran ini, berlakunya perubahan terhadap pemakaian
nama dalam panggilan keluarga masyarakat Filipina. Mereka mula menggunakan nama Sepanyol
sebagai nama keluarga/surname. Jika sebelum ini, nama bagi orang Filipina adalah seperti
Batungbakal, Pamatmat, Ilagan, Sambitan, Kampitan, Manalo, dan Lansangan. Namun setelah
kebanjiran orang Sepanyol yang berhijrah ke Filipina dan berkahwin dengan mereka, nama
keluarga Filipina hilang kerana diganti dengan nama keluarga Sepanyol. Sehingga ke hari ini,
masyarakat Filipina masih mempunyai dan menggunakan nama keluarga Sepanyol seperti
Villanueva, Santos, Cruz, Martinez dan Hermoso.
Seterusnya, melalui perkahwinan juga telah menunjukkan kebudayaan India telah
berjaya diserapkan ke kerajaan Funan. Tambahan itu, pengaruh agama terutama agama Hindu
tersebar ke kerajaan Funan melalui hasil perkahwinan para pedagang dari India dengan
masyarakat tempatan Funan.41 Secara tidak langsung, melalui hasil perkahwinan tersebut akan
41 Paul Wheatley. 1961. The Golden Khersonese. Kuala Lumpur : University Of Malaya Press. hlm. 288-289. 16
17
menghasilkan keturunan percampuran dan membolehkan agama Hindu terus berkembang. Bukan
itu sahaja, para pedagang dari India juga membawa kebudayaan seperti adat dan kepercayaan
Hindu dan diterapkan ke dalam masyarakat Funan.
2.6 Perundangan
Belanda telah melakukan perubahan dari sistem perundangan di Indonesia. Pembahagian ini
secara jelas telah memisahkan sistem perundangan yang diamalkan oleh masyarakat tempatan
sebelum ini. Contoh pembahagian sistem perundangan di Indonesia mengandungi Mahkamah
Penghulu, Mahkamah Bumiputera dan Mahkamah Sivil. Walau bagaimanapun ,Belanda masih
membenarkan pelaksanaan sistem undang-undang tempatan namun mereka sentiasa sahaja
mempunyai kuasa untuk mempengaruhi sistem perundangan tempatan. Contohnya dasar-dasar
yang dilaksanakan terhadap Islam oleh kerajaan Belanda sentiasa sahaja berubah dan silih
berganti.
Malahan, Belanda dilihat meletakkan taraf rendah terhadap sistem perundangan
tempatan. Ia juga dilihat terserap dalam sistem adat. Perkara ini sering dirujuk sebagai ``teori
penerimaan” yang merupakan ciri tetap dalam dasar perundangan kolonial Belanda. Namun
kesan yang kita lihat secara menyeluruh tentang sistem perundangan di mana, kesemua sistem
perjalanannya telah diterajui oleh orang Belanda di mana untuk menjaga kepentingan dan
kedudukannya sahaja. Untuk menjaga kepentingan ini, pihak kolonial Belanda telah membawa
masuk pegawai-pegawai Belanda bagi menerajui sistem perundangan ini dengan bekerjasama
dengan pegawai tempatan. Buktinya penghijrahan yang berlaku ke atas pegawai yang dibawa
masuk oleh kolonial Belanda ialah pegawai yang akan menerajui Mahkamah wilayah
Selain itu agama Buddha juga telah membawa pengaruh ke dalam undang-undang dalam
institusi pentadbiran kerajaan Ayuthia, etika Kanun Diraja Buddha telah diwujudkan dan
menjadi undang-undang rasmi bagi kerajaan Siam pada masa tersebut42. Pengaruh undang-
undang ini telah membawa kesan kepada rakyat kerana konsep beraja ketuhanan berkembang di
istana dengan golongan istana menjadi tuhan kecil dan hubungan antara rakyat dan raja
diibaratkan seperti tuan dengan hamba43.
42 Thawatt mokharapong. 1987. Sejarah revolusi Thai. Terjemahan oleh Wan Azaham Wan Mohamad. Hlm. 4243 Ibid. hlm. 43.
17
18
Keadaan ini dapat dilihat jika keadaan rakyat yang mahu berjumpa dengan raja atas
urusan peribadi perlu disebat sebanyak tiga puluh kali dengan rotan. Situasi ini menjelaskan
betapa pengaruh agama Buddha ini amat kuat terutamanya dalam soal perundangan. Hak
pemerintahan berteraskan konsep dewa raja juga telah dimanipulasikan oleh raja dengan
menggunakan undang-undang lama yang telah dibentuk oleh, contohnya undang-undang tingkah
laku, seseorang raja tidak boleh melakukan hubungan jenis dengan wanita yang berumur lebih
dari empat puluh tahun, menurut lagenda klasik Thailand, raja sebagai dewa raja perlu diiringi
oleh dayang-dayang yang cantik dan muda. Jelaslah pengaruh Buddha amat ketara dalam bidang
undang-undang khususnya dalam kerajaan Ayuthia dan kerajaan Siam amnya.
