7/30/2019 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak
1/26
IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK DALAM P&P
Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan
pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Perkembangan
fizikal kanak-kanak haruslah dititikberatkan dan difahami oleh golongan pendidik supaya
perkembangan fizikal kanak-kanak dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P) dapat
ditingkatkan lagi dalam diri kanak-kanak tersebut sekaligus membolehkan para pendidik
memahami mengapa pelajar mereka bertingkahlaku sedemikian.
Banyak tokoh yang menyatakan pendapat mereka mengenai pengertian perkembangan
manusia. Menurut Atan Long (1980), beliau berpendapat perkembangan pada manusia
ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi
jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Pendapat kedua pula,
dikemukakan oleh Doherty & Brennan (2008) iaitu, perkembangan bermaksud proses
yang berlaku sepanjang masa. Dalam proses perkembangan ini kita akan lihat
perubahan yang berlaku pada seorang individu hasil interkasi di antara faktor genetik
yang diwarisi dan pengaruh persekitaran. Manakala pengertian fizikal menurut Kamus
Dewan Edisi Ketiga ialah . Kesimpulannya, perkembangan fizikal ialah
Kanak-kanak dilahirkan dengan memiliki sifat, bakat dan ciri semulajadi yang diwarisi
dari ibubapa mereka. Dengan erti kata lain, kanak-kanak merupakan individu tersendiri.
Keadaan persekitaran memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan
bagaimana kanak-kanak ini boleh menggunakan bakat ataupun kebolehan yang diwarisi
untuk berinteraksi dengan orang di sekelilingnya dengan pelbagai situasi. Oleh itu, guru
haruslah bijak dalam menjalankan tugas membentuk kanak-kanak tersebut supaya
menjadi seorang individu yang boleh membesar dengan keadaan sihat fizikal dan
mentalnya.
Dalam perkembangan fizikal kanak-kanak, terdapat beberapa aspek yang dapat dilihat
iaitu bagaimana perkembangan kawalan anggota dan gerakan badan kanak-kanak.
Malah, perkembangan tentang deria kanak-kanak, khususnya penggunaan deria untuk
mereka berhubung dengan persekitaran juga perlulah diambil berat oleh guru tersebut.
Peringkat perkembangan ini sangat penting terutama dalam proses tumbesaran seperti
ini kanak-kanak akan menggunakan deria seperti sentuhan, bau, merasa, melihat dan
mendengar untuk pembelajaran dan membentuk konsep.
7/30/2019 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak
2/26
Pada peringkat ini juga kanak-kanak akan belajar untuk mengawal gerakan anggota
badan mereka sama ada motor kasar seperti berlari dan melompat atau kawalan motor
halus seperti mewarna dan menulis.
Faktor-faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan manusia
melahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosial di antara
satu dengan yang lain. Ini bermakna, setiap pelajar di dalam bilik darjah adalah unik dan
berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus merancang aktiviti pengajaran-
pembelajaran mengikut kebolehan pelajar. Sehubungan ini, guru harus menggunakan
strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan, pengayaan
dan sebagainya, untuk melayan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi
dan sosialnya.
Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya mempunyai
daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan menerima
pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat kesimpulan
dan kurang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka. Untuk membantu
murid-murid ini mengatasi masalah pembelajaran mereka, program pemulihan
merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan.
Seperti mana yang telah dihuraikan, murid-murid di dalam sesebuah kelas berbeza dari
segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh
yang demikian, kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza.
Di dalam sesebuah kelas yang mengandungi ramai murid, perbezaan-perbezaan ini
sememangnya tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru secara penuhnya.
Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang begitu berat, guru
terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka. Dalam
keadaan ini, murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah tentu tidak
boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan di
belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas yang ditentukan.
Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan untuk mereka dengan serta-
merta supaya masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat
yang tidak dapat dipulihkan lagi. Murid-murid yang lemah dalam pelajaran mereka
memang memerlukan perhatian dan bimbingan guru semasa mereka menjalani aktiviti
pembelajaran dan membuat kerja bertulis. Murid-murid dalam golongan ini biasanya
7/30/2019 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak
3/26
tidak bermotivasi untuk belajar, tidak tahu cara belajar dan cara menyelesaikan masalah
di samping tidak berdisiplin semasa belajar. Mereka juga mudah terganggu dan mudah
berputus asa.
Mereka biasanya kurang cerdas, lambat berfikir dan bertindak serta cepat lupa
kemahiran atau fakta yang baru dipelajari. Murid-murid ini memang memerlukan banyak
perhatian dan bimbingan guru, sama ada secara kumpulan kecil atau secara individu.
Justeru itu, program pemulihan haruslah disediakan untuk membantu mereka mengatasi
masalah pembelajaran yang mereka hadapi.
Rumusan
Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif
tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam
keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu.
Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu
serta dijangkakan. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka
menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu
mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan satu bahagian saling
berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan
jasmani dan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza di mana semua
kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama.
Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-
kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.
Oleh itu, jelaslah bahawa proses perkembangan berlaku dalam keadaan yang saling
berkait dan meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahan-
perubahan tersebut melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi
kuantiti serta kualiti. Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan.
Oleh itu, proses penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan.
Pemahaman guru mengenai anak murid mereka akan memberikan impikasi
perkembangan fizikal kanak-kanak yang baik terdapat pembelajaran dan pengajaran.
http://studentipg.blogspot.com/2011/03/implikasi-perkembangan-fizikal-kanak.html
http://studentipg.blogspot.com/2011/03/implikasi-perkembangan-fizikal-kanak.htmlhttp://studentipg.blogspot.com/2011/03/implikasi-perkembangan-fizikal-kanak.htmlhttp://studentipg.blogspot.com/2011/03/implikasi-perkembangan-fizikal-kanak.html7/30/2019 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak
4/26
PERKEMBANGAN BAHASA
1.0 DEFINISI BAHASA
Bahasa adalah atau bentuk komunikasi sama ada verbal atau non verbal.
Bahasa mengandungi perkataan-perkataan yang digunakan oleh sesebuah
komuniti dengan peraturan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang tertentu.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996: 87), bahasa ialah sistem
lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan
satu kelompok manusia ( antara seorang individu yang lain dan sebagainya ).
