PENGENALAN
1.0 PENGENALAN
Kajian yang dilaksanakan ini berkaitan dengan pengunaan teknik bercerita terhadap
murid Tahun 6 di sebuah sekolah di Petaling Jaya. Kajian ini dilaksanakan bertujuan
untuk melihat apakah pengunaan teknik bercerita dapat membantu murid-murid Tahun
6 untuk meningkatkan kemahiran mengingat dalam tajuk Keluarga Harmoni Mengikut
Perspektif Agama.
Kajian ini juga dilaksanakan adalah untuk membantu murid-murid Tahun 6
meningkatkan kemahiran mengingat dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan dengan menggunakan teknik bercerita. Ini adalah kerana kemahiran
mengingat penting bukan sahaja untuk mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan tetapi untuk keseluruhan pembelajaran murid-murid di sekolah. Ia
juga boleh digunakan dalam kehidupan sehari-hari.
Menurut Vishalache (2006) Kurikulum PSK negara kita mengutamakan tiga aspek
utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan untuk
melahirkan murid yang dapat menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara. PSK
juga merupakan wahana bagi mewujudkan semangat perpaduan dan mengapresias i
pelbagai budaya masyarakat Malaysia. Untuk mencapai semua hasrat tersebut, empat
prinsip pembelajaran ditekankan, iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk
bertindak, belajar untuk membentuk peribadi dan belajar untuk hidup bersama.
Bercerita merupakan satu aktiviti yang menarik perhatian murid-murid kerana melalui
bercerita mereka dapat memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam dan secara tidak
langsung mengaktifkan daya imaginasi kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih kreatif.
Melalui teknik bercerita, murid-murid dapat belajar dalam suasana yang gembira dan
ceria. Oleh itu, apabila mereka belajar dalam suasana tersebut, mereka akan lebih mudah
faham dan ingat apa yang mereka pelajari. Hal ini berlaku kerana secara lumrahnya,
manusia sentiasa mengingati perkara yang menyeronokkan berbanding perkara yang
tidak memberi kesan apa-apa dalam diri mereka.
Jonassen (2002), menyatakan teknik penceritaan merupakan satu proses perkongsian
ilmu pengetahuan yang tepat. Perkongsian ilmu dalam pembelajaran amat penting bagi
murid mendapatkan percambahan idea dalam sesuatu bidang yang mereka usahakan.
Selain itu, menurut David Booth dan Larry Swart (2004) pula, gaya penceritaan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru boleh memberi
kefahaman baru dan pengkongsian idea di kalangan murid yang terlibat. Ini boleh
menggalakkan percambahan imaginasi murid dengan membayangkan situasi cerita yang
disampaikan. Dengan adanya kefahaman dan pengkongsian idea ini, murid akan dapat
membentuk daya imaginasi dengan membayangkan situasi yang ada di dalam cerita
yang disampaikan dan akan mengingati pembelajaran yang disampaikan oleh guru.
Menurut Mok (2010), bercerita merupakan kaedah mengajar yang membolehkan guru
menyampaikan isi pelajarannya melalui pengunaan teknik bercerita. Melalui kaedah
bercerita, guru dapat menjalankan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan.
Menurut Yusof Boon (2008), ingatan merupakan proses mental yang menyimpan
perkara-perkara yang dipelajari dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai
tindakbalas dalam situasi yang diperlukan seperti menyelesaikan masalah dan aktivit i
pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya.
Mengikut Atan Long(1968) dalam Yusof Boon (2008), ingatan boleh diertikan sebagai
kebolehan seseorang dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan sebagai maklumat
dan pengalaman untuk disimpan dalam otaknya.
1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Saya telah mempunyai pengalaman mengajar Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tahun 6 selama satu tahun. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah rendah
adalah mata pelajaran teras.Walaubagaimanapun, mata pelajaran ini biasanya dianggap
kurang penting berbanding mata pelajaran teras yang lain iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains yang akan diuji dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR). Murid-murid lebih memberi tumpuan pada mata pelajaran tersebut untuk
memastikan mereka mendapat 5A terutamanya semasa tahun 6 ini. Sikap sesetengah
ibubapa, guru-guru dan pihak pentadbir sekolah yang hanya memburu kecemerlangan
akademik juga tidak membantu dalam mengatasi masalah ini.
Melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran pada minggu kedua bulan Februari,
beberapa masalah dapat dikesan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung
iaitu murid tidak dapat menyatakan fakta-fakta mengenai Keluarga Harmoni dan juga
murid tidak boleh menulis fakta-fakta mengenai Keluarga Harmoni. Perkara yang paling
menonjol dan perlu diberi perhatian ialah kelemahan murid mengingati pembelajaran
yang lepas. Murid tidak memberi tumpuan iaitu berkhayal dan bercakap-cakap dengan
rakan dan tidak mengulangkaji pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Selain
daripada menganggap mata pelajaran ini kurang penting kerana tidak diuji dalam UPSR,
mungkin pengajaran guru tidak menarik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru
menggunakan pendekatan cara lama iaitu berpusatkan guru sahaja sedangkan guru perlu
menggunakan strategi berpusatkan murid dan bahan.
Saya mengajar kelas 6 Jujur bagi mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan. Murid -
murid dalam kelas ini adalah murid-murid yang sederhana dari segi akademiknya iaitu
mendapat markah kelulusan keseluruhan antara gred C dan B iaitu antara 50% hingga
70% . Oleh kerana murid sudah berada di tahun 6, saya tidak mengambil masa yang
lama untuk membuat pengenalan diri dan juga pengenalan mata pelajaran Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan. Kebanyakan murid sudah mengetahui apakah tajuk-tajuk
yang yang terkandung dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan mengikut tema.
Enam tema yang terdapat dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah pertama-
Sayangi Diri, kedua- Sayangi Keluarga, ketiga- Hidup Bersama di Sekolah dan
Masyarakat, keempat, Kenali Budaya Malaysia, kelima- Malaysia Negaraku dan
keenam- Sedia Hadapi Cabaran. Saya cuba untuk menggunakan strategi berpusatkan
murid seperti pembelajaran koperatif, main peranan, perbincangan, permainan, simulas i,
projek, temu ramah dan lakonana dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang
saya jalankan. Sebahagian murid bersemangat untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang
dirancang dan sebahagiannya pula tetap bersikap pasif seperti tidak mahu melibatkan
diri secara rela dan saya perlu memaksa mereka untuk melibatkan diri dalam aktivit i
yang dirancang. Apabila saya menyoal mereka tentang apa yang telah mereka pelajari,
sebahagian murid kurang memberi tumpuan dan menjawab dengan sambil lewa sahaja.
Sebahagian lagi hanya tunduk dan membaca fakta daripada buku teks dan tidak boleh
memberi penerangan lanjut tentang apa yang mereka telah baca. Ada pula murid yang
hanya berdiri dan mendiamkan diri apabila ditanya. Masalah ini tidak sepatutnya berlaku
kerana murid perlulah mengingati apa yang telah mereka pelajari.
Saya juga ada memberikan mereka sedikit latihan bertulis berkaitan dengan tajuk iaitu
Keluarga Harmoni Mengikut Perspektif Agama yang telah mereka pelajari. Saya dapati
ramai murid yang tidak dapat memberikan jawapan yang tepat iaitu tidak dapat
menyatakan dan menulis fakta-fakta mengenai Keluarga Harmoni atau sebahagiannya
hanya menyalin fakta yang terdapat dalam buku teks. Mereka tidak dapat menginga ti
fakta dengan tepat dalam menyatakan dan menulis mengenai Keluarga Harmoni.
