PA 20403PENGENALAN KEPADA KEIBUBAPAAN &
KELUARGA BUKAN TRADISIONAL
TAJUK KAJIAN:MENGKAJI PENGARUH TINGKAH LAKU
( FIZIKAL,VERBAL,ANTISOSIAL ) IBUBAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK REMAJA
PENGENALANMerokok merupakan tabiat yang biasa
diamalkan oleh masyarakat Malaysia terutamanya golongan lelaki. Selain itu juga, tabiat merokok dalam kalangan lelaki melambangkan status kedewasaan, kematangan, dan kesediaan seseorang untuk memikul tanggungjawab.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pengaruh ciri tingkah laku ibu bapa dari segi tingkah laku fizikal, verbal dan anti sosial yang menyumbang kepada tabiat merokok dalam kalangan remaja.
OBJEKTIF KAJIANMengkaji pengaruh ciri tingkah laku
fizikal ibu bapa terhadap tabiat merokok dalam kalangan remaja.
Mengkaji pengaruh ciri tingkah laku verbal ibu bapa terhadap tabiat merokok dalam kalangan remaja.
Mengkaji pengaruh ciri tingkah laku anti sosial ibu bapa terhadap tabiat merokok dalam kalangan remaja.
RASIONAL KAJIANMenyediakan maklumat berguna kepada
keluarga khususnya ibu bapa agar mengetahui tingkah laku remaja.
Berharap agar ibu bapa dapat meningkatkan kesedaran kendiri mereka dalam bertingkah laku serta menyedari peranan mereka dalam membentuk personaliti remaja selaras dengan kehendak agama.
Masyarakat sekeliling menyedari punca kepada masalah penglibatan remaja dalam tabiat merokok.
PENDEKATAN TEORITeori yang menyatakan bahawa
persekitaran yang mempengaruhi individu adalah Teori Ekologi Bronfenbrenner.
Perkembangan adalah disebabkan oleh refleksi pengaruh daripada beberapa sistem persekitaran .
Sistem mikro, sistem meso, sistem exo, sistem makro dan sistem khrono.
HIPOTESIS KAJIANTerdapat pengaruh ciri tingkah laku
fizikal ibu bapa terhadap tabiat merokok dalam kalangan remaja.
Terdapat pengaruh ciri tingkah laku verbal ibu bapa terhadap tabiat merokok dalam kalangan remaja.
Terdapat pengaruh ciri tingkah laku anti sosial ibu bapa terhadap tabiat merokok dalam kalangan remaja.
KAJIAN LEPAS Hill et al. (2005) menjalankan satu kajian yang
bertujuan untuk menguji perkembangan bentuk dan pengaruh keluarga yang mempengaruhi risiko remaja untuk terlibat dengan tabiat merokok. Antara faktor keluarga yang dikaji termasuklah kemiskinan, status merokok dalam kalangan keluarga, penglibatan ahli keluarga dalam aktiviti keluarga, ikatan antara ahli keluarga, sikap dan norma terhadap tabiat merokok.
Castrucci et al. (2002) telah menjalankan kajian yang berujuan untuk mengenal pasti sikap remaja terhadap tabiat merokok, pengaruh rakan sebaya dan sikap ibu bapa terhadap tabiat merokok dalam kalangan remaja yang tidak pernah merokok, remaja yang bereksperimen dan remaja yang mengamalkan tabiat merokok.
Kristjanson et al. (2008b) menjalankan kajian yang bertujuan untuk menganalisis hubungan antara pembolehubah sosial dengan remaja yang merokok di Iceland. Dalam kajian tersebut, pembolehubah-pembolehubah sosial yang dikaji oleh pengkaji adalah beberapa faktor latar belakang, hubungan dengan keluarga, konflik dalam keluarga, tabiat merokok yang signifikan kepada individu lain dan atribusi personal seperti penglibatan remaja dengan aktiviti fizikal dan juga pencapaian akademik.
Kajian yang dijalankan oleh Syakib et al. (2005) bertujuan untuk mengkaji hubungan antara tabiat merokok dalam kalangan remaja dengan persepsi mereka terhadap hubungan keluarga, sikap ibu bapa terhadap terhadap merokok, persetujuan ibu bapa terhadap tabiat merokok dan ibu bapa yang berstatus merokok.
KAEDAH KAJIANReka
bentuk kajian
Alat kajian pembolehub
ah bebas iaitu ciri
tingkah laku ibu bapa .
Alat kajian pembolehub
ah terikat iaitu tabiat merokok remaja.