Arbak ( 1983: 40 ), mengeluarkan pendapatnya tentang ahli-ahli bahasa
telah terlebih dahulu mengeluarkan pendapatnya tentang mengapa ahli-ahli
bahasa telah terlebih dahulu berusaha memberikan pengertian kepada apa yang
dikatakan bahasa itu. Tegasnya, hal ini penting kerana bahasa itu sendiri
merupakan bahan langsung yang menjadi tumpuan pengkajiannya, terutama
dalam usaha memperlihatkan fungsinya sebagai alat yang dipakai oleh manusia
untuk berhubung sesama manusia.
( Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, ( 2003); Teori
bahasa )
Menurut Asmah Omar ( 1983: 376 ), bahasa hanyalah bunyi yang
dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga
tekak manusia. Di sebalik ciri fizikal ini terdapat makna. Tegasnya, ikatan antara
bunyi dan makna yang disyaratkan oleh pelbagai satuan itulah yang
memungkinkan orang bukan sahaja berkomunikasi, tetapi juga mencipta konsep-
konsep.
( Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, ( 2003); Teori
bahasa )
Menurut Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman,(abad ke-19 )
mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi . Bahasa ialah satu aktiviti yang
7/30/2019 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak
5/26
dapat dihuraikan menurut satu set prinsip yang jumlahnya terbatas berdasarka
ragam-ragam ucapan yang tidak terbatas jumlahnya, dapat diterbitkan.
( Mangantar Simanjuntak, ( 1982: 2-3 ).
( Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, ( 2003); Teori bahasa )
Bloch dan Trager (1984 ), pula mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang
pertuturan yang arbitrari yang digunakan anggota masyarakat untuk
berkomunikasi . Sapir (1921:8) mendefinisikan, bahasa adalah semata-mata
suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi, dan
keinginan melalui ciptaan simbol-simbol lahir secara sedar. Crystal (1995),
mendefinisikan bahawa bahasa adalah satu penggunaan bunyi yang sistematik
dan konvensional (lambang atau simbol tulisan) untuk tujuan komunikasi dan
luahan perasaan.
( Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, ( 2003); Teori bahasa )
Dengan demikian, berdasarkan dfinisi-definisi bahasa yang di atas,
jelaslah bahawa bahasa itu mempunyai sistem, terdiri daripada bunyi-bunyi,
bersifat arbitrari, dipelajari dan bukan diwarisi serta sebagai alat komunikasi.
2.0. KEPENTINGAN MEMAHAMI PERKEMBANGAN BAHASA
Memahami kepentingan bahasa adalah penting kerana :
2.1.1. Bahasa sebagai pemangkin perkembangan kanak-kanak. Semasa mereka
berinteraksi dengan orang dewasa dan rakan sebaya, mereka membina
kefahaman dan idea-idea tentang perkara-perkara yang berlaku di persekitaran
mereka.
2.1.2. Perkembangan bahasa memudahkan proses pengajaran dan ia berkait
rapat dengan kemahiran membaca dan menulis. Dengan meningkatkan bahasa,
ia akan memudahkan pelajar mempelajari konsep-konsep abstrak.
7/30/2019 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak
6/26
2.1.3. Kemahiran bahasa menjadi alat kepada perkembangan kendiri dan sosial.
3.0 . SIFAT BAHASA
Bahasa adalah semua bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat
sebutan manusia seperti rongga mulut, hidung, paru-paru dan artikulator-
artikulator lain. Setiap bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalam
bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, tatabahasa atau sintaksis
yang dikatakan bersistem. Tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk-bentuk tertentu
seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat. Setiap pertuturan dalam bahasa
mempunyai makna bagi penutur dan pendengar.
Bahasa berubah dan berkembang selagi wujudnya interaksi antara penutur.
bunyi-bunyi bahasa dihasilkan satu demi satu (satu lambang mewakili satu bunyi)
oleh pergerakan alat-alat sebutan secara linear. bahasa adalah kreatif, iaitu
sebagai contoh dalam bahasa Melayu terdapat 28 huruf yang dapat membentuk
beribu-ribu perkataan. Dengan penyingkiran masa dan tempat, manusia boleh
menggunakan bahasanya untuk bercakap tentang sesuatu perkara atau
peristiwa yang berlaku pada masa yang sama, sebelum atau selepasnya. Wujud
dua pola dalam bahasa, iaitu sebagai contoh dalam bahasa Melayu ada vokal
dan konsonan.Bahasa boleh dipelajari dalam konteks budaya dan kebudayaan .
4.0 TEORI DALAM KEMAHIRAN BAHASA
Teori dalam kemahiran bahasa dijelaskan dalam tiga perspektif iaitu :
4.1. Perspektif Behavioris
Mengikut mazhab behavioris, peneguhan penting dalam perkembangan bahasa.
Menurut Skinner (1957), ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
menyediakan perbendaharaan kata yang betul kepada anak-anak. Ibu bapa atau
penjaga boleh membantu perkembangan bahasa kanak-kanak dengan memberi
7/30/2019 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak
7/26
peneguhan yang sesuai setiap kali kanak-kanak menyebut perkataan atau ayat
dengan betul dan mudah difahami.
Peringkat permulaan, ibu bapa meneguhkan perkataan-perkataan yang
hampir dengan sebutan yang betul. Sebagai contoh anak berkata kepada ibu
nak mamam . Ibu perlu meneguhkan apa yang dikatakan iaitu Ani nak makan
ya ? lalu memberi makanan kepada anak. Kemudian secara berperingkat ibu
bapa lebih meneguhkan perkataan yang disebut dengan betul oleh oleh kanak-
kanak sehingga dapat menyebutnya dengan baik. Selain itu, setiap gerakbalas
atau tingkahlaku yang menggunakan bahasa diteguhkan. Apabila anak bercakap
untuk meminta sesuatu, ibu bapa bertindak balas dengan apa yang diinginkan
oleh anak. Tindakbalas ibu hasil daripada perkataan anaknya memberi
maklumbalas kepada anak bahawa bahasa yang digunakan adalah betul.