Apabila menghadiri mesyuarat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan pada kali
pertama, saya membincangkan masalah ini bersama rakan dan guru besar yang hadir
pertama dalam mesyuarat tersebut. Guru besar memberikan pandangan mungkin murid
bosan apabila disuruh membaca dan mengingati fakta dan cara penyampaian pengajaran
guru yang membosankan. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Minat dan kematangan murid perlu diambil kira apabila menggunakan
sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Oleh yang demekian, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan
pengajaran dengan lebih berkesan dan tidak membosankan. Saya perlu memilih strategi
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk murid-murid saya supaya mereka
dapat mengingati pelajaran yang telah mereka pelajari. Saya memilih teknik bercerita
untuk meningkatkan kemahiran mengingat murid dalam mata pelajaran Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan.
1.2 Refleksi Nilai Pendidikan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Oleh itu, dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan,
guru perlu peka terhadap pembinaan akhlak dan kesedaran murid tentang hak dan
tanggungjawab sebagai warganegara dengan mengambil kira aspek pengetahuan sivik,
kemahiran sivik dan nilai sivik. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah
dilakukan secara berkesan dengan memberi tumpuan kepada penglibatan murid secara
aktif dalam suasana kondusif dan menyeronokkan. Pengajaran dengan pendekatan
teknik bercerita merupakan satu aktiviti yang menarik perhatian kanak-kanak kerana
melalui bercerita, mereka dapat memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam dan
secara tidak langsung mengaktifkan daya imiginasi kanak-kanak untuk berfikir dengan
lebih kreatif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
FOKUS KAJIAN
2.0 FOKUS KAJIAN
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan di kelas tahun 6 Jujur didapati pelbagai
masalah turut berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan tetapi kajian ini lebih berfokus terhadap permasalahan tentang
kemahiran mengingat iaitu untuk membolehkan murid-murid menyatakan tentang fakta-
fakta Keluarga Harmoni dan juga membolehkan murid-murid menulis fakta-fakta
tentang keluarga Harmoni. Jika kemahiran mengingat ini tidak dapat diatasi oleh murid -
murid tahun 6 Jujur , masalah ini akan berterusan dan akan menyebabkan mereka akan
hilang minat terhadap mata pelajaran tersebut.
2.1 ISU KAJIAN
Pengunaan teknik bercerita sebagai satu cara untuk meningkatkan kemahiran mengingat
dalam mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan. Bercerita dapat mengalakkan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan menambahkan pengalaman dan
pengetahuan. Ia juga mencerna minda dan daya imaginasi serta menerapkan unsur nilai
murni dan memupuk rasa peka dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling. Bercerita
juga dapat mambentuk insan yang harmoni dan seimbang. Perkara-perkara ini sangat
ditekankan dalam kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sekolah rendah.
Oleh yang demekian, teknik bercerita yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah satu cara meningkatkan kemahiran mengingat kerana ia adalah
pengalaman yang menyeronokkan bagi murid. Pengalaman menyeronokkan akan
membantu mengukuhkan ingatan murid.
2.1.1 TINJAUAN MASALAH
Sebelum penyelidik meneruskan kajian tindakan ke fasa yang seterusnya, penyelid ik
telah menjalankan beberapa langkah-langkah untuk memastikan bahawa pengumpulan
data yang diperolehi nanti mampu menyokong dan memberikan gambaran kasar bahawa
mereka memang mempunyai masalah tersebut.
Jadual 2.1 : Prosedur menjalankan Tinjauan Masalah.
2.1.2 Analisis masalah
Melalui tinjauan masalah yang dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran,
beberapa orang murid yang diperhatikan gagal untuk memberikan jawapan yang
Langkah1 Guru memulakan sesi pengajaran pembelajaran
berdasarkan rancangan pengajaran tahunan dan
harian yang telah dirancang.
Langkah 2 Menjalankan ujian bertulis terhadap semua murid
tahun 6 Jujur.
Langkah 3 Mengenal pasti beberapa orang murid yang
mendapat markah rendah dalam ujian tersebut.
Langkah 4 Memberikan soal selidik (temu bual) terhadap
murid-murid tersebut untuk mendapatkan data yang
lebih sah.
Langkah 5 Menerusi penelitian dokumen iaitu hasil kerja murid
(latihan dalam lembaran kerja)
berkesan apabila soalan ditujukan kepada mereka. Mereka teragak-agak dalam
memberikan jawapan dan kurang mengingati fakta pelajaran yang lalu. Oleh itu, satu
tinjauan masalah ujian bertulis telah diadakan untuk menguji murid-murid tersebu.t
Jadual 2.2 : Hasil analisis tinjauan masalah dalam ujian bertulis
Bil Murid Jumlah markah ( /30) Peratusan (%)
1. AN 19/30 63.3 %
2. AA 12/30 40 %
3. AH 13/30 43.3 %
4. AE 25/30 83.3 %
5. EQ 7/30 23.3 %
6. KN 22/30 73.3 %
7. MIR 18/30 60 %
8. MIZ 18/30 60 %
9. MH 27/30 90 %
10. MAI 21/30 70 %
11. MAM 18/30 60 %
12. MHI 17/30 56.6 %
13. MHA 16/30 53.3 %
14. MN 18/30 60 %
15. MZA 19/30 63.3 %
16. NN 16/30 53.3 %
17. NM 28/30 93.3 %
18. NIA 23/30 76.6 %
19. ZH 18/30 60 %
20. ZF 25/30 83.3 %
21. FA 26/30 86.6 %
22. NN 18/30 60 %
23. NAA 17/30 56.6 %
24. NAF 20/30 66.6 %
25. NAM 24/30 80 %
26. NA 13/30 43.3 %
27. NAS 19/30 63.3 %
28. NK 12/30 40 %
29. NLN 20/30 66.6 %
30. UA 20/30 66.6 %
Jadual 2.2 menunjukkan hasil analisis tinjauan masalah ujian bertulis (pra) yang diberikan
kepada murid-murid. Murid Aa dan Nk hanya mendapat markah 12 daripada 30 markah
iaitu 40 % daripada 100 % markah dalam ujian tersebut. Murid Ah dan Na mendapat
markah 13 daripada 30 markah iaitu 43.3 % daripada 100 % markah manakala murid Eh
hanya mendapat markah 7 daripada 30 markah iaitu 23.3 % daripada 100 % sahaja.
Mereka mendapat peratusan dan markah yang paling rendah dikalangan rakan sekelas yang
lain. Ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai masalah untuk menyatakan dan menulis
apa yang telah dipelajari sebelumnya.
Jadual 2.3 : Frekuensi jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ dalam soal selidik (temu bual)
aa ah eq na nk aa ah eq na nk
1. Adakah anda faham konsep keharmonian keluarga mengikut
perspektif: i) Agama Islam
/
/
/
/
/
ii) Agama Kristian
/ / / / /
iii) Agama Buddha
/ / / / /
iv) Agama Hindu
/ / / / /
v) Kepercayaan Orang Asli
/ / / / /
2. Dapatkah menyatakan nilai utama
yang perlu diamalkan untuk membentuk
keluarga harmoni mengikut pelbagai agama dan kepercayaan?
/
/
/
/
/
3. Bolehkah anda menyatakan cara mewujudkan keluarga harmoni?
/
/
/
/
/
4. Bolehkah anda memberi contoh
akhlak yang perlu diamalkan untuk membentuk keluarga harmoni?
