8/8/2019 Jawapan JMS319 _Kta
1/11
Analisis gerakan Reformasi Seratus Hari (1898) dan bincangkan sejauhmanakah
ia berjaya melakukan pemodenan terhadap negara China.
PENGENALAN
Kemenangan Jepun ke atas China dalam tahun 1894-1895 telah memberikan
kesan yang cukup besar buat China. Ramai yang merasakan perlu ada perubahan
yang perlu dilakukan untuk memajukan semula China. Justeru itu, untuk
menyelamatkan negara mereka dari terus mendapat penghinaan, maka mereka perlu
bangkit dari tidur dan mengambil tindakan dengan melakukan sesuatu bagi mengubah
keadaan negara mereka.1 Di saat ini lahir gerakan baru oleh beberapa pemimpin China
yang ingin melihat perubahan-perubahan di Negeri China2. Golongan intelektual liberal
berpendapat bahawa China perlu dimajukan di dalam pelbagai bidang yang bukan
sahaja melibatkan pemodenan senjata dan ekonomi, malahan perubahan yang lebih
drastik dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Negara China. Harapan mereka
adalah untuk mewujudkan sistem pemerintahan yang setanding dengan kuasa-kuasa
barat yang lain.3
Kegagalan dalam Gerakan Menguatkan Diri telah menyebabkan lahirnya
beberapa tokoh baru dalam memajukan dan memodenkan negara China. Maka,
dengan itu terhasillah gerakan pembaharuan yang dikenali sebagai Gerakan Reformasi
1 Gilbert Khoo dan Dorothy Loo, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan TimurAsia.Heinemann Educational Books. Hlm 908-9092 Maswari Rosdi, Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955, Adabi Publishing, Kuala Lumpur.1983.hlm118.3 Suffian Mansor, Sejarah China Moden. Universiti Malaya. Kuala Lumpur. 2009. hlm. 77
1
8/8/2019 Jawapan JMS319 _Kta
2/11
Seratus Hari. Gerakan Pembaharuan Seratus Hari ini diumumkan pada 11 Jun 1898
dan pada awalnya telah menampakkan usaha di kalangan pemimpin China yang
diilhamkan bermula daripada bulan Januari lagi.4 Rancangan-rancangan pembaharuan
yang ingin dilakukan adalah terlalu luas dan merangkumi semua bidang seperti
pendidikan, ketenteraan, pentadbiran, agama dan beberapa bidang lagi bermula opada
Jun sehingga September 1898.5
Gerakan reformasi ini telah dipelopori oleh Kang Yu-Wei (1858-1927) yang
merupakan seorang golongan terpelajar. Gerakan pmbaharuan ini hanya bertahan
selama tiga bulan sahaja apabila pada 21 September 1898, satu rampasan kuasa telah
dilakukan oleh Maharani Dowager Hsu-hsi untuk menghapuskan gerakan ini.6
4 Meribeth E. Cameroon, The Reform Movement in China 1898-1912. Octagon Books, Inc. New York.1963. Hlm 33.5 Maswari Rosdi, Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955, Adabi Publishing, Kuala Lumpur.1983.hlm128.6 Suffian Mansor, Tamadun China, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2003.Hlm 179.
2
8/8/2019 Jawapan JMS319 _Kta
3/11
PEMODENAN TERHADAP NEGARA CHINA
Peristiwa rampasan kuasa oleh kerajaan konservatif di bawah pimpinan
Maharani Dowager ini telah menyebabkan gerakan pembaharuan ini hanya bertahan
selama tiga bulan sahaja.7Namun terdapat beberapa pembaruan yang dapat dilakukan
ke atas negara China antaranya aspek pentadbiran, ketenteraan, sistem pendidikan,
penubuhan persatuan, akhbar dan majalah dan sebagainya.