Jadi, kanak-kanak akan lebih gemar bercakap apabila ibu bapanya
seringkali memuji dan meneguhkan percakapan beliau. Ibu bapa boleh
berinteraksi dengan menggunakan laras bahasa yang betul.
4.2. Perspektif Kognitif
Perkembangan kognitif dan bahasa anak-anak tidak berkembang dalam suatu
situasi sosial yang hampa. Lev Vygotsky (1896-1934), seorang psikolog
berkebangsaan Rusia, mengenal poin penting tentang pikiran anak ini lebih dari
setengah abad yang lalu. Teori Vygotsky mendapat perhatian yang makin besar
ketika memasuki akhir abad ke-20.
( Valmband, ( 2008 ), http://Valmband.multiply.com. )
Teori kognitif oleh Vygotosky ini menekankan tentang peranan pemodelan.
Contohnya kanak-kanak meniru percakapan, maklumbalas dan gaya bahasa
orang dewasa. kanak-kanak mempelajari beberapa aspek dalam kemahiran
bahasa apabila melihat dan mendengar percakapan orang lain. Mereka akan
meniru dan mengulangi apa yang diteguhkan.
7/30/2019 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak
8/26
Vygotosky (1896), memandang bahasa sebagai alat utama untuk
interaksi sosial, pemindahan budaya dan menjana pemikiran individu. Kanak-
kanak mempelajari bahasa secara interaksi setiap hari dengan orang-orang di
sekeliling. Orang-orang dewasa akan mengubahsuai pertuturan mereka agar
sesuai dengan kefahaman kanak-kanak. Percakapan seperti bayi dan kanak-
kanak kecil dengan ayat-ayat mudah dan pendek disertai dengan intonasi yang
pelbagai memberi bantuan kepada kanak-kanak untuk mempelajari bahasa.
Kanak-kanak menggunakan bahasa untuk meluahkan kehendak
keperluan. Orang dewasa perlu menggunakan bahasa yang sesuai dengan
kebolehan kanak-kanak dan tahapnya akan semakin meningkat daripada yang
susah kepada yang kompleks. Guru dan orang dewasa boleh meluaskan
penggunaan dan kemahiran berbahasa di kalangan kanak-kanak melalui
interaksi dan maklumbalas yang membantu mereka membetulkan, mencantum
dan meluaskan penggunaan bahasa tersebut.
4.3. Perspektif Nativis
Perspektif Nativis berdasarkan kepada perkembangan otak yang lebih
cenderung melihat perkembangan bahasa berlaku secara dalaman dan diwarisi.
Teori ini dipelopri oleh Noam Chomsky (1950- an) yang menyatakan proses
perkembangan bahasa seseorang individu lebih kompleks daripada peneguhan
kepada gerakbalas yang betul oleh Perspektif Behavioris.Beliau mencadangkan
perkembangan bahasa individu adalah merupakan proses dalaman dan
dipengaruhi oleh individu itu sendiri. Maksudnya, individu dilahirkan dengan
keupayaan berbahasa yang tersendiri yang dilabelkan sebagai Tatabahasa
Universal . Ini adalah asas kepada semua bahasa yang ada.
( Haliza Hamzah; Joy N. Samuel, ( 2008), Perkembangan Kanak-
kanak )
Kanak-kanak dilahirkan dengan keupayaan menggunakan tatabahasa universal
ini. Mereka akan memerhati dan memadam cara-cara penyusunan ayat dengan
bahasa yang digunakan di persekitaran mereka. Kemudian mereka akan
7/30/2019 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak
9/26
menyesuaikan pembentukan ayat tadi dengan gaya bahasa yang terdapat di
persekitaran mereka. Kemahiran ini tidak dipelajari secara langsung daripada
rang-orang dewasa di sekitar kanak-kanak tetapi dikuasai secara tidak langsung .
Kemahiran ini disifatkan oleh Chomsky sebagai satu alat pembelajaran
bahasa yang ada pada setiap individu semenjak dilahirkan. Ia bersifat semulajadi
dan diwarisi. Alat ini dikenali sebnagai Alat Penguasaan Bahasa ( Language
Acquisition device ).
5.0 PERINGKAT PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA
Kanak kanak mengalami perkembangan bahasa dalam tiga peringkat iaitu
peringkat bayi , peringkat kanak kanak dan peringkat remaja.
Peringkat perkembangan
Huraian
Peringkat bayi
Pada mulanya bayi memperoleh bahasa melalui tangisan dan sebutan yang
ringkas seperti ma, da, bah, pa, dan sebagainya. Kanak-kanak di peringkat
awal usianya memperoleh bahasa ibundanya dengan memanjangkan makna
tertentu yang mungkin boleh difahami ataupun tidak. Naapie Mat (1992)
0 1 bulan
Bayi menangis pada awal kelahiran menunjukkan ketidakselesaan , lapar dan
sakit
1 2 bulan
Bayi mengeluarkan bunyi oo , coo , goo untuk berinteraksi dengan orang
sekeliling
8 12 bulan
7/30/2019 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak
10/26
Bayi mula menunjukkan interaksi babbling dan isyarat seperti anggukan kepala ,
menunding jari dan melambai tangan
13 18 bulan
Bayi mula mengingati perkataan perkataan penting dan menyebutnya
menggunakan satu perkataan dalam komunikasi harian
Contoh :
Makan. Perkataan makan disini boleh membawa maksud saya nak makan
atau saya sudah kenyang dan idak mahu makan lagi
18 24 bulan
Bayi mula berinteraksi dengan menggunakan dua perkataan
Contoh :
Itu kucing , Mama jalan
Peringkat kanak kanak
Awal Kanak Kanak (2 6 Tahun)
Kanak kanak mula menutur menggunakan perkataannya sendiri tanpa
menghiraukan kesalahan tatabahasa kerana bersifat egosentrik.
2 Tahun
Ayat yang dituturkan oleh kanak kanak hanya terdiri daripada dua perkataan
sahaja. Ini akan berlipat ganda sebanyak dua kali ketika mencapai umur 3 tahun.
3 Tahun
Berupaya menyusun suku kata yang ringkas iaitu berdasarkan keperluan diri
mereka atau yang biasa didengar. Vygotsky
7/30/2019 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak
11/26
4 Tahun
Perbendaharaan kata semakin meningkat iaitu lebih daripada 1000 perkataan.