Subjek kajian
Pelajar Universiti Malaysia sabah Seramai 50 orang
responden yang berumur dari 20 tahun hingga 24 tahun iaitu 39
orang responden lelaki
dan 11 orang responden
perempuan .Responden dipilih secara
rawak .
Tempat kajian
Di Universiti Malaysia Sabah
Alat kajian
Bahagian A :
Maklumat demografi responden
.
Bahagian B : Soal selidik ciri tingkah
laku ibu bapa. kajian ini ialah
Parental Behaviour Inventory
( PBI )
KEPUTUSANUJIAN KEBOLEHPERCAYAAN ALAT KAJIAN PBI
Jadual 1Min, Sisihan Piawai ,Alpha Cronbach dan Bahagi
dua (Split- Half) bagi dimensi PBI (N=50)
Skala Min S.D Alpha Chonbach
Split-Half
PBI 35.12 12.22 0.92 0.93Fizikal 11.82 4.15 0.71 0.71Verbal 9.62 3.31 0.72 0.74
Antososial 13.68 5.81 0.88 0.86
ANALISIS DESKRIPTIF MAKLUMAT DEMOGRAFIMaklumat Demografi Kekerapa
nPeratusan
Min S.P.
Jantina Lelaki 39 78.0 - - Perempuan 11 22.0 - -Umur 22.10 1.11 20 Tahun 5 10.0 - - 21 Tahun 7 14.0 - - 22 Tahun 22 44.0 - - 23 Tahun 10 20.0 - - 24 Tahun 6 12.0 - -Status Remaja Merokok Ya 30 60.0 - - Tidak 20 40.0 - -
ANALISIS DESKRIPTIF MAKLUMAT DEMOGRAFIStatus Bapa Merokok Ya 25 50.0 - - Tidak 25 50.0 - -Status Ibu Merokok Ya 3 6.0 - - Tidak 47 94.0 - -Status adik-beradik Merokok Ya 19 38.0 - - Tidak 31 62.0 - -Umur Mula Merokok n=30 Sebelum 15 Tahun 14 46.7 - - Selepas 15 Tahun 16 53.3 - -
ANALISIS DESKRIPTIF CIRI TINGKAH LAKU IBUBAPA SECARA MENYELURUH
Jadual 3Min dan Sisihan Piawai bagi Dimensi Ciri Tingkah
Laku Ibu Bapa (N=50)
Dimensi Min S.P.Fizikal 11.82 4.15Verbal 9.62 3.31Antisosial 13.68 5.81
ANALISIS DESKRIPTIF CIRI TINGKAH LAKU IBU BAPA BAGI DIMENSI FIZIKAL
Item
Min S.P.
1. Bapa saya seorang yang garang 3.00 1.115. Bapa saya selalu berleter tentang
tingkah laku saya1.58 1.01
7. Ibu Bapa selalu menghukum walaupun saya melakukan kesalahan kecil
1.90 1.04
11. Bapa saya merokok di hadapan saya
2.16 1.48
14. Ibu Bapa memukul saya apabila saya melakukan kesalahan
1.88 1.02
17. Ibu Bapa saya suka mengambil barang kepunyaan orang lain tanpa kebenaran
1.30 0.68
ANALISIS DESKRIPTIF CIRI TINGKAH LAKU IBU BAPA BAGI DIMENSI VERBAL
Item
Min S.P.