/
/
/
/
/
Dalam jadual 2.3 dapat dilihat untuk soalan satu (i), semua murid menjawab YA, untuk
soalan satu (ii), Aa, Ah dan Nk menjawab YA tetapi Eq dan Na menjawab TIDAK, untuk
soalan satu (iii) pula, Ah dan Na menjawab YA dan Aa, Eq dan Nk menjawab TIDAK,
untuk soalan satu (iv), semua murid menjawab TIDAK dan begitu juga dengan soalan
satu (v), semua murid menjawab TIDAK.
SOALAN YA TIDAK
Untuk soalan dua, Eq dan Na menjawab YA dan Aa, Ah dan Nk menjawab TIDAK.
Untuk soalan tiga, seorang murid iaitu Na menjawab YA dan selebihnya TIDAK, begitu
juga untuk soalan empat, Aa menjawab YA dan Ah, Eq, Na dan Nk menjawab TIDAK.
Ianya boleh diperjelaskan lagi dengan jadual 3.1 di bawah.
Jadual 2.4 : Hasil analisis soal selidik (temu bual) tinjauan masalah terhadap murid
Murid Aa Ah Eq Na Nk
Jawapan ya 3/8 3/8 2/8 4/8 2/8
Jawapan tidak 5/8 5/8 6/8 4/8 6/8
Peratusan (%) jawapan ya
37.5 37.5 25.0 50.0 25.0
Jadual 2.4 menunjukkan murid Aa hanya dapat menjawab ya sebanyak tiga kali daripada
8 soalan yang dikemukan iaitu 37.5%. Begitu juga dengan murid Ah, beliau juga hanya
dapat menjawab ya sebanyak tiga kali daripada 8 soalan iaitu 37.5%. Murid Eq dan Nk
pula dapat memberikan jawapan ya sebanyak dua kali sahaja daripada 8 soalan yang
dikemukakan iaitu 25.0% manakala murid Na dapat menjawab ya sebanyak 4 kali
daripada 8 soalan yang dikemukan iaitu 50.0%. Peratusan menjawab ya adalah rendah
dan ini menunjukkan bahawa murid tidak mengetahui jawapan atau menjawab dengan
salah untuk soalan yang dikemukakan.
Dengan kesemua jawapan daripada soal selidik (temu bual) tersebut dapat dirumuskan
bahawa, kelima- lima murid tersebut tidak dapat menyatakan fakta-fakta mengena i
keluarga dengan tepat kerana mereka tidak dapat mengingati fakta-fakta tentang keluarga
harmoni.
Instrumen yang ketiga ialah dokumen. Dokumen yang digunakan ialah hasil kerja murid.
Hasil kerja murid ialah latihan yang diberikan kepada murid setelah penyelidik mengajar
di dalam kelas mengenai tajuk keluarga harmoni.
Jadual 2.5 : Hasil analisis penelitian dokumen tinjauan masalah terhadap murid
Murid-murid
Aa Ah Eq Na Nk
Jumlah Kekerapan
2/8 3/8 2/8 3/8 4/8
Peratusan (%)
25% 37.5% 25% 37.5% 50%
Jadual 2.5 menunjukkan hasil analisis penilitian dokumen tinjauan masalah terhadap
murid-murid. Sebanyak 8 soalan latihan telah diberikan kepada murid-murid dalam
lembaran kerja. Murid Aa hanya dapat menjawab dua daripada 8 soalan yang diberikan
dengan betul iaitu 25%. Begitu juga dengan murid Eq. Beliau hanya dapat menjawab dua
daripada 8 soalan iaitu 25%. Murid Ah dapat menjawab soalan latihan sebanyak tiga
daripada 8 soalan yang dikemukakan iaitu 37.5%, begitu juga dengan murid Na. Beliau
dapat menjawab tiga daripada 8 soalan dengan betul iaitu 37.5%. Manakala, murid Nk
dapat menjawab empat daripada 8 soalan iaitu 50%.
Justeru, didapati kelima-lima murid ini mengalami masalah untuk menulis jawapan
kepada latihan yang diberikan iaitu mengenai keluarga harmoni. Dapat dirumuskan disini,
kelima-lima murid ini tidak dapat menulis jawapan dengan betul kerana mereka tidak
dapat mengingat fakta-fakta tentang keluarga harmoni walaupun tajuk tersebut telah
diajar kepada mereka.
OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN
3.0 Objektif Umum
untuk meningkatkan kemahiran mengingat fakta-fakta keluarga harmoni murid
tahun 6 dengan teknik bercerita bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan.
3.1 Objektif khusus
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran mengingat
fakta-fakta mengenai keluarga harmoni murid tahun 6 bagi mata pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dengan teknik bercerita.
3.2 Soalan kajian
i) Apakah teknik bercerita dapat membolehkan murid menyatakan fakta- fakta
keluarga harmoni murid tahun 6 bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan?
ii) Dapatkah teknik bercerita membolehkan murid-murid menulis fakta-fakta fakta
keluarga harmoni murid tahun 6 bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan?
3.3 TINJAUAN LITERATUR
Menurut Noriati (2009) cerita merupakan satu susunan kejadian atau peristiwa yang
berlaku sama ada benar-benar berlaku atau diciptakan. Bercerita dianggap sebagai satu
cabang seni dan memainkan peranan penting sebagai sumber hiburan rakyat, disamping
alat pendidikan moral dan nilai dalam kalangan masyarakat. Keindahan dan kekuatan
teknik bercerita lebih terletak pada pengunaan bahasa. Apabila bercerita, murid-murid
dilatih untuk lebih mengenali masyarakat sekitar mereka dan kehidupan berdasarkan
cerita-cerita yang didengar. Secara langsungnya, murid dapat memperluaskan
pengalaman dan pengetahuan dalam pelbagai bidang jika cerita berkait dengan
kehidupan seseorang. Disamping itu, murid digalakkan untuk mendengar cerita secara
kritis supaya berfikiran matang dan berketerampilan.
Abd. Aziz (2000) dalam Shaffee (2009) menyatakan teknik bercerita bermaksud
menggunakan cerita untuk mengajar sesuatu kepada murid. Manakala Forester (1999),
McDrury dan Alterio (2002) dalam Peel dan Shottland(2004) menyatakan bercerita
dikenal pasti sebagai suatu cara paling berkesan untuk menyampaikan idea dan
mengakibatkan perubahan dalam pembelajaran. Choo (2003) menyatakan bercerita
bukan merupakan penemuan baharu dalam dunia pendidikan dan keberkesanannya
dalam menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak dinafikan.
Kepentingan penceritaan dalam pendidikan disokong oleh Lang (2003) dalam
Wilkinson (2006) yang berpendapat bahan nareatif ketinggalan zaman ini perlu dibawa
kembali ke dalam sistem pendidikan.
Abdullah Hassan (2004) menghuraikan keberkesanan bercerita dalam mengajarkan
nilai kepada murid-murid dan keberkesanannya bergantung kepada teknik
menyampaikan cerita. Pemilihan cerita berlainan penting untuk murid menguasa i
berbagai-bagai keperluan dan tidak tertekan dengan satu-satu emosi sahaja. Di peringkat
awal awal guru-guru disarankan menyampaikan cerita-cerita yang watak-wartaknya
sudah diketahui murid dan barulah beralih kepada cerita lain.