Selain itu, kekuasaan raja dalam bidang undang-undang dapat dilihat semasa pengasasan
Ayuthia pada 1360 dalam undang-undang pelbagai yang menyatakan raja adalah pemilik tanah,
rakyat hanya boleh mengusahakan tanah itu dan mengambil hasilnya sahaja. Undang-undang ini
juga digubal mengikut undang-undang dalam agama Buddha berteraskan konsep dewa raja yang
mana raja berkuasa keatas segala-segalanya.
2.7 Hubungan Perdagangan
Pulau Jawa adalah satu kawasan yang strategik untuk dijadikan kawasan perdagangan yang
menjadi laluan kapal-kapal dagang yang singgah semasa berlakunya pertukaran angin monsun.44
Bukan itu sahaja, Pulau Jawa juga kaya dengan hasil bumi iaitu bahan mentah yang melimpah-
ruah sememangnya diinginkan oleh kuasa barat seperti Perancis, Belanda, British dan
sebagainya.45
Antara barang dangangan yang terdapat di Pulau Jawa seperti lada hitam, cengkih,
rempah-rempah yang lain, kayu cendana, ubat-ubatan, emas, bijih timah, burung, kulit kura-kura
dan pelbagai lagi barangan dagangan yang lain.46 Selain itu juga, Pulau Jawa menjadi target
kuasa Barat ini kerana sekitar abad tersebut Pulau Jawa merupakan kawasan perdagangan yang
mempunyai pelabuhan-pelabuhan yang baik dan sistematik dan seterusnya dari Pulau Jawa ini
telah merebak ke kawasan-kawasan lain di hampir keseluruhan Indonesia44 D.G.E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Hlm 433.45 Gilbert Khoo dan Dorothy Lo. 1978. Asia dalam perubahan : Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Kuala Lumpur : Heineman Education Books. Hlm 524.46 Marwati Djoened Poesponegora Dan Nugroho Notosusanto. 1993. Sejarah Nasional Indonesia IV. Jakarta : Departmen Pendidikan Dan Kebudayaan, Balai Pustak. Hlm 338.
18
19
Selain itu, melalui hubungan perdagangan ini telah berlakunya dasar Monopoli yang
diamalkan oleh Belanda di Indonesia telah menyebabkan kawasan di Indonesia iaitu Maluku
mengalami kejatuhan dari segi perdagangan bahan mentah terutamanya lada hitam. Keadaan ini
berlaku apabila Belanda telah menawan Maluku dan telah memonopoli perdagangan lada hitam
di kawasan tersebut dan kebanyakan lada hitam telah dieksport ke negara-negara Eropah sahaja
dan telah menyebabkan harga lada hitam jatuh dan corak perdagangan lada hitam turut
berubah.47
Hal ini kerana sebelum ini sebahagian besar lada hitam di Indonesia telah dihantar ke
China dalam kadar yang telah dipersetujui dan sistem perdagangan berjalan seperti biasa dan
stabil.48 Kesan dari monopoli yang dilakukan oleh Belanda ini telah memberikan kesan yang
buruk kepada ekonomi Indonesia kerana lada hitam merupakan barangan dagangan utama
Indonesia.49 Sehubungan dengan itu, memang tepat jika Indonesia digelar: “Indonesia
merupakan sebuah pentas perdagangan yang mempunyai kelebihan ekonomi yang tersendiri”50.
Belanda menginginkan Indonesia terutamanya Pulau Jawa kerana kaya dengan pelabuhan
yang juga mengamalkan perdagangan antarabangsa. Oleh itu, di Pulau Jawa ini terdapatnya
perdagangan antara pelabuhan terutamanya dalam perdagangan makanan yang merupakan
sebahagian besar dari perdagangan tempatan.51 Kapal-kapal yang terlibat di dalam perdagangan
antarabangsa antara pelabuhan-pelabuhan ini adalah kapal-kapal Melayu dan Jawa serta
termasuk juga beberapa buah kapal asing
2.8 Lain-lain
2.8.1 Bahasa dan Sistem Tulisan
Keadaan masyarakat di asia tenggara pada abad ke 19 dalam aspek sosial iaitu terhadap
perkembangan kerajaan Funan adalah sistem tulisan dan bahasa yang digunakan. Sistem tulisan
dan bahasa yang diterima oleh masyarakat Funan dikatikan dengan konsep Indianization. Pada
abad kedua, nama dan tajuk dalam bahasa Sanskrit digunakan bagi penghasilan sesebuah utusan.