Kanak-kanak TADIKA atau Pra-sekolah biasanya berupaya mendengar dengan
teliti apa yang diajar oleh guru dan boleh menceritakan semula jika disuruh.
Brown & Chapman (1981)
5 Hingga 6 Tahun
Ketika ini kanak kanak sudah boleh menyusun kata-kata dengan betul apabila
bersama-sama dengan kumpulan rakan sebayanya. Mereka akan bermain
bersama-sama, bercerita, berjenaka dan bergurau dengan rakan sebaya mereka.
Garney (1975)
Pertengahan Kanak Kanak
7 Tahun
Pada peringkat ini, kanak-kanak telah pun memasuki sekolah rendah.
Penguasaan perbendaharaan kata telah meningkat, telah menunjukkan
penguasaan dan sebutan bahasa yang betul atau standard. Mereka boleh
menterjemahkan idea melalui aktiviti lisan dan penulisan iaitu dalam bentuk ayat
yang ringkas.
9 Tahun
Kanak-kanak sekurang-kurangnya telah memperoleh sebanyak 30000
perbendaharaan kata. Perbendaharaan kata ini akan bertambah melalui
pembacaan, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan juga pergaulan
harian iaitu termasuk di rumah dan juga di sekolah.
10 12 Tahun
Kanak-kanak tidak lagi menumpukan pada diri sendiri ketika menceritakan
sesuatu. Sebaliknya, mereka mula mengambil tahu tentang hal orang lain dan
7/30/2019 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak
12/26
menceritakannya. Mereka sudah boleh berkomunikasi dengan baik dan
seterusnya dapat membuat satu karangan pendek apabila diminta oleh guru.
Chomsky (1969)
14 Tahun
Pada peringkat ini , kefahaman membaca seseorang meningkat dan dapat
memahami pembacaan yang kompleks malah dapat berbincang secara analitikal
tentang sastera , ekonomi dan politik.
Peringkat remaja
Awal Remaja
(12-15 Tahun)
Perkembangan bahasa praremaja peringkat ini pada
mulanya mencapai tahap yang baik iaitu mereka dapat menguasai gaya dan
berbagai-bagai struktur ayat. Penguasaan
ini disebabkan mereka banyak membaca berbagai-bagai bahan bacaan
termasuk akhbar, majalah, buku-buku cerita dan
juga buku-buku pelajaran
(15-20 Tahun)
Remaja berkembang menjadi seorang yang mempunyai kematangan dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Remaja mampu memanipulasi bahasa
kepada bentuk yang kompleks seperti puisi , laporan dan cerpen.
Kemahiran bahasa berkembang kepada kemahiran penulisan.
7/30/2019 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak
13/26
Remaja mampu membuat refleksi dan menganalisis maklumat dan menjalinkan
hubungan sosial dengan masyarakat melalui penciptaan dialek yang
melambangkan identity individu tersebut.
Jadual 1: Peringkat Perkembangan Bahasa
5.1 KAEDAH SUMBANGAN IBU BAPA DALAM PERKEMBANGAN BAHASA
KANAK KANAK.
Ibu bapa merupakan individu penting dan rapat di sisi kanak kanak. Oleh yang
demikian , ibu bapa dan penjaga dapat menyumbang kepada perkembangan
bahasa kanak kanak sejak mereka lahir lagi. Misalnya berbual dengan bayi
melalui rangsngan bunyi bunyian. Sewaktu peringkat bayi , mereka dapat
memahami apa yang di tutur sekiranya ibu bapa dan penjaga menggunakan
bahasa yang ringkas tetapi jelas dan betul gaya bahasa. Contohnya mimik muka
dan emosi yang sesuai dengan situasi. Bayi tidak akan mengalami kesukaran
memahami pertuturan yang di ujarkan setelah mereka mencapai tahap
kematangan sedikit demi sedikit.
Meniti tahap perkembangan kanak kanak sekitar 2 14 tahun ibu bapa dapat
merangsang kanak kanak dengan mneeruskan aktiviti perbualan untuk
membentuk perbendaharaan kata dan pengalaman berbahasa kanak kanak
tersebut. Selain itu , luangkan masa untuk mendengar percakapan dan idea
kanak kanak dengan memberi rangsangan positif agar diri mereka rasa
dihargai dalam perbualan harian. Ibu bapa perlu menggunakan bahasa yang
mudah dan senang difahami seloain memandu kanak kanak menggunakan
sistem bahasa yang tepat dan betul. Akhir sekali , ibu bapa hendaklahmengelakkan daripada membanding banding kanak kanak ini dengan kanak
kanak lain agar tidak menghilangkan keyakinan diri mereka untuk berinteraksi
dengan masyarakat di sekeliling.
7/30/2019 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak
14/26
6.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN BAHASA
Perkembangan bahasa adalah sebuah proses yang bermula awal dalam
kehidupan manusia ketika seseorang mulai menguasai bahasa dengan proses
belajar. Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula dari yang sederhana
sampai kepada yang lebih kompleks. Biasanya, bahasa bermula daripada
mengingati kata-kata sederhana yang berkaitan tanpa makna, tapi sebagai
kanak-kanak yang membesar, kata-kata yang memperoleh makna dengan
hubungan antara kata-kata yang terbentuk. Pada waktunya, ayat bermula dari
kata-kata yang bergabung bersama untuk mencipta makna yang logik. Apabila
meningkat usia seseorang, makna-makna baru dan persatuan-persatuan baru
dicipta dan kosa kata meningkat dengan lebih berdasarkan perkataan dipelajari.
Lantaran itu, terdapat dua faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa
kanak-kanak iaitu faktor biologi dan persekitaran.
6.1 BIOLOGI
Ahli Bahasa tidak bersetuju tentang faktor biologi yang menyumbang kepada
perkembangan bahasa, namun sebahagian besar bersetuju bahawa
kemampuan untuk mendapatkan sistem yang rumit seperti itu adalah unik untuk
spesies manusia. Selain itu, banyak yang percaya bahawa kemampuan kita
untuk mempelajari bahasa lisan mungkin telah dikembangkan melalui proses
evolusi dan dasar untuk berbahasa mungkin diturunkan secara genetik.