Shahabudin (2003) menyatakan bercerita merupakan satu cara mengajar yang
membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui teknik bercerita. Terdapat
pelbagai cara untuk menyampaikan cerita iaitu secara lisan, mendengar pita rakaman,
menonton sambil mendengar cerita dengan boneka dan sebagainya.
Noriati (2009) menyatakan, apabila sesi cerita selesai diperdengarkan, sesi
perbincangan dengan pelajar diadakan. Guru boleh menguji kefahaman pelajar tentang
cerita dengan mengemukakan soalan-soalan konvergen dan divergen. Soalan konvergen
bertujuan untuk memperoleh respons untuk menguji penguasaan fakta dan pengetahuan.
Manakala soalan divergen dikemukakan bertujuan untuk merangsang pemikiran murid
untuk mencungkil pelbagai respons. Aktiviti susulan dirancangkan untuk pelajar
memperoleh kesan yang maksimum daripada penceritaan.
Mok (2010) menyatakan bercerita merupakan suatu kaedah mengajar yang
membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui pengunaan teknik bercerita.
Melalui kaedah bercerita, guru dapat menjalankan sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan.
Menurut Yusof Boon (2008), ingatan merupakan proses mental yang menyimpan
perkara-perkara yang telah dipelajari dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai
tindakbalas dalam situasi yang diperlukan seperti menyelesaikan masalah dan aktivit i
pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya.
Mengikut Atan Long (1968) dalam Yusof Boon (2008), ingatan boleh diertikan sebagai
kebolehan seseorang dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan sebagai maklumat
dan pengalaman untuk disimpan dalam otaknya.
Vernon (1980) dalam Yusof Boon (2008) berpendapat ingatan merupakan bentuk
penyimpanan maklumat-maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman masa
depan.
Yusof Boon (2008) menyatakan berdasarkan huraian-huraian pengertian ingatan, maka
bolehlah dirumuskan bahawa ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk
menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian
mengeluarkannya ketika diperlukan.
Kajian ini juga mengaplikasikan Teori Pemprosesan Maklumat oleh Robert M. Gagne
(1975) seperti yang dinyatakan dalam Mok (2008). Mengikut teorinya, rangsangan-
rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria
manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada
stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem
saraf. Melalui teknik bercerita, minda murid-murid akan menyimpan maklumat yang
mereka perolehi daripada cerita tersebut ke dalam stor ingatan jangka panjang.
Silberman (2010) menyatakan, pembelajaran maklumat, kemahiran dan sikap secara
aktif terjadi melalui proses pertanyaan. Pelajar berada dalam proses mencari dan bukan
proses reaktif, iaitu mereka mencari jawapan kepada soalan yang sama ada
dikemukakan kepada mereka ataupun soalan mereka sendiri. Mereka mencari
penyelesaian kepada masalah yang dicabar oleh guru untuk ditimbulkan oleh mereka.
Mereka berminat untuk memperoleh maklumat ataupun kemahiran untuk
menyempurnakan tugas yang diberikan kepada mereka. Mereka juga berhadapan
dengan isu yang memaksa mereka memeriksa apa yang dipercayai dan dihargai oleh
mereka. Semua ini berlaku apabila pelajar terlibat dalam tugas dan aktiviti yang
mendorong mereka untuk berfikir, membuat dan melaluinya secara perlahan-lahan.
Apabila diperlukan, murid-murid ini akan memberikan rangsangan dengan menginga t
kembali segala apa yang telah mereka pelajari apabila guru menyoal mereka. Rajah 1
menunjukkan fasa-fasa proses pembelajaran dan tindakan-tindakan berdasarkan Model
Proses Pembelajaran Gagne (1974). Mengikut Model Proses Pembelajaran Gagne ini,
setiap fasa dalam proses pembelajaran menpunyai tindakan dalaman ataupun luaran
yang tersendiri dan mempengaruhi fasa yang berikutnya.
Rajah 1 : Fasa-fasa proses pembelajaran dan tindakan-tindakan yang berkaitan
berdasarkan Model Proses Pembelajaran Gagne.
Sumber : Mok Song sang (2008) m.s. 211
Merujuk kepada Rajah 1, selepas rangsangan yang dipilih dan dikodkan dalam ingatan
jangka pendek, sebahagian atau keseluruhannya akan disalurkan dan disimpan dalam
Fasa Motivasi - Jangkaan
Fasa Kefahaman – Pemerhatian – Simpanan Awal
Fasa Perolehan – Pengekodan – Simpanan Awal
Fasa Penahanan – Penyimpanan – Stor Ingatan
Fasa Ingatan Kembali – Mengingat Kembali - Mencari
Fasa Generalisasi - Pindahan
Fasa Prestasi – Gerak Balas
Fasa Maklum Balas - Peneguhan
stor ingartan jangka panjang. Kod-kod yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang
akan ditransformasikan dan disusun semula dengan satu sistem yang lebih kekal dalam
ingatan dan lebih mudah dikeluarkan. Fasa ini dinamakan fasa penahanan iaitu
menyimpan maklumat, peristiwa atau pengalaman yang diperolehi dengan cara yang
sistematik.
Berdasarkan fasa proses pembelajaran ini, murid-murid mendapat rangsangan daripada
cerita. Murid-murid menyimpan maklumat yang diperolehi kedalam stor ingatan jangka
pendek pada fasa penyimpanan dan rangsangan ini dikod pada fasa penahanan. Pada
fasa maklum balas, murid-murid akan menjawab soalan guru hasil daripada
pemperosesan maklumat pada fasa generalisasi.
KUMPULAN SASARAN
4.0 KUMPULAN SASARAN
Bahagian ini menerangkan mengenai responden yang terlibat dalam kajian ini. Kajian
ini telah melibatkan murid-murid tahun 6 di sebuah sekolah di daerah Petaling Utama,
Selangor.
Sebanyak lima orang murid tahun 6 telah dipilih sebagai responden untuk kajian ini.
Mereka terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Murid-
murid ini berusia antara sebelas dan dua belas tahun dan berbangsa Melayu. Mereka ini
telah dipilih berdasarkan keputusan ujian pra dan soal selidik (temu bual) sewaktu
penyelidik melakukan tinjauan masalah. Begitu juga semasa penelitian dokumen iaitu
soalan latihan yang diberikan oleh guru setelah selesai mengajar tajuk keluarga harmoni
sewaktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Kesemua rmurid ini belajar dalam kelas yang sama. Murid-murid ini mempunyai tahap
pencapaian akademik yang sederhana. Ketika kajian penyelidikan tindakan ini
dijalankan, murid yang terlibat dalam kajian ini mendapat kelulusan keseluruhan antara
gred C dan B iaitu antara 40% hingga 60% sahaja dalam peperiksaan akhir tahun semasa
didalam tahun 5.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Kajian tindakan yang dijalankan ini mengaplikasikan Model Kurt Lewin (1946) seperti
yang dinyatakan dalam Rosinah (2011). Model Kurt Lewin terdiri daripada satu
lingkaran yang terdiri daripada empat peringkat iaitu merancang, bertindak, memerhati
dan refleksi.
Rajah 2 : Lingkaran Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946)
Sumber : Rosinah binti Edinin (2011) m.s. 37
Kajian Tindakan bermula dengan penghasilan idea umum iaitu masalah atau isu yang
akan dijelaskan dan dikenal pasti punca masalah berkenaan . Seterusnya, pelan tindakan
dirancang untuk menyelesaikan masalah/isu berkenaan. Perancangan berkenaan
dilaksanakan dan menentukan hasil yang diperoleh selepas tindakan/intervensi. Selepas
mengambil tindakan dan mengenal pasti dapatan, refleksi dibuat untuk menentukan
sama ada tindakan yang dilaksanakan menunjukkan hasil yang baik. Jika tidak,
perancangan masalah memerlukan penambahbaikan.