2. Ibu saya selalu berleter tentang tingkah laku saya
3.00 1.05
4. Ibu dan bapa saya selalu bertengkar
1.80 0.95
6. Ibu saya suka mengata-ngata orang lain
1.78 0.89
12. Ibu bapa saya memaki hamun apabila marah
1.60 1.12
19. Ibu bapa saya suka bercakap bohong
1.44 0.76
ANALISIS DESKRIPTIF CIRI TINGKAH LAKU IBU BAPA BAGI DIMENSI ANTISOSIAL
Item Min S.P.3. Bapa saya selalu pulang jauh malam 2.14 1.218. Ibu Bapa saya terlibat dengan kegiatan
jenayah1.12 0.39
9. Ibu bapa saya mengambil dadah /alcohol 1.24 0.7710. Bapa saya mempunyai teman wanita lain 1.16 0.5813. Ibu bapa saya ada menyimpan/menonton
filem lucah1.22 0.62
15. Bapa saya suka menghabiskan masa di kedai kopi/kedai makan
1.84 1.17
16. Bapa saya sering tidak mematuhi peraturan jalan raya ketika memandu kenderaan
1.70 0.89
18. Bapa saya suka berjudi (bertaruh/membeli nombor ramalan)
1.46 1.03
20. Ibu bapa saya tidak suka melibatkan diri dengan masyarakat sekeliling
1.80 1.14
ANALISIS INFERENSI PENGARUH CIRI TINGKAH LAKU FIZIKAL IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DALAM KALANGAN REMAJA
Hasil analisis regresi menunjukkan model yang mengandungi pembolehubah bebas iaitu ciri tingkah laku fizikal ibu bapa tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan tabiat merokok F (1,49) = 3.247 ,k > .01. Dan dapatan pekali regresi pula (β = .252), (t = 1.802, k > .01) menunjukkan hubungan di antara ciri tingkah laku fizikal ibu bapa dan tabiat merokok adalah satu hubungan linear yang negatif dan tidak signifikan
Berdasarkan hasil analisis, menunjukkan ibu bapa yang bertingkah laku secara fizikal yang semakin negatif tidak memberi kesan kecenderungan remaja untuk terlibat dengan tabiat merokok begitu juga dengan ibu bapa yang mempunyai tingkah laku fizikal yang lebih positif juga tidak menunjukkan kecenderungan bagi remaja terlibat dengan tabiat merokok.Oleh yang demikian, hipotesis kajian yang menyatakan “terdapat pengaruh ciri tingkah laku fizikal ibu bapa terhadap tabiat merokok dalam kalangan remaja” adalah ditolak.
TINGKAH LAKU R² F β t Sig.
Ciri tingkah laku fizikal ibu bapa
.063 3.247 .252 1.802 .078
ANALISIS INFERENSI PENGARUH CIRI TINGKAH LAKU VERBAL IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DALAM KALANGAN REMAJA
Hasil analisis regresi menunjukkan model yang mengandungi pembolehubah bebas iaitu ciri tingkah laku verbal ibu bapa tidak mempunyai hubungan yang signifikan dalam tabiat merokok F (1,49) = 1.459 ,k > .01. Dan dapatan pekali regresi pula (β = .172), (t = 1.208, k > .01) menunjukkan hubungan di antara ciri tingkah laku verbal ibu bapa dan tabiat merokok adalah satu hubungan linear yang negatif dan tidak signifikan.
Berdasarkan hasil analisis, menunjukkan ibu bapa yang bertingkah laku secara verbal yang semakin negatif tidak memberi kesan kecenderungan remaja untuk terlibat dengan tabiat merokok.Begitu juga dengan ibu bapa yang mempunyai tingkah laku verbal yang positif juga tidak menunjukkan kecenderungan bagi remaja terlibat dengan tabiat merokok.Oleh yang demikian,hipotesis kajian yang menyatakan “terdapat pengaruh ciri tingkah laku verbal ibu bapa terhadap tabiat merokok dalam kalangan remaja” adalah ditolak.
TINGKAH LAKU R² F β t Sig.
Ciri tingkah laku verbal ibu bapa
.030 1.459 .172 1.208 .233
ANALISIS INFERENSI PENGARUH CIRI TINGKAH LAKU ANTISOSIAL IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DALAM KALANGAN REMAJA
Hasil analisis regresi menunjukkan model yang mengandungi pembolehubah bebas iaitu ciri tingkah laku Antisosial ibu bapa tidak mempunyai hubungan yang signifikan dalam tabiat merokok F (1,49) = 2.601 ,k > .01. Dan dapatan pekali regresi pula (β = .227), (t = 1.613, k > .01) menunjukkan hubungan di antara ciri tingkah laku Antisosial ibu bapa dan tabiat merokok adalah satu hubungan linear yang negatif dan tidak signifikan
Berdasarkan hasil analisis,menunjukkan ibu bapa yang bertingkah laku secara antisosial yang semakin negatif tidak memberi kesan kecenderungan remaja untuk terlibat dengan tabiat merokok.Begitu juga bagi ibu bapa yang mempunyai tingkah laku antisosial yang positif juga tidak menunjukkan kecenderungan bagi remaja terlibat dengan tabiat merokok.Oleh yang demikian,hipotesis kajian yang menyatakan “terdapat pengaruh ciri tingkah laku antisosial ibu bapa terhadap tabiat merokok dalam kalangan remaja” adalah ditolak.
TINGKAH LAKU R² F β t Sig.