Kemampuan untuk bercakap dan memahami bahasa manusia memerlukan vokal
tertentu serta sistem saraf dengan kemampuan tertentu.
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Haliza Hamzah dan Joy N.Samuel
(Noam Chomsky,1957), beliau menegaskan bahawa seseorang individu telah
diprogramkan secara genetik untuk menguasai bahasa. Malah, beliau juga
menyatakan kanak-kanak yang dilahirkan dengan alat penguasaan bahasa atau
LAD (Language Acquisition Device) iaitu suatu mekanisme penguasaan bahasa
yang membolehkan mereka mengesan ciri-ciri dan peraturan dalam penguasaan
bahasa yang digunakan di sekeliling mereka. Kanak-kanak secara
7/30/2019 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak
15/26
semulajadinya mempunyai kebolehan untuk mengesan tatabahasa dan cara
penggunaan bahasa tersebut misalnya, penggunaan kata tanya dalam
berbahasa yang diperolehi melalui perbualan harian antara ibu bapa dan kanak-
kanak tersebut.
Selain itu, menurut kajian Santrock (2007), jika berlaku kecederaan pada
bahagian otak terutama pada bahagian Broca dan Wernicke yang kedua-duanya
terletak dibahagian hemisfrera kiri otak boleh menyebabkan seseorang individu
itu hilang keupayaannya untuk berbahasa. Ini kerana kawasan Bronca dalam
otak yang mengawal pergerakan otot adalah alat yang menghasilkan pertuturan
untuk kanak-kanak itu berkomunikasi dan kawasan Wernicke pula adalah
bahagian yang terlibat untuk memproses kefahaman berbahasa. Justeru, jika
kanak-kanak tersebut mempunyai kecederaan di bahagian ini mereka masih lagi
boleh bercakap akan tetapi percakapan yang sukar untuk difahami dan kanak-
kanak tersebut juga mempunyai kesulitan untuk memahami percakapan orang
lain.
6.2 PERSEKITARAN
Perilaku melihat perkembangan bahasa tidak lagi dianggap sebagai penjelasan
yang layak tentang bagaimana anak memperoleh bahasa, namun banyak kajian
menggambarkan persekitaran mempengaruhi kemampuan bahasa kanak -
kanak. Michael Tomasello (2003, 2006; Tomasello & Carpenter, 2007)
menekankan bahawa anak-anak muda sangat tertarik dalam dunia sosial
mereka dan pada awal perkembangan, mereka dapat memahami bahasa melalui
persekitaran.
Dalam konteks ini, keluarga dan persekitaran mempunyai pengaruh yang kuat ke
atas kemahiran berbahasa, malah sokongan padu daripada ibu bapa dan guru
adalah penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak. Misalnya, di rumah
aspek perkembangan bahasa berlaku secara tidak langsung melalui perbualan
harian antara keluarga dan rakan sebaya menerusi ajukan percakapan serta
peniruan bahasa. Di sekolah, pemerolehan bahasa diperolehi melalui komunikasi
7/30/2019 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak
16/26
antara guru dan rakan-rakan sekolah serta pembelajaran bahasa dalam mata
pelajaran contohnya Bahasa Melayu.
Namun demikian, kajian mengenai masa interaksi antara ibu bapa dan kanak-
kanak serta status sosioekonomi ibu bapa tersebut juga antara yang
mempengaruhi pemerolehan perbendaharaan kata kanak-kanak. Menurut Betty
Hart dan Todd Risley (Santrock,2007) mendapati ibu bapa daripada golongan
profesional menyediakan suasana persekitaran yang lebih baik untuk
perkembangan bahasa kanak-kanak berbanding dengan golongan bukan
profesional contohnya menyediakan perpustakaan mini dan penggunaan
teknologi seperti komputer di rumah membolehkan kanak-kanak itu meneroka
menerusi aktiviti pembacaan dan penerokaan maklumat, berbanding kalangan
golongan bukan profesional yang hanya bergantung kepada pembelajaran
bahasa di sekolah sahaja. Tambahan lagi, sebahagian golongan bukan
profesional juga kurang berinteraksi dan susah untuk menerangkan sesuatu
perkara dengan lebih lanjut kepada anak-anak mereka. Malah dalam kajian lain
menyatakan kanak-kanak yang banyak berkomunikasi dengan ibu bapa mereka
mempunyai empat kali ganda lebih perbendaharaan kata berbanding kanak-
kanak yang mempunyai ibu bapa yang pendiam.
Kajian di sebuah prasekolah di Amerika (1998-1999), mendapati ibu bapa yang
membaca buku kepada anak-anak mereka yakni tiga hingga empat kali
seminggu akan menyebabkan anak-anak ini mempunyai kemahiran berbahasa
lebih baik berbanding ibu bapa yang tidak berbuat sedemikian. Justeru itu, aspek
perkembangan bahasa melalui persekitaran adalah penting dalam
pembentukkan kemahiran berbahasa kanak-kanak samada di sekolah mahupun
di rumah.
7.0 MASALAH PERKEMBANGAN BAHASA
Dalam memperoleh perkembangan bahasa yang baik, Halliday (1975)
berpendapat bahawa kanakkanak memperolehi bahasa kerana mereka
7/30/2019 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak
17/26
memperoleh keperluan untuk berinteraksi dengan masyarakat. Namun demikian,
masih ada kanak-kanak yang belum mampu untuk menguasai bahasa
disebabkan oleh kekangan yang dihadapi kanak-kanak tersebut. Antaranya
adalah mungkin disebabkan kanak-kanak menghidap autisme atau pervasive
developmental disorders (PDD) iaitu kanak-kanak yang berada dalam dunianya
sendiri dan mengasingkan diri daripada dunia luar, (Leo Kanner). Dalam hal ini,
kanak-kanak autisme mempunyai perkembangan bahasa yang lambat atau pun
tidak mempunyai perkembangan bahasa langsung kerana kanak-kanak ini
jarang berbahasa dan sukar untuk diajak berbual. Malah, kadang kala dapat
menuturkan sesuatu namun hanya untuk seketika sahaja dan menggunakan
bahasa yang ganjil dan sukar difahami menyebabkan interaksi kana-kanak
autisme berbanding kanak-kanak normal adalah sukar. Tambahan lagi, kanak-
kanak ini suka bersendirian dan tidak menunjukkan kebolehan berinteraksi
secara spontan dengan orang lain. Namun demikian, bagi kanak-kanak yang
boleh bertutur dan berbahasa, mereka banyak bergantung kepada ingatan
secara hafalan daripada menggunakan peraturan asas bahasa secara kreatif.