Pembaharuan dalam bidang pentadbiran merupakan salah satu elemen
terpenting dalam Gerakan Pembaharuan Seratus Hari di bawah pimpinan Kang Yu Wei
ini. Terdapat beberapa pembaharuan yang telah diperkenalkan mengikut model barat
dan Jepun. Antaranya adalah melantik pegawai-pegawai muda yang bersifat progresif
dalam Dewan Pertuanan dan Jabatan-jabatan Pemerintah.8 Sehubungan dengan itu,
pada 13 Jun 1898, satu dikri pembaharuan telah dikeluarkan di mana ia mengandungi
nama-nama penting yang disyorkan untuk menjadi penasihat Maharaja Kuang Hsu. Ini
termasuklah nama-nama tokoh pembaharuan seperti Kang Yu Wei sendiri, Chang Yuan
Chi (Setiausaha kelas ketiga Lembaga Hukuman) Tan Sze-tung iaitu anak Gabenor
Hupehyang terkenal sebagai penulis, pensyarah dan tokoh pembaharuan bidang
pendidikan, Huang Chun-Shien iaitu Jeneral Konsul China di Singapura yang
mempunyai hubungan dengan orang asing dan Liang Chi Chao.9
7 Harold M.Vinacke, Sejarah Timur Jauh Dalam Zaman Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, KualaLumpur, 1967. Hlm 2198 Maswari Rosdi, 1983. Sejarah China dan JEpun Moden 1800-1955, Adabi Publishing, Kuala Lumpur.1983.hlm 1239 Meribeth E. Cameroon, The Reform Movement in China 1898-1912. Octagon Books, Inc. New York.1963. Hlm 37.
3
8/8/2019 Jawapan JMS319 _Kta
4/11
Jawatan yang tidak penting dalam kerajaan telah dimansuhkan dalam dikri yang
bertarikh 30 Ogos 1898 kerana sesetengah jawatan kurang efisien dan mereka tidak
menjalankan tanggunjawab yang sepatutnya. Antaranya adalah jawatan Gabenor di
Kwantung,Hipeh dan Yunan, Lembaga Pengarah Sungai Kuning dan sebagainya.
Selain itu terdapat beberapa jabatan kehormat yang tiada bakal pemimpin telah
dimansuhkan antaranya Pejabat Penghantaran Diraja, Lembaga Jamuan, Lembaga
Perubatan Pekerja, Lembaga Penyembahan Korban, Lembaga Perayaan Negara,
Mahkamah Adat Istiadat Negeri, Mahkamah Agung dan Mahkamah Semakan.10 Objektif
pemansuhan jawatan ini adalah untuk mengelakkan gejala rasuah di kalangan pegawai
kerajaan dan melancarkan urusan pentadbiran serta peluang kenaikan pangkat juga
ditawarkan kepada pegawai-pegawai yang berkelayakan.
Belanjawan tahunan juga turut diperkenal mengikut sistem pentadbiran barat dan
dikemukakan dalam dikri yang bertarikh 16 September 1898 dengan tujuan untuk
menyeimbangkan pendapatan dan perbelanjaan kerajaan kerana dalam masa yang
sama pendapatan kerajaan semakin berkurangan. Tambahan pula ketika itu, China
mengalami kerugian akibat kekalah dalam Perang China-Jepun (1894-1895). Oleh itu
untuk mengatasi masalah ini, kerajaan akan menaikkan nilai cukai, memperkenalkan
sistem bank negara, membina rangkaian jalan keretapi serta membina satu jaringan
pos yang sistematik.11
10 Meribeth E. Cameroon, The Reform Movement in China 1898-1912. Octagon Books, Inc. New York.1963. hlm 4511 Jonthan D. Spence, The earch For Modern China ( 2nd Edition), WW Norton & Company, New York,1999.hlm 225
4
8/8/2019 Jawapan JMS319 _Kta
5/11
Pembaharuan lain yang dilakukan dalam pentadbiran adalah pembaharuan
dalam undang yang sedia ada di mana satu badan kehakiman khas ditubuhkan untuk
membicarakan kes-kes sivil dan jenayah mengikut cara barat. Dan salah satu
pembaharuan dalam pentadbiran yang terpenting dikemukakan adalah kpentingan
hubungan diplomatic dengan negara asing.12 Selain itu, masyarakat digalakkanmemberi
pendapat untuk diajukan kepada jabatan-jabatan kerajaan yang bertujuan untuk
menadikan pentadbiran lebih efisien. Pelbagai biro diperkenalkan seperti Biro
Pertanian, Biro Penterjemahan serta Biro Kesenian dan Perdagangan.
Manakala pembaharuan dalam bidang ketenteraan pula adalah memodenkan
angkatan tentera dan polis dengan menambahkan bilangan anggota yang terlatih dang
kelengkapan senjata moden. Jabatan perang pula bertanggungjawab dalam mengkaji
kelemahan-kelemahan untuk diperbaiki. Antaranya kelemahan kapal perang China
yang sudah ketinggalan zaman, kekurangan senjata yang bermutu tinggi dan
sebagainya.