47 Gilbert Khoo dan Dorothy Lo. 1978. Asia dalam perubahan : sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Hlm 524.48 Hernert L.Peacock. 1979. Sejarah Eropah moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm 74.49 S.H. Njoman Dekker. 1970. Sejarah Indonesia baru 1800-1900. Jakarta : Lembaga Penerbitan IKIP Malang. Hlm 7.50 Ibid. Hlm 525.51 Gilbert Khoo dan Dorothy Lo. 1978. Asia dalam perubahan : sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Hlm 524.
19
20
Menurut Coedes pula , raja Funan yang ketiga iaitu Fan Shih Man iaitu sewaktu kerajaan Funan
mencapai peningkatan telah menjadikan bahasa Sanskrit sebagai bahasa rasmi di istananya.
Hal ini secara tidak langsung telah bermulanya pengaruh bahasa Sanskrit di kerajaan
Funan sehingga tersebar meluas kepada masyarakat Funan. Menurut catatan Kang Tai pula,
kerajaan Funan mempunyai pelbagai buku dan arkib. Tulisan yang digunakan bagi penghasilan
naskah tersebut menyerupai tulisan orang Hu yang menetap di bahagian tengah Asia yang
menggunakan tulisan India iaitu tulisan dan bahasa Sanskrit.52 Keadaan ini membawa kepada ke
arah tulisan dan bahasa Sanskrit menjadi antara kebudayaan yang penting di Asia Tenggara.
Akibat daripada berlakunya proses ‘Indianzation’ yang berlaku di Funan, banyak mereka
dipengaruhi oleh kebudayaan India dan menggunakan rakyat India untuk pemerintahan negara.
Bahasa Sanskrit merupakan bahasa istana, dan Funan menyokong agama Hindu dan selepas
dipercayai agama Buddha telah lebih dahulu sampai dan disebarkan di Funan. Akan tetapi
nampaknya agama ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan pada peringkat awal itu.
Setelah kedatangan Kaundinya pula iaitu sekitar abad pertama Masihi, agama ini tidak mendapat
sambutan pada awalnya.53 Hingga abad ke-3 Masihi dilaporkan bahawa kedua-dua agama India
itu telah berkembang serentak di Funan tetapi penduduk-penduduk Funan masih mengikuti
kepercayaan nenek moyang mereka sendiri yang merupakan penyembahan Hyang, animism dan
dinamisme.
2.8.2 Seni Bina
Selain itu, keadaan sosial masyarakat tempatan di asia tenggara termasuklah seni bina. Di Siam
Wat merupakan nadi perkembangan sosial masyarakat tempatan. Selain daripada itu, di Wat
petani menyerahkan hartanya untuk tujuan kebajikan, berpesta, dan mencari pasangan hidup. Di
samping itu, mereka juga turut menjadikan Wat sebagai tempat untuk belajar membaca,
menghayati moral yang tinggi atau terus menjadi rahib. Selepas kematiannya, mayat yang
dibakar akan disimpan di Wat.
52 Kobkua Suwannanthat Pian. 2003. Asia Tenggara : Hubungan tradisional serantau. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm 204.53 D.G.Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Hlm 531.
20
21
Manakala dari segi seni bina kota Bangkok yang dibangunkan oleh Rama I, menunjukkan
pembinaan pusat bandarnya yang terletak di tebing kiri Sungai Chao Phraya. Menurut Malcom
Smith yang bertugas sebagai doktor rasmi istana menjelaskan bahawa kota-kota ini dipenuhi
dengan terusan-terusan yang menjadi alat perhubungan penting dan satu per empat daripada
penduduknya tinggal di atas air.54
Seni bina Burma pula memaparkan bentuk istana raja yang jelas menampakkan pengaruh
kosmologi Hindu-Buddha. Pada abad ke-18 kawasan kota Mandalay merupakan sebuah kawasan
paya dan pembinaan kotanya telah dimulakan oleh Raja Mindon yang dibantu oleh tukang-
tukang tilik istana. Manakala rumah-rumah kediaman di Mandalay terdiri daripada rumah-rumah
kayu untuk rakyat biasa, rumah batu untuk saudagar asing dan istana yang tersangat indah untuk
raja. Istana raja terletak di tengah-tengah kota yang dikelilingi oleh benteng empat segi dan juga
parit. Bentuk kota ini mempunyai hubungan yang rapat dengan kosmologi Hindu- Buddha dan
menara tujuh lapis yang terdapat di atas singgahsana di dewan menghadap adalah mirip kepada
Gunung Meru. Selain itu, Mandalay juga mempunyai 12 pintu gerbang yang dikenali dengan
nama zodiak seolah-olah mencerminkan kayangan dengan bintang-bintang yang bertaburan di
sekeliling Gunung Meru.