Berbanding pula perkembangan bahasa kanak-kanak yang boleh dikategorikan
sebagai lewat bercakap. Dianggarkan lima hingga 10 peratus kanak-kanak
mengalami gangguan perkembangan yang menyebabkan proses penguasaan
bahasa dan percakapan menjadi lambat. Perkembangan bahasa kanak-kanak ini
tidak hanya merujuk kepada percakapan tetapi juga bentuk komunikasi lain
seperti bahasa isyarat, tulisan dan kemahiran visual. Kebanyakan kanak-kanak
yang lewat bercakap juga mengalami gangguan perkembangan bahasa (DLD)
dengan kelewatan ekspresif tetapi perkembangan kemahiran bahasa visual
(mengenali ibu bapa dan objek, bertindak balas terhadap ekspresi muka,
mematuhi arahan yang disertakan gerak badan atau tangan yang memberitahuanda mahukan sesuatu atau menuding jari ke arah objek diinginkan) yang
normal seperti kanak-kanak lain.
Kanak-kanak ini juga menunjukkan kefahaman normal terhadap percakapan
orang lain, kemahiran mendengar (mengenal dan menoleh ke arah bunyi),
7/30/2019 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak
18/26
mematuhi arahan mudah tanpa perlukan ditunjuk dengan perbuatan oleh orang
yang memberi arahan, boleh tunjuk anggota badan atau objek yang disebut
walaupun sesetengahnya turut mengalami sedikit kelewatan reseptif. Lantaran
itu, jika diberikan rawatan awal (terapi pertuturan) kebanyakan kanak-kanak
boleh bertutur dengan baik apabila masuk sekolah.
Justeru, sebagai seorang guru kita seharusnya peka mengenai aspek
perkembangan bahasa dan menggunakan pendekatan yang sesuai dengan
peringkat kanak-kanak tersebut terutama dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Misalnya, mengajar kanak-kanak yang mengalami masalah di
atas guru tersebut perlulah menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai
seperti menunjukkan bahan bergambar dan berwarna untuk merangsang
penumpuan dan ingatan murid, berinteraksi dengan murid melalui penceritaan
dan perbualan dan sebagainya dengan menggunakan pendekatan dan kaedah
yang berbeza.
8.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN BAHASA DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
8.1 PENGENALAN
Perkembangan bahasa kanak-kanak memberi implikasi yang positif terhadap
sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P).Sebagai bakal guru, pengetahuan
tentang pertumbuhan dan perkembangan bahasa membawa banyak faedah
kepada kita.Setiap sesi P&P akan mencapai matlamat yang seiring dengan
Falsafah Pendidikan kebangsaan.
Seseorang guru dapat mengaitkan kemahiran berbahasa dengan pengalaman
yang konkrit.Sebagai contoh, apabila kanak-kanak melakukan sesuatu
aktiviti,kita boleh meminta mereka menceritakan bagaimana mereka melakukan
aktiviti tersebut. Semasa sesi membaca,guru haruslah memberi tumpuan kepada
7/30/2019 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak
19/26
perkataan yang susah dan menerangkan makna perkataan dengan ayat yang
mudah difahami.
Seterusnya seseorang guru dapat menggunakan strategi pengajaran yang
pelbagai seperti strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan murid, ataupun
strategi berpusatkan masalah bagi memperkembangkan bahasa dalam kalangan
murid semasa P&P yang dikendalikan.Dalam pengajaran bahasa kedua
contohnya,guru boleh memasangkan kanak-kanak dengan rakan sebaya yang
lebih mahir dalam kedua-dua bahasa (bahasa ibunda dan bahasa kedua)
kemudian menggunakan kaedah bercerita, teknik simulasi,teknik sumbangsaran
dan pendekatan pembelajaran koperatif yang menonjolkan kemahiran berbahasa
dalam sesi P&P tersebut.
Sebagai seorang guru, kita perlu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
menggunakan bahasa. Contohnya dalam aktiviti koperatif, setiap ahli diberi
peluang untuk menceritakan hasil kerja masing-masing. Kita perlu menggalakkan
pembentangan di dalam kelas dan memberi peluang kepada mereka untuk
memberi maklum balas terhadap aktiviti yang dilakukan. Semua aktiviti ini
mampu menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan bahasa mereka.
Apabila kanak-kanak menguasai bahasa, mereka akan lebih yakin untuk
berdepan dengan masyarakat untuk berkomunikasi dan hasilnya mereka tidak
akan menjadi seseorang yang terlalu pendiam, jadi ibu bapa tidak harus
memarahi anak mereka semasa proses perkembangan bahasa berlaku supaya
kanak-kanak tidak akan rasa rendah diri dan malu dengan diri mereka sendiri.
Kenyataan ini dinyatakan oleh Sigmund Freud.
(DraKusmawati Hatta,M Pd G:\opini_kusmawati_soal_sigmund_freud.htm)
Kemahiran komunikasi adalah diperlukan apabila kanak-kanak mula memasuki
alam persekolahan kerana apabila kanak-kanak mempunyai kemahiran ini,
mereka akan mudah memahami dan menerima segala isi kandungan pelajaran
yang disampaikan oleh guru mereka di sekolah.Kanak-kanak akan dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran dan rakan-rakan mereka yang baru.Isu-
7/30/2019 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak
20/26
isu di persekitaran mereka yang sedang berlaku akan diambil tahu oleh kanak-
kanak kerana mereka dapat mengetahui dan memahami apa yang sedang
diperkatakan.Mereka akan dapat membantah sekiranya terdapat perkara yang
tidak adil berlaku ke atas diri mereka dan boleh memberi alasan untuk keadilan
bagi diri mereka. Keyakinan yang diperolehi boleh menjadi pemangkin kepada
kanak-kanak untuk menempa kejayaan dalam hidup mereka.