Selain itu, pembaharuan turut dilakukan di kalangan pegawai-pegawai tentera di
mana mereka ini dikatakan korup, kurang dedikasi, bertindak menonjolkan diri dan
membuat rancangan yang tidak sepatutnya. Banyak penyelewengan dilakukan dalam
angkatan tentera di mana mereka menggunakan wang yang diperuntukan untuk
pertahanan negara untuk kegunaan peribadi seperti bersuka ria di istana serta membeli
dan menjual jawatan-jawatan yang ada.13 Oleh itu melalui pembaharuan ini, jabatan-
12 Meribeth E. Cameroon, The Reform Movement in China 1898-1912. Octagon Books, Inc. New York.1963. Hlm 4413 Harold M.Vinacke, Sejarah Timur Jauh Dalam Zaman Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, KualaLumpur, 1967. Hlm 220
5
8/8/2019 Jawapan JMS319 _Kta
6/11
jabatan kerajaan yang tidak efektif dan pegawai-pegawai yang mmengamalkan rasual
dijadikan sasaran.
Pembaharuan dalam bidang pendidikan pula adalah bertujuan untuk
memodenkan China dengan memasukkan unsur-unsur barat dalam sistem pendidikan
terutamanya dalam ilmu sains yang maju dan alat-alat serta teknik-teknik peperangan
yang baik dan bermutu. Untuk itu, Li Hung Chang telah memperkenalkan teori Ti-yung
di mana Ti bermaksud pengajaran Can sebagai dasar dan yung bermaksud pengajian
barat yang digunakan dalam pelbagai bidang. Kang Yu Wei telah meletakkan
pebaharuan sistem pendidikan sebagai asas utama dalam Gerakan Pembaharuan ini di
mana beliau telah menubuhkan sekolah persendirian di Canton iaitu Akademi Chang-
hsing.. penubuhan akademi ini adalah untuk melahirkan sekumpulan sarjana muda
yang bakal mewarisi perubahan intelektual yang inin diterapkan oleh Kang Yu Wei.
Kurikulum sekolah ini mengandungi sebahagian besar penafsiran pemikiran radikal
beliau menngenai Confucianism, penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran
agama Buddha Mahayana, gaya pemikiran cina bukan Confucianisme dan juaga ilmu
pengetahuan barat. Dan secara tidak langsung ia akan menerapkan pelajar-pelajar
tentang kesedaran politik serta idea reformasi Kang Yu Wei.
Beberapa dikri tentang pembaharuan juga diterbitkan dengan segera selepas
pengumuman pembaharuan dilakukan. Kandungan dikri ini termasuklah menghapuskan
sistem peperiksaan tradisional yang digunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Selain
itu, sekolah-sekola moden dan kolej-kolej akan dibina di semua wilayah untuk
6
8/8/2019 Jawapan JMS319 _Kta
7/11
mengajarpengajaran China dan barat.14 Maktab-maktab swasta yang terletak di Bandar-
bandar besar telah diubah kepada maktab-maktab dan sekolah tinggi atau menengah
manakala sekolah-sekolah yang terdapat di pekan-pekan kecil pula ditukar kepada
sekolah rendah.15 Kurikulum yang diajar di sekolah-sekolah in adalah berasaskan
kesusasteraan dan sains barat serta ajaran Confucianisme. Manakala ajaran moral dan
kebudayaan China dijadikan teras dalam kurikulum yang akan dilaksanakan. Selain itu,
sebuah sekolah yang akan mengkaji mata pelajaran seberang laut juga ditubuhkan.
Sebuah biro penterjemahan juga ditubuhkan untuk menterjemah buku-buku dari
barat mengenai bidang sains, kesusateraan dan sebagainya. Ini kerana untuk
memudahkan para pelajar China memahami kebudayaan barat melalui buku-buku
tersebut. Kang Yu Wei juga telah memperkenalkan karangan berkenaan isu-isu semasa
dalam peperiksaan awam bagi menggantika karangan bercorak 8 sudut yang dikenali
sebagai the Eight-Legged Essay. Walaubagaimanapun hanya sedikit pembaharuan
dalam sistem pendidikan sempat dilaksanakan.
Pesuruhjaya Ling Tsu-hsu telah mengarahkan supaya surat khabar asing dari
Macao, Singapura dan India diterjemahkan ke dalam bahasa cina dan mengumpul
maklumat geografi, sejarah dan politik barat. Kang Yu Wei juga telah menerbitkan
akhbar Chung Wai Chi Wen (Buletin Dunia) bagi mengembangkan idea-idea
pembaharuan dan diedarkan secara percuma. Manakala Wen Ting-shih telah
merealisasikan idea Kang Yu wei dengan menubuhkan persatuan iaitu Chiang Hsueh
14 Suffian Mansor, Tamadun China, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2003.Hlm 83.15 Maswari Rosdi, 1983. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955, Adabi Publishing, Kuala Lumpur.1983.hlm 124
7
8/8/2019 Jawapan JMS319 _Kta
8/11
Hui (Persatuan Belajar Menjadi Kuat) di Peking. Persatuan ini mengadakan aktiviti
seperti syarahan, penterjemahan buku dari Shanghai dan bercadang untuk
menubuhkan perpustakaan.