Pada tahun 1820, bandar di Vietnam mengandungi dua bahagian yang dikenali dengan
bandar baru dan juga bandar lama. Rumah-rumah kediaman diperbuat daripada kayu dan
beratapkan nipah atau rami padi. Walau bagaimanapun, rumah kediaman bagi orang ternama dan
pembesar mempunyai serambi serta halaman yang luas. Di bahagian barat Saigon terdapat dua
buah pagoda dan sebuah gereja katolik. Sementara itu, Saigon lama pula berpusat di sebuah kota
dan pangkalan tentera laut dan di sini juga terdapat bangunan lama yang lebih tinggi mutu seni
binanya. Pada tahun-tahun 1970-an Funan dan Angkor telah menghasilkan seni bina yang tinggi
mutunya dengan mempunyai sistem pengairan yang amat baik dan dapat mengeluarkan lebih
pengeluaran untuk kegunaan negara dan golongan agama
2.8.3 Kesenian
54 Gilbert Khoo dan Dorothy Lo. 1978. Asia dalam perubahan : sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Hlm 323.
21
22
Disamping itu, kesenian juga mempengaruhi keadaan sosial masyarakat tempatan asia tenggara
pada abad ke 19. Pengaruh Islam dalam kesenian di Asia Tenggara jelas kelihatan di batu nisan,
masjid dan perhiasan-perhiasan rumah. Seni khad dan kaligrafi juga merupakan kesenian
masyarakat pada ketika itu terutama di masjid-masjid dan istana. Malah kesenian juga dapat
dilihat pada batu nisan. Banyak batu-batu nisan ditemui sebelum abad ke-13 Masihi di Asia
Tenggara iaitu nisan puteri Sultan Abdul Majid bin Muhammad Syah, Brunei bertarikh 1078
Masihi dan nisan Fatimah binti Maimun di Laren, Jawa Timur bertarikh 1082 Masihi. Selepas
abad ke-13, batu-batu nisan mula diimport atau di tempah dari India, Gujerat. Antaranya, nisan
Sultan Malik al-Salleh pada 1297 Masihi di Samudera-Pasai. Antara bentuk nisan yang paling
menarik yang terdapat di Asia Tenggara ialah bentuk yang dikenali sebagai Batu Acheh.55
2.8.4 Pakaian
Seterusnya keadaan sosial masyarakat tempatan juga ialah pakaian. Beberapa perubahan yang
dapat dilihat adalah pengaruh kebudayaan Eropah dari segi pakaian. Sejak kehadiran bangsa
Eropah pada abad ke-16 ini, bangsa-bangsa tersebut telah membangunkan gaya permukiman
berdasarkan gaya hidup di Eropah. Secara langsung masyarakat tempatan yang berada dalam
persekitan mereka turut dipengaruhi oleh corak peradaban “kulit putih” yang telah dibangunkan
semasa era kolonial Portugis dan diteruskan oleh orang Belanda.
Pakaian menjadi tarikan kesan perubahan sosial dalam aspek kebudayaan yang dialami
oleh masyarakat tempatan di Asia Tenggara. Kebanyakan golongan masyarakat atasan yang
banyak dipengaruhi oleh corak pakaian kebudayaan Barat. Hal ini jelas diperlihatkan oleh
permerintah raja Jawa, khususnya raja Mataram yang telah mengenakan jaket orang Belanda dan
memakai topi beludru telah diamalkan dalam keraton dan ditelah diikuti oleh pemerintah lain .
Penyerapan busana pakaian kebudayaan Eropah sebenarnya telah berlaku secara berpringkat-
peringkat akhirnya menjadi satu kebiasaan ekoran daripada gaya hidup pelaksana kolonial
seperti Daendels dan Raffles di kawasan Nusantara. Gaya busana tersebut adalah gaya
“Napoleonik” atau gaya pakaian ketenteraan.
55 Wan Abdul Rahman Latif. 1950. Sejarah perkembangan tamadun dunia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.190.