8.2 IMPLIKASI PERKEMBANGAN BAHASA DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) MENURUT PERSPEKTIF
BEHAVIORIS, KOGNITIF DAN NATIVIS.
8.2.1 PERSPEKTIF BEHAVIORIS
Dalam perspektif behavioris, dinyatakan bahawa peneguhan adalah salah satu
aspek yang penting dalam perkembangan bahasa. Menurut Skinner(1957) yang
merupakan seorang tokoh dalam mazhab ini, ibu bapa merupakan golongan
yang perlu memainkan peranan dalam perkembangan bahasa kanak-kanak
dengan memberi peneguhan yang sesuai setiap kali kanak-kanak menyebut
perkataan-perkataan atau ayat dengan betul dan difahami.
(Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2008).Perkembangan kanak-kanak)
Justeru, sebagai guru, kita merupakan ibu bapa kedua di sekolah haruslah
mengaplikasikan aspek peneguhan agar murid dapat memberi gerak balas
ataupun tingkah laku yang positif dalam berbahasa.
Berdasarkan perspektif ataupun teori behavioris, untuk meningkatkan
perkembangan bahasa murid, seseorang guru boleh menggunakan teknik-teknik
seperti sosiodrama, main peranan, simulasi, dialog, dan bercerita. Untuk
mengaplikasikan teori behavioris menerusi teknik-teknik ini, guru perlu
memberikan peneguhan kepada murid setiap kali selepas aktiviti dijalankan. Hal
ini demikian kerana, murid-murid akan lebih gemar bercakap dan berkomunikasi
di dalam kelas apabila guru memuji dan meneguhkan percakapan mereka.
7/30/2019 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak
21/26
Peneguhan yang boleh diberikan guru kepada murid adalah seperti memberi
kata-kata perangsang, motivasi ataupun berbentuk hadiah.
8.2.2 PERSPEKTIF KOGNITIF
Dalam perspektif kognitif pula, peranan pemodelan ditekankan dalam
perkembangan bahasa. Peranan pemodelan bermaksud bagaimana kanak-
kanak meniru percakapan, maklumbalas dan gaya bahasa orang dewasa. Oleh
hal yang demikian, sebagai guru kita perlulah menunjukkan perlakuan yang baik
supaya dapat menjadi model positif kepada murid.
Vygotsky melihat bahasa sebagai alat utama untuk interaksi sosial, pemindahan
budaya dan menjana pemikiran individu.
(Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2008).Perkembangan kanak-kanak)
Lantaran itu, sebagai warga pendidik kita perlulah menggunakan kaedah
pengajaran yang dilakukan secara demonstrasi dalam aspek berbahasa
misalnya, kaedah oral-aural dan ajuk hafaz dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. Contohnya guru memberikan petikan dialog situasi
kepada murid untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Dalam hal ini,secara
langsung murid-murid dapat memperkembangkan kemahiran berbahasa dan
menambahkan perbendaharaan kata seterusnya dapat diaplikasikan dalam
komunikasi seharian.
Seterusnya, untuk mengaplikasikan perspektif kognitif ini, seseorang guru juga
boleh menggunakan pendekatan komunikatif. Sebagaimana yang diketahui,
pendekatan komunikatif menekankan komunikasi dalam p&p. Oleh hal yang
demikian, guru boleh menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan komunikasi
seperti pengaplikasian teknik seperti teknik sosiodrama, teknik forum, teknik
simulasi, perbincangan dan soal jawab. Dengan penggunaan pendekatan
komunikatif ini, guru boleh mendemostrasikan terlebih dahulu teknik seperti
simulasi dengan menggunakan bahasa-bahasa yang betul dan bertatasusila.
7/30/2019 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak
22/26
Melalui demonstrasi ini, murid akan meniru gaya serta percakapan guru tersebut.
Hal ini dapat mempertingkatkan perkembangan bahasa murid.
8.2.3 PERSPEKTIF NATIVIS
Menurut Naom Chomsky proses perkembangan bahasa
seseorang individu lebih kompleks daripada peneguhan kepada gerakbalas yang
betul oleh Perspektif Behavioris atau mempelajari daripada orang dewasa
melalui peniruan seperti yang ditegaskan oleh perspektif Sosio Kognitif. Beliau
juga mencadangkan perkembangan bahasa individu adalah proses dalaman dan
dipengaruhi oleh individu itu sendiri.
(Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2008).Perkembangan kanak-kanak)
Oleh itu, dalam mengaplikasikan perspektif ini guru perlulah mempelbagaikan
teknik pengajaran dalam pemupukan perkembangan bahasa kanak-kanak dan
remaja di sekolah. Dalam pengajaran, guru tersebut boleh menggunakan teknik
perbahasan yang berhubungkait dengan tajuk pelajaran untuk melatih murid-
murid berfikir secara kritis dan kreatif dan melahirkan buah fikiran dengan tepat
dan teratur. Pada masa yang sama murid-murid tersebut dapat menguasai
kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras
bahasa yang sesuai serta dapat memupuk kebolehan berbahas dalam kalangan
murid.
8.3 IMPLIKASI PERKEMBANGAN BAHASA DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) DARI ASPEK PENYEDIAAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
Antara faedah yang dapat membantu dan membentuk P&P adalah menyediakan
isi pengajaran yang sejajar dengan keupayaan mental murid-murid. Kandungan
isi perlu dirancang terlebih dahulu dan dikaji keberkesanannya agar mencapai
matlamatnya.
7/30/2019 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak
23/26
Guru juga perlulah menyediakan objektif P&P yang sesuai arasnya, mengikut
tahap individu murid dan menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran
(P&P) yang membantu kepada perkembangan bahasa murid.
Seterusnya, guru juga perlu menyediakan P&P yang bermakna dan
menyeronokkan.Ini dapat membantu penglibatan setiap individu murid dalam
aktiviti yang dirancang.Aktiviti yang dirancang perlulah sesuai dengan
perkembangan bahasa individu murid.
Di samping itu, guru juga mesti menyusun dan mempertingkatkan isi pelajaran
dalam P&P agar mudah difahami oleh murid. Dalam aspek bahasa, guru perlu
menyusun dan menggunakan bahasa-bahasa yang sesuai dengan tahap murid.