Perancangan
Tindakan
Pemerhatian
Refleksi
5.1 Prosedur Tindakan
Penyelidik telah merancang beberapa langkah tindakan berpandukan model
penyelidikan Kurt Lewin tersebut. Langkah aktiviti yang dijalankan adalah seperti yang
terdapat dalam jadual 5.
Jadual 5.1 : Langkah-langkah tindakan intervensi
Langkah 1 Murid-murid diajar dengan menggunakan teknik bercerita dimana
guru menggunakan diri sendiri sebagai pencerita. Langkah 2 Murid-murid diajar dengan menggunakan teknik bercerita dengan
bahan bantu (gambar bersiri).
Intervensi yang dirancang tersebut adalah dengan menggunakan teknik bercerita dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Intervens i
tersebut terbahagi kepada dua langkah pengajaran teknik bercerita dan yang pertama
ialah guru menggunakan diri sendiri sebagai pencerita.
Jadual 5.2 : Langkah-langkah bercerita menggunakan diri sendiri sebagai
pencerita
Langkah 1 Guru menggunakan skrip cerita yang mengandungi fakta keluarga
harmoni. Langkah 2 Murid membaca dan memahami cerita.
Langkah 3 Murid mengisi peta minda dengan isi kandungan utama cerita.
Langkah 4 Murid diberikan latihan bertulis berdasarkan cerita
_____________________________________________________________________
Guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalan empat langkah. Pada langkah
yang pertama, guru menggunakan skrip cerita yang mengandungi fakta tentang keluarga
harmoni. Guru akan bercerita dengan intonasi suara yang menarik sesuai dengan jalan
cerita. Guru juga akan mengulang bahagian-bahagian tertentu sebagai penegasan cerita.
Dengan itu, murid akan lebih mengingati fakta-fakta dalam cerita tersebut. Cerita yang
dipilih pula disesuaikan dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Ia juga telah
disesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Guru bercerita selama lebih
kurang sepuluh minit.
Pada langkah yang kedua, murid-murid akan diberikan teks cerita tersebut dan murid
diminta membaca dan memahami cerita tersebut. Selepas itu, guru akan meminta murid
memberitahu isi kandungan utama cerita. Pada langkah yang ketiga, murid dibahagikan
kepada kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada lima orang murid. Murid
berbincang secara berkumpulan apakah isi kandungan utama yang terdapat dalam cerita
tersebut. Murid diminta mengisi peta minda yang disediakan oleh guru dengan
maklumat yang betul seperti mana yang telah diceritakan oleh guru .Setiap kumpulan
diminta mencatatkan jawapan dalam peta minda. Guru meminta wakil setiap kumpulan
supaya membentangkan jawapan kumpulan masing-masing. Pada langkah keempat,
guru meminta semua murid menulis jawapan dalam soalan latihan yang diberikan dalam
lembaran kerja.
Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan, penyelidik membuat pemerhatian
terhadap semua responden. Hasil pemerhatian telah dicatat didalam borang senarai
semak.
Langkah yang kedua pula ialah menggunakan teknik bercerita dengan dengan bahan
bantu iaitu gambar bersiri.
Jadual 5.3 : Langkah-langkah bercerita dengan gambar bersiri
Langkah 1 Guru bercerita dengan menggunakan gambar bersiri.
Langkah 2 Murid menceritakan kembali apa yang didengar dengan gambar
bersiri.
Langkah 3 Murid dibahagikan kepada kumpulan.
Langkah 4 Murid diberikan latihan bertulis berdasarkan cerita.
Pada langkah yang pertama, guru bercerita menggunakan skrip yang disediakan dan
menggunakan gambar bersiri sebagai bahan bantu mengajar. Guru mengambil masa
selama lima belas minit untuk bercerita. Pembelajaran kali kedua ini adalah berteraskan
pembelajaran secara dua hala iaitu pembelajaran yang aktif. Murid-murid belajar dalam
keadaan yang lebih santai. Selesai bercerita, guru telah bertanya lima soalan secara
spontan apakah yang difahami oleh murid mengenai cerita tersebut.
Pada langkah yang kedua, setelah mendengar cerita yang disampaikan oleh guru, murid
diminta untuk menceritakan kembali apa yang telah didengar dengan berbantukan
gambar bersiri. Gambar bersiri dipadankan dengan tajuk cerita yang diperdengarkan
kepada murid.
Pada langkah yang ketiga, murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan akan
diberikan kad tugasan yang mengandungi arahan supaya menulis sinopsis cerita yang
telah diceritakan oleh guru. Wakil setiap kumpulan diminta untuk membacakan sinopsis
yang telah mereka hasilkan. Pada langkah yang keempat, dalam sesi pengukuhan akan
dijalankan iaitu guru akan memberikan latihan bertulis berdasarkan cerita.
Semasa aktiviti ini dijalankan, guru akan membuat pemerhatian sekali lagi terhadap
murid-murid. Hasil pemerhatian akan dicatat dalam borang senarai semak. Selepas
semua aktiviti dijalankan, murid akan menduduki ujian pos.
Kesimpulannya, kajian ini dilakukan untuk melihat apakah teknik bercerita dapat
meningkatkan kemahiran mengingat murid-murid dalam mata pelajaran Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan.
CARA PENGUMPULAN DATA
6.0 Cara Pengumpulan Data
Bahagian ini menerangkan berkaitan dengan cara pengumpulan data yang digunakan
dalam kajian ini. Bahagian ini juga menerangkan berkaitan dengan alat kajian yang
digunakan dalam kajian ini bagi memperolehi data.
Terdapat empat alat kajian yang digunakan dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan
adalah pemerhatian, ujian pos, temubual dan penelitian dokumen.
Dalam kajian ini, penyelidik membuat pemerhatian terhadap murid-murid semasa
penyelidik menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan. Pemerhatian digunakan untuk mengenal pasti peningkatan
kemahiran mengingat murid-murid. Hasil pemerhatian dicatat dalam borang senarai
semak.
Jadual 6.1 : Langkah-langkah mendapatkan data pemerhatian dengan catatan
senarai semak.
Langkah 1 Murid-murid mengikuti slot bercerita menggunakan teknik bercerita dalam kelas 6 Jujur.
Langkah 2 Pemerhatian dicatat dengan menggunakan borang senarai semak.
Langkah 3 Menganalisis data yang diperoleh.
Langkah 4 Membuat rumusan daripada analisis data yang dibuat.
Jadual 6.1 menunjukkan langkah-langkah untuk mendapatkan data daripada
pemerhatian. Jenis pemerhatian yang digunakan ialah pemerhati sebagai peserta. Jack
Whitehead seperti yang dinyatakan dalam Mok (2010), berpendapat guru sendiri
hendaklah memainkan peranan utama dalam kajian. Mengikut beliau, skema yang
diutarakan oleh Kemmis dan Elliot tidak memberi gambaran situasi pendidikan yang
praktikal kerana hasil penyelidikan tindakan yang berdasarkan skema mereka
merupakan kajian pendidikan diskriptif biasa atau laporan perkembanagan pendidikan
sahaja. Jack whitehead menekankan penilaian kendiri melalui persoalan sendiri adalah
penting untuk memperolehi maklumat yang berguna tentang masalah pendidikan yang
dihadapi diri sendiri. Oleh itu, penyelidik telah melakukan sendiri pemerhatian terhadap
responden semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan. Pemerhatian dicatatkan menggunakan borang senarai
semak.Pemerhatian dilakukan sebanyak dua kali untuk mendapatkan data yang lebih
sah. Senarai semak yang telah diisi oleh penyelidik dianalisis untuk mendapatkan
maklumat yang berkaitan dengan tujuan kajian. Senarai semak dianalisa dan
diterangkan dalam bentuk jadual kekerapan.