Perjuangan Kang Yu Wei juga turut mendapat sokongan para pelajarnya malah
mereka ini turut memainkan peranan yang penting dalam usaha memberi kesedaran
mengenai kepentingan pembaharuan demi kebaikan negara China. Mereka telah
menubuhkan persatuan Society for the Study of the Strengthening pada September
1895 di Peking. Cawangan-cawangannya telah didirikan di Shang Hai dan bandar-
bandar besar yang lain. 16 Persatuan ini menjalankan aktiviti seperti memberi kuliah,
penterjemahan buku barat dan Jepun serta menubuhkan perpustakaan. Selain itu
persatuan ini juga menerbitkan akhbar seperti Wang Kuo Kung-Pao yang dipimpin oleh
Liang Chi-Chao.
Selain daripada pembaharuan yang dilakukan dalam bidang pentadbiran dan
juga pendidikan, pembaharuan juga melibatkan penyediaan pengangkutan awam
seperti membina landasan kereta api, pembangunan bidang pertanian, perdagangan
dan perindustrian.
KESIMPULAN
Walaupun terdapat pelbagai rancangan pembaharuan yang akan diterapkan
dalam masyarakat Cina melalui Gerakan Pembaharuan 100 hari, namun hampir
16 Maswari Rosdi, 1983. Sejarah China dan JEpun Moden 1800-1955, Adabi Publishing, Kuala Lumpur.1983.hlm 121
8
8/8/2019 Jawapan JMS319 _Kta
9/11
kesemuanya mengalami kegagalan. Ini kerana gerakan ini banyak mendapat tentangan
daripada masyarakat Cina sendiri terutamanya reformasi konservatif pimpinan Weng
Tung-ho dan juga kegagalan mendapat sokongan golongan tentera.
Walaupun demikian gerakan pembaharuan ini diakui kepentingannya oleh
pemimpin-pemimpin Cina dengan merealilsasikan sesetengah rancangan yang
dinyatakan dalam gerakan pembaharuan tersebut. Walaupun hanya bertahan selama
100 hari, namun ia berjaya mempengaruhi pemimpin selepas itu untuk melakukan
pembaharuan. Ini terbukti apabila Maharani yang sebelum ini menentang
pembaharuan yang dibawa Kang Yu Wei terpaksa membuat pembaharuan yang
hamper serupa akibat tekanan kuasa asing. Penubuhan universiti dan maktab
merupakan kesan yang dibawa oleh gerakan tersebut walaupun telah mengalami
kegagalan.
Melalui gerakan ini juga telah melahirkan golongan nasionalis yang ingin
menggulingkan Dinasti Manchu. Pelopor ini diketuai Dr Sun Yat Sen yang mendapat
kesedaran melalui ideology Kang Yu Wei. Walaupun gerakan pembaharuan ini
menemui kegagalan, tetapi kesan yang dibawanya cukup besar. Pembaharuan ini
merupakan asas kepada Revolusi Cina 1911 yang membawa kepada pembentukan
sebuah republik. Malahan penubuhan universiti-universiti dan maktab-maktab ini juga
telah menyedarkan masyarakat Cina untuk menuntut kemederkaan daripada Dinasti
Ching.
,
9
8/8/2019 Jawapan JMS319 _Kta
10/11
BIBLIOGRAFI
Maswari Rosdi, 1983. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955, Adabi Publishing,Kuala Lumpur. 1983.
Gilbert Khoo dan Dorothy Loo, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan danTimurAsia. Heinemann Educational Books.
10
8/8/2019 Jawapan JMS319 _Kta
11/11
Suffian Mansor, Sejarah China Moden. Universiti Malaya. Kuala Lumpur. 2009.
Meribeth E. Cameroon, The Reform Movement in China 1898-1912. Octagon Books,Inc. New York. 1963.
Harold M.Vinacke, Sejarah Timur Jauh Dalam Zaman Moden, Dewan Bahasa danPustaka, Kuala Lumpur, 1967.
Jonthan D. Spence, The earch For Modern China ( 2nd Edition), WW Norton &Company, New York, 1999.
11