Ciri tingkah laku antisosial ibu bapa
.051 2.601 .227 1.613 .113
PERBINCANGAN
Perbincangan Pengaruh Ciri Tingkah Laku Fizikal Ibu Bapa
terhadap Tabiat Merokok dalam kalangan Remaja
Berdasarkan analisis deskriptif yang dijalankan ke atas dimensi ciri tingkah laku fizikal ibu bapa menunjukkan bahawa min bagi pernyataan bapa bertingkah laku garang, merokok di hadapan anak-anak dan meggunakan kekerasan fizikal ke atas remaja adalah tinggi berbanding dengan nilai min untuk pernyataan-pernyataan dimensi ciri tingkah laku fizikal ibu bapa yang lain.
Setelah analisis inferensi dijalankan mendapati bahawa hipotesis yang menyatakan bahawa “terdapat pengaruh ciri tingkah laku ibu bapa terhadap tabiat merokok dalam kalangan remaja” adalah ditolak.
Dapatan ini disokong oleh Kamarudin (1996) mengatakan remaja lebih cenderung untuk memilih rakan sebaya dan tingkah laku mereka ditentukan oleh ukuran kelakuan rakan sebaya mereka.
Perbincangan Pengaruh Ciri Tingkah Laku Verbal Ibu Bapa
terhadap Tabiat Merokok dalam kalangan Remaja
Berdasarkan analisis deskriptif yang dijalankan ke atas dimensi ciri tingkah laku verbal ibu bapa mendapati bahawa pernyataan ibu yang selalu berleter mengenai tingkah laku remaja menunjukkan nilai min yang tinggi.Seterusnya pernyataan seperti ibu bapa yang selalu bergaduh, ibu bapa yang suka memaki hamun apabila dalam keadaan marah, suka megata orang lain dan ibu bapa yang sering berbohong menunjukkan mempunyai nilai min yang sederhana.
Manakala bagi analisis inferensi yang telah dijalankan dan membuktikan bahawa hipotesis kajian yang menyatakan “terdapat pengaruh ciri tingkah laku verbal ibu bapa terhadap tabiat merokok dalam kalangan remaja”
adalah ditolak. Kajian Sufian (2004) juga menyatakan bahawa merokok boleh
di dorong oleh desakan rakan sebaya. Dalam perkumpulan rakan sebaya, seseorang remaja diterima dalam sesuatu perkumpulan sekiranya mereka berani merokok, jika tidak mereka akan dipulaukan oleh rakan sebaya.
Perbincangan Pengaruh Ciri Tingkah Laku Antisosial Ibu Bapa
terhadap Tabiat Merokok dalam kalangan Remaja
Berdasarkan analisis deskriptif terhadap dimensi ciri tingkah laku antisosial ibu bapa mendapati bahawa ibu atau bapa yang selalu pulang jauh malam, bapa yang suka menghabiskan masa di kedai makan, bapa yang sering tidak mematuhi peraturan jalan raya ketika memandu kenderaan dan ibu bapa yang tidak suka melibatkan diri dengan masyarakat sekeliling menunjukkan nilai min yang lebih tinggi berbanding dengan nilai min item-item yang lain.
Manakala analisis inferensi yang dijalankan bagi menguji hipotesis kajian “terdapat pengaruh ciri tingkah laku antisosial ibu bapa terhadap tabiat merokok dalam kalangan remaja” adalah ditolak.
Hasil dapatan kajian ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Hill et al. (2005) yang mengatakan bahawa faktor penglibatan ahli keluarga dalam aktiviti keluarga bukan faktor yang berupaya meramal tabiat
merokok dalam kalangan remaja.
KESIMPULANSecara kesimpulannya tabiat merokok
dalam kalangan remaja semakin meningkat
Kajian ini mendapati bahawa ciri tingkah laku fizikal, verbal dan antisosial tidak mempengaruhi tabiat merokok dalam kalangan remaja
Pihak kerajaan seperti Institusi Pengajian dan Institusi kesihatan juga memainkan peranan penting dalam pendedahan maklumat mengenai bahayanya merokok dalam kalangan remaja
Terdapat satu pembolehubah bebas sahaja
Terdapat juga cadangan dan saranan kajian akan datang bagi mengatasi limitasi yang wujud sepanjang kajian dijalankan.
Jelaslah bahawa tabiat merokok dalam kalangan remaja dipengaruhi oleh faktor rakan sebaya dan tidak dipengaruhi oleh ciri ibu bapa
Cadangan dan saranan kajian akan datang ialah mengumpul data dengan bilangan responden lebih ramai, memasukkan fake item untuk mengenal pasti responden yang feel bad dan feel good, melibatkan pihak lain seperti ibu bapa untuk mendapatkan data
THE ENDTHANK
YOU
Top Related