Yang kedua, penyelidik menggunakan ujian pos. Satu ujian pra telah dijalankan ke atas
semua murid. Ujian ini digunakan untuk membandingkan prestasi murid sebelum dan
selepas sesuatu intervensi dijalankan, Jika keputusan ujian pos menunjukkan
peningkatan yang signifikan berbanding ujian pra, maka objektif kajian tercapai. Kedua-
dua set soalan ujian pra dan pos mestilah setara (bukan sama). Keputusan yang diperoleh
daripada ujian boleh menjadi satu indikator yang baik tentang pencapaian atau
penguasaan terhadap sesuatu kemahiran atau pengajaran yang telah diajar kepada murid.
Jadual 6.2 : Langkah-langkah mendapatkan data daripada ujian pos
Langkah 1 Murid mengikuti slot P&P menggunakan teknik bercerita dalam kelas 6 Jujur.
Langkah 2 Murid menduduki ujian pos.
Langkah 3 Menganalisis data ujian pos yang diperoleh
Langkah 4 Membuat rumusan daripada analisis yang dibuat.
Mokhtar Ismail (1995) dalam Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang (2008) menyatakan
ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh
pemerhatian yan g bersistem tentang sifat atau trait seseorang berhubung dengan aspek
pendidikan atau psikologi. Ujian ini penting dalam memperlihatkan kejayaan atau
kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu, ia juga berfungsiu untuk memilih
dan menempatkan calon dalam kumpulan pelajar tertentu serta mengenal pasti
kelemahan pelajar.
Penyelidik memutuskan untuk memberikan responden soalan ujian yang sama semasa
ujian pra. Setiap responden diminta untuk menjawab semula soalan ujian setelah kedua-
dua intervensi selesai dijalankan untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang
perubahan keputusan ujian antara ujian pra dan ujian pos. Hasil dapatan ujian pos
dianalisis dan hasil dapatan ujian pos yang diperolehi ditunjukkan dalam bentuk jadual
kekerapan dan graf bar.
Penyelidik juga menggunakan kaedah temubual bersama responden. Soalan-soalan
yang dikemukan adalah sama dengan soalan-soalan dalam soal selidik yang ditanya
semasa penyelidik melakukan tinjauan masalah.
Jadual 6.4: Langkah-langkah mendapatkan data daripada temubual responden
Langkah 1 Menggunakan soalan soal selidik semasa tinjauan masalah
Langkah 2 Menyoal responden secara individu.
Langkah 3 Menganalisis hasil dapatan data temubual Langkah 4 Membuat rumusan hasil analisis data
Alis Bin Puteh (2009) menyatakan temubual berstruktur dilakukan dengan
menggunakan soalan-soalan yang telah dirancang terlebih dahulu untyuk ditanyakan
kepada responden. Dengan cara ini maklumat yang diperolehi akan lebih sistematik dan
khusus kepada apa yang ingin diketahui. Oleh itu, penyelidik memutuskan untuk
menggunakan soalan soal selidik (temubual) berstruktur yang telah penyelid ik gunakan
semasa tinjauan masalah. Soalan-soalan itu adalah berkaitan dengan kefahaman murid
tentang keluarga harmoni dan dijawab dalam frekuensi YA dan TIDAK. Penyelid ik
menganalisis data temubual dan seterusnya membuat rumusan hasil analisis data.
Rumusan hasil analisis data ditunjukkan dalam bentuk jadual kekerapan.
Seterusnya, penyelidik menggunakan kaedah penelitian dokumen. Dokumen yang
digunakan oleh penyelidik ialah latihan murid dalam lembaran kerja. Latihan ini juga
telah diberikan kepada responden semasa penyelidik melakukan tinjauan masalah.
Jadual 6.5: Langkah-langkah mendapatkan data daripada penelitian dokumen
Langkah 1 Menggunakan latihan bertulis semasa tinjauan masalah
Langkah 2 Memberikan latihan bertulis selepas sesi bercerita
Langkah 3 Menganalisis hasil dapatan penelitian dokumen Langkah 4 Membuat rumusan hasil analisis dokumen
Dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang
dikaji. Dokumen ialah sumber paling mudah kepada seorang guru kerana maklumat
yang diperlukan telah sedia ada. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan dokumen
latihan murid dalam lembaran kerja. Selepas selesai intervensi pertama, guru
memberikan latihan bertulis kepada semua responden. Setelah itu penyelid ik
menganalisis hasil dapatan penelitian dokumen dan membuat rumusan. Rumusan hasil
penelitian dokumen ditunjukkan dalam bentuk jadual kekerapan.
KEPUTUSAN/ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI
7.0 KEPUTUSAN/ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI
Bahagian ini menerangkan berkaiatan dengan hasil nalisis dapatan yang diperolehi hasil
daripada kajian yang telah dilaksanakan. Hasil dapatan kajian ini dapat menjawab dua
persoalan kajian ini.
Persoalan Kajian Pertama:
i) Apakah teknik bercerita dapat membolehkan murid menyatakan fakta- fakta
keluarga harmoni murid tahun 6 bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan?
Hasil analisis temubual dan pemerhatian yang dijalankan telah mengenal pasti
keupayaan kebolehan murid menyatakan fakta-fakta keluarga harmoni dengan teknik
bercerita.
Jadual 7.1: Hasil analisis soal selidik (temubual) terhadap responden selepas
intervensi
Responden Aa Ah Eq Na Nk
Jawapan ya 7/8 6/8 7/8 8/8 8/8
Jawapan tidak 1/8 2/8 1/8 0/8 0/8
Peratusan (%) jawapan ya
87.5 75.0 87.5 100 100
Berasaskan jadual 7.1 diatas, didapati dua orang responden menjawab Ya bagi semua
soalan yang dikemukan iaitu Na dan Nk. Mereka menjawab Ya bagi lapan soalan yang
dikemukan iaitu 100%. Manakala Aa dan Eq menjawab Ya bagi tujuh daripada lapan
soalan yang dikemukakan dan mendapat peratusan 87.5%. Seorang responden iaitu Ah
pula menjawab Ya bagi enam soalan yang dkemukakan dan peratusannya ialah 75.0%.
Jadual 7.2: Perbezaan hasil soal selidik (temubual) sebelum dan selepas intervensi
dijalankan.
Responden Sebelum interrvensi
(%)
Selepas intervensi
(%)
Jumlah
peningkatan (%)
Aa 37.5 87.5 50.0
Ah 37.5 75.0 37.5
Eq 25.0 87.5 62.5
Na 25.0 100.0 75.0
Nk 50.0 100.0 50.0
Jadual 7.2 menunjukkan jumlah peratusan peningkatan jawapan Ya bagi soalan dalam
soal selidik (temubual) yang diajukan kepada responden sebelum dan selepas intervens i.