Hal ini demikian kerana, setiap murid mempunyai tahap perkembangan bahasa
masing-masing. Kefahaman yang berkesan terhadap sesi (P&P) sangat penting
agar murid bersedia untuk melangkah dan menghadapi masa akan datang.
Selain itu, guru haruslah menyediakan sumber (P&P) yang menarik minat dan
perhatian murid. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan sumber-sumber
daripada internet dan media massa seperti televisyen di dalam sesi p&p. Dengan
ini, murid akan berasa seronok dengan setiap aktiviti yang dilakukan.
Penyediaan P&P yang senang kepada yang susah, yang konkrit kepada abstrak,
dan yang umum kepada khusus mampu menjadikan sesi P&P berjalan dengan
lancar dan mencapai objektif. Bagi p&p bahasa, guru boleh menjalankan proses
pelajaran secara berperingkat-peringkat mengikut setiap bab subjek yang akan
diajar. Contohnya, sebelum mengajar murid membaca, guru boleh mengajar
murid mengenal huruf, membatangkan suku kata dan kemudiannya barulah
membaca ayat-ayat pendek dan seterusnya karangan yang lebih panjang. Ini
dapat membantu kepada kefahaman, penghayatan, penghafalan, dan
pengalaman murid terhadap kemahiran berbahasa dalam kehidupan seharian
mereka.
7/30/2019 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak
24/26
8.4 IMPLIKASI PERKEMBANGAN BAHASA DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) DARI ASPEK ALAT BANTU
MENGAJAR (ABM)
Implikasi perkembangan bahasa terhadap P&P juga boleh dilihat dari aspek
ABM. Salah satunya ialah melalui penggunaan buku-buku cerita. Aktiviti
bercerita menggunakan buku besar dan pelbagai lagi merupakan aktiviti
pembelajaran yang berguna kepada kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak
dapat meningkatkan lagi perkembangan bahasa mereka melalui
pembacaan.Justeru sebagai seorang guru, teknik bercerita sudah tentu boleh
diaplikasikan dalam p&p. Dengan menggunakan teknik ini, murid bukan sahaja
akan berminat untuk meneruskan sesi pembelajaran malah dapat mempelajari
intonasi bercerita yang betul serta mampu menonjolkan bakat mereka di dalam
kelas.
Seterusnya, melalui penggunaan alat rakaman. Alat rakaman dapat digunakan
dalam menjalankan aktiviti lisan seperti mendengar. Melalui aktiviti tersebut
kanak-kanak akan boleh membezakan bunyi dan boleh memahami apa yang
didengar. Kanak-kanak juga dapat menguasai kemahiran bertutur dengan lebih
cepat kerana mendengar perkataan-perkataan baru yang diperolehi. Oleh itu,
kanak-kanak akan dapat menyebut bunyi dan perkataan dengan betul serta
dapat menyatakan pemikiran dan perasaan mereka secara berkesan dan
bertatasusila.Secara tidak langsung ianya dapat memperkembangkan kemahiran
berbahasa mereka.
Di samping itu, implikasi perkembangan bahasa terhadap P&P juga dapat dilihat
melalui penggunaan cakera padat pembelajaran. Cakera padat-cakera padat
pembelajaran yang disediakan oleh pihak sekolah dapat digunakan oleh gurudalam sesi p&p. Oleh itu, melalui aktiviti pembelajaran menggunakan cakera
padat pembelajaran membolehkan kanak-kanak dapat belajar dan mengingati
dengan jelas tentang apa yang dipelajarinya. Melalui animasi dan audio yang
ditunjukkan di skrin komputer dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk terus
mengikuti apa yang bakal diajar seterusnya.Hal ini kerana kanak-kanak
7/30/2019 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak
25/26
mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi kerana secara lumrahnya kanak-
kanak suka bertanya dan ingin mengetahui semua pekara disekeliling
mereka.Secara tidak langsung aktiviti pembelajaran tersebut dapat
memperkembangkan tahap perkembangan bahasa kanak-kanak. Ini demikian
kerana, mereka dapat membaiki penggunaan kosa kata mereka pada masa yang
sama dapat meningkatkan kemahiran berbahasa mereka.
RUMUSAN
Bahasa adalah suatu medium komunikasi global yang penting pada
masa ini. Manusia menggunakan pertuturan khususnya sebagai alat termudah
untuk menyampaikan maklumat dan perasaan agar berlaku kitaran hidup yang
seimbang dan sempurna. Penting untuk kita sebagai individu pendidik agar
memahami perkembangan bahasa dalam kalangan kanakkanak supaya
tumbesaran mereka dapat menyumbang kepada kemodenan negara kelak.
Perkembangan bahasa dapat dilihat daripada tiga perspektif iaitu
perspektif behaviorisme, perspektif kognitif dan perspektif nativis serta
berkembang dalam tiga peringkat seperti peringkat bayi , peringkat kanak
kanak dan peringkat remaja.
Melihat dalam konteks fahaman Skinner (1957) , ibu bapa merupakan
guru pertama kanakkanak seawal usia bayi dalam menyediakan sejumlah
perbendaharaan kata dan peneguhan yang betul dan mudah difahami. Hal ini
disokong apabila melihat sifat bayi yang lembut dan bergantung kepada individu
lain dalam mengharapkan percambahan bahasanya sendiri.
Justeru , dapatlah disimpulkan bahawa perkembangan bahasa individu
amat bergantung kepada usaha dan persekitarannya dalam membentukkemahiran berbahasa yang baik dan sempurna. Individu yang dipengaruhi oleh
pengaruh yang lemah dan salah pendekatan berbahasanya akan membesar
dengan situasi yang sama. Misalnya , kanak kanak menjadi bisu meskipun
tidak bisu apabila membesar bersama ibu bapa yang bisu dan tidak terdedah
dengan persekitaran luar yang normal. Oleh itu , ibu bapa dan guru hendaklah
7/30/2019 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak
26/26
memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak dalam
mencorakkan perwatakan kanak-kanak tersebut ke arah pembentukkan
keperibadian yang unggul dalam arus globalisasi kini.
Top Related