Download - Kek Puding Karamel Pelangi Kukus

Transcript
Page 1: Kek Puding Karamel Pelangi Kukus

KEK PUDING KARAMEL PELANGI KUKUS

BAHAN A - GULA HANGUS:2 sudu besar gula - tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan

BAHAN B - BAHAGIAN ATAS:1 cawan susu cair1 cawan susu pekat manis1 sudu teh esen vanila3 bj kuning telur2 biji telur (putih & kuning)

BAHAN C - LAPISAN KEK:140 gm tepung gandum - Ayak bersama baking powder70 gm gula kastor3 bj kuning telur135 ml air biasa1 sudu teh baking powder45 ml minyak masak2 sudu besar susu pekat manis

BAHAN D - MERINGUE6 biji putih telur70 gm gula kastor1 sudu teh krim tartar

CARA MEMBUATNYA :1.Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan2.Kacau semua bahan (B) perlahan-lahan, jangan bagi berbuih3.Tapis bahan (B) dalam loyang gula hangus (A) kemudian ketepikan4.Pukul bahan (C), campurkan semua dan pukul dengan senduk. 5.Kemudian ketepikan6.Pukul bahan (D) sampai jadi kembang7.Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul hingga sebati8.Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna9.Masukkan dalam loyang yang ada gula hangus dan keremel tadi (A + B). Selang seli warna, letak ditengah-tengah loyang, adunan kek akan terapung10.Kukus dalam pengukus selama 40 minit atau bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek

Page 2: Kek Puding Karamel Pelangi Kukus

berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja11.Dah masak, sejukkan pada suhu bilik. Kemudian terbalikkan.Simpan dalam peti ais dalam 30 minit dan sedia untuk dihidangkan!