Penyelidik mementingkan jawaban Ya kerana ianya menentukan samada responden
dapat menyatakan atau tidak fakta-fakta mengenai Keluarga Harmoni. Responden Na
mendapat peratusan peningkatan tertinggi iaitu 75.0%. Eq pula mendapat peratusan
peningkatan kedua tertinggi iaitu 62.5%. Manakala, Aa dan Nk pula mendapat
peratusan peningkatan sebanyak 50.0%. Jumlah peningkatan peratusan yang terendah
ialah bagi responden Ah iaitu sebanyak 37.5% sahaja.
Rumusannya ialah setelah melihat perbezaan peratusan jawapan Ya sebelum dan
selepas intervensi dijalankan, penyelidik mendapati kesemua responden dapat
menyatakan fakta-fakta mengenai Keluarga Harmoni dengan baik dan tepat setelah
mendengar cerita yang diceritakan oleh guru. Apabila responden menjawab Tidak ini
bermakna mereka tidak boleh menyatakan dan mengingati fakta Keluarga Harmoni
dengan baik dan tepat. Justeru itu, teknik bercerita dapat meningkatkan kemahiran
mengingat fakta-fakta Keluarga Harmoni.
Jadual 7.3 : Hasil analisis pemerhatian terhadap responden semasa intervensi
dengan catatan senarai semak
Responden
Aa Ah Eq Na Nk
Pemerhatian 1 4/5 5/5 3/5 5/5 5/5
Peratusan (%) 80 100 60 100 100
Pemerhatian 2 5/5 5/5 4/5 4/5 5/5
Peratusan (%) 100 100 80 80 100
Jadual 7.3 menunjukkan hasil analisis data pemerhatian terhadap responden semasa
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menggunakan
teknik bercerita. Lima aspek telah diperhatikan semasa menjalankan pemerhatian.
Semasa pemerhatian pertama, responden pertama iaitu Aa melakukan empat daripada
lima aspek yang diperhatikan iaitu peratusan sebanyak 80%. Ah pula melakukan lima
daripada lima aspek yang diperhatikan iaitu peratusan sebanyak 100%. Manakala Eq
melakukan tiga daripada aspek yang diperhatikan dan peratusannya ialah 60%.
Seterusnya Na dan Nk melakukan semua aspek yang diperhatikan iaitu lima daripada
lima aspek iaitu peratusannya sebanyak 100%.
Semasa pemerhatian kedua pula, responden pertama iaitu Aa melakukan lima daripada
lima aspek yang diperhatikan iaitu peratusannya sebanyak 100%. Begitu juga dengan
responden Ah dan Nk melakukan lima daripada lima aspek yang dilihat iaitu
peratusannya sebanyak 100%. Responden Eq dan Na pula melakukan empat daripada
lima perkara yang diperhatikan. Peratusan kedua-duanya ialah 80%.
Dapat disimpulkan bahawa kelima- lima responden memberikan tumpuan semasa
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kenegaraan melalui teknik
bercerita. Mereka juga mengangkat tangan untuk menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan. Semua responden dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
dengan tepat dan menepati kehendak soalan. Melalui pemerhatian satu dan dua,
pemerhati dapat menjawab persoalan bahawa responden dapat menyatakan fakta-fakta
mengenai Keluarga Harmoni.
Persoalan Kajian Kedua:
ii) Dapatkah teknik bercerita membolehkan murid-murid menulis fakta-fakta fakta
keluarga harmoni murid tahun 6 bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan?
Hasil analisis ujian pos dan analisis dokumen yang dijalankan telah mengenal pasti
keupayaan kebolehan murid menyatakan fakta-fakta keluarga harmoni dengan teknik
bercerita.
Jadual 7.4 Hasil analisis ujian pra dan ujian pos
Responden
Ujian pra Peratus
(%)
Ujian pos Peratus (%) Peningkatan
(%)
Aa 12/30 40.0 29/30 96.7 56.7
Ah 13/30 43.3 30/30 100.0 56.7
Eq 7/30 23.3 27/30 90.0 66.7
Na 13/30 43.3 26/30 86.7 43.4
Nk 12/30 40.0 28/30 93.3 53.3
Daripada jadual 7.4 dapat dilihat bahawa keputusan ujian pra dan pos kesemua
responden menunjukkan peningkatan ketara.Responden Aa dapat menjawab 29
daripada 30 soalan dengan betul dalam ujian pos iaitu sebanyak 96.7%. Beliau mendapat
peningkatan peratusan sebanyak 56.7%. Ah dapat menjawab sebanyak 30 daripada 30
soalan yang diberikan. Beliau mendapat markah 100%. Peratusan peningkatan beliau
ialah 56.7%. Responden Eq dapat menjawab 27 daripada 30 soalan dengan betul dalam
ujian pos iaitu sebanyak 90%. Peningkatan peratusan beliau ialah sebanyak 66.7%. Eq
mendapat kedudukan paling tinggi dalam peningkatan peratusan. Manakala. Responden
Na pula dapat menjawab 26 daripada 30 soalan yang diberikan. Peningkata n
peratusannya ialah 43.3% dan beliau mendapat peratusan peningkatan terendah.
Responden Nk pula dapat menjawab 28 soalan dengan betul daripada 30 soalan yang
dikemukakan. Beliau mendapat markah 93.3% dan peratus peningkatan markah beliau
daripada ujian pra ialah 53.3%. Semua responden mendapat peratusan melebihi 40%
dalam ujian pos berbanding ujian pra.
Rajah 3: Graf perbezaan ujian pra dan ujian pos
Rajah 3 menunjukkan perbezaan ketara dalam markah ujian pra dan ujian pos
responden. Walaupun sebelum ujian pra, kesemua responden telah diajar tajuk Keluarga
Harmoni tetapi responden tidak dapat menulis jawapan dengan tepat. Selepas intervens i
dijalankan kesemua responden dapat menulis jawapan dengan lebih baik dan tepat. Ini
menunjukkan teknik bercerita dapat meningkatkan kemahiran mengingat fakta-fakta
Keluarga Harmoni.
Jadual 7.5 : Hasil analisis penelitian dokumen selepas intervensi terhadap
Responden
Murid-murid
Aa Ah Eq Na Nk
Jumlah Kekerapan
7/8 6/8 8/8 8/8 7/8
Peratusan (%)
87.5 75.0 100 100 87.5
40.3 43.3
23.3
43.3 40
96.7 100
90 86.793.3
0
20
40
60
80
100
120
Aa Ah Eq Na Nk
Pe
ratu
san
Responden
Perbezaan antara Ujian Pra dan Ujian Pos
sebelum intervensi
selepas intervensi
Berasaskan jadual 7.5, didapati dua orang responden iaitu Eq dan Na mendapat
peratusan tertinggi iaitu 100%. Mereka dapat menulis lapan jawapan yang betul
daripada lapan soalan yang diberi. Dua orang responden lagi iaitu Aa dan Nk dapat
menulis tujuh jawapan betul daripada lapan soalan yang dikemukakan iaitu peratusan
sebanyak 87.5%. Responden Ah pula dapat menulis enam jawapan yang betul daripada
8 soalan yang diberikan dan peratusannya ialah 75%.
Jadual 7.6 : Perbezaan hasil penelitian dokumen sebelum dan selepas intervensi
Responden Sebelum intervensi (%)
Selepas intervensi (%)
Peningkatan peratusan (%)
Aa 25.0 87.5 62.5
Ah 37.5 75.0 37.5
Eq 25.0 100 75.0
Na 37.5 100 62.5
Nk 50.0 87.5 37.5
Jadual 7.6 menunjukkan jumlah peratusan peningkatan hasil kerja murid iaitu latihan
dalam lembaran kerja. Responden Aa mendapat peningkatan peratusan sebanyak 62.5%
iaitu sebelum intervensi beliau mendapat 25% dan selepas intervensi, beliau mendapat
87.5%. Ah pula sebelum intervensi beliau mendapat 37.5% dan selepas intervens i,
beliau mendapat 75%. Beliau dapat meningkatkan peratusannya sebanyak 37.5%.