22
23
Sedikit-sebanyak gaya pakaian kuasa Barat ini telah menjadi gaya hidup rakyat tempatan
kerana semasa pemerintahan Hindia Belanda penduduk pribumi yang menjadi tenteran Belanda
telah menenakan pakaina seragam prajurit kompeni bergaya Eropah. Pengaruh kebudayaan
pakaian yang diperolehi masyrakat tempatan Asia Tenggara sebenarnya berasal daripada
kebudayaan yang diamlkan oleh golongan atasan, sedikt-sebanyak tempiasnya mendapat pada
masyarakat bawahan.56 Keadaan ini menjadikan sedikit sebanyak masyarakat di kawasan Asia
Tenggara telah meninggalkan pakaian kebudayaan asli mereka. Kepintaran kuasa Barat ini
adalah dengan mempengaruhi dahulu kuasa tertinggi iaitu pemerintah (golongan raja) maka akan
diikuti oleh masyarakat bawahan. Dasar penjajahan ini telah menjadikan kebudayaan Eropah
terserap masuk dengan baiknya dan menjadi akrab dengan masyarakat Jawa yang begitu banyak
dipengaruhi oleh struktur Belanda pada abad ke-19.57
Sebelum bentuk pakaian diperkenalkan, masyarakat Funan dikatakan hanya berbogel,
hodoh, berkulit hitam dan berambut kerinting. Terdapat 2 keadaan atau peristiwa yang membawa
kepada lahirnya bentuk pakaian tersebut. Keadaan ini dapat dilihat ketika zaman pemerintahan
Fan Hsun. Seorang penulis dari Cina iaitu Kang Tai telah mempengaruhi Fan Hsun agar
memerintahkan orang lelaki di Funan agar memakai pakaian. Pakaian tersebut dikenali sebagai
'Sampot' oleh orang Kemboja pada masa kini iaitu sehelai kain dibelitkan di pinggang. Hal ini
menunjukkan masyarakat mengalami pelbagai perubahan dan berkembang ke arah lebih baik
berbanding sebelumnya. Selain itu, masyarakat Funan seperti yang digambarkan oleh Kang Tai
juga gemar menggunakan pahat, barangan perhiasan berukir, minyak wangi dan sebagainya.58
Satu lagi peristiwa yang membawa kepada pengenalan pakaian adalah berlaku ketika
kemasukan Kaundiya ke Funan. Menurut Kang Tai, Kaundinya dikatakan memperkenalkan
bentuk pakaian terhadap orang perempuan pula. Kisah tersebut bermula ketika Kaundinya
memasuki Funan beliau terlihat Soma iaitu puteri raja orang Nada dengan tidak berpakaian. Oleh
yang demikian, Kaundinya bertindak memakaikan Soma sehelai kain dan memintanya
bersanggul. Keadaan ini membawa kepada pengenalan kepada orang perempuan suka untuk
berhias diri dan kelihatan cantik.
56 Ahmad Jelani Halmi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. hlm 43.57 D. G. E Hall. 1979. Sejarah Asia Tenggara. hlm. 65.58 Abdul Rahman Hj Abdullah. 2006. Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah Alam: Karisma. Hlm. 117.
23
24
Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan wujudnya pelbagai barang-barang perhiasan yang
berukir. Sehingga kini pelbagai bentuk pakaian dan perhiasan yang dihasilkan oleh masyarakat
Funan mengikut keperluan semasa seperti menghadapi perubahan cuaca persekitaran dan
sebagainya.59
3.0 Penutup
Kesimpulannya, kerajaan-kerajaan Asia Tenggara terdiri daripada beberapa buah negara
kepulauan termasuk tanah melayu. Kerajaan Asia Tenggara mempunyai keadaan sosial
masyarakat tempatan yang tertentu berbeza di setiap negara Asia Tenggara. Setiap amalan dan
corak yang diamalkan kebanyakannya mengikut tradisi nenek moyang yang diamalkan dan
berubah secara berperingkat mengikut perubahan zaman. Penyebaran agama bermula abad ke
lapan memperlihatkan perbezaan gaya hidup serta kedudukan struktur sosial masyarakat di
sesetengah kerajaan.
Selain itu, keadaan sosial lain seperti perkahwinan, pendidikan, perdagangan,
perundangan, bahasa dan sistem tulisan, seni bina, kesenian dan pakaian berubah seiring dengan
persekitaran dan penyebaran kebudayaan di Asia Tenggara. Kehidupan sosial masyarakat
diperincikan bagi setiap kerajaan di asia Tenggara mengikut keadaan sosial yang berlaku pada
abad kesembilan belas dan sebelumnya.
59 Ibid. hlm 119.24