Responden Eq pula mendapat 25% sebelum intervensi dan selepas intervensi mendapat
100%. Beliau mendapat peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 75%. Manakala responden
Na pula mendapat 37.5% sebelum intervensi dan 100% selepas intervensi. Akhirnya,
responden Nk mendapat peningkatan peratusan sebanyak 37.5% iaitu sebelum
intervensi beliau mendapat 50% dan selepas intervensi meningkat kepada 87.5%. Dapat
dirumuskan bahawa dengan peningkatan peratusan dalam lembaran kerja, kelima- lima
responden dapat menulis jawapan yang betul dan tepat. Mereka dapat menulis jawapan
yang betul kerana dapat mengingati fakta-fakta mengenai Keluarga Harmoni melalui
teknik bercerita yang digunakan oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS DAPATAN
8.0 RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS DAPATAN
Bahagian ini menerangkan mengenai ringkasan kajian yang telah dijalankan dan
keputusan hasil dapatan kajian yang diperolehi.
Berdasarkan dapatan kajian, responen yang terdiri daripada murid-murid tahun 6 dapat
meningkatkan kemahiran mengingat fakta-fakta mengenai Keluarga Harmoni. Murid-
murid ini berupaya meningkatkan kemahiran mengingat kerana mereka lebih berminat
untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru.
Pembelajaran yang lebih aktif dan penumpuan yang lebih membolehkan mereka
mengingat fakta-fakta. Objektif khusus kajian ini dilaksanakan adalah untuk
meningkatkan kemahiran mengingat fakta-fakta mengenai Keluarga Harmoni murid
tahun 6 bagi mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan dengan teknik bercerita.
Selain itu, melalui kajian ini juga mendapati, kesemua responden dapat menyatakan
fakta dengan lebih lengkap setelah melalui intervensi pertama dan kedua melalui teknik
bercerita. Bercerita adalah satu cara pembelajaran yang santai dan tidak terlalu formal.
Melalui watak-watak binatang dalam cerita dapat menarik minat responden kerana sifat
semula jadi kanak-kanak gemarkan binatang.
Selain itu, responden juga merasakan bahawa mereka boleh mencelah dan bertanya
kepada guru andai ada perkara yang tidak difahami. Noriati (2009) menyatakan, apabila
sesi cerita selesai diperdengarkan, sesi perbincangan dengan pelajar diadakan. Guru
boleh menguji kefahaman pelajar tentang cerita dengan mengemukakan soalan-soalan
konvergen dan divergen. Soalan konvergen bertujuan untuk memperoleh respons untuk
menguji penguasaan fakta dan pengetahuan. Manakala soalan divergen dikemukakan
bertujuan untuk merangsang pemikiran murid untuk mencungkil pelbagai respons.
Aktiviti susulan dirancangkan untuk pelajar memperoleh kesan yang maksimum
daripada penceritaan.
Tambahan pula, apabila guru bercerita dengan intonasi dan suara yang berbagai-bagai
membuai perasaan semua murid. Guru juga bercerita menggunakan bantuan alat bantu
mengajar iaitu gambar bersiri. Gambar bersiri yang menarik dapat menarik minat murid
untuk terus mengikuti cerita guru. Hasil kajian ini menyokong pandangan Shahabudin
(2003) iaitu beliau menyatakan bercerita merupakan satu cara mengajar yang
membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui teknik bercerita. Terdapat
pelbagai cara untuk menyampaikan cerita iaitu secara lisan, mendengar pita rakaman,
menonton sambil mendengar cerita dengan boneka dan sebagainya.
Kajian ini juga mendapati bahawa, teknik bercerita membolehkan murid-murid menulis
fakta-fakta Keluarga Harmoni dengan lebih baik. Mereka dapat menulis fakta-fakta
dengan tepat kerana dapat mengingati fakta-fakta tersebut dengan lebih baik.
Kesimpulannya, teknik bercerita dapat meningkatkan kemahiran mengingat fakta-fakta
Keluarga harmoni murid tahun 6 bagi mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan.
Keupayaan untuk menyatakan dan menulis fakta-fakta semakin baik berbanding dengan
sebelum menggunakan teknik bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan.
CADANGAN KAJIAN YANG SETERUSNYA
9.0 CADANGAN KAJIAN YANG SETERUSNYA
Bahagian ini menerangkan mengenai cadangan penyelidikan tindakan yang boleh
dijalankan untuk membuat penambahbaikan di masa hadapan. Kajian yang
dilaksanakan ini adalah hanya menumpukan kepada teknik bercerita bagi membolehkan
murid-murid tahun 6 lebih mudah mengingati fakta-fakta keluarga Harmoni.
Penyelidik berpandangan bahawa tanpa kajian-kajian yang seterusnya mengena i
penggunaan teknik bercerita ini, dapatan yang telah dihasilkan oleh penyelidik mungk in
tidak akan membantu menyelesaikan beberapa masalah yang masih berlaku untuk
murid-murid mengingati fakta-fakta dalam mata pelajaran Pendidikan sivik dan
Kewarganegaraan.
Berdasarkan penemuan hasil kajian, penyelidik ingin mengemukakan empat kajian
yang boleh dijalankan pada masa hadapan seperti berikut.
9.1 Kajian yang dijalankan ini hanya melibatkan satu tajuk sahaja dalam sukatan
Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 6. Penyelidik
mencadangkan pengkaji yang seterusnya menjalankan kajian dengan
menggunakan tajuk-tajuk yang lain dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 6.
9.2 Kajian yang dilaksanakan ini hanya menumpukan kepada murid-murid tahun 6
sahaja. Penyelidik mencadangkan agar kajian yang seterusnya dilakukan keatas
murid Tahun 4 dan 5 pula. Tajuk-tajuk dalam sukatan Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan adalah luas dan skop kajian seterusnya boleh menumpukan
kepada murid-murid yang lebih muda umurnya.
9.3 Kajian ini juga dilakukan dengan menggunakan dua buah cerita sahaja. Cerita
yang pertama adalah jenis fakta dan yang kedua cerita binatang. Penyelidik
mencadangkan pengkaji yang seterusnya menggunakan cerita-cerita yang lain
seperti cerita misteri, cerita hantu atau sains fiksyen yang bersesuaian dengan
umur dan kecenderungan murid-murid.
9.4 Kajian yang dilaksanakan ini juga menggunakan teknik bercerita dengan guru
sendiri sebagai pencerita dan bercerita dengan menggunakan gambar bersiri.
Sebenarnya banyak lagi teknik penceritaan seperti menggunakan boneka,
wayang kulit dan sebagainya. Oleh itu, penyelidik mencadangkan pengkaji
yang seterusnya meneroka teknik bercerita menggunakan boneka atau wayang
kulit.
Sebagai kesimpulannya, kajian yang seterusnya perlu dilaksanakan agar dapat menarik
minat murid-murid dalam mempelajari mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan. Pengunaan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan
berkesan dapat membantu murid-murid mengingati fakta-fakta dalam mata pelajaran
tersebut yang dianggap bosan dan tidak penting.
Top Related